Peranan guru sek rendah

2,442 views

Published on

1 Comment
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
2,442
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
186
Comments
1
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Peranan guru sek rendah

  1. 1. GURU DAN ALAM PENDIDIKAN11/27/2012 Teh Chiew Lan
  2. 2. Guru sebagai pengamal ilmu• Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai peranan serta tugas yang amat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan insan dan negara terletak di atas pundak kaum guru.• Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah ‘global village’, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak.• Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta mempertingkat ilmu pengetahuan masing-masing. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  3. 3. • Shahril @ Charil Marzuki, et. al. (1993) menegaskan guru sebagai pengamal ilmu, mempunyai peranan serta tanggungjawab sosial iaitu:(a)perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran;(b)penyampai ilmu pengetahuan;(c)pembentuk akhlak;(d)pembimbing;(e)contoh teladan atau model. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  4. 4. • Menurut Mohd. Idris Jauzi (1990) untuk membolehkan para pendidik memainkan peranan berkesan dan positif sebagai pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslah secara berencana dan berterusan: mempersiapkan diri dari segi keilmuan; berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi ibadah-ibadah asas; meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan diri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat; melaksanakan tugas keguruan dengan sebaiknya; menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan bermasyarakat; menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah ilmuan sebagai pusat pendidikan anggota masyarakat. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  5. 5. • Guru atau para pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap profesion serta tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru.• Mengikut Jujun S. Suriasumantri (1990) sebagai seorang pengamal ilmu, seseorang guru harus mempunyai tanggungjawab profesional yang mencukupi asas kebenaran, kejujuran, tanpa kepentingan langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan, rasional, objektif, kritis, terbuka, pragmatis, dan neutral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  6. 6. Guru sebagai pengamal kemahiran• Guru harus mempunyai kemahiran dan mempunyai sijil bertauliah daripada latihan ikhtisas yang diiktiraf. Justeru, guru yang memperolehi kemahiran profesional adalah guru yang bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan, aktiviti kokurikulum berlandaskan teori pendidikan. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  7. 7. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  8. 8. (a) Kemahiran belajar - kebolehan menerima isyarat dengan tepat, memproses maklumat yang diterima, menyimpannya dalam stor ingatan dan mengaplikasikan untuk menyelesaikan masalah.(b) Kemahiran berfikir - kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses-proses pemikiran seperti banding-beza, menghuraikan dan lain-lain.(c) Kemahiran pemudah cara - fasilitator yang membimbing, memotivasi serta menggerakkan orang lain. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  9. 9. (d) Kemahiran mengajar - membentuk aktiviti pengajaran yang sistematik, menarik dan berkesan.(e) Kemahiran merancang - menentukan objektif pelajaran, memilih isi pengajaran, memilih strategi dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran pembelajaran, memilih dan menyediakan pelajaran serta menyediakan dan mengurus kemudahan untuk menjalankan aktiviti pengajaran. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  10. 10. (f) Kemahiran berkomunikasi - secara lisan atau bertulis.(g) Kemahiran mengurus - mengurus bilik darjah, murid, kemudahan fizikal, bahan-bahan pengajaran dan sebagainya.(h) Kemahiran menilai - mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.(I) Kemahiran ICT - menggunakan teknologi maklumat. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  11. 11. Guru sebagai pembentuk nilai • Nilai adalah penting kerana ia memberi panduan dalam kehidupan. • Nilai dapat memotivasikan hidup manusia untuk hidup dengan cara yang betul. • Guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. • Guru berperanan menyerbakan nilai bahkan perlu menjadi rote model yang akan diteladani oleh para murid serta orang di sekelilingnya. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  12. 12. Guru sebagai pendidik  Tugas guru adalah mendidik iaitu: (a) Memberi ilmu – mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. (b) Mendedahkan pengalaman – guru perlu mendedahkan murid-murid dengan pengalaman-pengalaman tertentu seperti pengembara, mengelola majlis. (c) Mendidik murid berakhlak mulia – mendidik termasuk dari segi akhlak, penampilan diri melalui pembelajaran seperti pendidikan moral. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  13. 13. Guru sebagai agen sosialisasi• Perlu memupuk sikap, nilai dan sahsiah murid- murid yang sempurna selaras dengan kehendak masyarakat.• Guru mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat dan boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada ahli masyarakat. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  14. 14. Guru sebagai agen perubahan• Mengubah daripada stail pengurusan dan kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik.• Perlu berasaskan perkara-perkara berikut: - Mengubah daripada strategi pemusatan guru kepada pemusatan murid. - Mengamalkan sifat penyayang terhadap pelajar, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah. - Bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  15. 15. Guru sebagai pembina negara  Insan guru dapat membantu pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara.  Guru harus berakhlak mulia, mempunyai semangat berjuang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara.  Guru juga harus menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi untuk menolong membentuk masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  16. 16. Guru sebagai penyebar ilmu• Bertanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid.• Memupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi murid-murid mencontohi serta membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam kehidupan mereka.• Mewujudkan budaya ilmu di kalangan guru dan murid sejajar dengan salah satu pernyataan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.• Melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  17. 17. Guru sebagai penyayang • Prihatin, berminat, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan, kebajikan, keperluan dan kebahagiaan murid-muridnya. • Menyukai dan menyayangi kanak-kanak. • Berminat mengajar, berdedikasi dan melaksanakan • aktiviti P & P dengan bersungguh-sungguh. • Dapat melahirkan murid yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup masyarakat. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  18. 18. Guru sebagai pakar rujuk • Mempunyai kemahiran ikhtisas dan menguasai ilmu pengetahuan. • Menunjukkan sikap jujur serta mewujudkan interaksi positif pelbagai hala. • Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalankan aktiviti pengajaran mereka. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  19. 19. Guru sebagai mentor• Menolong memberikan penyelesaian masalah kepada murid dengan cepat dan berkesan.• Juga harus mempunyai kemahiran mendengar dengan baik iaitu memahami situasi atau keadaan yang dialami murid-muridnya.• Juga perlu mempunyai sifat dan kualiti seperti bersopan santun, menghormati pandangan murid, peramah, rendah hati, jujur, semangat berbakti, prihatin dan sebagainya. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  20. 20. Guru sebagai pengurus• Mengurus rutin bilik darjah.• Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian.• Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.• Mengurus keadaan fizikal bilik darjah.• Mengurus aktiviti kumpulan. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  21. 21. Guru sebagai penyelidik• Menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid.• Mengubah dan menyesuaikan strategi P & P dapat menarik perhatian murid.• Sentiasa membuat dan menjalankan refleksi kendiri bagi memperbaiki kelemahan dalam P & P. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  22. 22. Guru sebagai pengamal reflektif• Sentiasa membuat pertimbangan dan pemikiran yang mendalam sebelum merancang sesi-sesi pengajaran.• Supaya murid-murid memperolehi kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang tinggi dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 11/27/2012 Teh Chiew Lan
  23. 23. Kesimpulan • Pendidikan merupakan pelaburan yang penting dalam sesebuah negara. • kualiti generasi di masa hadapan sebahagian besarnya terletak di tangan guru-guru.11/27/2012 Teh Chiew Lan

×