SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
1
RINGKASAN EKSEKUTIF
Perkembangan industri makanan berasaskan coklat telah mendorong RCC untuk
mengembangkan produk coklat Ryverra ke peringkat yang lebih tinggi. Ini juda adalah selari
dengan matlamat RCC yang ingin menempatkan produk RCC ke peringkat antarabangsa
seperti dalam pasaran ASEAN dan juga pasaran Asia. Namun begitu, usaha ini memerlukan
dana yang besar yang sangat diperlukan oleh RCC dalam menjayakan setiap rancangan dan
tindakan RCC. Permintaan pasaran tempatan terhadap produk Ryverra turut mendorong RCC
untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dengan mendapatkan dua buah mesin pemprosesan
yang baru agar dapat digunakan dalam proses pengeluaran produk. Ini juga adalah untuk
memastikan agar permintaan tempatan dan antarabangsa terhadap produk Ruverra akan dapat
dipenuhi.
2
1.0 Pendahuluan
Manisan strawberi coklat kegemaran penyanyi terkemuka negara, Datuk Siti
Nurhaliza Taruddin tanpa disangka-sangka memberi cetusan idea kepada tiga anak muda
ini mencipta resipi coklat yang kini sudah menembusi pasaran antarabangsa. Siti Nurhaliza
menyatakan kegemarannya menikmati strawberi segar yang dicelup coklat ketika
wawancara majlis perkahwinan beliau dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd
Jiwa pada 2006. Pengakuan itu secara tidak langsung memberi idea kepada Muzairee
Daud, Mohd Radzi Othman dan Shahril Omar masing-masing 29 tahun untuk cuba
mengkomersilkan strawberi coklat yang akhirnya mendapat sambutan menggalakkan
daripada penggemar coklat. Walaupun daripada latar belakang pendidikan berbeza, namun
misi mereka adalah sama iaitu mengusahakan perniagaan berasaskan coklat kerana melihat
potensi pasaran itu yang semakin berkembang. Mereka juga mengikuti kursus dan
mendapatkan bimbingan daripada Lembaga Koko Malaysia bagi memperluaskan
pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang itu. Mereka menubuhkan GMR Food &
Beverages pada 2006 yang memfokus kepada peruncitan coklat buatan tangan mereka
dengan membuka kios pertama Strawchoz di Tesco Ampang, dan kemudian pada 2008
Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn Bhd (RCC) yang tertumpu kepada pengilangan.
Bagi berkongsi keenakan rahsia coklat serta kepakaran dan rahsia pembuatan coklat
sebenar, Ryverra juga menubuhkan Akademi RICH untuk memberi pendedahan mengenai
pembuatan coklat kepada masyarakat. Hasilnya, mereka kini berjaya membangunkan tiga
jenama coklat iaitu Ryverra (premium), Estana dan Qidoz yang menggunakan sepenuhnya
bahan koko Malaysia.
2.0 Objektif
Tujuan penyediaan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan bantuan dana
daripada beberapa organisasi yang menyediakan kemudahan peminjaman untuk meluaskan
lagi perniagaan RCC. Bantuan dama yang diperlukan adalah untuk meningkatkan kapasiti
pengeluaran produk bagi tujuan pasaran tempatan dan antarabangsa. Sehingga kini, RCC
hanya memasarkan produk dalam pasaran tempatan dan hanya memasarkan produk di
beberapa buah negara seperti China dan Singapura. Namun begitu, pasaran RCC masih
3
terhad dan bercadang untuk dikembangkan ke seluruh negara ASEAN seperti Brunei,
Indonesia, Thailand, Filipina, Myanmar dan beberapa negara Asia. Dengan adanya
bantuan dana yang mencukupi, operasi pengeluaran RCC dapat ditingkatkan yang
seterusnya akan dapat membantu cadangan mengembangkan pasaran RCC untuk produk
Ryverra.
3.0 Produk Yang Ditawarkan
Produk RCC yang ingin diperluaskan pasarannya adalah produk Ryverra yang
mana merupakan produk berasaskan koko tempatan. Kelebihan dan kesitimewaan produk
ini tidak hanya terletak pada rasa, bentuk dan ciri-ciri lain. Sebaliknya, produk ini turut
mendapat pengikhtirafan tempatan seperti pernah memenangi anugerah kategori
pembungkusan terbaik daripada SIRIM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, meraih tempat pertama dan kedua bagi produk komersial coklat terbaik pada
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2010, telah
dianugerahkan sebagai Rekabentuk Terbaik bagi Produk Konfensi dalam Ekspo Groom
Big Nasional pada 2010 dan turut menggunakan logo 1Malaysia Best oleh Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Menerusi misi ‘Biarlah Coklat Kami Yang
Berbicara’ memperlihatkan kelebihan dan keunikan coklat ini yang mampu memikat hati
setiap penggemar coklat di Malaysia dan juga di rantau Asia. Justeru, proses
mengembangkan produk ini adalah suatu yang sangat perlu dalam memastikan produk ini
mampu menempat nama di persada antarabangsa.
4.0 Lokasi Perniagaan
RCC adalah sebuah syarikat yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran produk
makanan berasaskan coklat. Syarikat ini diterajui oleh tiga orang anak muda iaitu
Muzairee Daud, Shahril Omar dan juga Mohd Radzi Othman. Istimewanya produk RCC
yang menggunakan jenama Ryverra ialah ia dihasilkan sendiri secara manual
menggunakan koko tempatan. Pengarah Latihan dan Pembangunan Produk RCC, Mohd.
Radzi Othman berkata, syarikat tersebut adalah milik penuh bumiputra yang telah
4
beroperasi sejak 2008 melalui produknya Ryverra yang telah mendapat pengiktirafan dari
pelbagai pihak. Antaranya, mereka pernah memenangi anugerah kategori pembungkusan
terbaik daripada SIRIM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Malah
Ryverra juga meraih tempat pertama dan kedua bagi produk komersial coklat terbaik pada
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2010.
5.0 Rancangan Pemasaran
Seperti mana yang telah dijelaskan di atas, produk Ryverra yang akan diperluaskan
pasarannya telah menyasarkan kepada beberapa kumpulan pengguna atau pelanggan.
Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-
a) Orang Awan
Orang awam adalah antara sasaran utama kami. Memandangkan perayaan Hari Raya
semakin hampir, maka kami telah meningkatkan aktiviti promosi dengan
menggalakkan orang ramai menjadikan produk coklat sebagai salah satu hidangan di
hari raya bagi menggantikan kuih yang menjadi tradisi sejak dahulu. Menerusi
penyediaan manisan coklat seperti ini, setiap pengunjung akan dapat merasakan
kelebihan dan keunikan produk Ryverra yang semakin mendapat tempat dalam pasaran
tempatan.
Dalam pada itu, coklat ini juga tidak hanya dibeli untuk dimakan. Sebaliknya, produk
ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah untuk pelbagai tujuan seperti hadiah untuk
majlis perpisahan, hadiah kejayaan dan sebagainya. Menerusi produk Ryverra ini,
maka sasaran utama syarikat kami adalah memasarkan produk ini kepada masyarakat
setempat di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk menjadikan coklat
ini sebagai antara makanan terpilih yang digemari.
b) Jabatan Kerajaan
Jabatan kerajaan juga turut menjadi sasaran kami dengan menjadikan produk Ryverra
sebagai antara pilihan juadah dalam jamuan khususnya bagi menggantikan makanan
5
pencuci mulut. Walaupun buah-buahan yang sering kali digunakan sebagai makanan
pencuci mulut, namun kami ingin membuat pembaharuan dalam hidangan untuk
majlis-majlis besar jabatan kerajaan dengan menjadikan coklat sebagai antara menu
utama dalam menyediaan jamuan pencuci mulut. Ini kerana penggunaan koko yang
berkualiti dan produk Ryverra yang tidak terlalu manis, menjadikan produk coklat ini
antara jenis menu pencucui mulut yang boleh digunakan dalam pelbagai majlis jamuan
rasmi. Reka bentuk yang menarik dan unik juga, mampu menjadikan hidangan
kelihatan lebih eksklusif dan bernilai tinggi.
c) Pelancong Asing
Sasaran lain syarikat kami adalah menarik minat kepada pelancong khususnya
pelancong asing untuk menjadikan produk coklat syarikat kami sebagai antara
barangan yang akan dibeli atau didapatkan semasa melancong ke Malaysia. Dengan
demikian, pasaran kami akan mudah untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa
sekiranya produk ini mula mendapat tempat dalam kalangan pelancong asing di
Malaysia. Dengan menjadikan sasaran pelancong asing sebagai antara sasaran untuk
meningkatkan jualan produk, maka produk Ryverra akan dapat diperluaskan
pasarannya yang tidak hanya terhad kepada pasaran tempatan sahaja. Sebaliknya,
mampu dipasarkan dalam parasangan Eropah.
d) Negara Luar
Seperti mana yang telah dinyatakan di atas di awal kertas kerja ini, syarikat kami juga
menyasarkan pasaran antarabangsa untuk memasarkan produk Ryverra ini. Selain
daripada China dan Singapura yang merupakan antara pasaran antabangsa syarikat
kami kini, Ryverra juga disasarkan untuk dipasarkan di semua negara ASEAN dan
juga beberapa negara ASIA yang lain seperti Jepun, India, Korea dan juga di
Kepulauan Austrasia. Ini bermakna bahawa keperluan kewangan kami tidak hanya
untuk meningkatkan keperluan dalam pasaran tempatan semata-mata. Sebaliknya,
keperluan kewangan yang diperlukan juga turut menuntut dana untuk membiayai
proses mengembangkan pasaran di peringkat antarabangsa.
6
Dalam memastikan produk Ryverra juga sentiasa mendapatkan tempat di hati
pengguna, RCC telah merancang beberapa bentuk produk yang mampu memikat hati
setiap pengguna dan penggemar coklat. Antaranya adalah seperti mana yang dapat dilihat
di bawah:-
a) Pakej Pilihan
Produk Ryverra yang disediakan oleh RCC menyediakan pelbagai pakej yang boleh
dipilih oleh pengguna mengikut kemahuan dan keinginan mereka. Harga yang
ditawarkan juga adalah sangat menarik dan mampu dimiliki oleh setiap pengguna yang
ingin merasakan kemanisan dan keunikan coklat Ryverra. Oleh itu, berikut dinyatakan
antara pakej pilihan yang disediakan oleh RCC dan harga bagi setiap pakej:-
Bil Pakej Harga
1 Pakej Cinta Pertama
11 bekas kotak coklat
‘Sample Kit’ bagi produk terpilih
Set flyers
Kos penghantaran (pilihan)*
RM400.00
RM345.00*
2 Pakej Kasih Sayang
7 bekas kotak coklat
‘Sample Kit’ bagi produk terpilih
Set flyers
Kos penghantaran (pilihan)*
RM275.00
RM230.00*
3 Pakej Hidangan Hari Raya
10-15 bekas kotak coklat
‘Sample Kit’ bagi produk terpilih
Set flyers
Kos penghantaran (pilihan)
RM370.00 –
RM520.00
4 Pakej Jamuan Rasmi
20-30 bekas kotak coklat
‘Sample Kit’ bagi produk terpilih
Set flyers
Kos penghantaran (pilihan)*
RM670.00 –
RM920.00
7
5 Pakej Ajen / Borong
50-100 bekas kotak coklat
‘Sample Kit’ bagi produk terpilih
Set flyers
Kos penghantaran (pilihan)*
RM2,150.00 –
RM4,500.00
Dalam jadual di atas, kesemua pakej yang ditawarkan adalah boleh berubah di mana
pengguna atau mereka yang ingin menjadi ajen atau pemborong kepada coklat Ryverra
boleh membuat pilihan terhadap pelbagai jenis coklat yang diinginkan. Kami tidak
mensyaratkan coklat khusus dalam setiap pakej. Sebaliknya, pengguna boleh memilih
coklat yang diinginkan dalam pakej pilihan mereka. Ini juga adalah selari dengan
keutamaan RCC yang berusaha untuk memberikan kepuasan kepada pengguna
Ryverra agar terus menjadikan coklat Ryverra ini sebagai pilihan mereka.
b) Pembungkusan Yang Unik
Keunikan produk Ryverra juga dapat dilihat menerusi kaedah pembungkusan yang
menarik dan mampu menarik minat setiap penggemar coklat. Coklat Ryverra tidak
dibungkus dalam kotak lutsinar seperti mana yang dapat dilihat pada kebanyakan
coklat. Sebaliknya, coklat Ryverra menggunakan bungkusan kotak yang dibalut seperti
hadiah. Ini adalah untuk menarik perhatian pengguna untuk merasakan penghargaan
dan nilai eksklusif setiap kali membeli atau mendapatkan coklat Ryverra. Contohnya
seperti mana yang dapat dilihat dalam rajah di bawah:-
8
Jika dilihat kepada rajah tersebut, kotak yang disediakan kelihatan seperti bungkusan
hadiah yang mana boleh digunakan untuk kegunaan sendiri ataupun digunakan untuk
dihadiahkan kepada pihak atau individu lain. Ini bermakna bahawa produk coklat
Ryveraa yang dimiliki bukan hanya untuk dimiliki oleh setiap individu. Sebaliknya,
boleh dijadikan sebagai hadiah kepada pihak atau individu lain. Ini adalah satu kaedah
pembungkusan yang menarik yang digunakan oleh RCC dalam memastikan produk ini
sentiasa mendapat tempat dalam pasaran tempatan dan antarabangsa berbanding
dengan produk coklat yang lain.
c) Peraduan
RCC juga turut menyediakan peraduan kepada pengguna, peruncit mahupun
pemborong dengan memberikan hadian yang sangat lumayan. Pelaksanaan peraduan
ini adalah untuk menggalakkan pengguna dan penggemar coklat Ryverra untuk terus
menggunakan produk ini sepanjang masa. pelaksanaan peraduan ini juga adalah
sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan promosi dan pasaran tempatan ke seluruh
negara. Berikut adalah antara promosi yang telah dijalankan pada tahun 2011 dan akan
sentiasa dijalankan pada masa-masa akan datang:-
d) Promosi Raya
Kami juga turut membuat promosi sempena sambutan perayaan seperti perayaan Hari
Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya. Ini bermakna bahawa produk
9
Ryverra tidak hanya digunakan pada setiap hari. Sebaliknya, mampu dijadikan sebagai
antara jamuan penting dalam sambutan perayaan utama di Malaysia.
Jika dilihat kepada rajah di atas, berikut adalah contoh katalog yang telah disediakan
pada tahun lepas untuk mempromosikan proudk Ryverra ini kepada pengguna.
Promosi perayaan seperti ini akan terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang
agar usaha produk Ryverra akan sentiasa mendapat tempat dalam pasaran tempatan
khususnya dan pasaran antarabangsa umumnya.
Dengan adanya aktiviti promosi yang menarik dan konsisten, usaha untuk
memasarkan produk Ryverra akan menjadi lebih mudah dan mampu mencapai sasaran
seperti mana yang diharapkan oleh RCC.
10
6.0 Rancangan Operasi
Dalam memastikan produk ini dapat dipasarkan dengan sebaik mungkin seperti
mana yang telah dirancangkan, maka pengurusan jualan produk adalah suatu yang sangat
penting. Ini adalah untuk memastikan agar pengguna mendapat kepuasan yang optimum
menerusi produk Ryverra kami. Justeru, pengurusan jualan produk yang menjadi
keutamaan kepada RCC mencakupi beberapa perkara seperti mana yang berikut:-
a) Penghantaran Terus
Syarikat kami bercadang untuk menghantar terus kepada pembeli sama ada kedai atau
pengguna yang membuat tempahan dalam jumlah yang besar. Seperti mana yang telah
kami lakukan, produk Ryverra ini akan dihantar sendiri oleh kakitangan RCC terus
kepada kedai, pasarana dan peruncit yang menjadikan produk Ryverra sebagai antara
produk jualan mereka. Namun begitu, perkhidmatan penghantaran terus ini hanya
terhad kepada kawasan Kuala Lumpur sahaja. Sebaliknya, pembeli yang beada di luar
Kuala Lumpur tidak akan mendapat perkhidmatan kerana kekurangan kemudahan
pengankutan yang dimiliki oleh RCC. Namun begitu, usaha untuk mendapatkan
sebuah lori 1 tan dan sebuah van sedang diusahakan agar perkhidmatan penghantaran
terus ini akan turut dinikmati oleh pasaraya, pekedai dan peruncit yang berada di luar
Kuala Lumpur. Menerusi perkhidmatan seperti ini, pekedai dan peruncit akan mudah
untuk mendapatkan produk Ryverra.
Dalam pada itu, kami juga sedang membincangkan untuk menyediakan perkhidmatan
penghantaran terus kepada pengguna yang membali secara pukal atau membeli dalam
kuantiti yang banyak. Namun begitu, penyediaan ini hanyalah terhad kepada proses
penghantaran sekali dalam seminggu. Ini adalah disebabkan oleh bilangan pengguna
yang membeli secara pukal yang agak kurang berbanding dengan bilangan pekedai dan
peruncit yang membeli secara pukal. Namun begitu, perkhidmatan penghantaran terus
kepada pengguna ini akan dilaksanakan agar kepuasan pengguna terhadap
perkhidmatan dan produk RCC akan sentiasa menjadi buah mulut pengguna. Ini
seterusnya mampu meningkatkan nama prodyk RCC yang sememangnya unik dan
menarik.
11
b) Tempahan
Dalam memastikan jualan produk mampu ditingkatkan ke tahap yang lebih
memuaskan seperti mana yang disasarkan, kami turut menyediakan kemudahan
tempatan produk dengan pelbagai pilihan menerusi laman sesawang
www.ryverra.com. Dalam masa yang sama, pengguna juga boleh mendapatkan borang
tempahan di laman sesawang ini. Ini bermakna bahawa pengguna tidak hanya
menjadikan talian 03-42950885, 019-2831282 dan 012-2289282 sebagai pilihan utama
dalam membuat tempahan. Sebaliknya, pengguna juga boleh mendapatkan produk
kami dengan membuka laman sesawang ini untuk melihat promosi semasa dan menilai
pakej coklat yang ditawarkan oleh syarikat. Ini juga menunjukkan bahawa pengimport
dari negara ASEAN dan Asia juga boleh merujuk kepada laman sesawang ini dalam
melihat produk semasa Ryverra.
Oleh yang demikian, dua perkara yang dinyatakan di atas adalah antara keutamaan
RCC dalam memastikan produk Ryverra dapat diurus tadbir dengan baik dan seterusnya
mampu meningkatkan jualan produk ke tahap yang paling memuaskan.
7.0 Rancangan Pentadbiran
Untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan
seterusnya dapat mencapai objektif yang ingin dicapai, maka aspek pengurusan
pentadbiran syarikat juga akan ditingkatkan. Antara rancangan yang akan dilakukan adalah
seperti berikut:-
a) Menambah Kakitangan
Kakitangan sedia ada akan ditambah untuk memastikan kapasiti pengeluaran yang
disasarkan pada setiap bulan dan tahun akan dapat dicapai. Ini juga untuk
memastikan produktiviti syarikat sentiasa berada tahap yang memuaskan selari
dengan keperluan pasaran pada masa akan datang. Kakitangan yang akan ditambah
tidak hanya terhad kepada kakitangan yang terlibat dengan proses pengeluaran.
12
Sebaliknya, kakitangan yang terlibat dengan aspek pemasaran, pembungkusan dan
sebagainya juga akan ditambah.
b) Meluaskan Pejabat
Pejabat syarikat juga akan diperluaskan untuk meningkatkan lagi kecekapan
pengurusan. Selain itu, beberapa bentuk perkakasan juga akan ditambah seperti
kemudahan komputer, internet dan sebagainya yang mana penting dalam proses
pengurusan dan pentadbiran syarikat khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan
pemasaran produk pada masa akan datang.
Oleh yang demikian, dua perkara yang dinyatakan di atas adalah antara perkara
yang akan diutamakan dalam aspek perancangan pentadbiran syarikat pada masa akan
datang.
8.0 Rancangan Kewangan
Produk Ryverra yang akan dikembangkan pasarannya ini memerlukan beberapa
keperluan peralatan dalam proses pengeluaran yang seterusnya memerlukan dana dan
keperluan kewangan yang lebih tinggi. Dengan adanya kertas cadangan ini, kami
mengharapkan agar bantuan kewangan yang diberikan mampu memenuhi keperluan
kewangan kami seperti mana yang dinyatakan di bawah:-
Bil Item Unit Kos
1 Mesin membuat coklat 2 RM180,000
2 Kotak dan Pembungkusan 200,000 RM150,000
3 Kos Pengubahsuaian Kilang - RM200,000
4 Kelengkapan Kilang - RM70,000
5 Kenderaan (Lori dan Van) 2 RM220,000
Jumlah RM820,000
13
Dalam jadual di atas, keperluan kewangan tidak hanya untuk keperluan mesin dan
kotak yang akan digunakan untuk memasarkan produk. Sebaliknya, kami juga perlu
mengubahsuai premis untuk menempatkan dua mesin baru yang akan digunakan dalam
pemprosesan coklat. Dalam masa yang sama juga, kami juga memerlukan pekerja
tambahan dan seterusnya memerlukan peralatan dan kelengkapan kilang seperti mesin
mencetak kotak, meja untuk pembungkusan barangan dan sebagainya. Dalam pada itu,
kenderaan berbentuk lori juga turut diperlukan untuk memudahkan proses penghantaran
barangan dengan lebih mudah dan cepat agar dapat memenuhi tuntutan permintaan
pasaran semasa.
9.0 Jadual Pelaksanaan Projek
Dalam memastikan segala perancangan yang telah disediakan dapat dilaksanakan
dengan berkesan dan cemerlang, maka berikut adalah rancangan pelaksanaan projek untuk
tempoh setahun:-
Aktiviti Bulan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Promosi
Dalam Negara √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
Luar Negara √ √ √ √ √ √ √
Ubah Suai Kilang √ √
Pembelian Bungkusan √ √
Pembelian Mesin √ √
Pembelian Kelangkapan
Kilang
√ √
Pembelian Kenderaan √
14
10.0 Rumusan
Menerusi kertas kerja ini, RCC mengharapkan agar keperluan dana yang
diharapkan oleh RCC akan dapat dipertimbangkan dan dipenuhi agar usaha RCC untuk
meningkatkan dan mengembangkan pasaran RCC untuk produk Ryverra akan dapat
dijayakan dengan lebih baik. Dalam masa yang sama juga, usaha untuk meningkatkan
kapasiti pengeluaran produk Ryverra juga akan dapat dipenuhi bagi memastikan
permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa akan dapat dipenuhi pada masa-masa yang
mendatang. Dengan demikian juga, usaha untuk meningkatkan pasaran produk bumiputera
di peringkat antarabangsa akan dapat dilakukan dengan lebih baik dan memuaskan.
Jumlah Perkataan : 2,727 Patah
15
Rujukan
Harold Koontz & Heinz Weihrich, Terjemahan : Mohd Salmi Mohd Sohod dan Siti Nadzrah
Sheikh Omar, (2001) Pengurusan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Lehman and Winer, (2004). Product Management Fourth Edition, Mc. Graw Hill
International Edition
Zahari Mohamad, Nor Pujawati Md. Isa, Abd. Rahim Othman, Sany Sanuri Mohd. Mokhtar
dan Noor Hasmini Abd. Ghani, (2006). Pengurusan Pemasaran I, Open University
Malaysia, Kuala Lumpur
Zahari Mohamad, Nor Pujawati Md. Isa, Abd. Rahim Othman, Sany Sanuri Mohd. Mokhtar
dan Noor Hasmini Abd. Ghani, (2006). Pengurusan Pemasaran II, Open University
Malaysia, Kuala Lumpur

More Related Content

What's hot

CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...Park Hae Ra
 
Strategi Pemasaran - Harga
Strategi Pemasaran - HargaStrategi Pemasaran - Harga
Strategi Pemasaran - HargaMohd Nazri Awang
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmnurAkhma
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)saadiah alidrus
 
Kegiatan ekonomi dan lokasi
Kegiatan ekonomi dan  lokasiKegiatan ekonomi dan  lokasi
Kegiatan ekonomi dan lokasiGuat 月芬
 
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)路人 路过
 
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKANCONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKANNURLIDYAWATI JASMIN
 
Dasar komunikasi negara
Dasar komunikasi negaraDasar komunikasi negara
Dasar komunikasi negaraMunirah Najmah
 
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917Roshaniza Mohd Shariff Roshaniza
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Thanushah Soniyasee
 
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanPengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanMOHD SHAHRIN SN
 
Contoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgContoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgWAN ROZITA
 
Contoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukanContoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukanHamsi Ahmad
 
Program lawatan ke pesta buku antarabangsa
Program lawatan ke pesta buku antarabangsaProgram lawatan ke pesta buku antarabangsa
Program lawatan ke pesta buku antarabangsaizz_zafran
 
Strategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiStrategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiMohd Nazri Awang
 

What's hot (20)

CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
 
Strategi Pemasaran - Harga
Strategi Pemasaran - HargaStrategi Pemasaran - Harga
Strategi Pemasaran - Harga
 
Abu Bakar As-Siddiq
Abu Bakar As-SiddiqAbu Bakar As-Siddiq
Abu Bakar As-Siddiq
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
 
Kegiatan ekonomi dan lokasi
Kegiatan ekonomi dan  lokasiKegiatan ekonomi dan  lokasi
Kegiatan ekonomi dan lokasi
 
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
 
Strategi Pemasaran
Strategi  Pemasaran Strategi  Pemasaran
Strategi Pemasaran
 
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKANCONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
 
perniagaan kek
perniagaan kekperniagaan kek
perniagaan kek
 
Dasar komunikasi negara
Dasar komunikasi negaraDasar komunikasi negara
Dasar komunikasi negara
 
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
 
Ikea
IkeaIkea
Ikea
 
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanPengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
 
Contoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgContoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibg
 
Contoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukanContoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukan
 
Program lawatan ke pesta buku antarabangsa
Program lawatan ke pesta buku antarabangsaProgram lawatan ke pesta buku antarabangsa
Program lawatan ke pesta buku antarabangsa
 
LAPORAN POST MORTEM PROGRAM SAINS SUKAN
LAPORAN POST MORTEM PROGRAM SAINS SUKANLAPORAN POST MORTEM PROGRAM SAINS SUKAN
LAPORAN POST MORTEM PROGRAM SAINS SUKAN
 
Strategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiStrategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - Promosi
 

Similar to RYVERRA MENJANA PERTUMBUHAN

Pt nippon indosari corpindo tbk
Pt nippon indosari corpindo tbkPt nippon indosari corpindo tbk
Pt nippon indosari corpindo tbkDesi Mustopa
 
Hirarki strategi grup sinar mas
Hirarki strategi grup sinar masHirarki strategi grup sinar mas
Hirarki strategi grup sinar maspeterjohn
 
4kids Content
4kids Content4kids Content
4kids Contentdianaists
 
Analisis Strategi Pemasaran Internasional/Global
Analisis Strategi Pemasaran Internasional/GlobalAnalisis Strategi Pemasaran Internasional/Global
Analisis Strategi Pemasaran Internasional/GlobalNabilaRizky4
 
Visiting report
Visiting reportVisiting report
Visiting reportdrfez86
 
7,kwh, oktaviana purwitasari , proposal perencanaan bisnis , univeristas merc...
7,kwh, oktaviana purwitasari , proposal perencanaan bisnis , univeristas merc...7,kwh, oktaviana purwitasari , proposal perencanaan bisnis , univeristas merc...
7,kwh, oktaviana purwitasari , proposal perencanaan bisnis , univeristas merc...opurwitasari
 
Mc donald's
Mc donald'sMc donald's
Mc donald'sr471
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Shamsul De Bagio
 
Rencana Bisnis Home Industry Gula Semut
Rencana Bisnis Home Industry Gula SemutRencana Bisnis Home Industry Gula Semut
Rencana Bisnis Home Industry Gula SemutAndre Fortuna
 
Ebusiness, mbusiness, ibusiness
Ebusiness, mbusiness, ibusinessEbusiness, mbusiness, ibusiness
Ebusiness, mbusiness, ibusinessZaenal Muttaqin
 
Pengaruh Strategi Perencanaan dan Penganggaran
Pengaruh Strategi Perencanaan dan PenganggaranPengaruh Strategi Perencanaan dan Penganggaran
Pengaruh Strategi Perencanaan dan PenganggaranMaudinaKanthiSukmani
 
Chocolate station classic
Chocolate station classicChocolate station classic
Chocolate station classicEchsan Ridho
 
Proposal usaha makanan & minuman MAKJOSi
Proposal usaha makanan & minuman MAKJOSiProposal usaha makanan & minuman MAKJOSi
Proposal usaha makanan & minuman MAKJOSiAmalia Tri Kusuma Dewi
 
Coke defina dan nadia pis 13 02
Coke defina dan nadia pis 13 02Coke defina dan nadia pis 13 02
Coke defina dan nadia pis 13 02Defina Iskandar
 
Kelompok Usaha minuman coklat.pptx
Kelompok Usaha minuman coklat.pptxKelompok Usaha minuman coklat.pptx
Kelompok Usaha minuman coklat.pptxMuhammadAzhar960988
 
1559 article text-2824-1-10-20181114
1559 article text-2824-1-10-201811141559 article text-2824-1-10-20181114
1559 article text-2824-1-10-20181114JohnTarigan
 

Similar to RYVERRA MENJANA PERTUMBUHAN (20)

Kwu kelompok
Kwu kelompokKwu kelompok
Kwu kelompok
 
Pt nippon indosari corpindo tbk
Pt nippon indosari corpindo tbkPt nippon indosari corpindo tbk
Pt nippon indosari corpindo tbk
 
Hirarki strategi grup sinar mas
Hirarki strategi grup sinar masHirarki strategi grup sinar mas
Hirarki strategi grup sinar mas
 
4kids Content
4kids Content4kids Content
4kids Content
 
Analisis Strategi Pemasaran Internasional/Global
Analisis Strategi Pemasaran Internasional/GlobalAnalisis Strategi Pemasaran Internasional/Global
Analisis Strategi Pemasaran Internasional/Global
 
Visiting report
Visiting reportVisiting report
Visiting report
 
7,kwh, oktaviana purwitasari , proposal perencanaan bisnis , univeristas merc...
7,kwh, oktaviana purwitasari , proposal perencanaan bisnis , univeristas merc...7,kwh, oktaviana purwitasari , proposal perencanaan bisnis , univeristas merc...
7,kwh, oktaviana purwitasari , proposal perencanaan bisnis , univeristas merc...
 
Mc donald's
Mc donald'sMc donald's
Mc donald's
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
 
Rencana Bisnis Home Industry Gula Semut
Rencana Bisnis Home Industry Gula SemutRencana Bisnis Home Industry Gula Semut
Rencana Bisnis Home Industry Gula Semut
 
Ebusiness, mbusiness, ibusiness
Ebusiness, mbusiness, ibusinessEbusiness, mbusiness, ibusiness
Ebusiness, mbusiness, ibusiness
 
Pengaruh Strategi Perencanaan dan Penganggaran
Pengaruh Strategi Perencanaan dan PenganggaranPengaruh Strategi Perencanaan dan Penganggaran
Pengaruh Strategi Perencanaan dan Penganggaran
 
Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019
Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019
Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019
 
beacukai.pptx
beacukai.pptxbeacukai.pptx
beacukai.pptx
 
Chocolate station classic
Chocolate station classicChocolate station classic
Chocolate station classic
 
Proposal usaha makanan & minuman MAKJOSi
Proposal usaha makanan & minuman MAKJOSiProposal usaha makanan & minuman MAKJOSi
Proposal usaha makanan & minuman MAKJOSi
 
Coke defina dan nadia pis 13 02
Coke defina dan nadia pis 13 02Coke defina dan nadia pis 13 02
Coke defina dan nadia pis 13 02
 
Kelompok Usaha minuman coklat.pptx
Kelompok Usaha minuman coklat.pptxKelompok Usaha minuman coklat.pptx
Kelompok Usaha minuman coklat.pptx
 
1559 article text-2824-1-10-20181114
1559 article text-2824-1-10-201811141559 article text-2824-1-10-20181114
1559 article text-2824-1-10-20181114
 
Business Plan Raja Keripik
Business Plan Raja KeripikBusiness Plan Raja Keripik
Business Plan Raja Keripik
 

More from Open University Malaysia (15)

Usahawan 1
Usahawan 1Usahawan 1
Usahawan 1
 
Rancangan perniagaan 3
Rancangan perniagaan 3Rancangan perniagaan 3
Rancangan perniagaan 3
 
Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2
 
Sejarah acheh
Sejarah achehSejarah acheh
Sejarah acheh
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Perniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaPerniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsa
 
Penggunaan air domestik
Penggunaan air domestikPenggunaan air domestik
Penggunaan air domestik
 
Pencemaran alam
Pencemaran alamPencemaran alam
Pencemaran alam
 
Mikroekonomi
MikroekonomiMikroekonomi
Mikroekonomi
 
Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)
 
Makroekonomi
MakroekonomiMakroekonomi
Makroekonomi
 
Kod etika
Kod etikaKod etika
Kod etika
 
Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1
 
Kaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplinKaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplin
 
Topik 7 gimrama
Topik 7 gimramaTopik 7 gimrama
Topik 7 gimrama
 

Recently uploaded

REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 

RYVERRA MENJANA PERTUMBUHAN

  • 1. 1 RINGKASAN EKSEKUTIF Perkembangan industri makanan berasaskan coklat telah mendorong RCC untuk mengembangkan produk coklat Ryverra ke peringkat yang lebih tinggi. Ini juda adalah selari dengan matlamat RCC yang ingin menempatkan produk RCC ke peringkat antarabangsa seperti dalam pasaran ASEAN dan juga pasaran Asia. Namun begitu, usaha ini memerlukan dana yang besar yang sangat diperlukan oleh RCC dalam menjayakan setiap rancangan dan tindakan RCC. Permintaan pasaran tempatan terhadap produk Ryverra turut mendorong RCC untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dengan mendapatkan dua buah mesin pemprosesan yang baru agar dapat digunakan dalam proses pengeluaran produk. Ini juga adalah untuk memastikan agar permintaan tempatan dan antarabangsa terhadap produk Ruverra akan dapat dipenuhi.
  • 2. 2 1.0 Pendahuluan Manisan strawberi coklat kegemaran penyanyi terkemuka negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin tanpa disangka-sangka memberi cetusan idea kepada tiga anak muda ini mencipta resipi coklat yang kini sudah menembusi pasaran antarabangsa. Siti Nurhaliza menyatakan kegemarannya menikmati strawberi segar yang dicelup coklat ketika wawancara majlis perkahwinan beliau dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 2006. Pengakuan itu secara tidak langsung memberi idea kepada Muzairee Daud, Mohd Radzi Othman dan Shahril Omar masing-masing 29 tahun untuk cuba mengkomersilkan strawberi coklat yang akhirnya mendapat sambutan menggalakkan daripada penggemar coklat. Walaupun daripada latar belakang pendidikan berbeza, namun misi mereka adalah sama iaitu mengusahakan perniagaan berasaskan coklat kerana melihat potensi pasaran itu yang semakin berkembang. Mereka juga mengikuti kursus dan mendapatkan bimbingan daripada Lembaga Koko Malaysia bagi memperluaskan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang itu. Mereka menubuhkan GMR Food & Beverages pada 2006 yang memfokus kepada peruncitan coklat buatan tangan mereka dengan membuka kios pertama Strawchoz di Tesco Ampang, dan kemudian pada 2008 Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn Bhd (RCC) yang tertumpu kepada pengilangan. Bagi berkongsi keenakan rahsia coklat serta kepakaran dan rahsia pembuatan coklat sebenar, Ryverra juga menubuhkan Akademi RICH untuk memberi pendedahan mengenai pembuatan coklat kepada masyarakat. Hasilnya, mereka kini berjaya membangunkan tiga jenama coklat iaitu Ryverra (premium), Estana dan Qidoz yang menggunakan sepenuhnya bahan koko Malaysia. 2.0 Objektif Tujuan penyediaan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan bantuan dana daripada beberapa organisasi yang menyediakan kemudahan peminjaman untuk meluaskan lagi perniagaan RCC. Bantuan dama yang diperlukan adalah untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran produk bagi tujuan pasaran tempatan dan antarabangsa. Sehingga kini, RCC hanya memasarkan produk dalam pasaran tempatan dan hanya memasarkan produk di beberapa buah negara seperti China dan Singapura. Namun begitu, pasaran RCC masih
  • 3. 3 terhad dan bercadang untuk dikembangkan ke seluruh negara ASEAN seperti Brunei, Indonesia, Thailand, Filipina, Myanmar dan beberapa negara Asia. Dengan adanya bantuan dana yang mencukupi, operasi pengeluaran RCC dapat ditingkatkan yang seterusnya akan dapat membantu cadangan mengembangkan pasaran RCC untuk produk Ryverra. 3.0 Produk Yang Ditawarkan Produk RCC yang ingin diperluaskan pasarannya adalah produk Ryverra yang mana merupakan produk berasaskan koko tempatan. Kelebihan dan kesitimewaan produk ini tidak hanya terletak pada rasa, bentuk dan ciri-ciri lain. Sebaliknya, produk ini turut mendapat pengikhtirafan tempatan seperti pernah memenangi anugerah kategori pembungkusan terbaik daripada SIRIM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, meraih tempat pertama dan kedua bagi produk komersial coklat terbaik pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2010, telah dianugerahkan sebagai Rekabentuk Terbaik bagi Produk Konfensi dalam Ekspo Groom Big Nasional pada 2010 dan turut menggunakan logo 1Malaysia Best oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Menerusi misi ‘Biarlah Coklat Kami Yang Berbicara’ memperlihatkan kelebihan dan keunikan coklat ini yang mampu memikat hati setiap penggemar coklat di Malaysia dan juga di rantau Asia. Justeru, proses mengembangkan produk ini adalah suatu yang sangat perlu dalam memastikan produk ini mampu menempat nama di persada antarabangsa. 4.0 Lokasi Perniagaan RCC adalah sebuah syarikat yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran produk makanan berasaskan coklat. Syarikat ini diterajui oleh tiga orang anak muda iaitu Muzairee Daud, Shahril Omar dan juga Mohd Radzi Othman. Istimewanya produk RCC yang menggunakan jenama Ryverra ialah ia dihasilkan sendiri secara manual menggunakan koko tempatan. Pengarah Latihan dan Pembangunan Produk RCC, Mohd. Radzi Othman berkata, syarikat tersebut adalah milik penuh bumiputra yang telah
  • 4. 4 beroperasi sejak 2008 melalui produknya Ryverra yang telah mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak. Antaranya, mereka pernah memenangi anugerah kategori pembungkusan terbaik daripada SIRIM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Malah Ryverra juga meraih tempat pertama dan kedua bagi produk komersial coklat terbaik pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2010. 5.0 Rancangan Pemasaran Seperti mana yang telah dijelaskan di atas, produk Ryverra yang akan diperluaskan pasarannya telah menyasarkan kepada beberapa kumpulan pengguna atau pelanggan. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:- a) Orang Awan Orang awam adalah antara sasaran utama kami. Memandangkan perayaan Hari Raya semakin hampir, maka kami telah meningkatkan aktiviti promosi dengan menggalakkan orang ramai menjadikan produk coklat sebagai salah satu hidangan di hari raya bagi menggantikan kuih yang menjadi tradisi sejak dahulu. Menerusi penyediaan manisan coklat seperti ini, setiap pengunjung akan dapat merasakan kelebihan dan keunikan produk Ryverra yang semakin mendapat tempat dalam pasaran tempatan. Dalam pada itu, coklat ini juga tidak hanya dibeli untuk dimakan. Sebaliknya, produk ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah untuk pelbagai tujuan seperti hadiah untuk majlis perpisahan, hadiah kejayaan dan sebagainya. Menerusi produk Ryverra ini, maka sasaran utama syarikat kami adalah memasarkan produk ini kepada masyarakat setempat di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk menjadikan coklat ini sebagai antara makanan terpilih yang digemari. b) Jabatan Kerajaan Jabatan kerajaan juga turut menjadi sasaran kami dengan menjadikan produk Ryverra sebagai antara pilihan juadah dalam jamuan khususnya bagi menggantikan makanan
  • 5. 5 pencuci mulut. Walaupun buah-buahan yang sering kali digunakan sebagai makanan pencuci mulut, namun kami ingin membuat pembaharuan dalam hidangan untuk majlis-majlis besar jabatan kerajaan dengan menjadikan coklat sebagai antara menu utama dalam menyediaan jamuan pencuci mulut. Ini kerana penggunaan koko yang berkualiti dan produk Ryverra yang tidak terlalu manis, menjadikan produk coklat ini antara jenis menu pencucui mulut yang boleh digunakan dalam pelbagai majlis jamuan rasmi. Reka bentuk yang menarik dan unik juga, mampu menjadikan hidangan kelihatan lebih eksklusif dan bernilai tinggi. c) Pelancong Asing Sasaran lain syarikat kami adalah menarik minat kepada pelancong khususnya pelancong asing untuk menjadikan produk coklat syarikat kami sebagai antara barangan yang akan dibeli atau didapatkan semasa melancong ke Malaysia. Dengan demikian, pasaran kami akan mudah untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa sekiranya produk ini mula mendapat tempat dalam kalangan pelancong asing di Malaysia. Dengan menjadikan sasaran pelancong asing sebagai antara sasaran untuk meningkatkan jualan produk, maka produk Ryverra akan dapat diperluaskan pasarannya yang tidak hanya terhad kepada pasaran tempatan sahaja. Sebaliknya, mampu dipasarkan dalam parasangan Eropah. d) Negara Luar Seperti mana yang telah dinyatakan di atas di awal kertas kerja ini, syarikat kami juga menyasarkan pasaran antarabangsa untuk memasarkan produk Ryverra ini. Selain daripada China dan Singapura yang merupakan antara pasaran antabangsa syarikat kami kini, Ryverra juga disasarkan untuk dipasarkan di semua negara ASEAN dan juga beberapa negara ASIA yang lain seperti Jepun, India, Korea dan juga di Kepulauan Austrasia. Ini bermakna bahawa keperluan kewangan kami tidak hanya untuk meningkatkan keperluan dalam pasaran tempatan semata-mata. Sebaliknya, keperluan kewangan yang diperlukan juga turut menuntut dana untuk membiayai proses mengembangkan pasaran di peringkat antarabangsa.
  • 6. 6 Dalam memastikan produk Ryverra juga sentiasa mendapatkan tempat di hati pengguna, RCC telah merancang beberapa bentuk produk yang mampu memikat hati setiap pengguna dan penggemar coklat. Antaranya adalah seperti mana yang dapat dilihat di bawah:- a) Pakej Pilihan Produk Ryverra yang disediakan oleh RCC menyediakan pelbagai pakej yang boleh dipilih oleh pengguna mengikut kemahuan dan keinginan mereka. Harga yang ditawarkan juga adalah sangat menarik dan mampu dimiliki oleh setiap pengguna yang ingin merasakan kemanisan dan keunikan coklat Ryverra. Oleh itu, berikut dinyatakan antara pakej pilihan yang disediakan oleh RCC dan harga bagi setiap pakej:- Bil Pakej Harga 1 Pakej Cinta Pertama 11 bekas kotak coklat ‘Sample Kit’ bagi produk terpilih Set flyers Kos penghantaran (pilihan)* RM400.00 RM345.00* 2 Pakej Kasih Sayang 7 bekas kotak coklat ‘Sample Kit’ bagi produk terpilih Set flyers Kos penghantaran (pilihan)* RM275.00 RM230.00* 3 Pakej Hidangan Hari Raya 10-15 bekas kotak coklat ‘Sample Kit’ bagi produk terpilih Set flyers Kos penghantaran (pilihan) RM370.00 – RM520.00 4 Pakej Jamuan Rasmi 20-30 bekas kotak coklat ‘Sample Kit’ bagi produk terpilih Set flyers Kos penghantaran (pilihan)* RM670.00 – RM920.00
  • 7. 7 5 Pakej Ajen / Borong 50-100 bekas kotak coklat ‘Sample Kit’ bagi produk terpilih Set flyers Kos penghantaran (pilihan)* RM2,150.00 – RM4,500.00 Dalam jadual di atas, kesemua pakej yang ditawarkan adalah boleh berubah di mana pengguna atau mereka yang ingin menjadi ajen atau pemborong kepada coklat Ryverra boleh membuat pilihan terhadap pelbagai jenis coklat yang diinginkan. Kami tidak mensyaratkan coklat khusus dalam setiap pakej. Sebaliknya, pengguna boleh memilih coklat yang diinginkan dalam pakej pilihan mereka. Ini juga adalah selari dengan keutamaan RCC yang berusaha untuk memberikan kepuasan kepada pengguna Ryverra agar terus menjadikan coklat Ryverra ini sebagai pilihan mereka. b) Pembungkusan Yang Unik Keunikan produk Ryverra juga dapat dilihat menerusi kaedah pembungkusan yang menarik dan mampu menarik minat setiap penggemar coklat. Coklat Ryverra tidak dibungkus dalam kotak lutsinar seperti mana yang dapat dilihat pada kebanyakan coklat. Sebaliknya, coklat Ryverra menggunakan bungkusan kotak yang dibalut seperti hadiah. Ini adalah untuk menarik perhatian pengguna untuk merasakan penghargaan dan nilai eksklusif setiap kali membeli atau mendapatkan coklat Ryverra. Contohnya seperti mana yang dapat dilihat dalam rajah di bawah:-
  • 8. 8 Jika dilihat kepada rajah tersebut, kotak yang disediakan kelihatan seperti bungkusan hadiah yang mana boleh digunakan untuk kegunaan sendiri ataupun digunakan untuk dihadiahkan kepada pihak atau individu lain. Ini bermakna bahawa produk coklat Ryveraa yang dimiliki bukan hanya untuk dimiliki oleh setiap individu. Sebaliknya, boleh dijadikan sebagai hadiah kepada pihak atau individu lain. Ini adalah satu kaedah pembungkusan yang menarik yang digunakan oleh RCC dalam memastikan produk ini sentiasa mendapat tempat dalam pasaran tempatan dan antarabangsa berbanding dengan produk coklat yang lain. c) Peraduan RCC juga turut menyediakan peraduan kepada pengguna, peruncit mahupun pemborong dengan memberikan hadian yang sangat lumayan. Pelaksanaan peraduan ini adalah untuk menggalakkan pengguna dan penggemar coklat Ryverra untuk terus menggunakan produk ini sepanjang masa. pelaksanaan peraduan ini juga adalah sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan promosi dan pasaran tempatan ke seluruh negara. Berikut adalah antara promosi yang telah dijalankan pada tahun 2011 dan akan sentiasa dijalankan pada masa-masa akan datang:- d) Promosi Raya Kami juga turut membuat promosi sempena sambutan perayaan seperti perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya. Ini bermakna bahawa produk
  • 9. 9 Ryverra tidak hanya digunakan pada setiap hari. Sebaliknya, mampu dijadikan sebagai antara jamuan penting dalam sambutan perayaan utama di Malaysia. Jika dilihat kepada rajah di atas, berikut adalah contoh katalog yang telah disediakan pada tahun lepas untuk mempromosikan proudk Ryverra ini kepada pengguna. Promosi perayaan seperti ini akan terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang agar usaha produk Ryverra akan sentiasa mendapat tempat dalam pasaran tempatan khususnya dan pasaran antarabangsa umumnya. Dengan adanya aktiviti promosi yang menarik dan konsisten, usaha untuk memasarkan produk Ryverra akan menjadi lebih mudah dan mampu mencapai sasaran seperti mana yang diharapkan oleh RCC.
  • 10. 10 6.0 Rancangan Operasi Dalam memastikan produk ini dapat dipasarkan dengan sebaik mungkin seperti mana yang telah dirancangkan, maka pengurusan jualan produk adalah suatu yang sangat penting. Ini adalah untuk memastikan agar pengguna mendapat kepuasan yang optimum menerusi produk Ryverra kami. Justeru, pengurusan jualan produk yang menjadi keutamaan kepada RCC mencakupi beberapa perkara seperti mana yang berikut:- a) Penghantaran Terus Syarikat kami bercadang untuk menghantar terus kepada pembeli sama ada kedai atau pengguna yang membuat tempahan dalam jumlah yang besar. Seperti mana yang telah kami lakukan, produk Ryverra ini akan dihantar sendiri oleh kakitangan RCC terus kepada kedai, pasarana dan peruncit yang menjadikan produk Ryverra sebagai antara produk jualan mereka. Namun begitu, perkhidmatan penghantaran terus ini hanya terhad kepada kawasan Kuala Lumpur sahaja. Sebaliknya, pembeli yang beada di luar Kuala Lumpur tidak akan mendapat perkhidmatan kerana kekurangan kemudahan pengankutan yang dimiliki oleh RCC. Namun begitu, usaha untuk mendapatkan sebuah lori 1 tan dan sebuah van sedang diusahakan agar perkhidmatan penghantaran terus ini akan turut dinikmati oleh pasaraya, pekedai dan peruncit yang berada di luar Kuala Lumpur. Menerusi perkhidmatan seperti ini, pekedai dan peruncit akan mudah untuk mendapatkan produk Ryverra. Dalam pada itu, kami juga sedang membincangkan untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran terus kepada pengguna yang membali secara pukal atau membeli dalam kuantiti yang banyak. Namun begitu, penyediaan ini hanyalah terhad kepada proses penghantaran sekali dalam seminggu. Ini adalah disebabkan oleh bilangan pengguna yang membeli secara pukal yang agak kurang berbanding dengan bilangan pekedai dan peruncit yang membeli secara pukal. Namun begitu, perkhidmatan penghantaran terus kepada pengguna ini akan dilaksanakan agar kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan dan produk RCC akan sentiasa menjadi buah mulut pengguna. Ini seterusnya mampu meningkatkan nama prodyk RCC yang sememangnya unik dan menarik.
  • 11. 11 b) Tempahan Dalam memastikan jualan produk mampu ditingkatkan ke tahap yang lebih memuaskan seperti mana yang disasarkan, kami turut menyediakan kemudahan tempatan produk dengan pelbagai pilihan menerusi laman sesawang www.ryverra.com. Dalam masa yang sama, pengguna juga boleh mendapatkan borang tempahan di laman sesawang ini. Ini bermakna bahawa pengguna tidak hanya menjadikan talian 03-42950885, 019-2831282 dan 012-2289282 sebagai pilihan utama dalam membuat tempahan. Sebaliknya, pengguna juga boleh mendapatkan produk kami dengan membuka laman sesawang ini untuk melihat promosi semasa dan menilai pakej coklat yang ditawarkan oleh syarikat. Ini juga menunjukkan bahawa pengimport dari negara ASEAN dan Asia juga boleh merujuk kepada laman sesawang ini dalam melihat produk semasa Ryverra. Oleh yang demikian, dua perkara yang dinyatakan di atas adalah antara keutamaan RCC dalam memastikan produk Ryverra dapat diurus tadbir dengan baik dan seterusnya mampu meningkatkan jualan produk ke tahap yang paling memuaskan. 7.0 Rancangan Pentadbiran Untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seterusnya dapat mencapai objektif yang ingin dicapai, maka aspek pengurusan pentadbiran syarikat juga akan ditingkatkan. Antara rancangan yang akan dilakukan adalah seperti berikut:- a) Menambah Kakitangan Kakitangan sedia ada akan ditambah untuk memastikan kapasiti pengeluaran yang disasarkan pada setiap bulan dan tahun akan dapat dicapai. Ini juga untuk memastikan produktiviti syarikat sentiasa berada tahap yang memuaskan selari dengan keperluan pasaran pada masa akan datang. Kakitangan yang akan ditambah tidak hanya terhad kepada kakitangan yang terlibat dengan proses pengeluaran.
  • 12. 12 Sebaliknya, kakitangan yang terlibat dengan aspek pemasaran, pembungkusan dan sebagainya juga akan ditambah. b) Meluaskan Pejabat Pejabat syarikat juga akan diperluaskan untuk meningkatkan lagi kecekapan pengurusan. Selain itu, beberapa bentuk perkakasan juga akan ditambah seperti kemudahan komputer, internet dan sebagainya yang mana penting dalam proses pengurusan dan pentadbiran syarikat khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan pemasaran produk pada masa akan datang. Oleh yang demikian, dua perkara yang dinyatakan di atas adalah antara perkara yang akan diutamakan dalam aspek perancangan pentadbiran syarikat pada masa akan datang. 8.0 Rancangan Kewangan Produk Ryverra yang akan dikembangkan pasarannya ini memerlukan beberapa keperluan peralatan dalam proses pengeluaran yang seterusnya memerlukan dana dan keperluan kewangan yang lebih tinggi. Dengan adanya kertas cadangan ini, kami mengharapkan agar bantuan kewangan yang diberikan mampu memenuhi keperluan kewangan kami seperti mana yang dinyatakan di bawah:- Bil Item Unit Kos 1 Mesin membuat coklat 2 RM180,000 2 Kotak dan Pembungkusan 200,000 RM150,000 3 Kos Pengubahsuaian Kilang - RM200,000 4 Kelengkapan Kilang - RM70,000 5 Kenderaan (Lori dan Van) 2 RM220,000 Jumlah RM820,000
  • 13. 13 Dalam jadual di atas, keperluan kewangan tidak hanya untuk keperluan mesin dan kotak yang akan digunakan untuk memasarkan produk. Sebaliknya, kami juga perlu mengubahsuai premis untuk menempatkan dua mesin baru yang akan digunakan dalam pemprosesan coklat. Dalam masa yang sama juga, kami juga memerlukan pekerja tambahan dan seterusnya memerlukan peralatan dan kelengkapan kilang seperti mesin mencetak kotak, meja untuk pembungkusan barangan dan sebagainya. Dalam pada itu, kenderaan berbentuk lori juga turut diperlukan untuk memudahkan proses penghantaran barangan dengan lebih mudah dan cepat agar dapat memenuhi tuntutan permintaan pasaran semasa. 9.0 Jadual Pelaksanaan Projek Dalam memastikan segala perancangan yang telah disediakan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan cemerlang, maka berikut adalah rancangan pelaksanaan projek untuk tempoh setahun:- Aktiviti Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Promosi Dalam Negara √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ Luar Negara √ √ √ √ √ √ √ Ubah Suai Kilang √ √ Pembelian Bungkusan √ √ Pembelian Mesin √ √ Pembelian Kelangkapan Kilang √ √ Pembelian Kenderaan √
  • 14. 14 10.0 Rumusan Menerusi kertas kerja ini, RCC mengharapkan agar keperluan dana yang diharapkan oleh RCC akan dapat dipertimbangkan dan dipenuhi agar usaha RCC untuk meningkatkan dan mengembangkan pasaran RCC untuk produk Ryverra akan dapat dijayakan dengan lebih baik. Dalam masa yang sama juga, usaha untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran produk Ryverra juga akan dapat dipenuhi bagi memastikan permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa akan dapat dipenuhi pada masa-masa yang mendatang. Dengan demikian juga, usaha untuk meningkatkan pasaran produk bumiputera di peringkat antarabangsa akan dapat dilakukan dengan lebih baik dan memuaskan. Jumlah Perkataan : 2,727 Patah
  • 15. 15 Rujukan Harold Koontz & Heinz Weihrich, Terjemahan : Mohd Salmi Mohd Sohod dan Siti Nadzrah Sheikh Omar, (2001) Pengurusan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Lehman and Winer, (2004). Product Management Fourth Edition, Mc. Graw Hill International Edition Zahari Mohamad, Nor Pujawati Md. Isa, Abd. Rahim Othman, Sany Sanuri Mohd. Mokhtar dan Noor Hasmini Abd. Ghani, (2006). Pengurusan Pemasaran I, Open University Malaysia, Kuala Lumpur Zahari Mohamad, Nor Pujawati Md. Isa, Abd. Rahim Othman, Sany Sanuri Mohd. Mokhtar dan Noor Hasmini Abd. Ghani, (2006). Pengurusan Pemasaran II, Open University Malaysia, Kuala Lumpur