SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
1.0 Pendahuluan
Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Air yang meliputi 70
peratus daripada isipadu dunia memainkan peranan sebagai sumber untuk pelbagai
kegunaan seperti memasak, membasuh dan sebagainya. Air juga turut berperanan
menjadi salah satu keperluan terhadap badan manusia di mana badan manusia
memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari untuk menampung keperluan
badan. Begitu juga halnya dengan tumbuhan dan haiwan yang banyak memerlukan
sumber air untuk terus hidup. Oleh yang demikian, fungsi dan peranan air tidak hanya
terhad kepada manusia semata-mata, malah turut digunakan untuk oleh tumbuhan dan
haiwan.
Peranan dan fungsi air sememangnya tidak terhad kepada penggunaan oleh isi
rumah sahaja. Jabatan kerajaan, agensi swasta, badan-badan konporat, jabatan bukan
kerajaan ( NGO ), malah seluruh masyarakat turut memerlukan air dalam kehidupan
seharian mereka. Air juga turut dilibatkan dalam pelbagai fungsi dewasa ini. Contohnya
seperti penggunaan air untuk tujuan pembinaan bangunan, pembersihan kawasan bandar,
pengindahan sesebuah kawasan dan sebagainya. Namun begitu, kajian ini akan lebih
memfokuskan kepada penggunaan air oleh isi rumah di kawasan Flat Perumahan Guru,
Sekolah Kebangsaan Dinapokuon, Penampang.
2.0 Justifikasi Kajian
Kajian ini dibuat untuk melihat tentang penggunaan sumber air oleh penduduk di
kawasan kajian. Pada kebiasaannya, air digunakan untuk pelbagai tujuan harian seperti
1
memasak, pembersihan diri, membasuh dan sebagainya. Oleh yang demikian, kajian ini
adalah perlu untuk mengetahui sama ada penduduk di kawasan kajian ini menggunakan
air dengan efektif dalam kehidupan seharian mereka ataupun sebaliknya. Dalam pada itu,
hasil kajian juga akan digunakan sebagai fakta untuk menyedarkan masyarakat di
kawasan berkenaan tentang kepentingan menjaga dan menjimatkan air. Penggunaan air
yang berlebihan atau pembaziran air yang berlaku setiap hari akan memberikan impak
yang negatif kepada penduduk berkenaan. Selain daripada membayar bil yang tinggi,
mereka juga mungkin akan dilanda krisis air yang boleh menyebabkan kerajaan negeri
membuat catuan air di kawasan berkenaan yang mana akan mendatangkan banyak
masalah kepada mereka. Oleh yang demikian, kajian amat perlu untuk mengetahui
kecekapan dan keprihatinan penduduk di kawasan kajian berkenaan penggunaan air
domestik.
3.0 Kawasan Kajian
Kawasan kajian merujuk kepada di mana kajian berkenaan penggunaan air
domestik ini dilakukan. Secara amnya, kajian ini adalah meliputi kawasan Flat
Perumahan Guru, Sekolah Kebangsaan Dinapokuon, Penampang. Kajian ini adalah untuk
melihat kekerapan penggunaan air oleh guru-guru yang tinggal di kawasan tersebut.
Contohnya seperti ingin melihat kekerapan mereka menggunakan air untuk tujuan
membasuh pakaian, membasuh pinggan, membasuh kereta dan sebagainya. Segala
dapatan atau hasil kajian akan menggambarkan sama ada mereka cekap dalam
penggunaan air ataupun sebalikny.
2
4.0 Teknik Kajian
Dalam melihat hasil kajian ini, penggunaan borang soal selidik adalah kaedah
atau teknik yang digunakan dalam kajian ini. Borang soal selidik ini terdiri daripada 13
soalan yang mana meliputi pelbagai bentuk persoalan seperti mana yang terdapat dalam
lampiran 1. dalam borang soal selidik ini, tumputan diberikan kepada aspek penggunaan
air di kawasan kajian yang ingin dikaji oleh penyelidik. Sebanyak 20 respondan telah
diberikan borang soal selidik ini untuk mengetahui segala maklumat yang diperlukan.
Selepas itu, segala data yang telah dikumpul daripada 20 respondan tersebut akan
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Perisian ini adalah salah satu perisian
yang biasa digunakan untuk melihat hasil sesuatu kajian. Setelah segala data dimasukkan
ke dalam perisian ini, data-data tersebut akan dianalisis untuk melihat kemungkinan-
kemungkinan yang mungkin wujud hasil daripada kajian itu. Segala analisis dan hasil
kajian akan dibincangkan dalam perbincangan berikutnya.
Borang soal selidik ini mengandungi 13 soalan yang meliputi pelbagai bentuk
soalan untuk melihat aktiviti-aktiviti respondan yang berkaitan dengan penggunaan air
domestik. Contohnya seperti penggunaan air dalam aktiviti pembersihan diri, mencuci
kenderaan, menyiram bunga dan sebagainya. Hasil dan dapatan kajian yang akan
diperolehi akan memperlihatkan sama ada pengguna di kawasan kajian ini menggunakan
air dengan cermat atau sebaliknya. Sekiranya penggunaan air adalah sistematik di
kawasan ini, maka ianya harus diteruskan. Sekiranya keadaan adalah sebaliknya, maka
tindakan susulan perlu dilakukan agar tidak berlaku pembaziran air yang boleh membawa
3
negeri Sabah terutamanya ke arah masalah krisis air seperti mana yang sering berlaku di
daerah Klang, Selangor.
Daerah Klang adalah antara beberapa daerah di Malaysia yang sering mengalami
catuan air ekoran daripada kekurangan air untuk diagihkan di seluruh negeri Selangor.
Hal ini adalah ekoran daripada pencemaran yang beberapa batang sungai di Selangor
yang menjadi tulang belakang sebagai sumber utama untuk mendapatkan bekalan air.
Dalam pada itu, keadaan ini juga mungkin disebabkan oleh sikap penduduk yang tidak
ingin mengawal penggunaan air dalam aktiviti harian mereka. Oleh yang demikian, kita
tidak mahu melihat perkara yang sama turut terjadi di Sabah terutamanya di kawasan
kajian ini. Pengawalan dan tindakan yang lebih berkesan boleh dibuat berlandaskan
kepada hasil kajian yang akan diperolehi.
5.0 Hasil dan Analisis Kajian
5.1 Pendapatan Sebulan
Frequency Percent
Valid
Percent
Cumulative
Percent
Valid RM1001 - RM2000 1 5.0 5.0 5.0
RM2001 - RM3000 7 35.0 35.0 40.0
RM3001 - RM4000 10 50.0 50.0 90.0
Atas RM4000 2 10.0 10.0 100.0
Total 20 100.0 100.0
Kebanyakan guru berpendapatan melebihi RM3,000 ke atas iaitu sebanyak 60
peratus. Selebihnya adalah berpendapatan antara RM1,000 hingga RM3,000.
Pendapatan ini akan menggambarkan tentang kuasa respondan dalam menggunakan
4
air dalam kehidupan seharian. Semakin tinggi pendapatan respondan, maka semakin
tinggi kemampuan mereka untuk menggunakan lebih banyak air.
5.2 Sumber Bekalan Air
Frequency Percent
Valid
Percent
Cumulative
Percent
Valid Air Paip 20 100.0 100.0 100.0
Kesemua 20 respondan mendapatkan sumber air melalui air paip. Ini bermaksud
bahawa kesemua respondan bergantung harap terhadap air yang dibekalkan oleh
Jabatan Bekalan Air Sabah ( JAS ). Sekiranya wujud masalah pentadbiran JAS yang
memaksa mereka untuk tidak membekalkan air kepada penduduk di kawasan ini,
maka penduduk di kawasan tersebut tidak akan mendapat sumber bekalan air.
5.3 Bil Air Sebulan ( Air Paip )
Frequency Percent
Valid
Percent
Cumulative
Percent
Valid RM1 - RM20 2 10.0 10.0 10.0
RM41 - RM60 3 15.0 15.0 25.0
RM61 - RM80 3 15.0 15.0 40.0
Atas RM80 12 60.0 60.0 100.0
Total 20 100.0 100.0
Dapatan kajian ini mendapati lebih 50 peratus respondan membelanjakan lebih
daripada RM80 setiap bulan untuk tujuan penggunaan air. Ini menunjukkan bahawa
penggunaan air di kalangan respondan ini adalah tinggi. Hal ini mungkin disebabkan
oleh kuasa mengguna mereka ekoran daripada pendapatan bulanan yang tinggi.
Dalam pada itu, hanya 2 respondan sahaja yang menggunakan kurang daripada RM20
setiap bulan untuk tujuan penggunaan air.
5
5.4 Purata Seorang Sehari Ke Tandas ( Air Besar )
Frequency Percent
Valid
Percent
Cumulative
Percent
Valid Dua Kali 6 30.0 30.0 30.0
Tiga Kali 14 70.0 70.0 100.0
Total 20 100.0 100.0
Air sering digunakan untuk tujuan membasuh badan selepas ke tandas atau selepas
membuang air besar dan kecil. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini mendapati
bahawa kesemua respondan menggunakan tandas dua dan tiga kali sehari.
5.5 Aktiviti Mandi / Pembersihan Diri ( Purata Sehari )
Frequency Percent
Valid
Percent
Cumulative
Percent
Valid Dua Kali 18 90.0 90.0 90.0
Tiga Kali 2 10.0 10.0 100.0
Total 20 100.0 100.0
Salah satu tujuan air adalah untuk tujuan penggunaan mandi. Daripada analisis yang
diperolehi mendapati bahawa 90 peratus respondan mandi sebanyak dua kali sehari
dan hanya 2 daripada mereka yang mandi tiga kali sehari.
5.6 Aktiviti Mandi / Pembersihan Diri ( Tempoh )
Frequency Percent
Valid
Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 - 10 Minit 1 5.0 5.0 5.0
11 - 20 Minit 14 70.0 70.0 75.0
21 - 30 Minit 5 25.0 25.0 100.0
Total 20 100.0 100.0
Daripada purata mandi respondan dalam sehari yang diperolehi dalam analisis di atas,
tempoh masa yang digunakan untuk tujuan pembersihan diri ini adalah sekitar tiga
6
puluh minit ke bawah. Sebanyak 14 respondan memerlukan 11 hingga 20 minit untuk
setiap kali membersihkan diri dan hanya 5 orang respondan yang memerlukan lebih
daripada 20 minit untuk setiap kali membersihkan diri. Keadaan ini menunjukkan,
purata masa yang diperuntukkan menunjukkan bahawa kebanyaka respondan
memerlukan masa yang lama untuk membersihkan diri iaitu melebihi 10 minit.
5.7 Aktiviti Cuci Pinggan ( Purata Sehari )
Frequency Percent
Valid
Percent
Cumulative
Percent
Valid Dua Kali 13 65.0 65.0 65.0
Tiga Kali 7 35.0 35.0 100.0
Total 20 100.0 100.0
Selain menggunakan air untuk tujuan membersihkan diri, respondan juga
menggunakan air untuk tujuan membasuh pinggan. Daripada analisis yang diperolehi
mendapati bahawa kebanyakan respondan hanya membasuh pinggan dua kali sehari
iaitu sama ada padi dan malam atau tengah hari dan malam iaitu selepas waktu
makan. Tujuh daripada respondan yang dikaji pula membasuh pinggan sebanyak tiga
kali sehari.
5.8 Aktiviti Cuci Pinggan ( Tempoh )
Frequency Percent
Valid
Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 - 10 Minit 12 60.0 60.0 60.0
11 - 20 Minit 8 40.0 40.0 100.0
Total 20 100.0 100.0
Daripada purata aktiviti mencuci pinggan yang dilakukan dalam sehari, lebih
daripada 50 peratus respondan yang hanya memerlukan kurang daripada sepuluh
7
minit untuk setiap basuhan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan air untuk aktiviti
ini adalah berkurangan.
5.9 Aktiviti Cuci Pakaian ( Dengan Tangan )
Frequency Percent
Valid
Percent
Cumulative
Percent
Valid Sekali 8 40.0 40.0 40.0
Dua Kali 6 30.0 30.0 70.0
Tiga Kali 6 30.0 25.0 95.0
Total 20 100.0 100.0
Selain itu, air juga digunakan untuk mencuci pakaian seperti mana analisis yang
diperolehi di atas. Keadaan ini menunjukkan bahawa sebanyak 40 peratus respondan
yang hanya sekali sahaja membasuh pakaian menggunakan tangan pada setiap hari.
Selebihnya iaitu 60 peratus membasuh pakaian menggunakan tangan melebihi dua
kali sehari.
5.10 Aktiviti Cuci Kereta ( Purata Seminggu )
Frequency Percent
Valid
Percent
Cumulative
Percent
Valid Sekali 12 60.0 60.0 60.0
Dua Kali 4 20.0 20.0 80.0
Tiga Kali 4 20.0 20.0 100.0
Total 20 100.0 100.0
Respondan yang kebanyakannya mempunyai sebuah kereta hanya memcuci kereta
sekali dalam seminggu iaitu seramai 12 orang. Selebihnya mencuci kereta dua kali
seminggu sebanyak 4 orang dan tiga kali seminggu sebanyak 4 orang. Ini
menunjukkan bahawa aktiviti mencuci kereta kurang dilakukan dalam seminggu.
8
5.11 Aktiviti Cuci Kereta ( Tempoh )
Frequency Percent
Valid
Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 - 10 Minit 1 5.0 5.0 5.0
11 - 20 Minit 5 25.0 25.0 30.0
21 - 30 Minit 10 50.0 50.0 80.0
Atas 40 Minit 4 20.0 20.0 100.0
Total 20 100.0 100.0
Dalam pada itu, tempoh masa yang digunakan untuk setiap kali aktiviti mencuci
kereta adalah berbeza. Walau bagaimanapun, lebih daripada separuh respondan
memerlukan masa lebih daripada 20 minit untuk setiap kali mencuci kereta iaitu
seramai 10 orang respondan memerlukan 21 hingga 30 minit untuk setiap kali
basuhan, 4 orang respondan memerlukan lebih daripada 40 minit dan selebihnya 6
orang respondan hanya memerlukan kurang daripada 20 minit untuk membasuh
kereta pada satu-satu masa.
5.12 Aktiviti Siram Bunga ( Purata Sehari )
Frequency Percent
Valid
Percent
Cumulative
Percent
Valid Sekali 15 75.0 75.0 75.0
Dua Kali 3 15.0 15.0 90.0
Tiada Bunga 2 10.0 10.0 100.0
Total 20 100.0 100.0
Aktiviti menyiram bunga pula adalah antara aktiviti lain yang memerlukan
penggunaan air. Walau bagaimanapun, purata aktiviti ini dilakukan dalam sehari
adalah rendah iaitu sebanyak 75 peratus daripada respondan hanya menyiram air
sekali dalam sehari. 15 peratus yang lain pula menyiram air dua kali dalam sehari dan
terdapat juga respondan yang tidak mempunyai bunga untuk disiram iaitu sebanyak
10 peratus.
9
5.13 Aktiviti Siram Bunga ( Tempoh )
Frequency Percent
Valid
Percent
Cumulative
Percent
Valid 1 - 10 Minit 18 90.0 90.0 90.0
Tiada Bunga 2 10.0 10.0 100.0
Total 20 100.0 100.0
Daripada analisis yang diperolehi dalam jadual l di atas, kesemua respondan yang
mempunyai bunga hanya memerlukan kurang daripada 10 minit untuk membasuh
bunga pada setiap kali basuhan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan air untuk
tujuan ini tidak memerlukan penggunaan air yang banyak.
Perbincangan dan Kesimpulan
Daripada hasil kajian yang diperolehi mendapati bahawa penggunaan air di
kalangan penduduk di kawasan Flat Perumahan Guru, Sekolah Kebangsaan Dinapokuon,
Penampang adalah tinggi. Penggunaan air yang tinggi ini dapat dilihat melalui bil
bulanan respondan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bekalan Air Sabah. Kebanyakan
respondan iaitu 60 peratus atau 12 respondan mempunyai bil air bulanan melebihi RM80.
Keadaan ini menunjukkan bahawa setiap respondan ini menggunakan air melebihi 90,000
liter air setiap bulan. Menurut sumber yang diperolehi daripada Jabatan Bekalan Air
Sabah, setiap 1,000 liter air yang digunakan oleh pengguna di Sabah termasuk penduduk
kawasan kajian akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.90. Oleh yang demikian,
penggunaan air yang melebihi RM80 menggambarkan bahawa penggunaan air adalah
melebihi 90,000 liter. Jumlah penggunan air yang banyak menggambarkan kepada kita
bahawa respondan yang dikaji ini menggunakan air untuk pelbagai tujuan harian. Walau
10
bagaimanapun, di sebalik penggunaan air ini, mungkin terdapat pembaziran di mana air
tidak digunakan secara sistematik.
Contohnya penggunaan air dalam aktiviti mencuci kereta. Kebanyakan daripada
respondan yang hanya mempunyai sebuah kereta memerlukan masa melebih setengah
jam setiap kali mencuci kereta mereka. Pili air yang dihidupkan melebihi setengah jam
akan menyebabkan pengaliran air yang terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan
kepada pembaziran yang mana menyumbang kepada peningkatan pembayaran air oleh
respondan pada setiap bulan. Sepatutnya, respondan hanya memerlukan 10 hingga 15
minit untuk membasuh kereta mereka. Keadaan ini secara tidak langsung akan dapat
menjimatkan 50 peratus air yang digunakan sebelumnya. Keadaan ini seterusnya akan
dapat mengelakkan pembaziran air yang terlalu tinggi di kalangan penduduk kawasan
Flat Perumahan Guru, Sekolah Kebangsaan Dinapokuon, Penampang.
Dalam pada itu, hasil kajian yang diperolehi dalam melihat penggunaan air untuk
tujuan siraman bunga juga adalah kurang memuaskan. Rata-rata respondan mempunyai
tanaman bungan untuk disiram setiap hari. Namun begitu, tidak semua bunga perlu
disiram pada setiap hari. Contohnya seperti bunga kaktus yang hanya perlu disiram tiga
atau empat kali setiap minggu. Sekiranya bunga jenis ini disiram setiap hari, ianya akan
menyebabkan penggunaan air yang banyak untuk aktiviti ini. Dalam masa yang sama
juga, pembaziran air akan berlaku yang akan meningkatkan bil air bulanan respondan.
Oleh yang demikian, respondan perlu merancang dan melaksanakan aktiviti dengan
penuh berhemat agar air dapat dijimatkan untuk digunakan untuk tujuan-tujuan yang
11
lebih penting. Dalam pada itu, respondan tidak sepatutnya memerlukan masa yang lama
untuk aktiviti ini. Perancangan yang baik untuk melaksanakan aktiviti ini boleh
mendorong penggunaan air yang tidak terlalu banyak.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa elemen lain yang menunjukkan bahawa
penggunaan air adalah terkawal dan terancang. Contohnya seperti penggunaan air untuk
tujuan pembersihan diri. 90 peratus daripada keseluruhan respondan hanya memerlukan
dua kali sehari untuk membersihkan diri. Hanya 10 peratus respondan sahaja yang
membersihkan diri tiga kali sehari. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kemampuan
mereka untuk membayar bil air bulanan yang tinggi atau desakan keadaan yang
memerlukan mereka membersihkan diri tiga kali sehari.
Begitu juga halnya dengan penggunaan air untuk tujuan membasuh pinggan.
Walaupun terdapat respondan yang membasuh pinggan tiga kali sehari, namun masa
yang diperlukan untuk aktiviti ini adalah kurang daripada 10 minit. Keadaan ini
menunjukkan bahawa penggunaan air untuk tujuan ini adalah terkawal.
Secara keseluruhannya, kecekapan dalam penggunaan air di kawasan Flat
Perumahan Guru, Sekolah Kebangsaan Dinapokuon, Penampang masih berada pada
tahap yang sederhana. Terdapat beberapa aspek di mana respondan memerlukan banyak
air untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti walaupun secara relatifnya adalah sebaliknya.
Dalam sesuatu aktiviti, respondan sepatutnya tidak perlu menggunakan banyak air untuk
menyelesaikan aktviti berikut. Namun begitu, faktor pendapatan yang tinggi mungkin
12
menjadi punca kepada penggunaan air yang tinggi terutamanya dalam aktiviti membasuh
kereta. Namun begitu, respondan juga peka terhadap fungsi dan peranan air yang mana
memerlukan perancangan dan pengawalan dalam penggunaannya. Pengawalan dan
penggunaan air yang tidak terancang boleh mendorong kepada berlakunya pembaziran
yang seterusnya boleh menyebabkan berlakunya krisis air. Sekiranya keadaan ini berlaku,
maka adalah menjadi tanggung jawab Jabatan Bekalan Air Sabah untuk mengadakan
catuan air agar dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingan untuk mengawal
penggunaan air dalam kehidupan seharian.
13
Rujukan
• Robert Mc, Research Methodology, Forth Edition, Prentice Hall, United State of
Amerika, 2004
• McClave Sincich, Statistics, Ninth Edition, Pretice Hall, United State of Amerika,
2003
• Siti Zulaika Samion, Persekitaran dan Perancangan Air Yang Mapan, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000
• Karim Zaman dan Ishak Iskandar, Kaedah Penyelidikan dan Analisis, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2000
• http://www.mail-archive.com
• http://www.kkipc.com
• http://agrolink .moa.my
• http://www.water.gov.my
14
15

More Related Content

What's hot

Langkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasiLangkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasizumiza84
 
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWANKELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWANAsmawi Abdullah
 
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panasTingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panasjyejye
 
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...Asmawi Abdullah
 
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIASISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIAAsmawi Abdullah
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisimharalhaj
 
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEMGEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEMFarhana Aisyah Norzelan
 
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRANGEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRANRamli Rem
 
Migrasi antarabangsa stpm sistem modular
Migrasi antarabangsa stpm sistem modularMigrasi antarabangsa stpm sistem modular
Migrasi antarabangsa stpm sistem modularMimiey Rahman
 
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di BumiKepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di BumiNizxx_
 
Konsep sistem(geografi)
Konsep sistem(geografi)Konsep sistem(geografi)
Konsep sistem(geografi)Syahrilharez
 
Modul penuh IMPAK ALAMSEKITARDAN PENGURUSANNYA
Modul penuh   IMPAK ALAMSEKITARDAN PENGURUSANNYAModul penuh   IMPAK ALAMSEKITARDAN PENGURUSANNYA
Modul penuh IMPAK ALAMSEKITARDAN PENGURUSANNYAAsmawi Abdullah
 
Profil panjang dan profil rentas sungai
Profil panjang dan profil rentas sungaiProfil panjang dan profil rentas sungai
Profil panjang dan profil rentas sungaitnashaidid
 
Kuliah 9 - GEOMORFOLOGI LEMBANGAN SALIRAN
Kuliah 9 - GEOMORFOLOGI LEMBANGAN SALIRANKuliah 9 - GEOMORFOLOGI LEMBANGAN SALIRAN
Kuliah 9 - GEOMORFOLOGI LEMBANGAN SALIRANAsmawi Abdullah
 
Sistem ekologi
Sistem ekologiSistem ekologi
Sistem ekologiharalhaj
 

What's hot (20)

Langkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasiLangkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasi
 
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWANKELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
 
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panasTingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
 
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
 
WACANA.pptx
WACANA.pptxWACANA.pptx
WACANA.pptx
 
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIASISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisim
 
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEMGEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
 
AIR TANIH
AIR TANIHAIR TANIH
AIR TANIH
 
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRANGEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN
 
Migrasi antarabangsa stpm sistem modular
Migrasi antarabangsa stpm sistem modularMigrasi antarabangsa stpm sistem modular
Migrasi antarabangsa stpm sistem modular
 
Pinggir pantai
Pinggir pantaiPinggir pantai
Pinggir pantai
 
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di BumiKepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
 
SEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANANSEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANAN
 
Bab 11 imbangan air
Bab 11 imbangan airBab 11 imbangan air
Bab 11 imbangan air
 
Konsep sistem(geografi)
Konsep sistem(geografi)Konsep sistem(geografi)
Konsep sistem(geografi)
 
Modul penuh IMPAK ALAMSEKITARDAN PENGURUSANNYA
Modul penuh   IMPAK ALAMSEKITARDAN PENGURUSANNYAModul penuh   IMPAK ALAMSEKITARDAN PENGURUSANNYA
Modul penuh IMPAK ALAMSEKITARDAN PENGURUSANNYA
 
Profil panjang dan profil rentas sungai
Profil panjang dan profil rentas sungaiProfil panjang dan profil rentas sungai
Profil panjang dan profil rentas sungai
 
Kuliah 9 - GEOMORFOLOGI LEMBANGAN SALIRAN
Kuliah 9 - GEOMORFOLOGI LEMBANGAN SALIRANKuliah 9 - GEOMORFOLOGI LEMBANGAN SALIRAN
Kuliah 9 - GEOMORFOLOGI LEMBANGAN SALIRAN
 
Sistem ekologi
Sistem ekologiSistem ekologi
Sistem ekologi
 

More from Open University Malaysia (17)

Usahawan 2
Usahawan 2Usahawan 2
Usahawan 2
 
Usahawan 1
Usahawan 1Usahawan 1
Usahawan 1
 
Rancangan perniagaan 3
Rancangan perniagaan 3Rancangan perniagaan 3
Rancangan perniagaan 3
 
Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2
 
Rancangan perniagaan 1
Rancangan perniagaan 1Rancangan perniagaan 1
Rancangan perniagaan 1
 
Sejarah acheh
Sejarah achehSejarah acheh
Sejarah acheh
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Rancangan pemasaran
Rancangan pemasaranRancangan pemasaran
Rancangan pemasaran
 
Perniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaPerniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsa
 
Pencemaran alam
Pencemaran alamPencemaran alam
Pencemaran alam
 
Mikroekonomi
MikroekonomiMikroekonomi
Mikroekonomi
 
Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)
 
Makroekonomi
MakroekonomiMakroekonomi
Makroekonomi
 
Kod etika
Kod etikaKod etika
Kod etika
 
Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1
 
Kaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplinKaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplin
 
Topik 7 gimrama
Topik 7 gimramaTopik 7 gimrama
Topik 7 gimrama
 

Recently uploaded

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (15)

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 

Penggunaan air domestik

  • 1. 1.0 Pendahuluan Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Air yang meliputi 70 peratus daripada isipadu dunia memainkan peranan sebagai sumber untuk pelbagai kegunaan seperti memasak, membasuh dan sebagainya. Air juga turut berperanan menjadi salah satu keperluan terhadap badan manusia di mana badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari untuk menampung keperluan badan. Begitu juga halnya dengan tumbuhan dan haiwan yang banyak memerlukan sumber air untuk terus hidup. Oleh yang demikian, fungsi dan peranan air tidak hanya terhad kepada manusia semata-mata, malah turut digunakan untuk oleh tumbuhan dan haiwan. Peranan dan fungsi air sememangnya tidak terhad kepada penggunaan oleh isi rumah sahaja. Jabatan kerajaan, agensi swasta, badan-badan konporat, jabatan bukan kerajaan ( NGO ), malah seluruh masyarakat turut memerlukan air dalam kehidupan seharian mereka. Air juga turut dilibatkan dalam pelbagai fungsi dewasa ini. Contohnya seperti penggunaan air untuk tujuan pembinaan bangunan, pembersihan kawasan bandar, pengindahan sesebuah kawasan dan sebagainya. Namun begitu, kajian ini akan lebih memfokuskan kepada penggunaan air oleh isi rumah di kawasan Flat Perumahan Guru, Sekolah Kebangsaan Dinapokuon, Penampang. 2.0 Justifikasi Kajian Kajian ini dibuat untuk melihat tentang penggunaan sumber air oleh penduduk di kawasan kajian. Pada kebiasaannya, air digunakan untuk pelbagai tujuan harian seperti 1
  • 2. memasak, pembersihan diri, membasuh dan sebagainya. Oleh yang demikian, kajian ini adalah perlu untuk mengetahui sama ada penduduk di kawasan kajian ini menggunakan air dengan efektif dalam kehidupan seharian mereka ataupun sebaliknya. Dalam pada itu, hasil kajian juga akan digunakan sebagai fakta untuk menyedarkan masyarakat di kawasan berkenaan tentang kepentingan menjaga dan menjimatkan air. Penggunaan air yang berlebihan atau pembaziran air yang berlaku setiap hari akan memberikan impak yang negatif kepada penduduk berkenaan. Selain daripada membayar bil yang tinggi, mereka juga mungkin akan dilanda krisis air yang boleh menyebabkan kerajaan negeri membuat catuan air di kawasan berkenaan yang mana akan mendatangkan banyak masalah kepada mereka. Oleh yang demikian, kajian amat perlu untuk mengetahui kecekapan dan keprihatinan penduduk di kawasan kajian berkenaan penggunaan air domestik. 3.0 Kawasan Kajian Kawasan kajian merujuk kepada di mana kajian berkenaan penggunaan air domestik ini dilakukan. Secara amnya, kajian ini adalah meliputi kawasan Flat Perumahan Guru, Sekolah Kebangsaan Dinapokuon, Penampang. Kajian ini adalah untuk melihat kekerapan penggunaan air oleh guru-guru yang tinggal di kawasan tersebut. Contohnya seperti ingin melihat kekerapan mereka menggunakan air untuk tujuan membasuh pakaian, membasuh pinggan, membasuh kereta dan sebagainya. Segala dapatan atau hasil kajian akan menggambarkan sama ada mereka cekap dalam penggunaan air ataupun sebalikny. 2
  • 3. 4.0 Teknik Kajian Dalam melihat hasil kajian ini, penggunaan borang soal selidik adalah kaedah atau teknik yang digunakan dalam kajian ini. Borang soal selidik ini terdiri daripada 13 soalan yang mana meliputi pelbagai bentuk persoalan seperti mana yang terdapat dalam lampiran 1. dalam borang soal selidik ini, tumputan diberikan kepada aspek penggunaan air di kawasan kajian yang ingin dikaji oleh penyelidik. Sebanyak 20 respondan telah diberikan borang soal selidik ini untuk mengetahui segala maklumat yang diperlukan. Selepas itu, segala data yang telah dikumpul daripada 20 respondan tersebut akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Perisian ini adalah salah satu perisian yang biasa digunakan untuk melihat hasil sesuatu kajian. Setelah segala data dimasukkan ke dalam perisian ini, data-data tersebut akan dianalisis untuk melihat kemungkinan- kemungkinan yang mungkin wujud hasil daripada kajian itu. Segala analisis dan hasil kajian akan dibincangkan dalam perbincangan berikutnya. Borang soal selidik ini mengandungi 13 soalan yang meliputi pelbagai bentuk soalan untuk melihat aktiviti-aktiviti respondan yang berkaitan dengan penggunaan air domestik. Contohnya seperti penggunaan air dalam aktiviti pembersihan diri, mencuci kenderaan, menyiram bunga dan sebagainya. Hasil dan dapatan kajian yang akan diperolehi akan memperlihatkan sama ada pengguna di kawasan kajian ini menggunakan air dengan cermat atau sebaliknya. Sekiranya penggunaan air adalah sistematik di kawasan ini, maka ianya harus diteruskan. Sekiranya keadaan adalah sebaliknya, maka tindakan susulan perlu dilakukan agar tidak berlaku pembaziran air yang boleh membawa 3
  • 4. negeri Sabah terutamanya ke arah masalah krisis air seperti mana yang sering berlaku di daerah Klang, Selangor. Daerah Klang adalah antara beberapa daerah di Malaysia yang sering mengalami catuan air ekoran daripada kekurangan air untuk diagihkan di seluruh negeri Selangor. Hal ini adalah ekoran daripada pencemaran yang beberapa batang sungai di Selangor yang menjadi tulang belakang sebagai sumber utama untuk mendapatkan bekalan air. Dalam pada itu, keadaan ini juga mungkin disebabkan oleh sikap penduduk yang tidak ingin mengawal penggunaan air dalam aktiviti harian mereka. Oleh yang demikian, kita tidak mahu melihat perkara yang sama turut terjadi di Sabah terutamanya di kawasan kajian ini. Pengawalan dan tindakan yang lebih berkesan boleh dibuat berlandaskan kepada hasil kajian yang akan diperolehi. 5.0 Hasil dan Analisis Kajian 5.1 Pendapatan Sebulan Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid RM1001 - RM2000 1 5.0 5.0 5.0 RM2001 - RM3000 7 35.0 35.0 40.0 RM3001 - RM4000 10 50.0 50.0 90.0 Atas RM4000 2 10.0 10.0 100.0 Total 20 100.0 100.0 Kebanyakan guru berpendapatan melebihi RM3,000 ke atas iaitu sebanyak 60 peratus. Selebihnya adalah berpendapatan antara RM1,000 hingga RM3,000. Pendapatan ini akan menggambarkan tentang kuasa respondan dalam menggunakan 4
  • 5. air dalam kehidupan seharian. Semakin tinggi pendapatan respondan, maka semakin tinggi kemampuan mereka untuk menggunakan lebih banyak air. 5.2 Sumber Bekalan Air Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid Air Paip 20 100.0 100.0 100.0 Kesemua 20 respondan mendapatkan sumber air melalui air paip. Ini bermaksud bahawa kesemua respondan bergantung harap terhadap air yang dibekalkan oleh Jabatan Bekalan Air Sabah ( JAS ). Sekiranya wujud masalah pentadbiran JAS yang memaksa mereka untuk tidak membekalkan air kepada penduduk di kawasan ini, maka penduduk di kawasan tersebut tidak akan mendapat sumber bekalan air. 5.3 Bil Air Sebulan ( Air Paip ) Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid RM1 - RM20 2 10.0 10.0 10.0 RM41 - RM60 3 15.0 15.0 25.0 RM61 - RM80 3 15.0 15.0 40.0 Atas RM80 12 60.0 60.0 100.0 Total 20 100.0 100.0 Dapatan kajian ini mendapati lebih 50 peratus respondan membelanjakan lebih daripada RM80 setiap bulan untuk tujuan penggunaan air. Ini menunjukkan bahawa penggunaan air di kalangan respondan ini adalah tinggi. Hal ini mungkin disebabkan oleh kuasa mengguna mereka ekoran daripada pendapatan bulanan yang tinggi. Dalam pada itu, hanya 2 respondan sahaja yang menggunakan kurang daripada RM20 setiap bulan untuk tujuan penggunaan air. 5
  • 6. 5.4 Purata Seorang Sehari Ke Tandas ( Air Besar ) Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid Dua Kali 6 30.0 30.0 30.0 Tiga Kali 14 70.0 70.0 100.0 Total 20 100.0 100.0 Air sering digunakan untuk tujuan membasuh badan selepas ke tandas atau selepas membuang air besar dan kecil. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini mendapati bahawa kesemua respondan menggunakan tandas dua dan tiga kali sehari. 5.5 Aktiviti Mandi / Pembersihan Diri ( Purata Sehari ) Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid Dua Kali 18 90.0 90.0 90.0 Tiga Kali 2 10.0 10.0 100.0 Total 20 100.0 100.0 Salah satu tujuan air adalah untuk tujuan penggunaan mandi. Daripada analisis yang diperolehi mendapati bahawa 90 peratus respondan mandi sebanyak dua kali sehari dan hanya 2 daripada mereka yang mandi tiga kali sehari. 5.6 Aktiviti Mandi / Pembersihan Diri ( Tempoh ) Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid 1 - 10 Minit 1 5.0 5.0 5.0 11 - 20 Minit 14 70.0 70.0 75.0 21 - 30 Minit 5 25.0 25.0 100.0 Total 20 100.0 100.0 Daripada purata mandi respondan dalam sehari yang diperolehi dalam analisis di atas, tempoh masa yang digunakan untuk tujuan pembersihan diri ini adalah sekitar tiga 6
  • 7. puluh minit ke bawah. Sebanyak 14 respondan memerlukan 11 hingga 20 minit untuk setiap kali membersihkan diri dan hanya 5 orang respondan yang memerlukan lebih daripada 20 minit untuk setiap kali membersihkan diri. Keadaan ini menunjukkan, purata masa yang diperuntukkan menunjukkan bahawa kebanyaka respondan memerlukan masa yang lama untuk membersihkan diri iaitu melebihi 10 minit. 5.7 Aktiviti Cuci Pinggan ( Purata Sehari ) Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid Dua Kali 13 65.0 65.0 65.0 Tiga Kali 7 35.0 35.0 100.0 Total 20 100.0 100.0 Selain menggunakan air untuk tujuan membersihkan diri, respondan juga menggunakan air untuk tujuan membasuh pinggan. Daripada analisis yang diperolehi mendapati bahawa kebanyakan respondan hanya membasuh pinggan dua kali sehari iaitu sama ada padi dan malam atau tengah hari dan malam iaitu selepas waktu makan. Tujuh daripada respondan yang dikaji pula membasuh pinggan sebanyak tiga kali sehari. 5.8 Aktiviti Cuci Pinggan ( Tempoh ) Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid 1 - 10 Minit 12 60.0 60.0 60.0 11 - 20 Minit 8 40.0 40.0 100.0 Total 20 100.0 100.0 Daripada purata aktiviti mencuci pinggan yang dilakukan dalam sehari, lebih daripada 50 peratus respondan yang hanya memerlukan kurang daripada sepuluh 7
  • 8. minit untuk setiap basuhan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan air untuk aktiviti ini adalah berkurangan. 5.9 Aktiviti Cuci Pakaian ( Dengan Tangan ) Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid Sekali 8 40.0 40.0 40.0 Dua Kali 6 30.0 30.0 70.0 Tiga Kali 6 30.0 25.0 95.0 Total 20 100.0 100.0 Selain itu, air juga digunakan untuk mencuci pakaian seperti mana analisis yang diperolehi di atas. Keadaan ini menunjukkan bahawa sebanyak 40 peratus respondan yang hanya sekali sahaja membasuh pakaian menggunakan tangan pada setiap hari. Selebihnya iaitu 60 peratus membasuh pakaian menggunakan tangan melebihi dua kali sehari. 5.10 Aktiviti Cuci Kereta ( Purata Seminggu ) Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid Sekali 12 60.0 60.0 60.0 Dua Kali 4 20.0 20.0 80.0 Tiga Kali 4 20.0 20.0 100.0 Total 20 100.0 100.0 Respondan yang kebanyakannya mempunyai sebuah kereta hanya memcuci kereta sekali dalam seminggu iaitu seramai 12 orang. Selebihnya mencuci kereta dua kali seminggu sebanyak 4 orang dan tiga kali seminggu sebanyak 4 orang. Ini menunjukkan bahawa aktiviti mencuci kereta kurang dilakukan dalam seminggu. 8
  • 9. 5.11 Aktiviti Cuci Kereta ( Tempoh ) Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid 1 - 10 Minit 1 5.0 5.0 5.0 11 - 20 Minit 5 25.0 25.0 30.0 21 - 30 Minit 10 50.0 50.0 80.0 Atas 40 Minit 4 20.0 20.0 100.0 Total 20 100.0 100.0 Dalam pada itu, tempoh masa yang digunakan untuk setiap kali aktiviti mencuci kereta adalah berbeza. Walau bagaimanapun, lebih daripada separuh respondan memerlukan masa lebih daripada 20 minit untuk setiap kali mencuci kereta iaitu seramai 10 orang respondan memerlukan 21 hingga 30 minit untuk setiap kali basuhan, 4 orang respondan memerlukan lebih daripada 40 minit dan selebihnya 6 orang respondan hanya memerlukan kurang daripada 20 minit untuk membasuh kereta pada satu-satu masa. 5.12 Aktiviti Siram Bunga ( Purata Sehari ) Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid Sekali 15 75.0 75.0 75.0 Dua Kali 3 15.0 15.0 90.0 Tiada Bunga 2 10.0 10.0 100.0 Total 20 100.0 100.0 Aktiviti menyiram bunga pula adalah antara aktiviti lain yang memerlukan penggunaan air. Walau bagaimanapun, purata aktiviti ini dilakukan dalam sehari adalah rendah iaitu sebanyak 75 peratus daripada respondan hanya menyiram air sekali dalam sehari. 15 peratus yang lain pula menyiram air dua kali dalam sehari dan terdapat juga respondan yang tidak mempunyai bunga untuk disiram iaitu sebanyak 10 peratus. 9
  • 10. 5.13 Aktiviti Siram Bunga ( Tempoh ) Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid 1 - 10 Minit 18 90.0 90.0 90.0 Tiada Bunga 2 10.0 10.0 100.0 Total 20 100.0 100.0 Daripada analisis yang diperolehi dalam jadual l di atas, kesemua respondan yang mempunyai bunga hanya memerlukan kurang daripada 10 minit untuk membasuh bunga pada setiap kali basuhan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan air untuk tujuan ini tidak memerlukan penggunaan air yang banyak. Perbincangan dan Kesimpulan Daripada hasil kajian yang diperolehi mendapati bahawa penggunaan air di kalangan penduduk di kawasan Flat Perumahan Guru, Sekolah Kebangsaan Dinapokuon, Penampang adalah tinggi. Penggunaan air yang tinggi ini dapat dilihat melalui bil bulanan respondan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bekalan Air Sabah. Kebanyakan respondan iaitu 60 peratus atau 12 respondan mempunyai bil air bulanan melebihi RM80. Keadaan ini menunjukkan bahawa setiap respondan ini menggunakan air melebihi 90,000 liter air setiap bulan. Menurut sumber yang diperolehi daripada Jabatan Bekalan Air Sabah, setiap 1,000 liter air yang digunakan oleh pengguna di Sabah termasuk penduduk kawasan kajian akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.90. Oleh yang demikian, penggunaan air yang melebihi RM80 menggambarkan bahawa penggunaan air adalah melebihi 90,000 liter. Jumlah penggunan air yang banyak menggambarkan kepada kita bahawa respondan yang dikaji ini menggunakan air untuk pelbagai tujuan harian. Walau 10
  • 11. bagaimanapun, di sebalik penggunaan air ini, mungkin terdapat pembaziran di mana air tidak digunakan secara sistematik. Contohnya penggunaan air dalam aktiviti mencuci kereta. Kebanyakan daripada respondan yang hanya mempunyai sebuah kereta memerlukan masa melebih setengah jam setiap kali mencuci kereta mereka. Pili air yang dihidupkan melebihi setengah jam akan menyebabkan pengaliran air yang terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan kepada pembaziran yang mana menyumbang kepada peningkatan pembayaran air oleh respondan pada setiap bulan. Sepatutnya, respondan hanya memerlukan 10 hingga 15 minit untuk membasuh kereta mereka. Keadaan ini secara tidak langsung akan dapat menjimatkan 50 peratus air yang digunakan sebelumnya. Keadaan ini seterusnya akan dapat mengelakkan pembaziran air yang terlalu tinggi di kalangan penduduk kawasan Flat Perumahan Guru, Sekolah Kebangsaan Dinapokuon, Penampang. Dalam pada itu, hasil kajian yang diperolehi dalam melihat penggunaan air untuk tujuan siraman bunga juga adalah kurang memuaskan. Rata-rata respondan mempunyai tanaman bungan untuk disiram setiap hari. Namun begitu, tidak semua bunga perlu disiram pada setiap hari. Contohnya seperti bunga kaktus yang hanya perlu disiram tiga atau empat kali setiap minggu. Sekiranya bunga jenis ini disiram setiap hari, ianya akan menyebabkan penggunaan air yang banyak untuk aktiviti ini. Dalam masa yang sama juga, pembaziran air akan berlaku yang akan meningkatkan bil air bulanan respondan. Oleh yang demikian, respondan perlu merancang dan melaksanakan aktiviti dengan penuh berhemat agar air dapat dijimatkan untuk digunakan untuk tujuan-tujuan yang 11
  • 12. lebih penting. Dalam pada itu, respondan tidak sepatutnya memerlukan masa yang lama untuk aktiviti ini. Perancangan yang baik untuk melaksanakan aktiviti ini boleh mendorong penggunaan air yang tidak terlalu banyak. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa elemen lain yang menunjukkan bahawa penggunaan air adalah terkawal dan terancang. Contohnya seperti penggunaan air untuk tujuan pembersihan diri. 90 peratus daripada keseluruhan respondan hanya memerlukan dua kali sehari untuk membersihkan diri. Hanya 10 peratus respondan sahaja yang membersihkan diri tiga kali sehari. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kemampuan mereka untuk membayar bil air bulanan yang tinggi atau desakan keadaan yang memerlukan mereka membersihkan diri tiga kali sehari. Begitu juga halnya dengan penggunaan air untuk tujuan membasuh pinggan. Walaupun terdapat respondan yang membasuh pinggan tiga kali sehari, namun masa yang diperlukan untuk aktiviti ini adalah kurang daripada 10 minit. Keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan air untuk tujuan ini adalah terkawal. Secara keseluruhannya, kecekapan dalam penggunaan air di kawasan Flat Perumahan Guru, Sekolah Kebangsaan Dinapokuon, Penampang masih berada pada tahap yang sederhana. Terdapat beberapa aspek di mana respondan memerlukan banyak air untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti walaupun secara relatifnya adalah sebaliknya. Dalam sesuatu aktiviti, respondan sepatutnya tidak perlu menggunakan banyak air untuk menyelesaikan aktviti berikut. Namun begitu, faktor pendapatan yang tinggi mungkin 12
  • 13. menjadi punca kepada penggunaan air yang tinggi terutamanya dalam aktiviti membasuh kereta. Namun begitu, respondan juga peka terhadap fungsi dan peranan air yang mana memerlukan perancangan dan pengawalan dalam penggunaannya. Pengawalan dan penggunaan air yang tidak terancang boleh mendorong kepada berlakunya pembaziran yang seterusnya boleh menyebabkan berlakunya krisis air. Sekiranya keadaan ini berlaku, maka adalah menjadi tanggung jawab Jabatan Bekalan Air Sabah untuk mengadakan catuan air agar dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingan untuk mengawal penggunaan air dalam kehidupan seharian. 13
  • 14. Rujukan • Robert Mc, Research Methodology, Forth Edition, Prentice Hall, United State of Amerika, 2004 • McClave Sincich, Statistics, Ninth Edition, Pretice Hall, United State of Amerika, 2003 • Siti Zulaika Samion, Persekitaran dan Perancangan Air Yang Mapan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000 • Karim Zaman dan Ishak Iskandar, Kaedah Penyelidikan dan Analisis, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000 • http://www.mail-archive.com • http://www.kkipc.com • http://agrolink .moa.my • http://www.water.gov.my 14
  • 15. 15