SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
1
1.0 Latar Belakang Organisasi
Dalam melihat kepada aspek kedudukan dan pencapaian kewangan sesebuah
syarikat, maka dua buah syarikat iaitu Dutch Lady Milk Industry yang merupakan
syarikat yang mengeluarkan produk penggunaan. Dutch Lady Milk Industries adalah
sebuah syarikat yang dipengerusikan oleh Tan Sri Kamarul Ariffin bik Mohd. Yassin
yang telah ditubuhkan sejak tahun 1963. Dutch Lady Malaysia mengeluarkan dan
memasarkan produk di seluruh dunia dengan kualiti dan produk jus buah-buahan yang
pelbagai bentuk pasaran pengguna. Terdapat beberapa produk yang telah dihasilkan oleh
Dutch Lady Malaysia seperti Infant Formula, Growing-up Milk, Powdered Milk,
Condensed Milk, UHT Milk, Sterilised Milk, Pasteurised Milk, Cultured Milk, Yoghurt
and Fruit Juice Drinks. Ini bermakna bahawa Dutch Lady Malaysia mempunyai
pelbagai produk pengguna yang berasaskan susu seperti mana yang telah dijelaskan.
Oleh itu, berikut dinyatakan beberapa visi dan misi Dutch Lady Malaysia:-
Visi
Mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai peneraku industri berasaskan tenusu dan
terus berkembang.
Misi
Membantu masyarakat Malaysia untuk maju kehadapan dengan nutrisi tenusu yang
dipercayai.
Menerusi visi dan misi yang dinyatakan di atas, maka Dutch Lady Malaysia lebih
komited dalam menghasilkan pelbagai produk makanan dan minuman. Namun begitu,
kedudukan kewangan yang stabil dan baik adalah antara kunci kejayaan sesebuah
syarikat untuk menghasilkan lebih banyak produk pada masa akan datang.
Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), peneraju industri
tenusu berkualiti Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1963. Ianya juga syarikat tenusu
pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968. Pemilik utamanya adalah
Royal FrieslandCampina NV, suatu syarikat multinasional Belanda dan antara syarikat
2
tenusu terbesar di dunia. Permodalan Nasional Berhad pula adalah pemegang saham
kedua terbesar.
Dutch Lady Malaysia mengilang serta memasarkan produk tenusu dan jus buah-
buahan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport Antara produk-produk
termasuklah Rumusan Bayi, Susu Untuk Membesar, Susu Tepung, Susu Pekat Manis,
Susu UHT, Susu Disteril, Susu Dipasteur, Susu Kultur, Yoghurt dan Minuman Jus Buah-
Buahan. Syarikat juga mempunyai pengguna setia yang menyokong produk tenusu
jenama Dutch Lady, Frisolac, Friso, Completa, Omela dan Joy.
2.0 Analisis Pasaran
Produk-produk Dutch Lady Malaysia terbahagi kepada tiga segmen pasaran.
Segmen pasaran pertama adalah produk untuk kanak-kanak membesar yang terdiri
daripada DL Langkah 1, DL Langkah 2, Susu untuk membesar 123 DL, Susu untuk
membesar 456 DL, DL Frisolac 1 Gold, DL Frisolac 2 Gold, DL Friso 3 Gold dan DL
Friso 4 Gold. Seterusnya segmen pasaran kedua merupakan produk untuk keluarga yang
mana terdiri daripada Susu UHT DL, Susu Steril DL, Susu Pasteur DL, Susu Penuh
Krim DL, Susu Krimer DL dan Joy Juice. Segmen pasaran ketiga adalah untuk golongan
pemuda. Antara barisan produk yang terdapat dalam segmen ini seperti Yogurt Rendah
Lemak DL, Yogurt 0% Lemak DL dan DL Iced Latte. Ini bermakna bahawa produk
Dutch Lady Malaysia mempunyai tiga kumpulan sasaran yang utama. Oleh yang
demikian, berikut adalah analisis pengguna yang menjadi pasaran utama produk keluaran
Dutch Lady Malaysia:-
a) Kanak-Kanak
Kebanyakan produk yang dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia adalah produk
untuk membantu perkembangan kanak-kanak. Contohnya seperti produk DL
Langkah 1, DL Langkah 2, Susu untuk membesar 123 DL, Susu untuk membesar
456 DL, DL Frisolac 1 Gold, DL Frisolac 2 Gold, DL Friso 3 Gold dan DL Friso 4
Gold yang dibangunkan untuk tujuan perkembangan minda, otak dan juga
3
kesihatan kanak-kanak. Menerusi pasaran produk untuk kumpulan pengguna
seperti ini, maka Dutch Lady Malaysia akan dapat membangunkan pelbagai jenis
produk pada masa akan datang bagi kumpulan pengguna seperti ini. Secara tidak
langsung, ianya akan dapat membantu mengembangkan pasaran sedia ada Dutch
Lady Malaysia ke pasaran yang lebih luas. Contohnya seperti mengembangkan
pasaran ke peringkat antarabangsa dengan menghasilkan produk yang lebih
berkualiti dan dapat memenuhi keperluan kanak-kanak pada masa kini.
b) Keluarga
Sasaran pasaran kedua bagi produk yang dikeluarkan Dutch Lady Malaysia ialah
keluarga. Bagi Dutch Lady Malaysia, setiap keluarga di Malaysia perlu
mengekalkan amalan dan gaya hidup yang sihat. Contohnya seperti menjaga
tulang, memastikan badan menerima zat dan kalsium yang mencukupi dan
sebagainya. Dalam erti kata lain, Dutch Lady Malaysia sangat mengutamakan
aspek penjagaan kesihatan dalam sesebuah keluarga dengan menghasilkan
beberapa produk yang akan dapat membantu meningkatkan dan mengekalkan
tahap kesihatan masyarakat Malaysia. Contohnya seperti Susu UHT DL, Susu
Steril DL, Susu Pasteur DL, Susu Penuh Krim DL, Susu Krimer DL dan Joy Juice.
Kesemua produk Dutch Lady Malaysia ini boleh diambil pada setiap hati bagi
mengekalkan tahap kesihatan masyarakat Malaysia yang semakin kurang
melakukan aktiviti senaman untuk tujuan kesihatan. Dengan mengamalkan
pengambilan produk Dutch Lady Malaysia, maka setiap ahli keluarga di Malaysia
akan dapat meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan ke tahap yang lebih
baik. Ini kerana, produk-produk keluaran Dutch Lady Malaysia adalah produk yang
mengandungi kandungan nutrisi yang sangat baik dan diperlukan oleh tubuh badan
manusia.
c) Pemuda
Golongan pemuda juga turut menjadi antara sasaran pasaran produk Dutch Lady
Malaysia. Ini kerana, golongan ini adalah antara golongan yang sentiasa aktif
dengan pelbagai aktiviti harian. Tanpa adanya sumber zat dan kalsium untuk
4
badan, maka setiap badan akan menjadi lemah dan berpotensi untuk menjadi lemah
dan tidak bermaya. Justeru, Dutch Lady Malaysia telah menghasilkan beberapa
produk kesihatan yang akan dapat membantu golongan muda ini untuk kekal aktif
walaupun melakukan pelbagai tugas dan aktiviti setiap hari. Ini kerana, produk-
produk keluaran Dutch Lady Malaysia seperti Yogurt Rendah Lemak DL, Yogurt
0% Lemak DL dan DL Iced Latte dilihat mampu memberikan sumber tenaga dan
kekuatan kepada pengguna yang mengamalkan pemakanan produk-produk Dutch
Lady Malaysia seperti ini.
Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa kebanyakan produk yang dihasilkan
oleh Dutch Lady Malaysia tidak hanya mengkhususnya kepada satu kumpulan pengguna
sahaja. Sebaliknya, produk yang dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia adalah produk
yang dibangunkan untuk pelbagai peringkat umur. Perkara seperti ini dilihat menjadi
kelebihan kepada Dutch Lady Malaysia untuk memasarkan produk ke pelbagai pasaran
pengguna sama ada kepada golongan kanak-kanak, golongan muda dan juga setiap ahli
keluarga di Malaysia.
Dalam pada itu, produk keluaran Dutch Lady Malaysia juga dilihat tidak hanya
terhad kepada pasaran pengguna di Malaysia sahaja. Sebaliknya, produk keluaran Dutch
Lady Malaysia ini juga boleh dipasarkan ke pasaran antarabangsa walaupun Dutch Lady
Milk Industries mempunyai cawangan di seluruh dunia. Jika dilihat kepada produk yang
dihasilkan oleh DLMI ini khususnya bagi DLMI Malaysia, produk yang dihasilkan
adalah untuk tujuan pasaran tempatan dan juga untuk tujuan pasaran seratau seperti
pasaran ke Brunei, Indonesia dan juga beberapa negara ASEAN yang lain. Secara tidak
langsung, DLMI mampu meningkatkan keboleh saingan produk sedia ada dengan
produk-produk tempatan yang berada dalam pasaran Malaysia.
3.0 Analisis Syarikat
Dutch Lady Malaysia adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam industri
makanan dan minuman. Setiap tahun, Dutch Lady Malaysia memasarkan pelbagai
5
produk yang dapat memenuhi keperluan dan permintaan pengguna semasa. Dutch Lady
Malaysia tidak hanya mengeluarkan produk untuk satu peringkat umur semata-mata.
Sebaliknya, Dutch Lady Malaysia juga turut mengeluarkan dan memasarkan produk
untuk pelbagai peringkat umur seperti untuk kanak-kanak, golongan dewasa dan juga
golongan tua.
Pada awal operasi, Dutch Lady Malaysia memulakan perniagaannya sebagai
pengilang susu pekat manis. Kini rangkaian produk Dutch Lady Malaysia semakin
meluas dari rumusan bayi dan susu untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan
yogurt. Setiap inovasi produk dalam rangkaian rumusan susu bayi dan kanak-kanak yang
berkembang pesat disokong oleh kaji selidik tempatan dan antarabangsa yang terperinci.
Royal Friesland Campina, iaitu syarikat induk kami di Belanda, sentiasa melaburkan
dana dalam usaha kaji selidik untuk meningkatkan pemakanan si manja anda ke tahap
yang lebih tinggi.
Rangkaian produk Dutch Lady Malaysia bukan sahaja setakat produk popular
seperti Dutch Lady UHT Milk atau Dutch Lady 123. Antara produk lain dari syarikat
kami yang mungkin anda telah pun nikmati semasa waktu rehat di tempat kerja atau
sebagai pencuci mulut di restauran termasuklah jus buah-buahan JOY, MooJooz dan
Yogurt Rendah Lemak Dutch Lady. Produk seperti Yogurt dan Moojooz melambangkan
usaha tekad Dutch Lady Malaysia untuk sentiasa meningkatkan rangkaian pilihan
produk tenusu untuk dinikmati pengguna. Dengan penghasilan produk-produk berkualiti
yang dirumuskan khas untuk memenuhi citarasa pengguna, Dutch Lady Malaysia telah
menjadi peneraju dan salah satu jenama produk tenusu yang paling dipercayai di seluruh
negara.
Syarikat ini melihat akan pentingnya inovasi produk yang berterusan, suatu
hasrat yang disokong penuhnya oleh Friesland Campina. Dutch Lady Malaysia juga
sentiasa memperbaiki kualiti dan nutrisi produk sedia ada secara berterusan untuk
memenuhi keperluan pihak pelanggan. Dutch Lady Malaysia adalah syarikat pertama di
dunia yang memperkenalkan Susu Untuk Membesar yang diformulakan khas untuk
6
kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun. Produk ini dipasarkan di Malaysia dengan
nama Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123 dan Susu Untuk Membesar Dutch Lady
456.
Selain menyokong industri tempatan dengan penggunaan ramuan tempatan
dalam penghasilan produk-produknya, Dutch Lady Malaysia juga adalah penyokong dan
pembeli susu segar tempatan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
Pembelian tersebut adalah hasil kolaborasi Projek Pembangunan Tenusu bersama
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan dibantu oleh Kedutaan Belanda.
Dalam pada itu, Dutch Lady Malaysia amat mementingkan mutu produk dengan
memastikan penjagaan kualiti berada di tahap yang optimum. Ini terbukti dengan
penganugerahan pensijilan ISO 9001 kepada premis syarikat sejak tahun 1995. Syarikat
juga mengamalkan keselamatan penghasilan produk dengan aplikasi HACCP di dalam
premis pembuatannya. Malah, penjagaan alam sekitar dan keselamatan pekerja turut
dititikberatkan apabila dianugerahkan sijil ISO 14001 dan OHSAS 18001. Kesemua
produk tenusu yang dihasilkan syarikat telah mendapat pengesahan halal oleh pihak
Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).
Dalam masa yang sama, Dutch Lady Malaysia memperoleh hasil pendapatan
tahunan sebanyak RM692 juta pada tahun 2009. Syarikat ini beroperasi di Petaling Jaya
dan mempunyai 600 orang pekerja. Kini, Dutch Lady Malaysia menerajui pasaran untuk
produk tenusu seperti Susu UHT, Susu Steril, dan Susu Untuk Membesar.
4.0 Analisis Pesaing
Dalam industri tenusu di Malaysia, terdapat beberapa buah syarikat yang turut
berkecimpung dalam industri ini dan menjadi pesaing utama kepada Dutch Lady
Malaysia. Antaranya Nestle (Malaysia) Berhad atau Nestle yang juga merupakan antara
peneraju terbesar produk berasaskan tenusu di Malaysia. Pada tahun 2012 misalnya,
Nestle berjaya mencatatkan perolehan sebanyak RM4.6 bilion, 7.3% lebih tinggi
7
berbanding tempoh yang sama tahun 2011, dan kebanyakannya didorong oleh
pertumbuhan pesat di peringkat domestik. Rangkaian jenama dan produk Kumpulan
yang kukuh, serta pelaburan pemasaran bagi mewujudkan kesedaran mengenai sambutan
seratus tahun kami telah menyumbang kepada jualan yang lebih tinggi dalam semua
kategori produk seperti Konfeksi, Minuman Cecair, Tenusu Dingin dan Ais Krim,
berjaya mencatatkan pertumbuhan dua digit yang teguh.
Dalam pada itu, Nestle juga turut aktif membuat renovasi dan inovasi pada
rangkaian produk sedia adanya, termasuklah pelancaran NESCAFÉ 3dalam1 Brown and
Creamy,varian campuran MILO (Milo Kurang Manis, MILO Tinggi Serat, MILO
Bijirin), MAGGI Mi Goreng baru dan dua varian tambahan NESTUM 3dalam1 dengan
herba Cina. Produk-produk baru ini diterima dengan baik dalam pasaran dan ini telahpun
membantu kami menjana pertumbuhan dan imej jenama dengan lebih baik lagi.
Sempena sambutan ulang tahun 100 tahun Syarikat pada tahun 2012 misalnya,
terdapat peningkatan yang ketara dalam aktiviti pemasaran dan promosi untuk menjana
kesedaran serta melahirkan penghargaan Kumpulan terhadap para pengguna Malaysia.
Reaksi pasaran terbukti sangat positif, lalu menghasilkan permintaan yang lebih tinggi
untuk kebanyakan produk Nestle. Inovasi dan renovasi produk yang berterusan turut
menjana permintaan sihat bagi varian baru, manakala promosi pemakanan berkhasiat
serta gaya hidup sihat sejajar dengan matlamat kerajaan dalam mencipta masyarakat
yang sihat dan produktif.
Sementara itu, jualan eksport yang menyumbang kepada hampir 25 peratus
daripada perolehan Kumpulan, menyaksikan pertumbuhan yang lebih perlahan pada
tahun 2012 berikutan suasana ekonomi global yang lemah dan menjejaskan permintaan
daripada beberapa pelanggan gabungan. Namun begitu, permintaan domestik yang
kukuh terus memacu pertumbuhan, sekali gus menangani pengurangan dalam eksport.
Perolehan Kumpulan berkembang sebanyak 7.3% bagi tahun ulasan. Bagi menyokong
peningkatan permintaan berasaskan domestik dan eksport untuk produk Nestle berkualiti
8
tinggi, pelaburan telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan dan merangsang tahap
pengeluaran.
Nestlé Malaysia juga telah meraih tempat kedua dalam Anugerah Penyelesaian
Perniagaan (Business Solution Awards) 2012 oleh Kumpulan Nestle, bagi penyerahan ‘A
Perfect Flow with Zero Waste to Deliver What Consumers Value’. Ia mengiktiraf daya
pusing ganti yang cemerlang bagi Perniagaan Ais Krim, yang disokong oleh GLOBE,
serta metodologi Kecemerlangan Berterusan Nestle (Nestle Continuous Excellence).
Bertumpukan kepada menjana nikmat para pengguna dan pelanggan mereka menerusi
produk dan perkhidmatan yang berkualiti, bahagian Ais Krim Nestle memulakan
Rankaian Nilai (Lean Value Stream) pada tahun 2009 dengan menghapuskan aktiviti
yang tidak menambahkan nilai dan sisa daripada pemerolehan, pengeluaran, rangkaian
bekalan, pengedaran dan aliran nilai peruncitan.
Pada tahun 2012, satu latihan membabitkan Pembinaan Jenama Cara Nestle telah
dijalankan iaitu sebuah metodologi dan alat untuk membantu pasukan pemasaran dalam
menyegerakan pembentukan kempen jenama yang kukuh dan penuh impak. Pasaran
berjaya mengendalikan lebih daripada 100 latihan dan bengkel untuk semua pasukan
pemasaran dan jualan di mana terbentuknya beberapa kempen yang berjaya seperti
MILO ‘Play More Learn More’, NESCAFÉ ‘Let’s see what develops’ dan MAGGI
‘Happiness is Homemade’. Ini dapat dilihat dalam penambahbaikan pertumbuhan
jenama, pertumbuhan jualan dan ekuiti jenama yang dipertingkatkan.
Di samping itu, Pasukan Jualan pula memberi tumpuan kepada ‘Being Brilliant
at the Basics’. Ini melibatkan menambahbaik pemahaman di kalangan pelanggan dan
pembeli, mencari kaedah lain untuk meraih pertumbuhan dalam saluran dagangan,
mengukuhkan prestasi bagi kedua-dua pelanggan Moden dan Dagangan Umum kami,
serta meningkatkan pengedaran dan pelaksanaan di kedai menerusi usahausaha seperti
memberi kod GPS di semua kedai, mencipta makmal runcit, dan membangunkan konsep
kedai yang sempurna. Pelaksanaan polisi baru ‘Ullage’ bagi para pengedar pada tahun
9
2012 telah menghasilkan kesegaran yang lebih baik dalam dagangan, menambahbaik
paras stok dan pengurangan barangan untuk dimusnahkan.
Kesemua usaha yang dilakukan oleh Nestle ini adalah untuk memastikan produk
Nestle dapat diterima oleh pengguna yang tidak hanya terhad kepada kumpulan umur
pertengahan atau pemuda. Sebaliknya, turut diterima oleh penggna dari kumpulan umur
kanak-kanak dan juga kumpulan umur atasan. Secara tidak langsung, perkara seperti ini
menjadi saingan kepada Dutch Lady Malaysia dalam memasarkan produk mereka yang
hanya berasaskan tenusu. Sebaliknya, produk Nestle adalah lebih pelbagai dan tidak
hanya berasaskan tenusu semata-mata.
Selain Nestle, pesaing lain bagi Dutch Lady Malaysia ialah Dumex Malaysia Sdn
Bhd atau Dumex. Dumex juga turut memasarkan pelbagai jenis produk yang berasaskan
tenusu seperti Dumex Dugro yang merupakan satu formula yang mempunyai nutrien-
nutrien untuk menyokong perkembangan utama kanak-kanak yang membesar.
Perkembangan utama kanak-kanak adalah termasuk perkembangan Minda, Tulang,
Imuniti, Penghadaman dan Kecergasan. Dalam pada itu, Dumex Dugro Asli juga baharu
diperkaya dengan Vitamin C yang membantu meningkatkan penyerapan Zat besi
daripada makanan. Produk ini juga dilihat mempunyai persamaan dengan produk Dutch
Lady Malaysia yang mana zat besi adalah komponen penting hemoglobin dalam sel
darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan untuk perkembangan
aktif yang turut menjadi antara elemen penting dalam pembangunan proydk Dumex ini.
Daripada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat
bahawa terdapat dua pesaing utama bagi Dutch Lady Malaysia di Malaysia. Selain
daripada dua pesaing ini, terdapat beberapa pesaing lain yang turut terlibat dalam
industri berasaskan tenusu di Malaysia seperti ANMUM dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, Dutch Lady Malaysia telah mempunyai kelebiah produk dan harga yang
dapat digunakan sebagai senjata untuk menyaingi pesaing lain.
10
5.0 Elemen Pemasaran
Dalam memastikan produk-produk Dutch Lady Malaysia dapat memikat citarasa
pengguna untuk menggunakan produk Dutch Lady Malaysia berbanding dengan produk
tenusu lain yang berada dalam pasaran Malaysia, maka perancangan terhadap pelan
pemasaran yang berkesan dan memuaskan perlu dirangka dan dilaksanakan oleh Dutch
Lady Malaysia. Antaranya adalah seperti mana yang diperjelaskan di bawah:-
a) Produk
Salah satu elemen penting dalam pelan pemasaran ialah produk. Dalam
memastikan produk Dutch Lady Malaysia dapat diterima oleh pengguna, maka
pembungkusan produk perlulah menarik dan dapat mendorong pengguna untuk
menggunakan produk-produk keluaran Dutch Lady Malaysia berbanding dengan
produk berasaskan tenusu yang lain. jika dilihat kepada produk-produk keluaran
Dutch Lady Malaysia, kebanyakan produk yang dihasilkan adalah produk yang
dibungkus dengan menarik menerusi gabungan warna dan gambar yang sangat
jelas. Contohnya adalah seperti mana beberapa produk Dutch Lady Malaysia yang
ditunjukkan dalam rajah di bawah:-
Rajah 1 : Antara Produk Dutch Lady Malaysia
Jika dilihat kepada tiga contoh produk yang dipaparkan dalam rajah 1 di atas, dapat
dilihat bahawa produk-produk Dutch Lady Malaysia menggunakan latar belakang
warna biru sebagai latar belakang utama. Penggunaan warna biru seperti ini adalah
untuk memudahkan pengguna mengenal pasti produk Dutch Lady Malaysia dengan
11
hanya mengenal pasti pembungkus produk berasaskan tenusu yang berwarna biru.
Ini bermakna bahawa pengguna sangat mudah untuk mencari produk Dutch Lady
Malaysia dengan hanya mengenal pasti produk berasaskan tenusu yang berwarna
biru.
Dalam pada itu, produk-produk Dutch Lady Malaysia juga adalah produk yang
dilengkapi dengan kandungan nutrien yang diperlukan oleh badan manusia sama
ada dalam kalagan kanak-kanak, pemuda mahupun orang dewasa. Ini kerana,
setiap produk yang dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia adalah produk yang dapat
memenuhi keperluan nutrien badan manusia sesuai dengan peringkat umur mereka.
Selain itu, produk yang dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia juga adalah produk
yang boleh digunakan oleh seisi keluarga. Seperti mana yang telah dijelaskan,
terdapat satu segmen produk Dutch Lady Malaysia yang dikhaskan untuk kegunaan
seisi keluarga seperti Susu UHT DL, Susu Steril DL, Susu Pasteur DL, Susu Penuh
Krim DL, Susu Krimer DL dan Joy Juice. Ini bermakna, satu produk boleh
digunakan oleh seisi keluarga dan seterusnya akan dapat menjimatkan perbelanjaan
keluarga tersebut khususnya yang berkaitan dengan aspek penjagaan kesihatan
pemakanan. Dengan demikian, maka produk Dutch Lady Malaysia dapat dijadikan
sebagai salah satu produk yang akan dapat memdorong keluarga-keluarga di
Malaysia untuk menggunakan produk Dutch Lady Malaysia.
b) Harga
Selain daripada kelebihan produk dari segi pembungkusan dan juga khasiat yang
terkandung pada produk Dutch Lady Malaysia, produk Dutch Lady Malaysia juga
turut boleh diperolehi dengan harga yang sangat berpatutan. Contohnya seperti
mana yang ditunjukkan di bawah:-
12
RM18.90 Sebungkus (1KG)
RM3.20 (Sebiji)
RM6.99 Sebungkus (6 Kotak)
Ini bermakna bahawa produk-produk keluaran Dutch Lady Malaysia adalah produk
yang boleh diperolehi dengan harga yang sangat berpatutan dan juga mampu
dimiliki oleh setiap keluarga di Malaysia.
c) Saluran Agihan
Bagi memastika produk ini dan mesej program dapat disampaikan kepada
masyarakat dan pengguna, maka saluran agihan yang dinyatakan di bawah akan
digunakan oleh DLMI:-
Rajah 2 : Saluran Agihan
Berdasarkan kepada saluran agihan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa
terdapat dua saluran yang akan digunakan oleh Dutch Lady Malaysia untuk
Syarikat
DLMI
Peruncit
Pembekal/
Pasaraya
Pengguna
13
menyampaikan produk kepada pengguna. Setelah kesemua produk dikeluarkan dan
selesai proses pembungkusan di kilang Dutch Lady Malaysia, syarikat akan
membekalkan produk kepada pembekal terlebih dahulu. Ini kerana, jumlah produk
yang dibekalkan kepada pembekal adalah dalam kuantiti yang banyak. Setelah itu,
peruncit boleh mendapatkan barangan daripada pembekal sebelum
menyalurkannya kepada pengguna akhir. Ini bermakna bahawa tiga produk yang
dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia ini akan melalui pembekal dan peruncit
terlebih dahulu sebelum sampai kepada pengguna akhir.
Dalam pada itu, tiga produk yang dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia juga
mungkin akan disalurkan terus kepada pasaraya yang kemudiannya akan
dibekalkan kepada perucit dan terus kepada pengguna. Ini juga bermakna bahawa
produk Dutch Lady Malaysia ini akan melalui dua saluran sebelum produk tersebut
sampai kepada pengguna akhir. Namun begitu, proses ini selalunya akan berlaku
kepada peruncit-peruncit yang sukar untuk mendapatkan bekalan daripada
pembekal secara langsung. Keadaan ini memaksa mereka untuk mendapatkan
produk daripada pasaraya yang menawarkan harga yang berpatutan untuk mereka.
Selain itu, produk Dutch Lady Malaysia ini juga mungkin hanya akan melalui
pasaraya dan terus kepada pengguna akhir. Proses ini boleh berlaku ke atas
pasaraya yang mendapatkan secara langsung produk daripada kilang Dutch Lady
Malaysia dan terus menjualnya kepada pengguna akhir. Walau bagaimanapun,
harga yang perlu ditawarkan kepada pengguna adalah berdasarkan kepada harga
yang telah ditetapkan oleh Dutch Lady Malaysia. Ini adalah untuk memastikan agar
ketiga-tiga produk Dutch Lady Malaysia ini tidak dijual pada harga yang lebih
tinggi daripada pasaran yang mungkin akan menjejaskan imej dan reputasi
syarikat.
d) Promosi
Bagi meningkatkan permintaan terhadap ketiga-tiga produk ini adn seterusnya akan
meningkatkan jualan syarikat, maka terdapat beberapa strategi promosi yang akan
14
dilakukan oleh Dutch Lady Malaysia. Antaranya adalah seperti mana yang
dihuraikan di bawah:-
Program Product Test
Salah satu bentuk promosi yang akan dilaksanakan oleh Dutch Lady
Malaysia agar dapat meningkatkan permintaan dan jualan ke atas ketiga-tiga
produk berkenaan ialah pelaksanaan program poduct test. Dalam
melaksanakan program ini, Dutch Lady Malaysia akan memilih beberapa
pasaraya terkemuka di Sabah seperti Pasaraya Giant dan Pasaraya Servey
untuk melaksanakan program ini. Dalam program ini, ibu bapa yang
membawa anak-anak mereka ke pasaraya akan diberikan segelas susu Dutch
Lady Year 6 atau segelas susu Dutch Lady School untuk dicuba. Dalam
promosi yang dibuat ini juga, ibu bapa juga akan turut diberikan risalah yang
mengandungi khasiat kedua-dua produk ini dan kepentingannya kepada anak-
anak mereka. Dalam pada itu, penerangan daripada kakitangan pasaraya yang
mahir terhadap kedua-dua produk tersebut juga akan diberikan. Penerangan
yang diberikan adalah untuk memastikan agar pengguna mendapat maklumat
yang secukupnya bagi mengetahui kelebihan produk yang diminuk oleh anak
mereka. Dengan cara seperti ini, maka ianya akan dapat menggalakkan
pengguna untuk mendapatkan produk tersebut walaupun hanya untuk sekali
percubaan.
Selain daripada memberikan kanak-kanak untuk mencuba dua jenis susu,
program product test juga akah turut dilakukan ke atas produk Dutch Lady
Blueberry. Bagi produk ini, ibu bapa kanak-kanak pula akan diberikan secara
percuma agar mereka dapat merasakan kelebihan dan keistimewaan produk
ini. Selain itu, penerangan daripada pakar susu Dutch Lady Malaysia yang
berkhidmat dalam program tersebut akan turut memberikan penerangan
kepada ibu bapa tersebut bagi menjaga kesihatan usus mereka. Menerusi
penerangan yang diberikan juga, ianya akan dapat meningkatkan kesedaran
15
ibu bapa dan masyarakat untuk menjaga usus yang seterusnya akan
menggalakkan mereka untuk mendapatkan produk ini.
Oleh yang demikian, pelaksanaan program product test ini adalah salah satu
usaha Dutch Lady Malaysia untuk memasarkan produk kepada pengguna
khususnya bagi pengguna yang masih tidak mengenali kelebihan dan manfaat
bagi ketiga-tiga jenis produk yang dipasarkan. Dengan adanya promosi
seperti ini, maka masyarakat juga akan dapat dididik dan disedarkan untuk
sentiasa menggunakan produk yang dikeuarkan oleh Dutch Lady Malaysia.
Hadiah Percuma
Dalam pada itu, pemberian harian percuma juga adalah antara bentuk
promosi yang akan dilaskanakan oleh Dutch Lady Malaysia dalam
memasarkan dan mempromosikan ketiga-tiga produk yang dinyatakan.
Contoh promosi yang akan dilaksanakan ialah pemberian mainan (seperti
kereta mainan, blok lego dan sebagainya) bagi setiap pembelian dua bungkus
Dutch Lady Year 6, dua kotak Dutch Lady School atau tiga botol Dutch Lady
Blueberry. Dalam pada itu, promosi juga akan dijalankan dalam bentuk
campuran produk seperti satu bungkus Dutch Lady Year 6 dan satu bungkus
Dutch Lady School (enam kotak sebungkus) juga akan turut mendapat hadiah
percuma. Menerusi pelaksanaan promosi seperti ini, ianya akan
menggalakkan pengguna untuk membeli dalam kuantiti yang banyak yang
seterusnya akan dapat meningkatkan jualan produk Dutch Lady Malaysia
khususnya bagi ketiga-tiga jenis produk yang disasarkan. Secara tidak
langsung, peningkatan jualan ini akan dapat meningkatkan sumbangan
masyarakat terhadap kanak-kanak berkelainan upaya yang seterusnya akan
dapat menjayakan program yang dirancangkan oleh Dutch Lady Malaysia ini.
Peraduan
Bentuk promosi ketiga yang akan dilaksanakan ialah promosi berbentuk
peraduan. Bagi promosi ini, pengguna yang membeli ketiga-ketiga jenis
16
produk iaiau Dutch Lady Year 6, Dutch Lady School dan Dutch Lady
Blueberry layak untuk mengikuti peraduan. Bagi peraduan ini, hadiah utama
adalah sebuah kereta Myvi Extreme dan beberapa hadiah lumayan yang lain.
Dengan melaksanakan peraduan seperti ini juga, ianya akan menggalakkan
pengguna untuk membeli ketiga-tiga produk berkenaan secara serentak.
Secara tidak langsung, pelaksanaan peraduan ini akan dapat meningkatkan
jualan syarikat bagi ketiga-tiga produk berkenaan dan seterusnya akan dapat
membantu DLMI untuk mengumpul dana bagi menjayakan program yang
sedang dirancangkan.
Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa bentuk
promosi yang boleh dilaksanakan untuk memastikan agar produk-produk Dutch Lady
Malaysia dapat dipasarkan dengan lebih baik seperti mana yang dinyatakan di atas.
6.0 Pelan Pelaksanaan dan Kawalan
Dalam memastikan produk-produk keluaran Dutch Lady Malaysia adalah produk
yang boleh dapat memenuhi keperluan pengguna dan sentiasa menjadi pilihan pengguna,
maka kawalan terhadap kualiti dan kandungan nutrisi pada setiap produk Dutch Lady
Malaysia adalah antara langkah kawalan yang senantiasa dilaksanakan. Antaranya
adalah seperti mana yang berikut:-
a) Penglibatan Pakar Nutrisi Dutch Lady Malaysia
Salah satu langkah kawalan yang akan dilakukan untuk menjayakan program dan
promosi yang telah dirancangkan ialah penglibatan pakar nutrisi Dutch Lady
Malaysia terhadap beberapa aktiviti promosi yang dilaksanakan. Walau
bagaimanapun, tidak semua program atau aktiviti promosi akan melibatkan pakar
nutrisi Dutch Lady Malaysia. Sebaliknya, penglibatan pakar ini hanya akan
dilakukan di kawasan berpenduduk tinggi dan disasarkan mampu untuk
meningkatkan jualan produk syarikat seperti di Daerah Kota Kinabalu, Sandakan
dan Tawau. Dengan adanya penglibatan kumpulan pakar nutrisi Dutch Lady
17
Malaysia ini, maka maklumat yang disalurkan kepada pengguna adalah maklumat
yang tepat yang akan dapat memberikan gambaran baik kepada pengguna terhadap
kebaikan dan manfaat ketiga-tiga jenis produk yang dipasarkan. Secara tidak
langsung, perkara ini akan dapat memberikan kelebihan kepada pengguna untuk
mendapatkan maklumat yang lengkap berkenaan dengan produk yang ingin
digunakan. Perkara seperti ini juga akan dapat mengelakkan penyebaran maklumat
yang tidak tepat kepada pengguna dan seterusnya boleh mewujudkan persepsi
negatif kepada pengguna berkenaan dengan ketiga-tiga produk yang dipasarakan.
b) Pemantauan Daripada Pihak Pengurusan Dutch Lady Malaysia
Pemantauan daripada pihak pengurusan Dutch Lady Malaysia juga akan turut
dilakukan. Pemantauan akan dilakukan dalam beberapa aktiviti promosi yang
dilaksanakan di pasaraya dan di sekolah bagi memastikan program promosi yang
dijalankan adalah seperti mana yang telah dirancangkan. Ini juga adalah untuk
memastikan agar kakitangan Dutch Lady Malaysia yang telah diberi tanggung
jawab untuk melaksanakan promosi akan dapat melaksanakan promosi dengan
komited dan bersungguh-sungguh. Ini juga adalah untuk memastikan agar
matlamat yang telah ditetapkan iaitu untuk menggalakkan pengguna mendapatkan
produk Dutch Lady Malaysia seperti Dutch Lady Year 6, Dutch Ladu School,
Dutch Lady Blueberry dan sebagainya akan dapat ditingkatkan. Sekiranya
pemantauan tidak dilakukan dengan kerap terhadap setiap aktiviti promosi, maka
berkemungkinan matlamat ini tidak akan dapat dicapai. Oleh itu, pemantauan
adalah sangat penting untuk memastikan kawalan terhadap setiap tingkah laku
kakitangan Dutch Lady Malaysia yang terlibat dengan setiap aktiviti promosi yang
dilaskanakan.
c) Mendapatkan Maklum Balas Pengguna
Maklum balas daripada pengguna juga akan turut diperolehi dengan didapatkan.
Maklumat dalam bentuk pengetahuan pengguna terhadap kelebihan produk,
penerangan yang dibuat oleh kakitangan yang melaksanakan promosi dan
sebagainya akan turut didapatkan daripada pengguna. Ini adalah untuk menilai
18
tahap keberkesanan pelaksanaan promosi yang dijalankan sama ada pengetahuan
pengguna terhadap produk Dutch Lady Malaysia dapat ditingkatkan atau
sebaliknya. Sekiranya pengetahuan pengguna tidak dapat ditingkatkan, maka ini
menunjukkan akan kegagalan pelaksanaan promosi yang seterusnya akan
menggagalkan usaha Dutch Lady Malaysia untuk mendapatkan sumbangan dana
daripada masyarakat bagi menjayakan program yang telah dirancangkan. Secara
tidak langsung, perkara ini akan memberikan kesan yang tidak baik kepada imej
dan prestasi semasa Dutch Lady Malaysia. Oleh yang demikian, adalah suatu
perkara yang sangat penting untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna
bagi memastikan kejayaan program yang sedang dilaksanakan oleh Dutch Lady
Malaysia.
Oleh itu, tiga langkah kawalan yang dinyatakan di atas adalah antara usaha yang
dilakukan oleh Dutch Lady Malaysia untuk memastikan setiap produk keluaran Dutch
Lady Malaysia adalah produk yang dapat memenuhi keperluan kesihatan pengguna.
7.0 Penutup
Dutch Lady Malaysia adalah sebuah syarikat yang mempunyai reputasi yang
tinggi. Walau bagaimanapun, ianya memerlukan komitmen syarikat secara berterusan
dalam memastikan setiap misi dan visi syarikat akan dapat dicapai. Dalam menghasilkan
produk, Dutch Lady Malaysia sentiasa mengutamakan aspek kualiti dan mutu dalam
menghasilkan produk agar produk yang dinikmati oleh pengguna akan sentiasa
digunakan secara berterusan.
19
Rujukan
Holland, J.L. (1997). Making Vocational Choices: A Theory Of Vocational Personalities And
Work Environments (3rd Ed.). Odessa, Florida: Psychological Assessment Resources
Walker Boyd Mullins Larrechl, (2003). Decision Focused Apporal, Fourth Edition,
MarketingStartegicy LA
Berkely Wright, (1995). Marketing In Management Basic Principles, Mike Worson, First Pub
Lished Limeted
Paul Peter, Jerry c. Olson, (1996). Consumer And Markering Startegic Behaviour, Fifth
Edition
Micheal R, (1996). Marketing Real People Real Choices, Second Edition, Solution Elnora W.
Stuart

More Related Content

What's hot

Cabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraCabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraRo Ny
 
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukBab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukSyahira Md Desa
 
Pembentangan Pengajian Perniagaan:
Pembentangan Pengajian Perniagaan: Pembentangan Pengajian Perniagaan:
Pembentangan Pengajian Perniagaan: Lightin2z
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
 
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)nasywah79
 
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)Nazie War
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaTamil Malar
 
Perniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaPerniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaFaRos Rosfar
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Thanushah Soniyasee
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionMie Pa
 
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Farhana Aisyah Norzelan
 
Pengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianPengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianHilmi Qimie
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASISTPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASInasywah79
 
GELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNAGELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNACkg Nizam
 
KONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANKONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANCkg Nizam
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayarangrace anzelletha
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1Norazul89
 
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuBahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuFairuz Alwi
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanAtiqah Wan
 

What's hot (20)

Cabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraCabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negara
 
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukBab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
 
Pembentangan Pengajian Perniagaan:
Pembentangan Pengajian Perniagaan: Pembentangan Pengajian Perniagaan:
Pembentangan Pengajian Perniagaan:
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
 
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysia
 
Perniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaPerniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsa
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan union
 
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
 
Pengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianPengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsian
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASISTPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
 
GELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNAGELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNA
 
KONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANKONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIAN
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
 
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuBahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
 

Similar to DL_Pasaran

Proposal susu biji durian finish
Proposal susu biji durian finishProposal susu biji durian finish
Proposal susu biji durian finishRiska Ramadani
 
Manajemen Pemasaran
Manajemen Pemasaran Manajemen Pemasaran
Manajemen Pemasaran fitri wahyuni
 
Analisis PT Indofood kelompok 3
Analisis PT Indofood kelompok 3Analisis PT Indofood kelompok 3
Analisis PT Indofood kelompok 3dandypl
 
2) isi pkmk delipop
2) isi pkmk delipop2) isi pkmk delipop
2) isi pkmk delipopSLIM_FKM
 
4kids Content
4kids Content4kids Content
4kids Contentdianaists
 
Refrensi Nestle.docx
Refrensi Nestle.docxRefrensi Nestle.docx
Refrensi Nestle.docxDindaNovelia
 
Tugas Geografi Kelas 11 : Industri Berkelanjutan
Tugas Geografi Kelas 11 : Industri BerkelanjutanTugas Geografi Kelas 11 : Industri Berkelanjutan
Tugas Geografi Kelas 11 : Industri BerkelanjutanNadhira Felicia
 
Yanuardi budilaksono 1006695513 creative brief
Yanuardi budilaksono 1006695513 creative briefYanuardi budilaksono 1006695513 creative brief
Yanuardi budilaksono 1006695513 creative briefpkpclass
 
Milky Jelly Praktek Usaha Kewirausahaan.pptx
Milky Jelly Praktek Usaha Kewirausahaan.pptxMilky Jelly Praktek Usaha Kewirausahaan.pptx
Milky Jelly Praktek Usaha Kewirausahaan.pptxMayangWangiSukmaIraw
 
SI & PI, SEVRINDA ANGGIA SARI, Prof. Dr. HAPZI ALI. CMA, SIKLUS PROSES BISNIS...
SI & PI, SEVRINDA ANGGIA SARI, Prof. Dr. HAPZI ALI. CMA, SIKLUS PROSES BISNIS...SI & PI, SEVRINDA ANGGIA SARI, Prof. Dr. HAPZI ALI. CMA, SIKLUS PROSES BISNIS...
SI & PI, SEVRINDA ANGGIA SARI, Prof. Dr. HAPZI ALI. CMA, SIKLUS PROSES BISNIS...sevrindaanggia
 
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjualLaporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjualkang chua
 
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjualLaporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjualkang chua
 
Ppt studi kasus pemasaran internasional (1)
Ppt studi kasus pemasaran internasional (1)Ppt studi kasus pemasaran internasional (1)
Ppt studi kasus pemasaran internasional (1)divachenel
 
Studi kasus pemasaran internasional
Studi kasus pemasaran internasionalStudi kasus pemasaran internasional
Studi kasus pemasaran internasionaldivachenel
 
Strategi campaign "your sweet darling"
Strategi campaign "your sweet darling"Strategi campaign "your sweet darling"
Strategi campaign "your sweet darling"Siti Fauziah
 
Presentasi Ide bisnis Bela Pransiska.pptx
Presentasi Ide bisnis Bela Pransiska.pptxPresentasi Ide bisnis Bela Pransiska.pptx
Presentasi Ide bisnis Bela Pransiska.pptxbellapransiska
 

Similar to DL_Pasaran (20)

Bab i 1 emp
Bab i 1 empBab i 1 emp
Bab i 1 emp
 
Proposal susu biji durian finish
Proposal susu biji durian finishProposal susu biji durian finish
Proposal susu biji durian finish
 
Manajemen Pemasaran
Manajemen Pemasaran Manajemen Pemasaran
Manajemen Pemasaran
 
Analisis PT Indofood kelompok 3
Analisis PT Indofood kelompok 3Analisis PT Indofood kelompok 3
Analisis PT Indofood kelompok 3
 
2) isi pkmk delipop
2) isi pkmk delipop2) isi pkmk delipop
2) isi pkmk delipop
 
4kids Content
4kids Content4kids Content
4kids Content
 
Refrensi Nestle.docx
Refrensi Nestle.docxRefrensi Nestle.docx
Refrensi Nestle.docx
 
Tugas Geografi Kelas 11 : Industri Berkelanjutan
Tugas Geografi Kelas 11 : Industri BerkelanjutanTugas Geografi Kelas 11 : Industri Berkelanjutan
Tugas Geografi Kelas 11 : Industri Berkelanjutan
 
Yanuardi budilaksono 1006695513 creative brief
Yanuardi budilaksono 1006695513 creative briefYanuardi budilaksono 1006695513 creative brief
Yanuardi budilaksono 1006695513 creative brief
 
Business plan
Business planBusiness plan
Business plan
 
Milky Jelly Praktek Usaha Kewirausahaan.pptx
Milky Jelly Praktek Usaha Kewirausahaan.pptxMilky Jelly Praktek Usaha Kewirausahaan.pptx
Milky Jelly Praktek Usaha Kewirausahaan.pptx
 
Kwu kelompok
Kwu kelompokKwu kelompok
Kwu kelompok
 
SI & PI, SEVRINDA ANGGIA SARI, Prof. Dr. HAPZI ALI. CMA, SIKLUS PROSES BISNIS...
SI & PI, SEVRINDA ANGGIA SARI, Prof. Dr. HAPZI ALI. CMA, SIKLUS PROSES BISNIS...SI & PI, SEVRINDA ANGGIA SARI, Prof. Dr. HAPZI ALI. CMA, SIKLUS PROSES BISNIS...
SI & PI, SEVRINDA ANGGIA SARI, Prof. Dr. HAPZI ALI. CMA, SIKLUS PROSES BISNIS...
 
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjualLaporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
 
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjualLaporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
 
Tugas Inovation.pptx
Tugas Inovation.pptxTugas Inovation.pptx
Tugas Inovation.pptx
 
Ppt studi kasus pemasaran internasional (1)
Ppt studi kasus pemasaran internasional (1)Ppt studi kasus pemasaran internasional (1)
Ppt studi kasus pemasaran internasional (1)
 
Studi kasus pemasaran internasional
Studi kasus pemasaran internasionalStudi kasus pemasaran internasional
Studi kasus pemasaran internasional
 
Strategi campaign "your sweet darling"
Strategi campaign "your sweet darling"Strategi campaign "your sweet darling"
Strategi campaign "your sweet darling"
 
Presentasi Ide bisnis Bela Pransiska.pptx
Presentasi Ide bisnis Bela Pransiska.pptxPresentasi Ide bisnis Bela Pransiska.pptx
Presentasi Ide bisnis Bela Pransiska.pptx
 

More from Open University Malaysia (17)

Usahawan 2
Usahawan 2Usahawan 2
Usahawan 2
 
Usahawan 1
Usahawan 1Usahawan 1
Usahawan 1
 
Rancangan perniagaan 3
Rancangan perniagaan 3Rancangan perniagaan 3
Rancangan perniagaan 3
 
Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2
 
Sejarah acheh
Sejarah achehSejarah acheh
Sejarah acheh
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Rancangan pemasaran
Rancangan pemasaranRancangan pemasaran
Rancangan pemasaran
 
Perniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaPerniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsa
 
Penggunaan air domestik
Penggunaan air domestikPenggunaan air domestik
Penggunaan air domestik
 
Pencemaran alam
Pencemaran alamPencemaran alam
Pencemaran alam
 
Mikroekonomi
MikroekonomiMikroekonomi
Mikroekonomi
 
Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)
 
Makroekonomi
MakroekonomiMakroekonomi
Makroekonomi
 
Kod etika
Kod etikaKod etika
Kod etika
 
Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1
 
Kaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplinKaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplin
 
Topik 7 gimrama
Topik 7 gimramaTopik 7 gimrama
Topik 7 gimrama
 

Recently uploaded

Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 

Recently uploaded (20)

Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 

DL_Pasaran

  • 1. 1 1.0 Latar Belakang Organisasi Dalam melihat kepada aspek kedudukan dan pencapaian kewangan sesebuah syarikat, maka dua buah syarikat iaitu Dutch Lady Milk Industry yang merupakan syarikat yang mengeluarkan produk penggunaan. Dutch Lady Milk Industries adalah sebuah syarikat yang dipengerusikan oleh Tan Sri Kamarul Ariffin bik Mohd. Yassin yang telah ditubuhkan sejak tahun 1963. Dutch Lady Malaysia mengeluarkan dan memasarkan produk di seluruh dunia dengan kualiti dan produk jus buah-buahan yang pelbagai bentuk pasaran pengguna. Terdapat beberapa produk yang telah dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia seperti Infant Formula, Growing-up Milk, Powdered Milk, Condensed Milk, UHT Milk, Sterilised Milk, Pasteurised Milk, Cultured Milk, Yoghurt and Fruit Juice Drinks. Ini bermakna bahawa Dutch Lady Malaysia mempunyai pelbagai produk pengguna yang berasaskan susu seperti mana yang telah dijelaskan. Oleh itu, berikut dinyatakan beberapa visi dan misi Dutch Lady Malaysia:- Visi Mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai peneraku industri berasaskan tenusu dan terus berkembang. Misi Membantu masyarakat Malaysia untuk maju kehadapan dengan nutrisi tenusu yang dipercayai. Menerusi visi dan misi yang dinyatakan di atas, maka Dutch Lady Malaysia lebih komited dalam menghasilkan pelbagai produk makanan dan minuman. Namun begitu, kedudukan kewangan yang stabil dan baik adalah antara kunci kejayaan sesebuah syarikat untuk menghasilkan lebih banyak produk pada masa akan datang. Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), peneraju industri tenusu berkualiti Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1963. Ianya juga syarikat tenusu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968. Pemilik utamanya adalah Royal FrieslandCampina NV, suatu syarikat multinasional Belanda dan antara syarikat
  • 2. 2 tenusu terbesar di dunia. Permodalan Nasional Berhad pula adalah pemegang saham kedua terbesar. Dutch Lady Malaysia mengilang serta memasarkan produk tenusu dan jus buah- buahan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport Antara produk-produk termasuklah Rumusan Bayi, Susu Untuk Membesar, Susu Tepung, Susu Pekat Manis, Susu UHT, Susu Disteril, Susu Dipasteur, Susu Kultur, Yoghurt dan Minuman Jus Buah- Buahan. Syarikat juga mempunyai pengguna setia yang menyokong produk tenusu jenama Dutch Lady, Frisolac, Friso, Completa, Omela dan Joy. 2.0 Analisis Pasaran Produk-produk Dutch Lady Malaysia terbahagi kepada tiga segmen pasaran. Segmen pasaran pertama adalah produk untuk kanak-kanak membesar yang terdiri daripada DL Langkah 1, DL Langkah 2, Susu untuk membesar 123 DL, Susu untuk membesar 456 DL, DL Frisolac 1 Gold, DL Frisolac 2 Gold, DL Friso 3 Gold dan DL Friso 4 Gold. Seterusnya segmen pasaran kedua merupakan produk untuk keluarga yang mana terdiri daripada Susu UHT DL, Susu Steril DL, Susu Pasteur DL, Susu Penuh Krim DL, Susu Krimer DL dan Joy Juice. Segmen pasaran ketiga adalah untuk golongan pemuda. Antara barisan produk yang terdapat dalam segmen ini seperti Yogurt Rendah Lemak DL, Yogurt 0% Lemak DL dan DL Iced Latte. Ini bermakna bahawa produk Dutch Lady Malaysia mempunyai tiga kumpulan sasaran yang utama. Oleh yang demikian, berikut adalah analisis pengguna yang menjadi pasaran utama produk keluaran Dutch Lady Malaysia:- a) Kanak-Kanak Kebanyakan produk yang dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia adalah produk untuk membantu perkembangan kanak-kanak. Contohnya seperti produk DL Langkah 1, DL Langkah 2, Susu untuk membesar 123 DL, Susu untuk membesar 456 DL, DL Frisolac 1 Gold, DL Frisolac 2 Gold, DL Friso 3 Gold dan DL Friso 4 Gold yang dibangunkan untuk tujuan perkembangan minda, otak dan juga
  • 3. 3 kesihatan kanak-kanak. Menerusi pasaran produk untuk kumpulan pengguna seperti ini, maka Dutch Lady Malaysia akan dapat membangunkan pelbagai jenis produk pada masa akan datang bagi kumpulan pengguna seperti ini. Secara tidak langsung, ianya akan dapat membantu mengembangkan pasaran sedia ada Dutch Lady Malaysia ke pasaran yang lebih luas. Contohnya seperti mengembangkan pasaran ke peringkat antarabangsa dengan menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan dapat memenuhi keperluan kanak-kanak pada masa kini. b) Keluarga Sasaran pasaran kedua bagi produk yang dikeluarkan Dutch Lady Malaysia ialah keluarga. Bagi Dutch Lady Malaysia, setiap keluarga di Malaysia perlu mengekalkan amalan dan gaya hidup yang sihat. Contohnya seperti menjaga tulang, memastikan badan menerima zat dan kalsium yang mencukupi dan sebagainya. Dalam erti kata lain, Dutch Lady Malaysia sangat mengutamakan aspek penjagaan kesihatan dalam sesebuah keluarga dengan menghasilkan beberapa produk yang akan dapat membantu meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan masyarakat Malaysia. Contohnya seperti Susu UHT DL, Susu Steril DL, Susu Pasteur DL, Susu Penuh Krim DL, Susu Krimer DL dan Joy Juice. Kesemua produk Dutch Lady Malaysia ini boleh diambil pada setiap hati bagi mengekalkan tahap kesihatan masyarakat Malaysia yang semakin kurang melakukan aktiviti senaman untuk tujuan kesihatan. Dengan mengamalkan pengambilan produk Dutch Lady Malaysia, maka setiap ahli keluarga di Malaysia akan dapat meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan ke tahap yang lebih baik. Ini kerana, produk-produk keluaran Dutch Lady Malaysia adalah produk yang mengandungi kandungan nutrisi yang sangat baik dan diperlukan oleh tubuh badan manusia. c) Pemuda Golongan pemuda juga turut menjadi antara sasaran pasaran produk Dutch Lady Malaysia. Ini kerana, golongan ini adalah antara golongan yang sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti harian. Tanpa adanya sumber zat dan kalsium untuk
  • 4. 4 badan, maka setiap badan akan menjadi lemah dan berpotensi untuk menjadi lemah dan tidak bermaya. Justeru, Dutch Lady Malaysia telah menghasilkan beberapa produk kesihatan yang akan dapat membantu golongan muda ini untuk kekal aktif walaupun melakukan pelbagai tugas dan aktiviti setiap hari. Ini kerana, produk- produk keluaran Dutch Lady Malaysia seperti Yogurt Rendah Lemak DL, Yogurt 0% Lemak DL dan DL Iced Latte dilihat mampu memberikan sumber tenaga dan kekuatan kepada pengguna yang mengamalkan pemakanan produk-produk Dutch Lady Malaysia seperti ini. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa kebanyakan produk yang dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia tidak hanya mengkhususnya kepada satu kumpulan pengguna sahaja. Sebaliknya, produk yang dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia adalah produk yang dibangunkan untuk pelbagai peringkat umur. Perkara seperti ini dilihat menjadi kelebihan kepada Dutch Lady Malaysia untuk memasarkan produk ke pelbagai pasaran pengguna sama ada kepada golongan kanak-kanak, golongan muda dan juga setiap ahli keluarga di Malaysia. Dalam pada itu, produk keluaran Dutch Lady Malaysia juga dilihat tidak hanya terhad kepada pasaran pengguna di Malaysia sahaja. Sebaliknya, produk keluaran Dutch Lady Malaysia ini juga boleh dipasarkan ke pasaran antarabangsa walaupun Dutch Lady Milk Industries mempunyai cawangan di seluruh dunia. Jika dilihat kepada produk yang dihasilkan oleh DLMI ini khususnya bagi DLMI Malaysia, produk yang dihasilkan adalah untuk tujuan pasaran tempatan dan juga untuk tujuan pasaran seratau seperti pasaran ke Brunei, Indonesia dan juga beberapa negara ASEAN yang lain. Secara tidak langsung, DLMI mampu meningkatkan keboleh saingan produk sedia ada dengan produk-produk tempatan yang berada dalam pasaran Malaysia. 3.0 Analisis Syarikat Dutch Lady Malaysia adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam industri makanan dan minuman. Setiap tahun, Dutch Lady Malaysia memasarkan pelbagai
  • 5. 5 produk yang dapat memenuhi keperluan dan permintaan pengguna semasa. Dutch Lady Malaysia tidak hanya mengeluarkan produk untuk satu peringkat umur semata-mata. Sebaliknya, Dutch Lady Malaysia juga turut mengeluarkan dan memasarkan produk untuk pelbagai peringkat umur seperti untuk kanak-kanak, golongan dewasa dan juga golongan tua. Pada awal operasi, Dutch Lady Malaysia memulakan perniagaannya sebagai pengilang susu pekat manis. Kini rangkaian produk Dutch Lady Malaysia semakin meluas dari rumusan bayi dan susu untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan yogurt. Setiap inovasi produk dalam rangkaian rumusan susu bayi dan kanak-kanak yang berkembang pesat disokong oleh kaji selidik tempatan dan antarabangsa yang terperinci. Royal Friesland Campina, iaitu syarikat induk kami di Belanda, sentiasa melaburkan dana dalam usaha kaji selidik untuk meningkatkan pemakanan si manja anda ke tahap yang lebih tinggi. Rangkaian produk Dutch Lady Malaysia bukan sahaja setakat produk popular seperti Dutch Lady UHT Milk atau Dutch Lady 123. Antara produk lain dari syarikat kami yang mungkin anda telah pun nikmati semasa waktu rehat di tempat kerja atau sebagai pencuci mulut di restauran termasuklah jus buah-buahan JOY, MooJooz dan Yogurt Rendah Lemak Dutch Lady. Produk seperti Yogurt dan Moojooz melambangkan usaha tekad Dutch Lady Malaysia untuk sentiasa meningkatkan rangkaian pilihan produk tenusu untuk dinikmati pengguna. Dengan penghasilan produk-produk berkualiti yang dirumuskan khas untuk memenuhi citarasa pengguna, Dutch Lady Malaysia telah menjadi peneraju dan salah satu jenama produk tenusu yang paling dipercayai di seluruh negara. Syarikat ini melihat akan pentingnya inovasi produk yang berterusan, suatu hasrat yang disokong penuhnya oleh Friesland Campina. Dutch Lady Malaysia juga sentiasa memperbaiki kualiti dan nutrisi produk sedia ada secara berterusan untuk memenuhi keperluan pihak pelanggan. Dutch Lady Malaysia adalah syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan Susu Untuk Membesar yang diformulakan khas untuk
  • 6. 6 kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun. Produk ini dipasarkan di Malaysia dengan nama Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123 dan Susu Untuk Membesar Dutch Lady 456. Selain menyokong industri tempatan dengan penggunaan ramuan tempatan dalam penghasilan produk-produknya, Dutch Lady Malaysia juga adalah penyokong dan pembeli susu segar tempatan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Pembelian tersebut adalah hasil kolaborasi Projek Pembangunan Tenusu bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan dibantu oleh Kedutaan Belanda. Dalam pada itu, Dutch Lady Malaysia amat mementingkan mutu produk dengan memastikan penjagaan kualiti berada di tahap yang optimum. Ini terbukti dengan penganugerahan pensijilan ISO 9001 kepada premis syarikat sejak tahun 1995. Syarikat juga mengamalkan keselamatan penghasilan produk dengan aplikasi HACCP di dalam premis pembuatannya. Malah, penjagaan alam sekitar dan keselamatan pekerja turut dititikberatkan apabila dianugerahkan sijil ISO 14001 dan OHSAS 18001. Kesemua produk tenusu yang dihasilkan syarikat telah mendapat pengesahan halal oleh pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Dalam masa yang sama, Dutch Lady Malaysia memperoleh hasil pendapatan tahunan sebanyak RM692 juta pada tahun 2009. Syarikat ini beroperasi di Petaling Jaya dan mempunyai 600 orang pekerja. Kini, Dutch Lady Malaysia menerajui pasaran untuk produk tenusu seperti Susu UHT, Susu Steril, dan Susu Untuk Membesar. 4.0 Analisis Pesaing Dalam industri tenusu di Malaysia, terdapat beberapa buah syarikat yang turut berkecimpung dalam industri ini dan menjadi pesaing utama kepada Dutch Lady Malaysia. Antaranya Nestle (Malaysia) Berhad atau Nestle yang juga merupakan antara peneraju terbesar produk berasaskan tenusu di Malaysia. Pada tahun 2012 misalnya, Nestle berjaya mencatatkan perolehan sebanyak RM4.6 bilion, 7.3% lebih tinggi
  • 7. 7 berbanding tempoh yang sama tahun 2011, dan kebanyakannya didorong oleh pertumbuhan pesat di peringkat domestik. Rangkaian jenama dan produk Kumpulan yang kukuh, serta pelaburan pemasaran bagi mewujudkan kesedaran mengenai sambutan seratus tahun kami telah menyumbang kepada jualan yang lebih tinggi dalam semua kategori produk seperti Konfeksi, Minuman Cecair, Tenusu Dingin dan Ais Krim, berjaya mencatatkan pertumbuhan dua digit yang teguh. Dalam pada itu, Nestle juga turut aktif membuat renovasi dan inovasi pada rangkaian produk sedia adanya, termasuklah pelancaran NESCAFÉ 3dalam1 Brown and Creamy,varian campuran MILO (Milo Kurang Manis, MILO Tinggi Serat, MILO Bijirin), MAGGI Mi Goreng baru dan dua varian tambahan NESTUM 3dalam1 dengan herba Cina. Produk-produk baru ini diterima dengan baik dalam pasaran dan ini telahpun membantu kami menjana pertumbuhan dan imej jenama dengan lebih baik lagi. Sempena sambutan ulang tahun 100 tahun Syarikat pada tahun 2012 misalnya, terdapat peningkatan yang ketara dalam aktiviti pemasaran dan promosi untuk menjana kesedaran serta melahirkan penghargaan Kumpulan terhadap para pengguna Malaysia. Reaksi pasaran terbukti sangat positif, lalu menghasilkan permintaan yang lebih tinggi untuk kebanyakan produk Nestle. Inovasi dan renovasi produk yang berterusan turut menjana permintaan sihat bagi varian baru, manakala promosi pemakanan berkhasiat serta gaya hidup sihat sejajar dengan matlamat kerajaan dalam mencipta masyarakat yang sihat dan produktif. Sementara itu, jualan eksport yang menyumbang kepada hampir 25 peratus daripada perolehan Kumpulan, menyaksikan pertumbuhan yang lebih perlahan pada tahun 2012 berikutan suasana ekonomi global yang lemah dan menjejaskan permintaan daripada beberapa pelanggan gabungan. Namun begitu, permintaan domestik yang kukuh terus memacu pertumbuhan, sekali gus menangani pengurangan dalam eksport. Perolehan Kumpulan berkembang sebanyak 7.3% bagi tahun ulasan. Bagi menyokong peningkatan permintaan berasaskan domestik dan eksport untuk produk Nestle berkualiti
  • 8. 8 tinggi, pelaburan telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan dan merangsang tahap pengeluaran. Nestlé Malaysia juga telah meraih tempat kedua dalam Anugerah Penyelesaian Perniagaan (Business Solution Awards) 2012 oleh Kumpulan Nestle, bagi penyerahan ‘A Perfect Flow with Zero Waste to Deliver What Consumers Value’. Ia mengiktiraf daya pusing ganti yang cemerlang bagi Perniagaan Ais Krim, yang disokong oleh GLOBE, serta metodologi Kecemerlangan Berterusan Nestle (Nestle Continuous Excellence). Bertumpukan kepada menjana nikmat para pengguna dan pelanggan mereka menerusi produk dan perkhidmatan yang berkualiti, bahagian Ais Krim Nestle memulakan Rankaian Nilai (Lean Value Stream) pada tahun 2009 dengan menghapuskan aktiviti yang tidak menambahkan nilai dan sisa daripada pemerolehan, pengeluaran, rangkaian bekalan, pengedaran dan aliran nilai peruncitan. Pada tahun 2012, satu latihan membabitkan Pembinaan Jenama Cara Nestle telah dijalankan iaitu sebuah metodologi dan alat untuk membantu pasukan pemasaran dalam menyegerakan pembentukan kempen jenama yang kukuh dan penuh impak. Pasaran berjaya mengendalikan lebih daripada 100 latihan dan bengkel untuk semua pasukan pemasaran dan jualan di mana terbentuknya beberapa kempen yang berjaya seperti MILO ‘Play More Learn More’, NESCAFÉ ‘Let’s see what develops’ dan MAGGI ‘Happiness is Homemade’. Ini dapat dilihat dalam penambahbaikan pertumbuhan jenama, pertumbuhan jualan dan ekuiti jenama yang dipertingkatkan. Di samping itu, Pasukan Jualan pula memberi tumpuan kepada ‘Being Brilliant at the Basics’. Ini melibatkan menambahbaik pemahaman di kalangan pelanggan dan pembeli, mencari kaedah lain untuk meraih pertumbuhan dalam saluran dagangan, mengukuhkan prestasi bagi kedua-dua pelanggan Moden dan Dagangan Umum kami, serta meningkatkan pengedaran dan pelaksanaan di kedai menerusi usahausaha seperti memberi kod GPS di semua kedai, mencipta makmal runcit, dan membangunkan konsep kedai yang sempurna. Pelaksanaan polisi baru ‘Ullage’ bagi para pengedar pada tahun
  • 9. 9 2012 telah menghasilkan kesegaran yang lebih baik dalam dagangan, menambahbaik paras stok dan pengurangan barangan untuk dimusnahkan. Kesemua usaha yang dilakukan oleh Nestle ini adalah untuk memastikan produk Nestle dapat diterima oleh pengguna yang tidak hanya terhad kepada kumpulan umur pertengahan atau pemuda. Sebaliknya, turut diterima oleh penggna dari kumpulan umur kanak-kanak dan juga kumpulan umur atasan. Secara tidak langsung, perkara seperti ini menjadi saingan kepada Dutch Lady Malaysia dalam memasarkan produk mereka yang hanya berasaskan tenusu. Sebaliknya, produk Nestle adalah lebih pelbagai dan tidak hanya berasaskan tenusu semata-mata. Selain Nestle, pesaing lain bagi Dutch Lady Malaysia ialah Dumex Malaysia Sdn Bhd atau Dumex. Dumex juga turut memasarkan pelbagai jenis produk yang berasaskan tenusu seperti Dumex Dugro yang merupakan satu formula yang mempunyai nutrien- nutrien untuk menyokong perkembangan utama kanak-kanak yang membesar. Perkembangan utama kanak-kanak adalah termasuk perkembangan Minda, Tulang, Imuniti, Penghadaman dan Kecergasan. Dalam pada itu, Dumex Dugro Asli juga baharu diperkaya dengan Vitamin C yang membantu meningkatkan penyerapan Zat besi daripada makanan. Produk ini juga dilihat mempunyai persamaan dengan produk Dutch Lady Malaysia yang mana zat besi adalah komponen penting hemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan untuk perkembangan aktif yang turut menjadi antara elemen penting dalam pembangunan proydk Dumex ini. Daripada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa terdapat dua pesaing utama bagi Dutch Lady Malaysia di Malaysia. Selain daripada dua pesaing ini, terdapat beberapa pesaing lain yang turut terlibat dalam industri berasaskan tenusu di Malaysia seperti ANMUM dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Dutch Lady Malaysia telah mempunyai kelebiah produk dan harga yang dapat digunakan sebagai senjata untuk menyaingi pesaing lain.
  • 10. 10 5.0 Elemen Pemasaran Dalam memastikan produk-produk Dutch Lady Malaysia dapat memikat citarasa pengguna untuk menggunakan produk Dutch Lady Malaysia berbanding dengan produk tenusu lain yang berada dalam pasaran Malaysia, maka perancangan terhadap pelan pemasaran yang berkesan dan memuaskan perlu dirangka dan dilaksanakan oleh Dutch Lady Malaysia. Antaranya adalah seperti mana yang diperjelaskan di bawah:- a) Produk Salah satu elemen penting dalam pelan pemasaran ialah produk. Dalam memastikan produk Dutch Lady Malaysia dapat diterima oleh pengguna, maka pembungkusan produk perlulah menarik dan dapat mendorong pengguna untuk menggunakan produk-produk keluaran Dutch Lady Malaysia berbanding dengan produk berasaskan tenusu yang lain. jika dilihat kepada produk-produk keluaran Dutch Lady Malaysia, kebanyakan produk yang dihasilkan adalah produk yang dibungkus dengan menarik menerusi gabungan warna dan gambar yang sangat jelas. Contohnya adalah seperti mana beberapa produk Dutch Lady Malaysia yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:- Rajah 1 : Antara Produk Dutch Lady Malaysia Jika dilihat kepada tiga contoh produk yang dipaparkan dalam rajah 1 di atas, dapat dilihat bahawa produk-produk Dutch Lady Malaysia menggunakan latar belakang warna biru sebagai latar belakang utama. Penggunaan warna biru seperti ini adalah untuk memudahkan pengguna mengenal pasti produk Dutch Lady Malaysia dengan
  • 11. 11 hanya mengenal pasti pembungkus produk berasaskan tenusu yang berwarna biru. Ini bermakna bahawa pengguna sangat mudah untuk mencari produk Dutch Lady Malaysia dengan hanya mengenal pasti produk berasaskan tenusu yang berwarna biru. Dalam pada itu, produk-produk Dutch Lady Malaysia juga adalah produk yang dilengkapi dengan kandungan nutrien yang diperlukan oleh badan manusia sama ada dalam kalagan kanak-kanak, pemuda mahupun orang dewasa. Ini kerana, setiap produk yang dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia adalah produk yang dapat memenuhi keperluan nutrien badan manusia sesuai dengan peringkat umur mereka. Selain itu, produk yang dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia juga adalah produk yang boleh digunakan oleh seisi keluarga. Seperti mana yang telah dijelaskan, terdapat satu segmen produk Dutch Lady Malaysia yang dikhaskan untuk kegunaan seisi keluarga seperti Susu UHT DL, Susu Steril DL, Susu Pasteur DL, Susu Penuh Krim DL, Susu Krimer DL dan Joy Juice. Ini bermakna, satu produk boleh digunakan oleh seisi keluarga dan seterusnya akan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga tersebut khususnya yang berkaitan dengan aspek penjagaan kesihatan pemakanan. Dengan demikian, maka produk Dutch Lady Malaysia dapat dijadikan sebagai salah satu produk yang akan dapat memdorong keluarga-keluarga di Malaysia untuk menggunakan produk Dutch Lady Malaysia. b) Harga Selain daripada kelebihan produk dari segi pembungkusan dan juga khasiat yang terkandung pada produk Dutch Lady Malaysia, produk Dutch Lady Malaysia juga turut boleh diperolehi dengan harga yang sangat berpatutan. Contohnya seperti mana yang ditunjukkan di bawah:-
  • 12. 12 RM18.90 Sebungkus (1KG) RM3.20 (Sebiji) RM6.99 Sebungkus (6 Kotak) Ini bermakna bahawa produk-produk keluaran Dutch Lady Malaysia adalah produk yang boleh diperolehi dengan harga yang sangat berpatutan dan juga mampu dimiliki oleh setiap keluarga di Malaysia. c) Saluran Agihan Bagi memastika produk ini dan mesej program dapat disampaikan kepada masyarakat dan pengguna, maka saluran agihan yang dinyatakan di bawah akan digunakan oleh DLMI:- Rajah 2 : Saluran Agihan Berdasarkan kepada saluran agihan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa terdapat dua saluran yang akan digunakan oleh Dutch Lady Malaysia untuk Syarikat DLMI Peruncit Pembekal/ Pasaraya Pengguna
  • 13. 13 menyampaikan produk kepada pengguna. Setelah kesemua produk dikeluarkan dan selesai proses pembungkusan di kilang Dutch Lady Malaysia, syarikat akan membekalkan produk kepada pembekal terlebih dahulu. Ini kerana, jumlah produk yang dibekalkan kepada pembekal adalah dalam kuantiti yang banyak. Setelah itu, peruncit boleh mendapatkan barangan daripada pembekal sebelum menyalurkannya kepada pengguna akhir. Ini bermakna bahawa tiga produk yang dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia ini akan melalui pembekal dan peruncit terlebih dahulu sebelum sampai kepada pengguna akhir. Dalam pada itu, tiga produk yang dihasilkan oleh Dutch Lady Malaysia juga mungkin akan disalurkan terus kepada pasaraya yang kemudiannya akan dibekalkan kepada perucit dan terus kepada pengguna. Ini juga bermakna bahawa produk Dutch Lady Malaysia ini akan melalui dua saluran sebelum produk tersebut sampai kepada pengguna akhir. Namun begitu, proses ini selalunya akan berlaku kepada peruncit-peruncit yang sukar untuk mendapatkan bekalan daripada pembekal secara langsung. Keadaan ini memaksa mereka untuk mendapatkan produk daripada pasaraya yang menawarkan harga yang berpatutan untuk mereka. Selain itu, produk Dutch Lady Malaysia ini juga mungkin hanya akan melalui pasaraya dan terus kepada pengguna akhir. Proses ini boleh berlaku ke atas pasaraya yang mendapatkan secara langsung produk daripada kilang Dutch Lady Malaysia dan terus menjualnya kepada pengguna akhir. Walau bagaimanapun, harga yang perlu ditawarkan kepada pengguna adalah berdasarkan kepada harga yang telah ditetapkan oleh Dutch Lady Malaysia. Ini adalah untuk memastikan agar ketiga-tiga produk Dutch Lady Malaysia ini tidak dijual pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran yang mungkin akan menjejaskan imej dan reputasi syarikat. d) Promosi Bagi meningkatkan permintaan terhadap ketiga-tiga produk ini adn seterusnya akan meningkatkan jualan syarikat, maka terdapat beberapa strategi promosi yang akan
  • 14. 14 dilakukan oleh Dutch Lady Malaysia. Antaranya adalah seperti mana yang dihuraikan di bawah:- Program Product Test Salah satu bentuk promosi yang akan dilaksanakan oleh Dutch Lady Malaysia agar dapat meningkatkan permintaan dan jualan ke atas ketiga-tiga produk berkenaan ialah pelaksanaan program poduct test. Dalam melaksanakan program ini, Dutch Lady Malaysia akan memilih beberapa pasaraya terkemuka di Sabah seperti Pasaraya Giant dan Pasaraya Servey untuk melaksanakan program ini. Dalam program ini, ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke pasaraya akan diberikan segelas susu Dutch Lady Year 6 atau segelas susu Dutch Lady School untuk dicuba. Dalam promosi yang dibuat ini juga, ibu bapa juga akan turut diberikan risalah yang mengandungi khasiat kedua-dua produk ini dan kepentingannya kepada anak- anak mereka. Dalam pada itu, penerangan daripada kakitangan pasaraya yang mahir terhadap kedua-dua produk tersebut juga akan diberikan. Penerangan yang diberikan adalah untuk memastikan agar pengguna mendapat maklumat yang secukupnya bagi mengetahui kelebihan produk yang diminuk oleh anak mereka. Dengan cara seperti ini, maka ianya akan dapat menggalakkan pengguna untuk mendapatkan produk tersebut walaupun hanya untuk sekali percubaan. Selain daripada memberikan kanak-kanak untuk mencuba dua jenis susu, program product test juga akah turut dilakukan ke atas produk Dutch Lady Blueberry. Bagi produk ini, ibu bapa kanak-kanak pula akan diberikan secara percuma agar mereka dapat merasakan kelebihan dan keistimewaan produk ini. Selain itu, penerangan daripada pakar susu Dutch Lady Malaysia yang berkhidmat dalam program tersebut akan turut memberikan penerangan kepada ibu bapa tersebut bagi menjaga kesihatan usus mereka. Menerusi penerangan yang diberikan juga, ianya akan dapat meningkatkan kesedaran
  • 15. 15 ibu bapa dan masyarakat untuk menjaga usus yang seterusnya akan menggalakkan mereka untuk mendapatkan produk ini. Oleh yang demikian, pelaksanaan program product test ini adalah salah satu usaha Dutch Lady Malaysia untuk memasarkan produk kepada pengguna khususnya bagi pengguna yang masih tidak mengenali kelebihan dan manfaat bagi ketiga-tiga jenis produk yang dipasarkan. Dengan adanya promosi seperti ini, maka masyarakat juga akan dapat dididik dan disedarkan untuk sentiasa menggunakan produk yang dikeuarkan oleh Dutch Lady Malaysia. Hadiah Percuma Dalam pada itu, pemberian harian percuma juga adalah antara bentuk promosi yang akan dilaskanakan oleh Dutch Lady Malaysia dalam memasarkan dan mempromosikan ketiga-tiga produk yang dinyatakan. Contoh promosi yang akan dilaksanakan ialah pemberian mainan (seperti kereta mainan, blok lego dan sebagainya) bagi setiap pembelian dua bungkus Dutch Lady Year 6, dua kotak Dutch Lady School atau tiga botol Dutch Lady Blueberry. Dalam pada itu, promosi juga akan dijalankan dalam bentuk campuran produk seperti satu bungkus Dutch Lady Year 6 dan satu bungkus Dutch Lady School (enam kotak sebungkus) juga akan turut mendapat hadiah percuma. Menerusi pelaksanaan promosi seperti ini, ianya akan menggalakkan pengguna untuk membeli dalam kuantiti yang banyak yang seterusnya akan dapat meningkatkan jualan produk Dutch Lady Malaysia khususnya bagi ketiga-tiga jenis produk yang disasarkan. Secara tidak langsung, peningkatan jualan ini akan dapat meningkatkan sumbangan masyarakat terhadap kanak-kanak berkelainan upaya yang seterusnya akan dapat menjayakan program yang dirancangkan oleh Dutch Lady Malaysia ini. Peraduan Bentuk promosi ketiga yang akan dilaksanakan ialah promosi berbentuk peraduan. Bagi promosi ini, pengguna yang membeli ketiga-ketiga jenis
  • 16. 16 produk iaiau Dutch Lady Year 6, Dutch Lady School dan Dutch Lady Blueberry layak untuk mengikuti peraduan. Bagi peraduan ini, hadiah utama adalah sebuah kereta Myvi Extreme dan beberapa hadiah lumayan yang lain. Dengan melaksanakan peraduan seperti ini juga, ianya akan menggalakkan pengguna untuk membeli ketiga-tiga produk berkenaan secara serentak. Secara tidak langsung, pelaksanaan peraduan ini akan dapat meningkatkan jualan syarikat bagi ketiga-tiga produk berkenaan dan seterusnya akan dapat membantu DLMI untuk mengumpul dana bagi menjayakan program yang sedang dirancangkan. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa bentuk promosi yang boleh dilaksanakan untuk memastikan agar produk-produk Dutch Lady Malaysia dapat dipasarkan dengan lebih baik seperti mana yang dinyatakan di atas. 6.0 Pelan Pelaksanaan dan Kawalan Dalam memastikan produk-produk keluaran Dutch Lady Malaysia adalah produk yang boleh dapat memenuhi keperluan pengguna dan sentiasa menjadi pilihan pengguna, maka kawalan terhadap kualiti dan kandungan nutrisi pada setiap produk Dutch Lady Malaysia adalah antara langkah kawalan yang senantiasa dilaksanakan. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:- a) Penglibatan Pakar Nutrisi Dutch Lady Malaysia Salah satu langkah kawalan yang akan dilakukan untuk menjayakan program dan promosi yang telah dirancangkan ialah penglibatan pakar nutrisi Dutch Lady Malaysia terhadap beberapa aktiviti promosi yang dilaksanakan. Walau bagaimanapun, tidak semua program atau aktiviti promosi akan melibatkan pakar nutrisi Dutch Lady Malaysia. Sebaliknya, penglibatan pakar ini hanya akan dilakukan di kawasan berpenduduk tinggi dan disasarkan mampu untuk meningkatkan jualan produk syarikat seperti di Daerah Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Dengan adanya penglibatan kumpulan pakar nutrisi Dutch Lady
  • 17. 17 Malaysia ini, maka maklumat yang disalurkan kepada pengguna adalah maklumat yang tepat yang akan dapat memberikan gambaran baik kepada pengguna terhadap kebaikan dan manfaat ketiga-tiga jenis produk yang dipasarkan. Secara tidak langsung, perkara ini akan dapat memberikan kelebihan kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat yang lengkap berkenaan dengan produk yang ingin digunakan. Perkara seperti ini juga akan dapat mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat kepada pengguna dan seterusnya boleh mewujudkan persepsi negatif kepada pengguna berkenaan dengan ketiga-tiga produk yang dipasarakan. b) Pemantauan Daripada Pihak Pengurusan Dutch Lady Malaysia Pemantauan daripada pihak pengurusan Dutch Lady Malaysia juga akan turut dilakukan. Pemantauan akan dilakukan dalam beberapa aktiviti promosi yang dilaksanakan di pasaraya dan di sekolah bagi memastikan program promosi yang dijalankan adalah seperti mana yang telah dirancangkan. Ini juga adalah untuk memastikan agar kakitangan Dutch Lady Malaysia yang telah diberi tanggung jawab untuk melaksanakan promosi akan dapat melaksanakan promosi dengan komited dan bersungguh-sungguh. Ini juga adalah untuk memastikan agar matlamat yang telah ditetapkan iaitu untuk menggalakkan pengguna mendapatkan produk Dutch Lady Malaysia seperti Dutch Lady Year 6, Dutch Ladu School, Dutch Lady Blueberry dan sebagainya akan dapat ditingkatkan. Sekiranya pemantauan tidak dilakukan dengan kerap terhadap setiap aktiviti promosi, maka berkemungkinan matlamat ini tidak akan dapat dicapai. Oleh itu, pemantauan adalah sangat penting untuk memastikan kawalan terhadap setiap tingkah laku kakitangan Dutch Lady Malaysia yang terlibat dengan setiap aktiviti promosi yang dilaskanakan. c) Mendapatkan Maklum Balas Pengguna Maklum balas daripada pengguna juga akan turut diperolehi dengan didapatkan. Maklumat dalam bentuk pengetahuan pengguna terhadap kelebihan produk, penerangan yang dibuat oleh kakitangan yang melaksanakan promosi dan sebagainya akan turut didapatkan daripada pengguna. Ini adalah untuk menilai
  • 18. 18 tahap keberkesanan pelaksanaan promosi yang dijalankan sama ada pengetahuan pengguna terhadap produk Dutch Lady Malaysia dapat ditingkatkan atau sebaliknya. Sekiranya pengetahuan pengguna tidak dapat ditingkatkan, maka ini menunjukkan akan kegagalan pelaksanaan promosi yang seterusnya akan menggagalkan usaha Dutch Lady Malaysia untuk mendapatkan sumbangan dana daripada masyarakat bagi menjayakan program yang telah dirancangkan. Secara tidak langsung, perkara ini akan memberikan kesan yang tidak baik kepada imej dan prestasi semasa Dutch Lady Malaysia. Oleh yang demikian, adalah suatu perkara yang sangat penting untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna bagi memastikan kejayaan program yang sedang dilaksanakan oleh Dutch Lady Malaysia. Oleh itu, tiga langkah kawalan yang dinyatakan di atas adalah antara usaha yang dilakukan oleh Dutch Lady Malaysia untuk memastikan setiap produk keluaran Dutch Lady Malaysia adalah produk yang dapat memenuhi keperluan kesihatan pengguna. 7.0 Penutup Dutch Lady Malaysia adalah sebuah syarikat yang mempunyai reputasi yang tinggi. Walau bagaimanapun, ianya memerlukan komitmen syarikat secara berterusan dalam memastikan setiap misi dan visi syarikat akan dapat dicapai. Dalam menghasilkan produk, Dutch Lady Malaysia sentiasa mengutamakan aspek kualiti dan mutu dalam menghasilkan produk agar produk yang dinikmati oleh pengguna akan sentiasa digunakan secara berterusan.
  • 19. 19 Rujukan Holland, J.L. (1997). Making Vocational Choices: A Theory Of Vocational Personalities And Work Environments (3rd Ed.). Odessa, Florida: Psychological Assessment Resources Walker Boyd Mullins Larrechl, (2003). Decision Focused Apporal, Fourth Edition, MarketingStartegicy LA Berkely Wright, (1995). Marketing In Management Basic Principles, Mike Worson, First Pub Lished Limeted Paul Peter, Jerry c. Olson, (1996). Consumer And Markering Startegic Behaviour, Fifth Edition Micheal R, (1996). Marketing Real People Real Choices, Second Edition, Solution Elnora W. Stuart