SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
PENGHARGAAN

Alhamdulillah atas segala nikmat. Syukur atas nikmat Islam, Iman dan segala hal. Tiada
selayaknya mendapat pujian melainkan Allah s.w.t. atas keizinan-Nya, saya dapat menyelesaikan
tugasan bagi subjek Sejarah Peradaban Islam (EP 20723). Atas keizinan-Nya juga, dimudahkan
segala urusan ini melalui bantuan dari kenalan-kenalan yang membantu secara langsung
mahupun secara tak langsung.

Tugasan ini hanyalah menumpukan kepada topik zaman pemerintahan ar-Rasul s.a.w.
Segala elemen yang terdapat dalam pemerintahan baginda s.a.w. telah saya usaha himpunkan
bahan-bahan bacaan dari pelbagai jenis pengarang. Alhamdulillah sepanjang pengalaman saya
menyelesaikan tugasan ini, Allah telah memudahkan jalannya lantas mengurniakan pelbagai
macam ilmu pengetahuan tentang pemerintahan Rasulullah s.a.w. yang menggambarkan
keperibadian insan agung ini. Melalui peluang membuat tugasan inilah saya amat menghargai
pembimbing saya sendiri, Ustaz Mohamad Islah Bin Soleh atas tunjuk ajar yang cukup bernilai
dalam penyampaian pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Moga ilmu tersebut menjadi amal jariah
dan dipandang Allah di akhirat kelak.

Saya ucapkan syukur dan terima kasih Allah atas bantuannya melalui do‟a secara tak
langsung dari ibubapa dan kenalan-kenalan terdekat. Rakan-rakan sekelas yang membantu dalam
menyelesaikan tugasan ini juga saya do‟akan kebaikan dunia akhirat atas sokongan & dorongan
melalui semangat kerjasama yang ditunjukkan semester terakhir kami ini.

1
Akhir kalam, tiadalah yang saya harapkan melalui tugasan ini melainkan redha Allah
dalam sekian hal. Moga ilmu-ilmu yang diperoleh menerusi tugasan ini dapat saya kongsikan
kepada masyarakat umumnya agar keperibadian & kepimpinan Rasulullah s.a.w. dapat dicontohi
oleh segenap lapisan umur. Hal ini kerana tugasan ini bukanlah hanya menjadi asbab perolehan
markah untuk gred semester ini, malah menjadi ilmu pengetahuan bernilai yang perlu
dipraktikkan untuk masa-masa mendatang.

Sekian.

2
PENDAHULUAN

Tiada penafian bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pemimpin umat manusia sejagat.
Kepimpinan Nabi s.a.w semasa zaman pemerintahan baginda adalah contoh terbaik untuk
diteladani. Dalam konteks ciri-ciri kepimpinan moden, adalah amat bermanfaat bagi kita untuk
menghubungkaitkan kepimpinan Nabi dengan beberapa prinsip kepimpinan moden.

Datuk Seri Dr. Mahathir Muhammad dalam ucapan beliau kepada ahli-ahli Harvard pada
18 Januari 1996 di Kuala Lumpur ada menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w berdiri sebagai
sebuah tugu peringatan di antara pemimpin-pemimpin agung yang tercatat dalam sejarah. Lalu
diikuti dengan pemimpin lain yang diiktiraf seperti khalifah-khalifah Islam, Iskandar Zulkarnain
yang Perkasa, Julius Caesar, Napoleon Bonaparte, Genghis Khan, Mehmet II, Sulaiman yang
Bijaksana, Akbar yang Perkasa, Nabi Isa a.s dan Nabi Musa a.s. 1

Kepimpinan Nabi s.a.w juga telah diiktiraf penulis Barat, Michael H. Heart dalam
karyanya yang menyenaraikan 100 tokoh yang berpengaruh sepanjang zaman berdasarkan
turutan populariti. Muhammad s.a.w menduduki kedudukan yang pertama sebagai tokoh yang
paling berpengaruh mendahului tokoh-tokoh lain walau berlalu abad sekalipun. Dalam sejarah
kehidupan manusia umumnya, kepimpinan Nabi s.a.w adalah satu bentuk inspirasi yang teguh &
fleksibel dari Allah. Hal ini telah terbukti melalui firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Dan tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya.
Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). 2

1

Ismail Noor, Kepimpinan nabi Muhammad s.a.w: Model Ikutan Sepanjang Masa Pengurusan Altruistik: Perbandingan-Silang

dengan Kepimpinan dan Pengurusan Semasa, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2000
2

Al-Quran 53:3-4

3
Oleh kerana kepimpinan Nabi s.a.w semasa pemerintahannya menjadi contoh terbaik,
sudah pasti ideologi & bawaan baginda s.a.w turut sama diiktiraf menjadi pelengkap & cara
hidup manusia sepanjang zaman. Agama Islam yang diturunkan Allah sejak zaman Nabi Adam
a.s telah pun dimansuhkan beberapa sistem dalamannya sehingga kini, aqidah, syariat & amalanamalan Islam dikemaskini menjadi suatu agama yang lengkap & syumul sesuai dianuti sehingga
akhir zaman.

Islam bukan hanya satu bentuk penyembahan atau agama semata-mata. Islam menjadi
satu-satunya cara hidup yang sempurna dan diterima di sisi Yang Maha Mencipta.

Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah agama Islam. 3

Pemerintahan yang benar-benar diredhai Allah adalah pemerintahan yang berlandaskan
seruan Islam. Kepimpinan sesebuah negara, wilayah mahupun empayar haruslah mengambil kira
kesejahteraan ummat sejagat kerana tanggungjawab ini menjadi tuntutan Tuhan. Hal ini tidak
bermakna kepimpinan tersebut menjadi bebanan tanpa panduan yang kukuh. Allah telah
menurunkan al-Quran & mewahyukan qudwah serta sabdaan Rasulullah s.a.w sebagai sumber
panduan kepimpinan manusia. Bahkan kekasih Allah jua memperoleh segala inspirasi &
petunjuk dari wahyu tersebut untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian
sehingga diterjemahkan dalam bentuk amalan sunnah.

3

Al-Quran 3:19

4
Hadith ar-Rasul s.a.w telah dinukilkan bahawa kurun yang paling baik adalah kurun
baginda Nabi s.a.w, kemudian mereka yang berikutnya dan yang berikutnya. 4

Sabdaan tersebut juga merangkumi aspek pemerintahan Nabi s.a.w. yang menjadi
generasi umat Islam yang paling baik lantas menjadi generasi yang paling diredhai Allah. Tiada
sebaik teladan untuk diikuti dalam segenap aspek melainkan teladan Muhammad s.a.w dalam
aspek pemerintahan. Pemerintahan yang bercorakkan sunnah inilah yang menjadikan sesebuah
tempat diberkati Allah walau dari sekecil-kecil perkara. 5

Lihat sajalah bagaimana pemerintahan wahyu tersebut dapat melahirkan generasi yang
diredhai Allah selepasnya sehingga da‟wah Islamiah disebarluaskan ke serata dunia. Hikmahnya
Allah mentakdirkan ramai dari kalangan sahabat Nabi s.a.w wafat bukan di tanah air masingmasing, malah kubur mereka mampu dijumpai merata negara sehingga ke China. Pemerintahan
bawaan Nabi sebeginilah yang menjadi asbab Allah memberkati ummat Islam keseluruhannya.

Namun, pemerintahan sepertimana yang dibawa Rasul s.a.w.? Bagaimana pula corak
pemerintahan Nabi s.a.w dalam menyebarkan dakwah Islamiah?

Zaman pemerintahan Nabi s.a.w dapatlah dikategorikan melalui beberapa kronologi
kandungan seperti sejarah awal kelahiran & kegiatan Rasul s.a.w. di Makkah, peristiwa hijrah &
pembentukan negara Islam Madinah yang merangkumi perlembagaan, peristiwa peperangan dan
lain-lain.

4
5

Hadith Riwayat Bukhari
Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993

5
Dalam menghuraikan satu-persatu corak pemerintahan Nabi s.a.w, perlulah dilihat
terlebih dahulu kronologi kelahiran baginda s.a.w yang membentuk baginda menjadi seorang
pemimpin kepada kurun yang terbaik sepanjang zaman.

KEPUTERAAN - KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W
Keadaan

masyarakat

Arab

sebelum kedatangan Islam adalah amat
buruk sekali. Sekitar kurun ke-6 Masihi,
orang-orang

Arab

yang

menduduki

Semenanjung Tanah Arab ditenggelami
dalam penyembahan berhala. Ketua-ketua
agama Yahudi & Nasrani pula sering
memutarbelitkan ajaran-ajaran kitab suci
mereka

mengikut

kehendak

mereka

sendiri. Masyarakat Arab tika itu menghadapi zaman kegelapan tanpa panduan oleh kerana
keadaan buruk yang berlaku meliputi politik, sosial, ekonomi serta moral masyarakat. Oleh itu,
kehadiran Nabi Muhammad s.a.w amat wajar dalam memimpin manusia keseluruhan ke arah
kehidupan yang bahagia dunia & akhirat.

Nabi Muhammad s.a.w telah diputerakan pada waktu fajar pagi Isnin, 12 Rabiul Awal
Tahun Gajah, bersamaan 20 April 571 Masihi. Baginda dilahirkan di Kota Makkah yang
berketurunan suku Quraisy dari keluarga yang mulia iaitu Bani Hasyim dari keturunan Adnan
yang mempunyai susur galur titisan darah Nabi Ismail a.s & Nabi Ibrahim Khalilullah. 6

6

Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993

6
Ayahanda baginda Nabi s.a.w; Abdullah telah meninggal dunia semasa baginda masih
dalam kandungan ibunya; Aminah. Setelah baginda s.a.w berumur beberapa hari sahaja, baginda
diserahkan kepada seorang perempuan Badwi; Halimatus Sa‟adiah yang tinggal di
perkampungan Bani Saad, jauh dari Kota Makkah untuk memelihara dan menjadi ibu susuan
baginda. Selama 4 tahun baginda dipelihara Halimah sebelum dikembalikan semula kepada
Aminah, ketika inilah Nabi s.a.w telah mendapat didikan yang sempurna di samping
mempelajari bahasa Arab fushah dengan fasih dan lancar dalam percakapannya.

Baginda Nabi s.a.w juga belajar mengembala kambing bersama dengan beberapa rakanrakan sebayanya. Melalui pengalaman inilah Nabi Muhammad s.a.w disemai sifat-sifat yang
luhur & baik dalam jiwa baginda seperti belas kasihan dan suka menolong orang lain. Kehidupan
di desa membiasakan diri baginda s.a.w terhadap kepayahan hidup serba kekurangan. Tatkala
Nabi s.a.w berumur 6 tahun, Aminah telah meninggal dunia dan dipelihara Abdul Mutalib.
Setelah pemergian Abdul Mutalib, baginda dipelihara pula bapa saudaranya, Abu Talib.

Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w tidak dapat dinafikan kebaikannya bahkan
mendapat iktiraf dari masyarakat Arab terhadap pekerti baik baginda. Baginda mendapat gelaran
al-Amin atau orang yang dipercayai kerana sejak kecil lagi baginda tidak pernah menipu &
sering mendapat kepercayaan masyarakat Arab terhadap sesuatu permasalahan.

7
Sebelum kerasulan baginda s.a.w, baginda sering bertahannuth di gua Hira‟. Usia baginda
yang bertambah lanjut mematangkan fikiran untuk berfikir lebih mendalam tentang keadaan
yang berlaku di Tanah Arab ketika itu. Isteri Nabi s.a.w, Saidatina Khadijah juga memberi
sokongan yang penuh terhadap hasrat baginda bertahannuth malah menyediakan bekalan
makanan untuk dibawa ke gua Hira‟. Peristiwa baginda menerima wahyu direkodkan pada usia
baginda 40 tahun. Pada malam Isnin 17 Ramadhan, sedang baginda beribadat seperti lazimnya di
gua Hira‟, turunlah malaikat Jibril a.s menyampaikan wahyu dari Allah kepada baginda s.a.w.

Jibril memeluk baginda dengan erat kemudian melepaskannya lalu berkata, “Bacalah!”.
Perbuatan tersebut dilakukan Jibril sebanyak 3 kali ulangan. Baginda s.a.w juga menjawab
sebanyak 3 kali ulangan sebagai respon dengan jawapan, “Saya tidak pandai membaca”.
Kemudian Jibril membacakan wahyu yang diperintahkan Allah s.w.t iaitu surah al-„Alaq ayat
pertama sehingga ayat kelima. 7

Maksudnya: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah
menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah.
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang
tidak diketahuinya.

8

7

Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993

8

Quran, Surah al-Alaq 96:1-5

8
Peristiwa setelah kerasulan baginda Rasul s,a.w. amat menderitakan. Setelah menerima
wahyu pertama, Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w. untuk menyebarkan da‟wah Islam di
Makkah. Da‟wah tersebut dilakukan secara berperingkat dari keadaan bersembunyi atau diamdiam sehingga kepada da‟wah secara terang-terangan. Pada peringkat da‟wah secara diam-diam
ini, Rasulullah hanya menyeru keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. yang paling karib
dengannya. Mereka diseru kepada pokok ajaran Islam sebagaimana wahyu yang diterima
Rasulullah tika itu; percaya kepada Allah s.w.t. dan meninggalkan pemujaan terhadap berhala.

Setelah 3 tahun seruan da‟wah secara bersembunyi dilakukan, Allah mewahyukan
Rasulullah s.a.w untuk menyusuli da‟wah tersebut secara terang-terangan kepada kaum kerabat
& seluruh masyarakat. Ketika Rasul s.a.w. menjemput seluruh keluarga Abdul Mutalib
berkumpul, baginda telah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku belum mengetahui adanya seorang pemuda membawa sesuatu untuk
kaumnya yang lebih utama (baik) daripada apa yang aku bawa untuk kamu. Aku membawa
segala kebaikan dunia & akhirat untuk kamu”.

Melalui da‟wah baginda tersebut, terdapat sebahagian dari mereka membenarkan namun
ada juga mendustakannya. Baginda s.a.w. masih meneruskan da‟wah walaupun ramai dari
kalangan keluarga & masyarakat tidak bersetuju dengan baginda. Setelah itu, baginda s.a.w. dan
beberapa sahabat lain yang memeluk Islam tika itu menerima tentangan yang amat hebat dari
musyrikin. Terdapat pelbagai siri penentangan musyrikin Quraisy Makkah kepada Rasul s.a.w.
& para sahabat sehingga Allah memerintahkan mereka untuk berhijrah. 9

9

Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993

9
ZAMAN PEMERINTAHAN RASULULLAH S.A.W

Zaman pemerintahan Rasul s.a.w. secara khususnya bermula tika baginda serta beberapa
penduduk Makkah yang dipilih Allah berhijrah ke Madinah dan membina daulah Islamiyah di
situ. Kedatangan Rasul s.a.w. di Yathrib (nama lama bagi Madinah) adalah pada 24 September
tahun 622 Masihi bersamaan 12 Rabi‟ul-Awwal tahun Pertama Islam. Dengan ini, tarikh keramat
tersebut menjadi tarikh bermulanya zaman pemerintahan awal Islam di bawah pimpinan
Rasulullah s.a.w.

Dalam menghuraikan pemikiran zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w., keistimewaan
zaman tersebut perlu dilihat sebagai pengajaran & teladan kepada zaman-zaman mendatang.
Hijrah ar-Rasul s.a.w. menjadi satu peristiwa besar yang telah mencorak perjuangan Rasulullah
dan membawa kepada tertubuhnya negara Islam di Madinah. Piagam Madinah juga menjadi asas
pemerintahan negara Islam pertama yang mengandungi ciri-ciri perlembagaan yang lengkap.

Semangat piagam Madinah ini telah dibuktikan dengan amalan Rasulullah s.a.w. di
bawah pimpinan baginda. Natijah dari perkara-perkara yang berlaku di zaman Rasulullah inilah
yang melahirkan gerakan-gerakan Islam pada masa kini dalam menghidupkan kembali
pemerintahan Islam seperti yang berlaku pada zaman Rasul s.a.w. 10

10

Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993, halaman 266.

10
Berdasarkan hadith Rasul s.a.w., tentang kurun terbaik adalah kurun baginda diikuti
dengan kurun-kurun berikutnya, dapat kita tanamkan satu keyakinan di hati bahawa dalam
sejarah yang dilalui manusia, zaman yang paling unggul, bersih & terpelihara daripada sebarang
campur aduk yang boleh menjejaskan kemurnian Islam ialah zaman Rasulullah sendiri, yang
diikuti dengan zaman para sahabat, tabi‟in dan generasi-generasi seterusnya. Dengan penegasan
ini dapatlah difahami bahawa yang baik itu adalah yang sempurna dan yang sempurna itu
melambangkan kesempurnaan ajaran Islam dari berbagai aspek kehidupan. Yang baik dan
sempurna inilah yang menjadi contoh ikutan bagi zaman-zaman berikutnya.

Dalam membicarakan hal pemerintahan zaman Rasulullah s.a.w., satu aspek yang perlu
difokuskan adalah aspek pemikiran politik yang dimanifestasikan oleh negara Islam di Madinah
di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. yang menjadi sebaik-baik teladan dan ikutan bagi manusia
hingga hari kiamat. Maka, sebarang pemikiran, dasar & kaedah yang diguna pakai pada zaman
itu menunjukkan garis dasar kehendak modal syariah ke atas manusia. Melalui keyakinan ini,
jelasnya pemikiran politik di zaman Rasulullah menjadi intisari sistem politik Islam yang
didatangkan syariah dari Allah. 11

i.

Piagam Madinah

Salah satu subtopik yang tidak asing dalam perbincangan isu pemerintahan Rasul s.a.w.
adalah perlembagaan Madinah itu sendiri. Dalam hal ini, tokoh-tokoh sejarah dunia sering
merujuk kepada abad ke-18 sebagai abad pertama lahirnya Kontitusi Amerika Syarikat pada
tahun 1787 dan Konstitusi Perancis pada tahun 1795. Ada juga yang kembali kepada satu tarikh
yang lebih awal iaitu dengan merujuk kepada Magna Carta dari Britain pada tahun 1215 sebagai
perlembagaan tidak bertulis yang pertama.

11

Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993, halaman 267.

11
Namun, penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa piagam yang memenuhi syarat-syarat
kenegaraan yang pertama sekali menurut sejarah dunia ialah pada abad ke-7 Masihi di Tanah
Arab. Piagam tersebut adalah sebagai hasil persetujuan yang dicapai antara masyarakat Madinah
yang terdiri daripada pelbagai agama & suku dengan Rasulullah s.a.w.
Ia juga digelar sahifah yang lahir berikutan peristiwa hijrah Rasulullah
s.a.w. pada 4 September 622M. 12

Kandungan Piagam Madinah amat tegas & jelas merupakan asas yang
jitu untuk mengatur ummah, membentuk masyarakat dan menegakkan
suatu pemerintahan dalam membentuk sebuah negara Islam. Teks asal Piagam Madinah ini
mengandungi 47 klausa. Kandungan piagam ini dapatlah dirumuskan secara ringkas
sebagaimana berikut:

i.

Muqaddimahnya menegaskan bahawa piagam ini adalah dari Rasulullah s.a.w.
kepada orang yang beriman dari kaum Quraisy & Madinah serta orang-orang
yang mengikuti perjuangan mereka. Muqaddimah ini membawa erti terdapatnya
persetujuan bersama antara Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin.

ii.

Mengemukakan konsep ummah sebagai asas pembentukan sesebuah negara.

iii.

Mengakui hak asasi manusia yang sudah sedia dimiliki mereka dengan menyebut
masalah yang berhubung dengan diyat (ganti rugi).

iv.

Mengikat persatuan seagama dengan meletakkan tugas yang harus dipikul &
bersama mendokong cita-cita yang dibawa Islam.

v.

Mengenakan peraturan yang harus dipatuhi oleh seluruh warganegara Madinah.

vi.

Mengenai golongan minoriti Yahudi, piagam ini memberikan peruntukan tertentu;
mereka mestilah memikul biaya bersama orang Islam selama negara dalam
peperangan. Mereka bebas mengamalkan ajaran mereka. Keselamatan mereka dan
sekutu-sekutu mereka adalah terjamin.

12

Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993

12
vii.

Soal kepimpinan negara dijelaskan oleh piagam ini mestilah dirujuk kepada
hukum Allah dan kekuasaan Rasul-Nya dalam menyelesaikan segala sengketa
yang timbul.

viii.

Penyertaan dalam soal-soal perdamaian dengan pihak-pihak yang ingin berdamai
haruslah diterima selagi mereka tidak menunjukkan sebarang sikap permusuhan.

ix.

Penutup piagam menekankan beberapa perkara penting di antaranya memperakui
hak asasi dan hak milik hasil usaha setiap individu. Menjamin keamanan setiap
warganegara yang jujur dan melarang penyalahgunaan tujuan piagam ini.

x.

Menjamin keadaan Bandar Madinah sebagai Bandar yang aman keluar-masuk.

xi.

Piagam ini disimpulkan dengan penegasan bahawa Allah melindungi orang-orang
(warganegara) yang baik dan bertaqwa.

Piagam ini membawa erti yang besar terhadap perkembangan agama Islam. Piagam inilah
yang membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. bukan sahaja menjalankan tugas keagamaan, tetapi
dalam waktu masa yang sama baginda juga seorang pemimpin & negarawan yang bijak. Selain
itu juga, ia membentuk dan menyusun kehidupan masyarakat yang tidak pernah mempunyai
sistem peraturan yang sebenar. Dalam misi baginda s.a.w. membentuk piagam Madinah ini, tidak
sahaja menumpukan semata-mata untuk kematangan masyarakat Madinah, malah piagam ini
adalah untuk kebaikan dunia keseluruhannya.

Sahifah ini juga membuktikan konsep agama yang dapat dipraktikkan dalam peraturan
berkerajaan. Hal ini sekaligus menepati prinsip Islam iaitu tiada pemisahan antara agama dengan
politik. Mulai dengan pembentukan negara Islam Madinah ini, Islam telah lahir sebagai satu
sistem politik di samping sistem agama. 13

13

Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993, halaman 270.

13
ii.

Negara Islam pertama

Beberapa hal penting yang telah dilakukan Rasulullah s.a.w. sebagai persediaan awal
sebelum pembentukan negara Islam yang pertama Madinah. Bangunan pertama yang menjadi
asas di bumi Madinah ialah sebuah masjid. Masjid menjadi tempat penting bagi memusatkan
segala macam jenis urusan kemasyarakatan sama ada dari sudut peribadatan, sosial dan politik.
Rasulullah kemudiannya mendamaikan suku Aus dan
Khazraj yang menjadi penduduk asal Madinah. Mereka
sejak sekian lama bermusuhan telah disatukan baginda
s.a.w. daripada semangat asabiyyah yang kuat dalam
kalangan mereka. Baginda menggelar mereka sebagai
al-Ansar dalam peranan mereka kepada satu matlamat
yang lebih agung dari matlamat kabilah mereka iaitu
memperjuangkan dasar Islam.

Melalui kesatuan inilah Rasulullah s.a.w. mengikat persaudaraan antara orang-orang
Ansar dan Muhajirin yang berhijrah dari Makkah bagi menjamin kekukuhan ummah yang akan
dibentuk dalam negara baru tersebut. Kaedah baginda s.a.w. dalam mengasaskan sebuah negara
adalah berbeza dari apa yang pernah berlaku dalam sejarah yang lain. Baginda menyusun
perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan sesebuah pemerintahan, sedangkan
kerajaan-kerajaan lain menubuhkan kerajaan terlebih dahulu sebelum membentuk perlembagaan.

Langkah ini dapatlah dianggap sebagai satu sikap berpolitik yang mempunyai pandangan
yang jauh. Mereka diikat terlebih dahulu dengan satu perjanjian yang kemas dan rapi sebelum
dibawa bersama ke dalam sebuah pemerintahan. Hal ini menunjukkan satu bentuk pemerintahan

14
yang benar-benar berlandaskan kedaulatan Allah yang mutlak sekaligus menjadi contoh zaman
terbaik sepanjang zaman. 14

Salah satu daripada kesan agama Islam yang besar kepada masyarakat umat Islam ialah
persaudaraan antara umat Islam, tak kira apa keturunan atau bangsa seseorang yang menganut
agama Islam. Dengan persaudaraan yang dianjurkan agama Islam tersebut, umat Islam menjadi
suatu umat yang tegak ibarat satu bangunan yang saling kuat-menguat punca dari perpaduan &
kesatuan unit-unit yang terkandung di dalamnya. Rasulullah telah meletakkan asas ini dari awal
baginda menyebarkan Islam. Sebagai satu agama Islam yang mengandungi pengertian demokrasi
yang tulen, hal ini telah membantu Rasulullah s.a.w. dalam penyatuan masyarakat Arab yang
memeluk Islam lantas bergerak atas landasan persamaan yang adil & sama rata yang
melenyapkan segala perbezaan yang memecahbelahkan perpaduan umat Arab sebelum Islam.

Erti perpaduan dan persamaan ini ternyata berlandaskan firman Allah seperti berikut:

Maksudnya: Wahai manusia! Sesungguhnya Kami jadikan kamu laki-laki dan perempuan dan
Kami jadikan kamu berbagai bangsa dan suku kaum supaya kamu dapat berkenal-kenalan,
sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa kepada
Allah.15

14

Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993, halaman 271.

15

Al-Quran, Surah al-Hujurat 49:13

15
Dalam pemerintahan Rasulullah s.a.w., baginda mempunyai 2 kuasa yang bercorak
agama dan yang bercorak siasah atau pemerintah. Disebabkan itulah Rasulullah s.a.w. bertanya
sahabat-sahabat dalam perkara-perkara bukan agama, manakala dalam permasalahan agama,
Rasulullah sendiri yang menentukannya oleh kerana baginda mendapat wahyu dari Allah. 16
Baginda ar-Rasul s.a.w. ialah yang mula-mula menentukan satu sistem pentadbiran dalam
pemerintahan Islam dengan diutuskan kepada tiap-tiap kabilah yang memeluk agama Islam
seorang guru yang mengajar al-Quran. Sementara itu di tiap-tiap kabilah itu juga dilantik wakilwakilnya yang diikuti peringkat wilayah seperti Hijaz dan Yaman. Tugas wakil tersebut boleh
disifatkan sebagai pemerintah termasuklah bertugas sebagai imam solat jemaah dan menerima
zakat dan segala hasil yang diperolehi daripada penduduk sesuatu wilayah. Wakil-wakil tersebut
tidak mempunyai kedudukan politik tertentu, mereka hanya menjadi naib atau wakil Rasulullah
bagi menjalankan tugas-tugas yang ditentukan Rasulullah.

Pernah baginda s.a.w. melantik seorang pengganti apabila baginda keluar ke medan
perang. Tugas besar pengganti yang dilantik itu ialah menjadi imam solat dan pernah juga
dilantik sebagai ketua angkatan tentera tikamana baginda s.a.w. tidak dapat keluar berperang.
Baginda memilih orang-orang yang baik & bertaqwa, bijak dan luas pengetahuan dalam soal
agama. Orang yang dipilih tersebut diberi imbuhan dan itulah permulaannya dalam Islam dalam
pemberian yang disifatkan sebagai gaji seperti yang diberikan kepada „Attab bin Asid, pegawai
di Makkah sebanyak satu dirham sehari. 17

16

17

Khairuddin Haji Muhammad, Sejarah Islam jilid 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979, halaman 153.
Khairuddin Haji Muhammad, Sejarah Islam jilid 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979, halaman 154.

16
Beberapa aspek yang perlu ditekankan sebagai elemen-elemen penting dalam sistem
pemerintahan bawah pimpinan Rasulullah s.a.w.

1. Pembentukan Peribadi
Rasulullah s.a.w. telah membentuk peribadi sahabat-sahabat dengan memberikan latihan didikan
dan ajaran. Hasil dari usaha tersebut, jiwa-jiwa mereka telah dirubah dari sifat-sifat jahiliyah
keapda sifat keislaman. Sifat-sifat sahabat yang terdidik inilah yang menjadikan mereka berani
mengalahkan kerajaan besar seperti Parsi dan Rumawi.

Pada zaman jahiliyah mereka, wanita tidak diberi tempat yang sewajarnya namun Islam
telah memberikan hak kepada wanita sama seperti lelaki, masyarakat yang mengamalkan kasta
telah ditukar kepada persamaan hak dan pelbagai lagi. Di samping keimanan, tauhid dan aqidah
yang dipegang mereka, maka akhlak yang terpuji telah dapat memberikan kekuatan kepada
mereka. Persitiwa hijrah muslimin Makkah ke Habsyah dapat memberikan gambaran tentang
akhlak orang Islam setelah mereka mendapat pimpinan Rasulullah. Ketika ditanya oleh anNajashi di Habsyah, Ja‟far bin Abi Talib telah menjelaskan,

“Wahai raja, dulu kami adalah orang jahiliah, kami menyembah berhala, makan bangkai
(binatang yang tidak disembelih), melakukan kejahatan, memutuskan silaturrahim, menyakiti
jiran dan yang kuat dalam kalangan kami menindas yang lemah. Begitulah keadaan kami hingga
Allah mengutuskan kami seorang Rasul dari kalangan kami. Kami mengetahui keturunannya,
kami mengenali mereka sebagai orang yang benar, amanah dan berakhlak baik. Dia telah
menyeru kami kepada mentauhid dan menyembah Allah, meninggalkan apa yang kami sembah
bersama-sama ibubapa kami dari batu-batu dan berhala. Dia menyuruh kami supaya bercakap
benar, menunaikan amanah, menghubungkan silaturrahim, berbaik-baik dengan jiran,
meninggalkan perkara-perkara yang haram dan yang menumpahkan darah. Dia juga melarang
kami daripada sebarang kejahatan, bercakap bohong, memakan harta anak yatim dan menuduh
perempuan yang baik dengan zina. Dia memerintahkan kami menyembah Allah Yang Maha Esa,

17
tidak menyekutukan-Nya begitu juga menunaikan sembahyang , zakat dan puasa, maka kami
semua membenarkan dan beriman kepadanya. Kami menurut apa yang telah dibawa dari Allah.
Dengan itu kami menyembah Allah Yang Maha Esa dan tidak menyekutukan-Nya. Kami
mengharamkan apa yang diharamkan kepada kami dan menghalalkan apa yang dihalalkan
kepada kami. Kemudian kaum kami telah memusuhi agama kami untuk mengembalikan kami
keapda penyembahan berhala dari menyembah Allah s.w.t. dan menghalalkan benda yang buruk
seperti dulu. Bila mereka memaksa, menganaiya dan menindas kami dan menghalang kami dari
menjalani agama kami, maka kami pun keluar ke negeri engkau ini. Kami memilih engkau tidak
orang lain, kerana suka untuk berdampingan dengan engkau, wahai raja”

2. Kehidupan Merdeka
Kongkongan kepercayaan karut, khurafat & syirik mesti dibanteras. Setelah memeluk Islam,
ramai dari kalangan sahabar Rasulullah s.a.w. dibebaskan dari aspek-aspek berikut:

a) AQIDAH
Oleh kerana berpegang kepada aqidah yang benar, generasi pertama ini sanggup
menerima apa sahaja ancaman serta dugaan. Peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah
menyaksikan keperitan ancaman generasi pertama ini.

b) SYARIAH
Aqidah dan syariah menjadi 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan. Syariah merupakan
cara hidup yang dilaksanakan menurut ajaran Allah. Syariah adalah untuk pelaksanaan
tuntutan aqidah, tauhid dan keimanan. Sahabat Rasul s.a.w. telah melaksanakan
kehidupan syariah Islam apabila masyarakat dan negara Islam telah dibentuk di Madinah.

c) AKHLAK
Generasi pertama Islam ini cergas membentuk kehidupan Islam selaras dengan aqidah &
syariatnya sekaligus melaksanakan akhlak yang tinggi yang dianjurkan al-Quran.

18
d) KEILMUAN
-

Al-Quran: Umat Islam generasi pertama mengutamakan al-Quran. Mereka
mempelajari dan memahami al-Quran secara langsung dari Rasulullah s.a.w. Isi
kandungan al-Quran sesuai dengan keperluan dan keadaan hidup manusia. Dengan
kefahaman inilah mereka sentiasa menjadi al-Quran sebagai yang utama walupun
selepas wafatnya Rasulullah s.a.w.

-

Al-Hadith: Semasa hayat Rasulullah s.a.w., generasi pertama ini terus bertanya
kepada baginda sekiranya terdapat sebarang masalah. Para sahabat r.a. bebas bergaul
dengan baginda, dengan itu mereka dapat menyelesaikan masalah dan mempelajari
hukum-hukum dari baginda secara langsung. Selepas wafatnya baginda s.a.w., hadithhadith tetap menjadi keutamaan selepas al-Quran sebagai sumber kedua bagi ajaran
Islam. Pada zaman khulafa‟ ar-Rasyidin pula, sahabat-sahabat telah keluar dari kota
Madinah pergi ke negeri-negeri lain. Maka dengan itu, hadith-hadith telah dibawa
mereka dan tersebarlah dalam kalangan tabi‟in. 18

3. Peperangan
Terdapat 2 jenis peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu:
i.

GHAZWAH – suatu peperangan kaum muslimin yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di
medan perang. Perang ghazwah berlangsung hingga 27 peperangan.

ii.

SYRIYAH – suatu peperangan secara tidak langsung dipimpin Rasulullah s.a.w.
Perang tersebut berlangsung sebanyak 35 peperangan. 19

18

Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993.

19

A. Jamil B.A, Sejarah Islam di Zaman Rasulullah dan Khalifah Al-Rasyidin, Insular Publishing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya,

1985.

19
Haruslah dibincang juga beberapa pengaruh terhadap da‟wah Islam melalui peperanganpeperangan ini yang menjadi bukti bahawa peperangan dalam Islam adalah bertujuan untuk
menegakkan kalimah Allah di muka bumi lantas menyebarluaskan ajaran Islam. Pengaruh yang
boleh dikupas berdasarkan perang-perang yang dilalui zaman Rasulullah s.a.w. dapat
dibahagikan kepada beberapa aspek berikut:
i.

Dari segi jumlah: Jumlah umat Islam makin bertambah hari demi hari sekalipun
ramai yang menghalang usaha da‟wah Islam. Bertambahnya orang yang memeluk
Islam itu dapat disaksikan dengan meningkatnya jumlah pasukan Islam yang siap
berangkat ke medan perang; perang Badar melibatkan pasukan Islam seramai 313
orang, perang Uhud melibatkan 1000 orang, mereka yang menghadapi perjanjian
Hudaibiyah seramai 1500 orang, perang Khaibar seramai 2000 orang, perang
Mu‟tah seramai 3000 orang dan persiapan menghadapi penaklukan Makkah
seramai 10, 000 orang.

ii.

Dari segi kewajipan: Umat Islam semakin berani menghadapi segala tugas,
bertambah percaya terhadap diri sendiri & iman mereka terhadap Tuhan di mana
mereka meyakini akan pertolongan-Nya.

iii.

Dari segi wilayah: Wilayah pada mulanya meliputi kota Madinah sahaja, semakin
hari makin bertambah luas.

iv.

Dari segi sikap: Sejak berlakunya Perjanjian Hudaibiyah (6 Hijrah bersamaan
dengan 628 Masihi), umat Islam tidak lagi sebagai pihak yang teranaiya, malah
menjadi pihak yang membalas, menangkis dan memberi pukulan terhadap musuh
sehingga mendapatkan kemenangan yang gemilang. 20

20

A. Jamil B.A, Sejarah Islam di Zaman Rasulullah dan Khalifah Al-Rasyidin, Insular Publishing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya,

1985.

20
PENUTUP

Zaman pemerintahan Rasul s.a.w. telah menjadi inspirasi zaman-zaman berikutnya,
bahkan sehingga kini. Pemerintahan Rasulullah s.a.w. menjadi yang terbaik adalah kerana
pemerintahan baginda berteraskan wahyu Allah s.w.t. Wafatnya Rasulullah pada usia 63 tahun,
hari Isnin 12 Rabi‟ul Awwal tahun 13 Hijrah, bermakna berakhirlah zaman pemerintahan bawah
kelolaan baginda s.a.w.

Rasulullah adalah seorang nabi yang sempurna yag diturunkan Allah untuk dijadikan
contoh praktikal bagi seluruh umat manusia. Maka setelah baginda menerima & melaksanakan
seluruh wahyu dari Allah mulai dari turunnya surah al-„Alaq ayat 1-5 di Gua Hira‟ sehinggalah
turunnya ayat ke-3 surah al-Maidah di padang Arafah.

Dengan selesainya penurunan wahyu-wahyu tersebut berarti selesailah tugas Rasulullah
s.a.w. sebagai seorang Rasul yang harus dicontohi oleh semua makhluk Allah. Baginda wafat
hanya meninggalkan harta sebidang tanah yang kemudiannya diwakafkan kepada Baitul Mal.

21

Tetapi sebagai Rasul utusan Allah, baginda wafat meninggalkan ajaran Tauhid, al-Quran & alHadith yang berharga bagi umatnya.

21

A. Jamil B.A, Sejarah Islam di Zaman Rasulullah dan Khalifah Al-Rasyidin, Insular Publishing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya,
1985.

21
RUJUKAN

Ismail Noor, Kepimpinan nabi Muhammad s.a.w: Model Ikutan Sepanjang Masa
Pengurusan Altruistik: Perbandingan-Silang dengan Kepimpinan dan Pengurusan Semasa,
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2000.

Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala
Lumpur, 1993.

Khairuddin Haji Muhammad, Sejarah Islam jilid 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1979.

A. Jamil B.A, Sejarah Islam di Zaman Rasulullah dan Khalifah Al-Rasyidin, Insular
Publishing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya, 1985.

22

More Related Content

What's hot

Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahMohd Syahir Ismail
 
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Perang badar vs perang uhud
Perang badar vs perang uhudPerang badar vs perang uhud
Perang badar vs perang uhudWahyu Ketapang
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadithwmkfirdaus
 
13.9.2012 imam malik
13.9.2012   imam malik13.9.2012   imam malik
13.9.2012 imam malikAngah Rahim
 
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBALSLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBALNurul Husna
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamEzad Azraai Jamsari
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 
Terima Tolak Hadith
Terima Tolak HadithTerima Tolak Hadith
Terima Tolak Hadithdr2200s
 
Kewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullahKewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullahikaasanii
 
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar RaziTafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar RaziNurul Farhana
 
Pengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittahPengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittahAmin El Amin
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)hudhud321
 
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan OrientalisMukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan OrientalisEzad Azraai Jamsari
 
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahPengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahmzaidin
 

What's hot (20)

Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
 
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
 
Perang badar vs perang uhud
Perang badar vs perang uhudPerang badar vs perang uhud
Perang badar vs perang uhud
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadith
 
13.9.2012 imam malik
13.9.2012   imam malik13.9.2012   imam malik
13.9.2012 imam malik
 
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBALSLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
 
Hadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis QudsiHadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis Qudsi
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Terima Tolak Hadith
Terima Tolak HadithTerima Tolak Hadith
Terima Tolak Hadith
 
Kewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullahKewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullah
 
Kitab sunan nasa'i
Kitab sunan nasa'iKitab sunan nasa'i
Kitab sunan nasa'i
 
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar RaziTafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
 
Pengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittahPengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittah
 
Khurafat
KhurafatKhurafat
Khurafat
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)
 
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan OrientalisMukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
 
Imam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbalImam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbal
 
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahPengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
 
Konsep kerasulan
Konsep kerasulanKonsep kerasulan
Konsep kerasulan
 

Viewers also liked

Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Nor Fadzilah Md Ehwan
 
~..Peperangan Dalam Islam..~
~..Peperangan Dalam Islam..~~..Peperangan Dalam Islam..~
~..Peperangan Dalam Islam..~syahidolly
 
Pngurusan islam
Pngurusan islamPngurusan islam
Pngurusan islamNur Fahana
 
Sirah nabi & negara Madinah
Sirah nabi & negara MadinahSirah nabi & negara Madinah
Sirah nabi & negara MadinahNur Fauzi
 
Peperangan dalam Islam
Peperangan dalam IslamPeperangan dalam Islam
Peperangan dalam IslamHanan Zainal
 
Kemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkah
Kemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkahKemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkah
Kemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkahMiss Jia
 
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAW
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAWSejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAW
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAWHaristian Sahroni Putra
 
Peperangan di zaman rasulullah SAW
Peperangan di zaman rasulullah SAWPeperangan di zaman rasulullah SAW
Peperangan di zaman rasulullah SAWNur Fauzi
 
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Adilah Said
 
Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal
Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman AwalBab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal
Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awalajaknordin
 
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad sawstruktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad sawUpper6
 
Makalah Sejarah Peradaban Islam Periode Nabi Saw.
Makalah Sejarah Peradaban Islam Periode Nabi Saw.Makalah Sejarah Peradaban Islam Periode Nabi Saw.
Makalah Sejarah Peradaban Islam Periode Nabi Saw.PAUSIL ABU
 
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduanTeks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduanAtie Duckling
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tasamranaziz67
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahanone piece
 
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimananSyarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimananshafikah zakaria
 
Ac301 tamadun islam
Ac301   tamadun islamAc301   tamadun islam
Ac301 tamadun islamsafwanpbs
 
Sejarah pengurusan islam
Sejarah pengurusan islamSejarah pengurusan islam
Sejarah pengurusan islamsuehayana
 

Viewers also liked (20)

Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
 
~..Peperangan Dalam Islam..~
~..Peperangan Dalam Islam..~~..Peperangan Dalam Islam..~
~..Peperangan Dalam Islam..~
 
Pngurusan islam
Pngurusan islamPngurusan islam
Pngurusan islam
 
Sirah nabi & negara Madinah
Sirah nabi & negara MadinahSirah nabi & negara Madinah
Sirah nabi & negara Madinah
 
Peperangan dalam Islam
Peperangan dalam IslamPeperangan dalam Islam
Peperangan dalam Islam
 
Kemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkah
Kemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkahKemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkah
Kemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkah
 
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAW
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAWSejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAW
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAW
 
Peperangan di zaman rasulullah SAW
Peperangan di zaman rasulullah SAWPeperangan di zaman rasulullah SAW
Peperangan di zaman rasulullah SAW
 
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
 
Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal
Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman AwalBab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal
Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal
 
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad sawstruktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
 
Makalah Sejarah Peradaban Islam Periode Nabi Saw.
Makalah Sejarah Peradaban Islam Periode Nabi Saw.Makalah Sejarah Peradaban Islam Periode Nabi Saw.
Makalah Sejarah Peradaban Islam Periode Nabi Saw.
 
Unit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusanUnit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusan
 
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduanTeks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
 
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimananSyarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
 
Ac301 tamadun islam
Ac301   tamadun islamAc301   tamadun islam
Ac301 tamadun islam
 
Jihad dan peperangan
Jihad dan peperanganJihad dan peperangan
Jihad dan peperangan
 
Sejarah pengurusan islam
Sejarah pengurusan islamSejarah pengurusan islam
Sejarah pengurusan islam
 

Similar to PemerintahanNabi

Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
Kepemimpinan Nabi Muhammad SAWKepemimpinan Nabi Muhammad SAW
Kepemimpinan Nabi Muhammad SAWPermana Sasmita
 
Islam masa khulafaur rasydin kel 3
Islam masa khulafaur rasydin kel 3Islam masa khulafaur rasydin kel 3
Islam masa khulafaur rasydin kel 3Mahasiswa
 
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUAN
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUANMEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUAN
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUANFirstky Firstky
 
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa KhulafaurrasyidinSejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa KhulafaurrasyidinSholiha Nurwulan
 
METHOD PENDIDIKAN AKIDAH (PASCA KHULAFA' AR-RASYIDIN) MELALUI INSTITUSI.pptx
METHOD PENDIDIKAN AKIDAH (PASCA KHULAFA' AR-RASYIDIN) MELALUI INSTITUSI.pptxMETHOD PENDIDIKAN AKIDAH (PASCA KHULAFA' AR-RASYIDIN) MELALUI INSTITUSI.pptx
METHOD PENDIDIKAN AKIDAH (PASCA KHULAFA' AR-RASYIDIN) MELALUI INSTITUSI.pptxAisyahAmirahHamzi1
 
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...Shazwan Zafran
 
Sumber-sumber Pengajian Arab dan Tamadun Islam Era Khulafa' al-Rashidin: Kaji...
Sumber-sumber Pengajian Arab dan Tamadun Islam Era Khulafa' al-Rashidin: Kaji...Sumber-sumber Pengajian Arab dan Tamadun Islam Era Khulafa' al-Rashidin: Kaji...
Sumber-sumber Pengajian Arab dan Tamadun Islam Era Khulafa' al-Rashidin: Kaji...Ezad Azraai Jamsari
 
Pendidikan islam masa_dinasti_umayyah
Pendidikan islam masa_dinasti_umayyahPendidikan islam masa_dinasti_umayyah
Pendidikan islam masa_dinasti_umayyahLuthfi Aliffatuzzain
 
Kisah singkat dakwah nabi muhammad saw
Kisah singkat dakwah nabi muhammad sawKisah singkat dakwah nabi muhammad saw
Kisah singkat dakwah nabi muhammad sawSeptian Muna Barakati
 
Tarikh tasyrik 5
Tarikh tasyrik 5Tarikh tasyrik 5
Tarikh tasyrik 5mas karebet
 
sistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamsistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamSivapriya Gopi
 
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabiMakalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabitamierlianitami
 
Konsep kepemimpinan menurut pandangan islam
Konsep kepemimpinan menurut pandangan islamKonsep kepemimpinan menurut pandangan islam
Konsep kepemimpinan menurut pandangan islamAlamsyah Pratama
 
Bab 2 dakwah rasulullah pada periode makkah
Bab 2 dakwah rasulullah pada periode makkahBab 2 dakwah rasulullah pada periode makkah
Bab 2 dakwah rasulullah pada periode makkahhadisukmo
 
Meluruskan tentang sejarah masuknya Agama Islam di indonesia
Meluruskan tentang sejarah masuknya Agama Islam di indonesiaMeluruskan tentang sejarah masuknya Agama Islam di indonesia
Meluruskan tentang sejarah masuknya Agama Islam di indonesiaSetiono Winardi
 
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah  mustafa as-sibaieSirah nabawiyah  mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaieAzmi Mohd Zain
 
Ciri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammad
Ciri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammadCiri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammad
Ciri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammadAdila Ayuni
 

Similar to PemerintahanNabi (20)

Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
Kepemimpinan Nabi Muhammad SAWKepemimpinan Nabi Muhammad SAW
Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
 
Islam masa khulafaur rasydin kel 3
Islam masa khulafaur rasydin kel 3Islam masa khulafaur rasydin kel 3
Islam masa khulafaur rasydin kel 3
 
Unit 1 sirah
Unit 1 sirahUnit 1 sirah
Unit 1 sirah
 
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUAN
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUANMEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUAN
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUAN
 
Prinsip01
Prinsip01Prinsip01
Prinsip01
 
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa KhulafaurrasyidinSejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
 
METHOD PENDIDIKAN AKIDAH (PASCA KHULAFA' AR-RASYIDIN) MELALUI INSTITUSI.pptx
METHOD PENDIDIKAN AKIDAH (PASCA KHULAFA' AR-RASYIDIN) MELALUI INSTITUSI.pptxMETHOD PENDIDIKAN AKIDAH (PASCA KHULAFA' AR-RASYIDIN) MELALUI INSTITUSI.pptx
METHOD PENDIDIKAN AKIDAH (PASCA KHULAFA' AR-RASYIDIN) MELALUI INSTITUSI.pptx
 
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
 
Sumber-sumber Pengajian Arab dan Tamadun Islam Era Khulafa' al-Rashidin: Kaji...
Sumber-sumber Pengajian Arab dan Tamadun Islam Era Khulafa' al-Rashidin: Kaji...Sumber-sumber Pengajian Arab dan Tamadun Islam Era Khulafa' al-Rashidin: Kaji...
Sumber-sumber Pengajian Arab dan Tamadun Islam Era Khulafa' al-Rashidin: Kaji...
 
Pendidikan islam masa_dinasti_umayyah
Pendidikan islam masa_dinasti_umayyahPendidikan islam masa_dinasti_umayyah
Pendidikan islam masa_dinasti_umayyah
 
Kisah singkat dakwah nabi muhammad saw
Kisah singkat dakwah nabi muhammad sawKisah singkat dakwah nabi muhammad saw
Kisah singkat dakwah nabi muhammad saw
 
Tarikh tasyrik 5
Tarikh tasyrik 5Tarikh tasyrik 5
Tarikh tasyrik 5
 
sistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamsistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islam
 
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabiMakalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
 
Konsep kepemimpinan menurut pandangan islam
Konsep kepemimpinan menurut pandangan islamKonsep kepemimpinan menurut pandangan islam
Konsep kepemimpinan menurut pandangan islam
 
Bab 2 dakwah rasulullah pada periode makkah
Bab 2 dakwah rasulullah pada periode makkahBab 2 dakwah rasulullah pada periode makkah
Bab 2 dakwah rasulullah pada periode makkah
 
Meluruskan tentang sejarah masuknya Agama Islam di indonesia
Meluruskan tentang sejarah masuknya Agama Islam di indonesiaMeluruskan tentang sejarah masuknya Agama Islam di indonesia
Meluruskan tentang sejarah masuknya Agama Islam di indonesia
 
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah  mustafa as-sibaieSirah nabawiyah  mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaie
 
Ciri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammad
Ciri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammadCiri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammad
Ciri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammad
 
Ini sejarah kita book
Ini sejarah kita   bookIni sejarah kita   book
Ini sejarah kita book
 

More from akmalmustafakamal

PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)akmalmustafakamal
 
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]akmalmustafakamal
 
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]akmalmustafakamal
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)akmalmustafakamal
 
Inventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna SidekInventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna Sidekakmalmustafakamal
 
Ciri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologiCiri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologiakmalmustafakamal
 
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaKesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaakmalmustafakamal
 
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusiaKonsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusiaakmalmustafakamal
 
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupanKesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupanakmalmustafakamal
 

More from akmalmustafakamal (13)

TERAPI REALITI
TERAPI REALITITERAPI REALITI
TERAPI REALITI
 
TEORI REALITI (SLIDE)
TEORI REALITI (SLIDE)TEORI REALITI (SLIDE)
TEORI REALITI (SLIDE)
 
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
 
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
 
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
 
KEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATANKEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATAN
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
 
Inventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna SidekInventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna Sidek
 
Ciri pengukuran psikologi
Ciri pengukuran psikologiCiri pengukuran psikologi
Ciri pengukuran psikologi
 
Ciri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologiCiri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologi
 
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaKesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
 
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusiaKonsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
 
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupanKesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
 

Recently uploaded

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 

PemerintahanNabi

  • 1. PENGHARGAAN Alhamdulillah atas segala nikmat. Syukur atas nikmat Islam, Iman dan segala hal. Tiada selayaknya mendapat pujian melainkan Allah s.w.t. atas keizinan-Nya, saya dapat menyelesaikan tugasan bagi subjek Sejarah Peradaban Islam (EP 20723). Atas keizinan-Nya juga, dimudahkan segala urusan ini melalui bantuan dari kenalan-kenalan yang membantu secara langsung mahupun secara tak langsung. Tugasan ini hanyalah menumpukan kepada topik zaman pemerintahan ar-Rasul s.a.w. Segala elemen yang terdapat dalam pemerintahan baginda s.a.w. telah saya usaha himpunkan bahan-bahan bacaan dari pelbagai jenis pengarang. Alhamdulillah sepanjang pengalaman saya menyelesaikan tugasan ini, Allah telah memudahkan jalannya lantas mengurniakan pelbagai macam ilmu pengetahuan tentang pemerintahan Rasulullah s.a.w. yang menggambarkan keperibadian insan agung ini. Melalui peluang membuat tugasan inilah saya amat menghargai pembimbing saya sendiri, Ustaz Mohamad Islah Bin Soleh atas tunjuk ajar yang cukup bernilai dalam penyampaian pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Moga ilmu tersebut menjadi amal jariah dan dipandang Allah di akhirat kelak. Saya ucapkan syukur dan terima kasih Allah atas bantuannya melalui do‟a secara tak langsung dari ibubapa dan kenalan-kenalan terdekat. Rakan-rakan sekelas yang membantu dalam menyelesaikan tugasan ini juga saya do‟akan kebaikan dunia akhirat atas sokongan & dorongan melalui semangat kerjasama yang ditunjukkan semester terakhir kami ini. 1
  • 2. Akhir kalam, tiadalah yang saya harapkan melalui tugasan ini melainkan redha Allah dalam sekian hal. Moga ilmu-ilmu yang diperoleh menerusi tugasan ini dapat saya kongsikan kepada masyarakat umumnya agar keperibadian & kepimpinan Rasulullah s.a.w. dapat dicontohi oleh segenap lapisan umur. Hal ini kerana tugasan ini bukanlah hanya menjadi asbab perolehan markah untuk gred semester ini, malah menjadi ilmu pengetahuan bernilai yang perlu dipraktikkan untuk masa-masa mendatang. Sekian. 2
  • 3. PENDAHULUAN Tiada penafian bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pemimpin umat manusia sejagat. Kepimpinan Nabi s.a.w semasa zaman pemerintahan baginda adalah contoh terbaik untuk diteladani. Dalam konteks ciri-ciri kepimpinan moden, adalah amat bermanfaat bagi kita untuk menghubungkaitkan kepimpinan Nabi dengan beberapa prinsip kepimpinan moden. Datuk Seri Dr. Mahathir Muhammad dalam ucapan beliau kepada ahli-ahli Harvard pada 18 Januari 1996 di Kuala Lumpur ada menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w berdiri sebagai sebuah tugu peringatan di antara pemimpin-pemimpin agung yang tercatat dalam sejarah. Lalu diikuti dengan pemimpin lain yang diiktiraf seperti khalifah-khalifah Islam, Iskandar Zulkarnain yang Perkasa, Julius Caesar, Napoleon Bonaparte, Genghis Khan, Mehmet II, Sulaiman yang Bijaksana, Akbar yang Perkasa, Nabi Isa a.s dan Nabi Musa a.s. 1 Kepimpinan Nabi s.a.w juga telah diiktiraf penulis Barat, Michael H. Heart dalam karyanya yang menyenaraikan 100 tokoh yang berpengaruh sepanjang zaman berdasarkan turutan populariti. Muhammad s.a.w menduduki kedudukan yang pertama sebagai tokoh yang paling berpengaruh mendahului tokoh-tokoh lain walau berlalu abad sekalipun. Dalam sejarah kehidupan manusia umumnya, kepimpinan Nabi s.a.w adalah satu bentuk inspirasi yang teguh & fleksibel dari Allah. Hal ini telah terbukti melalui firman Allah s.w.t: Maksudnya: Dan tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). 2 1 Ismail Noor, Kepimpinan nabi Muhammad s.a.w: Model Ikutan Sepanjang Masa Pengurusan Altruistik: Perbandingan-Silang dengan Kepimpinan dan Pengurusan Semasa, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2000 2 Al-Quran 53:3-4 3
  • 4. Oleh kerana kepimpinan Nabi s.a.w semasa pemerintahannya menjadi contoh terbaik, sudah pasti ideologi & bawaan baginda s.a.w turut sama diiktiraf menjadi pelengkap & cara hidup manusia sepanjang zaman. Agama Islam yang diturunkan Allah sejak zaman Nabi Adam a.s telah pun dimansuhkan beberapa sistem dalamannya sehingga kini, aqidah, syariat & amalanamalan Islam dikemaskini menjadi suatu agama yang lengkap & syumul sesuai dianuti sehingga akhir zaman. Islam bukan hanya satu bentuk penyembahan atau agama semata-mata. Islam menjadi satu-satunya cara hidup yang sempurna dan diterima di sisi Yang Maha Mencipta. Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah agama Islam. 3 Pemerintahan yang benar-benar diredhai Allah adalah pemerintahan yang berlandaskan seruan Islam. Kepimpinan sesebuah negara, wilayah mahupun empayar haruslah mengambil kira kesejahteraan ummat sejagat kerana tanggungjawab ini menjadi tuntutan Tuhan. Hal ini tidak bermakna kepimpinan tersebut menjadi bebanan tanpa panduan yang kukuh. Allah telah menurunkan al-Quran & mewahyukan qudwah serta sabdaan Rasulullah s.a.w sebagai sumber panduan kepimpinan manusia. Bahkan kekasih Allah jua memperoleh segala inspirasi & petunjuk dari wahyu tersebut untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian sehingga diterjemahkan dalam bentuk amalan sunnah. 3 Al-Quran 3:19 4
  • 5. Hadith ar-Rasul s.a.w telah dinukilkan bahawa kurun yang paling baik adalah kurun baginda Nabi s.a.w, kemudian mereka yang berikutnya dan yang berikutnya. 4 Sabdaan tersebut juga merangkumi aspek pemerintahan Nabi s.a.w. yang menjadi generasi umat Islam yang paling baik lantas menjadi generasi yang paling diredhai Allah. Tiada sebaik teladan untuk diikuti dalam segenap aspek melainkan teladan Muhammad s.a.w dalam aspek pemerintahan. Pemerintahan yang bercorakkan sunnah inilah yang menjadikan sesebuah tempat diberkati Allah walau dari sekecil-kecil perkara. 5 Lihat sajalah bagaimana pemerintahan wahyu tersebut dapat melahirkan generasi yang diredhai Allah selepasnya sehingga da‟wah Islamiah disebarluaskan ke serata dunia. Hikmahnya Allah mentakdirkan ramai dari kalangan sahabat Nabi s.a.w wafat bukan di tanah air masingmasing, malah kubur mereka mampu dijumpai merata negara sehingga ke China. Pemerintahan bawaan Nabi sebeginilah yang menjadi asbab Allah memberkati ummat Islam keseluruhannya. Namun, pemerintahan sepertimana yang dibawa Rasul s.a.w.? Bagaimana pula corak pemerintahan Nabi s.a.w dalam menyebarkan dakwah Islamiah? Zaman pemerintahan Nabi s.a.w dapatlah dikategorikan melalui beberapa kronologi kandungan seperti sejarah awal kelahiran & kegiatan Rasul s.a.w. di Makkah, peristiwa hijrah & pembentukan negara Islam Madinah yang merangkumi perlembagaan, peristiwa peperangan dan lain-lain. 4 5 Hadith Riwayat Bukhari Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993 5
  • 6. Dalam menghuraikan satu-persatu corak pemerintahan Nabi s.a.w, perlulah dilihat terlebih dahulu kronologi kelahiran baginda s.a.w yang membentuk baginda menjadi seorang pemimpin kepada kurun yang terbaik sepanjang zaman. KEPUTERAAN - KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W Keadaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam adalah amat buruk sekali. Sekitar kurun ke-6 Masihi, orang-orang Arab yang menduduki Semenanjung Tanah Arab ditenggelami dalam penyembahan berhala. Ketua-ketua agama Yahudi & Nasrani pula sering memutarbelitkan ajaran-ajaran kitab suci mereka mengikut kehendak mereka sendiri. Masyarakat Arab tika itu menghadapi zaman kegelapan tanpa panduan oleh kerana keadaan buruk yang berlaku meliputi politik, sosial, ekonomi serta moral masyarakat. Oleh itu, kehadiran Nabi Muhammad s.a.w amat wajar dalam memimpin manusia keseluruhan ke arah kehidupan yang bahagia dunia & akhirat. Nabi Muhammad s.a.w telah diputerakan pada waktu fajar pagi Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, bersamaan 20 April 571 Masihi. Baginda dilahirkan di Kota Makkah yang berketurunan suku Quraisy dari keluarga yang mulia iaitu Bani Hasyim dari keturunan Adnan yang mempunyai susur galur titisan darah Nabi Ismail a.s & Nabi Ibrahim Khalilullah. 6 6 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993 6
  • 7. Ayahanda baginda Nabi s.a.w; Abdullah telah meninggal dunia semasa baginda masih dalam kandungan ibunya; Aminah. Setelah baginda s.a.w berumur beberapa hari sahaja, baginda diserahkan kepada seorang perempuan Badwi; Halimatus Sa‟adiah yang tinggal di perkampungan Bani Saad, jauh dari Kota Makkah untuk memelihara dan menjadi ibu susuan baginda. Selama 4 tahun baginda dipelihara Halimah sebelum dikembalikan semula kepada Aminah, ketika inilah Nabi s.a.w telah mendapat didikan yang sempurna di samping mempelajari bahasa Arab fushah dengan fasih dan lancar dalam percakapannya. Baginda Nabi s.a.w juga belajar mengembala kambing bersama dengan beberapa rakanrakan sebayanya. Melalui pengalaman inilah Nabi Muhammad s.a.w disemai sifat-sifat yang luhur & baik dalam jiwa baginda seperti belas kasihan dan suka menolong orang lain. Kehidupan di desa membiasakan diri baginda s.a.w terhadap kepayahan hidup serba kekurangan. Tatkala Nabi s.a.w berumur 6 tahun, Aminah telah meninggal dunia dan dipelihara Abdul Mutalib. Setelah pemergian Abdul Mutalib, baginda dipelihara pula bapa saudaranya, Abu Talib. Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w tidak dapat dinafikan kebaikannya bahkan mendapat iktiraf dari masyarakat Arab terhadap pekerti baik baginda. Baginda mendapat gelaran al-Amin atau orang yang dipercayai kerana sejak kecil lagi baginda tidak pernah menipu & sering mendapat kepercayaan masyarakat Arab terhadap sesuatu permasalahan. 7
  • 8. Sebelum kerasulan baginda s.a.w, baginda sering bertahannuth di gua Hira‟. Usia baginda yang bertambah lanjut mematangkan fikiran untuk berfikir lebih mendalam tentang keadaan yang berlaku di Tanah Arab ketika itu. Isteri Nabi s.a.w, Saidatina Khadijah juga memberi sokongan yang penuh terhadap hasrat baginda bertahannuth malah menyediakan bekalan makanan untuk dibawa ke gua Hira‟. Peristiwa baginda menerima wahyu direkodkan pada usia baginda 40 tahun. Pada malam Isnin 17 Ramadhan, sedang baginda beribadat seperti lazimnya di gua Hira‟, turunlah malaikat Jibril a.s menyampaikan wahyu dari Allah kepada baginda s.a.w. Jibril memeluk baginda dengan erat kemudian melepaskannya lalu berkata, “Bacalah!”. Perbuatan tersebut dilakukan Jibril sebanyak 3 kali ulangan. Baginda s.a.w juga menjawab sebanyak 3 kali ulangan sebagai respon dengan jawapan, “Saya tidak pandai membaca”. Kemudian Jibril membacakan wahyu yang diperintahkan Allah s.w.t iaitu surah al-„Alaq ayat pertama sehingga ayat kelima. 7 Maksudnya: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. 8 7 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993 8 Quran, Surah al-Alaq 96:1-5 8
  • 9. Peristiwa setelah kerasulan baginda Rasul s,a.w. amat menderitakan. Setelah menerima wahyu pertama, Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w. untuk menyebarkan da‟wah Islam di Makkah. Da‟wah tersebut dilakukan secara berperingkat dari keadaan bersembunyi atau diamdiam sehingga kepada da‟wah secara terang-terangan. Pada peringkat da‟wah secara diam-diam ini, Rasulullah hanya menyeru keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. yang paling karib dengannya. Mereka diseru kepada pokok ajaran Islam sebagaimana wahyu yang diterima Rasulullah tika itu; percaya kepada Allah s.w.t. dan meninggalkan pemujaan terhadap berhala. Setelah 3 tahun seruan da‟wah secara bersembunyi dilakukan, Allah mewahyukan Rasulullah s.a.w untuk menyusuli da‟wah tersebut secara terang-terangan kepada kaum kerabat & seluruh masyarakat. Ketika Rasul s.a.w. menjemput seluruh keluarga Abdul Mutalib berkumpul, baginda telah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku belum mengetahui adanya seorang pemuda membawa sesuatu untuk kaumnya yang lebih utama (baik) daripada apa yang aku bawa untuk kamu. Aku membawa segala kebaikan dunia & akhirat untuk kamu”. Melalui da‟wah baginda tersebut, terdapat sebahagian dari mereka membenarkan namun ada juga mendustakannya. Baginda s.a.w. masih meneruskan da‟wah walaupun ramai dari kalangan keluarga & masyarakat tidak bersetuju dengan baginda. Setelah itu, baginda s.a.w. dan beberapa sahabat lain yang memeluk Islam tika itu menerima tentangan yang amat hebat dari musyrikin. Terdapat pelbagai siri penentangan musyrikin Quraisy Makkah kepada Rasul s.a.w. & para sahabat sehingga Allah memerintahkan mereka untuk berhijrah. 9 9 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993 9
  • 10. ZAMAN PEMERINTAHAN RASULULLAH S.A.W Zaman pemerintahan Rasul s.a.w. secara khususnya bermula tika baginda serta beberapa penduduk Makkah yang dipilih Allah berhijrah ke Madinah dan membina daulah Islamiyah di situ. Kedatangan Rasul s.a.w. di Yathrib (nama lama bagi Madinah) adalah pada 24 September tahun 622 Masihi bersamaan 12 Rabi‟ul-Awwal tahun Pertama Islam. Dengan ini, tarikh keramat tersebut menjadi tarikh bermulanya zaman pemerintahan awal Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. Dalam menghuraikan pemikiran zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w., keistimewaan zaman tersebut perlu dilihat sebagai pengajaran & teladan kepada zaman-zaman mendatang. Hijrah ar-Rasul s.a.w. menjadi satu peristiwa besar yang telah mencorak perjuangan Rasulullah dan membawa kepada tertubuhnya negara Islam di Madinah. Piagam Madinah juga menjadi asas pemerintahan negara Islam pertama yang mengandungi ciri-ciri perlembagaan yang lengkap. Semangat piagam Madinah ini telah dibuktikan dengan amalan Rasulullah s.a.w. di bawah pimpinan baginda. Natijah dari perkara-perkara yang berlaku di zaman Rasulullah inilah yang melahirkan gerakan-gerakan Islam pada masa kini dalam menghidupkan kembali pemerintahan Islam seperti yang berlaku pada zaman Rasul s.a.w. 10 10 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993, halaman 266. 10
  • 11. Berdasarkan hadith Rasul s.a.w., tentang kurun terbaik adalah kurun baginda diikuti dengan kurun-kurun berikutnya, dapat kita tanamkan satu keyakinan di hati bahawa dalam sejarah yang dilalui manusia, zaman yang paling unggul, bersih & terpelihara daripada sebarang campur aduk yang boleh menjejaskan kemurnian Islam ialah zaman Rasulullah sendiri, yang diikuti dengan zaman para sahabat, tabi‟in dan generasi-generasi seterusnya. Dengan penegasan ini dapatlah difahami bahawa yang baik itu adalah yang sempurna dan yang sempurna itu melambangkan kesempurnaan ajaran Islam dari berbagai aspek kehidupan. Yang baik dan sempurna inilah yang menjadi contoh ikutan bagi zaman-zaman berikutnya. Dalam membicarakan hal pemerintahan zaman Rasulullah s.a.w., satu aspek yang perlu difokuskan adalah aspek pemikiran politik yang dimanifestasikan oleh negara Islam di Madinah di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. yang menjadi sebaik-baik teladan dan ikutan bagi manusia hingga hari kiamat. Maka, sebarang pemikiran, dasar & kaedah yang diguna pakai pada zaman itu menunjukkan garis dasar kehendak modal syariah ke atas manusia. Melalui keyakinan ini, jelasnya pemikiran politik di zaman Rasulullah menjadi intisari sistem politik Islam yang didatangkan syariah dari Allah. 11 i. Piagam Madinah Salah satu subtopik yang tidak asing dalam perbincangan isu pemerintahan Rasul s.a.w. adalah perlembagaan Madinah itu sendiri. Dalam hal ini, tokoh-tokoh sejarah dunia sering merujuk kepada abad ke-18 sebagai abad pertama lahirnya Kontitusi Amerika Syarikat pada tahun 1787 dan Konstitusi Perancis pada tahun 1795. Ada juga yang kembali kepada satu tarikh yang lebih awal iaitu dengan merujuk kepada Magna Carta dari Britain pada tahun 1215 sebagai perlembagaan tidak bertulis yang pertama. 11 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993, halaman 267. 11
  • 12. Namun, penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa piagam yang memenuhi syarat-syarat kenegaraan yang pertama sekali menurut sejarah dunia ialah pada abad ke-7 Masihi di Tanah Arab. Piagam tersebut adalah sebagai hasil persetujuan yang dicapai antara masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai agama & suku dengan Rasulullah s.a.w. Ia juga digelar sahifah yang lahir berikutan peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. pada 4 September 622M. 12 Kandungan Piagam Madinah amat tegas & jelas merupakan asas yang jitu untuk mengatur ummah, membentuk masyarakat dan menegakkan suatu pemerintahan dalam membentuk sebuah negara Islam. Teks asal Piagam Madinah ini mengandungi 47 klausa. Kandungan piagam ini dapatlah dirumuskan secara ringkas sebagaimana berikut: i. Muqaddimahnya menegaskan bahawa piagam ini adalah dari Rasulullah s.a.w. kepada orang yang beriman dari kaum Quraisy & Madinah serta orang-orang yang mengikuti perjuangan mereka. Muqaddimah ini membawa erti terdapatnya persetujuan bersama antara Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin. ii. Mengemukakan konsep ummah sebagai asas pembentukan sesebuah negara. iii. Mengakui hak asasi manusia yang sudah sedia dimiliki mereka dengan menyebut masalah yang berhubung dengan diyat (ganti rugi). iv. Mengikat persatuan seagama dengan meletakkan tugas yang harus dipikul & bersama mendokong cita-cita yang dibawa Islam. v. Mengenakan peraturan yang harus dipatuhi oleh seluruh warganegara Madinah. vi. Mengenai golongan minoriti Yahudi, piagam ini memberikan peruntukan tertentu; mereka mestilah memikul biaya bersama orang Islam selama negara dalam peperangan. Mereka bebas mengamalkan ajaran mereka. Keselamatan mereka dan sekutu-sekutu mereka adalah terjamin. 12 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993 12
  • 13. vii. Soal kepimpinan negara dijelaskan oleh piagam ini mestilah dirujuk kepada hukum Allah dan kekuasaan Rasul-Nya dalam menyelesaikan segala sengketa yang timbul. viii. Penyertaan dalam soal-soal perdamaian dengan pihak-pihak yang ingin berdamai haruslah diterima selagi mereka tidak menunjukkan sebarang sikap permusuhan. ix. Penutup piagam menekankan beberapa perkara penting di antaranya memperakui hak asasi dan hak milik hasil usaha setiap individu. Menjamin keamanan setiap warganegara yang jujur dan melarang penyalahgunaan tujuan piagam ini. x. Menjamin keadaan Bandar Madinah sebagai Bandar yang aman keluar-masuk. xi. Piagam ini disimpulkan dengan penegasan bahawa Allah melindungi orang-orang (warganegara) yang baik dan bertaqwa. Piagam ini membawa erti yang besar terhadap perkembangan agama Islam. Piagam inilah yang membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. bukan sahaja menjalankan tugas keagamaan, tetapi dalam waktu masa yang sama baginda juga seorang pemimpin & negarawan yang bijak. Selain itu juga, ia membentuk dan menyusun kehidupan masyarakat yang tidak pernah mempunyai sistem peraturan yang sebenar. Dalam misi baginda s.a.w. membentuk piagam Madinah ini, tidak sahaja menumpukan semata-mata untuk kematangan masyarakat Madinah, malah piagam ini adalah untuk kebaikan dunia keseluruhannya. Sahifah ini juga membuktikan konsep agama yang dapat dipraktikkan dalam peraturan berkerajaan. Hal ini sekaligus menepati prinsip Islam iaitu tiada pemisahan antara agama dengan politik. Mulai dengan pembentukan negara Islam Madinah ini, Islam telah lahir sebagai satu sistem politik di samping sistem agama. 13 13 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993, halaman 270. 13
  • 14. ii. Negara Islam pertama Beberapa hal penting yang telah dilakukan Rasulullah s.a.w. sebagai persediaan awal sebelum pembentukan negara Islam yang pertama Madinah. Bangunan pertama yang menjadi asas di bumi Madinah ialah sebuah masjid. Masjid menjadi tempat penting bagi memusatkan segala macam jenis urusan kemasyarakatan sama ada dari sudut peribadatan, sosial dan politik. Rasulullah kemudiannya mendamaikan suku Aus dan Khazraj yang menjadi penduduk asal Madinah. Mereka sejak sekian lama bermusuhan telah disatukan baginda s.a.w. daripada semangat asabiyyah yang kuat dalam kalangan mereka. Baginda menggelar mereka sebagai al-Ansar dalam peranan mereka kepada satu matlamat yang lebih agung dari matlamat kabilah mereka iaitu memperjuangkan dasar Islam. Melalui kesatuan inilah Rasulullah s.a.w. mengikat persaudaraan antara orang-orang Ansar dan Muhajirin yang berhijrah dari Makkah bagi menjamin kekukuhan ummah yang akan dibentuk dalam negara baru tersebut. Kaedah baginda s.a.w. dalam mengasaskan sebuah negara adalah berbeza dari apa yang pernah berlaku dalam sejarah yang lain. Baginda menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan sesebuah pemerintahan, sedangkan kerajaan-kerajaan lain menubuhkan kerajaan terlebih dahulu sebelum membentuk perlembagaan. Langkah ini dapatlah dianggap sebagai satu sikap berpolitik yang mempunyai pandangan yang jauh. Mereka diikat terlebih dahulu dengan satu perjanjian yang kemas dan rapi sebelum dibawa bersama ke dalam sebuah pemerintahan. Hal ini menunjukkan satu bentuk pemerintahan 14
  • 15. yang benar-benar berlandaskan kedaulatan Allah yang mutlak sekaligus menjadi contoh zaman terbaik sepanjang zaman. 14 Salah satu daripada kesan agama Islam yang besar kepada masyarakat umat Islam ialah persaudaraan antara umat Islam, tak kira apa keturunan atau bangsa seseorang yang menganut agama Islam. Dengan persaudaraan yang dianjurkan agama Islam tersebut, umat Islam menjadi suatu umat yang tegak ibarat satu bangunan yang saling kuat-menguat punca dari perpaduan & kesatuan unit-unit yang terkandung di dalamnya. Rasulullah telah meletakkan asas ini dari awal baginda menyebarkan Islam. Sebagai satu agama Islam yang mengandungi pengertian demokrasi yang tulen, hal ini telah membantu Rasulullah s.a.w. dalam penyatuan masyarakat Arab yang memeluk Islam lantas bergerak atas landasan persamaan yang adil & sama rata yang melenyapkan segala perbezaan yang memecahbelahkan perpaduan umat Arab sebelum Islam. Erti perpaduan dan persamaan ini ternyata berlandaskan firman Allah seperti berikut: Maksudnya: Wahai manusia! Sesungguhnya Kami jadikan kamu laki-laki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbagai bangsa dan suku kaum supaya kamu dapat berkenal-kenalan, sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa kepada Allah.15 14 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993, halaman 271. 15 Al-Quran, Surah al-Hujurat 49:13 15
  • 16. Dalam pemerintahan Rasulullah s.a.w., baginda mempunyai 2 kuasa yang bercorak agama dan yang bercorak siasah atau pemerintah. Disebabkan itulah Rasulullah s.a.w. bertanya sahabat-sahabat dalam perkara-perkara bukan agama, manakala dalam permasalahan agama, Rasulullah sendiri yang menentukannya oleh kerana baginda mendapat wahyu dari Allah. 16 Baginda ar-Rasul s.a.w. ialah yang mula-mula menentukan satu sistem pentadbiran dalam pemerintahan Islam dengan diutuskan kepada tiap-tiap kabilah yang memeluk agama Islam seorang guru yang mengajar al-Quran. Sementara itu di tiap-tiap kabilah itu juga dilantik wakilwakilnya yang diikuti peringkat wilayah seperti Hijaz dan Yaman. Tugas wakil tersebut boleh disifatkan sebagai pemerintah termasuklah bertugas sebagai imam solat jemaah dan menerima zakat dan segala hasil yang diperolehi daripada penduduk sesuatu wilayah. Wakil-wakil tersebut tidak mempunyai kedudukan politik tertentu, mereka hanya menjadi naib atau wakil Rasulullah bagi menjalankan tugas-tugas yang ditentukan Rasulullah. Pernah baginda s.a.w. melantik seorang pengganti apabila baginda keluar ke medan perang. Tugas besar pengganti yang dilantik itu ialah menjadi imam solat dan pernah juga dilantik sebagai ketua angkatan tentera tikamana baginda s.a.w. tidak dapat keluar berperang. Baginda memilih orang-orang yang baik & bertaqwa, bijak dan luas pengetahuan dalam soal agama. Orang yang dipilih tersebut diberi imbuhan dan itulah permulaannya dalam Islam dalam pemberian yang disifatkan sebagai gaji seperti yang diberikan kepada „Attab bin Asid, pegawai di Makkah sebanyak satu dirham sehari. 17 16 17 Khairuddin Haji Muhammad, Sejarah Islam jilid 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979, halaman 153. Khairuddin Haji Muhammad, Sejarah Islam jilid 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979, halaman 154. 16
  • 17. Beberapa aspek yang perlu ditekankan sebagai elemen-elemen penting dalam sistem pemerintahan bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. 1. Pembentukan Peribadi Rasulullah s.a.w. telah membentuk peribadi sahabat-sahabat dengan memberikan latihan didikan dan ajaran. Hasil dari usaha tersebut, jiwa-jiwa mereka telah dirubah dari sifat-sifat jahiliyah keapda sifat keislaman. Sifat-sifat sahabat yang terdidik inilah yang menjadikan mereka berani mengalahkan kerajaan besar seperti Parsi dan Rumawi. Pada zaman jahiliyah mereka, wanita tidak diberi tempat yang sewajarnya namun Islam telah memberikan hak kepada wanita sama seperti lelaki, masyarakat yang mengamalkan kasta telah ditukar kepada persamaan hak dan pelbagai lagi. Di samping keimanan, tauhid dan aqidah yang dipegang mereka, maka akhlak yang terpuji telah dapat memberikan kekuatan kepada mereka. Persitiwa hijrah muslimin Makkah ke Habsyah dapat memberikan gambaran tentang akhlak orang Islam setelah mereka mendapat pimpinan Rasulullah. Ketika ditanya oleh anNajashi di Habsyah, Ja‟far bin Abi Talib telah menjelaskan, “Wahai raja, dulu kami adalah orang jahiliah, kami menyembah berhala, makan bangkai (binatang yang tidak disembelih), melakukan kejahatan, memutuskan silaturrahim, menyakiti jiran dan yang kuat dalam kalangan kami menindas yang lemah. Begitulah keadaan kami hingga Allah mengutuskan kami seorang Rasul dari kalangan kami. Kami mengetahui keturunannya, kami mengenali mereka sebagai orang yang benar, amanah dan berakhlak baik. Dia telah menyeru kami kepada mentauhid dan menyembah Allah, meninggalkan apa yang kami sembah bersama-sama ibubapa kami dari batu-batu dan berhala. Dia menyuruh kami supaya bercakap benar, menunaikan amanah, menghubungkan silaturrahim, berbaik-baik dengan jiran, meninggalkan perkara-perkara yang haram dan yang menumpahkan darah. Dia juga melarang kami daripada sebarang kejahatan, bercakap bohong, memakan harta anak yatim dan menuduh perempuan yang baik dengan zina. Dia memerintahkan kami menyembah Allah Yang Maha Esa, 17
  • 18. tidak menyekutukan-Nya begitu juga menunaikan sembahyang , zakat dan puasa, maka kami semua membenarkan dan beriman kepadanya. Kami menurut apa yang telah dibawa dari Allah. Dengan itu kami menyembah Allah Yang Maha Esa dan tidak menyekutukan-Nya. Kami mengharamkan apa yang diharamkan kepada kami dan menghalalkan apa yang dihalalkan kepada kami. Kemudian kaum kami telah memusuhi agama kami untuk mengembalikan kami keapda penyembahan berhala dari menyembah Allah s.w.t. dan menghalalkan benda yang buruk seperti dulu. Bila mereka memaksa, menganaiya dan menindas kami dan menghalang kami dari menjalani agama kami, maka kami pun keluar ke negeri engkau ini. Kami memilih engkau tidak orang lain, kerana suka untuk berdampingan dengan engkau, wahai raja” 2. Kehidupan Merdeka Kongkongan kepercayaan karut, khurafat & syirik mesti dibanteras. Setelah memeluk Islam, ramai dari kalangan sahabar Rasulullah s.a.w. dibebaskan dari aspek-aspek berikut: a) AQIDAH Oleh kerana berpegang kepada aqidah yang benar, generasi pertama ini sanggup menerima apa sahaja ancaman serta dugaan. Peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah menyaksikan keperitan ancaman generasi pertama ini. b) SYARIAH Aqidah dan syariah menjadi 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan. Syariah merupakan cara hidup yang dilaksanakan menurut ajaran Allah. Syariah adalah untuk pelaksanaan tuntutan aqidah, tauhid dan keimanan. Sahabat Rasul s.a.w. telah melaksanakan kehidupan syariah Islam apabila masyarakat dan negara Islam telah dibentuk di Madinah. c) AKHLAK Generasi pertama Islam ini cergas membentuk kehidupan Islam selaras dengan aqidah & syariatnya sekaligus melaksanakan akhlak yang tinggi yang dianjurkan al-Quran. 18
  • 19. d) KEILMUAN - Al-Quran: Umat Islam generasi pertama mengutamakan al-Quran. Mereka mempelajari dan memahami al-Quran secara langsung dari Rasulullah s.a.w. Isi kandungan al-Quran sesuai dengan keperluan dan keadaan hidup manusia. Dengan kefahaman inilah mereka sentiasa menjadi al-Quran sebagai yang utama walupun selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. - Al-Hadith: Semasa hayat Rasulullah s.a.w., generasi pertama ini terus bertanya kepada baginda sekiranya terdapat sebarang masalah. Para sahabat r.a. bebas bergaul dengan baginda, dengan itu mereka dapat menyelesaikan masalah dan mempelajari hukum-hukum dari baginda secara langsung. Selepas wafatnya baginda s.a.w., hadithhadith tetap menjadi keutamaan selepas al-Quran sebagai sumber kedua bagi ajaran Islam. Pada zaman khulafa‟ ar-Rasyidin pula, sahabat-sahabat telah keluar dari kota Madinah pergi ke negeri-negeri lain. Maka dengan itu, hadith-hadith telah dibawa mereka dan tersebarlah dalam kalangan tabi‟in. 18 3. Peperangan Terdapat 2 jenis peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu: i. GHAZWAH – suatu peperangan kaum muslimin yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di medan perang. Perang ghazwah berlangsung hingga 27 peperangan. ii. SYRIYAH – suatu peperangan secara tidak langsung dipimpin Rasulullah s.a.w. Perang tersebut berlangsung sebanyak 35 peperangan. 19 18 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993. 19 A. Jamil B.A, Sejarah Islam di Zaman Rasulullah dan Khalifah Al-Rasyidin, Insular Publishing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya, 1985. 19
  • 20. Haruslah dibincang juga beberapa pengaruh terhadap da‟wah Islam melalui peperanganpeperangan ini yang menjadi bukti bahawa peperangan dalam Islam adalah bertujuan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi lantas menyebarluaskan ajaran Islam. Pengaruh yang boleh dikupas berdasarkan perang-perang yang dilalui zaman Rasulullah s.a.w. dapat dibahagikan kepada beberapa aspek berikut: i. Dari segi jumlah: Jumlah umat Islam makin bertambah hari demi hari sekalipun ramai yang menghalang usaha da‟wah Islam. Bertambahnya orang yang memeluk Islam itu dapat disaksikan dengan meningkatnya jumlah pasukan Islam yang siap berangkat ke medan perang; perang Badar melibatkan pasukan Islam seramai 313 orang, perang Uhud melibatkan 1000 orang, mereka yang menghadapi perjanjian Hudaibiyah seramai 1500 orang, perang Khaibar seramai 2000 orang, perang Mu‟tah seramai 3000 orang dan persiapan menghadapi penaklukan Makkah seramai 10, 000 orang. ii. Dari segi kewajipan: Umat Islam semakin berani menghadapi segala tugas, bertambah percaya terhadap diri sendiri & iman mereka terhadap Tuhan di mana mereka meyakini akan pertolongan-Nya. iii. Dari segi wilayah: Wilayah pada mulanya meliputi kota Madinah sahaja, semakin hari makin bertambah luas. iv. Dari segi sikap: Sejak berlakunya Perjanjian Hudaibiyah (6 Hijrah bersamaan dengan 628 Masihi), umat Islam tidak lagi sebagai pihak yang teranaiya, malah menjadi pihak yang membalas, menangkis dan memberi pukulan terhadap musuh sehingga mendapatkan kemenangan yang gemilang. 20 20 A. Jamil B.A, Sejarah Islam di Zaman Rasulullah dan Khalifah Al-Rasyidin, Insular Publishing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya, 1985. 20
  • 21. PENUTUP Zaman pemerintahan Rasul s.a.w. telah menjadi inspirasi zaman-zaman berikutnya, bahkan sehingga kini. Pemerintahan Rasulullah s.a.w. menjadi yang terbaik adalah kerana pemerintahan baginda berteraskan wahyu Allah s.w.t. Wafatnya Rasulullah pada usia 63 tahun, hari Isnin 12 Rabi‟ul Awwal tahun 13 Hijrah, bermakna berakhirlah zaman pemerintahan bawah kelolaan baginda s.a.w. Rasulullah adalah seorang nabi yang sempurna yag diturunkan Allah untuk dijadikan contoh praktikal bagi seluruh umat manusia. Maka setelah baginda menerima & melaksanakan seluruh wahyu dari Allah mulai dari turunnya surah al-„Alaq ayat 1-5 di Gua Hira‟ sehinggalah turunnya ayat ke-3 surah al-Maidah di padang Arafah. Dengan selesainya penurunan wahyu-wahyu tersebut berarti selesailah tugas Rasulullah s.a.w. sebagai seorang Rasul yang harus dicontohi oleh semua makhluk Allah. Baginda wafat hanya meninggalkan harta sebidang tanah yang kemudiannya diwakafkan kepada Baitul Mal. 21 Tetapi sebagai Rasul utusan Allah, baginda wafat meninggalkan ajaran Tauhid, al-Quran & alHadith yang berharga bagi umatnya. 21 A. Jamil B.A, Sejarah Islam di Zaman Rasulullah dan Khalifah Al-Rasyidin, Insular Publishing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya, 1985. 21
  • 22. RUJUKAN Ismail Noor, Kepimpinan nabi Muhammad s.a.w: Model Ikutan Sepanjang Masa Pengurusan Altruistik: Perbandingan-Silang dengan Kepimpinan dan Pengurusan Semasa, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2000. Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993. Khairuddin Haji Muhammad, Sejarah Islam jilid 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979. A. Jamil B.A, Sejarah Islam di Zaman Rasulullah dan Khalifah Al-Rasyidin, Insular Publishing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya, 1985. 22