Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran islam

6,296 views

Published on

Nak download?mintak kt fb..add sye di fb https://www.facebook.com/shapwiweck?ref=tn_tnmn

Published in: Education
2 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
6,296
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
101
Actions
Shares
0
Downloads
53
Comments
2
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran islam

  1. 1. KOLEJ VOKASIONALTEMERLOHPemerintahan zaman Khulafa’Ar-Rasydin, prinsip pemerintahandan penyebaran islamNAMA : MUHAMMAD SHAZWAN ZAFRANKURSUS : 1 TEKNOLOGI ELEKTRIKSEMESTER : 1NAMA PENSYARAH : USTAZ AHYATIBRAHIM
  2. 2. ISI KANDUNGANBil Senarai Kandungan1 Tajuk2 Senarai Kandungan3 Pengenalan4 Prakata / Penghargaan5 Isi Kandungan : • Maksud Khulafa‟ Ar-Rasyidin • Ciri-ciri pemerintahan Khulafa‟ Ar-Rasyidin • Faktor penyebaran islam pada zaman Khulafa‟ Ar- Rasyidin • Strategi penyebaran islam pada zaman Khulafa‟ Ar- Rasyidin • Impak penyebaran islam pada zaman Khulafa‟ Ar- Rasyidin6 Lampiran : Peta penyebaran pada zaman Khulafa‟ Ar-rasyidin7 Penutup
  3. 3. PENGENALAN Khalifah membawa maksud pengganti,kemudian ia digunakan kepada jawatan ketuaumum dalam pentadbiran urusan dunia dan hal ehwal agama selepas Rasulullah SAW. Keranaitu kedudukan dan taraf seorang khalifah dari segi kuasanya adalah sama sahaja seperti tarafRasulullah SAW. Setiap orang hendaklah patuh kepada segala perintahnya. Terdapat empatorang khalifah yang memerintah negara islam yang berpusat di kota madinah selepas RasulullahSAW. Meraka ialah: Khalifah Abu Bakar Khalifah Omar Al-Khatab Khalifah Osman Affan Khalifah Ali Abi Thalib Bukan semua orang layak untuk menjadi khalifah, mengikut al-Mawarli kitabnya al-Hakam al-Suhayyah mengariskan syarat-syarat untuk menjadi seorang khalifah ialah:1.Seorang lelaki merdeka dan beragama islam.2.Mempunyai ilmu agama islam yang kukuh.3.Seseorang itu hendaklah beristiqamah dan adil.4.Mempunyai kemampuan untuk sesuatu.5.Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menggangu pemikiran
  4. 4. PENGHARGAANAlhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkankerja kursus ini.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Ustaz AhyatIbrahim yang telah memberi saya ruang untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu kerana telah memberi sedikit dorongan dansokongan kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu,tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya iaitu Qusyari, Alifh danSyazwan Zharfan yang bersusah payah berkongsi maklumat kepada saya dalam menyiapkankerja kursus ini. Saya berharap pihak yang terlibat secara tidak langsung dapat memberi kerjasama danterima kasih juga kerana banyak memberi dorongan serta bantuan kepada saya.Saya amatmenghargai atas pertolongan kepada pihak yang berkenaan .
  5. 5. Maksud Khulafa‟ Ar-Rasyidin Istilah Khulafa ar-Rasyidin berasal dari bahasa Arab, terdiri dari kata Khulafa dan ar-Rasyidin. Secara bahasa, kata Khulafa adalah bentuk jamak dari kata Khalifah yang bererti"pengganti". Secara istilah, bererti "pemimpin". Sedangkan kata ar-Rasyidin berasal dari kata ar-Rasyid yang bererti "bijaksana" dan "cerdas" atau juga dapat diertikan "yang mendapat petunjukdan mengikuti jalan yang benar". Dengan demikian, erti dari Khulafa dan ar-Rasyidin secara harfiah adalah "para penggantiyang diberi petunjuk". Sedangkan secara istilah, kata Khulafa ar-Rasyidin bererti "parapengganti Rasulullah SAW sebagai pemimpin umat dengan mengikuti petunjuk dan jalan yangbenar dari Allah SWT dan rasul-Nya". Jelasnya, Khalifah itu bukan menggantikan tugas Nabi Muhammad SAW sebagai rasul,melainkan menggantikan tugas Nabi Muhammad sebagai kepala negara dan kepala pemerintahanIslam. Selama hidupnya, para khalifah itu tidak menjuluki dirinya dengan gelaran Khulafa ar-Rasyidin. Orang-orang selepas merekalah yang memberi gelar dengan nama itu. Para Khalifahsendiri menjuluki diri mereka dengan istilah sederhana iaitu Khalifah Rasulullah SAW, yangbererti "pengganti Rasulullah SAW".
  6. 6. Khulafa‟ – Khulafa‟ Ar-Rasyidin1. Khalifah Abu Bakar As-Sidiq ( 11-13 H /.632-634 M ). Khalifah Abu Bakar merupakan orang yang pertama sekali dilantik menjadi khalifah Islam sesudahkewafatan Rasulullah SAW. Abu Bakar dilahirkan di Kota Mekah dua tahun selepas tahun gajah iaitu pada tahun 573 Masihi. Namabeliau sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah at-Tamimi dari keturunan Bani Tamim. Sebelum Islam beliauterkenal dengan nama Abdul Kaabah. Sejak kecil lagi beliau mempunyai peribadi yang mulia, tidak pernah minum arak tidakpernah berjudi dan tidak pernah juga terlibat dalam kancah Jahiliah seperti mana pemuda-pemuda Arab yanglain. Beliau juga pernah menjadi pemimpin yang terkemuka dalam kalangan bangsa Arab menyebabkanbeliau disegani dan disanjungi. Beliau juga terkenal sebagai seorang bangsawan lagi dermawan. Sebelummemeluk Islam, beliau merupakan seorang saudagar yang kaya. Perniagaannya meluas meliputi semua kawasan-kawasan di Tanah Arab. Apabila lahirnya agama Islam di Mekah ,beliau telah memeluk Islam dan merupakan orang yang keduamemeluk Islam selepas Siti Khadijah,isteri Rasulullah. Beliau merupakan seorang yang palingdekat dengan Rasulullah dan juga sebagai mertua Rasulullah kerana perkahwinan baginda dengan SitiAisyah. Setelah memeluk Islam,beliau terkenal dengan panggilan As-Sidiq kerana kepercayaan yangditunjukkan kepada baginda mengenai Isra‟ dan Mikraj dan segala peristiwa yang berlaku ke atasbaginda. Setelah memeluk Islam,beliau memainkan peranan yang penting dalam penyebaran dalamperkembangan Islam pelindung Baginda dari ancaman orang-orang Quraisy. Umpamanya semasabaginda berhijrah ke Madinah,beliau sanggup bersembunyi bersama-sama baginda dan mengawalbaginda dalam perjalanan. Begitu juga semasa Rasulullah sedang uzur,beliaulah yang mengetuai umatIslam dalam apa juga pekara. Beliau juga mempunyai pengaruh yang amat besar kepada masyarakat Quraisy. Ramai dari kalangansahabat-sahabat yang terkemuka memeluk Islam melalui usaha beliau,ini seperti Uthman bin Affan, AbdulRahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas, Talhah bin Ubaidillah dan lain-lain lagi. Setelah dilantik menjadi khalifah, beliau banyak memberi sumbangan terhadap agamaIslam,yang mana dengan usahanya itu, Islam dapat tegak dengan kukuhnya. Khalifah Abu Bakar As-Sidiqmemerintah selama dua tahun dua bulan dan sepuluh hari. Beliau wafat pada Malam Selasa,23 hari bulanJamadil-akhir tahun Hijrah yang ke-13, bersamaan dengan 22 Ogos 634 Masihi. Pada masa itu beliauberusia 63 tahun. Ini disebabkan kerana beliau mengidap selsema selama 15 hari. Beliau di makamkanberhampiran dengan kubur baginda iaitu di Madinah.
  7. 7. 2. Khalifah Umar Al-Khattab ( 13-23 H/ 634-644 M ). Khalifah Umar b. Al-Khattab merupakan khalifah Islam yang kedua selepas khalifahAbu Bakar.Perlantikannya merupakan wasiat daripada Khalifah Abu Bakar. Nama penuhnya ialah Umar bin Al-Khatab bin Naufal bin Abdul Uzza bin Rabahbin.Abdullah bin Qarth bin Razah bin Adiy bin Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitusalah satu bani dalam kabilah Quraisy yang dipandang mulia ,megah, dan berkedudukan tinggi. Waktu kecilnyapernah mengembala kambing dan dewasanya beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barangdagangan. Waktu Jahiliah beliau pernah menjadi pendamai waktu terjadi pertelingkahan hebat antarakaum keluarganya. Beliau merupakan seorang yang berani,tegas dalam kira bicara,berterus terang menyatakanfikiran dan pandangannya dalam menghadapi satu-satu masalah. Beliau juga terkenal sebagaipemidato dan juga ahli gusti. Saidina Umar memeluk Islam pada tahun ke enam selepas kerasulan nabi. Beliau kemudiannya memberisumbangan yang besar terhadap perkembangan Islam. Sebelum ini beliau merupakan musuh ketat kepada Islamdan sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang berasa takut untuk melakukan ibadahkerana bimbangkan kepada orang Quraisy yang selalu mengancam dan mengusir mereka. Setelah Umarmemeluk Islam ramai dari kalangan orang-orang Islam yang tidak merasa apa-apa curiga dalammengerjakan ibadat. Beliau digelar “Al-Faruq” yang bermaksud orang yang membezakan hak dengan yangbatil. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat Islam untukbersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kalinya dalam sejarah Islam. Beliau sendiriyang menjaganya daripada ganguan orang-orang Quraisy. Nabi Muhammad SAW jugamengelarkannya sebagai “Abu Hafs” kerana kegagahannya. Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara bersembunyi,tetapi Umar keluar secara berterang-terangan. Pedang di tangannya sedia menghunus kepadasesiapa sahaja yang cuba menghalangnya. Ketika khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya akan tiba,beliau memanggil sahabat danmeninjau fikiran mereka untuk mencari tokoh Islam bagi dilantik menggantikan pentadbiran khalifah.Abu Bakar mencadangkan nama Umar untuk dicalonkan memegang jawatan itu. Cadangan tersebutmendapat persetujuandari kalangan sahabat dan orang-orang ramai. Selepas memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari, beliau pun wafat padamalam Rabu di akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah sewaktu berumur 63tahun. Beliau mati keranaditikam oleh Abu Lu‟luah bangsa Parsi yang beragamaMajusi. Beliau dimakamkan berhampiran dengan makamRasulullah dan Abu Bakar di Madinah.
  8. 8. 3. Khalifah Uthman B.Affan ( 23-35 H /644-656 M ) Khalifah Uthman merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Khalifah Umar Al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuanorang ramai. Nama beliau sebenarnya ialah Uthman bin Affan bin Abul-As yang mana beliau dilahirkan ketikabaginda Nabi Muhammad S.A.W berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang bangsawan darigolongan Quraisy dari Bani Ummaiyah. Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut,pemurah dan baik hati. Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab.sehinggabeliau digelarkan dengan gelaran “Al-Ghani”. Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan hartanya kearah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanyaiaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1,000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umatIslam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu, SaidinaUthman telahmembeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20,000 dirham untuk digunakan oleh umat Islamdengan percuma. Beliau digelarkan sebagai “Zu-Nurain” yang bermaksud dua cahaya kerana mengahwini dua orangputeri Rasulullah iaitu Rokiah dan Ummi Kalthom. Setelah Rokiah meninggal dunia, baginda Rasulullahtelah mengahwinkan beliau dengan puteri baginda iaitu Ummi Kalthum. Uthman berkahwin seramai 7 kalilagi selepas kematian Ummi Kalthum dan seluruh anaknya berjumlah seramai 16 orang. Isterinyayang terakhir ialah Nailah binti Furaifisha. Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kematian khalifah Umar yang ditikam. Beliau dilantikmenjadi khalifah pada tahun 23 hijrah oleh jawatankuasa yang ditubuhkan oleh KhalifahUmar al-Khattab. Beliau telah mati di bunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung rumahnyapada tahun 35 Hijrah bersamaan dengan tahun 656 Masihi. Pemerintahannya memakan masa selama12 tahun yang mana ianya merupakan pemerintah yang terlama sekali dalam pemerintahan Khulafa‟ Ar-Rasyidin.
  9. 9. 4. Khalifah Ali Bin Abi Talib ( 35-40 H / 656-661 M ) Khalifah Ali merupakan khalifah Islam yang ke empat dalam pemerintahan Khulafa‟Ar-Rasyidin.Perlantikan khalifah Ali adalah dari persetujuan ramai melalui majlis revolusi. Nama beliau sebenarnya ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin AbdulManaf. Beliaudilahirkan pada tahun 602 Masihi atau 10 tahun sebelum kelahiran Islam. Usianya 32 tahun lebih muda dariRasulullah. Saidina Ali merupakan sepupu dan menantu baginda melalui perkahwinan Ali dengan SitiFatimah, mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Husain dan Hassan. Beliau adalah orang pertama yangmemeluk Islam dari kalangan kanak-kanak. Beliau telah di didik dirumah Rasulullah dan ini menyebabkan beliaumempunyai jiwa yang bersih dan tidak dikotori dengan naluri jahiliah. Ali merupakan orang yang kuat dalam menyebarkan Islam. Semasa Rasulullah hendak berhijrah keMadinah ,beliaulah orang yang menyamar dan tidur di katil Rasulullah bagi mengelirukan musuh-musuhIslam. Beliaulah yang menjadi juru tulis dalam perjanjian Hudaibiah. Beliau banyak menyertai peperangandimasa Rasulullah,hampir kesemua peperangan kecualilah dalam peperangan Tabuk yang mana beliau dilantikmenjadi pemangku jawatan Rasulullah di Madinah. Beliau mempunyai ilmu pengetahuan yangbanyak dalam bab-bab hukum Islam. Walau pun beliau tidak dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah, beliau tidakmenentangnya malah beliau tetap mengiktiraf khalifah-khalifah yang dilantik.Perlantikan KhalifahAli berlainan sedikit dengan khalifah ar- Rasyidin yang lain,ini kerana perlantikannya hanyalah melalui majlisrevolusi yang terdiri dari orang-orang biasa, bukan dari kalangan sahabat terkemuka. Setelah khalifah Uthman dibunuh,keadaan menjadi kucar-kacir dan kekecohan berlaku. Untuk mengisijawatan yang kosong, maka orang ramai telah melantik Al isebagai khalifah. Saidina Alienggan menerima jawatan tersebut, tetapi memandangkan tiada orang lain yang layak dansanggup menghadapi ketegangan tersebut maka Saidina Ali pun bersetuju. Perlantikannya mendapatpenentangan dari sesetengah kalangan sahabat. Khalifah Ali wafat pada tahun 40 Hijra akibat ditikam oleh Abdul Rahman bin Maljan.
  10. 10. Ciri-ciri Kepimpinan Khulafa‟ Ar-Rasyidin1. Menyatakan pengertian Khulafa‟ Ar-Rasyidin.2. Menyatakan cirri kepimpinan Khulafa‟ Ar-Rasyidin antaranya bijaksana, berilmu, amanah, adil, berani, tawaduk, ikhlas dan tegas.3. Menyatakan ciri-ciri kepimpinan Khulafa‟ Ar-Rasyidin dari sudut pentadbiran, ekonomi, sosial, pendidikan, ilmu pengetahuan ( kesihatan ), kebajikan dan keadila dalam kehakiman .4. Menyatakan perbezaan ciri-ciri kepimpinan khalifah-khalifah seperti Abu Bakar R.A, Umar R.A, Uthman R.A dan Ali R.A.5. Menerangkan kesan-kesan positif daripada kepimpinan Khulafa‟ Ar-Rasyidin.6. Menerangkan akibat membelakangkan Khulafa‟ Ar-Rasyidin.
  11. 11. Dasar Pentadbiran Khulafa‟ Ar-Rasyidin1. Undang-undang dan perlembagaan negara berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.2. Khalifah berkuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli syura dan ijtihad.3. Khalifah adalah ketua negara, gabenor dan pengawai yang dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan.4. Pemimpin dan rakyat bertanggunggjawab membangun dan memajukan negara.5. Rakyat wajib taat kepada pemerintahan yang mengikut perintah Allah SWT.
  12. 12. Faktor Penyebaran Islam Pada Zaman Khulafa‟ Ar- Rasyidin 1. Semangat pengorbanan ( berkorban harta ). 2. Kesederhanaan ( semua perkara dalam kehidupan ) 3. Keadilan ( tidak mengira kaum dan agama ) 4. Kecekapan ( berilmu, tegas dalam kepimpinan dan luas pengetahuan ) 5. Prihatin ( kebajikan rakyat )
  13. 13. Strategi Penyebaran Islam Pada Zaman Khulafa‟ Ar-RasyidinAbu Bakar As-Siddiq 11-3 H/ 632-634 MAbu Bakar memangku jabatan khalifah berdasarkan pilihan yang berlangsung sangat demokratisdi muktamar Tsaqifah Bani Sa‟idah, memenuhi tata cara perundingan yang dikenal dunia modensaat ini. Kaum Anshar menekankan pada persyaratan jasa (merit), mereka mengajukan calonSa‟ad Ibn Ubadah. Kaum muhajirin menekankan pada persyaratan kesetiaan, merekamengajukan Abu Ubaidah Ibn Jarrah. Sementara itu Ahlul bait menginginkan agar Ali Ibn AbiThalib menjadi khalifah atas dasar kedudukannya dalam islam, juga sebagai menantu dan karibNabi. Hampir saja perpecahan terjadi. Melalui perdebatan dengan beradu argumentasi, akhirnyaAbu Bakar disetujui oleh jama‟ah kaum muslimin untuk menduduki jabatan khalifah.Sebagai kahlifah pertama, Abu Bakar dihadapkan pada keadaan masyarakat sepeninggalMuhammad SAW. Meski terjadi perbedaan pendapat tentang tindakan yang akan dilakukandalam menghadapi kesulitan yang memuncak tersebut, kelihatan kebesaran jiwa dan ketabahanbatinnya. Seraya bersumpah dengan tegas ia menyatakan akan memerangi semua golongan yangmenyimpang dari kebenaran (orang-orang yang murtad, tidak mau membayar zakat danmengaku diri sebagai nabi).Kekuasaan yang dijalankan pada massa khalifah Abu Bakar, sebagaimana pada masaRasululllah, bersifat sentral; kekuasaan legislatif, eksekutif, dan yudikatif terpusat ditanganKhalifah. Selain menjalankan roda pemerintahan, khalifah juga melaksanakan hukum,.Meskipun demikian, seperti juga Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar selalu mengajak sahabat-sahabatnya bermusyawarah.Setelah menyelesaikan urusan perang dalam negeri, barulah Abu Bakar mengririm kekuatan keluar Arabia. Khalid Ibn Walid dikirim ke Irak dan dapat menguasai Al-Hiyah di tahun 634 M. KeSyria dikirim ekspedisi dibawah pimpinan empat jendral yaitu Abu Ubaidah, Amr Ibn „Ash,Yazid Ibn Abi Sufyan, dan Syurahbil. Sebelumnya pasukan dipimpin oleh Usamah yang masihberusia 18 tahun.Umar Ibn Al-Khaththab 13-23 H/634-644 M
  14. 14. Umar Ibn Al-Khaththab diangkat dan dipilih oleh para pemuka masyarakat dan disetujui olehjama‟ah kaum muslimin. Pada saat menderita sakit menjelang ajal tiba, Abu Bakar melihatsituasi negara masih labil dan pasukan yang sedang bertempur di medan perang tidak bolehterpecah belah akibat perbedaan keinginan tentang siapa yang akan menjadi calon penggantinya,ia memilih Umar Ibn Al-Khaththab. Pilihannya ini sudah dimintakan pendapat dan persetujuanpara pemuka masyarakat pada saat mereka menengok dirinya sewaktu sakit.Pada masa kepemimpinan Umar Ibn Al-Khaththab, wilayah islam sudah meliputi jazirah Arabia,Palestina, Syria, sebagian besar wilayah Persia, dan Mesir. Karena perluasan daerah terjadidengan begitu cepat, Umar Ibn Al-Khaththab segera mengatur administrasi negara denganmencontoh administrasi pemerintahan, dengan diatur menjadi delapan wialayah propinsi :Mekah, Madinah, Syria, Jazirah, Basrah, Kufah, Palestina, dan Mesir. Beberapa departemenyang dipandang perlu didirikan pada masanya mulai diatur dan ditertibkan sistem pembayarangaji dan pajak tanah. Pengadilan didirikan dalam rangka memisahkan lembaga Yudikatif denganEksekutif. Untuk menjaga keamanan dan ketertiban, Jawatan kepolisian dibentuk. Demikian jugajawatan pekerjaan umum, Umar Ibn Al-Khaththab juga mendirikan Bait al-Mall. Dalammenyelesaikan permasalahan yang berkembang dimayarakat Umar selalu berkomunikasi denganorang-orang yang memang dianggap mampu dibidangnya.Ustman Ibn Affan 23-35 H/644-656 MUstman Ibn Affan dipilih dan diangkat dari enam orang calon yang diangkat oleh khalifah Umarsaat menjelang wafatnya karena pembunuhan. Keenam orang tersebut adalah: Ali bin AbuThalib, Utsman bin Affan, Saad bin Abu Waqqash, Abd al-Rahman bin Auf, Zubair binAwwam, Thalhah bin Ubaidillah, serta Abdullah bin Umar, putranya, tetapi “tanpa haksuara”. Umar menempuh cara sendiri yang berbeda dengan cara Abu Abakar. Ia menunjukkanenam orang calon pengganti yang menurutnya dan pengamatan mayoritas kaum musliminmemang pantas menduduki jabatan Khalifah. Oleh sejarawan islam mereka disebut Ahl al-Hall aal‟aqd pertama dalam islam., merekalah yang bermusyawarah untuk menentukan siapa yangmenjadi khalifah. Dalam pemilihan lewat perwakilan tersebut Ustman Ibn Affan mendapatkansuaran lebih banyak, yaitu 3 suara untuk Ali dan 4 suara untuk Ustman Ibn Affan.Pemerintah khalifah Ustman Ibn Affan mengalami masa kemakmuran dan berhasil dalambeberapa tahun pertama pemerintahannya. Ia melanjutkan kebijakan-kebijakan Khalifah Umar.Pada separuh terakhir masa pemerintahannya, muncul kekecewaaan dan ketidakpuasaandikalangan masyarakat karena ia mulai mengambil kebijakan yang berbeda dari sebelumnya.Ustman Ibn Affan mengangkat keluarganya (Bani Ummayyah) pada kedudukan yang tinggi. Iamengadakan penyempurnaan pembagian kekuasaan pemerintahan, Ustman Ibn Affanmenekankan sistem kekuasaan pusat yang mengusaai seluruh pendapatan propinsi danmenetapkan seorang juru hitung dari keluarganya sendiri.Ali Ibn Abi Thalib 35-40 H/656-661 M
  15. 15. Ali Ibn Abi Thalib tampil memegang pucuk kepemimpinan negara di tengah-tengah kericuhandan huru-hara perpecahan akibat terbunuhnya Usman oleh kaum pemberontak. Ali Ibn AbiThalib dipilih dan diangkat oleh jamaah kaum muslimin di madinah dalam suasana sangat kacau,dengan pertimbangan jika khalifah tidak segera dipilih dan di angkat, maka ditakutkan keadaansemakin kacau. Ali Ibn Abi Thalib di angkat dengan dibaiat oleh masyarakat.Dalam masa pemerintahannya, Ali Ibn Abi Thalib mengahadapi pemberontakan Thalhah,Zubair, dan Aisyah. Alasan mereka, Ali Ibn Abi Thalib tidak mau menghukum para pembunuhUsman dan mereka menuntut bela‟ terhadap daerah Usman yang telah ditumpahkan secaradhalim. Perang ini dikenal dengan nama perang jamal.Bersamaan dengan itu, kebijaksanaan-kebijaksanaan Ali Ibn Abi Thalib juga mengakibatkantimbulnya perlawanan dari gubernur di Damaskus, Muawiyah. Yang didukung oleh sejumlahbekas pejabat tinggi yang merasa kehilangan kedudukan dan kejayaannya. Pertempuran yangterjadi dikenal dengan perang shiffin, perang ini diakhiri dengan tahkim (arbitrase), tapi tahkimternyata tidak menyelsaikan maslah, bahkan menyebabkan timbulnya golongan ketiga Al-Khawarij (orang-orang yang keluar dari barisan Ali).2. Peradaban dan Kebudayaan Pada masa Khulafa’ al-Rasyidin1. Pada Masa Khalifah Abu Bakar As-ShiddiqPada ini kondisi sosial mayarakat menjadi stabil dan dapat mengamankan tanah Arab daripembangkang dan penyelewengan seperti orang murtad, para nabi palsu dan orang-orang yangenggan membayar zakat.Selain itu keadaan kaum muslimin menjadi tenteram, tidak khawatir lagi beribadah kepadaAllah. Perkembangan dagang dan hubungan bersama kaum muslim yang berada di luar Madinahkeadaannya terkendali dan terjalin dengan baik. Selain itu juga kemajuan yang dicapai adalah :Pembukuan Al-Qur‟an2. Pada Masa Khalifah Umar Ibn Al-KhaththabDiantara perkembangan yang ada pada masa Khalifah Umar adalah : Pemberlakuan Ijtihad Menghapuskan zakat bagi para muallaf Mengahpuskan hukum mut‟ah Lahirnya ilmu Qira‟at Penyebaran Ilmu Hadits Menempa mata uang dan menciptakan tahun Hijriah3. Pada Masa Khalifah Ustman Ibn Affan
  16. 16. Diantara perkembangan yang ada pada masa Khalifah Ustman adalah : Penaskahan Al-Qur‟an Perluasan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram Didirikannya masjid Al-Atiq di utara benteng babylon Membangun Pengadilan Membnetuk Angkatan Laut Membentuk Departemen:i. Dewan kemiliteranii. Baitul Maliii. Jawatan Pajakiv. Jawatan Pengadilan4. Pada Masa Khalifah Ali Ibn Abi ThalibDiantara perkembangan yang ada pada masa Khalifah Ali adalah : Terciptanya ilmu bahsa/nahwu (Aqidah nahwiyah) Berkebangnya ilmu Khatt al-Qur‟an Berkembangnya Sastra
  17. 17. Kesan Positif Kepimpinan Khulafa‟ Ar-Rasyidin1. Corak pemerintahan : Pemimpin negara merupakan ketua agama yang mendaulatkan islam.2. Sifat kepimpinan : Pemimpin dipilih daripada mereka yang berakhlak dan berwawasan tinggi.3. Pertahanan: Pertahanan diberi keutamaan bagi memastikan negara bebas daripada serangan luar.4. Ekonomi: Dasar ekonomi digubal secara adil dan saksama.5. Sosial: Ilmu pengetahuan diberikan perhatian yang penting sama ada ilmu akli atau pun nakli. Rakyat dilayan sama rata.
  18. 18. Penutup Assalamualaikum dan Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan izin Allah SWT,saya dapat menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru selama dua hari. Daripada hasil kerja kursus ini saya sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan sayamengenai Islam iaitu sewaktu pemerintahan Khulafa‟ Ar-Rasyidin. Terdapat serba sedikit ilmumngenai pemerintahan Khulafa‟ Ar-Rasyidin seperti khalifah-khalifah yang dilantik selepaskewafatan Rasulullah SAW, ciri-ciri kepimpinan, faktor penyebaran islam, maksud Khulafa‟ Ar-Rasyidi dan strategi pemerintahan pada zaman Khulafa‟ Ar-Rasyidin. Saya juga dapat mengetahui biodata khalifah-khalifah Khulafa‟ Ar-Rasyidin. Sayaberharap segalaa apa yang dipelajari dapat menjadi contoh dan teladan yang baik kepada sayaserta semua umat islam.SEKIAN, TERIMA KASIH.

×