Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Buah naga
1.
2. •Nama lain bagi buah naga ialah buah “pitaya”. Buah
eksotik ini berasal dari Mesir. Pada kurun ke-18, buah ini
dibawa ke Amerika Selatan dan telah dikomersialkan. Kini,
buah naga sangat popular dan digemari oleh masyarakat
tempatan.
3. •Pokok buah naga ini serumpun dengan kaktus.
•Oleh sebab itu, tumbuhan ini tidak memerlukan air yang
banyak untuk hidup.
•Pokok naga ini akan hidup subur di kawasan tanah berpasir.
Selain itu, pokok ini ditanam secara organik iaitu tanpa
menggunakan sebarang baja kimia atau racun serangga.
4. •Pada usia seawal enam bulan, tumbuhan ini akan
mula berbunga. Tumbuhan ini berbuah sepanjang
tahun tetapi akan berbuah dengan lebat serta bersaiz
lebih besar sekiranya mendapat taburan hujan yang
banyak.
5. •Ada sesuatu yang unik tentang buah ini. Bunga buah ini
akan berkembang pada sebelah malam dan mula
menguncup pada sebelah paginya. Buahnya pula boleh
mencapai berat antara 150 gram hingga 500 gram.
6. •Buah naga kaya dengan vitamin
C dan beta kerotin. Buah ini
bukan sahaja sedap dimakan
mentah, malah dapat dijadikan
jem, jus atau sirap. Buah naga
kaya dengan pelbagai khasiat
terutamanya dalam membantu
sistem penghadaman, mencegah
kanser usus besar dan penyakit
diabetis serta merendahkan
tekanan darah tinggi. Selain itu,
buah naga dapat meneutralkan
keracunan sumber logam,
mengurangkan kolesterol,
meringankan penyakit asma dan
melegakan batuk.
7. Sila jawab soalan – soalan dibawah.
1. Apakah nama lain untuk buah naga?
2. Mengapakah tumbuhan ini tidak memerlukan air
yang banyak untuk hidup?
3. Apakah yang dimaksudkan ditanam secara organik?
4. Apakah keunikan buah naga?
5. Apakah vitamin yang terdapat dalam buah naga?
6. Senaraikan kebaikan buah naga?