SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pendengar
sekalian. Saya, Muhammad Aiman Hafiz bin Md Faiezol dari BADAR, Badan
Dakwah dan Rohani.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang dan kesempatan
untuk menyampaikan tazkirah ringkas kepada muslimin dan muslimat sekalian.
Sebelum saya memulakan tazkirah, marilah kita bersama menadahkan tangan bagi
bacaan doa. (baca doa pendek)
Topik yang ingin saya sampaikan adalah hikmah mengingati kematian. Usia muda
dan tubuh badan yang kuat bukan jaminan untuk kita mampu hidup sehingga
mencapai usia tua.
Ulama ada mengatakan manusia itu hanya kumpulan hari-hari. Ada manusia masih
tidak sedar ‘modal’ harinya semakin berkurangan.
Betapa hinanya apabila saat dijemput Allah SWT, kita dalam keadaan melakukan
maksiat atau sedang berseronok hingga lupa tanggungjawab diri sebagai seorang
hamba.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang
yang diberi panjang umur dan digunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-
banyaknya dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur panjang,
tetapi digunakan untuk melakukan kejahatan dan kerusuhan.” (Riwayat Ahmad)
Baginda mengajar umatnya bagaimana hari-hari yang dilalui itu boleh menjadi
indah dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
Daripada Ummu Salamah, beliau berkata, Nabi Muhammad SAW jika masuk
waktu pagi, Baginda akan memulakannya dengan doa: “Ya Allah, sesungguhnya aku
memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang
diterima.” (Hadis riwayat At-Thabarani dalam Al-Mu’jam Ash-Shaghir dengan
sanad yang disahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani)
Kita diperintahkan Allah SWT untuk meminta walaupun Dia mengetahui segala
keperluan dan hajat kita.
Perkara itu dinyatakan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan
apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu
kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka),
Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku.
Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan
hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 186)
Dunia ini bukan tempat untuk kita ‘menikmati’ sepuas-puasnya kehidupan ini. Dunia
ini adalah tempat percaturan manusia untuk mencari bekalan selepas kematian.
Ramai tidak menghiraukan urusan mengingati kematian seolah-olah merasakan
kematian itu ditulis untuk orang lain. Akibatnya, mereka tidak bersungguh-
sungguh melakukan amal kebajikan dan memperbaiki diri.
Rasulullah SAW menerusi sabda Baginda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah
mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnung
pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia
diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi
diri.” (Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)
Berbeza dengan perasaan ‘bercita-cita’ untuk mati, situasi itu membawa
seseorang kepada perasaan putus asa dan tidak reda menerima ujian.
Disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah SWT
mencabut daripada dalam hati musuh rasa kehebatan Islam, lalu Allah SWT akan
jadikan bagi kamu satu penyakit wahan.”
Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah wahan itu ya Rasulullah?”
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian.”
(Riwayat Muslim)
Mengingati mati bukannya mahu manusia meminta lekas mati atau meninggalkan
segala urusan dan tanggungjawabnya di dunia.
Sebaliknya, mengingati kematian mendorong manusia menetapkan matlamat yang
jelas hidupnya di dunia dan akhirat. Manusia yang sering mengingati mati
menyedari Allah SWT sentiasa mengawasi setiap tindakan yang dilakukannya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad):
Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetap ia akan
menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui
segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang
kamu lakukan (serta membalasnya).” (Surah Al-Jumu’ah, ayat 8)
Kematian setiap Muslim itu bergantung kepada amalan yang dilakukan sepanjang
hidupnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan, sesungguhnya amalan itu
bergantung dengan penutupnya.” (Riwayat al-Bukhari)
Dikhuatiri jika tidak sempat bertaubat, kita akan mati dalam keadaan sia-sia.
Sehubungan itu, kita perlu sentiasa mengingati hal berkaitan kematian diiringi
amalan antaranya memperbanyakkan istighfar.
Baiklah, kita berehat seketika sebelum meneruskan lagi tazkirah ini. Jangan
kemana-mana dan sabar menunggu, as shobru minal iman. Kita bersambung
selepas ini.
(5 minit ke2)
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pendengar sekalian.
Kembali lagi bersama saya Muhammad Aiman Hafiz bin Md Faiezol dari BADAR,
Badan Dakwah dan Rohani. Saya akan menyambung topik saya pada hari itu iaitu
hikmah mengingati kematian.
Sesungguhnya para pendengar sekalian, setiap yang bernyawa pasti akan mati,
mati adalah terputusnya perhubungan antara roh dan jasad dan detik permulaan
menuju ke alam akhirat. Mati adalah ketentuan Allah Subhanahu Wata'ala yang
pasti akan terjadi dan kita tidak dapat lari daripadanya tidak kira di mana pun
kita berada. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Ali-Imran ayat 185:
Maksudnya: "Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada
hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Oleh itu, sesiapa yang
dihindarkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya
dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia melainkan hanyalah kesenangan
yang memperdayakan".
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala telah menentukan ajal seseorang sejak
azali lagi. Apabila sampai ketikanya ia tidak akan dipercepatkan atau dilewatkan
walau sesaat pun. Malaikat Izrail yang ditugaskan mencabut nyawa tidak kira di
mana pun tempatnya, keadaan dan kedudukan seseorang itu. Apabila nyawa sampai
di kerongkongan segala pintu taubat telah ditutup dan penyesalan pun tidak
berguna lagi.
Ketika nyawa dicabut nafas kita tersekat-sekat, mulut terkunci dan anggota
badan lemah longlai. Pada saat itu, tiada siapa yang boleh menolong kita. Apabila
ajal sampai, tidak ada apa-apa lagi untuknya di dunia kecuali amalan baik atau
buruk yang akan kembali kepada dirinya sebagai bekalan. Ketika menghadapi
kematian, orang yang tidak beriman berasa gerun serta penuh penyesalan kerana
diperlihatkan amalan buruknya. Manakala orang-orang yang beriman ketika
diperlihatkan amalan baiknya akan berasa gembira. Firman Allah Subhanahu
Wata'ala dalam surah Al-Isra' ayat 71:
Maksudnya: "Ingatlah hari kiamat pada hari ini kami memanggil tiap-tiap
kumpulan manusia dengan nama imam (kitab amal) mereka, maka sesiapa yang
diberikan kitab amalnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membaca
kitab mereka dengan mereka dengan gembira dan mereka tidak akan dianiaya
sedikit pun"
Para pendengar yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya hukum mengingati mati adalah sunat muakadah, dan hikmah
mengingati mati adalah supaya kesempatan hidup di dunia ini dapat kita
manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Sedarlah wahai kaum muslimin, orang yang
tidak ingat kepada mati sentiasa akan berada dalam kerugian. Bertaubatlah dan
beribadatlah dengan segera, jangan ditangguh-tangguh kerana kita tidak tahu
bila ajal akan tiba, mungkin hari in, mungkin esok atau lusa, hanya Allah
Subhanahu Wata'ala sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Oleh
itu, beringatlah sebelum menghadapi kematian kerana memang sudah lumrah sifat
manusia mudah lupa dan sering dilalaikan dengan kemewahan harta, pangkat,
anak-anak dan sebagainya. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-
Munafiqun ayat 9:
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta kamu dan anak-
anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah dan sesiapa yang melakukan
demikian maka mereka itulah orang yang rugi"
Dengan mengingati mati juga, ia dapat menegah diri kita daripada melakukan
maksiat dan perbuatan yang berdosa serta dapat menghindarkan daripada
perasaan cinta terhadap kesenangan dunia. Jangan sangka dengan memiliki tubuh
badan sihat dan kuat, umur masih muda maka ajal belum akan tiba. Ingatlah,
berapa ramai orang yang telah meninggal dunia dengan cara kematian yang tidak
disangka atau mengejutkan sama ada ngeri ataupun tidak seperti terbakar, lemas,
kemalangan dan sebagainya. Oleh itu, janganlah kita lalai dengan dunia, leka
dengan kesenangan yang ada tanpa meningkatkan amal dan taqwa kepada Allah
Subhanahu Wata'ala, sentiasalah mengingati mati dengan mempersiapkan diri
dengan amal ibadah untuk bekalan di akhirat kelak. Sesungguhnya mengingati
mati memberi beberapa kesan kebaikan dalam kehidupan kita, antaranya:
Mendorong kita untuk memperbanyakkan doa agar kita mati dalam keadaan
khusnul khotimah seperti doa yang sering kita baca selepas sembahyang yang
bermaksud: "Ya Allah berilah kesudahan kepada kami dengan kesudahan dengan
kesudahan yang baik dan janganlah Engkau berikan kesudahan kepada kami
dengan kesudahan yang tidak baik".
Mengingati mati merupakan persediaan untuk menghadapi kematian dengan
memperbanyakkan amalan soleh bagi kehidupan yang bahagia di akhirat dan
dijauhkan dari azab api neraka.
Memberi keinsafan dan menghalang kita daripada terjerumus melakukan dosa dan
maksiat serta menjadikan kita orang yang sentiasa bertakwa.
Mengingati mati juga menggalakkan kita untuk sentiasa bertaubat. Dan orang
yang sentiasa bertaubat dikasihi oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Baiklah, kita berehat seketika sebelum meneruskan lagi tazkirah ini. Jangan
kemana-mana dan sabar menunggu, as shobru minal iman. Kita bersambung
selepas ini.
(5 minit ketiga)
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pendengar. Kembali lagi
bersama saya Muhammad Aiman Hafiz bin Md Faiezol dari BADAR, Badan
Dakwah dan Rohani.
Saya akan menyambung topik saya pada hari itu iaitu hikmah mengingati kematian.
Apakah setiap saat kita selalu mengingat kematian? Setiap yang hidup pasti akan
mati dan kehidupan berlangsung tanpa disadari dari detik ke detik. Dan kita
harus menyedari bahawasanya hari-hari yang kita lalui semakin mendekatkan kita
kepada kematian.
Seorang hamba Allah harus selalu ingat bahawa kita sedang membawa diri kita
bersama kematian, bahawa kita sedang berjalan menuju kematian, dan bahawa
kita sedang menunggu kematian itu entah datang pagi atau petang. Sungguh indah
ungkapan Ali bin Abi Thalib,
“Sesungguhnya kematian terus mendekati kita, dan dunia terus meninggalkan kita.
Maka jadilah kalian anak-anak akhirat dan janganlah kalian menjadi anak-anak
dunia. Sesungguhnya hari ini adalah beramal dan tidak ada hisab, dan esok adalah
hisab dan tidak ada lagi beramal.”
Ungkapan Ali ini mengingatkan kita bahawa manusia itu harus selalu siap siaga,
selalu memperbaiki keadaan dirinya, memperbaharui taubatnya, dan seharusnya
mengetahui bahawa kita sedang berhubungan dengan Rabb Yang Maha Mulia, Kuat,
Agung, dan Baik. Allah SWT berfirman :
“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila
telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu
kerjakan. “ (Surah Al-Munaafiquun : 11)
Cubalah kita renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia
ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama
sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang
memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.
Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan
kemudiannya mati ; Allah menjelaskan dalam Quran tentang perilaku manusia
pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka
sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan
dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia
beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Al-Jumu’ah : 8)
Di antara kebaikan mengingat kematian adalah:
 Mendorong diri kita untuk bersiap-siap menghadapi kematian sebelum
datangnya.
 Memendekkan angan-angan untuk tinggal lama di dunia yang fana ini, kerana
panjang angan-angan merupakan sebab paling besar punca lahirnya kelalaian.
 Menjauhkan diri dari cinta dunia dan redha dengan yang sedikit.
 Memperkuatkan keinginan pada akhirat dan mengajak untuk berbuat ta’at.
 Meringankan seorang hamba dalam menghadapi ujian dunia.
 Mencegah kerakusan dan ketamakan terhadap nikmat duniawi.
 Mendorong untuk bertaubat dan muhasabah kesalahan masa lalu.
 Melembutkan hati, membuat mata menangis, memberi semangat untuk
mendalami agama dan menghapuskan keinginan hawa nafsu.
 Mengajak bersikap rendah hati (tawadhu’), tidak sombong, dan berlaku zalim.
Secara kesimpulan yang saya dapat buat berdasarkan topik ini adalah mengingati
mati bukan bermaksud kita meninggalkan urusan dunia serta menjauhkan diri
daripadanya akan tetapi mengingati mati merupakan satu kaedah supaya
kehidupan di dunia kita lebih baik dan lebih berjaya. Ini kerana dengan kita
mengingati mati, kita tidak akan melakukan perkara-perkara tidak diredai dan
dibenci Allah.
Sabda baginda Rasulullah: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan
menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnungi pada waktu susah, nescaya
perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang,
nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” - (HR al-Bazzar
6987).
Baiklah para pendengar sekalian, setakat ini sahaja dahulu segmen tazkirah kita
pada kali ini. Diharapkan para pendengar dapat kebaikan dan manfaat daripada
tazkirah yang disampaikan.
Maafkan saya atas kekhilafan dan kekurangan saya sepanjang episod tazkirah ini.
Sesungguhnya, saya hanyalah manusia biasa. Yang baik itu datang daripada Allah
dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Jangan lupa untuk terus
dengarkan episod tazkirah yang seterusnya dari rakan-rakan Badar saya, setiap
hari pada jam 7 malam, hanya di Radio BBest, Mude dan Segar. Layari
radiobbest.smskb.edu.my untuk maklumat selanjutnya.
Sekian sahaja.
Assalamualaikum wbt.

More Related Content

Similar to MENYEDIAKAN MATI

Khutbah jumat sunda
Khutbah jumat sundaKhutbah jumat sunda
Khutbah jumat sundaDani Al-Fath
 
Kitab bidayatul hidayah
Kitab bidayatul hidayahKitab bidayatul hidayah
Kitab bidayatul hidayahTikno Grs
 
Khutbah Sholat Jumat Oleh Ustadz Prof.Dr. H. Maksum Radji
Khutbah Sholat Jumat Oleh Ustadz Prof.Dr. H. Maksum RadjiKhutbah Sholat Jumat Oleh Ustadz Prof.Dr. H. Maksum Radji
Khutbah Sholat Jumat Oleh Ustadz Prof.Dr. H. Maksum Radjimaspuri1
 
Formula merawat hati
Formula merawat hatiFormula merawat hati
Formula merawat hatiSabrina Lye
 
Khutbah Idul Fitri 1444 H.docx
Khutbah Idul Fitri 1444 H.docxKhutbah Idul Fitri 1444 H.docx
Khutbah Idul Fitri 1444 H.docxByOneNet
 
Makalah khutbah agama
Makalah khutbah agamaMakalah khutbah agama
Makalah khutbah agamaSalsa Fariza
 
Presentasi materi merawat jenazah
Presentasi materi merawat jenazahPresentasi materi merawat jenazah
Presentasi materi merawat jenazahIswi Haniffah
 
Memperbaiki hati
Memperbaiki hatiMemperbaiki hati
Memperbaiki hatiazelia
 
Panduan solat-taubat
Panduan solat-taubatPanduan solat-taubat
Panduan solat-taubatAri Jito
 
40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalah40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalahmr_haryono
 

Similar to MENYEDIAKAN MATI (20)

Khutbah jumat sunda
Khutbah jumat sundaKhutbah jumat sunda
Khutbah jumat sunda
 
Fiqih Janaiz.pdf
Fiqih Janaiz.pdfFiqih Janaiz.pdf
Fiqih Janaiz.pdf
 
Fiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.docFiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.doc
 
Fiqih Janaiz.pdf
Fiqih Janaiz.pdfFiqih Janaiz.pdf
Fiqih Janaiz.pdf
 
Fiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.docFiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.doc
 
Kitab bidayatul hidayah
Kitab bidayatul hidayahKitab bidayatul hidayah
Kitab bidayatul hidayah
 
Khutbah Sholat Jumat Oleh Ustadz Prof.Dr. H. Maksum Radji
Khutbah Sholat Jumat Oleh Ustadz Prof.Dr. H. Maksum RadjiKhutbah Sholat Jumat Oleh Ustadz Prof.Dr. H. Maksum Radji
Khutbah Sholat Jumat Oleh Ustadz Prof.Dr. H. Maksum Radji
 
Tugas uts agama islam 2021
Tugas uts agama islam 2021Tugas uts agama islam 2021
Tugas uts agama islam 2021
 
Tugas agama
Tugas agamaTugas agama
Tugas agama
 
Formula merawat hati
Formula merawat hatiFormula merawat hati
Formula merawat hati
 
Khutbah Idul Fitri 1444 H.docx
Khutbah Idul Fitri 1444 H.docxKhutbah Idul Fitri 1444 H.docx
Khutbah Idul Fitri 1444 H.docx
 
Bidayatul hidayah - al ghazali
Bidayatul hidayah - al ghazaliBidayatul hidayah - al ghazali
Bidayatul hidayah - al ghazali
 
Makalah khutbah agama
Makalah khutbah agamaMakalah khutbah agama
Makalah khutbah agama
 
Presentasi materi merawat jenazah
Presentasi materi merawat jenazahPresentasi materi merawat jenazah
Presentasi materi merawat jenazah
 
Memperbaiki hati
Memperbaiki hatiMemperbaiki hati
Memperbaiki hati
 
Obat Penawar Hati
Obat Penawar HatiObat Penawar Hati
Obat Penawar Hati
 
Panduan solat-taubat
Panduan solat-taubatPanduan solat-taubat
Panduan solat-taubat
 
Meraih hidup bahagia
Meraih hidup bahagia Meraih hidup bahagia
Meraih hidup bahagia
 
40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalah40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalah
 
Islamic birth
Islamic birthIslamic birth
Islamic birth
 

Recently uploaded

Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 

Recently uploaded (20)

Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 

MENYEDIAKAN MATI

  • 1. SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pendengar sekalian. Saya, Muhammad Aiman Hafiz bin Md Faiezol dari BADAR, Badan Dakwah dan Rohani. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk menyampaikan tazkirah ringkas kepada muslimin dan muslimat sekalian. Sebelum saya memulakan tazkirah, marilah kita bersama menadahkan tangan bagi bacaan doa. (baca doa pendek) Topik yang ingin saya sampaikan adalah hikmah mengingati kematian. Usia muda dan tubuh badan yang kuat bukan jaminan untuk kita mampu hidup sehingga mencapai usia tua. Ulama ada mengatakan manusia itu hanya kumpulan hari-hari. Ada manusia masih tidak sedar ‘modal’ harinya semakin berkurangan. Betapa hinanya apabila saat dijemput Allah SWT, kita dalam keadaan melakukan maksiat atau sedang berseronok hingga lupa tanggungjawab diri sebagai seorang hamba. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang diberi panjang umur dan digunakan untuk membuat kebaikan sebanyak- banyaknya dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur panjang, tetapi digunakan untuk melakukan kejahatan dan kerusuhan.” (Riwayat Ahmad) Baginda mengajar umatnya bagaimana hari-hari yang dilalui itu boleh menjadi indah dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
  • 2. Daripada Ummu Salamah, beliau berkata, Nabi Muhammad SAW jika masuk waktu pagi, Baginda akan memulakannya dengan doa: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima.” (Hadis riwayat At-Thabarani dalam Al-Mu’jam Ash-Shaghir dengan sanad yang disahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani) Kita diperintahkan Allah SWT untuk meminta walaupun Dia mengetahui segala keperluan dan hajat kita. Perkara itu dinyatakan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah Al-Baqarah, ayat 186) Dunia ini bukan tempat untuk kita ‘menikmati’ sepuas-puasnya kehidupan ini. Dunia ini adalah tempat percaturan manusia untuk mencari bekalan selepas kematian. Ramai tidak menghiraukan urusan mengingati kematian seolah-olah merasakan kematian itu ditulis untuk orang lain. Akibatnya, mereka tidak bersungguh- sungguh melakukan amal kebajikan dan memperbaiki diri. Rasulullah SAW menerusi sabda Baginda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia
  • 3. diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” (Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi) Berbeza dengan perasaan ‘bercita-cita’ untuk mati, situasi itu membawa seseorang kepada perasaan putus asa dan tidak reda menerima ujian. Disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah SWT mencabut daripada dalam hati musuh rasa kehebatan Islam, lalu Allah SWT akan jadikan bagi kamu satu penyakit wahan.” Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah wahan itu ya Rasulullah?” Nabi Muhammad SAW bersabda: “Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian.” (Riwayat Muslim) Mengingati mati bukannya mahu manusia meminta lekas mati atau meninggalkan segala urusan dan tanggungjawabnya di dunia. Sebaliknya, mengingati kematian mendorong manusia menetapkan matlamat yang jelas hidupnya di dunia dan akhirat. Manusia yang sering mengingati mati menyedari Allah SWT sentiasa mengawasi setiap tindakan yang dilakukannya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetap ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu lakukan (serta membalasnya).” (Surah Al-Jumu’ah, ayat 8)
  • 4. Kematian setiap Muslim itu bergantung kepada amalan yang dilakukan sepanjang hidupnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan, sesungguhnya amalan itu bergantung dengan penutupnya.” (Riwayat al-Bukhari) Dikhuatiri jika tidak sempat bertaubat, kita akan mati dalam keadaan sia-sia. Sehubungan itu, kita perlu sentiasa mengingati hal berkaitan kematian diiringi amalan antaranya memperbanyakkan istighfar. Baiklah, kita berehat seketika sebelum meneruskan lagi tazkirah ini. Jangan kemana-mana dan sabar menunggu, as shobru minal iman. Kita bersambung selepas ini. (5 minit ke2) Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pendengar sekalian. Kembali lagi bersama saya Muhammad Aiman Hafiz bin Md Faiezol dari BADAR, Badan Dakwah dan Rohani. Saya akan menyambung topik saya pada hari itu iaitu hikmah mengingati kematian. Sesungguhnya para pendengar sekalian, setiap yang bernyawa pasti akan mati, mati adalah terputusnya perhubungan antara roh dan jasad dan detik permulaan menuju ke alam akhirat. Mati adalah ketentuan Allah Subhanahu Wata'ala yang pasti akan terjadi dan kita tidak dapat lari daripadanya tidak kira di mana pun kita berada. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Ali-Imran ayat 185:
  • 5. Maksudnya: "Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Oleh itu, sesiapa yang dihindarkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia melainkan hanyalah kesenangan yang memperdayakan". Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala telah menentukan ajal seseorang sejak azali lagi. Apabila sampai ketikanya ia tidak akan dipercepatkan atau dilewatkan walau sesaat pun. Malaikat Izrail yang ditugaskan mencabut nyawa tidak kira di mana pun tempatnya, keadaan dan kedudukan seseorang itu. Apabila nyawa sampai di kerongkongan segala pintu taubat telah ditutup dan penyesalan pun tidak berguna lagi. Ketika nyawa dicabut nafas kita tersekat-sekat, mulut terkunci dan anggota badan lemah longlai. Pada saat itu, tiada siapa yang boleh menolong kita. Apabila ajal sampai, tidak ada apa-apa lagi untuknya di dunia kecuali amalan baik atau buruk yang akan kembali kepada dirinya sebagai bekalan. Ketika menghadapi kematian, orang yang tidak beriman berasa gerun serta penuh penyesalan kerana diperlihatkan amalan buruknya. Manakala orang-orang yang beriman ketika diperlihatkan amalan baiknya akan berasa gembira. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Isra' ayat 71: Maksudnya: "Ingatlah hari kiamat pada hari ini kami memanggil tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imam (kitab amal) mereka, maka sesiapa yang diberikan kitab amalnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membaca kitab mereka dengan mereka dengan gembira dan mereka tidak akan dianiaya sedikit pun" Para pendengar yang dirahmati Allah, Sesungguhnya hukum mengingati mati adalah sunat muakadah, dan hikmah mengingati mati adalah supaya kesempatan hidup di dunia ini dapat kita
  • 6. manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Sedarlah wahai kaum muslimin, orang yang tidak ingat kepada mati sentiasa akan berada dalam kerugian. Bertaubatlah dan beribadatlah dengan segera, jangan ditangguh-tangguh kerana kita tidak tahu bila ajal akan tiba, mungkin hari in, mungkin esok atau lusa, hanya Allah Subhanahu Wata'ala sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Oleh itu, beringatlah sebelum menghadapi kematian kerana memang sudah lumrah sifat manusia mudah lupa dan sering dilalaikan dengan kemewahan harta, pangkat, anak-anak dan sebagainya. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al- Munafiqun ayat 9: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta kamu dan anak- anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah dan sesiapa yang melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi" Dengan mengingati mati juga, ia dapat menegah diri kita daripada melakukan maksiat dan perbuatan yang berdosa serta dapat menghindarkan daripada perasaan cinta terhadap kesenangan dunia. Jangan sangka dengan memiliki tubuh badan sihat dan kuat, umur masih muda maka ajal belum akan tiba. Ingatlah, berapa ramai orang yang telah meninggal dunia dengan cara kematian yang tidak disangka atau mengejutkan sama ada ngeri ataupun tidak seperti terbakar, lemas, kemalangan dan sebagainya. Oleh itu, janganlah kita lalai dengan dunia, leka dengan kesenangan yang ada tanpa meningkatkan amal dan taqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala, sentiasalah mengingati mati dengan mempersiapkan diri dengan amal ibadah untuk bekalan di akhirat kelak. Sesungguhnya mengingati mati memberi beberapa kesan kebaikan dalam kehidupan kita, antaranya: Mendorong kita untuk memperbanyakkan doa agar kita mati dalam keadaan khusnul khotimah seperti doa yang sering kita baca selepas sembahyang yang bermaksud: "Ya Allah berilah kesudahan kepada kami dengan kesudahan dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau berikan kesudahan kepada kami dengan kesudahan yang tidak baik". Mengingati mati merupakan persediaan untuk menghadapi kematian dengan memperbanyakkan amalan soleh bagi kehidupan yang bahagia di akhirat dan dijauhkan dari azab api neraka.
  • 7. Memberi keinsafan dan menghalang kita daripada terjerumus melakukan dosa dan maksiat serta menjadikan kita orang yang sentiasa bertakwa. Mengingati mati juga menggalakkan kita untuk sentiasa bertaubat. Dan orang yang sentiasa bertaubat dikasihi oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Baiklah, kita berehat seketika sebelum meneruskan lagi tazkirah ini. Jangan kemana-mana dan sabar menunggu, as shobru minal iman. Kita bersambung selepas ini. (5 minit ketiga) Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pendengar. Kembali lagi bersama saya Muhammad Aiman Hafiz bin Md Faiezol dari BADAR, Badan Dakwah dan Rohani. Saya akan menyambung topik saya pada hari itu iaitu hikmah mengingati kematian. Apakah setiap saat kita selalu mengingat kematian? Setiap yang hidup pasti akan mati dan kehidupan berlangsung tanpa disadari dari detik ke detik. Dan kita harus menyedari bahawasanya hari-hari yang kita lalui semakin mendekatkan kita kepada kematian. Seorang hamba Allah harus selalu ingat bahawa kita sedang membawa diri kita bersama kematian, bahawa kita sedang berjalan menuju kematian, dan bahawa kita sedang menunggu kematian itu entah datang pagi atau petang. Sungguh indah ungkapan Ali bin Abi Thalib, “Sesungguhnya kematian terus mendekati kita, dan dunia terus meninggalkan kita. Maka jadilah kalian anak-anak akhirat dan janganlah kalian menjadi anak-anak dunia. Sesungguhnya hari ini adalah beramal dan tidak ada hisab, dan esok adalah hisab dan tidak ada lagi beramal.” Ungkapan Ali ini mengingatkan kita bahawa manusia itu harus selalu siap siaga, selalu memperbaiki keadaan dirinya, memperbaharui taubatnya, dan seharusnya mengetahui bahawa kita sedang berhubungan dengan Rabb Yang Maha Mulia, Kuat, Agung, dan Baik. Allah SWT berfirman :
  • 8. “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan. “ (Surah Al-Munaafiquun : 11) Cubalah kita renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya. Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudiannya mati ; Allah menjelaskan dalam Quran tentang perilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini: Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Al-Jumu’ah : 8) Di antara kebaikan mengingat kematian adalah:  Mendorong diri kita untuk bersiap-siap menghadapi kematian sebelum datangnya.  Memendekkan angan-angan untuk tinggal lama di dunia yang fana ini, kerana panjang angan-angan merupakan sebab paling besar punca lahirnya kelalaian.  Menjauhkan diri dari cinta dunia dan redha dengan yang sedikit.  Memperkuatkan keinginan pada akhirat dan mengajak untuk berbuat ta’at.  Meringankan seorang hamba dalam menghadapi ujian dunia.  Mencegah kerakusan dan ketamakan terhadap nikmat duniawi.  Mendorong untuk bertaubat dan muhasabah kesalahan masa lalu.
  • 9.  Melembutkan hati, membuat mata menangis, memberi semangat untuk mendalami agama dan menghapuskan keinginan hawa nafsu.  Mengajak bersikap rendah hati (tawadhu’), tidak sombong, dan berlaku zalim. Secara kesimpulan yang saya dapat buat berdasarkan topik ini adalah mengingati mati bukan bermaksud kita meninggalkan urusan dunia serta menjauhkan diri daripadanya akan tetapi mengingati mati merupakan satu kaedah supaya kehidupan di dunia kita lebih baik dan lebih berjaya. Ini kerana dengan kita mengingati mati, kita tidak akan melakukan perkara-perkara tidak diredai dan dibenci Allah. Sabda baginda Rasulullah: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnungi pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” - (HR al-Bazzar 6987). Baiklah para pendengar sekalian, setakat ini sahaja dahulu segmen tazkirah kita pada kali ini. Diharapkan para pendengar dapat kebaikan dan manfaat daripada tazkirah yang disampaikan. Maafkan saya atas kekhilafan dan kekurangan saya sepanjang episod tazkirah ini. Sesungguhnya, saya hanyalah manusia biasa. Yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Jangan lupa untuk terus dengarkan episod tazkirah yang seterusnya dari rakan-rakan Badar saya, setiap hari pada jam 7 malam, hanya di Radio BBest, Mude dan Segar. Layari radiobbest.smskb.edu.my untuk maklumat selanjutnya. Sekian sahaja. Assalamualaikum wbt.