2. PENGENALAN~~~
• Tamadun terawal di dunia lahir di wilayah yang dikenali sebagai
Mesopotamia. PerkataanMesopotamia berasal daripada bahasa
Yunani yang bermaknatanah di antara dua sungai.
• Wilayah Mesopotamia ini terletak di antara Sungai Tigris dan
Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki
ke tanah lembah dan pamah di Iraq hinggalah ke Teluk Parsi.
• Kawasan ini dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur
laut, dataran tinggi Arab di barat daya, dan Teluk Parsi di bahagian
selatan.
3. • Tamadun ini telah berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000-5000
S.M.. Pada sekitar tahun 3500 S.M., wilayah Mesopotamia ini telah berkembang menjadi pusat tamadun
awal.
• Terdapat banyak kerajaan yang muncul, berkembang dan akhirnya jatuh di lembah
Mesopotamia. Kerajaan terawal ialah Kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 S.M. dan kerajaan
yang terakhir ialah Chaldea yang jatuh pada tahun 539 S.M..
• Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan yang penting seperti yang
tertera di bawah.
4. CIRI-CIRI TAMADUN MESOPOTAMIA~
• Setiap negara kota itu terbahagi kepada kawasan utama, iaitu pusat kota, tembok kota, luar
kota, dan pelabuhan.
• Setiap negara kota ini juga mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang
yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota.
• Di dalam kota pula terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumak kedai dan pasar
dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar.
• Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat pada masa
itu. (ZIGURAT)
5. • Setiap kota juga mempunyai unit politik dan agama yang
tersendiri. Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah telah
memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.
• Antara jalan penghubung utama termasuklah jalan yang
menhubungkan sumeria dan kota mari yang digunakan oleh
perdagangan dari luar Mesopotamia.
• Masyarakat negara kota terbahagi kepada 2 golongan, iaitu
golongan pemerintah dan golongan rakyat. Golongan pemerintah
terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera, dan orang
bangsawan.
• Golongan rakyat terbahagi kepada 2, iaitu rakyat bebas seperti
pertani, artisan serta perdagangan, dan hamba yang terdiri daripada
tawanan perang. Susun lapis masyarakat ini dapat dilihat seperti
rajah dibawa.
7. • Dalam tamadun Mesopotamia, raja merupakan pemerintah. Sistem
pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi. Di
bawah sistem ini dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan
pemilih negara kota.
• Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau Wakil tuhan tetapi
masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai
Tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291-
2255S.M.) di Akkad.