Dokumen ini membahas tentang pembangunan sosial dalam Islam dan amalan terbaik seperti ziarah menziarahi dan sedekah serta infak. Ziarah menziarahi penting untuk memperkuat silaturahim sedangkan sedekah dan infak adalah bukti iman seseorang dan merupakan perintah agama.
1. LMCP1552
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
AMALAN TERBAIK DALAM
PEMBANGUNAN SOSIAL
NAMA : NURATIKAH BINTI KHASRIN
NO MATRIK : A157980
NAMA PENSYARAH : PROF. DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
2. DEFINISI PEMBANGUNAN SOSIAL :
• Pembangunan sosial merupakan suatu proses pembangunan yang memberi penekanan kepada
pembangunan manusia dan sistem sosialnya. Ia berhubung kait dengan dasar, program dan
aktiviti yang menjurus kepada pengisian nilai dan pembangunan budaya yang dapat
mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Dalam konteks Malaysia,
pembangunan bukan sahaja diukur berdasarkan pencapaian ekonomi dan pembangunan fizikal,
tetapi ia mesti diintegrasikan dengan usaha-usaha dan program untuk mewujudkan perpaduan
dan integrasi nasional. Dengan itu, pembangunan sosial menjadi suatu dasar yang amat kritikal
dalam usaha membangunkan negara keseluruhannya.
4. ZIARAH - MENZIARAHI
• Amalan ziarah-menziarahi amat dituntut dalam Islam, apatah lagi dalam bulan Syawal.
Bahkan, Aidilfitri telah memberi peluang dan ruang yang luas untuk kita mempraktikkan
ajaran Islam melalui konsep berkenal-kenalan dan mengeratkan hubungan silaturrahim
sesama muslim.
• Perkara ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:
Bermaksud: “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah
di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya
kamu beroleh rahmat”.
5. SEDEKAH DAN INFAK :
• “Sedekah“ secara bahasa berasal dari akar kata (shodaqa) yang terdiri dari tiga
huruf : Shod- dal- qaf, berarti sesuatu yang benar atau jujur. Kemudian orang
Indonesia merubahnya menjadi Sedekah.
• “Dari Abu Malik Al harits Bin Ashim Al as'ariy ra.. ia berkata: Rasulullah saw
bersabda: "Suci adalah sebagian dari iman, membaca alhamdulillah dapat
memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah dapat memenuhi semua
yang ada diantara langit dan bumi, salat adalah cahaya, sedekah itu adalah
bukti iman, sabar adalah pelita dan AlQuran untuk berhujjah terhadap yang
kamu sukai ataupun terhadap yang tidak kamu sukai. Semua orang pada waktu
pagi menjual dirinya, kemudian ada yang membebaskan dirinya dan ada pula
yang membinasakan dirinya.” (HR. Muslim).
6. SEDEKAH DAN INFAK :
• Infak dari akar kata : Nafaqa (Nun, Fa’, dan Qaf), yang mempunyai arti keluar. Dari akar
kata inilah muncul istilah Nifaq-Munafiq, yang mempunyai arti orang yang keluar dari
ajaran Islam.
• Kata (infaq), yang huruf akhirnya mestinya “Qaf”, oleh orang Indonesia dirubah menjadi
huruf “ Kaf ”, sehingga menjadi (infak).
• “Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi
(orang) dari jalan Allah. mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan
bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. dan ke dalam Jahannamlah orang-orang yang
kafir itu dikumpulkan” (Qs. Al Anfal : 36)