Dokumen ini membahas tentang kesejahteraan sosial yang dilakukan oleh bandar-bandar di seluruh dunia, termasuk pembangunan perpustakaan dan masjid. Masjid memiliki peranan penting bagi umat Islam sebagai tempat ibadah, aktivitas sosial, dan pusat pembangunan masyarakat sejak zaman Rasulullah SAW.
1. NURZAFIRAH BINTI MOHD ISMAIL (A174126)
PROF DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN OK RAHMAT
LCMP 1522 : PEMBANGUNAN
MAPAN DALAM ISLAM
TUGASAN 3: KESEJAHTERAAN SOSIAL YANG DIJALANKAN
OLEH BANDAR DI SELURUH DUNIA
7. 2) PENUBUHAN MASJID
Masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam dalam mengerjakan solat dan majlis keagamaan serta pusat
aktiviti sosial umat Islam. Masjid adalah sebuah institusi ibadah yang sepatutnya berkembang sejajar dengan
arus perkembangan zaman dan memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah
institusi membina kemajuan ummah. Mengimarahkan masjid pula adalah tugas yang berkait rapat dengan
konsep kejadian manusia untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Justeru itu, setiap individu
Muslim seharusnya menunjukkan iltizam supaya memastikan pengurusan masjid berfungsi sebagai pusat ibadah
dan pembangunan ummah. Selain itu, pentadbiran dan pengurusan masjid perlulah dikemaskini terutamanya
mekanisme yang bercirikan profesionalisme dalam segenap sistem pengurusan dan pentadbiran masjid. Ini
adalah kerana pembangunan dan kecemerlangan ummah bermula dari sejauhmana berkesannya penggerak
dalam melaksana pengurusan masjid.
8. Seperti yang kita fahami bahawa sejak zaman Rasulullah SAW, masjid bukan terhad tempat ibadah semata-mata
tetapi merupakan pusat kegiatan dakwah Islam yang luas. Ketika Rasulullah SAW dan para sahabatnya berhijrah dari
kota Makkah ke Kota Madinah, baginda singgah di suatu tempat yang dikenali sebagai Quba’. Disinilah Rasulullah
SAW membangunkan sebuah Masjid yang diberi nama Masjid Quba’ iaitu Masjid terawal yang telah dibina pada
zaman Rasulullah SAW dan begitu juga ketika sampai di Madinah, Rasulullah membangunkan Masjid Nabawi. Ini
semua menunjukkan bahawa Masjid mempunyai kedudukan yang tinggi bagi umat Islam.
Di zaman Rasulullah SAW Masjid menjadi tempat untuk meningkatkan iman para sahabatnya. Dalam masa yang
sama, Masjid juga digunakan sebagai tempat pembelajaran dan pengajian Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran
:
اَمَّنِإُُرُمْعَيَُد ِاجَسَمُِللاُْنَمَُنَمآُِللاِبُِم ْوَيْال َوُِر ِاآلخَُامَقَأ َوَُةالَّصالىَتآ َوَُةاَكَّالزُْمَل َوَُشْخَيالِإللاَََُُسَعَفىَُكِئَلوُأُْنَأواُنوُكَيَُنِمَُينِدَتْهُمْال
Maksudnya :
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,
serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada siapapun selain kepada Allah, maka merekalah
orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Surah al-Taubah : 18)