Seminar ini membahas tentang kisah Nabi Yusuf dalam Al-Quran melalui 9 fasa, dimulai dari mimpi Yusuf dan konspirasi saudara-saudaranya hingga akhirnya pertemuan keempat dimana keluarga Yusuf bersatu kembali di Mesir setelah sekian lama terpisah.
1. Seminar Ibrah Surah Yusuf 2015
“FASA 1 : MIMPI DAN KONSPIRASI”
1. Yusuf memberitahu ayahnya mengenai mimpi anehnya.
2. Ayah meminta Yusuf merahsiakan mimpi itu dari saudara-saudaranya.
3. Kerana cemburu, saudara-saudara Yusuf tetap bersepakat membunuh Yusuf.
4. Saudara-saudara Yusuf memujuk ayah mereka kononnya untuk membenarkan Yusuf
ikut mereka pergi beriadhah.
5. Saudara-saudara Yusuf menurunkan Yusuf ke dalam dasar perigi.
6. Saudara-saudara Yusuf pulang mendustakan ayah mereka dengan membawa baju
Yusuf yang dilumuri darah palsu.
“FASA 2 : MENUJU MESIR”
7. Selepas beberapa hari, sekumpulan pengembara yang lalu dan menghulurkan timba ke
dalam perigi untuk mendapatkan minuman. Yusuf bergantung pada tali timba dan
diselamatkan.
8. Yusuf dijual sebagai hamba dengan harga yang murah di Mesir.
9. Yusuf dibeli oleh al-Aziz dan dibawa pulang lalu diserahkan kepada isterinya untuk
dijaga dan diberikan kerja.
10. Yusuf dewasa, menjadi Nabi dan diberikan kenabian dan ilmu takbir mimpi.
“FASA 3 : GODAAN ISTERI AL-„AZIZ”
11. Yusuf semakin dewasa dan kacak. Isteri Al-„Aziz jatuh cinta pada Yusuf lalu
memerangkap Yusuf untuk masuk ke kamarnya.
12. Isteri Al-„Aziz mengejar Yusuf lalu menarik baju Yusuf hingga terkoyak
13. Al-„Aziz tiba-tiba muncul di hadapan pintu. Isterinya memfitnah Yusuf tetapi Yusuf
mempertahankan maruah dirinya.
14. Saksi mencadangkan pengadilan dibuat oleh Al-„Aziz berdasarkan bahagian baju yang
terkoyak. Terbukti, Yusuf benar.
15. Apabila berita kecurangan isteri al-„Aziz tersebar, isteri al-„Aziz mengadakan jamuan
khas dengan wanita-wanita Mesir.
16. Wanita-wanita Mesir terluka jari mereka sendiri tanpa disedari apabila memandang
Yusuf.
“FASA 4 : DIPENJARAKAN”
17. Yusuf berdoa agar dipenjarakan. Al-„Aziz akhirnya memenjarakan Yusuf.
18. Yusuf didatangi dua orang banduan yang meminta agar mimpi mereka berdua
ditakbirkan Yusuf.
19. Yusuf mentakbirkan mimpi sambil menyeru mereka kepada tauhid.
20. Takbir mimpi Yusuf benar. Banduan pertama dihukum salib. Bandua kedua dibebaskan.
Yusuf meminta banduan kedua agar membela nasibnya yang dizalimi tetapi banduan itu
terlupa.
21. Yusuf terus merengkok dalam penjara untuk tempoh yang lebih lama.
“FASA 5 : MENUJU PEMBEBASAN”
22. Raja Mesir bermimpi. Tiada pakar mimpinya mampu mentakbirnya.
23. Banduan kedua teringat Yusuf lalu menemuinya dan meminta Yusuf mentakbirkan
mimpi Raja Mesir.
24. Yusuf menerangkan makna mimpi Raja Mesir dari dalam penjara kepada bekas
banduan itu.
25. Banduan pulang dari penjara, lalu menerangkan takbir mimpi yang diberi Yusuf kepada
raja Mesir.
2. Seminar Ibrah Surah Yusuf 2015
26. Raja Mesir kagum dan menyuruh Yusuf dibawa mengadapnya.
27. Yusuf meletakkan syarat pembebasannya adalah siasatan perlu dibuat pada isteri Al-
„Aziz, siapa sebenarnya yang curang.
28. Raja Mesir bersetuju dan membuat siasatan pada apa yang sebenarnya berlaku.
29. Isteri Al-„Aziz mengaku dia bersalah dan Yusuf tidak bersalah.
30. Yusuf memaafkan isteri Al-„Aziz dan Al-„Aziz sendiri
31. Raja Mesir mahu melantik Yusuf sebagai penasihat. Yusuf memohon diberikan posisi
perbendaharaan negara yang lebih kritikal.
“FASA 6 : PERTEMUAN PERTAMA”
32. Selepas 7 tahun Mesir membuat simpanan gandum, datanglah musim kemarau.
Saudara-saudara Yusuf ke Mesir mendapatkan bantuan gandum. Kaedah “sistem
barter” digunakan.
33. Yusuf mengenali saudara-saudaranya tetapi sebaliknya saudara-saudaranya belum
mampu mengecamnya. Yusuf merahsiakan lagi identitinya.
34. Yusuf mengancam bahawa mereka tidak akan mendapat bantuan gandum di masa
akan datang jika semua wakil keluarga (Bunyamin) tidak dibawa bersama.
35. Dengan tujuan mereka bersegera kembali ke Mesir bersama Bunyamin, Yusuf
mengarahkan kakitangannya memasukkan barang-barang tukaran gandum tadi kembali
ke dalam buntil makanan abang-abangnya.
36. Setibanya di Palestin, abang-abang Yusuf tidak pun menjenguk buntil-buntil yang
mereka bawa pulang. Mereka bersegera memujuk ayahnya agar dibenarkan mereka
membawa Bunyamin bersama kerana itulah polisi kerajaan Mesir dalam mengagihkan
bantuan.
37. Ayah mereka menegaskan Bunyamin sama sekali tidak akan dibenarkan dibawa ke
Mesir. Ayah mereka tidak mahu tragedi Yusuf berulang. Dengan perasaan kecewa,
abang-abang Yusuf membuka buntil makanan. Mereka terkejut mendapati barang
tukaran mereka masih bersama dengan gandum-gandum dalam buntil makanan itu.
38. Dengan bukti kebaikan menteri Mesir (Yusuf) itu, abang-abang Yusuf berjaya memujuk
ayah mereka. Mereka juga telah melafazkan sumpah akan menjaga Bunyamin.
“FASA 7 : PERTEMUAN KEDUA, KEHILANGAN BUNYAMIN”
39. Setibanya di Mesir dari Palestin, Yusuf terus menemui Bunyamin secara sulit. Yusuf
memperkenalkan dirinya kepadanya Bunyamin.
40. Yusuf merencana agar Bunyamin bersamanya di Mesir supaya abang-abangnya ada
sebab untuk kembali lagi ke Mesir. Maka Yusuf mengarahkan dimasukkan piala minum
Raja Mesir ke dalam buntil unta Bunyamin. Bunyamin diarahkan agar berdiam diri
sahaja pada apa-apapun yang bakal berlaku.
41. Yusuf mengarahkan kakitangannya memeriksa buntil Bunyamin lalu menahannya.
Bunyamin dijatuhkan hukuman mengikut perundangan Palestin (pencuri akan menjadi
hamba kepada pemilik barang yang dicuri)
42. Abang-abang Yusuf merayu supaya tempat Bunyamin digantikan oleh salah seorang
dari mereka. Yusuf menolak cadangan itu.
43. Atas dasar tanggungjawab kepada sumpah, abang sulung Yusuf tidak mahu pulang dan
menyuruh adik-adiknya yang lain pulang dahulu.
44. Apabila dimaklumkan tragedi kedua ini, ayah Yusuf menjadi buta disebabkan banyaknya
menangis.
3. Seminar Ibrah Surah Yusuf 2015
“FASA 8 : PERTEMUAN KETIGA, AKULAH YUSUF”
45. Bekalan makanan habis lagi setelah satu tempoh yang panjang. Abang-abang Yusuf
perlu ke Mesir kali ketiga. Ayah mereka menyuruh mereka mengintip cerita Yusuf dan
Bunyamin.
46. Setibanya di hadapan Yusuf di Mesir, Yusuf memperkenalkan siapa dirinya kepada
abang-abangnya.
47. Abang-abang Yusuf mengaku mereka melakukan kesalahan yang sangat besar
48. Yusuf memaafkan abang-abangnya.
49. Yusuf menyuruh mereka pulang dengan membawa pakaiannya dan menyapukannya ke
wajah ayahnya.
50. Abang-abang Yusuf belum tiba tetapi ayahnya sudah tercium bau Yusuf.
51. Abang-abang Yusuf meminta ampun daripada ayahnya.
52. Baju Yusuf disapukan pada muka ayahnya dan dia dapat melihat semula.
“FASA 9 : PERTEMUAN KEEMPAT, PENYATUAN”
53. Abang-abang Yusuf dan ibu ayahnya menuju Mesir untuk bertemu Yusuf dan menetap
di sana.
54. Setibanya di sana, Yusuf mengajak ibu dan ayahnya duduk di sisinya. Mereka semua
tunduk memberi hormat kepada Yusuf.
55. Yusuf mengakui bahawa inilah yang dimaksudkan mimpinya ketika kecil dahulu. Dan
bermulalah peradaban Bani Israil di Mesir.