SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
PERSEDIAAN DAN CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS BAGI
MENJALANKAN SESI PENGAJARAN ATAS TALIAN SEMASA
PANDEMIK COVID-19
Wan Mohamad Farhan Bin Wan Mohamad Fazali1
dan Prof. Dato' Dr. Ab Halim Bin Tamuri2
1
Universiti Kebangsaan Malaysia
Wanmohdfarhan1997@gmail.com
2
Universiti Kebangsaan Malaysia
abhalim@ukm.edu.my
ABSTRAK
Seluruh dunia dilanda penyakit Covid-19 yang menyebabkan gangguan besar di setiap kawasan ekonomi dan
pendidikan terutamanya di Malaysia. Terdapat sebilangan besar dalam sistem pendidikan dunia telah beralih
kepada gaya pengajaran dalam talian sepenuhnya. Hal ini demikian kerana kaedah pengajaran atas talian adalah
pilihan terbaik untuk pendidikan yang berterusan semasa wabak covid-19 ini. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti persediaan dan cabaran guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa
pandemik covid-19. Reka bentuk kajian tinjauan dilakukan yang melibatkan 100 responden yang terdiri daripada
guru Pendidikan Khas mengajar di Sekolah Menengah di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Borang
soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi mengenalpasti persediaan yang diperlukan dan cabaran yang
dihadapi oleh guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19
oleh responden. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif statistik menggunakan perisian SPSS versi 26
untuk mendapatkan taburan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian ini menunjukkan persediaan yang
dihadapi oleh guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik covid-19
berada pada tahap sederhana (M=2.53) dan cabaran yang dihadapi berada pada tahap sederhana (M=2.60).
Walaupun hasil kajian menunjukkan persediaan yang diperlukan dan cabaran yang dihadapi adalah sederhana
namun ia perlu diambil tindakan segera agar sesi pengajaran guru dalam talian dapat dipertingkatkan lagi. Secara
kesimpulannya, implikasi kajian ialah guru Pendidikan Khas perlu untuk lebih bersedia dan sentiasa menghadapi
segala cabaran bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19 ini.
Kata Kunci: Persediaan; Cabaran; Guru pendidikan khas; Pengajaran atas talian; Pandemik Covid-19.
1. PENGENALAN
Dalam kajian ini, ia memperlihatkan tentang persediaan yang diperlukan dan cabaran yang dihadapi
oleh guru pendidikan khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik covid-19.
Oleh yang demikian, penyelidik melihat beberapa permasalahan yang berlaku dalam kalangan guru
seperti penyediaan bahan, ketiadaan peranti gajet dan kemudahan capaian internet yang baik di kawasan
luar bandar mahupun kawasan bandar, penguasaan kemahiran pedagogi guru yang berteraskan kepada
digital teknologi dan keberkesanan penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru.
Masalah yang pertama ialah penyediaan bahan menjadi masalah untuk guru melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran atas talian. Hal ini kerana guru mempunyai kekangan masa dalam
penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran (Mazelan et. al, 2020). Selain itu, penyeliaan
pentafsiran murid yang penting juga terjejas. Walaupun, terdapat berlakunya penipuan dan tidak
amanah ketika melaksanakan tugasan dalam talian juga menjadi cabaran utama kepada guru. Ini
menyebabkan kepercayaan adalah terletak 100% kepada murid (Aggilanda dan Fadhilah., 2018).
Menurut Yusof et. al (2020) menyatakan bahawa guru juga sukar untuk mengadaptasi kemahiran murid
berkeperluan khas yang bersesuaian dengan perubahan teknologi semasa serta keperluan industri.
Seterusnya, ketiadaan peranti gajet dan capaian internet yang baik di luar bandar mahupun
kawasan bandar. Seperti kita tahu, murid-murid datang dari pelbagai kawasan penempatan rumahnya.
Bukan murid sahaja, malah ada juga dalam kalangan guru yang tinggal di kawasan luar bandar mahupun
bandar kerana mengajar di kawasan sekolah di luar bandar atau bandar. Hal ini menyebabkan oleh
ketiadaan peranti gajet yang baik dan juga kemudahan capaian internet yang baik di kawasan tersebut,
aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) hanya dapat dijalankan secara tidak segerak atau dikenali
sebagai “non-real time” seperti whatsapp, telegram dan sebagainya. Menurut kajian oleh Muhammad
Izzat, Zuriani Hanim dan Nurhafizaliyana (2020) yang menyatakan bahawa ia merupakan suatu cabaran
yang besar bagi seseorang pendidik apabila terpaksa menghadapi dengan situasi seperti masalah capaian
internet yang menyukarkan dalam melancarkan proses PdP yang dilaksanakan secara atas talian. Hal
ini demikian, ketiadaan peranti gajet dan kemudahan capaian internet yang baik sememangnya akan
menyukarkan guru untuk menjalankan pembelajaran secara segerak atau dikenali sebagai “real time”
seperti Google Meet, Zoom dan sebagainya.
Selain daripada itu, penguasaan kemahiran pedagogi guru yang berteraskan kepada digital
teknologi juga menjadi masalah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran atas talian. Hal ini
kerana kebanyakkan guru yang berpengalaman perlulah menguasai kemahiran menggunakan digital
bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran atas talian. Maka, mereka seharusnya menguasainya
agar ia dapat selari dengan keperluan pedagogi pengajaran yang telah dijalankan secara atas talian bagi
menyeragamkan lagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran atas talian.
Walaubagaimanapun, kaedah pembelajaran abad ke-21 telah digunapakai sejak pada tahun
2015, namun masih ramai guru yang masih belum menguasai kemahiran digital dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, terdapat kajian lepas yang menyatakan bahawa guru
semestinya menguasai kemahiran teknologi digital untuk memenuhi tuntutan PdP dengan mengambil
kira konteks pendidikan pada masa kini yang sangat memerlukan untuk mereka memiliki tahap literasi
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang baik (Ong Yao Ping, 2020). Pada waktu yang sama,
penerapan literasi digital dalam kalangan guru sudah semestinya perlu dalam mendepani cabaran
pengajaran dan pembelajaran pada masa kini yang menuntut semua perkara dijalankan secara atas
talian.
Akhir sekali, keberkesanan penyampaian guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan. Seperti yang kita diketahui bahawa aktiviti PdP yang disampaikan secara bersemuka
adalah berbeza dengan penyampaian secara atas talian. Oleh itu, ia sebenarnya menjadi satu
kebimbangan dan kerisauan buat mereka samada murid berkeperluan khas dapat memahami atau tidak
dalam penyampaian pengajaran guru yang disampaikan melalui aktiviti PdP secara atas talian tersebut.
Tambah-tambah pula, terdapat kajian lepas yang berkaitan dengan ini yang menyatakan bahawa
seseorang pendidik perlulah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang berbeza untuk
membolehkan mereka dapat mengetahui tentang keberkesanan, kebolehlaksanaan, keperluan, halangan
dan masalah yang dihadapi dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam talian (Siti
Azura, Suzana dan Zulkarnain, 2021). Maka, guru haruslah sentiasa mengemaskini kemahiran pedagogi
mereka dengan membuat pembacaan tentang kaedah pelaksanaan pembelajaran atas talian agar mereka
dapat meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penyampaian yang
versetail.
Secara kesimpulannya, berdasarkan kepada pernyataan masalah yang telah dijelaskan di atas
maka secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui persediaan dan
cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas dalam melaksanakan pengajaran atas talian semasa
pandemik Covid-19. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persediaan yang diperlukan oleh
Guru Pendidikan Khas bagi sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19 dan cabaran yang
dihadapi oleh Guru Pendidikan Khas dalam sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19.
Namun begitu, kajian ini perlu dilakukan adalah untuk adanya ruang untuk menambahbaikan.
Persediaan yang harus dihadapi dan cabaran yang akan dilalui oleh Guru Pendidikan Khas dalam
pengajaran atas talian semasa Pandemik Covid-19 dapat dikenalpasti dan memberi input yang berguna
kepada Guru Pendidikan Khas yang lain untuk lebih bersedia dalam menghadapi cabaran yang akan
bakal ditempuhi semasa sesi pengajaran atas talian. Selanjutnya, artikel ini akan membentangkan
bahagian tinjauan literatur, metodologi, dapatan kajian dan perbincangan serta kesimpulan.
2. TINJAUAN LITERATUR
2.1 Teori-teori yang mendasari kajian
Kajian ini bersandarkan kepada dua teori iaitu Teori Konstruktivisme Needham dan Teori Fullan. Teori
ini dipilih berdasarkan kepada persediaan dan cabaran guru Pendidikan Khas yang dijalankan dalam
kajian ini akan melibatkan proses yang hampir sama seperti yang terkandung dalam teori ini.
2.1.1 Teori Konstruktivisme Needham
Teori dan model konstruktivisme Needham lima fasa telah dihasilkan oleh Richard Needham di
United Kingdom pada tahun 1987. Model ini terdiri daripada lima fasa iaitu fasa orientasi, fasa
pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa aplikasi idea dan fasa refleksi. Model ini
merangkumi lima fasa iaitu fasa pertama adalah merupakan fasa persediaan orientasi di mana guru
menyediakan suasana pembelajaran bagi merangsang dan menimbulkan minat murid terhadap
pengajaran. Manakala, fasa kedua pula iaitu fasa pencetusan idea juga melibatkan guru merancang
aktiviti dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu yang akan
mereka pelajari. Bagi fasa ketiga pula adalah merupakan penstrukturan semula idea dengan
membantu murid mengubah suai dan penyusunan semula idea mengikut urutan. Kesinambungan
idea kelihatan lebih tersusun dan terancang. Guru berperanan mengukuhkan konsep atau idea yang
tepat pada muridnya. Seterusnya adalah fasa keempat iaitu aplikasi idea. Oleh itu, murid akan
mengaplikasikan pengetahuan baharu dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Maka,
situasi ini dapat mewujudkan kefahaman yang baharu kepada murid. Terakhir iaitu fasa kelima
adalah refleksi. Murid juga membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baharu dan
merenung kembali proses pembelajaran yang merubah idea mereka. Murid juga berupaya
membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal mereka telah berubah.
2.1.2 Teori Fullan
Menurut Fullan (1998), peranan pemimpin pendidikan dalam membuat perubahan boleh dijana
dan dilestarikan dalam lima (5) tindakan iaitu menyelesaikan masalah persekitaran yang kompleks,
mengamalkan komunikasi berkesan, mempunyai fleksibiliti, mengaplikasikan teknologi terkini
serta menggabung konsep lama dan baharu. Bagi menyelesaikan masalah persekitaran yang
kompleks, kepimpinan tradisional telah tidak sesuai lagi pada masa kini terutama semasa krisis
COVID-19. Secara asasnya, kepimpinan yang efektif dipengaruhi oleh tiga komponen iaitu
pemimpin, pengikut dan konteks (Yukl, 2013). Komponen pemimpin dan pengikut yang
dipengaruhi oleh hubungan kerja yang bersifat kompleks dan sukar diramal berlaku dalam
organisasi. Selain itu, budaya kerja di sekolah juga telah berubah sepanjang tempoh PKP, di mana
guru bekerja dari rumah telah menjadi norma baharu. Situasi ini menuntut kecekapan
melaksanakan tugas secara jarak jauh, kesediaan fasiliti dan peralatan yang sesuai, pengurusan
masa, dan integriti setiap guru.
Seterusnya, guru mengamalkan komunikasi berkesan sepanjang sesi pengajaran. Tidak dapat
dinafikan wujud halangan dan rintangan yang mengakibatkan proses komunikasi yang berlaku
tidak dapat dijalankan seperti biasa. Apabila berlakunya PKP dalam pandemik COVID 19,
komunikasi yang lazimnya secara bersemuka antara guru dan pelajar. telah berubah kepada
komunikasi secara dalam talian telah meningkat dengan mendadak. Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak industri yang terdiri daripada sektor telekomunikasi,
penyiaran, pos dan kurier serta pihak berkuasa pensijilan tandatangan digital komited dalam
memastikan kesinambungan operasinya ketika berdepan pandemik COVID-19 (Bernama, 19 Mac
2020). Pada masa yang sama kemahiran baharu juga dituntut agar komunikasi secara dalam talian
ini dapat dikuasai sepenuhnya dan diterima dalam satu budaya baharu membawa kepada keperluan
ke arah pendigitalan masyarakat. Dalam hal ini, setiap guru perlu sentiasa membangunkan
kompetensi diri dalam penggunaan komunikasi terkini dengan memiliki kemahiran, sikap dan ciri-
ciri yang diperlukan agar setiap guru dapat mengatasi sebarang halangan dan rintangan yang
mungkin akan berlaku dalam proses komunikasi ianya sentiasa dapat dilaksanakan dengan
berkesan dalam apa jua keadaan (Kapur, 2018).
Berikutnya, guru perlu lebih fleksibiliti dalam merancang pengajaran mereka. Pendekatan
kepimpinan dalam era digital menjadi cabaran kepada guru yang mana ia memerlukan fleksibiliti
antara guru dan pelajar. Pendekatan kepemimpinan yang bersifat hierarki dan berstruktur, formal,
berasaskan arahan dan tertutup perlu disesuaikan dan memerlukan transformasi bila berhadapan
dengan pandemik COVID-19 ini. Memandangkan generasi masa kini adalah kelompok
terkehadapan dalam dunia digital, maka guru perlu mempunyai pendekatan kepemimpinan
bersesuaian dengan masyarakat hyper-connected melalui dunia digital. Menurut Heimans dan
Timms (2019) dalam buku berjudul New Power dalam era hyper-connected yang bermaksud
capaian kepada rangkaian digital yang meluas di mana sahaja dan pada bila-bila masa, guru lebih
cenderung bekerja dalam keadaan tidak terlalu formal dan kebanyakan organisasi diperkukuhkan
berasaskan jaringan dan keterbukaan. Ini sekaligus mendorong pembabitan setiap guru dalam
organisasi untuk berkomunikasi dengan aktif di alam maya mengenai pelbagai urusan kerja tanpa
mengira tempat dan masa. Ia membantu meningkatkan potensi guru sekaligus mempromosikan
budaya kerja lebih terbuka. Cabaran kepada guru untuk mengamalkan pengurusan dan kepimpinan
secara fleksibel tetapi masih mematuhi peraturan, beretika dan berintegriti ke arah mencapai
matlamat pendidikan.
Manakala, guru perlu mengaplikasikan teknologi terkini dalam menjalankan pengajaran
pelajar. Dalam masa pembangunan profesionalisme berterusan mengintegrasikan penggunaan
TMK dalam pelbagai tujuan pendidikan sedang giat dibangunkan dalam kalangan guru sekolah
dunia dikejutkan dengan pandemik COVID-19. Pelaksanaan PKP yang memerlukan semua
sekolah ditutup. Guru-guru perlu menstrukturkan semula proses pengajaran kepada pembelajaran
berteknologi digital. Aspek kreativiti dan inovasi sangat diperlukan untuk berhadapan dengan
situasi krisis ini agar mampu memberikan penyelesaian kepada fenomena yang baharu.
Penyelesaian dalam pendidikan yang telah dilaksanakan di kebanyakan negara dalam usaha
menangani cabaran pandemik COVID-19 adalah mengubah fokus pembelajaran daripada kaedah
pembelajaran secara tradisional iaitu kaedah bersemuka di dalam kelas kepada pendidikan secara
dalam talian.
Akhir sekali, guru perlu menggabung konsep lama dan baru. Dalam dunia pendidikan
contohnya, sesi pengajaran yang lazimnya dilaksanakan secara bersemuka di sekolah tidak dapat
dijalankan menyebabkan guru perlu berubah ke arah pengaplikasian teknologi sebagai pendekatan
terkini. Sesi perbincangan dan perjumpaan untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran juga
dilakukan secara dalam talian. Justeru, guru perlu menggabung konsep lama atau sedia ada dengan
konsep baharu yang lebih relevan bagi memastikan peranan mereka masih dilaksanakan semasa
dan selepas waktu krisis ini. Bagi generasi baru, generasi X dan generasi Y telah menyebabkan
kepimpinan bertambah kompleks. Jurang perbezaan yang besar dengan corak dan kaedah
kepimpinan tradisional juga telah menyebabkan pendekatan tersebut kurang efektif. Pada masa
yang sama, apabila berlakunya krisis yang memerlukan guru membuat keputusan dan bertindak
secara drastik dan kreatif telah membesarkan lagi jurang pertembungan antara generasi baharu
dengan generasi lama. Maka, cabaran kepada guru untuk memastikan setiap arahan kerja, idea dan
tindakan itu benar-benar dapat memenuhi tuntutan kerja. Guru juga perlu cekap mengadaptasi
kaedah dan menambahbaik peranan mereka dalam membuat keputusan semasa merancang dan
melaksanakan tugas seharian serta mengatasi halangan-halangan yang mungkin timbul.
2.2 Persediaan guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa
pandemik covid-19.
Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua menyatakan bahawa makna persediaan adalah perbuatan atau hal
menyediakan, persiapan atau apa-apa yang disediakan ataupun yang sudah sedia. Ini adalah bagi
melihat sejauhmana persediaan seseorang guru dalam merancang sesi pengajaran atas talian semasa
pandemik covid-19. Berdasarkan kajian-kajian lepas oleh Mallillin et al. (2020) menyatakan bahawa
para guru Pendidikan Khas hendaklah bersedia dan mempelajari kemahiran-kemahiran menggunakan
platform dalam talian seperti Google Classroom, Google Meet, Zoom dan sebagainya. Malahan pula,
kajian ini selari dengan pendapat kajian-kajian yang lepas oleh Lapada et al. (2020) dan Petko et al.
(2020) menyatakan bahawa dari segi persediaan guru melaksanakan pengajaran atas talian dimana guru-
guru Pendidikan Khas hendaklah menguasai pengetahuan menggunakan teknologi demi memastikan
keberkesanan dalam talian. Tambah-tambah pula, guru Pendidikan Khas seharusnya mempersiapkan
diri untuk membuat persediaan dari segi perancangan pengajaran, penilaian dan pengurusan teknikal
(Yogeswary & Helmi, 2021).
Menurut kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh Z.Saad, B.Subramaniam, M. Muthiah
et al (2020), kesediaan siswa guru melaksanakan pengajaran dalam talian dengan menggunakan Google
Meet sebagai platform dalam talian adalah amat penting. Hal ini kerana siswa guru perlu bersedia
mempunyai kemudahan yang lengkap seperti komputer, kemudahan internet dan bilik yang khusus
untuk melaksanakan pengajaran dalam talian. Selain itu, kaedah pengajaran dalam talian juga perlu
mengadunkan elemen-elemen seperti teknologi, pedagogi, dan kandungan sejajar dengan keperluan
pembelajaran abad ke-21 (PAK21) sesuai mengikuti keperluan semasa. Seterusnya, kajian yang telah
dijalankan oleh I.Mahad, Z.Mahamod dan N.Sapian (2021) berkenaan kaedah pengajaran dalam talian
adalah dimana kaedah pengajaran norma baharu yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh para guru. Hal
ini kerana para guru dapat bersedia dan memastikan proses PdP yang dilaksanakan dapat dilancarkan
dengan baik. Akan tetapi kaedah pengajaran norma baharu yang dilaksanakan adalah juga tidak
menentu dan telah mengubah persepsi guru-guru dan murid-murid tentang kaedah pengajaran dalam
talian dalam situasi Pandemik Covid-19.
Kajian ini disokong oleh Muniroh et al. (2020) bahawa teknologi perlu menjadi teman setia
sebagai alat bantu bagi proses pengajaran pada masa kini. Malah, ia dapat memberi pendedahan kepada
teknik-teknik tertentu dalam pengajaran secara talian perlu dipelajari supaya ilmu mudah disampaikan
dan difahami oleh para pelajar. Tambah-tambah pula, teknologi pendidikan digital juga adalah kaedah
pengajaran baru yang perlu dikuasai oleh guru Pendidikan Khas. Oleh itu, penggunaan aplikasi digital
dalam pengajaran atas talian pada masa kini bukan hanya tertumpu kepada mata pelajaran tertentu
sahaja. Akan tetapi ianya meliputi kepada semua mata pelajaran yang diambil oleh murid berkeperluan
khas di sekolah.
2.3 Cabaran guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa
pandemik covid-19.
Terdapat kajian lepas yang telah dilaksanakan bagi mengetahui cabaran yang dilalui oleh guru bagi
menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik covid-19 ialah guru Pendidikan Khas sukar
intuk menghasilkan perbualan antara murid berkeperluan khas dengan guru (N. Mahalingam dan K.
Jamaludin, 2021). Hal ini menyebabkan pengajaran atas talian ini susah atau tidak dapat dilaksankan
dengan baik. Kajian ini disokong oleh Arifah Prima dan Iis Prasetyo, 2020) menyatakan situasi sebigini
akan menjadi penghalang terhadap objektif pengajaran yang tidak tercapai malah para guru juga susah
untuk berinteraksi dengan murid berkeperluan khas.
Selain itu, Ahmad Rizal (2015) menyatakan bahawa para guru tidak menggunakan teknologi
dalam pengajaran atas talian. Hal ini kerana para guru Pendidikan Khas juga kurang ilmu pengetahuan
dalam pencarian data yang diperlukan melalui pencarian Internet. Kajian ini seiring dengan Mewcha
et.al (2015) juga berpendapat bahawa para guru Pendidikan Khas juga kurang ilmu berpengetahuan
dalam penggunaan teknologi untuk menyediakan bahan yang sesuai kepada murid berkeperluan khas.
Oleh hal demikian itu, para guru Pendidikan Khas berasa bimbang dan takut kerana kelemahannya akan
diketahui oleh murid berkeperluan khas itu sendiri. Lazimnya, para guru juga lebih suka menggunakan
buku teks dan bahan rujukan sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Pernyataan Hazlina et.al (2016)
dalam kajiannya membuktikan bahawa masih terdapat guru Pendidikan Khas yang kurang
berpengetahuan untuk mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran atas talian. Hal ini demikian
kerana ia dapat dibuktikan bahawa dimana terdapat guru Pendidikan Khas yang kurang mahir dalam
menyediakan BBM, memproses maklumat melalui laman web dan mengakses portal.
Seterusnya, cabaran yang dilalui oleh guru ialah terdapat sesetengah murid berkeperluan khas
tidak mempunyai teknologi yang lengkap di rumah bagi mengikuti pengajaran atas talian (A.Rahman,
S.Shamsuddin, N.Nozlan et. al, 2021). Hal ini menyebabkan para guru Pendidikan Khas berasa risau
dan bimbang dengan kehadiran murid yang kurang memberangsangkan bagi melaksanakan pengajaran
atas talian. Di samping itu, perkongsian gajet antara ibu bapa mahupun adik-beradik pelajar juga turut
menambahkan lagi kesukarannya. Maka, ia tidak semua murid berkeperluan khas mempunyai
kemudahan komputer riba atau telefon bimbit secara individu. Akan tetapi meskipun para murid
berkeperluan khas juga mempunyai kemudahan teknologi yang lengkap malah mereka juga kurang
berkemahiran untuk mengendalikan teknologi maklumat dan mempunyai masalah jaringan internet
yang tidak stabil lebih-lebih lagi murid yang menetap di kawasan pedalaman. Hal ini mengakibatkan
para guru sukar memberikan tugasan kepada murid malah terpaksa memikirkan pelbagai platform yang
sedia ada bagi menjalankan pengajaran atas talian. Sebagai contohnya, para guru Pendidikan Khas
menggunakan platform youtube bagi menjalankan pengajaran atas talian. Oleh itu demikian kerana ia
memudahkan murid berkeperluan khas melihat video pengajaran yang dihasilkan oleh guru. Malahan
pula, video pengajaran guru tersebut boleh dilihat pada waktu bila-bila masa di platform youtube.
Cabaran yang terakhir dilalui oleh guru Pendidikan Khas ialah kesukaran untuk mewujudkan
jaringan komunikasi antara pihak berkepentingan seperti ibu bapa untuk mendapatkan sokongan dan
memantau sesi pengajaran mereka di rumah kerana mempunyai pengetahuan yang terhad tentang
penggunaan teknologi (ICT). Justeru, hal ini menambahkan lagi kesukaran para guru Pendidikan Khas
untuk menjalankan kaedah pengajaran atas talian sepanjang Pandemik Covid-19 ini.
3. METODOLOGI
3.1 Reka bentuk kajian
Kajian ini dibangunkan untuk mengenalpasti aspek persediaan dan cabaran guru Pendidikan Khas bagi
menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik covid-19. Kajian yang dijalankan ini
berbentuk kajian tinjauan. Dalam kajian ini, instrumen soal selidik digunakan adalah untuk
memperolehi maklumat yang diperlukan bagi menjawab persoalan kajian. Terdapat kajian lepas yang
dijalankan oleh Jas Laile (2008) menyatakan bahawa penggunaan soal selidik adalah mudah, murah,
cepat dan menjimatkan masa.
3.2 Kaedah Persampelan
Pemilihan populasi yang akan digunakan dalam kajian ini adalah kaedah persampelan rawak berstrata
iaitu dimana populasi yang terlibat dalam kajian ini adalah golongan guru-guru Pendidikan Khas yang
mengajar di Sekolah Menengah. Manakala, sampel yang akan digunakan dalam kajian ini adalah
seramai 100 orang guru Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Kuala Lumpur dan Selangor.
3.3 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian telah disediakan. Bahagian A
berkaitan dengan latar belakang demografi guru-guru dan mempunyai 7 soalan pada bahagian ini.
Manakala, Bahagian B pula mengandungi 16 soalan yang berkaitan persediaan yang diperlukan oleh
guru Pendidikan Khas bagi sesi pengajaran atas talian semasa pandemik covid-19. Seterusnya,
Bahagian C juga mengandungi 16 soalan dalam soal selidik yang berkaitan cabaran yang dihadapi oleh
Guru Pendidikan Khas dalam sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19. Di samping itu,
item-item instrumen yang terdapat dalam soal selidik di Bahagian B dan Bahagian C adalah
dimodifikasikan oleh beberapa kajian-kajian yang lepas. Dalam soal selidik ini akan menggunakan
skala Likert yang terdiri daripada lima kemungkinan jawapan, iaitu skala 1 mewakili “Sangat Tidak
Setuju (STS)”, skala 2 mewakili “Tidak Setuju (TS)”, skala 3 mewakili “Kurang Setuju (KS)”, skala 4
mewakili “Setuju (S)” dan skala 5 mewakili “Sangat Setuju (SS)”.
3.4 Kajian Rintis
Kajian rintis yang dilakukan ini bertujuan untuk memastikan instrumen kajian dapat dikenalpasti
kesahihannya. Nilai Cronbach Alpha digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan borang soal selidik.
Nilai Cronbach Alpha yang diperolehi adalah 0.919 yang menunjukkan bahawa soal selidik ini boleh
digunakan untuk kajian ini. Hal ini demikian kerana nilai tersebut boleh dianggap mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi. Seramai 30 orang
responden telah menjawab dan hasil daripada ini didapati bahawa semuanya dapat memahmi item-item
yang terdapat dalam instrumen kajian di Google Forms. Pengkaji juga turut mendapatkan kesahan
instrumen daripada pakar dalam bidang yang dikaji, iaitu pensyarah bidang Pendidikan Khas bagi
mengesahkan item soal selidik tersebut.
3.5 Analisis Data Kajian
Data yang diperoleh dari soal selidik kajian ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS
versi 26. Item-item yang terdapat di Bahagian A dianalisis dari segi kekerapan dan peratusan. Item yang
terdapat di Bahagian B sehingga C pula dianalisis berdasarkan deskriptif statistik menggunakan
peratusan, min, sisihan piawai dan tahap interprestasi skor purata min untuk setiap soalan dan
keseluruhan setiap bahagian B dan C.
4. DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dalam kajian ini, Min (M) dan sisihan piawai (SP) digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Malah,
interpretasi skor min yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada cadangan Neuman (2012) seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Interpretasi Skor Min
Julat Tahap Interpretasi Skor Min
1.00 – 2.39 Rendah
2.40 – 3.70 Sederhana
3.71 – 5.00 Tinggi
4.1 Persediaan guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa
Pandemik COVID-19
Jadual 2 menunjukkan bahawa dapatan yang diperolehi berkaitan dengan persediaan guru Pendidikan
Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19. Hasil kajian seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 2 mendapati majoriti responden menunjukkan tahap kesediaan yang
tinggi bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19. Terdapat satu item
yang menunjukkan tahap interpretasi nilai min yang tinggi iaitu saya bersedia menghadiri sebarang
kursus kemahiran teknologi (ICT) menunjukkan nilai M=3.91; SP=0.92. Sehubungan dengan itu,
berdasarkan dapatan kajian ini bahawa jelas menyatakan kebanyakkan sampel bersedia menghadiri
sebarang kursus kemahiran teknologi (ICT). Persediaan adalah kesanggupan atau kerelaan (Kamus
Dewan Edisi Keempat, 2007) untuk melakukan aktiviti tertentu (Thian, 2020). Menurut F.Asuhaimi
et.al (2020) menjelaskan bahawa persediaan guru merupakan elemen utama yang paling penting dalam
memastikan pengajaran dalam talian dapat berjalan dengan lancar serta memenuhi objektif sesuatu
pengajaran. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-
19 juga akan dapat berjalan dengan lancar dan baik jika guru mempunyai persediaan awal yang
diperlukan bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19. Di samping itu,
adanya sebarang kursus kemahiran teknologi (ICT) juga sedikit sebanyak akan mengurangkan segala
permasalahan guru Pendidikan Khas dalam membuat persediaan bagi menjalankan sesi pengajaran atas
talian semasa pandemik covid-19. Hal ini juga secara tidak langsung telah membantu dan meningkatkan
kemahiran teknologi (ICT) dalam kalangan guru Pendidikan Khas. Oleh itu, pihak Kementerian,
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan pentadbir sekolah juga perlulah sentiasa
menganjurkan bengkel, kursus, taklimat dan sebagainya bagi memenuhi keperluan ilmu ICT para guru
(R.Subramaniam & M.Hamzah, 2020). Secara keseluruhannya, persediaan yang diperlukan oleh guru
Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19 berada pada
tahap yang sederhana dan baik. Hal ini demikian kerana hanya terdapat beberapa orang guru Pendidikan
Khas sahaja yang masih tidak bersedia menghadiri sebarang kursus kemahiran teknologi (ICT).
Terdapat beberapa faktor yang dinyatakan oleh guru seperti guru Pendidikan Khas kurang berkemahiran
tentang teknologi. Perkara ini juga boleh berlaku bahawa guru Pendidikan Khas hilang semangat untuk
menyampaikan ilmu pengajaran disebabkan kurang berkemahiran teknologi (ICT).
Jadual 2: Persediaan Guru (n = 100)
4.2 Cabaran guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa
Pandemik COVID-19
Jadual 3 menunjukkan dapatan yang diperolehi berkaitan dengan cabaran guru Pendidikan Khas bagi
menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19. Berdasarkan tahap interpretasi
skor min yang tinggi, dapatan kajian menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas
bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19 adalah dimana saya berasa
lebih selesa dengan PdP secara bersemuka menunjukkan nilai M=4.30; SP=0.86. Sehubungan dengan
itu, hal ini jelas menunjukkan bahawa hampir kesemua sampel berasa lebih selesa dengan PdP secara
bersemuka. Cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas
talian semasa pandemik Covid-19 mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran atas talian. Pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka sering menjadi pilihan guru
Pendidikan Khas. Hal ini demikian kerana pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka dapat
berinteraksi dua hala antara guru Pendidikan Khas dan murid berkeperluan khas agar murid
berkeperluan khas memahami sesuatu pengajaran yang disampaikan dan mendapatkan ilmu dengan
berkesan (M.Sabri, N.Ismail, N.Shamsudin et al, 2020). Tambahan pula, menurut N.Osman &
M.Hamzah (2016) menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka juga turut
berupaya untuk menilai kemajuan pelajar dengan cara yang diyakini. Seterusnya, cabaran kedua yang
dihadapi oleh majoriti responden adalah dimana murid berkeperluan khas mempunyai cabaran dalam
penggunaan pelbagai peranti seperti telefon bimbit atau komputer riba menunjukkan nilai M=4.03;
SP=1.07. Manakala, cabaran ketiga yang dihadapi oleh majoriti responden adalah saya berasa sukar
mewujudkan komunikasi dua hala dengan murid-murid menunjukkan nilai M=3.85; SP=0.99. Cabaran
yang terakhir sering dihadapi oleh majoriti responden adalah saya merasakan cabaran dalam
mewujudkan jaringan komunikasi antara pihak berkepentingan seperti ibu bapa untuk mendapatkan
sokongan di rumah menunjukkan nilai M=3.98; SP=0.95. Hal ini demikian kerana mereka tidak dapat
mewujudkan kaedah pengajaran yang pelbagai malah ia menyukarkan mereka untuk mewujudkan
komunikasi dua hala dengan murid. Bukan itu sahaja, ia adanya kurang sokongan pengajaran yang
diberikan oleh ibu bapa atau penjaga, kurangnya juga pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi
dan tidak mempunyai akses internet yang stabil. Akan tetapi, cabaran-cabaran lain yang dihadapinya
seperti tidak berkemahiran dalam platform pengajaran atas talian dan tidak mempunyai kemudahan
telefon, komputer riba, tablet atau sebarang peranti yang lain juga perlu diberikan perhatian oleh pihak
yang terlibat. Oleh itu, ia juga perlulah memastikan cabaran yang dihadapi oleh para guru dapat diatasi
bersama agar pengajaran atas talian dapat dilaksanakan dengan baik, berkesan dan memberikan
kebaikan kepada murid berkeperluan khas.
Jadual 3: Cabaran Guru (n = 100)
5. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya boleh dirumuskan bahawa objektif kajian ini telah dapat dicapai dan segala
persoalan bagi kajian ini juga telah dijawab berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan. Tambahan
pula, kesimpulan terhadap kajian dibincangkan dengan teliti bersama implikasi kajian yang diperoleh
selepas menjalankan kajian. Cadangan kajian lanjut juga diperhalusi dengan mendalam untuk kegunaan
kajian pada masa akan datang. Di samping itu, melalui kajian yang telah dijalankan ini juga diharapkan
agar guru dapat membuat persediaan awal dan mengatasi cabaran yang dihadapi dalam menjalankan
sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan pengajaran
atas talian juga dapat dioptimumkan sekiranya kemudahan teknologi berfungsi dengan baik dan capaian
internet yang baik. Akhir sekali, agensi- agensi dan pihak kerajaan juga memainkan peranan yang
penting bagi menyalurkan bantuan dalam menyediakan kemudahan yang lengkap bagi tujuan
pembelajaran terutamanya dalam kalangan murid yang berkeluarga B40.
6. RUJUKAN
Azman Ab Rahman, N. N. (2020). Cadangan Keberkesanan Penggunaan ICT Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan Institusi
Pendidikan Sewaktu COVID-19. The 3rd International Conference of the Postgraduate
Students and Academics in Syariah and Law 2020 (INPAC 2020) (pp. 252-260). Penerbit
USIM.
Azman Ab Rahman, N. N. (2020). Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan Institusi Pendidikan
Sewaktu COVID-19. International Seminar on Islam and Science 2020 (SAIS 2020) (p. 373).
Penerbit USIM.
Che Azizan, S. N., & Mohamad Nasri, N. 2020. Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian
melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik Covid-19.
PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, Vol.11, Edisi Khas. 46-57.
Irma Mahad, Zamri Mahamod & Nurul Azira Sapian. 2021. Kaedah Pengajaran Dalam Talian Guru
Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan di Kawasan Bandar Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol. 3, No. 3. Muka surat 381-394.
Lapada, A. A., Miguel, F. F., Robledo, D. A. R., & Alam, Z. F. (2020). Teachers’ COVID-19 awareness,
distance learning education experiences and perceptions towards institutional readiness and
challenges. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 19(6), 127–
144.
Mallillin, L. L. D., Mendoza, L. C., Mallillin, J. B., Felix, R. C., & Lipayon, I. C. (2020).
Implementation and readiness of online learning pedagogy: a transition to COVID 19
pandemic. European Journal of Open Education and E-Learning Studies, 5(2), 71–90.
Maizatul Shahirah Sabri, Nur Nadia Ismail, Nur Faizatun Nabila Shamsudin dan Wan Mohamad Farhan
Wan Mohamad Fazali. 2020. Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian.
Universiti Kebangsaan Malaysia. Muka surat 1-32.
Mazelan, N. A. H.,Isa, N.M.,& Abidin, M. Z. 2020. Cabaran e-Learning dalam PdPDT dan
Kepentingan Aplikasi Web 2.0 di Kalangan Pensyarah Jabatan Pelancongan dan
Hospitaliti. National Learning Talk 2020 Let’s Talk: Teaching and Learning Online, the New
Norm in Higher Education Learning System.
Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan, Ch’ng Pei Eng. 2020. Adaptasi Pengajaran Dan Pembelajaran
Secara Maya Dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik COVID-19. Jabatan Sains Komputer
dan Matematik (JSKM), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Malaysia.
Muhammad Izzat Mailis, Zuriani Hanim dan Nur hafizaliyana. 2020. Persepsi Pelajar Kolej Universiti
Islam Melaka Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Secara Atas Talian Dalam Era Pandemik
Covid-19. Jurnal Kesidang, Vol.5, 2020: 88-99.
Siti Azura, Suzana dan Zulkarnain. 2021. Keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian
(e-pembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat. International
Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC) Universiti Malaysia Pahang Press,
e-ISSN: 2600-8815 (ONLINE) IJHTC Issue 10, Vol 2 March 2021. pp 1-14.
Thian Jia Ling & Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore. 2020. Kesediaan Guru dan Pelajar Terhadap
Penggunaan Pembelajaran Mobil dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc): Sorotan
Literatur Bersistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH),
Volume 5, Issue 10. Muka surat 83 – 94. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.513
Yusof, M. H. M., Arsat, M., Amin, N. F., & Latif, A. A. 2020. Issue and Challenge for
Vocational Teaching Quality in the Vocational College Lecturers: A Systematic Review/Isu
dan Cabaran Kualiti Penyampaian Pengajaran Bidang Vokasional dalam Kalangan Pensyarah
Kolej Vokasional: Satu Ulasan Sistematik. Sains Humanika, 12(2-2).
Yogeswary Kuppusamy & Helmi Norman. (2021). Kemahiran Teknologi dan Kesediaan Melaksanakan
Pembelajaran dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Era Pandemik Dalam Kalangan Guru
di Sekolah Rendah Tamil (Technology Skills and Readiness to Implement Online Learning and
Facilitation During the Pandemic. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 428–441.
Zakaria bin Saad, Baskaran Subramaniam, Malar Muthiah, Abdul Malek Yaakub, Chin Soo Fong,
Othayakumaran a/l Kandasamy. 2020. Kesediaan Penggunaan Google Meet Sebagai Platform
Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Bagi Siswa Guru Di Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim. Proceedings of International Conference on The Future of
Education (IConFEd) 2020, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang,
Malaysia.

More Related Content

What's hot

Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikWany Hardy
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranzaini mustaffa
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranAhmad Fahmi
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikMoon Joanne
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomMokhzani Fadir
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanZue Shari
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatKhasim Din
 

What's hot (20)

Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumat
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksi
 

Similar to Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran Atas Talian Semasa Pandemik COVID-19

317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdfFattihi Ekhmal
 
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdfMumtazHanna
 
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...RubinaKhan69
 
Kertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasanKertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasanN_naim
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odlArtikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odlRubinaKhan69
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahNorshakirah Adnan
 
Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagajegamani
 
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdfTahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdfcombi07
 
Panduan Pelaksanaan PBD Secara Dalam Talian.pdf
Panduan Pelaksanaan PBD Secara Dalam Talian.pdfPanduan Pelaksanaan PBD Secara Dalam Talian.pdf
Panduan Pelaksanaan PBD Secara Dalam Talian.pdfAbdulMuhaimin162475
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksionalshamsuhaila85
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalshamsuhaila85
 
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...NURUL HUDA
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 

Similar to Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran Atas Talian Semasa Pandemik COVID-19 (20)

317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
 
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
 
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
 
PUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docxPUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docx
 
Kertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasanKertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasan
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odlArtikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolah
 
Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menaga
 
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdfTahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
 
Panduan Pelaksanaan PBD Secara Dalam Talian.pdf
Panduan Pelaksanaan PBD Secara Dalam Talian.pdfPanduan Pelaksanaan PBD Secara Dalam Talian.pdf
Panduan Pelaksanaan PBD Secara Dalam Talian.pdf
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Artikel Mini KT
Artikel Mini KTArtikel Mini KT
Artikel Mini KT
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 

More from Wan Mohamad Farhan

Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianPembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianWan Mohamad Farhan
 
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTAN
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTANPROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTAN
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTANWan Mohamad Farhan
 
Modul 8: Tugasan Visualisasi Agihan Perjalanan
Modul 8: Tugasan Visualisasi Agihan PerjalananModul 8: Tugasan Visualisasi Agihan Perjalanan
Modul 8: Tugasan Visualisasi Agihan PerjalananWan Mohamad Farhan
 
Modul 7: Tugasan Agihan Perjalanan
Modul 7: Tugasan Agihan PerjalananModul 7: Tugasan Agihan Perjalanan
Modul 7: Tugasan Agihan PerjalananWan Mohamad Farhan
 
PROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYA
PROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYAPROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYA
PROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYAWan Mohamad Farhan
 
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...Wan Mohamad Farhan
 
KEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAKEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAWan Mohamad Farhan
 
PROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAM
PROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAMPROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAM
PROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAMWan Mohamad Farhan
 

More from Wan Mohamad Farhan (9)

Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianPembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
 
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTAN
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTANPROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTAN
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTAN
 
Modul 8: Tugasan Visualisasi Agihan Perjalanan
Modul 8: Tugasan Visualisasi Agihan PerjalananModul 8: Tugasan Visualisasi Agihan Perjalanan
Modul 8: Tugasan Visualisasi Agihan Perjalanan
 
Modul 7: Tugasan Agihan Perjalanan
Modul 7: Tugasan Agihan PerjalananModul 7: Tugasan Agihan Perjalanan
Modul 7: Tugasan Agihan Perjalanan
 
PROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYA
PROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYAPROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYA
PROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYA
 
Modul 9 : Tugasan Pisah Ragaman
Modul 9 : Tugasan Pisah RagamanModul 9 : Tugasan Pisah Ragaman
Modul 9 : Tugasan Pisah Ragaman
 
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...
 
KEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAKEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
 
PROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAM
PROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAMPROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAM
PROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAM
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (8)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran Atas Talian Semasa Pandemik COVID-19

  • 1. PERSEDIAAN DAN CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS BAGI MENJALANKAN SESI PENGAJARAN ATAS TALIAN SEMASA PANDEMIK COVID-19 Wan Mohamad Farhan Bin Wan Mohamad Fazali1 dan Prof. Dato' Dr. Ab Halim Bin Tamuri2 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Wanmohdfarhan1997@gmail.com 2 Universiti Kebangsaan Malaysia abhalim@ukm.edu.my ABSTRAK Seluruh dunia dilanda penyakit Covid-19 yang menyebabkan gangguan besar di setiap kawasan ekonomi dan pendidikan terutamanya di Malaysia. Terdapat sebilangan besar dalam sistem pendidikan dunia telah beralih kepada gaya pengajaran dalam talian sepenuhnya. Hal ini demikian kerana kaedah pengajaran atas talian adalah pilihan terbaik untuk pendidikan yang berterusan semasa wabak covid-19 ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persediaan dan cabaran guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik covid-19. Reka bentuk kajian tinjauan dilakukan yang melibatkan 100 responden yang terdiri daripada guru Pendidikan Khas mengajar di Sekolah Menengah di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi mengenalpasti persediaan yang diperlukan dan cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19 oleh responden. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif statistik menggunakan perisian SPSS versi 26 untuk mendapatkan taburan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian ini menunjukkan persediaan yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik covid-19 berada pada tahap sederhana (M=2.53) dan cabaran yang dihadapi berada pada tahap sederhana (M=2.60). Walaupun hasil kajian menunjukkan persediaan yang diperlukan dan cabaran yang dihadapi adalah sederhana namun ia perlu diambil tindakan segera agar sesi pengajaran guru dalam talian dapat dipertingkatkan lagi. Secara kesimpulannya, implikasi kajian ialah guru Pendidikan Khas perlu untuk lebih bersedia dan sentiasa menghadapi segala cabaran bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19 ini. Kata Kunci: Persediaan; Cabaran; Guru pendidikan khas; Pengajaran atas talian; Pandemik Covid-19. 1. PENGENALAN Dalam kajian ini, ia memperlihatkan tentang persediaan yang diperlukan dan cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik covid-19. Oleh yang demikian, penyelidik melihat beberapa permasalahan yang berlaku dalam kalangan guru seperti penyediaan bahan, ketiadaan peranti gajet dan kemudahan capaian internet yang baik di kawasan luar bandar mahupun kawasan bandar, penguasaan kemahiran pedagogi guru yang berteraskan kepada digital teknologi dan keberkesanan penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru. Masalah yang pertama ialah penyediaan bahan menjadi masalah untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran atas talian. Hal ini kerana guru mempunyai kekangan masa dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran (Mazelan et. al, 2020). Selain itu, penyeliaan pentafsiran murid yang penting juga terjejas. Walaupun, terdapat berlakunya penipuan dan tidak amanah ketika melaksanakan tugasan dalam talian juga menjadi cabaran utama kepada guru. Ini menyebabkan kepercayaan adalah terletak 100% kepada murid (Aggilanda dan Fadhilah., 2018). Menurut Yusof et. al (2020) menyatakan bahawa guru juga sukar untuk mengadaptasi kemahiran murid berkeperluan khas yang bersesuaian dengan perubahan teknologi semasa serta keperluan industri. Seterusnya, ketiadaan peranti gajet dan capaian internet yang baik di luar bandar mahupun kawasan bandar. Seperti kita tahu, murid-murid datang dari pelbagai kawasan penempatan rumahnya. Bukan murid sahaja, malah ada juga dalam kalangan guru yang tinggal di kawasan luar bandar mahupun bandar kerana mengajar di kawasan sekolah di luar bandar atau bandar. Hal ini menyebabkan oleh ketiadaan peranti gajet yang baik dan juga kemudahan capaian internet yang baik di kawasan tersebut, aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) hanya dapat dijalankan secara tidak segerak atau dikenali
  • 2. sebagai “non-real time” seperti whatsapp, telegram dan sebagainya. Menurut kajian oleh Muhammad Izzat, Zuriani Hanim dan Nurhafizaliyana (2020) yang menyatakan bahawa ia merupakan suatu cabaran yang besar bagi seseorang pendidik apabila terpaksa menghadapi dengan situasi seperti masalah capaian internet yang menyukarkan dalam melancarkan proses PdP yang dilaksanakan secara atas talian. Hal ini demikian, ketiadaan peranti gajet dan kemudahan capaian internet yang baik sememangnya akan menyukarkan guru untuk menjalankan pembelajaran secara segerak atau dikenali sebagai “real time” seperti Google Meet, Zoom dan sebagainya. Selain daripada itu, penguasaan kemahiran pedagogi guru yang berteraskan kepada digital teknologi juga menjadi masalah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran atas talian. Hal ini kerana kebanyakkan guru yang berpengalaman perlulah menguasai kemahiran menggunakan digital bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran atas talian. Maka, mereka seharusnya menguasainya agar ia dapat selari dengan keperluan pedagogi pengajaran yang telah dijalankan secara atas talian bagi menyeragamkan lagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran atas talian. Walaubagaimanapun, kaedah pembelajaran abad ke-21 telah digunapakai sejak pada tahun 2015, namun masih ramai guru yang masih belum menguasai kemahiran digital dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, terdapat kajian lepas yang menyatakan bahawa guru semestinya menguasai kemahiran teknologi digital untuk memenuhi tuntutan PdP dengan mengambil kira konteks pendidikan pada masa kini yang sangat memerlukan untuk mereka memiliki tahap literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang baik (Ong Yao Ping, 2020). Pada waktu yang sama, penerapan literasi digital dalam kalangan guru sudah semestinya perlu dalam mendepani cabaran pengajaran dan pembelajaran pada masa kini yang menuntut semua perkara dijalankan secara atas talian. Akhir sekali, keberkesanan penyampaian guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Seperti yang kita diketahui bahawa aktiviti PdP yang disampaikan secara bersemuka adalah berbeza dengan penyampaian secara atas talian. Oleh itu, ia sebenarnya menjadi satu kebimbangan dan kerisauan buat mereka samada murid berkeperluan khas dapat memahami atau tidak dalam penyampaian pengajaran guru yang disampaikan melalui aktiviti PdP secara atas talian tersebut. Tambah-tambah pula, terdapat kajian lepas yang berkaitan dengan ini yang menyatakan bahawa seseorang pendidik perlulah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang berbeza untuk membolehkan mereka dapat mengetahui tentang keberkesanan, kebolehlaksanaan, keperluan, halangan dan masalah yang dihadapi dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam talian (Siti Azura, Suzana dan Zulkarnain, 2021). Maka, guru haruslah sentiasa mengemaskini kemahiran pedagogi mereka dengan membuat pembacaan tentang kaedah pelaksanaan pembelajaran atas talian agar mereka dapat meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penyampaian yang versetail. Secara kesimpulannya, berdasarkan kepada pernyataan masalah yang telah dijelaskan di atas maka secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui persediaan dan cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas dalam melaksanakan pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persediaan yang diperlukan oleh Guru Pendidikan Khas bagi sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19 dan cabaran yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Khas dalam sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19. Namun begitu, kajian ini perlu dilakukan adalah untuk adanya ruang untuk menambahbaikan. Persediaan yang harus dihadapi dan cabaran yang akan dilalui oleh Guru Pendidikan Khas dalam pengajaran atas talian semasa Pandemik Covid-19 dapat dikenalpasti dan memberi input yang berguna kepada Guru Pendidikan Khas yang lain untuk lebih bersedia dalam menghadapi cabaran yang akan bakal ditempuhi semasa sesi pengajaran atas talian. Selanjutnya, artikel ini akan membentangkan bahagian tinjauan literatur, metodologi, dapatan kajian dan perbincangan serta kesimpulan. 2. TINJAUAN LITERATUR 2.1 Teori-teori yang mendasari kajian Kajian ini bersandarkan kepada dua teori iaitu Teori Konstruktivisme Needham dan Teori Fullan. Teori ini dipilih berdasarkan kepada persediaan dan cabaran guru Pendidikan Khas yang dijalankan dalam kajian ini akan melibatkan proses yang hampir sama seperti yang terkandung dalam teori ini.
  • 3. 2.1.1 Teori Konstruktivisme Needham Teori dan model konstruktivisme Needham lima fasa telah dihasilkan oleh Richard Needham di United Kingdom pada tahun 1987. Model ini terdiri daripada lima fasa iaitu fasa orientasi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa aplikasi idea dan fasa refleksi. Model ini merangkumi lima fasa iaitu fasa pertama adalah merupakan fasa persediaan orientasi di mana guru menyediakan suasana pembelajaran bagi merangsang dan menimbulkan minat murid terhadap pengajaran. Manakala, fasa kedua pula iaitu fasa pencetusan idea juga melibatkan guru merancang aktiviti dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu yang akan mereka pelajari. Bagi fasa ketiga pula adalah merupakan penstrukturan semula idea dengan membantu murid mengubah suai dan penyusunan semula idea mengikut urutan. Kesinambungan idea kelihatan lebih tersusun dan terancang. Guru berperanan mengukuhkan konsep atau idea yang tepat pada muridnya. Seterusnya adalah fasa keempat iaitu aplikasi idea. Oleh itu, murid akan mengaplikasikan pengetahuan baharu dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Maka, situasi ini dapat mewujudkan kefahaman yang baharu kepada murid. Terakhir iaitu fasa kelima adalah refleksi. Murid juga membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baharu dan merenung kembali proses pembelajaran yang merubah idea mereka. Murid juga berupaya membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal mereka telah berubah. 2.1.2 Teori Fullan Menurut Fullan (1998), peranan pemimpin pendidikan dalam membuat perubahan boleh dijana dan dilestarikan dalam lima (5) tindakan iaitu menyelesaikan masalah persekitaran yang kompleks, mengamalkan komunikasi berkesan, mempunyai fleksibiliti, mengaplikasikan teknologi terkini serta menggabung konsep lama dan baharu. Bagi menyelesaikan masalah persekitaran yang kompleks, kepimpinan tradisional telah tidak sesuai lagi pada masa kini terutama semasa krisis COVID-19. Secara asasnya, kepimpinan yang efektif dipengaruhi oleh tiga komponen iaitu pemimpin, pengikut dan konteks (Yukl, 2013). Komponen pemimpin dan pengikut yang dipengaruhi oleh hubungan kerja yang bersifat kompleks dan sukar diramal berlaku dalam organisasi. Selain itu, budaya kerja di sekolah juga telah berubah sepanjang tempoh PKP, di mana guru bekerja dari rumah telah menjadi norma baharu. Situasi ini menuntut kecekapan melaksanakan tugas secara jarak jauh, kesediaan fasiliti dan peralatan yang sesuai, pengurusan masa, dan integriti setiap guru. Seterusnya, guru mengamalkan komunikasi berkesan sepanjang sesi pengajaran. Tidak dapat dinafikan wujud halangan dan rintangan yang mengakibatkan proses komunikasi yang berlaku tidak dapat dijalankan seperti biasa. Apabila berlakunya PKP dalam pandemik COVID 19, komunikasi yang lazimnya secara bersemuka antara guru dan pelajar. telah berubah kepada komunikasi secara dalam talian telah meningkat dengan mendadak. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak industri yang terdiri daripada sektor telekomunikasi, penyiaran, pos dan kurier serta pihak berkuasa pensijilan tandatangan digital komited dalam memastikan kesinambungan operasinya ketika berdepan pandemik COVID-19 (Bernama, 19 Mac 2020). Pada masa yang sama kemahiran baharu juga dituntut agar komunikasi secara dalam talian ini dapat dikuasai sepenuhnya dan diterima dalam satu budaya baharu membawa kepada keperluan ke arah pendigitalan masyarakat. Dalam hal ini, setiap guru perlu sentiasa membangunkan kompetensi diri dalam penggunaan komunikasi terkini dengan memiliki kemahiran, sikap dan ciri- ciri yang diperlukan agar setiap guru dapat mengatasi sebarang halangan dan rintangan yang mungkin akan berlaku dalam proses komunikasi ianya sentiasa dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam apa jua keadaan (Kapur, 2018). Berikutnya, guru perlu lebih fleksibiliti dalam merancang pengajaran mereka. Pendekatan kepimpinan dalam era digital menjadi cabaran kepada guru yang mana ia memerlukan fleksibiliti antara guru dan pelajar. Pendekatan kepemimpinan yang bersifat hierarki dan berstruktur, formal, berasaskan arahan dan tertutup perlu disesuaikan dan memerlukan transformasi bila berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini. Memandangkan generasi masa kini adalah kelompok terkehadapan dalam dunia digital, maka guru perlu mempunyai pendekatan kepemimpinan bersesuaian dengan masyarakat hyper-connected melalui dunia digital. Menurut Heimans dan
  • 4. Timms (2019) dalam buku berjudul New Power dalam era hyper-connected yang bermaksud capaian kepada rangkaian digital yang meluas di mana sahaja dan pada bila-bila masa, guru lebih cenderung bekerja dalam keadaan tidak terlalu formal dan kebanyakan organisasi diperkukuhkan berasaskan jaringan dan keterbukaan. Ini sekaligus mendorong pembabitan setiap guru dalam organisasi untuk berkomunikasi dengan aktif di alam maya mengenai pelbagai urusan kerja tanpa mengira tempat dan masa. Ia membantu meningkatkan potensi guru sekaligus mempromosikan budaya kerja lebih terbuka. Cabaran kepada guru untuk mengamalkan pengurusan dan kepimpinan secara fleksibel tetapi masih mematuhi peraturan, beretika dan berintegriti ke arah mencapai matlamat pendidikan. Manakala, guru perlu mengaplikasikan teknologi terkini dalam menjalankan pengajaran pelajar. Dalam masa pembangunan profesionalisme berterusan mengintegrasikan penggunaan TMK dalam pelbagai tujuan pendidikan sedang giat dibangunkan dalam kalangan guru sekolah dunia dikejutkan dengan pandemik COVID-19. Pelaksanaan PKP yang memerlukan semua sekolah ditutup. Guru-guru perlu menstrukturkan semula proses pengajaran kepada pembelajaran berteknologi digital. Aspek kreativiti dan inovasi sangat diperlukan untuk berhadapan dengan situasi krisis ini agar mampu memberikan penyelesaian kepada fenomena yang baharu. Penyelesaian dalam pendidikan yang telah dilaksanakan di kebanyakan negara dalam usaha menangani cabaran pandemik COVID-19 adalah mengubah fokus pembelajaran daripada kaedah pembelajaran secara tradisional iaitu kaedah bersemuka di dalam kelas kepada pendidikan secara dalam talian. Akhir sekali, guru perlu menggabung konsep lama dan baru. Dalam dunia pendidikan contohnya, sesi pengajaran yang lazimnya dilaksanakan secara bersemuka di sekolah tidak dapat dijalankan menyebabkan guru perlu berubah ke arah pengaplikasian teknologi sebagai pendekatan terkini. Sesi perbincangan dan perjumpaan untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran juga dilakukan secara dalam talian. Justeru, guru perlu menggabung konsep lama atau sedia ada dengan konsep baharu yang lebih relevan bagi memastikan peranan mereka masih dilaksanakan semasa dan selepas waktu krisis ini. Bagi generasi baru, generasi X dan generasi Y telah menyebabkan kepimpinan bertambah kompleks. Jurang perbezaan yang besar dengan corak dan kaedah kepimpinan tradisional juga telah menyebabkan pendekatan tersebut kurang efektif. Pada masa yang sama, apabila berlakunya krisis yang memerlukan guru membuat keputusan dan bertindak secara drastik dan kreatif telah membesarkan lagi jurang pertembungan antara generasi baharu dengan generasi lama. Maka, cabaran kepada guru untuk memastikan setiap arahan kerja, idea dan tindakan itu benar-benar dapat memenuhi tuntutan kerja. Guru juga perlu cekap mengadaptasi kaedah dan menambahbaik peranan mereka dalam membuat keputusan semasa merancang dan melaksanakan tugas seharian serta mengatasi halangan-halangan yang mungkin timbul. 2.2 Persediaan guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik covid-19. Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua menyatakan bahawa makna persediaan adalah perbuatan atau hal menyediakan, persiapan atau apa-apa yang disediakan ataupun yang sudah sedia. Ini adalah bagi melihat sejauhmana persediaan seseorang guru dalam merancang sesi pengajaran atas talian semasa pandemik covid-19. Berdasarkan kajian-kajian lepas oleh Mallillin et al. (2020) menyatakan bahawa para guru Pendidikan Khas hendaklah bersedia dan mempelajari kemahiran-kemahiran menggunakan platform dalam talian seperti Google Classroom, Google Meet, Zoom dan sebagainya. Malahan pula, kajian ini selari dengan pendapat kajian-kajian yang lepas oleh Lapada et al. (2020) dan Petko et al. (2020) menyatakan bahawa dari segi persediaan guru melaksanakan pengajaran atas talian dimana guru- guru Pendidikan Khas hendaklah menguasai pengetahuan menggunakan teknologi demi memastikan keberkesanan dalam talian. Tambah-tambah pula, guru Pendidikan Khas seharusnya mempersiapkan diri untuk membuat persediaan dari segi perancangan pengajaran, penilaian dan pengurusan teknikal (Yogeswary & Helmi, 2021). Menurut kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh Z.Saad, B.Subramaniam, M. Muthiah et al (2020), kesediaan siswa guru melaksanakan pengajaran dalam talian dengan menggunakan Google Meet sebagai platform dalam talian adalah amat penting. Hal ini kerana siswa guru perlu bersedia mempunyai kemudahan yang lengkap seperti komputer, kemudahan internet dan bilik yang khusus
  • 5. untuk melaksanakan pengajaran dalam talian. Selain itu, kaedah pengajaran dalam talian juga perlu mengadunkan elemen-elemen seperti teknologi, pedagogi, dan kandungan sejajar dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) sesuai mengikuti keperluan semasa. Seterusnya, kajian yang telah dijalankan oleh I.Mahad, Z.Mahamod dan N.Sapian (2021) berkenaan kaedah pengajaran dalam talian adalah dimana kaedah pengajaran norma baharu yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh para guru. Hal ini kerana para guru dapat bersedia dan memastikan proses PdP yang dilaksanakan dapat dilancarkan dengan baik. Akan tetapi kaedah pengajaran norma baharu yang dilaksanakan adalah juga tidak menentu dan telah mengubah persepsi guru-guru dan murid-murid tentang kaedah pengajaran dalam talian dalam situasi Pandemik Covid-19. Kajian ini disokong oleh Muniroh et al. (2020) bahawa teknologi perlu menjadi teman setia sebagai alat bantu bagi proses pengajaran pada masa kini. Malah, ia dapat memberi pendedahan kepada teknik-teknik tertentu dalam pengajaran secara talian perlu dipelajari supaya ilmu mudah disampaikan dan difahami oleh para pelajar. Tambah-tambah pula, teknologi pendidikan digital juga adalah kaedah pengajaran baru yang perlu dikuasai oleh guru Pendidikan Khas. Oleh itu, penggunaan aplikasi digital dalam pengajaran atas talian pada masa kini bukan hanya tertumpu kepada mata pelajaran tertentu sahaja. Akan tetapi ianya meliputi kepada semua mata pelajaran yang diambil oleh murid berkeperluan khas di sekolah. 2.3 Cabaran guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik covid-19. Terdapat kajian lepas yang telah dilaksanakan bagi mengetahui cabaran yang dilalui oleh guru bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik covid-19 ialah guru Pendidikan Khas sukar intuk menghasilkan perbualan antara murid berkeperluan khas dengan guru (N. Mahalingam dan K. Jamaludin, 2021). Hal ini menyebabkan pengajaran atas talian ini susah atau tidak dapat dilaksankan dengan baik. Kajian ini disokong oleh Arifah Prima dan Iis Prasetyo, 2020) menyatakan situasi sebigini akan menjadi penghalang terhadap objektif pengajaran yang tidak tercapai malah para guru juga susah untuk berinteraksi dengan murid berkeperluan khas. Selain itu, Ahmad Rizal (2015) menyatakan bahawa para guru tidak menggunakan teknologi dalam pengajaran atas talian. Hal ini kerana para guru Pendidikan Khas juga kurang ilmu pengetahuan dalam pencarian data yang diperlukan melalui pencarian Internet. Kajian ini seiring dengan Mewcha et.al (2015) juga berpendapat bahawa para guru Pendidikan Khas juga kurang ilmu berpengetahuan dalam penggunaan teknologi untuk menyediakan bahan yang sesuai kepada murid berkeperluan khas. Oleh hal demikian itu, para guru Pendidikan Khas berasa bimbang dan takut kerana kelemahannya akan diketahui oleh murid berkeperluan khas itu sendiri. Lazimnya, para guru juga lebih suka menggunakan buku teks dan bahan rujukan sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Pernyataan Hazlina et.al (2016) dalam kajiannya membuktikan bahawa masih terdapat guru Pendidikan Khas yang kurang berpengetahuan untuk mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran atas talian. Hal ini demikian kerana ia dapat dibuktikan bahawa dimana terdapat guru Pendidikan Khas yang kurang mahir dalam menyediakan BBM, memproses maklumat melalui laman web dan mengakses portal. Seterusnya, cabaran yang dilalui oleh guru ialah terdapat sesetengah murid berkeperluan khas tidak mempunyai teknologi yang lengkap di rumah bagi mengikuti pengajaran atas talian (A.Rahman, S.Shamsuddin, N.Nozlan et. al, 2021). Hal ini menyebabkan para guru Pendidikan Khas berasa risau dan bimbang dengan kehadiran murid yang kurang memberangsangkan bagi melaksanakan pengajaran atas talian. Di samping itu, perkongsian gajet antara ibu bapa mahupun adik-beradik pelajar juga turut menambahkan lagi kesukarannya. Maka, ia tidak semua murid berkeperluan khas mempunyai kemudahan komputer riba atau telefon bimbit secara individu. Akan tetapi meskipun para murid berkeperluan khas juga mempunyai kemudahan teknologi yang lengkap malah mereka juga kurang berkemahiran untuk mengendalikan teknologi maklumat dan mempunyai masalah jaringan internet yang tidak stabil lebih-lebih lagi murid yang menetap di kawasan pedalaman. Hal ini mengakibatkan para guru sukar memberikan tugasan kepada murid malah terpaksa memikirkan pelbagai platform yang sedia ada bagi menjalankan pengajaran atas talian. Sebagai contohnya, para guru Pendidikan Khas menggunakan platform youtube bagi menjalankan pengajaran atas talian. Oleh itu demikian kerana ia memudahkan murid berkeperluan khas melihat video pengajaran yang dihasilkan oleh guru. Malahan pula, video pengajaran guru tersebut boleh dilihat pada waktu bila-bila masa di platform youtube.
  • 6. Cabaran yang terakhir dilalui oleh guru Pendidikan Khas ialah kesukaran untuk mewujudkan jaringan komunikasi antara pihak berkepentingan seperti ibu bapa untuk mendapatkan sokongan dan memantau sesi pengajaran mereka di rumah kerana mempunyai pengetahuan yang terhad tentang penggunaan teknologi (ICT). Justeru, hal ini menambahkan lagi kesukaran para guru Pendidikan Khas untuk menjalankan kaedah pengajaran atas talian sepanjang Pandemik Covid-19 ini. 3. METODOLOGI 3.1 Reka bentuk kajian Kajian ini dibangunkan untuk mengenalpasti aspek persediaan dan cabaran guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik covid-19. Kajian yang dijalankan ini berbentuk kajian tinjauan. Dalam kajian ini, instrumen soal selidik digunakan adalah untuk memperolehi maklumat yang diperlukan bagi menjawab persoalan kajian. Terdapat kajian lepas yang dijalankan oleh Jas Laile (2008) menyatakan bahawa penggunaan soal selidik adalah mudah, murah, cepat dan menjimatkan masa. 3.2 Kaedah Persampelan Pemilihan populasi yang akan digunakan dalam kajian ini adalah kaedah persampelan rawak berstrata iaitu dimana populasi yang terlibat dalam kajian ini adalah golongan guru-guru Pendidikan Khas yang mengajar di Sekolah Menengah. Manakala, sampel yang akan digunakan dalam kajian ini adalah seramai 100 orang guru Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Kuala Lumpur dan Selangor. 3.3 Instrumen Kajian Dalam kajian ini, satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian telah disediakan. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang demografi guru-guru dan mempunyai 7 soalan pada bahagian ini. Manakala, Bahagian B pula mengandungi 16 soalan yang berkaitan persediaan yang diperlukan oleh guru Pendidikan Khas bagi sesi pengajaran atas talian semasa pandemik covid-19. Seterusnya, Bahagian C juga mengandungi 16 soalan dalam soal selidik yang berkaitan cabaran yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Khas dalam sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19. Di samping itu, item-item instrumen yang terdapat dalam soal selidik di Bahagian B dan Bahagian C adalah dimodifikasikan oleh beberapa kajian-kajian yang lepas. Dalam soal selidik ini akan menggunakan skala Likert yang terdiri daripada lima kemungkinan jawapan, iaitu skala 1 mewakili “Sangat Tidak Setuju (STS)”, skala 2 mewakili “Tidak Setuju (TS)”, skala 3 mewakili “Kurang Setuju (KS)”, skala 4 mewakili “Setuju (S)” dan skala 5 mewakili “Sangat Setuju (SS)”. 3.4 Kajian Rintis Kajian rintis yang dilakukan ini bertujuan untuk memastikan instrumen kajian dapat dikenalpasti kesahihannya. Nilai Cronbach Alpha digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan borang soal selidik. Nilai Cronbach Alpha yang diperolehi adalah 0.919 yang menunjukkan bahawa soal selidik ini boleh digunakan untuk kajian ini. Hal ini demikian kerana nilai tersebut boleh dianggap mempunyai tahap kebolehpercayaan yang sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi. Seramai 30 orang responden telah menjawab dan hasil daripada ini didapati bahawa semuanya dapat memahmi item-item yang terdapat dalam instrumen kajian di Google Forms. Pengkaji juga turut mendapatkan kesahan instrumen daripada pakar dalam bidang yang dikaji, iaitu pensyarah bidang Pendidikan Khas bagi mengesahkan item soal selidik tersebut. 3.5 Analisis Data Kajian Data yang diperoleh dari soal selidik kajian ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 26. Item-item yang terdapat di Bahagian A dianalisis dari segi kekerapan dan peratusan. Item yang terdapat di Bahagian B sehingga C pula dianalisis berdasarkan deskriptif statistik menggunakan
  • 7. peratusan, min, sisihan piawai dan tahap interprestasi skor purata min untuk setiap soalan dan keseluruhan setiap bahagian B dan C. 4. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dalam kajian ini, Min (M) dan sisihan piawai (SP) digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Malah, interpretasi skor min yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada cadangan Neuman (2012) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1: Interpretasi Skor Min Julat Tahap Interpretasi Skor Min 1.00 – 2.39 Rendah 2.40 – 3.70 Sederhana 3.71 – 5.00 Tinggi 4.1 Persediaan guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa Pandemik COVID-19 Jadual 2 menunjukkan bahawa dapatan yang diperolehi berkaitan dengan persediaan guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19. Hasil kajian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 mendapati majoriti responden menunjukkan tahap kesediaan yang tinggi bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19. Terdapat satu item yang menunjukkan tahap interpretasi nilai min yang tinggi iaitu saya bersedia menghadiri sebarang kursus kemahiran teknologi (ICT) menunjukkan nilai M=3.91; SP=0.92. Sehubungan dengan itu, berdasarkan dapatan kajian ini bahawa jelas menyatakan kebanyakkan sampel bersedia menghadiri sebarang kursus kemahiran teknologi (ICT). Persediaan adalah kesanggupan atau kerelaan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007) untuk melakukan aktiviti tertentu (Thian, 2020). Menurut F.Asuhaimi et.al (2020) menjelaskan bahawa persediaan guru merupakan elemen utama yang paling penting dalam memastikan pengajaran dalam talian dapat berjalan dengan lancar serta memenuhi objektif sesuatu pengajaran. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid- 19 juga akan dapat berjalan dengan lancar dan baik jika guru mempunyai persediaan awal yang diperlukan bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19. Di samping itu, adanya sebarang kursus kemahiran teknologi (ICT) juga sedikit sebanyak akan mengurangkan segala permasalahan guru Pendidikan Khas dalam membuat persediaan bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik covid-19. Hal ini juga secara tidak langsung telah membantu dan meningkatkan kemahiran teknologi (ICT) dalam kalangan guru Pendidikan Khas. Oleh itu, pihak Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan pentadbir sekolah juga perlulah sentiasa menganjurkan bengkel, kursus, taklimat dan sebagainya bagi memenuhi keperluan ilmu ICT para guru (R.Subramaniam & M.Hamzah, 2020). Secara keseluruhannya, persediaan yang diperlukan oleh guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19 berada pada tahap yang sederhana dan baik. Hal ini demikian kerana hanya terdapat beberapa orang guru Pendidikan Khas sahaja yang masih tidak bersedia menghadiri sebarang kursus kemahiran teknologi (ICT). Terdapat beberapa faktor yang dinyatakan oleh guru seperti guru Pendidikan Khas kurang berkemahiran tentang teknologi. Perkara ini juga boleh berlaku bahawa guru Pendidikan Khas hilang semangat untuk menyampaikan ilmu pengajaran disebabkan kurang berkemahiran teknologi (ICT). Jadual 2: Persediaan Guru (n = 100)
  • 8. 4.2 Cabaran guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa Pandemik COVID-19 Jadual 3 menunjukkan dapatan yang diperolehi berkaitan dengan cabaran guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19. Berdasarkan tahap interpretasi skor min yang tinggi, dapatan kajian menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19 adalah dimana saya berasa lebih selesa dengan PdP secara bersemuka menunjukkan nilai M=4.30; SP=0.86. Sehubungan dengan itu, hal ini jelas menunjukkan bahawa hampir kesemua sampel berasa lebih selesa dengan PdP secara bersemuka. Cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas bagi menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19 mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran atas talian. Pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka sering menjadi pilihan guru Pendidikan Khas. Hal ini demikian kerana pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka dapat berinteraksi dua hala antara guru Pendidikan Khas dan murid berkeperluan khas agar murid berkeperluan khas memahami sesuatu pengajaran yang disampaikan dan mendapatkan ilmu dengan berkesan (M.Sabri, N.Ismail, N.Shamsudin et al, 2020). Tambahan pula, menurut N.Osman & M.Hamzah (2016) menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka juga turut berupaya untuk menilai kemajuan pelajar dengan cara yang diyakini. Seterusnya, cabaran kedua yang dihadapi oleh majoriti responden adalah dimana murid berkeperluan khas mempunyai cabaran dalam penggunaan pelbagai peranti seperti telefon bimbit atau komputer riba menunjukkan nilai M=4.03; SP=1.07. Manakala, cabaran ketiga yang dihadapi oleh majoriti responden adalah saya berasa sukar mewujudkan komunikasi dua hala dengan murid-murid menunjukkan nilai M=3.85; SP=0.99. Cabaran yang terakhir sering dihadapi oleh majoriti responden adalah saya merasakan cabaran dalam mewujudkan jaringan komunikasi antara pihak berkepentingan seperti ibu bapa untuk mendapatkan sokongan di rumah menunjukkan nilai M=3.98; SP=0.95. Hal ini demikian kerana mereka tidak dapat mewujudkan kaedah pengajaran yang pelbagai malah ia menyukarkan mereka untuk mewujudkan komunikasi dua hala dengan murid. Bukan itu sahaja, ia adanya kurang sokongan pengajaran yang
  • 9. diberikan oleh ibu bapa atau penjaga, kurangnya juga pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi dan tidak mempunyai akses internet yang stabil. Akan tetapi, cabaran-cabaran lain yang dihadapinya seperti tidak berkemahiran dalam platform pengajaran atas talian dan tidak mempunyai kemudahan telefon, komputer riba, tablet atau sebarang peranti yang lain juga perlu diberikan perhatian oleh pihak yang terlibat. Oleh itu, ia juga perlulah memastikan cabaran yang dihadapi oleh para guru dapat diatasi bersama agar pengajaran atas talian dapat dilaksanakan dengan baik, berkesan dan memberikan kebaikan kepada murid berkeperluan khas. Jadual 3: Cabaran Guru (n = 100) 5. KESIMPULAN Secara keseluruhannya boleh dirumuskan bahawa objektif kajian ini telah dapat dicapai dan segala persoalan bagi kajian ini juga telah dijawab berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan. Tambahan pula, kesimpulan terhadap kajian dibincangkan dengan teliti bersama implikasi kajian yang diperoleh selepas menjalankan kajian. Cadangan kajian lanjut juga diperhalusi dengan mendalam untuk kegunaan kajian pada masa akan datang. Di samping itu, melalui kajian yang telah dijalankan ini juga diharapkan agar guru dapat membuat persediaan awal dan mengatasi cabaran yang dihadapi dalam menjalankan sesi pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan pengajaran atas talian juga dapat dioptimumkan sekiranya kemudahan teknologi berfungsi dengan baik dan capaian internet yang baik. Akhir sekali, agensi- agensi dan pihak kerajaan juga memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan bantuan dalam menyediakan kemudahan yang lengkap bagi tujuan pembelajaran terutamanya dalam kalangan murid yang berkeluarga B40. 6. RUJUKAN Azman Ab Rahman, N. N. (2020). Cadangan Keberkesanan Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan Institusi
  • 10. Pendidikan Sewaktu COVID-19. The 3rd International Conference of the Postgraduate Students and Academics in Syariah and Law 2020 (INPAC 2020) (pp. 252-260). Penerbit USIM. Azman Ab Rahman, N. N. (2020). Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan Institusi Pendidikan Sewaktu COVID-19. International Seminar on Islam and Science 2020 (SAIS 2020) (p. 373). Penerbit USIM. Che Azizan, S. N., & Mohamad Nasri, N. 2020. Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik Covid-19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, Vol.11, Edisi Khas. 46-57. Irma Mahad, Zamri Mahamod & Nurul Azira Sapian. 2021. Kaedah Pengajaran Dalam Talian Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan di Kawasan Bandar Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol. 3, No. 3. Muka surat 381-394. Lapada, A. A., Miguel, F. F., Robledo, D. A. R., & Alam, Z. F. (2020). Teachers’ COVID-19 awareness, distance learning education experiences and perceptions towards institutional readiness and challenges. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 19(6), 127– 144. Mallillin, L. L. D., Mendoza, L. C., Mallillin, J. B., Felix, R. C., & Lipayon, I. C. (2020). Implementation and readiness of online learning pedagogy: a transition to COVID 19 pandemic. European Journal of Open Education and E-Learning Studies, 5(2), 71–90. Maizatul Shahirah Sabri, Nur Nadia Ismail, Nur Faizatun Nabila Shamsudin dan Wan Mohamad Farhan Wan Mohamad Fazali. 2020. Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian. Universiti Kebangsaan Malaysia. Muka surat 1-32. Mazelan, N. A. H.,Isa, N.M.,& Abidin, M. Z. 2020. Cabaran e-Learning dalam PdPDT dan Kepentingan Aplikasi Web 2.0 di Kalangan Pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. National Learning Talk 2020 Let’s Talk: Teaching and Learning Online, the New Norm in Higher Education Learning System. Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan, Ch’ng Pei Eng. 2020. Adaptasi Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Maya Dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik COVID-19. Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Malaysia. Muhammad Izzat Mailis, Zuriani Hanim dan Nur hafizaliyana. 2020. Persepsi Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Secara Atas Talian Dalam Era Pandemik Covid-19. Jurnal Kesidang, Vol.5, 2020: 88-99. Siti Azura, Suzana dan Zulkarnain. 2021. Keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (e-pembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC) Universiti Malaysia Pahang Press, e-ISSN: 2600-8815 (ONLINE) IJHTC Issue 10, Vol 2 March 2021. pp 1-14. Thian Jia Ling & Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore. 2020. Kesediaan Guru dan Pelajar Terhadap Penggunaan Pembelajaran Mobil dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc): Sorotan Literatur Bersistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 5, Issue 10. Muka surat 83 – 94. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.513 Yusof, M. H. M., Arsat, M., Amin, N. F., & Latif, A. A. 2020. Issue and Challenge for Vocational Teaching Quality in the Vocational College Lecturers: A Systematic Review/Isu dan Cabaran Kualiti Penyampaian Pengajaran Bidang Vokasional dalam Kalangan Pensyarah Kolej Vokasional: Satu Ulasan Sistematik. Sains Humanika, 12(2-2). Yogeswary Kuppusamy & Helmi Norman. (2021). Kemahiran Teknologi dan Kesediaan Melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Era Pandemik Dalam Kalangan Guru di Sekolah Rendah Tamil (Technology Skills and Readiness to Implement Online Learning and Facilitation During the Pandemic. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 428–441. Zakaria bin Saad, Baskaran Subramaniam, Malar Muthiah, Abdul Malek Yaakub, Chin Soo Fong, Othayakumaran a/l Kandasamy. 2020. Kesediaan Penggunaan Google Meet Sebagai Platform Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Bagi Siswa Guru Di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Proceedings of International Conference on The Future of Education (IConFEd) 2020, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia.