SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Download to read offline
NAMA KURSUS:
GGGE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER 1 2020/2021
SET 1
TAJUK:
ARTIKEL PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI (IPT) TERHADAP PEMBELAJARAN SECARA ATAS
TALIAN (ODL)
NAMA PENSYARAH:
LT COL. MOHD JASMY ABD RAHMAN
TS. DR. MOHD KHALID MOHAMAD NASIR
EN MD YUSOFF DAUD
DR. NOR HAFIZAH ADNAN
NAMA PELAJAR:
NUR ARIIZAH BINTI CHE SAHAK (A184276)
RUBINA KHAN BINTI SHAUKAT ALI (A184264)
MUHAMMAD IRFAN BIN ROSLEE (A181622)
SYAIMA’ BINTI MOHD SOUD (A184245)
AMIRAH HASYA BINTI ABDUL AZIZ (A182353)
2
ABSTRAK
Pembelajaran atas talian telah menjadi topik utama dalam kajian berkaitan pendidikan dalam
konteks institut pengajian tinggi. Penemuan oleh penyelidik terdahulu menunjukkan bahawa
tanggapan kebolehgunaan pembelajaran atas talian mempengaruhi proses pembelajaran yang lebih
berkesan dan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Penemuan oleh kajian lepas juga
menunjukkan bahawa tekanan dan kesediaan belajar adalah faktor penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Khususnya, kajian ini menyelidik peranan pembelajaran atas talian
terhadap tekanan belajar dan juga hubungan di antara tekanan dan kesediaan belajar. Data kajian
dikutip dari pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Hasil analisis menunjukkan
bahawa pembelajaran atas talian (ODL) mempengaruhi pembentukan kefahaman pembelajaran,
tekanan belajar, dan komitmen belajar secara positif dan signifikan.. Masalah ketika pembelajaran
atas talian turut dianalisis. Di akhir kertas ini terdapat bahagian perbincangan dan kesimpulan
kajian.
1.0 Pengenalan
Sejak kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan bahawa pembelajaran atas talian
merupakan satu hal yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita oleh kerana impak
pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sekaligus menyumbang kepada penutupan
institusi-institusi pendidikan di negara kita termasuk Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia.
Oleh itu, pembelajaran atas talian dari rumah kini diguna pakai oleh mahasiswa dan mahasiswi
sebagaimana yang dinasihatkan oleh pihak berwajib sebagai satu inisiatif untuk membendung
penularan wabak Covid-19 buat masa ini.
Pembelajaran atas talian merangkumi penggunaan teknologi seperti e-mel, aplikasi media
sosial dan persidangan audio dan video yang disampaikan melalui rangkaian komputer untuk
memberikan pendidikan seperti Google Meet, Microsoft Teams dan sebagainya (Indira & Sakshi,
2017). Internet juga merupakan satu keperluan dalam menjadikan pembelajaran atas talian berhasil.
Selain daripada kebolehcapaian internet, kekangan peranti peralatan komputer juga perlu diatasi.
Penggunaan teknologi berbentuk digital yang diimplementasikan dalam sektor pendidikan kini
dapat menjadi anjakan paradigma yang relevan dengan kehendak zaman. Jika kekangan
3
terjadi dalam mana-mana aspek, maka keberlaksanaan permbelajaran atas talian akan terhalang.
Beralih kepada persepsi pelajar Institut Pendidikan Tinggi, ianya juga perlu diambil kira
iaitu pandangan mahasiswa dan mahasiswi. Seperti yang sudah kita sedia maklum, Institut
Pendidikan Tinggi mengambil langkah dengan mengimplementasikan teknologi digital dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah dalam talian berikutan pelanjutan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung wabak Covid-19. Kaedah tersebut
diguna pakai sehingga kini oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan kepada mahasiswa dan
mahasiswi untuk pulang ke kampus. Namun, kesediaan mahasiswa dan mahasiswi adalah perlu
dipandang serius. Pelajar yang masih baharu dalam mengikuti pembelajaran atas talian pasti
berhadapan dengan kekangan seperti jangka masa perhatian yang pendek atau mempunyai
masalah dalam menggunakan platform teknologi yang terlebih cekap (Huss & Eastop, 2013). Oleh
hal yang demikian, kajian tinjauan yang dilakukan oleh kami akan menunjukkan hal yang berikut
dengan terperinci.
2.0 Pernyataan Masalah
Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin memberi ucapan
secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan
(PKP) di seluruh negara atas bencana wabak COVID-19 yang melanda buana manusia. Oleh yang
demikian, hampir kesemua industri terkesan dengan wabak tersebut dan tidak ketinggalan dengan
bidang pendidikan yang terpaksa ditangguhkan pembelajaran sehingga tempoh yang dimaklumkan
oleh kerajaan. Berikutan dengan tempoh PKP yang terlalu lama, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil langkah untuk
mengelakan daripada bidang pendidikan terbengkalai dengan menjadikan masalah ini sebagai satu
peluang yang terbaik bagi meningkatkan lagi penggunaan teknologi secara maksima dalam sistem
pendidikan Malaysia.
4
Bagi pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS), KPT mengumumkan
bahawa semua kuliah wajib dijalankan secara maya iaitu secara atas talian tanpa membenarkan
pelajaran secara bersemuka mulai 27 Mei 2020. Pengumuman itu menyebabkan pelajar universiti
perlu berhadapan dalam membudayakan norma baharu dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
secara atas talian. Rentetan itu telah menyebabkan mahasiswa mengalami pelbagai masalah untuk
membiasakan diri dengan pembelajaran secara maya ini dan secara tidak langsung telah
menyebabkan pelajar berasa terbeban. Berdasarkan senario tersebut, terdapat beberapa masalah
yang perlu diberi perhatian, iaitu adakah para pelajar bersedia dalam menjalani pembelajaran atas
talian? Seterusnya, bagaimana pula dengan emosi dan motivasi seseorang mahasiswa tersebut
terkesan apabila berlakunya pembelajaran secara maya?
3.0 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
i) Meninjau tahap kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani
Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) sebagai medium pembelajaran.
ii) Mengkaji kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam
menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL)
iii) Mengenal pasti masalah dan cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajar
Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani pembelajaran Secara Atas Talian.
4.0 Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian yang dikemukakan adalah:
i) Apakah tahap kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani
Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) sebagai medium pembelajaran?
ii) Adakah pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bersedia dari segi emosi dan apakah
tahap kesediaan motivasi mereka dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL)?
iii) Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam
menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) dan apakah cadangan yang boleh
dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut?
5
5.0 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan dengan cara melakukan tinjauan umum terhadap persepsi pelajar
Institusi Pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajaran secara atas talian. Kajian tersebut tertumpu
kepada beberapa aspek dari sudut kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam
menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL), kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar
dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian, masalah yang dihadapi pelajar semasa
Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Skop
kajian menjerumus kepada mahasiswa dan mahasiswi universiti awan dan swasta yang terdiri
daripada pelbagai bidang pengajian dan latar belakang yang berbeza. Disebabkan negara kita
masih menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak Covid-
19 (Corona Virus), soal selidik telah dilaksanakan atas talian sebagai satu inisiatif yang paling
relevan di mana mahasiswa dan mahasiswi dapat mengakses Internet dengan mudah walaupun
mereka berada di kampung masing-masing. Tempoh soal selidik dijalankan selama satu minggu
untuk mengumpulkan data-data yang berkaitan dengan kajian.
6.0 Metodologi Kajian
Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Jumlah keseluruhan sampel adalah seramai 35 orang yang terdiri daripada pelajar Universiti
Malaysia Kelantan, Universiti Teknologi Mara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti
Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia yang menjalani pembelajaran secara atas talian (ODL) yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang dan berbeza tempat tinggal.
Soal selidik kajian ini dijalankan menggunakan Google Form secara atas talian. Terdapat 4
bahagian dalam soal selidik tersebut termasuklah bahagian demografik responden, kesediaan
pelajar dalam menjalankan pembelajaran atas talian, kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar
dalam menjalani pembelajaran atas talian dan masalah yang dihadapi pelajar semasa pembelajaran
atas talian dijalankan. Responden dikehendaki menjawab item-item dalam soal selidik tersebut
menggunakan 5 skala likert. Skala likert tersebut telah dilabel seperti berikut,
6
Sangat Tidak Setuju, skala 1, Tidak Setuju, skala 2, Tidak Pasti. Skala 3, Setuju, skala 4 dan
Sangat Setuju, skala 5. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan peratusan, skor min dan
sisihan piawai.
7.0 Dapatan Kajian
Jadual 1 : Kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani
Pembelajaran Secara atas Talian (ODL).
Bil. Item Sangat
tidak
setuju
Tidak
setuju
Tidak
pasti
Setuju Sangat
setuju
Min SD
1. Saya bersedia
untuk mengikuti
pembelajaran atas
talian
0.0% 11.4% 40.0% 40.0% 8.6% 3.4571 6.5574
2. Saya mempunyai 0.0% 14.3% 14.3% 48.6% 22.9% 3.8000 6.2850
kemahiran dalam
penggunaan
teknologi sebagai
satu medium
pembelajaran
3. Saya merasakan 5.7% 5.7% 31.4% 45.7% 11.4% 3.5143 6.2445
bahawa
Pembelajaran
Secara atas Talian
(ODL) amat
membebankan
diri saya.
7
4. Saya mengetahui 8.6% 34.3% 45.7% 8.6% 2.9% 2.6286 6.9642
cara yang terbaik
untuk belajar
dengan fokus dan
efektif walaupun
semasa belajar di
atas talian.
5. Saya mempunyai 20.0% 37.1% 34.3% 8.6% 0.0% 2.3143 5.6125
masalah dalam
Pembelajaran
Secara atas Talian
(ODL)
kerana kurang
kemahiran dalam
menggunakan
teknologi
6. Saya selalu 2.9% 8.6% 8.6% 37.1% 42.9% 4.0857 6.4807
merasa susah
untuk fokus
semasa belajar di
atas talian.
8
7. Saya sedar 11.4% 5.7% 14.3% 28.6% 40.0% 3.7143 4.8990
bahawa saya
perlu
menggunakan
kaedah
Pembelajaran
secara Atas Talian
(ODL) sebaik
sahaja
mendaftar
semester baharu.
8. Saya sedar 0.0% 0.0% 2.9% 31.4% 65.7% 4.6286 10.0747
bahawa suka atau
tidak saya perlu
membiasakan diri
saya dengan
Pembelajaran
secara Atas
Talian supaya
tidak ketinggalan
dalam pelajaran.
9. Saya merasakan 8.6% 28.6% 22.9% 20.0% 20.0% 3.1429 2.5495
bahawa
Pembelajaran atas
Talian (ODL)
memakan kos
yang tinggi.
9
10. Saya sedar bahawa
saya mungkin
masih perlu
menggunakan
kaedah
Pembelajaran
Secara atas Talian
(ODL) walaupun
5.7% 11.4% 11.4% 42.9% 28.6% 3.7714 5.3852
sudah kembali ke
Universiti.
Jumlah 3.5057 6.1053
Jadual 1 menunjukkan kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi(IPT) dalam menjalani
pembelajaran secara atas talian. Item 1 jelas menunjukkan bahawa peratusan pelajar yang tidak
pasti dan setuju bahawa mereka bersedia menjalani pembelajaran secara atas talian adalah sama
iaitu sebanyak 40%. Item 2 menunjukkan bahawa hampir separuh daripada pelajar mahir dalam
menggunakan teknologi sebagai medium pembelajaran. Item 3 menunjukkan bahawa 45.7%
pelajar berpendapat bahawa pembelajaran atas talian hanya membebankan diri mereka. Item 4
dam 6 pula jelas menujukkan keputusan positif bahawa kebanyakkan pelajar berasa tidak pasti
cara untuk belajar secara efektif secara atas talian dan sangat setuju bahawa mereka susah fokus.
Item 5 menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar mempunyai masalah untuk belajar secara atas
talian kerana kurang kemahiran dalam menggunakan teknologi. Item 7 dan 8 menunjukkan
bahawa para pelajar sedar bahawa mereka perlu belajar secara atas talian sebaik sahaja mendaftar
supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran. Item 10 menandakan bahawa 42.9% pelajar setuju
bahawa mereka sedar mereka berkemungkinan untuk belajar atas talian walaupun setelah pulang
ke universiti. Bukan itu sahaja, item 9 menunjukkan respons negatif daripada pelajar kerana
sebanyak 28.6% pelajar tidak bersetuju bahawa pembelajaran secara online memakan kos yang
tinggi.
10
Jadual 2: Kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani Pembelajaran
Secara atas Talian (ODL)
Bil. Item Sangat
tidak
setuju
Tidak
setuju
Tidak
pasti
Setuju
Sangat
setuju
Min SD
1. Saya lebih suka belajar 28.6% 25.7% 25.7% 2.9% 17.1% 2.5428 3.6742
secara atas talian
berbanding
bersemuka.
2. Saya berasa 0.0% 17.1% 25.7% 25.7% 31.4% 3.7142 4.3011
tertekan dengan
tugasan atas talian
yang diberikan
oleh pensyarah.
3. Saya kurang 0.0% 11.4% 8.6% 25.7% 54.3% 4.2285 7.4498
bermotivasi
semasa belajar di
atas talian.
4. Saya mendapat 11.4% 14.3% 28.6% 25.7% 20.0% 3.2857 2.5495
sokongan
daripada
individu terdekat
semasa belajar
secara atas talian.
11
5. Saya merasakan 0.0% 0.0% 11.4% 34.3% 54.3% 4.7142 8.3066
bahawa masa saya
banyak
dihabiskan
untuk
menyiapkan
tugasan sahaja
berbanding belajar.
6. Saya masih 2.9% 11.4% 25.7% 25.7% 34.3% 3.7714 4.4158
mengalami masalah
dalam
menyesuaikan diri
untuk belajar
secara atas talian.
7. Saya berasa saya 2.9% 11.4% 11.4% 17.1% 57.1% 4.1428 7.4833
ketinggalan semasa
belajar berbanding
rakan-rakan yang
lain semasa belajar
secara atas talian.
8. Saya mudah
berputus asa dalam
memahami
pengajaran
pensyarah semasa
belajar secara atas
talian.
8.6% 25.7% 22.9% 8.6% 34.3% 3.3428 3.9370
12
9. Saya bijak
menguruskan
emosi setiap kali
berada di bawah
tekanan yang kuat
semasa belajar
secara atas talian.
5.7% 20.0% 48.6% 11.4% 14.3% 3.0857 5.8736
10. Saya merasakan
bahawa saya
memerlukan
khidmat
kaunseling untuk
membantu saya
mengurus tekanan
semasa belajar.
14.3% 28.6% 22.9% 20.0% 14.3% 2.9142 2.1213
Jumlah 3.5742 5.0112
Jadual 2 menunjukkan keputusan terhadap item-item yang berkaitan dengan kesediaan emosi dan
tahap motivasi pelajar dalam menjalani Pembelajaran secara Atas Talian (ODL). Item 1 dan Item
2 jelas menunjukkan majoriti pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lebih selesa untuk belajar
secara bersemuka berbanding secara atas talian dan sebanyak 31.4% daripada mereka berasa
tertekan dengan tugasan atas talian yang diberikan oleh pensyarah. Item 3 dan Item 5
menunjukkan sebanyak 54.3% pelajar (IPT) kurang bermotivasi semasa belajar di atas talian dan
menganggap masa mereka banyak digunakan untuk menyiapkan tugasan kursus berbanding
dengan untuk belajar. Item 4 menunjukkan hanya 11.4% pelajar (IPT) mendapat sokongan
daripada individu terdekat semasa belajar secara atas talian. Bermula dari Item 6 sehingga Item 9,
menunjukkan keputusan yang negatif bahawa majoriti pelajar (IPT) tidak dapat mengawal emosi
dan menjaga motivasi diri mereka sepanjang pembelajaran secara atas talian diguna pakai. Malah
Item 10, menunjukkan sebanyak 14.3% pelajar (IPT) merasakan bahawa mereka memerlukan
khidmat kaunseling untuk membantu mereka menguruskan tekanan semasa belajar.
13
Jadual 3: Masalah yang dihadapi pelajar semasa Pembelajaran Secara atas Talian (ODL)
dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut
Bil. Item Sangat
tidak
setuju
Tidak
setuju
Tidak
pasti
Setuju Sangat
setuju
Min SD
1. Saya mempunyai
masalah dalam
capaian rangkaian
Internet.
11.4% 17.1% 28.6% 28.6% 14.3% 3.1714 2.8284
2. Saya berasa susah 0.0% 5.7% 11.4% 34.3% 48.6% 4.2571 7.2111
untuk mengikuti
proses
pembelajaran
kerana mudah
terganggu dengan
keadaan sekeliling.
3. Saya tidak 2.9% 14.3% 22.9% 31.4% 28.6% 3.6857 4.0620
memahami apa
yang telah saya
pelajari di atas
talian.
4. Saya kurang
memahami bahan
pengajaran yang
disediakan oleh
pensyarah.
0.0% 14.3% 54.3% 28.6% 2.9% 3.2000 7.7781
14
5. Saya tidak 0.0% 17.1% 34.3% 20.0% 28.6% 3.6000 4.5825
mempunyai suasana
pembelajaran yang
kondusif semasa
belajar di rumah.
6. Saya yakin bahawa 0.0% 0.0% 11.4% 22.9% 65.7% 4.5428 9.5393
ibu bapa berperanan
dalam menyediakan
suasana
pembelajaran yang
kondusif kepada
anak anak yang
belajar
secara atas talian.
7. Saya merasakan 0.0% 2.9% 0.0% 22.9% 74.3% 4.6857 11.1355
bahawa pensyarah
perlu lebih
berkomunikasi
dengan pelajar
melalui sosial media
seperti
“Whatsapp” dan
“Telegram” selain
di dalam kelas
sahaja.
8. Saya merasakan 0.0% 0.0% 5.7% 17.1% 77.1% 4.7142 11.4455
penting bagi setiap
pensyarah
memahami
15
bahawa setiap
pelajar datang dari
latar
belakang sosio
ekonomi yang berbeza.
9. Saya merasakan
penting untuk
pihak universiti
menyediakan
pelan internet
secara
percuma untuk
pelajar dari
keluarga B40.
0.0% 0.0% 5.7% 8.6% 85.7% 4.8000 12.9228
10. Saya merasakan
penting untuk pihak
kerajaan
menyediakan
bantuan komputer
riba kepada pelajar
B40.
0.0% 2.9% 2.9% 17.1% 77.1% 4.6857 11.4236
Jumlah 4.1315 8.2928
Jadual 3 menunjukkan masalah yang dihadapi oleh pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)
semasa Pembelajaran secara Atas Talian (ODL) dan cadangan yang dibincangkan untuk
mengatasi masalah tersebut. Item 1 menunjukkan bahawa 28.6% pelajar Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) mempunyai masalah dalam capaian rangkaian Internet. Melalui Item 2, didapati hanya 5.7%
pelajar (IPT) yang tidak mempunyai sebarang masalah dalam mengikuti
16
pembelajaran secara atas talian. Item 3 juga menunjukkan keputusan yang negatif terhadap
pembelajaran secara atas talian kerana hanya 2.9% sahaja pelajar (IPT) yang dapat memahami
pembelajaran mereka semasa belajar secara atas talian. Item 4 menunjukkan 28.6% pelajar (IPT)
bersetuju bahawa mereka kurang memahami bahan pengajaran yang disediakan oleh pensyarah
mereka. Item 5 menunjukkan bahawa 28.6% pelajar (IPT) sangat bersetuju bahawa mereka tidak
mempunyai suasana pembelajaran yang kondusif semasa belajar di rumah. Item 6 sehingga Item
10 akan membincangkan cadangan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah
pembelajaran secara atas talian melalui sudut pandangan pelajar (IPT) sendiri. Item 6
menunjukkan bahawa sebanyak 65.7% pelajar (IPT) sangat bersetuju bahawa ibu bapa perlu
menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada anak-anak yang belajar secara atas
talian. Item 7 menunjukkan keperluan untuk pensyarah berkomunikasi dengan pelajar melalui
sosial media seperti “Whatsapp” dan “Telegram” selain di dalam kelas sahaja, 74.3% pelajar (IPT)
bersetuju dengan kenyataan tersebut. Item 8 menunjukkan bahawa 77.1% pelajar sangat bersetuju
jika pensyarah dapat memahami bahawa setiap pelajar datang dari latar belakang sosio ekonomi
yang berbeza. Melalui Item 9 dapat dilihat bahawa, majoriti pelajar (IPT) merasakan adalah
penting untuk pihak universiti menyediakan pelan Internet secara percuma untuk pelajar dari
keluarga B40 dan Item 10 menunjukkan 77.1% pelajar (IPT) sangat bersetuju jika pihak kerajaan
menyediakan bantuan komputer riba kepada pelajar yang datang dari keluarga B40.
8.0 Analisis Kajian Dan Perbincangan
Pada bahagian ini, responden telah diutarakan 3 bahagian soalan soal selidik iaitu dari
aspek kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani pembelajaran secara
atas talian (ODL), kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani pembelajaran
secara atas talian, masalah yang dihadapi pelajar semasa pembelajaran secara atas talian (ODL)
dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut dimana bagi setiap aspek terdapat beberapa soalan
dengan pilihan jawapan yang mereka boleh pilih dan telah dikhususkan kepada pelajar-pelajar IPT
yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tempat tinggal. Dalam dapatan kajian yang
dijalankan ini, bahagian ini membincangkan analisa data dan memaparkan hasil penemuan kajian
yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang dimasukkan
17
telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, min purata dan taburan kekerapan.
Pada bahagian pertama soal selidik iaitu dari segi sudut kesediaan pelajar Institusi
Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani pembelajaran secara atas talian (ODL), Majoriti
responden mempunyai persediaan yang cukup untuk menjalani pembelarajan atas talian namun
masih belum buleh menyesuaikan diri untuk belajar atas talian di rumah. Hal ini dapat dilihat
sebanyak 42.9% dan 37.1% responden sangat bersetuju dan bersetuju bahawa mereka selalu
merasa susah untuk fokus semasa belajar di atas talian.
Bahagian kedua iaitu mengenai kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam
menjalani pembelajaran secara atas talian (ODL) pula, Majoriti responden mengalami tekanan dan
kurang motivasi ketika menjalani pembelajaran atas talian, menunjikkan respon negatif. Hal ini
disokong oleh banyak faktor yang telah disetujui oleh rata-rata responden seperti berasa tertekan
dengan tugasan atas talian yang diberikan oleh pensyarah, merasakan bahawa masa saya banyak
dihabiskan untuk menyiapkan tugasan sahaja berbanding belajar dan mereka masih mengalami
masalah dalam menyesuaikan diri untuk belajar secara atas talian.
Bahagian terakhir soal selidik iaitu mengenai masalah yang dihadapi pelajar semasa
pembelajaran secara atas talian (ODL) dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Hasil
kajian mendapati kebanyakkan responden mempunyai masalah semasa menjalani pembelajaran
atas talian(ODL) kerana masalah capaian internet di kawasan yang bebeza, latar belakang
sosioekonomi yang berlainan, tidak mempunyai suasana yang kondusif untuk belajar, sukar untuk
memahami pembelajaran yang diajar. Bagi cadangan pula, responden menyokong cadangan
kerajaan dalam menyediakan pelan internet kepada pelajar dan memberi bantuan komputer riba
kepada golongan B40 iaitu sebnyak 77.1%.
Ringkasnya, Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan responden
mempunyai persepsi negatif terhadap pembelajaran secara atas talian. mempunyai pandangan
negatif terhadap ODL pada waktu pandemik. Walau bagaimanapun, ada segelintir responden
18
yang mempunyai tanggapan positif terhadap ODL. Kebanyakan responden tidak setuju bahawa
ODL membantu meningkatkan prestasi akademik mereka dan menerima faktor bahawa ODL
membuatkan emosi pelajar terganggu. Ini boleh berlaku disebabkan jika pelajar menghadiri kelas
secara bersemuka mereka dapat penyelesaian untuk keraguan mereka kepada guru secara mudah
dan faktor tidak mempunyai capaian internet yang baik juga akan membawa kepada kefahaman
yang kurang jelas semasa ODL. Dapat disimpulkan bahawa pembelajaran atas talian merupakan
suatu norma baharu yang perlu diterima oleh semua pelajar universiti ketika ini disebabkan
keadaan pandemik COVID-19. Hal ini dikatakan demikian atas penjarakan sosial yang perlu
dipatuhi oleh semua orang termasuklah pelajar UKM itu sendiri. Tujuannya untuk mengelakkan
virus COVID-19 daripada terus tersebar
Pembelajaran atas talian bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana
terdapat beberapa masalah yang perlu dihadapi oleh pelajar sepanjang pembelajaran atas talian
dijalankan. Masalah seperti kesukaran mendapat akses internet dan sukar fokus dalam kelas telah
menggangu prestasi pelajar. Selain itu, terdapat juga masalah-masalah lain seperti persekitaran
yang kurang kondusif untuk pembelajaran atas talian serta sukar berkomunikasi dengan pensyarah
dan rakan kumpulan telah menjadi penghalang kepada kelancaran sesi pembelajaran atas talian.
Bukan itu sahaja, masalah tugasan yang diberi oleh pensyarah secara serentak pada waktu yang
sama disebabkan persepsi pelajar yang dianggap mempunyai waktu lapang yang banyak agak
membebankan pelajar terutama lagi sekiranya pelajar tersebut menghadapi beberapa masalah
yang telah dinyatakan sebelumnya.
Cadangan dan langkah yang wajar dibuat ialah sebagai pelajar, amatlah penting untuk
mengetahui masalah pembelajaran yang dihadapi suapya masalah dapat diselesaikan dengan cepat
dan boleh menyesuaikan diri dalam pembelajaran secara atas talian. Sebagai contoh, pelajar
perlulah mewujudkan suasana belajar yang baru dirumah dengan membuat sudut belajar. Dengan
adanye meja belajar yang selesa, pelajar dapat memberi sepenuh tumpuan semasa aktivti
pembelajran. Ibu bapa juga perlulah membantu anak-anak mereka dari segi memberi semangat dan
motivasi. Pensyarah perlulah menggunakan segala kreativiti mereka untuk berinteraksi dengan
pelajar walaupun berjauhan. Inilah masanya pensyarah untuk mengaplikasikan apa sahaja
19
kebolehan dan kreativiti mereka, asalkan proses PdP berlangsung dengan jayanya.
9.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, keberkesanan pembelajaran atas talian pula bergantung kepada cara
penyampaian tenaga pengajar dan usaha pelajar itu sendiri. Dalam kajian yang dilakukan
berdasarkan beberapa orang responden, pembelajaran atas talian tidak menunjukkan keberkesanan
dalam beberapa perkara misalnya dalam tahap fokus pelajar terhadap pembelajaran dan
pencapaian pelajar dari aspek akademik. Meskipun begitu, pembelajaran atas talian tidak dapat
dinafikan mampu melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam teknologi. Hal ini dikatakan
demikian kerana pembelajaran atas talian memerlukan daya kreativiti dan usaha pelajar untuk
menelaah dan mempelajari ilmu-ilmu baharu berkaitan teknologi seperti infografik dan media
sebagai keperluan tugasan dan pembentangan.
Kita yakin kebanyakan universiti awam (UA) memiliki strategi dan langkah alternatif
kepada amalan pembelajaran bersemuka kepada secara dalam talian yang dianggap pilihan terbaik
dalam menghadapi situasi menggugat suasana pembelajaran ini. Sebaliknya memanfaatkan Open
and Distance Learning (ODL). Pensyarah juga menggunakan segala kreativiti mereka untuk
berinteraksi dengan pelajar walaupun berjauhan. Inilah masanya pensyarah dan pelajar untuk
mengaplikasikan apa sahaja kebolehan dan kreativiti mereka, asalkan proses PdP berlangsung
dengan jayanya. Usaha pensyarah di semua institusi pengajian tinggi boleh menggunakan
kreativiti masing-masing dalam PdP seperti menerusi Massive Open Online Learning (MOOC),
Open Educational Resources (OER) dan Flipped Classroom secara dalam talian serta apa sahaja
aplikasi terbuka yang ada. Apa-apa sahaja aplikasi yang boleh membantu pensyarah dan pelajar
berkomunikasi menyampaikan mesej serta arahan tugasan perlu digembleng sebaik mungkin
termasuk WhatsApp, Telegram dan Google Class Room. Kita berada pada zaman serba canggih
dan moden, malah kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit agar semua institusi pengajian
memiliki prasarana pengajian terbaik setanding institusi pengajian luar negara. Oleh itu,
Mahasiswa perlu bijak menguruskan masa belajar dan wujudkan suasana belajar dirumah dengan
membuat sudut belajar sendiri untuk keselesaan, memanfaatkan masa serta menjaga keselamatan
diri di mana sahaja berada walaupun perasaan diganggu dengan tragedi jangkitan COVID-19.
20
Tegasnya, pembelajaran atas talian semakin menjadi suatu kepentingan dan keperluan yang
penting dalam melahirkan pelajar dan pendidikan yang berkualiti Kualiti pembelajar: atas talian
perlulah sentiasa ditambah baik untuk memastikan keberkesanannya dalam pembelajaran dan
pengajaran di abad ini.
21
RUJUKAN
Ab Rahman, R., Musa, R. A. S. R., & Fouzi, M. S. M. (2020). Kesediaan Dan Motivasi Pelajar Kolej
Komuniti Negeri Perak Untuk Menghadapi Norma Baharu Sewaktu Pandemik Coronavirus
Al-Adwan, A. & Smedley, J.K. 2012. Implementing e-learning in the Jordanian Higher Education
Systems: Factors affecting impact. International Journal of Education and Development using
Information and Communication Technology 8(1): 121-135.
Baidari, N.H. & Hassan, Z. 2014. Kajian Tekanan Dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Hulu
Langat. Kolokium Penyelidikan & Inovasi Wilayah Selangor.
Cantonia, V., Cellario, M. & Porta, M. 2004. Perspective and challenges in elearning: Towards natural
interaction paradigms. Journal of Visual Languanges and Computing 15(5): 333-345.
Dhull, Indira & Arora, Sakshi. 2019. Online Learning. International Education & Research Journal [IERJ].
3.32-34.
Disease (COVID-19): Pembelajaran Secara Atas Talian. Politeknik & Kolej Komuniti Journal
of Social Sciences and Humanities, 5(1).
Huss, John A. and Eastep, Shannon. (2013). The Perceptions of Students toward Online Learning at a
Midwestern University: What are Students Telling Us and What Are We Doing About It?. i.e.:
inquiry in education: Vol. 4: Iss. 2, Article 5. University Library, National Louis University.
Saud, S., Rahman, M.A.A. & Shiung, T.K. 2007. Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-
LEARNING) Di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institut
Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor. 1st International Malaysian Educational Technology
Convension. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Singh, G. O’Donoghue, J. & Worton, H. 2003. A study into the effects of e-learning on higher
education. Journal of University Teaching and Learning Practice 95: 179-187.
Sun, P., Tsai, R.J., Finger, G., Chen, Y., & Yeh, D. 2008. What drives a successful e-learning? An
empirical investigation of the critical factors influencing learning satisfaction. Computer &
Education 50(4): 1183-1202.
Szabo, A., Ward, C. & Jose, P.F. 2016. Uprooting stress, coping, and anxiety: A longitudinal study of
international students. International Journal of Stress Management 23(2): 190-208.
Yusof, H.A.M. & Azman, N. 2013. Perkaitan antara pengurusan masa dan tekanan dalam kalangan
pelajar siswazah di IPTA. Jurnal Pengajaran & Pembelajaran Dalam Pendidikan Tinggi
AJTLHE 5(1): 34-49

More Related Content

What's hot

Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Chuah Chye
 
Makroekonomi Topik 8 (1)
Makroekonomi Topik 8 (1)Makroekonomi Topik 8 (1)
Makroekonomi Topik 8 (1)WanBK Leo
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Perkembangan emosi , sosial dan rohani
Perkembangan emosi , sosial dan rohaniPerkembangan emosi , sosial dan rohani
Perkembangan emosi , sosial dan rohaninelson fredoline
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifRashidah Awang
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
Kepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridKepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridMoazar Abrahman
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Isu isu moral dalam pendidikan
Isu isu moral dalam pendidikanIsu isu moral dalam pendidikan
Isu isu moral dalam pendidikanNIENAAINIE
 
1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalismeZul Isa
 
Kesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranKesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranUNie ONie
 
Panduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaPanduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaaliztrade
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Karangan Kebaikan Menjadi Seorang Guru
Karangan Kebaikan Menjadi Seorang GuruKarangan Kebaikan Menjadi Seorang Guru
Karangan Kebaikan Menjadi Seorang GuruLetchuSubramaniam1
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Maria Nordin
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahHon Shan Shan
 
Rancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaRancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaHafizzah Kudus
 
Bab 3 kreativiti dan inovasi
Bab 3   kreativiti dan inovasiBab 3   kreativiti dan inovasi
Bab 3 kreativiti dan inovasiWanBK Leo
 

What's hot (20)

Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
 
Makroekonomi Topik 8 (1)
Makroekonomi Topik 8 (1)Makroekonomi Topik 8 (1)
Makroekonomi Topik 8 (1)
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Perkembangan emosi , sosial dan rohani
Perkembangan emosi , sosial dan rohaniPerkembangan emosi , sosial dan rohani
Perkembangan emosi , sosial dan rohani
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatif
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Kepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridKepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi murid
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
GLOBALISASI
GLOBALISASIGLOBALISASI
GLOBALISASI
 
Isu isu moral dalam pendidikan
Isu isu moral dalam pendidikanIsu isu moral dalam pendidikan
Isu isu moral dalam pendidikan
 
1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme
 
Kesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranKesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaran
 
Panduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaPanduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadika
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Karangan Kebaikan Menjadi Seorang Guru
Karangan Kebaikan Menjadi Seorang GuruKarangan Kebaikan Menjadi Seorang Guru
Karangan Kebaikan Menjadi Seorang Guru
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolah
 
Rancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaRancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taska
 
Bab 3 kreativiti dan inovasi
Bab 3   kreativiti dan inovasiBab 3   kreativiti dan inovasi
Bab 3 kreativiti dan inovasi
 

Similar to Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajaran secara atas talian (ODL)

Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odlArtikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odlRubinaKhan69
 
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdfMumtazHanna
 
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdfFattihi Ekhmal
 
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...Wan Mohamad Farhan
 
Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagajegamani
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
Pembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalPembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalAhmad Syakir
 
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...Zaharah Alang Ahmad
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Li Fang Li
 
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun Suan
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun SuanUlasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun Suan
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun SuanMun Suan
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalSandhrigah Krishnan
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 

Similar to Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajaran secara atas talian (ODL) (20)

Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odlArtikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl
 
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
 
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
317-Article Text-1997-1-10-20211126.pdf
 
PUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docxPUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docx
 
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menaga
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
Pembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalPembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan Jurnal
 
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1
 
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun Suan
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun SuanUlasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun Suan
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun Suan
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 

Recently uploaded

PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxsitimahida2
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NurulAliah35
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxYUSYAILABINTIYUNUSMo
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 

Recently uploaded (6)

PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 

Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajaran secara atas talian (ODL)

  • 1. NAMA KURSUS: GGGE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1 2020/2021 SET 1 TAJUK: ARTIKEL PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) TERHADAP PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN (ODL) NAMA PENSYARAH: LT COL. MOHD JASMY ABD RAHMAN TS. DR. MOHD KHALID MOHAMAD NASIR EN MD YUSOFF DAUD DR. NOR HAFIZAH ADNAN NAMA PELAJAR: NUR ARIIZAH BINTI CHE SAHAK (A184276) RUBINA KHAN BINTI SHAUKAT ALI (A184264) MUHAMMAD IRFAN BIN ROSLEE (A181622) SYAIMA’ BINTI MOHD SOUD (A184245) AMIRAH HASYA BINTI ABDUL AZIZ (A182353)
  • 2. 2 ABSTRAK Pembelajaran atas talian telah menjadi topik utama dalam kajian berkaitan pendidikan dalam konteks institut pengajian tinggi. Penemuan oleh penyelidik terdahulu menunjukkan bahawa tanggapan kebolehgunaan pembelajaran atas talian mempengaruhi proses pembelajaran yang lebih berkesan dan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Penemuan oleh kajian lepas juga menunjukkan bahawa tekanan dan kesediaan belajar adalah faktor penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Khususnya, kajian ini menyelidik peranan pembelajaran atas talian terhadap tekanan belajar dan juga hubungan di antara tekanan dan kesediaan belajar. Data kajian dikutip dari pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Hasil analisis menunjukkan bahawa pembelajaran atas talian (ODL) mempengaruhi pembentukan kefahaman pembelajaran, tekanan belajar, dan komitmen belajar secara positif dan signifikan.. Masalah ketika pembelajaran atas talian turut dianalisis. Di akhir kertas ini terdapat bahagian perbincangan dan kesimpulan kajian. 1.0 Pengenalan Sejak kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan bahawa pembelajaran atas talian merupakan satu hal yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita oleh kerana impak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sekaligus menyumbang kepada penutupan institusi-institusi pendidikan di negara kita termasuk Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia. Oleh itu, pembelajaran atas talian dari rumah kini diguna pakai oleh mahasiswa dan mahasiswi sebagaimana yang dinasihatkan oleh pihak berwajib sebagai satu inisiatif untuk membendung penularan wabak Covid-19 buat masa ini. Pembelajaran atas talian merangkumi penggunaan teknologi seperti e-mel, aplikasi media sosial dan persidangan audio dan video yang disampaikan melalui rangkaian komputer untuk memberikan pendidikan seperti Google Meet, Microsoft Teams dan sebagainya (Indira & Sakshi, 2017). Internet juga merupakan satu keperluan dalam menjadikan pembelajaran atas talian berhasil. Selain daripada kebolehcapaian internet, kekangan peranti peralatan komputer juga perlu diatasi. Penggunaan teknologi berbentuk digital yang diimplementasikan dalam sektor pendidikan kini dapat menjadi anjakan paradigma yang relevan dengan kehendak zaman. Jika kekangan
  • 3. 3 terjadi dalam mana-mana aspek, maka keberlaksanaan permbelajaran atas talian akan terhalang. Beralih kepada persepsi pelajar Institut Pendidikan Tinggi, ianya juga perlu diambil kira iaitu pandangan mahasiswa dan mahasiswi. Seperti yang sudah kita sedia maklum, Institut Pendidikan Tinggi mengambil langkah dengan mengimplementasikan teknologi digital dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah dalam talian berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung wabak Covid-19. Kaedah tersebut diguna pakai sehingga kini oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk pulang ke kampus. Namun, kesediaan mahasiswa dan mahasiswi adalah perlu dipandang serius. Pelajar yang masih baharu dalam mengikuti pembelajaran atas talian pasti berhadapan dengan kekangan seperti jangka masa perhatian yang pendek atau mempunyai masalah dalam menggunakan platform teknologi yang terlebih cekap (Huss & Eastop, 2013). Oleh hal yang demikian, kajian tinjauan yang dilakukan oleh kami akan menunjukkan hal yang berikut dengan terperinci. 2.0 Pernyataan Masalah Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin memberi ucapan secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara atas bencana wabak COVID-19 yang melanda buana manusia. Oleh yang demikian, hampir kesemua industri terkesan dengan wabak tersebut dan tidak ketinggalan dengan bidang pendidikan yang terpaksa ditangguhkan pembelajaran sehingga tempoh yang dimaklumkan oleh kerajaan. Berikutan dengan tempoh PKP yang terlalu lama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil langkah untuk mengelakan daripada bidang pendidikan terbengkalai dengan menjadikan masalah ini sebagai satu peluang yang terbaik bagi meningkatkan lagi penggunaan teknologi secara maksima dalam sistem pendidikan Malaysia.
  • 4. 4 Bagi pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS), KPT mengumumkan bahawa semua kuliah wajib dijalankan secara maya iaitu secara atas talian tanpa membenarkan pelajaran secara bersemuka mulai 27 Mei 2020. Pengumuman itu menyebabkan pelajar universiti perlu berhadapan dalam membudayakan norma baharu dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian. Rentetan itu telah menyebabkan mahasiswa mengalami pelbagai masalah untuk membiasakan diri dengan pembelajaran secara maya ini dan secara tidak langsung telah menyebabkan pelajar berasa terbeban. Berdasarkan senario tersebut, terdapat beberapa masalah yang perlu diberi perhatian, iaitu adakah para pelajar bersedia dalam menjalani pembelajaran atas talian? Seterusnya, bagaimana pula dengan emosi dan motivasi seseorang mahasiswa tersebut terkesan apabila berlakunya pembelajaran secara maya? 3.0 Objektif Kajian Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk: i) Meninjau tahap kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) sebagai medium pembelajaran. ii) Mengkaji kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) iii) Mengenal pasti masalah dan cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani pembelajaran Secara Atas Talian. 4.0 Persoalan Kajian Antara persoalan kajian yang dikemukakan adalah: i) Apakah tahap kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) sebagai medium pembelajaran? ii) Adakah pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bersedia dari segi emosi dan apakah tahap kesediaan motivasi mereka dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL)? iii) Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) dan apakah cadangan yang boleh dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut?
  • 5. 5 5.0 Skop Kajian Kajian ini dijalankan dengan cara melakukan tinjauan umum terhadap persepsi pelajar Institusi Pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajaran secara atas talian. Kajian tersebut tertumpu kepada beberapa aspek dari sudut kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL), kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian, masalah yang dihadapi pelajar semasa Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Skop kajian menjerumus kepada mahasiswa dan mahasiswi universiti awan dan swasta yang terdiri daripada pelbagai bidang pengajian dan latar belakang yang berbeza. Disebabkan negara kita masih menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak Covid- 19 (Corona Virus), soal selidik telah dilaksanakan atas talian sebagai satu inisiatif yang paling relevan di mana mahasiswa dan mahasiswi dapat mengakses Internet dengan mudah walaupun mereka berada di kampung masing-masing. Tempoh soal selidik dijalankan selama satu minggu untuk mengumpulkan data-data yang berkaitan dengan kajian. 6.0 Metodologi Kajian Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Jumlah keseluruhan sampel adalah seramai 35 orang yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Teknologi Mara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang menjalani pembelajaran secara atas talian (ODL) yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan berbeza tempat tinggal. Soal selidik kajian ini dijalankan menggunakan Google Form secara atas talian. Terdapat 4 bahagian dalam soal selidik tersebut termasuklah bahagian demografik responden, kesediaan pelajar dalam menjalankan pembelajaran atas talian, kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani pembelajaran atas talian dan masalah yang dihadapi pelajar semasa pembelajaran atas talian dijalankan. Responden dikehendaki menjawab item-item dalam soal selidik tersebut menggunakan 5 skala likert. Skala likert tersebut telah dilabel seperti berikut,
  • 6. 6 Sangat Tidak Setuju, skala 1, Tidak Setuju, skala 2, Tidak Pasti. Skala 3, Setuju, skala 4 dan Sangat Setuju, skala 5. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan peratusan, skor min dan sisihan piawai. 7.0 Dapatan Kajian Jadual 1 : Kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL). Bil. Item Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju Min SD 1. Saya bersedia untuk mengikuti pembelajaran atas talian 0.0% 11.4% 40.0% 40.0% 8.6% 3.4571 6.5574 2. Saya mempunyai 0.0% 14.3% 14.3% 48.6% 22.9% 3.8000 6.2850 kemahiran dalam penggunaan teknologi sebagai satu medium pembelajaran 3. Saya merasakan 5.7% 5.7% 31.4% 45.7% 11.4% 3.5143 6.2445 bahawa Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) amat membebankan diri saya.
  • 7. 7 4. Saya mengetahui 8.6% 34.3% 45.7% 8.6% 2.9% 2.6286 6.9642 cara yang terbaik untuk belajar dengan fokus dan efektif walaupun semasa belajar di atas talian. 5. Saya mempunyai 20.0% 37.1% 34.3% 8.6% 0.0% 2.3143 5.6125 masalah dalam Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) kerana kurang kemahiran dalam menggunakan teknologi 6. Saya selalu 2.9% 8.6% 8.6% 37.1% 42.9% 4.0857 6.4807 merasa susah untuk fokus semasa belajar di atas talian.
  • 8. 8 7. Saya sedar 11.4% 5.7% 14.3% 28.6% 40.0% 3.7143 4.8990 bahawa saya perlu menggunakan kaedah Pembelajaran secara Atas Talian (ODL) sebaik sahaja mendaftar semester baharu. 8. Saya sedar 0.0% 0.0% 2.9% 31.4% 65.7% 4.6286 10.0747 bahawa suka atau tidak saya perlu membiasakan diri saya dengan Pembelajaran secara Atas Talian supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran. 9. Saya merasakan 8.6% 28.6% 22.9% 20.0% 20.0% 3.1429 2.5495 bahawa Pembelajaran atas Talian (ODL) memakan kos yang tinggi.
  • 9. 9 10. Saya sedar bahawa saya mungkin masih perlu menggunakan kaedah Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) walaupun 5.7% 11.4% 11.4% 42.9% 28.6% 3.7714 5.3852 sudah kembali ke Universiti. Jumlah 3.5057 6.1053 Jadual 1 menunjukkan kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi(IPT) dalam menjalani pembelajaran secara atas talian. Item 1 jelas menunjukkan bahawa peratusan pelajar yang tidak pasti dan setuju bahawa mereka bersedia menjalani pembelajaran secara atas talian adalah sama iaitu sebanyak 40%. Item 2 menunjukkan bahawa hampir separuh daripada pelajar mahir dalam menggunakan teknologi sebagai medium pembelajaran. Item 3 menunjukkan bahawa 45.7% pelajar berpendapat bahawa pembelajaran atas talian hanya membebankan diri mereka. Item 4 dam 6 pula jelas menujukkan keputusan positif bahawa kebanyakkan pelajar berasa tidak pasti cara untuk belajar secara efektif secara atas talian dan sangat setuju bahawa mereka susah fokus. Item 5 menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar mempunyai masalah untuk belajar secara atas talian kerana kurang kemahiran dalam menggunakan teknologi. Item 7 dan 8 menunjukkan bahawa para pelajar sedar bahawa mereka perlu belajar secara atas talian sebaik sahaja mendaftar supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran. Item 10 menandakan bahawa 42.9% pelajar setuju bahawa mereka sedar mereka berkemungkinan untuk belajar atas talian walaupun setelah pulang ke universiti. Bukan itu sahaja, item 9 menunjukkan respons negatif daripada pelajar kerana sebanyak 28.6% pelajar tidak bersetuju bahawa pembelajaran secara online memakan kos yang tinggi.
  • 10. 10 Jadual 2: Kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) Bil. Item Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju Min SD 1. Saya lebih suka belajar 28.6% 25.7% 25.7% 2.9% 17.1% 2.5428 3.6742 secara atas talian berbanding bersemuka. 2. Saya berasa 0.0% 17.1% 25.7% 25.7% 31.4% 3.7142 4.3011 tertekan dengan tugasan atas talian yang diberikan oleh pensyarah. 3. Saya kurang 0.0% 11.4% 8.6% 25.7% 54.3% 4.2285 7.4498 bermotivasi semasa belajar di atas talian. 4. Saya mendapat 11.4% 14.3% 28.6% 25.7% 20.0% 3.2857 2.5495 sokongan daripada individu terdekat semasa belajar secara atas talian.
  • 11. 11 5. Saya merasakan 0.0% 0.0% 11.4% 34.3% 54.3% 4.7142 8.3066 bahawa masa saya banyak dihabiskan untuk menyiapkan tugasan sahaja berbanding belajar. 6. Saya masih 2.9% 11.4% 25.7% 25.7% 34.3% 3.7714 4.4158 mengalami masalah dalam menyesuaikan diri untuk belajar secara atas talian. 7. Saya berasa saya 2.9% 11.4% 11.4% 17.1% 57.1% 4.1428 7.4833 ketinggalan semasa belajar berbanding rakan-rakan yang lain semasa belajar secara atas talian. 8. Saya mudah berputus asa dalam memahami pengajaran pensyarah semasa belajar secara atas talian. 8.6% 25.7% 22.9% 8.6% 34.3% 3.3428 3.9370
  • 12. 12 9. Saya bijak menguruskan emosi setiap kali berada di bawah tekanan yang kuat semasa belajar secara atas talian. 5.7% 20.0% 48.6% 11.4% 14.3% 3.0857 5.8736 10. Saya merasakan bahawa saya memerlukan khidmat kaunseling untuk membantu saya mengurus tekanan semasa belajar. 14.3% 28.6% 22.9% 20.0% 14.3% 2.9142 2.1213 Jumlah 3.5742 5.0112 Jadual 2 menunjukkan keputusan terhadap item-item yang berkaitan dengan kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani Pembelajaran secara Atas Talian (ODL). Item 1 dan Item 2 jelas menunjukkan majoriti pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lebih selesa untuk belajar secara bersemuka berbanding secara atas talian dan sebanyak 31.4% daripada mereka berasa tertekan dengan tugasan atas talian yang diberikan oleh pensyarah. Item 3 dan Item 5 menunjukkan sebanyak 54.3% pelajar (IPT) kurang bermotivasi semasa belajar di atas talian dan menganggap masa mereka banyak digunakan untuk menyiapkan tugasan kursus berbanding dengan untuk belajar. Item 4 menunjukkan hanya 11.4% pelajar (IPT) mendapat sokongan daripada individu terdekat semasa belajar secara atas talian. Bermula dari Item 6 sehingga Item 9, menunjukkan keputusan yang negatif bahawa majoriti pelajar (IPT) tidak dapat mengawal emosi dan menjaga motivasi diri mereka sepanjang pembelajaran secara atas talian diguna pakai. Malah Item 10, menunjukkan sebanyak 14.3% pelajar (IPT) merasakan bahawa mereka memerlukan khidmat kaunseling untuk membantu mereka menguruskan tekanan semasa belajar.
  • 13. 13 Jadual 3: Masalah yang dihadapi pelajar semasa Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut Bil. Item Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju Min SD 1. Saya mempunyai masalah dalam capaian rangkaian Internet. 11.4% 17.1% 28.6% 28.6% 14.3% 3.1714 2.8284 2. Saya berasa susah 0.0% 5.7% 11.4% 34.3% 48.6% 4.2571 7.2111 untuk mengikuti proses pembelajaran kerana mudah terganggu dengan keadaan sekeliling. 3. Saya tidak 2.9% 14.3% 22.9% 31.4% 28.6% 3.6857 4.0620 memahami apa yang telah saya pelajari di atas talian. 4. Saya kurang memahami bahan pengajaran yang disediakan oleh pensyarah. 0.0% 14.3% 54.3% 28.6% 2.9% 3.2000 7.7781
  • 14. 14 5. Saya tidak 0.0% 17.1% 34.3% 20.0% 28.6% 3.6000 4.5825 mempunyai suasana pembelajaran yang kondusif semasa belajar di rumah. 6. Saya yakin bahawa 0.0% 0.0% 11.4% 22.9% 65.7% 4.5428 9.5393 ibu bapa berperanan dalam menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada anak anak yang belajar secara atas talian. 7. Saya merasakan 0.0% 2.9% 0.0% 22.9% 74.3% 4.6857 11.1355 bahawa pensyarah perlu lebih berkomunikasi dengan pelajar melalui sosial media seperti “Whatsapp” dan “Telegram” selain di dalam kelas sahaja. 8. Saya merasakan 0.0% 0.0% 5.7% 17.1% 77.1% 4.7142 11.4455 penting bagi setiap pensyarah memahami
  • 15. 15 bahawa setiap pelajar datang dari latar belakang sosio ekonomi yang berbeza. 9. Saya merasakan penting untuk pihak universiti menyediakan pelan internet secara percuma untuk pelajar dari keluarga B40. 0.0% 0.0% 5.7% 8.6% 85.7% 4.8000 12.9228 10. Saya merasakan penting untuk pihak kerajaan menyediakan bantuan komputer riba kepada pelajar B40. 0.0% 2.9% 2.9% 17.1% 77.1% 4.6857 11.4236 Jumlah 4.1315 8.2928 Jadual 3 menunjukkan masalah yang dihadapi oleh pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) semasa Pembelajaran secara Atas Talian (ODL) dan cadangan yang dibincangkan untuk mengatasi masalah tersebut. Item 1 menunjukkan bahawa 28.6% pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mempunyai masalah dalam capaian rangkaian Internet. Melalui Item 2, didapati hanya 5.7% pelajar (IPT) yang tidak mempunyai sebarang masalah dalam mengikuti
  • 16. 16 pembelajaran secara atas talian. Item 3 juga menunjukkan keputusan yang negatif terhadap pembelajaran secara atas talian kerana hanya 2.9% sahaja pelajar (IPT) yang dapat memahami pembelajaran mereka semasa belajar secara atas talian. Item 4 menunjukkan 28.6% pelajar (IPT) bersetuju bahawa mereka kurang memahami bahan pengajaran yang disediakan oleh pensyarah mereka. Item 5 menunjukkan bahawa 28.6% pelajar (IPT) sangat bersetuju bahawa mereka tidak mempunyai suasana pembelajaran yang kondusif semasa belajar di rumah. Item 6 sehingga Item 10 akan membincangkan cadangan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah pembelajaran secara atas talian melalui sudut pandangan pelajar (IPT) sendiri. Item 6 menunjukkan bahawa sebanyak 65.7% pelajar (IPT) sangat bersetuju bahawa ibu bapa perlu menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada anak-anak yang belajar secara atas talian. Item 7 menunjukkan keperluan untuk pensyarah berkomunikasi dengan pelajar melalui sosial media seperti “Whatsapp” dan “Telegram” selain di dalam kelas sahaja, 74.3% pelajar (IPT) bersetuju dengan kenyataan tersebut. Item 8 menunjukkan bahawa 77.1% pelajar sangat bersetuju jika pensyarah dapat memahami bahawa setiap pelajar datang dari latar belakang sosio ekonomi yang berbeza. Melalui Item 9 dapat dilihat bahawa, majoriti pelajar (IPT) merasakan adalah penting untuk pihak universiti menyediakan pelan Internet secara percuma untuk pelajar dari keluarga B40 dan Item 10 menunjukkan 77.1% pelajar (IPT) sangat bersetuju jika pihak kerajaan menyediakan bantuan komputer riba kepada pelajar yang datang dari keluarga B40. 8.0 Analisis Kajian Dan Perbincangan Pada bahagian ini, responden telah diutarakan 3 bahagian soalan soal selidik iaitu dari aspek kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani pembelajaran secara atas talian (ODL), kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani pembelajaran secara atas talian, masalah yang dihadapi pelajar semasa pembelajaran secara atas talian (ODL) dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut dimana bagi setiap aspek terdapat beberapa soalan dengan pilihan jawapan yang mereka boleh pilih dan telah dikhususkan kepada pelajar-pelajar IPT yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tempat tinggal. Dalam dapatan kajian yang dijalankan ini, bahagian ini membincangkan analisa data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang dimasukkan
  • 17. 17 telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, min purata dan taburan kekerapan. Pada bahagian pertama soal selidik iaitu dari segi sudut kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani pembelajaran secara atas talian (ODL), Majoriti responden mempunyai persediaan yang cukup untuk menjalani pembelarajan atas talian namun masih belum buleh menyesuaikan diri untuk belajar atas talian di rumah. Hal ini dapat dilihat sebanyak 42.9% dan 37.1% responden sangat bersetuju dan bersetuju bahawa mereka selalu merasa susah untuk fokus semasa belajar di atas talian. Bahagian kedua iaitu mengenai kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani pembelajaran secara atas talian (ODL) pula, Majoriti responden mengalami tekanan dan kurang motivasi ketika menjalani pembelajaran atas talian, menunjikkan respon negatif. Hal ini disokong oleh banyak faktor yang telah disetujui oleh rata-rata responden seperti berasa tertekan dengan tugasan atas talian yang diberikan oleh pensyarah, merasakan bahawa masa saya banyak dihabiskan untuk menyiapkan tugasan sahaja berbanding belajar dan mereka masih mengalami masalah dalam menyesuaikan diri untuk belajar secara atas talian. Bahagian terakhir soal selidik iaitu mengenai masalah yang dihadapi pelajar semasa pembelajaran secara atas talian (ODL) dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Hasil kajian mendapati kebanyakkan responden mempunyai masalah semasa menjalani pembelajaran atas talian(ODL) kerana masalah capaian internet di kawasan yang bebeza, latar belakang sosioekonomi yang berlainan, tidak mempunyai suasana yang kondusif untuk belajar, sukar untuk memahami pembelajaran yang diajar. Bagi cadangan pula, responden menyokong cadangan kerajaan dalam menyediakan pelan internet kepada pelajar dan memberi bantuan komputer riba kepada golongan B40 iaitu sebnyak 77.1%. Ringkasnya, Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan responden mempunyai persepsi negatif terhadap pembelajaran secara atas talian. mempunyai pandangan negatif terhadap ODL pada waktu pandemik. Walau bagaimanapun, ada segelintir responden
  • 18. 18 yang mempunyai tanggapan positif terhadap ODL. Kebanyakan responden tidak setuju bahawa ODL membantu meningkatkan prestasi akademik mereka dan menerima faktor bahawa ODL membuatkan emosi pelajar terganggu. Ini boleh berlaku disebabkan jika pelajar menghadiri kelas secara bersemuka mereka dapat penyelesaian untuk keraguan mereka kepada guru secara mudah dan faktor tidak mempunyai capaian internet yang baik juga akan membawa kepada kefahaman yang kurang jelas semasa ODL. Dapat disimpulkan bahawa pembelajaran atas talian merupakan suatu norma baharu yang perlu diterima oleh semua pelajar universiti ketika ini disebabkan keadaan pandemik COVID-19. Hal ini dikatakan demikian atas penjarakan sosial yang perlu dipatuhi oleh semua orang termasuklah pelajar UKM itu sendiri. Tujuannya untuk mengelakkan virus COVID-19 daripada terus tersebar Pembelajaran atas talian bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat beberapa masalah yang perlu dihadapi oleh pelajar sepanjang pembelajaran atas talian dijalankan. Masalah seperti kesukaran mendapat akses internet dan sukar fokus dalam kelas telah menggangu prestasi pelajar. Selain itu, terdapat juga masalah-masalah lain seperti persekitaran yang kurang kondusif untuk pembelajaran atas talian serta sukar berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan kumpulan telah menjadi penghalang kepada kelancaran sesi pembelajaran atas talian. Bukan itu sahaja, masalah tugasan yang diberi oleh pensyarah secara serentak pada waktu yang sama disebabkan persepsi pelajar yang dianggap mempunyai waktu lapang yang banyak agak membebankan pelajar terutama lagi sekiranya pelajar tersebut menghadapi beberapa masalah yang telah dinyatakan sebelumnya. Cadangan dan langkah yang wajar dibuat ialah sebagai pelajar, amatlah penting untuk mengetahui masalah pembelajaran yang dihadapi suapya masalah dapat diselesaikan dengan cepat dan boleh menyesuaikan diri dalam pembelajaran secara atas talian. Sebagai contoh, pelajar perlulah mewujudkan suasana belajar yang baru dirumah dengan membuat sudut belajar. Dengan adanye meja belajar yang selesa, pelajar dapat memberi sepenuh tumpuan semasa aktivti pembelajran. Ibu bapa juga perlulah membantu anak-anak mereka dari segi memberi semangat dan motivasi. Pensyarah perlulah menggunakan segala kreativiti mereka untuk berinteraksi dengan pelajar walaupun berjauhan. Inilah masanya pensyarah untuk mengaplikasikan apa sahaja
  • 19. 19 kebolehan dan kreativiti mereka, asalkan proses PdP berlangsung dengan jayanya. 9.0 Kesimpulan Kesimpulannya, keberkesanan pembelajaran atas talian pula bergantung kepada cara penyampaian tenaga pengajar dan usaha pelajar itu sendiri. Dalam kajian yang dilakukan berdasarkan beberapa orang responden, pembelajaran atas talian tidak menunjukkan keberkesanan dalam beberapa perkara misalnya dalam tahap fokus pelajar terhadap pembelajaran dan pencapaian pelajar dari aspek akademik. Meskipun begitu, pembelajaran atas talian tidak dapat dinafikan mampu melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam teknologi. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelajaran atas talian memerlukan daya kreativiti dan usaha pelajar untuk menelaah dan mempelajari ilmu-ilmu baharu berkaitan teknologi seperti infografik dan media sebagai keperluan tugasan dan pembentangan. Kita yakin kebanyakan universiti awam (UA) memiliki strategi dan langkah alternatif kepada amalan pembelajaran bersemuka kepada secara dalam talian yang dianggap pilihan terbaik dalam menghadapi situasi menggugat suasana pembelajaran ini. Sebaliknya memanfaatkan Open and Distance Learning (ODL). Pensyarah juga menggunakan segala kreativiti mereka untuk berinteraksi dengan pelajar walaupun berjauhan. Inilah masanya pensyarah dan pelajar untuk mengaplikasikan apa sahaja kebolehan dan kreativiti mereka, asalkan proses PdP berlangsung dengan jayanya. Usaha pensyarah di semua institusi pengajian tinggi boleh menggunakan kreativiti masing-masing dalam PdP seperti menerusi Massive Open Online Learning (MOOC), Open Educational Resources (OER) dan Flipped Classroom secara dalam talian serta apa sahaja aplikasi terbuka yang ada. Apa-apa sahaja aplikasi yang boleh membantu pensyarah dan pelajar berkomunikasi menyampaikan mesej serta arahan tugasan perlu digembleng sebaik mungkin termasuk WhatsApp, Telegram dan Google Class Room. Kita berada pada zaman serba canggih dan moden, malah kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit agar semua institusi pengajian memiliki prasarana pengajian terbaik setanding institusi pengajian luar negara. Oleh itu, Mahasiswa perlu bijak menguruskan masa belajar dan wujudkan suasana belajar dirumah dengan membuat sudut belajar sendiri untuk keselesaan, memanfaatkan masa serta menjaga keselamatan diri di mana sahaja berada walaupun perasaan diganggu dengan tragedi jangkitan COVID-19.
  • 20. 20 Tegasnya, pembelajaran atas talian semakin menjadi suatu kepentingan dan keperluan yang penting dalam melahirkan pelajar dan pendidikan yang berkualiti Kualiti pembelajar: atas talian perlulah sentiasa ditambah baik untuk memastikan keberkesanannya dalam pembelajaran dan pengajaran di abad ini.
  • 21. 21 RUJUKAN Ab Rahman, R., Musa, R. A. S. R., & Fouzi, M. S. M. (2020). Kesediaan Dan Motivasi Pelajar Kolej Komuniti Negeri Perak Untuk Menghadapi Norma Baharu Sewaktu Pandemik Coronavirus Al-Adwan, A. & Smedley, J.K. 2012. Implementing e-learning in the Jordanian Higher Education Systems: Factors affecting impact. International Journal of Education and Development using Information and Communication Technology 8(1): 121-135. Baidari, N.H. & Hassan, Z. 2014. Kajian Tekanan Dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat. Kolokium Penyelidikan & Inovasi Wilayah Selangor. Cantonia, V., Cellario, M. & Porta, M. 2004. Perspective and challenges in elearning: Towards natural interaction paradigms. Journal of Visual Languanges and Computing 15(5): 333-345. Dhull, Indira & Arora, Sakshi. 2019. Online Learning. International Education & Research Journal [IERJ]. 3.32-34. Disease (COVID-19): Pembelajaran Secara Atas Talian. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, 5(1). Huss, John A. and Eastep, Shannon. (2013). The Perceptions of Students toward Online Learning at a Midwestern University: What are Students Telling Us and What Are We Doing About It?. i.e.: inquiry in education: Vol. 4: Iss. 2, Article 5. University Library, National Louis University. Saud, S., Rahman, M.A.A. & Shiung, T.K. 2007. Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E- LEARNING) Di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institut Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor. 1st International Malaysian Educational Technology Convension. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Singh, G. O’Donoghue, J. & Worton, H. 2003. A study into the effects of e-learning on higher education. Journal of University Teaching and Learning Practice 95: 179-187. Sun, P., Tsai, R.J., Finger, G., Chen, Y., & Yeh, D. 2008. What drives a successful e-learning? An empirical investigation of the critical factors influencing learning satisfaction. Computer & Education 50(4): 1183-1202. Szabo, A., Ward, C. & Jose, P.F. 2016. Uprooting stress, coping, and anxiety: A longitudinal study of international students. International Journal of Stress Management 23(2): 190-208. Yusof, H.A.M. & Azman, N. 2013. Perkaitan antara pengurusan masa dan tekanan dalam kalangan pelajar siswazah di IPTA. Jurnal Pengajaran & Pembelajaran Dalam Pendidikan Tinggi AJTLHE 5(1): 34-49