SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
HALANGAN INTEGRASI TMK DI SEKOLAH

PENDAHULUAN

       Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang di bawa oleh kesan

globalisasi, pendemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskan

pengetahuan, persaingan hebat dan usaha kearah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf

dunia. Perubahan yang berlaku secara global ialah penambahan minat dan usaha untuk para

pendidik menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan.

Walaupun wujud banyak isu yang menjadi halangan penggunaan dan integrasi TMK di sekolah

malah di setiap institusi pendidikan, semua pihak wajar berperanan sebagai pembantu dalam

menyelesaikan isu dengan mengutarakan cadangan dan pandangan untuk dinilai dan

dibincangkan dengan lebih mendalam.

       TMK membawa wajah baru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai

contoh, peranan guru telah berubah dari instructor ke fasilitator dan pengajaran berasaskan

kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan

eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu

telah diberi kepada pelajar untuk membolehkan mereka belajar secara akses kendiri, terarah

kendiri dan mengilut kadar yang sesuai dengan kebolehan. Pakej pembelajaran sebegini adalah

sangat sesuai dilaksanakan di mana searus dengan perkembangan dunia pendidikan moden.

Salah satu daripada strategi yang dapat digunakan oleh guru untuk menghadapi perubahan dari

segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dengan mengintegrasikan

teknologi dalam pengajaran.
Tugasan ini sedaya upaya cuba untuk mengetengahkan isu-isu halangan atau masalah

teknologi atau integrasi TMK di sekolah kami dan kami berusaha mencadangkan penyelesaian

mengikut model-model yang telah diperkenalkan kepada kami dalam dewan kuliah.



HALANGAN PENGGUNAAN DAN INTEGRASI TMK


      1.     Halangan pihak pentadbiran sekolah


             Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) penting bagi memudah dan

      mempercepatkan penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar. Pelaksanaannya

      memerlukan infrastruktur yang mencukupi dan penyelenggaraan yang baik supaya tidak

      timbul banyak masalah sepanjang mengendalikannya. Realiti yang berlaku ialah menjadi

      satu kesukaran kepada pihak guru yang ingin menggunakan bahan teknologi sebagai alat

      bantu mengajar apabila terpaksa berhadapan dengan prosedur yang ketat daripada pihak

      pentadbiran sekolah. Ini akan menyebabkan pihak guru lebih selesa menggunakan cara

      tradisional berbanding bahan teknologi maklumat yang ada.


      Cadangan penyelesaian:-


             Berdasarkan Model Apple Classroom of Tomorrow ( ACOT ) terdapat lima

      langkah perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi

      maklumat. Langkah pertama menurut model ini ialah semua pihak perlu menerima secara

      positif kemasukan ( entry ) teknologi dalam bidang pendidikan. Pentadbir dan guru perlu

      memandang positif keupayaan TMK dan berusaha memilih ( adoption ) bahan yang

      sesuai untuk digunakan. Pilihan yang baik pula akan disesuaikan ( adaptation ) kaedah
penggunaannya supaya memberi kesan yang baik kepada pihak pentadbir, guru dan

pelajar.


           Menurut model ini juga, penggunaan ( appropriation ) TMK dengan betul penting

supaya bahan tersebut dapat digunakan secara berterusan. Apabila semua pihak mahir

menggunakan bahan TMK dengan baik maka tiada lagi kerisauan pihak pentadbiran

tentang kerosakan. Justeru prosedur yang membebankan pihak guru boleh diubahsuai dan

mesra pengguna. Pada peringkat akhir, pihak pentadbir dan guru mampu merekacipta

(invention) bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan sebagai pemudahcara bagi

menyampaikan ilmu pengetehuan kepada para pelajar di dalam bilik darjah.


2.         Kurang kemudahan internet di sekolah


           Pendidikan pada masa kini telah mengalami perubahan yang ketara. Penggunaan

internet boleh meningkatkan mutu pembelajaran pelajar dan juga menarik minat pelajar

untuk mengikuti pembelajaran dengan baik. Namun masalah yang sering timbul ialah

kemudahan internet tidak begitu memuaskan dan telah membantutkan masa pembelajaran

pelajar. Ketiadaan internet di sekolah akan menghilangkan minat pelajar dalam mengikuti

kelas yang menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. Mereka tidak dapat

memberi tumpuan yang baik dan tidak dapat menjangka sesuatu pembelajaran yang akan

diajar oleh guru.


Cadangan penyelesaian:-


           Beberapa cadangan model yang boleh digunakan oleh guru dalam mengatasi

masalah menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan. Menurut Howard Gardner

( Harvard University ) guru perlu menggunakan bahan-bahan dari internet mengikut
pelbagai tahap kecerdasan pelajar (Multiple Intelligences) supaya dapat menarik minat

pelajar dalam pembelajaran mereka. Guru perlu memilih bahan-bahan yang sesuai kerana

sebagaimana yang kita maklum setiap insan tidak mempunyai fikiran yang sama atau

kecerdasan yang sama dalam menerima maklumat atau pembelajaran mereka.

Contohnya pelajar yang lebih cenderung kepada muzik, guru boleh memuatturunkan

bahan-bahan dari internet untuk diberikan kepada pelajar dalam mengikuti sesi

pembelajaran mereka tanpa perlu menggunakan internet secara langsung dan

diperjelaskan kepada pelajar akan kepentingan teknologi maklumat khususnya internet

dalam pendidikan. Bagi pelajar yang lebih cenderung kepada persekitaran, guru boleh

memainkan peranan dengan menggunakan bahan-bahan dari internet yang mampu

menarik minat pelajar dan akan membuat pelajar tertumpu pada pembelajarannya. Guru

boleh memuatturunkan bahan-bahan tersebut untuk dibincangkan bersama pelajar di

sekolah.


3.     Kurang perancangan guru sebelum proses P&P


       Faktor ini merupakan salah satu halangan dalam melaksanakan penggunaan dan

integrasi TMK di sekolah. Ini kerana perancangan yang kurang baik dan teliti akan

menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku tidak menarik, membosankan

dan seterusnya hasil pembelajaran tidak akan tercapai dengan berkesan. Oleh yang

demikian, bagi mengatasi masalah ini, model ASSURE boleh digunakan.
Cadangan penyelesaian:-


       Menurut model ini guru perlulah mengetahui tahap kognitif pelajar ( analyze

learner ) sama ada lelaki atau perempuan dari kelas yang pandai atau pun lemah.

Seterusnya guru mesti memikirkan objektif (state objective) pembelajaran yang akan

diperolehi dan dicapai oleh pelajar. Ianya boleh dikenalpasti dengan kaedah ABCD ( A-

pelajar, B- tingkahlaku yang hendak ditunjuk, C- suasana dan D- kemahiran yang

diperolehi ). Pada peringkat seterusnya pula guru mestilah memilih kaedah interaksi yang

tepat untuk memenuhi matlamat P&P, media dan bahan yang sesuai (select instructional

methods, media, and materials) untuk digunakan bertujuan menarik minat pelajar. Contoh

bahan yang boleh digunakan ialah teks, gambar, video, audio, dan multimedia yang

mungkin di beli dan di buat pengubahsuaian atau di reka sendiri.


       Langkah seterusnya ialah guru mestilah menguasai bagaimana hendak

menggunakannya setiap bahan dengan baik ( Utilize media and materials ). Guru

menggalakkan pelajar melibatkan diri (require learner participation ) kerana penglibatan

secara aktif akan menyebabkan mereka belajar dengan baik. Tahap terakhir model ini

ialah guru hendaklah mengadakan aktiviti pengukuhan (evaluate and revise) dengan

memberi kerja rumah kepada pelajar. Oleh itu, guru yang dapat menyediakan

perancangan rapi sebelum P&P akan dilihat lebih sistematik dan menyeronokkan.


4.     Pelajar tidak mengetahui kaedah pengajaran guru dengan jelas


       Setiap pelajar mempunyai tahap penguasaan tersendiri berdasarkan banyak faktor

di antaranya ialah individu, latar belakang keluarga dan persekitaran sekeliling. Guru

yang cuba menggunakan dan mengintegrasikan TMK akan berhadapan dengan halangan
di atas. Perbezaan tahap pelajar akan menyukarkan pihak guru menjelas dan memberi

pendedahan kepada para pelajar. Kadang-kadang guru terpaksa mengambil masa yang

panjang untuk memberi galakan dan minat namun pelajar masih tidak mengetahui kaedah

pengajaran yang jelas oleh guru mereka.


Cadangan penyelesaian:-


       Dalam situasi ini model ADDIE boleh digunakan supaya halangan di atas dapat

diatasi. Menurut model ini, langkah utama yang perlu dilakukan oleh guru ialah

menganalisis (analysis) segala maklumat berkaitan pelajar. Kemudian guru perlu

menetapkan (design) objektif pengajaran dengan jelas. Pada peringkat ini pelajar telah

dijelaskan dengan terperinci kemanfaatan TMK dalam pendidikan. Hasilnya guru boleh

mengembangkan (development) dari isi dan bahan pembelajaran berdasarkan tahap

menetapkan tujuan belajar.


       Pada peringkat pelaksanaan ( implementation ) segala perancangan awal tadi

dimasukkan ke dalam tindakan dan prosedur untuk latihan pelajar dan pelaksanaan guru.

Sebagai contoh guru menyampaikan kandungan pengajaran dan diedarkan kepada pelajar

untuk dinilai keberkesanan perancangan dan tindakan. Apabila situasi ini sentiasa

diamalkan maka tidak sukar bagi pelajar menjangkakan kaedah pengajaran guru

menggunakan TMK dan membuat persediaan rapi. Pada fasa terakhir ini, guru perlu

membuat penilaian (evaluate) secara berterusan dan mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan yang berlaku semasa menggunakan TMK dalam proses P&P. Suasana

pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan berkesan apabila pelajar sedia memahami

kaedah pengajaran guru dengan jelas.

More Related Content

What's hot

Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
Alice Lee
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
Qamariah sabariah
 
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
Ida's Mustafa
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
shahrul93
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
MahmudAhmad21
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
artyschatz
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
keryman313
 

What's hot (20)

Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
KURIKULUM AL FARABI
KURIKULUM AL FARABIKURIKULUM AL FARABI
KURIKULUM AL FARABI
 
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
iklim sekolah
 iklim sekolah iklim sekolah
iklim sekolah
 
Rubrik
RubrikRubrik
Rubrik
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
Analisis item
Analisis itemAnalisis item
Analisis item
 

Similar to Halangan integrasi tmk di sekolah

Empat penggunaan tmk dalam p
Empat penggunaan tmk dalam pEmpat penggunaan tmk dalam p
Empat penggunaan tmk dalam p
cweet Thara
 
Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013
lia369
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
hidadaus
 
Ict Presentation
Ict PresentationIct Presentation
Ict Presentation
amoi286
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
mihahsayang
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
juelieyza
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
Hidayu Jamali
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
shamsuhaila85
 
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
Ramlah Lanlah
 

Similar to Halangan integrasi tmk di sekolah (20)

Empat penggunaan tmk dalam p
Empat penggunaan tmk dalam pEmpat penggunaan tmk dalam p
Empat penggunaan tmk dalam p
 
Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013
 
Ict 1
Ict 1Ict 1
Ict 1
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
PRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei InovasiPRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei Inovasi
 
Ict Presentation
Ict PresentationIct Presentation
Ict Presentation
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
E learning
E learningE learning
E learning
 
Artikel Mini KT
Artikel Mini KTArtikel Mini KT
Artikel Mini KT
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
Zul
ZulZul
Zul
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 

Halangan integrasi tmk di sekolah

  • 1. HALANGAN INTEGRASI TMK DI SEKOLAH PENDAHULUAN Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang di bawa oleh kesan globalisasi, pendemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha kearah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global ialah penambahan minat dan usaha untuk para pendidik menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Walaupun wujud banyak isu yang menjadi halangan penggunaan dan integrasi TMK di sekolah malah di setiap institusi pendidikan, semua pihak wajar berperanan sebagai pembantu dalam menyelesaikan isu dengan mengutarakan cadangan dan pandangan untuk dinilai dan dibincangkan dengan lebih mendalam. TMK membawa wajah baru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai contoh, peranan guru telah berubah dari instructor ke fasilitator dan pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk membolehkan mereka belajar secara akses kendiri, terarah kendiri dan mengilut kadar yang sesuai dengan kebolehan. Pakej pembelajaran sebegini adalah sangat sesuai dilaksanakan di mana searus dengan perkembangan dunia pendidikan moden. Salah satu daripada strategi yang dapat digunakan oleh guru untuk menghadapi perubahan dari segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran.
  • 2. Tugasan ini sedaya upaya cuba untuk mengetengahkan isu-isu halangan atau masalah teknologi atau integrasi TMK di sekolah kami dan kami berusaha mencadangkan penyelesaian mengikut model-model yang telah diperkenalkan kepada kami dalam dewan kuliah. HALANGAN PENGGUNAAN DAN INTEGRASI TMK 1. Halangan pihak pentadbiran sekolah Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) penting bagi memudah dan mempercepatkan penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar. Pelaksanaannya memerlukan infrastruktur yang mencukupi dan penyelenggaraan yang baik supaya tidak timbul banyak masalah sepanjang mengendalikannya. Realiti yang berlaku ialah menjadi satu kesukaran kepada pihak guru yang ingin menggunakan bahan teknologi sebagai alat bantu mengajar apabila terpaksa berhadapan dengan prosedur yang ketat daripada pihak pentadbiran sekolah. Ini akan menyebabkan pihak guru lebih selesa menggunakan cara tradisional berbanding bahan teknologi maklumat yang ada. Cadangan penyelesaian:- Berdasarkan Model Apple Classroom of Tomorrow ( ACOT ) terdapat lima langkah perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat. Langkah pertama menurut model ini ialah semua pihak perlu menerima secara positif kemasukan ( entry ) teknologi dalam bidang pendidikan. Pentadbir dan guru perlu memandang positif keupayaan TMK dan berusaha memilih ( adoption ) bahan yang sesuai untuk digunakan. Pilihan yang baik pula akan disesuaikan ( adaptation ) kaedah
  • 3. penggunaannya supaya memberi kesan yang baik kepada pihak pentadbir, guru dan pelajar. Menurut model ini juga, penggunaan ( appropriation ) TMK dengan betul penting supaya bahan tersebut dapat digunakan secara berterusan. Apabila semua pihak mahir menggunakan bahan TMK dengan baik maka tiada lagi kerisauan pihak pentadbiran tentang kerosakan. Justeru prosedur yang membebankan pihak guru boleh diubahsuai dan mesra pengguna. Pada peringkat akhir, pihak pentadbir dan guru mampu merekacipta (invention) bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan sebagai pemudahcara bagi menyampaikan ilmu pengetehuan kepada para pelajar di dalam bilik darjah. 2. Kurang kemudahan internet di sekolah Pendidikan pada masa kini telah mengalami perubahan yang ketara. Penggunaan internet boleh meningkatkan mutu pembelajaran pelajar dan juga menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran dengan baik. Namun masalah yang sering timbul ialah kemudahan internet tidak begitu memuaskan dan telah membantutkan masa pembelajaran pelajar. Ketiadaan internet di sekolah akan menghilangkan minat pelajar dalam mengikuti kelas yang menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. Mereka tidak dapat memberi tumpuan yang baik dan tidak dapat menjangka sesuatu pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Cadangan penyelesaian:- Beberapa cadangan model yang boleh digunakan oleh guru dalam mengatasi masalah menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan. Menurut Howard Gardner ( Harvard University ) guru perlu menggunakan bahan-bahan dari internet mengikut
  • 4. pelbagai tahap kecerdasan pelajar (Multiple Intelligences) supaya dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran mereka. Guru perlu memilih bahan-bahan yang sesuai kerana sebagaimana yang kita maklum setiap insan tidak mempunyai fikiran yang sama atau kecerdasan yang sama dalam menerima maklumat atau pembelajaran mereka. Contohnya pelajar yang lebih cenderung kepada muzik, guru boleh memuatturunkan bahan-bahan dari internet untuk diberikan kepada pelajar dalam mengikuti sesi pembelajaran mereka tanpa perlu menggunakan internet secara langsung dan diperjelaskan kepada pelajar akan kepentingan teknologi maklumat khususnya internet dalam pendidikan. Bagi pelajar yang lebih cenderung kepada persekitaran, guru boleh memainkan peranan dengan menggunakan bahan-bahan dari internet yang mampu menarik minat pelajar dan akan membuat pelajar tertumpu pada pembelajarannya. Guru boleh memuatturunkan bahan-bahan tersebut untuk dibincangkan bersama pelajar di sekolah. 3. Kurang perancangan guru sebelum proses P&P Faktor ini merupakan salah satu halangan dalam melaksanakan penggunaan dan integrasi TMK di sekolah. Ini kerana perancangan yang kurang baik dan teliti akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku tidak menarik, membosankan dan seterusnya hasil pembelajaran tidak akan tercapai dengan berkesan. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, model ASSURE boleh digunakan.
  • 5. Cadangan penyelesaian:- Menurut model ini guru perlulah mengetahui tahap kognitif pelajar ( analyze learner ) sama ada lelaki atau perempuan dari kelas yang pandai atau pun lemah. Seterusnya guru mesti memikirkan objektif (state objective) pembelajaran yang akan diperolehi dan dicapai oleh pelajar. Ianya boleh dikenalpasti dengan kaedah ABCD ( A- pelajar, B- tingkahlaku yang hendak ditunjuk, C- suasana dan D- kemahiran yang diperolehi ). Pada peringkat seterusnya pula guru mestilah memilih kaedah interaksi yang tepat untuk memenuhi matlamat P&P, media dan bahan yang sesuai (select instructional methods, media, and materials) untuk digunakan bertujuan menarik minat pelajar. Contoh bahan yang boleh digunakan ialah teks, gambar, video, audio, dan multimedia yang mungkin di beli dan di buat pengubahsuaian atau di reka sendiri. Langkah seterusnya ialah guru mestilah menguasai bagaimana hendak menggunakannya setiap bahan dengan baik ( Utilize media and materials ). Guru menggalakkan pelajar melibatkan diri (require learner participation ) kerana penglibatan secara aktif akan menyebabkan mereka belajar dengan baik. Tahap terakhir model ini ialah guru hendaklah mengadakan aktiviti pengukuhan (evaluate and revise) dengan memberi kerja rumah kepada pelajar. Oleh itu, guru yang dapat menyediakan perancangan rapi sebelum P&P akan dilihat lebih sistematik dan menyeronokkan. 4. Pelajar tidak mengetahui kaedah pengajaran guru dengan jelas Setiap pelajar mempunyai tahap penguasaan tersendiri berdasarkan banyak faktor di antaranya ialah individu, latar belakang keluarga dan persekitaran sekeliling. Guru yang cuba menggunakan dan mengintegrasikan TMK akan berhadapan dengan halangan
  • 6. di atas. Perbezaan tahap pelajar akan menyukarkan pihak guru menjelas dan memberi pendedahan kepada para pelajar. Kadang-kadang guru terpaksa mengambil masa yang panjang untuk memberi galakan dan minat namun pelajar masih tidak mengetahui kaedah pengajaran yang jelas oleh guru mereka. Cadangan penyelesaian:- Dalam situasi ini model ADDIE boleh digunakan supaya halangan di atas dapat diatasi. Menurut model ini, langkah utama yang perlu dilakukan oleh guru ialah menganalisis (analysis) segala maklumat berkaitan pelajar. Kemudian guru perlu menetapkan (design) objektif pengajaran dengan jelas. Pada peringkat ini pelajar telah dijelaskan dengan terperinci kemanfaatan TMK dalam pendidikan. Hasilnya guru boleh mengembangkan (development) dari isi dan bahan pembelajaran berdasarkan tahap menetapkan tujuan belajar. Pada peringkat pelaksanaan ( implementation ) segala perancangan awal tadi dimasukkan ke dalam tindakan dan prosedur untuk latihan pelajar dan pelaksanaan guru. Sebagai contoh guru menyampaikan kandungan pengajaran dan diedarkan kepada pelajar untuk dinilai keberkesanan perancangan dan tindakan. Apabila situasi ini sentiasa diamalkan maka tidak sukar bagi pelajar menjangkakan kaedah pengajaran guru menggunakan TMK dan membuat persediaan rapi. Pada fasa terakhir ini, guru perlu membuat penilaian (evaluate) secara berterusan dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang berlaku semasa menggunakan TMK dalam proses P&P. Suasana pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan berkesan apabila pelajar sedia memahami kaedah pengajaran guru dengan jelas.