SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
NAMA KURSUS:
GGGE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER 1 2020/2021
SET 1
TAJUK:
ARTIKEL PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI (IPT) TERHADAP PEMBELAJARAN SECARA ATAS
TALIAN
NAMA PENSYARAH:
LT COL. MOHD JASMY ABD RAHMAN
TS. DR. MOHD KHALID MOHAMAD NASIR
EN MD YUSOFF DAUD
DR. NOR HAFIZAH ADNAN
NAMA PELAJAR:
NUR ARIIZAH BINTI CHE SAHAK (A184276)
RUBINA KHAN BINTI SHAUKAT ALI (A184264)
MUHAMMAD IRFAN BIN ROSLEE (A181622)
SYAIMA’ BINTI MOHD SOUD (A184245)
AMIRAH HASYA BINTI ABDUL AZIZ (A182353)
2
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. 1.0 Pengenalan 3
2. 2.0 Pernyataan Masalah 4
3. 3.0 Objektif Kajian 5
4. 4.0 Skop Kajian 5
5. 5.0 Metodologi Kajian 6
6. 6.0 Dapatan Kajian 6 - 15
7. 7.0 Analisis Kajian dan Perbincangan 15 - 17
8. 8.0 Kesimpulan 18- 19
9. 9.0 Rujukan 20
3
1.0 Pengenalan
Sejak kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan bahawa pembelajaran atas talian
merupakan satu hal yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita oleh kerana impak
pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sekaligus menyumbang kepada penutupan
institusi-institusi pendidikan di negara kita termasuk Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di
Malaysia. Oleh itu, pembelajaran atas talian dari rumah kini diguna pakai oleh mahasiswa dan
mahasiswi sebagaimana yang dinasihatkan oleh pihak berwajib sebagai satu inisiatif untuk
membendung penularan wabak Covid-19 buat masa ini.
Pelajaran atas talian merangkumi penggunaan teknologi seperti e-mel, aplikasi media
sosial dan persidangan audio dan video yang disampaikan melalui rangkaian komputer untuk
memberikan pendidikan seperti Google Meet, Microsoft Teams dan sebagainya (Indira & Sakshi,
2017). Internet juga merupakan satu keperluan dalam menjadikan pembelajaran atas talian
berhasil. Selain daripada kebolehcapaian internet, kekangan peranti peralatan komputer juga perlu
diatasi. Penggunaan teknologi berbentuk digital yang diimplementasikan dalam sektor pendidikan
kini dapat menjadi anjakan paradigma yang relevan dengan kehendak zaman. Jika kekangan terjadi
dalam mana-mana aspek, maka keberlaksanaan permbelajaran atas talian akan terhalang.
Beralih kepada persepsi pelajar Institut Pendidikan Tinggi, ianya juga perlu diambil kira
iaitu pandangan mahasiswa dan mahasiswi. Kementerian Pengajian Tinggi, 28 Mac 2020 telah
mengeluarkan kenyataan berhubung kesediaan Institut Pendidikan Tinggi dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah dalam talian berikutan pelanjutan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) untuk membendung wabak Covid-19. Kaedah tersebut diguna pakai sehingga
kini oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk pulang
ke kampus. Namun, kesediaan mahasiswa dan mahasiswi juga perlu dipandang serius. Oleh hal
yang demikian, kajian tinjauan yang dilakukan oleh kami akan menunjukkan hal yang berikut
dengan terperinci.
2.0 Pernyataan Masalah
4
Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin memberi ucapan secara
langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan (PKP) di
seluruh negara atas bencana wabak COVID-19 yang melanda buana manusia. Oleh yang demikian,
hampir kesemua industri terkesan dengan wabak tersebut dan tidak ketinggalan dengan bidang
pendidikan yang terpaksa ditangguhkan pembelajaran sehingga tempoh yang dimaklumkan oleh
kerajaan. Berikutan dengan tempoh PKP yang terlalu lama, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil langkah untuk mengelakan
daripada bidang pendidikan terbengkalai dengan menjadikan masalah ini sebagai satu peluang
yang terbaik bagi meningkatkan lagi penggunaan teknologi secara maksima dalam sistem
pendidikan Malaysia.
Bagi pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS), KPT mengumumkan
bahawa semua kuliah wajib dijalankan secara maya iaitu secara atas talian tanpa membenarkan
pelajaran secara bersemuka mulai 27 Mei 2020. Pengumuman itu menyebabkan pelajar universiti
perlu berhadapan dalam membudayakan norma baharu dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
secara atas talian. Rentetan itu telah menyebabkan mahasiswa mengalami pelbagai masalah untuk
membiasakan diri dengan pembelajaran secara maya ini dan secara tidak langsung telah
menyebabkan pelajar berasa terbeban. Berdasarkan senario tersebut, terdapat beberapa masalah
yang perlu diberi perhatian, iaitu adakah para pelajar bersedia dalam menjalani pembelajaran atas
talian? Seterusnya, bagaimana pula dengan emosi dan motivasi seseorang mahasiswa tersebut
terkesan apabila berlakunya pembelajaran secara maya?
5
3.0 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
i) Meninjau tahap kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani
Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) sebagai medium pembelajaran.
ii) Mengkaji kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam
menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL)
iii) Mengenal pasti masalah dan cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajar
Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani pembelajaran Secara Atas Talian
4.0 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan dengan cara melakukan tinjauan umum terhadap persepsi pelajar Institusi
Pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajaran secara atas talian. Kajian tersebut tertumpu kepada
beberapa aspek dari sudut kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani
Pembelajaran Secara atas Talian (ODL), kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam
menjalani Pembelajaran Secara atas Talian, masalah yang dihadapi pelajar semasa Pembelajaran
Secara atas Talian (ODL) dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Skop kajian
menjerumus kepada mahasiswa dan mahasiswi universiti awan dan swasta yang terdiri daripada
pelbagai bidang pengajian dan latar belakang yang berbeza. Disebabkan negara kita masih
menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19
(Corona Virus), soal selidik telah dilaksanakan atas talian sebagai satu inisiatif yang paling relevan
di mana mahasiswa dan mahasiswi dapat mengakses Internet dengan mudah walaupun mereka
berada di kampung masing-masing. Tempoh soal selidik dijalankan selama satu minggu untuk
mengumpulkan data-data yang berkaitan dengan kajian.
6
5.0 Metodologi Kajian
Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Jumlah keseluruhan sampel adalah seramai 35 orang yang terdiri daripada pelajar Universiti
Malaysia Kelantan, Universiti Teknologi Mara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti
Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia yang menjalani pembelajaran secara atas talian (ODL) yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang dan berbeza tempat tinggal.
Soal selidik kajian ini dijalankan menggunakan Google Form secara atas talian. Terdapat
4 bahagian dalam soal selidik tersebut termasuklah bahagian demografik responden, kesediaan
pelajar dalam menjalankan pembelajaran atas talian, kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar
dalam menjalani pembelajaran atas talian dan masalah yang dihadapi pelajar semasa pembelajaran
atas talian dijalankan. Responden dikehendaki menjawab item-item dalam soal selidik tersebut
menggunakan 5 skala likert. Skala likert tersebut telah dilabel seperti berikut, Sangat Tidak Setuju,
skala 1, Tidak Setuju, skala 2, Tidak Pasti. Skala 3, Setuju, skala 4 dan Sangat Setuju, skala 5.
Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan peratusan, skor min dan sisihan piawai.
6.0 Dapatan Kajian
Jadual 1 : Kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani
Pembelajaran Secara atas Talian (ODL).
Bil. Item Sangat
tidak
setuju
Tidak
setuju
Tidak
pasti
Setuju Sangat
setuju
Min SD
1. Saya bersedia untuk
mengikuti
pembelajaran atas
talian
0.0% 11.4% 40.0% 40.0% 8.6% 3.4571 6.5574
7
2. Saya mempunyai
kemahiran dalam
penggunaan teknologi
sebagai satu medium
pembelajaran
0.0% 14.3% 14.3% 48.6% 22.9% 3.8000 6.2850
3. Saya merasakan
bahawa Pembelajaran
Secara atas Talian
(ODL) amat
membebankan diri
saya.
5.7% 5.7% 31.4% 45.7% 11.4% 3.5143 6.2445
4. Saya mengetahui cara
yang terbaik untuk
belajar dengan fokus
dan efektif walaupun
semasa belajar di atas
talian.
8.6% 34.3% 45.7% 8.6% 2.9% 2.6286 6.9642
5. Saya mempunyai
masalah dalam
Pembelajaran Secara
atas Talian (ODL)
kerana kurang
kemahiran dalam
menggunakan
teknologi
20.0% 37.1% 34.3% 8.6% 0.0% 2.3143 5.6125
6. Saya selalu merasa
susah untuk fokus
semasa belajar di atas
2.9% 8.6% 8.6% 37.1% 42.9% 4.0857 6.4807
8
talian.
7. Saya sedar bahawa
saya perlu
menggunakan kaedah
Pembelajaran secara
Atas Talian (ODL)
sebaik sahaja
mendaftar semester
baharu.
11.4% 5.7% 14.3% 28.6% 40.0% 3.7143 4.8990
8. Saya sedar bahawa
suka atau tidak saya
perlu membiasakan
diri saya dengan
Pembelajaran secara
Atas Talian supaya
tidak ketinggalan
dalam pelajaran.
0.0% 0.0% 2.9% 31.4% 65.7% 4.6286 10.0747
9. Saya merasakan
bahawa Pembelajaran
atas Talian (ODL)
memakan kos yang
tinggi.
8.6% 28.6% 22.9% 20.0% 20.0% 3.1429 2.5495
10. Saya sedar bahawa
saya mungkin masih
perlu menggunakan
kaedah Pembelajaran
Secara atas Talian
(ODL) walaupun
5.7% 11.4% 11.4% 42.9% 28.6% 3.7714 5.3852
9
sudah kembali ke
Universiti.
Jumlah 3.5057 6.1053
Jadual 1 menunjukkan kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi(IPT) dalam menjalani
pembelajaran secara atas talian. Item 1 jelas menunjukkan bahawa peratusan pelajar yang tidak
pasti dan setuju bahawa mereka bersedia menjalani pembelajaran secara atas talian adalah sama
iaitu sebanyak 40%. Item 2 menunjukkan bahawa hampir separuh daripada pelajar mahir dalam
menggunakan teknologi sebagai medium pembelajaran. Item 3 menunjukkan bahawa 45.7%
pelajar berpendapat bahawa pembelajaran atas talian hanya membebankan diri mereka. Item 4
dam 6 pula jelas menujukkan keputusan positif bahawa kebanyakkan pelajar berasa tidak pasti
cara untuk belajar secara efektif secara atas talian dan sangat setuju bahawa mereka susah fokus.
Item 5 menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar mempunyai masalah untuk belajar secara atas
talian kerana kurang kemahiran dalam menggunakan teknologi. Item 7 dan 8 menunjukkan
bahawa para pelajar sedar bahawa mereka perlu belajar secara atas talian sebaik sahaja mendaftar
supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran. Item 10 menandakan bahawa 42.9% pelajar setuju
bahawa mereka sedar mereka berkemungkinan untuk belajar atas talian walaupun setelah pulang
ke universiti. Bukan itu sahaja, item 9 menunjukkan respons negatif daripada pelajar kerana
sebanyak 28.6% pelajar tidak bersetuju bahawa pembelajaran secara online memakan kos yang
tinggi.
Jadual 2: Kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani Pembelajaran
Secara atas Talian (ODL)
Bil. Item Sangat
tidak
setuju
Tidak
setuju
Tidak
pasti
Setuju Sangat
setuju
Min SD
1. Saya lebih suka belajar 28.6% 25.7% 25.7% 2.9% 17.1% 2.5428 3.6742
10
secara atas talian
berbanding bersemuka.
2. Saya berasa tertekan
dengan tugasan atas
talian yang diberikan
oleh pensyarah.
0.0% 17.1% 25.7% 25.7% 31.4% 3.7142 4.3011
3. Saya kurang
bermotivasi semasa
belajar di atas talian.
0.0% 11.4% 8.6% 25.7% 54.3% 4.2285 7.4498
4. Saya mendapat
sokongan daripada
individu terdekat
semasa belajar secara
atas talian.
11.4% 14.3% 28.6% 25.7% 20.0% 3.2857 2.5495
5. Saya merasakan
bahawa masa saya
banyak dihabiskan
untuk menyiapkan
tugasan sahaja
berbanding belajar.
0.0% 0.0% 11.4% 34.3% 54.3% 4.7142 8.3066
6. Saya masih mengalami
masalah dalam
menyesuaikan diri
untuk belajar secara
atas talian.
2.9% 11.4% 25.7% 25.7% 34.3% 3.7714 4.4158
7. Saya berasa saya
ketinggalan semasa
2.9% 11.4% 11.4% 17.1% 57.1% 4.1428 7.4833
11
belajar berbanding
rakan-rakan yang lain
semasa belajar secara
atas talian.
8. Saya mudah berputus
asa dalam memahami
pengajaran pensyarah
semasa belajar secara
atas talian.
8.6% 25.7% 22.9% 8.6% 34.3% 3.3428 3.9370
9. Saya bijak
menguruskan emosi
setiap kali berada di
bawah tekanan yang
kuat semasa belajar
secara atas talian.
5.7% 20.0% 48.6% 11.4% 14.3% 3.0857 5.8736
10. Saya merasakan
bahawa saya
memerlukan khidmat
kaunseling untuk
membantu saya
mengurus tekanan
semasa belajar.
14.3% 28.6% 22.9% 20.0% 14.3% 2.9142 2.1213
Jumlah 3.5742 5.0112
Jadual 2 menunjukkan keputusan terhadap item-item yang berkaitan dengan kesediaan emosi dan
tahap motivasi pelajar dalam menjalani Pembelajaran secara Atas Talian (ODL). Item 1 dan Item
2 jelas menunjukkan majoriti pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lebih selesa untuk belajar
12
secara bersemuka berbanding secara atas talian dan sebanyak 31.4% daripada mereka berasa
tertekan dengan tugasan atas talian yang diberikan oleh pensyarah. Item 3 dan Item 5 menunjukkan
sebanyak 54.3% pelajar (IPT) kurang bermotivasi semasa belajar di atas talian dan menganggap
masa mereka banyak digunakan untuk menyiapkan tugasan kursus berbanding dengan untuk
belajar. Item 4 menunjukkan hanya 11.4% pelajar (IPT) mendapat sokongan daripada individu
terdekat semasa belajar secara atas talian. Bermula dari Item 6 sehingga Item 9, menunjukkan
keputusan yang negatif bahawa majoriti pelajar (IPT) tidak dapat mengawal emosi dan menjaga
motivasi diri mereka sepanjang pembelajaran secara atas talian diguna pakai. Malah Item 10,
menunjukkan sebanyak 14.3% pelajar (IPT) merasakan bahawa mereka memerlukan khidmat
kaunseling untuk membantu mereka menguruskan tekanan semasa belajar.
Jadual 3: Masalah yang dihadapi pelajar semasa Pembelajaran Secara atas Talian (ODL)
dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut
Bil. Item Sangat
tidak
setuju
Tidak
setuju
Tidak
pasti
Setuju Sangat
setuju
Min SD
1. Saya mempunyai
masalah dalam capaian
rangkaian Internet.
11.4% 17.1% 28.6% 28.6% 14.3% 3.1714 2.8284
2. Saya berasa susah
untuk mengikuti
proses pembelajaran
kerana mudah
terganggu dengan
keadaan sekeliling.
0.0% 5.7% 11.4% 34.3% 48.6% 4.2571 7.2111
3. Saya tidak memahami
apa yang telah saya
pelajari di atas talian.
2.9% 14.3% 22.9% 31.4% 28.6% 3.6857 4.0620
13
4. Saya kurang
memahami bahan
pengajaran yang
disediakan oleh
pensyarah.
0.0% 14.3% 54.3% 28.6% 2.9% 3.2000 7.7781
5. Saya tidak mempunyai
suasana pembelajaran
yang kondusif semasa
belajar di rumah.
0.0% 17.1% 34.3% 20.0% 28.6% 3.6000 4.5825
6. Saya yakin bahawa ibu
bapa berperanan dalam
menyediakan suasana
pembelajaran yang
kondusif kepada anak-
anak yang belajar
secara atas talian.
0.0% 0.0% 11.4% 22.9% 65.7% 4.5428 9.5393
7. Saya merasakan
bahawa pensyarah
perlu lebih
berkomunikasi dengan
pelajar melalui sosial
media seperti
“Whatsapp” dan
“Telegram” selain di
dalam kelas sahaja.
0.0% 2.9% 0.0% 22.9% 74.3% 4.6857 11.1355
8. Saya merasakan
penting bagi setiap
pensyarah memahami
0.0% 0.0% 5.7% 17.1% 77.1% 4.7142 11.4455
14
bahawa setiap pelajar
datang dari latar
belakang sosio
ekonomi yang berbeza.
9. Saya merasakan
penting untuk pihak
universiti
menyediakan pelan
internet secara
percuma untuk pelajar
dari keluarga B40.
0.0% 0.0% 5.7% 8.6% 85.7% 4.8000 12.9228
10. Saya merasakan
penting untuk pihak
kerajaan menyediakan
bantuan komputer riba
kepada pelajar B40.
0.0% 2.9% 2.9% 17.1% 77.1% 4.6857 11.4236
Jumlah 4.1315 8.2928
Jadual 3 menunjukkan masalah yang dihadapi oleh pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)
semasa Pembelajaran secara Atas Talian (ODL) dan cadangan yang dibincangkan untuk mengatasi
masalah tersebut. Item 1 menunjukkan bahawa 28.6% pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
mempunyai masalah dalam capaian rangkaian Internet. Melalui Item 2, didapati hanya 5.7%
pelajar (IPT) yang tidak mempunyai sebarang masalah dalam mengikuti pembelajaran secara atas
talian. Item 3 juga menunjukkan keputusan yang negatif terhadap pembelajaran secara atas talian
kerana hanya 2.9% sahaja pelajar (IPT) yang dapat memahami pembelajaran mereka semasa
belajar secara atas talian. Item 4 menunjukkan 28.6% pelajar (IPT) bersetuju bahawa mereka
kurang memahami bahan pengajaran yang disediakan oleh pensyarah mereka. Item 5
menunjukkan bahawa 28.6% pelajar (IPT) sangat bersetuju bahawa mereka tidak mempunyai
15
suasana pembelajaran yang kondusif semasa belajar di rumah. Item 6 sehingga Item 10 akan
membincangkan cadangan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah pembelajaran
secara atas talian melalui sudut pandangan pelajar (IPT) sendiri. Item 6 menunjukkan bahawa
sebanyak 65.7% pelajar (IPT) sangat bersetuju bahawa ibu bapa perlu menyediakan suasana
pembelajaran yang kondusif kepada anak-anak yang belajar secara atas talian. Item 7 menunjukkan
keperluan untuk pensyarah berkomunikasi dengan pelajar melalui sosial media seperti “Whatsapp”
dan “Telegram” selain di dalam kelas sahaja, 74.3% pelajar (IPT) bersetuju dengan kenyataan
tersebut. Item 8 menunjukkan bahawa 77.1% pelajar sangat bersetuju jika pensyarah dapat
memahami bahawa setiap pelajar datang dari latar belakang sosio ekonomi yang berbeza. Melalui
Item 9 dapat dilihat bahawa, majoriti pelajar (IPT) merasakan adalah penting untuk pihak
universiti menyediakan pelan Internet secara percuma untuk pelajar dari keluarga B40 dan Item
10 menunjukkan 77.1% pelajar (IPT) sangat bersetuju jika pihak kerajaan menyediakan bantuan
komputer riba kepada pelajar yang datang dari keluarga B40.
7.0 Analisis Kajian Dan Perbincangan
Pada bahagian ini, responden telah diutarakan 3 bahagian soalan soal selidik iaitu dari aspek
kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani pembelajaran secara atas
talian (ODL), kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani pembelajaran secara
atas talian, masalah yang dihadapi pelajar semasa pembelajaran secara atas talian (ODL) dan
cadangan untuk mengatasi masalah tersebut dimana bagi setiap aspek terdapat beberapa soalan
dengan pilihan jawapan yang mereka boleh pilih dan telah dikhususkan kepada pelajar-pelajar IPT
yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tempat tinggal. Dalam dapatan kajian yang
dijalankan ini, bahagian ini membincangkan analisa data dan memaparkan hasil penemuan kajian
yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang dimasukkan
telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, min purata dan taburan
kekerapan.
Pada bahagian pertama soal selidik iaitu dari segi sudut kesediaan pelajar Institusi
Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani pembelajaran secara atas talian (ODL), Majoriti
responden mempunyai persediaan yang cukup untuk menjalani pembelarajan atas talian namun
16
masih belum buleh menyesuaikan diri untuk belajar atas talian di rumah. Hal ini dapat dilihat
sebanyak 42.9% dan 37.1% responden sangat bersetuju dan bersetuju bahawa mereka selalu
merasa susah untuk fokus semasa belajar di atas talian.
Bahagian kedua iaitu mengenai kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam
menjalani pembelajaran secara atas talian (ODL) pula, Majoriti responden mengalami tekanan dan
kurang motivasi ketika menjalani pembelajaran atas talian, menunjikkan respon negatif. Hal ini
disokong oleh banyak faktor yang telah disetujui oleh rata-rata responden seperti berasa tertekan
dengan tugasan atas talian yang diberikan oleh pensyarah, merasakan bahawa masa saya banyak
dihabiskan untuk menyiapkan tugasan sahaja berbanding belajar dan mereka masih mengalami
masalah dalam menyesuaikan diri untuk belajar secara atas talian.
Bahagian terakhir soal selidik iaitu mengenai masalah yang dihadapi pelajar semasa
pembelajaran secara atas talian (ODL) dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Hasil
kajian mendapati kebanyakkan responden mempunyai masalah semasa menjalani pembelajaran
atas talian(ODL) kerana masalah capaian internet di kawasan yang bebeza, latar belakang
sosioekonomi yang berlainan, tidak mempunyai suasana yang kondusif untuk belajar, sukar untuk
memahami pembelajaran yang diajar. Bagi cadangan pula, responden menyokong cadangan
kerajaan dalam menyediakan pelan internet kepada pelajar dan memberi bantuan komputer riba
kepada golongan B40 iaitu sebnyak 77.1%.
Ringkasnya, Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan responden
mempunyai persepsi negatif terhadap pembelajaran secara atas talian. mempunyai pandangan
negatif terhadap ODL pada waktu pandemik. Walau bagaimanapun, ada segelintir responden yang
mempunyai tanggapan positif terhadap ODL. Kebanyakan responden tidak setuju bahawa ODL
membantu meningkatkan prestasi akademik mereka dan menerima faktor bahawa ODL
membuatkan emosi pelajar terganggu. Ini boleh berlaku disebabkan jika pelajar menghadiri kelas
secara bersemuka mereka dapat penyelesaian untuk keraguan mereka kepada guru secara mudah
dan faktor tidak mempunyai capaian internet yang baik juga akan membawa kepada kefahaman
yang kurang jelas semasa ODL. Dapat disimpulkan bahawa pembelajaran atas talian merupakan
suatu norma baharu yang perlu diterima oleh semua pelajar universiti ketika ini disebabkan
17
keadaan pandemik COVID-19. Hal ini dikatakan demikian atas penjarakan sosial yang perlu
dipatuhi oleh semua orang termasuklah pelajar UKM itu sendiri. Tujuannya untuk mengelakkan
virus COVID-19 daripada terus tersebar
Pembelajaran atas talian bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana
terdapat beberapa masalah yang perlu dihadapi oleh pelajar sepanjang pembelajaran atas talian
dijalankan. Masalah seperti kesukaran mendapat akses internet dan sukar fokus dalam kelas telah
menggangu prestasi pelajar. Selain itu, terdapat juga masalah-masalah lain seperti persekitaran
yang kurang kondusif untuk pembelajaran atas talian serta sukar berkomunikasi dengan pensyarah
dan rakan kumpulan telah menjadi penghalang kepada kelancaran sesi pembelajaran atas talian.
Bukan itu sahaja, masalah tugasan yang diberi oleh pensyarah secara serentak pada waktu yang
sama disebabkan persepsi pelajar yang dianggap mempunyai waktu lapang yang banyak agak
membebankan pelajar terutama lagi sekiranya pelajar tersebut menghadapi beberapa masalah yang
telah dinyatakan sebelumnya.
Cadangan dan langkah yang wajar dibuat ialah sebagai pelajar, amatlah penting untuk
mengetahui masalah pembelajaran yang dihadapi suapya masalah dapat diselesaikan dengan cepat
dan boleh menyesuaikan diri dalam pembelajaran secara atas talian. Sebagai contoh, pelajar
perlulah mewujudkan suasana belajar yang baru dirumah dengan membuat sudut belajar. Dengan
adanye meja belajar yang selesa, pelajar dapat memberi sepenuh tumpuan semasa aktivti
pembelajran. Ibu bapa juga perlulah membantu anak-anak mereka dari segi memberi semangat
dan motivasi. Pensyarah perlulah menggunakan segala kreativiti mereka untuk berinteraksi dengan
pelajar walaupun berjauhan. Inilah masanya pensyarah untuk mengaplikasikan apa sahaja kebolehan dan
kreativiti mereka,asalkan proses PdP berlangsung dengan jayanya.
18
8.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, keberkesanan pembelajaran atas talian pula bergantung kepada cara penyampaian
tenaga pengajar dan usaha pelajar itu sendiri. Dalam kajian yang dilakukan berdasarkan beberapa
orang responden, pembelajaran atas talian tidak menunjukkan keberkesanan dalam beberapa
perkara misalnya dalam tahap fokus pelajar terhadap pembelajaran dan pencapaian pelajar dari
aspek akademik. Meskipun begitu, pembelajaran atas talian tidak dapat dinafikan mampu
melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam teknologi. Hal ini dikatakan demikian kerana
pembelajaran atas talian memerlukan daya kreativiti dan usaha pelajar untuk menelaah dan
mempelajari ilmu-ilmu baharu berkaitan teknologi seperti infografik dan media sebagai keperluan
tugasan dan pembentangan.
Kita yakin kebanyakan universiti awam (UA) memiliki strategi dan langkah alternatif
kepada amalan pembelajaran bersemuka kepada secara dalam talian yang dianggap pilihan terbaik
dalam menghadapi situasi menggugat suasana pembelajaran ini. Sebaliknya memanfaatkan Open
and Distance Learning (ODL). Pensyarah juga menggunakan segala kreativiti mereka untuk
berinteraksi dengan pelajar walaupun berjauhan. Inilah masanya pensyarah dan pelajar untuk
mengaplikasikan apa sahaja kebolehan dan kreativiti mereka, asalkan proses PdP berlangsung
dengan jayanya. Usaha pensyarah di semua institusi pengajian tinggi boleh menggunakan
kreativiti masing-masing dalam PdP seperti menerusi Massive Open Online Learning (MOOC),
Open Educational Resources (OER) dan Flipped Classroom secara dalam talian serta apa sahaja
aplikasi terbuka yang ada. Apa-apa sahaja aplikasi yang boleh membantu pensyarah dan pelajar
berkomunikasi menyampaikan mesej serta arahan tugasan perlu digembleng sebaik mungkin
termasuk WhatsApp, Telegram dan Google Class Room. Kita berada pada zaman serba canggih
dan moden, malah kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit agar semua institusi pengajian
memiliki prasarana pengajian terbaik setanding institusi pengajian luar negara. Oleh itu,
Mahasiswa perlu bijak menguruskan masa belajar dan wujudkan suasana belajar dirumah dengan
membuat sudut belajar sendiri untuk keselesaan, memanfaatkan masa serta menjaga keselamatan
diri di mana sahaja berada walaupun perasaan diganggu dengan tragedi jangkitan COVID-19.
19
Tegasnya, pembelajaran atas talian semakin menjadi suatu kepentingan dan keperluan yang
penting dalam melahirkan pelajar dan pendidikan yang berkualiti Kualiti pembelajar: atas talian
perlulah sentiasa ditambah baik untuk memastikan keberkesanannya dalam pembelajaran dan
pengajaran di abad ini.
20
Rujukan
1. Dhull, Indira & Arora, Sakshi. (2019). Online Learning. 3. 32-34.
2. Kementerian Pengajian Tinggi. (2020, March). Pengendalian Program Akademik Di
Universiti Awam (UA) Dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
https://www.mohe.gov.my/en/media-mohe/press-statement/1031-pengendalian-program-
akademik-di-universiti-awam-ua-dan-institusi-pendidikan-tinggi-swasta-ipts.
3. Kementerian Pengajian Tinggi. (2020, March). Pengendalian Program Akademik Di
Universiti Awam (UA) Dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
https://www.mohe.gov.my/en/media-mohe/press-statement/1031-pengendalian-program-
akademik-di-universiti-awam-ua-dan-institusi-pendidikan-tinggi-swasta-ipts
4. Kementerian Pengajian Tinggi. (2020, Mei 27). Pengendalian Aktiviti Akademik Di
Kampus Institusi Pendidikan Tinggi Semasa Dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan.
Diambil daripada Laman Web Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi:
https://www.mohe.gov.my/en/media-mohe/press-statement/1126-pengendalian-aktiviti-
akademik-di-kampus-institusi-pendidikan-tinggi-semasa-dan-pasca-perintah-kawalan-
pergerakan
5. Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Mengenai COVID-19 – 16 Mac 2020. (2020, Mac
16). Diambil daripada Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia:
https://www.pmo.gov.my/ms/2020/03/perutusan-khas-yab-perdana-menteri-
6. Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran. (Mac 2014). COVID-19: Kreatif laksanakan
pembelajaran, pengajaran dalam talian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/668855/covid-19-kreatif-
laksanakan-pembelajaran-pengajaran-dalam-talian

More Related Content

What's hot

Jurnal presentation web
Jurnal presentation webJurnal presentation web
Jurnal presentation webvincentraj74
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdfNorhaizah Mohideen
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Tugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddin
Tugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddinTugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddin
Tugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddinkamaruddinmohdsaad
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Kertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasanKertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasanN_naim
 
Tinjauan e learning
Tinjauan e learningTinjauan e learning
Tinjauan e learningUmmu Zubair
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 

What's hot (10)

Jurnal presentation web
Jurnal presentation webJurnal presentation web
Jurnal presentation web
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdf
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Tugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddin
Tugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddinTugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddin
Tugasan 1 kpt 6044 cikgu kamaruddin
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Kertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasanKertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasan
 
Tinjauan e learning
Tinjauan e learningTinjauan e learning
Tinjauan e learning
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 

Similar to Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl

14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdfMumtazHanna
 
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...Wan Mohamad Farhan
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalSandhrigah Krishnan
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3LILLYBALA
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3LILLYBALA
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internetTee Teh
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...shah_idah86
 
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)AmRie Nibin
 
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)AmRie Nibin
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksionalshamsuhaila85
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalshamsuhaila85
 
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdfTahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdfcombi07
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkk
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkkBuku garis panduan pembelajaran digital jppkk
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkkhambadah
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Li Fang Li
 

Similar to Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl (20)

14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
14115-1405-47191-1-10-20210630 (1).pdf
 
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
PUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docxPUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docx
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
 
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdfTahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkk
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkkBuku garis panduan pembelajaran digital jppkk
Buku garis panduan pembelajaran digital jppkk
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 

Recently uploaded (8)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 

Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl

  • 1. NAMA KURSUS: GGGE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1 2020/2021 SET 1 TAJUK: ARTIKEL PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) TERHADAP PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN NAMA PENSYARAH: LT COL. MOHD JASMY ABD RAHMAN TS. DR. MOHD KHALID MOHAMAD NASIR EN MD YUSOFF DAUD DR. NOR HAFIZAH ADNAN NAMA PELAJAR: NUR ARIIZAH BINTI CHE SAHAK (A184276) RUBINA KHAN BINTI SHAUKAT ALI (A184264) MUHAMMAD IRFAN BIN ROSLEE (A181622) SYAIMA’ BINTI MOHD SOUD (A184245) AMIRAH HASYA BINTI ABDUL AZIZ (A182353)
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. 1.0 Pengenalan 3 2. 2.0 Pernyataan Masalah 4 3. 3.0 Objektif Kajian 5 4. 4.0 Skop Kajian 5 5. 5.0 Metodologi Kajian 6 6. 6.0 Dapatan Kajian 6 - 15 7. 7.0 Analisis Kajian dan Perbincangan 15 - 17 8. 8.0 Kesimpulan 18- 19 9. 9.0 Rujukan 20
  • 3. 3 1.0 Pengenalan Sejak kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan bahawa pembelajaran atas talian merupakan satu hal yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita oleh kerana impak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sekaligus menyumbang kepada penutupan institusi-institusi pendidikan di negara kita termasuk Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia. Oleh itu, pembelajaran atas talian dari rumah kini diguna pakai oleh mahasiswa dan mahasiswi sebagaimana yang dinasihatkan oleh pihak berwajib sebagai satu inisiatif untuk membendung penularan wabak Covid-19 buat masa ini. Pelajaran atas talian merangkumi penggunaan teknologi seperti e-mel, aplikasi media sosial dan persidangan audio dan video yang disampaikan melalui rangkaian komputer untuk memberikan pendidikan seperti Google Meet, Microsoft Teams dan sebagainya (Indira & Sakshi, 2017). Internet juga merupakan satu keperluan dalam menjadikan pembelajaran atas talian berhasil. Selain daripada kebolehcapaian internet, kekangan peranti peralatan komputer juga perlu diatasi. Penggunaan teknologi berbentuk digital yang diimplementasikan dalam sektor pendidikan kini dapat menjadi anjakan paradigma yang relevan dengan kehendak zaman. Jika kekangan terjadi dalam mana-mana aspek, maka keberlaksanaan permbelajaran atas talian akan terhalang. Beralih kepada persepsi pelajar Institut Pendidikan Tinggi, ianya juga perlu diambil kira iaitu pandangan mahasiswa dan mahasiswi. Kementerian Pengajian Tinggi, 28 Mac 2020 telah mengeluarkan kenyataan berhubung kesediaan Institut Pendidikan Tinggi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah dalam talian berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung wabak Covid-19. Kaedah tersebut diguna pakai sehingga kini oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk pulang ke kampus. Namun, kesediaan mahasiswa dan mahasiswi juga perlu dipandang serius. Oleh hal yang demikian, kajian tinjauan yang dilakukan oleh kami akan menunjukkan hal yang berikut dengan terperinci. 2.0 Pernyataan Masalah
  • 4. 4 Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin memberi ucapan secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara atas bencana wabak COVID-19 yang melanda buana manusia. Oleh yang demikian, hampir kesemua industri terkesan dengan wabak tersebut dan tidak ketinggalan dengan bidang pendidikan yang terpaksa ditangguhkan pembelajaran sehingga tempoh yang dimaklumkan oleh kerajaan. Berikutan dengan tempoh PKP yang terlalu lama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil langkah untuk mengelakan daripada bidang pendidikan terbengkalai dengan menjadikan masalah ini sebagai satu peluang yang terbaik bagi meningkatkan lagi penggunaan teknologi secara maksima dalam sistem pendidikan Malaysia. Bagi pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS), KPT mengumumkan bahawa semua kuliah wajib dijalankan secara maya iaitu secara atas talian tanpa membenarkan pelajaran secara bersemuka mulai 27 Mei 2020. Pengumuman itu menyebabkan pelajar universiti perlu berhadapan dalam membudayakan norma baharu dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian. Rentetan itu telah menyebabkan mahasiswa mengalami pelbagai masalah untuk membiasakan diri dengan pembelajaran secara maya ini dan secara tidak langsung telah menyebabkan pelajar berasa terbeban. Berdasarkan senario tersebut, terdapat beberapa masalah yang perlu diberi perhatian, iaitu adakah para pelajar bersedia dalam menjalani pembelajaran atas talian? Seterusnya, bagaimana pula dengan emosi dan motivasi seseorang mahasiswa tersebut terkesan apabila berlakunya pembelajaran secara maya?
  • 5. 5 3.0 Objektif Kajian Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk: i) Meninjau tahap kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) sebagai medium pembelajaran. ii) Mengkaji kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) iii) Mengenal pasti masalah dan cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani pembelajaran Secara Atas Talian 4.0 Skop Kajian Kajian ini dijalankan dengan cara melakukan tinjauan umum terhadap persepsi pelajar Institusi Pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajaran secara atas talian. Kajian tersebut tertumpu kepada beberapa aspek dari sudut kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL), kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian, masalah yang dihadapi pelajar semasa Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Skop kajian menjerumus kepada mahasiswa dan mahasiswi universiti awan dan swasta yang terdiri daripada pelbagai bidang pengajian dan latar belakang yang berbeza. Disebabkan negara kita masih menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 (Corona Virus), soal selidik telah dilaksanakan atas talian sebagai satu inisiatif yang paling relevan di mana mahasiswa dan mahasiswi dapat mengakses Internet dengan mudah walaupun mereka berada di kampung masing-masing. Tempoh soal selidik dijalankan selama satu minggu untuk mengumpulkan data-data yang berkaitan dengan kajian.
  • 6. 6 5.0 Metodologi Kajian Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Jumlah keseluruhan sampel adalah seramai 35 orang yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Teknologi Mara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang menjalani pembelajaran secara atas talian (ODL) yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan berbeza tempat tinggal. Soal selidik kajian ini dijalankan menggunakan Google Form secara atas talian. Terdapat 4 bahagian dalam soal selidik tersebut termasuklah bahagian demografik responden, kesediaan pelajar dalam menjalankan pembelajaran atas talian, kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani pembelajaran atas talian dan masalah yang dihadapi pelajar semasa pembelajaran atas talian dijalankan. Responden dikehendaki menjawab item-item dalam soal selidik tersebut menggunakan 5 skala likert. Skala likert tersebut telah dilabel seperti berikut, Sangat Tidak Setuju, skala 1, Tidak Setuju, skala 2, Tidak Pasti. Skala 3, Setuju, skala 4 dan Sangat Setuju, skala 5. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan peratusan, skor min dan sisihan piawai. 6.0 Dapatan Kajian Jadual 1 : Kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL). Bil. Item Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju Min SD 1. Saya bersedia untuk mengikuti pembelajaran atas talian 0.0% 11.4% 40.0% 40.0% 8.6% 3.4571 6.5574
  • 7. 7 2. Saya mempunyai kemahiran dalam penggunaan teknologi sebagai satu medium pembelajaran 0.0% 14.3% 14.3% 48.6% 22.9% 3.8000 6.2850 3. Saya merasakan bahawa Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) amat membebankan diri saya. 5.7% 5.7% 31.4% 45.7% 11.4% 3.5143 6.2445 4. Saya mengetahui cara yang terbaik untuk belajar dengan fokus dan efektif walaupun semasa belajar di atas talian. 8.6% 34.3% 45.7% 8.6% 2.9% 2.6286 6.9642 5. Saya mempunyai masalah dalam Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) kerana kurang kemahiran dalam menggunakan teknologi 20.0% 37.1% 34.3% 8.6% 0.0% 2.3143 5.6125 6. Saya selalu merasa susah untuk fokus semasa belajar di atas 2.9% 8.6% 8.6% 37.1% 42.9% 4.0857 6.4807
  • 8. 8 talian. 7. Saya sedar bahawa saya perlu menggunakan kaedah Pembelajaran secara Atas Talian (ODL) sebaik sahaja mendaftar semester baharu. 11.4% 5.7% 14.3% 28.6% 40.0% 3.7143 4.8990 8. Saya sedar bahawa suka atau tidak saya perlu membiasakan diri saya dengan Pembelajaran secara Atas Talian supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran. 0.0% 0.0% 2.9% 31.4% 65.7% 4.6286 10.0747 9. Saya merasakan bahawa Pembelajaran atas Talian (ODL) memakan kos yang tinggi. 8.6% 28.6% 22.9% 20.0% 20.0% 3.1429 2.5495 10. Saya sedar bahawa saya mungkin masih perlu menggunakan kaedah Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) walaupun 5.7% 11.4% 11.4% 42.9% 28.6% 3.7714 5.3852
  • 9. 9 sudah kembali ke Universiti. Jumlah 3.5057 6.1053 Jadual 1 menunjukkan kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi(IPT) dalam menjalani pembelajaran secara atas talian. Item 1 jelas menunjukkan bahawa peratusan pelajar yang tidak pasti dan setuju bahawa mereka bersedia menjalani pembelajaran secara atas talian adalah sama iaitu sebanyak 40%. Item 2 menunjukkan bahawa hampir separuh daripada pelajar mahir dalam menggunakan teknologi sebagai medium pembelajaran. Item 3 menunjukkan bahawa 45.7% pelajar berpendapat bahawa pembelajaran atas talian hanya membebankan diri mereka. Item 4 dam 6 pula jelas menujukkan keputusan positif bahawa kebanyakkan pelajar berasa tidak pasti cara untuk belajar secara efektif secara atas talian dan sangat setuju bahawa mereka susah fokus. Item 5 menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar mempunyai masalah untuk belajar secara atas talian kerana kurang kemahiran dalam menggunakan teknologi. Item 7 dan 8 menunjukkan bahawa para pelajar sedar bahawa mereka perlu belajar secara atas talian sebaik sahaja mendaftar supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran. Item 10 menandakan bahawa 42.9% pelajar setuju bahawa mereka sedar mereka berkemungkinan untuk belajar atas talian walaupun setelah pulang ke universiti. Bukan itu sahaja, item 9 menunjukkan respons negatif daripada pelajar kerana sebanyak 28.6% pelajar tidak bersetuju bahawa pembelajaran secara online memakan kos yang tinggi. Jadual 2: Kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) Bil. Item Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju Min SD 1. Saya lebih suka belajar 28.6% 25.7% 25.7% 2.9% 17.1% 2.5428 3.6742
  • 10. 10 secara atas talian berbanding bersemuka. 2. Saya berasa tertekan dengan tugasan atas talian yang diberikan oleh pensyarah. 0.0% 17.1% 25.7% 25.7% 31.4% 3.7142 4.3011 3. Saya kurang bermotivasi semasa belajar di atas talian. 0.0% 11.4% 8.6% 25.7% 54.3% 4.2285 7.4498 4. Saya mendapat sokongan daripada individu terdekat semasa belajar secara atas talian. 11.4% 14.3% 28.6% 25.7% 20.0% 3.2857 2.5495 5. Saya merasakan bahawa masa saya banyak dihabiskan untuk menyiapkan tugasan sahaja berbanding belajar. 0.0% 0.0% 11.4% 34.3% 54.3% 4.7142 8.3066 6. Saya masih mengalami masalah dalam menyesuaikan diri untuk belajar secara atas talian. 2.9% 11.4% 25.7% 25.7% 34.3% 3.7714 4.4158 7. Saya berasa saya ketinggalan semasa 2.9% 11.4% 11.4% 17.1% 57.1% 4.1428 7.4833
  • 11. 11 belajar berbanding rakan-rakan yang lain semasa belajar secara atas talian. 8. Saya mudah berputus asa dalam memahami pengajaran pensyarah semasa belajar secara atas talian. 8.6% 25.7% 22.9% 8.6% 34.3% 3.3428 3.9370 9. Saya bijak menguruskan emosi setiap kali berada di bawah tekanan yang kuat semasa belajar secara atas talian. 5.7% 20.0% 48.6% 11.4% 14.3% 3.0857 5.8736 10. Saya merasakan bahawa saya memerlukan khidmat kaunseling untuk membantu saya mengurus tekanan semasa belajar. 14.3% 28.6% 22.9% 20.0% 14.3% 2.9142 2.1213 Jumlah 3.5742 5.0112 Jadual 2 menunjukkan keputusan terhadap item-item yang berkaitan dengan kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani Pembelajaran secara Atas Talian (ODL). Item 1 dan Item 2 jelas menunjukkan majoriti pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lebih selesa untuk belajar
  • 12. 12 secara bersemuka berbanding secara atas talian dan sebanyak 31.4% daripada mereka berasa tertekan dengan tugasan atas talian yang diberikan oleh pensyarah. Item 3 dan Item 5 menunjukkan sebanyak 54.3% pelajar (IPT) kurang bermotivasi semasa belajar di atas talian dan menganggap masa mereka banyak digunakan untuk menyiapkan tugasan kursus berbanding dengan untuk belajar. Item 4 menunjukkan hanya 11.4% pelajar (IPT) mendapat sokongan daripada individu terdekat semasa belajar secara atas talian. Bermula dari Item 6 sehingga Item 9, menunjukkan keputusan yang negatif bahawa majoriti pelajar (IPT) tidak dapat mengawal emosi dan menjaga motivasi diri mereka sepanjang pembelajaran secara atas talian diguna pakai. Malah Item 10, menunjukkan sebanyak 14.3% pelajar (IPT) merasakan bahawa mereka memerlukan khidmat kaunseling untuk membantu mereka menguruskan tekanan semasa belajar. Jadual 3: Masalah yang dihadapi pelajar semasa Pembelajaran Secara atas Talian (ODL) dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut Bil. Item Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju Min SD 1. Saya mempunyai masalah dalam capaian rangkaian Internet. 11.4% 17.1% 28.6% 28.6% 14.3% 3.1714 2.8284 2. Saya berasa susah untuk mengikuti proses pembelajaran kerana mudah terganggu dengan keadaan sekeliling. 0.0% 5.7% 11.4% 34.3% 48.6% 4.2571 7.2111 3. Saya tidak memahami apa yang telah saya pelajari di atas talian. 2.9% 14.3% 22.9% 31.4% 28.6% 3.6857 4.0620
  • 13. 13 4. Saya kurang memahami bahan pengajaran yang disediakan oleh pensyarah. 0.0% 14.3% 54.3% 28.6% 2.9% 3.2000 7.7781 5. Saya tidak mempunyai suasana pembelajaran yang kondusif semasa belajar di rumah. 0.0% 17.1% 34.3% 20.0% 28.6% 3.6000 4.5825 6. Saya yakin bahawa ibu bapa berperanan dalam menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada anak- anak yang belajar secara atas talian. 0.0% 0.0% 11.4% 22.9% 65.7% 4.5428 9.5393 7. Saya merasakan bahawa pensyarah perlu lebih berkomunikasi dengan pelajar melalui sosial media seperti “Whatsapp” dan “Telegram” selain di dalam kelas sahaja. 0.0% 2.9% 0.0% 22.9% 74.3% 4.6857 11.1355 8. Saya merasakan penting bagi setiap pensyarah memahami 0.0% 0.0% 5.7% 17.1% 77.1% 4.7142 11.4455
  • 14. 14 bahawa setiap pelajar datang dari latar belakang sosio ekonomi yang berbeza. 9. Saya merasakan penting untuk pihak universiti menyediakan pelan internet secara percuma untuk pelajar dari keluarga B40. 0.0% 0.0% 5.7% 8.6% 85.7% 4.8000 12.9228 10. Saya merasakan penting untuk pihak kerajaan menyediakan bantuan komputer riba kepada pelajar B40. 0.0% 2.9% 2.9% 17.1% 77.1% 4.6857 11.4236 Jumlah 4.1315 8.2928 Jadual 3 menunjukkan masalah yang dihadapi oleh pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) semasa Pembelajaran secara Atas Talian (ODL) dan cadangan yang dibincangkan untuk mengatasi masalah tersebut. Item 1 menunjukkan bahawa 28.6% pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mempunyai masalah dalam capaian rangkaian Internet. Melalui Item 2, didapati hanya 5.7% pelajar (IPT) yang tidak mempunyai sebarang masalah dalam mengikuti pembelajaran secara atas talian. Item 3 juga menunjukkan keputusan yang negatif terhadap pembelajaran secara atas talian kerana hanya 2.9% sahaja pelajar (IPT) yang dapat memahami pembelajaran mereka semasa belajar secara atas talian. Item 4 menunjukkan 28.6% pelajar (IPT) bersetuju bahawa mereka kurang memahami bahan pengajaran yang disediakan oleh pensyarah mereka. Item 5 menunjukkan bahawa 28.6% pelajar (IPT) sangat bersetuju bahawa mereka tidak mempunyai
  • 15. 15 suasana pembelajaran yang kondusif semasa belajar di rumah. Item 6 sehingga Item 10 akan membincangkan cadangan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah pembelajaran secara atas talian melalui sudut pandangan pelajar (IPT) sendiri. Item 6 menunjukkan bahawa sebanyak 65.7% pelajar (IPT) sangat bersetuju bahawa ibu bapa perlu menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada anak-anak yang belajar secara atas talian. Item 7 menunjukkan keperluan untuk pensyarah berkomunikasi dengan pelajar melalui sosial media seperti “Whatsapp” dan “Telegram” selain di dalam kelas sahaja, 74.3% pelajar (IPT) bersetuju dengan kenyataan tersebut. Item 8 menunjukkan bahawa 77.1% pelajar sangat bersetuju jika pensyarah dapat memahami bahawa setiap pelajar datang dari latar belakang sosio ekonomi yang berbeza. Melalui Item 9 dapat dilihat bahawa, majoriti pelajar (IPT) merasakan adalah penting untuk pihak universiti menyediakan pelan Internet secara percuma untuk pelajar dari keluarga B40 dan Item 10 menunjukkan 77.1% pelajar (IPT) sangat bersetuju jika pihak kerajaan menyediakan bantuan komputer riba kepada pelajar yang datang dari keluarga B40. 7.0 Analisis Kajian Dan Perbincangan Pada bahagian ini, responden telah diutarakan 3 bahagian soalan soal selidik iaitu dari aspek kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani pembelajaran secara atas talian (ODL), kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani pembelajaran secara atas talian, masalah yang dihadapi pelajar semasa pembelajaran secara atas talian (ODL) dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut dimana bagi setiap aspek terdapat beberapa soalan dengan pilihan jawapan yang mereka boleh pilih dan telah dikhususkan kepada pelajar-pelajar IPT yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tempat tinggal. Dalam dapatan kajian yang dijalankan ini, bahagian ini membincangkan analisa data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, min purata dan taburan kekerapan. Pada bahagian pertama soal selidik iaitu dari segi sudut kesediaan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjalani pembelajaran secara atas talian (ODL), Majoriti responden mempunyai persediaan yang cukup untuk menjalani pembelarajan atas talian namun
  • 16. 16 masih belum buleh menyesuaikan diri untuk belajar atas talian di rumah. Hal ini dapat dilihat sebanyak 42.9% dan 37.1% responden sangat bersetuju dan bersetuju bahawa mereka selalu merasa susah untuk fokus semasa belajar di atas talian. Bahagian kedua iaitu mengenai kesediaan emosi dan tahap motivasi pelajar dalam menjalani pembelajaran secara atas talian (ODL) pula, Majoriti responden mengalami tekanan dan kurang motivasi ketika menjalani pembelajaran atas talian, menunjikkan respon negatif. Hal ini disokong oleh banyak faktor yang telah disetujui oleh rata-rata responden seperti berasa tertekan dengan tugasan atas talian yang diberikan oleh pensyarah, merasakan bahawa masa saya banyak dihabiskan untuk menyiapkan tugasan sahaja berbanding belajar dan mereka masih mengalami masalah dalam menyesuaikan diri untuk belajar secara atas talian. Bahagian terakhir soal selidik iaitu mengenai masalah yang dihadapi pelajar semasa pembelajaran secara atas talian (ODL) dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Hasil kajian mendapati kebanyakkan responden mempunyai masalah semasa menjalani pembelajaran atas talian(ODL) kerana masalah capaian internet di kawasan yang bebeza, latar belakang sosioekonomi yang berlainan, tidak mempunyai suasana yang kondusif untuk belajar, sukar untuk memahami pembelajaran yang diajar. Bagi cadangan pula, responden menyokong cadangan kerajaan dalam menyediakan pelan internet kepada pelajar dan memberi bantuan komputer riba kepada golongan B40 iaitu sebnyak 77.1%. Ringkasnya, Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan responden mempunyai persepsi negatif terhadap pembelajaran secara atas talian. mempunyai pandangan negatif terhadap ODL pada waktu pandemik. Walau bagaimanapun, ada segelintir responden yang mempunyai tanggapan positif terhadap ODL. Kebanyakan responden tidak setuju bahawa ODL membantu meningkatkan prestasi akademik mereka dan menerima faktor bahawa ODL membuatkan emosi pelajar terganggu. Ini boleh berlaku disebabkan jika pelajar menghadiri kelas secara bersemuka mereka dapat penyelesaian untuk keraguan mereka kepada guru secara mudah dan faktor tidak mempunyai capaian internet yang baik juga akan membawa kepada kefahaman yang kurang jelas semasa ODL. Dapat disimpulkan bahawa pembelajaran atas talian merupakan suatu norma baharu yang perlu diterima oleh semua pelajar universiti ketika ini disebabkan
  • 17. 17 keadaan pandemik COVID-19. Hal ini dikatakan demikian atas penjarakan sosial yang perlu dipatuhi oleh semua orang termasuklah pelajar UKM itu sendiri. Tujuannya untuk mengelakkan virus COVID-19 daripada terus tersebar Pembelajaran atas talian bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat beberapa masalah yang perlu dihadapi oleh pelajar sepanjang pembelajaran atas talian dijalankan. Masalah seperti kesukaran mendapat akses internet dan sukar fokus dalam kelas telah menggangu prestasi pelajar. Selain itu, terdapat juga masalah-masalah lain seperti persekitaran yang kurang kondusif untuk pembelajaran atas talian serta sukar berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan kumpulan telah menjadi penghalang kepada kelancaran sesi pembelajaran atas talian. Bukan itu sahaja, masalah tugasan yang diberi oleh pensyarah secara serentak pada waktu yang sama disebabkan persepsi pelajar yang dianggap mempunyai waktu lapang yang banyak agak membebankan pelajar terutama lagi sekiranya pelajar tersebut menghadapi beberapa masalah yang telah dinyatakan sebelumnya. Cadangan dan langkah yang wajar dibuat ialah sebagai pelajar, amatlah penting untuk mengetahui masalah pembelajaran yang dihadapi suapya masalah dapat diselesaikan dengan cepat dan boleh menyesuaikan diri dalam pembelajaran secara atas talian. Sebagai contoh, pelajar perlulah mewujudkan suasana belajar yang baru dirumah dengan membuat sudut belajar. Dengan adanye meja belajar yang selesa, pelajar dapat memberi sepenuh tumpuan semasa aktivti pembelajran. Ibu bapa juga perlulah membantu anak-anak mereka dari segi memberi semangat dan motivasi. Pensyarah perlulah menggunakan segala kreativiti mereka untuk berinteraksi dengan pelajar walaupun berjauhan. Inilah masanya pensyarah untuk mengaplikasikan apa sahaja kebolehan dan kreativiti mereka,asalkan proses PdP berlangsung dengan jayanya.
  • 18. 18 8.0 Kesimpulan Kesimpulannya, keberkesanan pembelajaran atas talian pula bergantung kepada cara penyampaian tenaga pengajar dan usaha pelajar itu sendiri. Dalam kajian yang dilakukan berdasarkan beberapa orang responden, pembelajaran atas talian tidak menunjukkan keberkesanan dalam beberapa perkara misalnya dalam tahap fokus pelajar terhadap pembelajaran dan pencapaian pelajar dari aspek akademik. Meskipun begitu, pembelajaran atas talian tidak dapat dinafikan mampu melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam teknologi. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelajaran atas talian memerlukan daya kreativiti dan usaha pelajar untuk menelaah dan mempelajari ilmu-ilmu baharu berkaitan teknologi seperti infografik dan media sebagai keperluan tugasan dan pembentangan. Kita yakin kebanyakan universiti awam (UA) memiliki strategi dan langkah alternatif kepada amalan pembelajaran bersemuka kepada secara dalam talian yang dianggap pilihan terbaik dalam menghadapi situasi menggugat suasana pembelajaran ini. Sebaliknya memanfaatkan Open and Distance Learning (ODL). Pensyarah juga menggunakan segala kreativiti mereka untuk berinteraksi dengan pelajar walaupun berjauhan. Inilah masanya pensyarah dan pelajar untuk mengaplikasikan apa sahaja kebolehan dan kreativiti mereka, asalkan proses PdP berlangsung dengan jayanya. Usaha pensyarah di semua institusi pengajian tinggi boleh menggunakan kreativiti masing-masing dalam PdP seperti menerusi Massive Open Online Learning (MOOC), Open Educational Resources (OER) dan Flipped Classroom secara dalam talian serta apa sahaja aplikasi terbuka yang ada. Apa-apa sahaja aplikasi yang boleh membantu pensyarah dan pelajar berkomunikasi menyampaikan mesej serta arahan tugasan perlu digembleng sebaik mungkin termasuk WhatsApp, Telegram dan Google Class Room. Kita berada pada zaman serba canggih dan moden, malah kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit agar semua institusi pengajian memiliki prasarana pengajian terbaik setanding institusi pengajian luar negara. Oleh itu, Mahasiswa perlu bijak menguruskan masa belajar dan wujudkan suasana belajar dirumah dengan membuat sudut belajar sendiri untuk keselesaan, memanfaatkan masa serta menjaga keselamatan diri di mana sahaja berada walaupun perasaan diganggu dengan tragedi jangkitan COVID-19.
  • 19. 19 Tegasnya, pembelajaran atas talian semakin menjadi suatu kepentingan dan keperluan yang penting dalam melahirkan pelajar dan pendidikan yang berkualiti Kualiti pembelajar: atas talian perlulah sentiasa ditambah baik untuk memastikan keberkesanannya dalam pembelajaran dan pengajaran di abad ini.
  • 20. 20 Rujukan 1. Dhull, Indira & Arora, Sakshi. (2019). Online Learning. 3. 32-34. 2. Kementerian Pengajian Tinggi. (2020, March). Pengendalian Program Akademik Di Universiti Awam (UA) Dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). https://www.mohe.gov.my/en/media-mohe/press-statement/1031-pengendalian-program- akademik-di-universiti-awam-ua-dan-institusi-pendidikan-tinggi-swasta-ipts. 3. Kementerian Pengajian Tinggi. (2020, March). Pengendalian Program Akademik Di Universiti Awam (UA) Dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). https://www.mohe.gov.my/en/media-mohe/press-statement/1031-pengendalian-program- akademik-di-universiti-awam-ua-dan-institusi-pendidikan-tinggi-swasta-ipts 4. Kementerian Pengajian Tinggi. (2020, Mei 27). Pengendalian Aktiviti Akademik Di Kampus Institusi Pendidikan Tinggi Semasa Dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Diambil daripada Laman Web Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi: https://www.mohe.gov.my/en/media-mohe/press-statement/1126-pengendalian-aktiviti- akademik-di-kampus-institusi-pendidikan-tinggi-semasa-dan-pasca-perintah-kawalan- pergerakan 5. Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Mengenai COVID-19 – 16 Mac 2020. (2020, Mac 16). Diambil daripada Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia: https://www.pmo.gov.my/ms/2020/03/perutusan-khas-yab-perdana-menteri- 6. Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran. (Mac 2014). COVID-19: Kreatif laksanakan pembelajaran, pengajaran dalam talian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/668855/covid-19-kreatif- laksanakan-pembelajaran-pengajaran-dalam-talian