3. SEJARAH
Geometri merupakan salah satu cabang matematik yang melibatkan
bentuk, panjang, luas, isipadu dan sebagainya.
Komponen-komponen seperti titik, garis lurus dan bulatan antara
asas kepada bentuk-bentuk geometri.
Perkataan geometri berasal daripada bahasa Yunani di mana geo
bermaksud bumi manakala metros adalah untuk mengukur.
4. Bidang geometri mula dikesan ketika tamadun Mesir Purba kira-kira 1700 SM.
Di mana orang-orang Mesir Purba perlu menyelesaikan masalah sempadan tanah di
Sungai Nil.
Limpahan air yang berlaku di Sungai Nil telah menyebabkan kekeliruan dalam
kalangan tuan tanah.
Oleh itu, orang Mesir Purba memerlukan pengetahuan dalam pembinaan sempadan,
pengukuran luas dan panjang bagi menangani masalah ini.
Selain itu, pembinaan piramid juga melibatkan konsep geometri dari segi bentuk-
bentuk batuan yang digunakan dan pengukuran yang tepat.
5. Seterusnya, orang Babilon juga adalah yang terawal dalam penggunaan konsep
geometri.
Di mana mereka berpengetahuan dalam mengira luas dan isipadu. Bermula
dengan orang-orang Mesir Purba dan Babilon, bidang geometri telah
berkembang ke tamadun lain seperti Yunani, India, China dan Islam.
Ini telah membawa kepada penerokaan bidang geometri yang lebih meluas oleh
ahli-ahli Matematik seperti Thales, Pythagoras, Plato, Euclid, Archimedes, Thabit
ibn Qurra dan lain-lain.
Sumbangan mereka inilah yang telah membawa kepada konsep geometri moden
yang ada pada hari ini.
6. Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang
mempunyai bentuk serta meyerupai bahan yang sebenar.
Bahan 3 dimensi adalah benda yang memiliki panjang, lebar, dan
tinggi.
Istilah ini biasanya digunakan dalam bidang seni dan animasi.
11. PENGGUNAAN DI LUAR NEGARA
Menurut Schuman (1991) apabila pelajar belajar memanipulasi bentuk-bentuk
yang dihasilkan dengan pengalaman sendiri maka pelajar dikatakan dapat
belajar dengan lebih berkesan di mana pembelajaran terhadap pemahaman
terhadap sesuatu konsep dapat diperkukuhkan melalui celik akal.
Pelajar diberi peluang untuk menjalankan eksperimen matematik melalui aktiviti
penerokaan dan penyiasatan terhadap bentuk-bentuk geometri dengan sendiri.
Melalui pengalaman empirikal yang telah dilalui oleh pelajar, membantu untuk
menajamkan pemahaman terhadap konsep dan sifat sesuatu objek geometri.
Pembelajaran geometri memberikan pengalaman dalam membantu pelajar
memperkembangkan pemahaman terhadap sesuatu ciri, rupa dan bentuk. Ia
juga membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya
dalam situasi dunia sebenar.
12. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
KELEBIHAN
Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.
Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna keranma murid dapat belajar
daripada penggunaan bahan yang sebenar.
Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu
dengan lebih baik.
Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.
Menggalakkan murid-murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau
hasilan.
Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.
13. KELEMAHAN
Ada bahan 3D tidak mudah diperoleh di pasaran.
Kekangan masa untuk membina bahan 3D.
Perlu ada ruang yg luas untuk menyimpan bahan 3D.
15. RUJUKAN
1. http://www.slideshare.net/hudabokhari75/kepentingan-mempelajari-tajuk-ruang
2. http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/AZURAAP000042D2004TTP.pdf
3. http://mathideasinprimaryschool-sarmiza.blogspot.com/2011/04/laporan-projek-geometri.html
4. http://elwafasran.blogspot.com/2012/05/masalah-pembelajaran-matematik.html
5. Modul Asas Bentuk dan Ruang, Mohd Uzi bin Dollah:PhD, Noor Shah bin Saad:PhD, UPSI, Tanjung Malim, Perak.
6. http://mathideasinprimaryschool-sarmiza.blogspot.com/
7. http://www.slideshare.net/EjaHodejahMt/nl-geometri
8. http://kasturinusi.blogspot.com/2012/12/krm3023-asas-ukuran-miskonsepsi-dan_889.html
9. http://teachersguideonline.blogspot.com/2010/10/pembelajaran-kontekstual-pembelajaran.html