SlideShare a Scribd company logo
1 of 38
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER SEPTEMBER/2014
HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
NAMA PELAJAR : DayangKu Nuurul Fattihah Ummi
Qalthum Bt Pg. Zainal Abidin
NO. MATRIKULASI : 810901126140001
NO. KAD PENGENALAN : 810901-12-6140
NO. TELEFON : 016-8404421
E-MEL : nurulfazrul@gmail.com
NAMA TUTOR : Rahmah Bte Abdul Ghani
PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE
HBML4203
1
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pengenalan
2...4
2. Konsep Kesusasteraan dan Ciri-ciri
Kesusasteraan dari Sudut Karya Sastera dan
Karya Seni
4...11
3. Perbincangan Perkembangan Kesusasteraan
Melayu Klasik
12...29
4. Analisis dan Huraian Fungsi Sastera Dalam
Masyarakat Tradisional dan Masyarakt
Moden
29...35
5. Kesimpulan 35
6. Bibiliografi 36
HBML4203
2
Menurut De Bonald, kesusasteraan ialah ekspresi masyarakat. W.S Hudson pula
mengatakan hubungan sastera dengan masyarakat sangat erat dan sastera tidak akan
menjadi agung dan bermutu tinggi sekiranya tidak dijelajahi alam kehidupan manusia
sedalam-dalamnya.
Melalui pendapat tokoh-tokoh di atas, dapatlah dikatakan kesusasteraan
berintegrasi dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ianya melingkupi seluruh
kehidupan masyarakat Melayu pada masa tersebut termasuklah aspek keagamaan, sosial,
ekonomi, kebudayaan dan banyak lagi. Contohnya dalam naratif lisan yang mengandungi
tiga genre di bawahnya iaitu mitos, lagenda dan cerita rakyat. Genre-genre ini
mengandungi hasil sastera yang melangkaui aspek kehidupan masyarakat Melayu
tradisional seperti mitos yang mengandungi cerita tentang kepercayaan yang dianuti oleh
masyarakat Melayu tradisional misalnya dewa-dewi, berunsur keagamaan dan dianggap
benar oleh masyarakat yang melahirkannya.Selain itu mitos juga mengandungi unsur
kuasa ajaib, semangat, roh dan sebagainya.
Pengarang di zaman masyarakat Melayu tradisional menggunakan sumber
daripada persekitaran, pengalaman, pemerhatian, dan pembacaannya untuk menceritakan
1. Pengenalan
HBML4203
3
semula sesuatu yang diperolehinya untuk dikongsi bersama dan diluahkan melalui
pelbagai bentuk seperti puisi, pantun, gurindam, syair, seloka dan lain-lain lagi. Masing-
masing mempunyai peranan dan fungsi tersendiri antaranya mendidik akhlak yang baik
dan mulia.
Kesusasteraan masyarakat Melayu tradisional menggambarkan segala pemikiran,
perasaan, nilai dan falsafah hidup masyarakat pada masa tersebut dan merupakan
cerminan kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Kesusasteraan Melayu mengandungi
ciri-ciri budaya asal masyarakat seperti kesenian, kepercayaan dan adat resam. Menurut
Syed Ali Ashraf (1989), sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya
merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif. Pada zaman dahulu juga, karya
sastera Melayu tradisional sering digunakan di dalam kehidupan seharian seperti pantun
dan syair yang sering digunakan di dalam istana dan di dalam majlis-majlis tertentu
seperti majlis perkahwinan. Cerita-cerita mitos dan lagenda serta cerita rakyat juga sering
diperdengarkan kepada anak-anak dan penduduk-penduduk kampung.
Hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu tradisional tersemat di
dalam karya sastera mereka. Jamilah Hj. Ahmad (1993), berpendapat bahawa pelbagai
jenis pantun yang mempunyai tema tertentu berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih
sayang, puji-pujian, nasihat, agama, adat, telatah dan corak hidup masyarakat.
Peredaran zaman telah menyebabkan perbezaan berlaku di dalam masyarakat
moden di mana sastera menjadi satu bidang kegiatan yang khusus. Sastera pada zaman
moden tidak lagi bebas digunakan dalam kehidupan seharian. Sastera moden lebih
dikenali sebagai tatapan umum seperti novel, cerpen, sajak dan drama atau teater.
Menurut Dr Harun Jaafar (2014) hasil karya adalah untuk tatapan khalayak. Karya akan
dianggap gagal sekiranya tidak diterima oleh khalayak. Karya yang dihasilkan lebih
menceritakan realiti kehidupan.
HBML4203
4
Abdullah Munsyi merupakan pelopor kesusasteraan Melayu moden setelah beliau
memulakan penulisan corak baru yang berbeza daripada tradisi sebelumnya. Dr Harun
Jaafar (2014), menyatakan antara ciri-ciri penulisan Abdullah Munsyi;
i. Tidak lagi berkisarkan tentang istana
ii. Tidak mengandungi mitos dan lagenda
iii. Tidak terbina atas khayalan melulu
iv. Telah berhenti mengagung-agungkan golongan istana dan bangsawan.
Dengan sumbangan Abdullah Munsyi dan beberapa tokoh lain, bidang kesusasteraan
telah menjadi satu bidang yang lebih moden dan sistematik. Penulis sastera moden
menggunakan pelbagai cara untuk melahirkan segala yang dihajatinya dalam sesebuah
karya , namun mereka hanya berpegang kepada satu haluan dan pemikiran sahaja untuk
berkarya. Haluan pemikiran atau hala tuju tersebut dikenali sebagai aliran. Antara aliran-
aliran karya sastera ialah klasikisme, romantisme, realisme, naturalisme dan absurdisme.
2.1 Konsep kesusasteraan
2.1.1 Definisi Sastera
Pelbagai definisi yang diberikan bagi istilah ’kesusasteraan’. Berdasarkan
etimologi melalui bahasa sanskrit, kesusasteraan merupakan cantuman bahasa kata ’su’
dan ’sastera’. ’Ke...an’ adalah apitan untuk membentuk kata nama ’kesusasteraan’.
Perkataan kesusasteraan mempunyai maksud seperti beriku;
i. Su = indah, cantik, baik, seni dan berguna.
ii. Sastera = huruf atau buku atau karya (sama ada lisan atau bertulis).
2. Konsep Kesusasteraandan Ciri-Ciri KesusasteraanDariSudut Karya
Sastera dan Karya Seni
HBML4203
5
iii. Susastera = karya yang berguna dan indah.
iv. Kesusasteraan = kumpulan buku-buku atau semua bentuk karya yang indah
bahasanya dan baik isinya serta berguna.
Manakala menurut pandangan Hashim Awang (1984) kesusasteraan adalah ciptaan seni
yang disampaikan melalui bahasa. Kamus Dewan pula kesusasteraan adalah hasil seni
dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.
2.1.2 Unsur Sastera
Terdapat beberapa unsur yang terkandung di dalam sastea yang bermutu, antaranya
hiburan, imaginasi, emosi, intelek, didaktik dan teknik. Unsur-unsur ini selalunya saling
berkait dan hadir secara bersama di dalam sebuah karya. Namun kadangkala ianya
berasingan mengikut karya yang dihasilkan.
a. Unsur Hiburan
Hiburan adalah salah satu unsur yang sangat terkenal di dalam penghasilan sesebuah
karya. Kebanyakkan karya yang dihasilkan mempunyai unsur hiburan. Contohnya
pantun, syair, seloka, gurindam, cerita rakyat, lagenda, novel, cerpen, drama, teater
dan sebagainya. Selalunya karya sastera mampu memberikan hiburan yang bermutu.
Antaranya karya novel yang mampu menimbulkan kepuasan setelah tamat
pembacaan dan menghiburkan. Selain itu, karya lain seperti drama atau teater juga
mampu memberikan hiburan yang menarik jika dihasilkan dengan teliti dan bijak.
b. Unsur Imaginasi
Imaginasi juga merupakan unsur yang sangat penting di dalam sesebuah karya. Setiap
karya yang dihasilkan berciri imaginatif. Namun harus difahami unsur ini bukanlah
merujuk kepada khayalan semata-mata. Pengarang perlu mewujudkan realiti dalam
karya sastera dengan menggunakan imaginasinya. Contohnya dalam penghasilan
karya novel, pengarang perlu mengimaginasikan watak, jalan cerita, klimaks cerita
HBML4203
6
dan pengakhirannya. Penghasilan karya yang baik akan membuatkan pembaca
berimaginasi dengan baik mengikut hasil karya.
c. Unsur Emosi
Unsur emosi juga berada dikebanyakkan karya sastera. Ianya salah satu keunikan
karya sastera berbanding karya bukan sastera. Karya sastera lebih mudah meluahkan
emosi pengarang dan pada masa yang sama dapat menimbulkan emosi pembaca atau
khalayak. Contohnya emosi gembira ketika mendengar pantun jenaka. Pendengar
akan rasa lucu dan ketawa. Selain itu, emosi sedih akan timbul apabila membaca
novel yang mengandungi kisah sedih dan duka. Pelbagai emosi yang biasa digunakan
di dalam karya antaranya emosi sedih, gembira, benci, cemburu, cinta, dilema dan
marah.
d. Unsur Intelek
Karya sastera juga mempunyai unsur intelek. Unsur ini mungkin ditemui dalam satu
ayat, satu perenggan, satu halaman atau dalam keseluruhan karya. Sebuah karya harus
membuatkan pembaca atau khalayak mampu menggunakan pemikiran mereka seperti
menganalisis, merumus dan sebagainya. Contohnya sebuah karya cerpen mampu
membuatkan pembacanya berfikir secara aktif mengenai apa yang berlaku di dalam
cerita serta mengagak kesudahan cerita. Karya sastera amat sesuai digunakan di
dalam pengajaran dna pembelajaran kerana mempunyai unsur intelek yang baik.
e. Unsur Didaktik
Didaktik merupakan unsur moral atau pengajaran di dalam sesebuah karya sastera.
Karya sastera sangat berkait rapat dengan unsur pengajaran terutamanya di dalam
karya sastera Melayu tradisional. Unsur ini di adaptasikan di dalam pantun, syair,
mitos, lagenda dan sebagainya. Begitu juga bagi hasil karya sastera moden seperti
HBML4203
7
sajak, novel, cerpen, drama atau teater. Unsur ini disampaikan melalui masej yang
tersirat dan tersurat. Contohnya pantun nasihat :
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di dalam peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati
Berdasarkan pantun tersebut, nilai moral yang tersirat ialah nilai berbudi lebih
berharga di dalam kehidupan berbanding emas. Setiap orang diharapkan berbuat baik
dan berbudi kerana perbuatan tersebut akan dikenang sepanjang masa.
f. Unsur Teknik
Teknik adalah merujuk pada cara sesebuah karya itu disampaikan. Ia merangkumi
cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita, menyusun atur rangkap-rangkap
di dalam sajak, meletakkan adegan-adegan dalam lakonan dan sebagainya. Antara
teknik penulisan karya sastera adalah teknik dialog, monolog, penceritaan, imbas
kembali, suspen, babak, naratif, gaya dan lain-lain lagi. Contohnya penyusunan
adegan cerita di dalam drama atau teater. Adegan permulaan, pertengahan, klimaks
dan penghakhiran drama perlu disusun dengan baik agar penonton memahaminya dan
mendapat kepuasan. Misalnya adegan pertama dimulai dengan penceritaan, kemudian
berdialog. Seterusnya dimasukkan adegan nyanyian dan mungkin terdapat adegan
suspen dan banyak lagi mengikut kreativiti pengarang.
Keenam-enam unsur yang telah dijelaskan adalah saling berkaitan dan biasanya
sukar untuk dipisah-pisahkan. Dengan adanya unsur-unsur tersebut hasil karya akan lebih
bermutu dan sempurna.
HBML4203
8
2.2 Ciri-Ciri Kesusasteraan
2.2.1 Karya Sastera
Karya sastera adalah karya yang memuatkan nilai seni berasaskan bahasa. Tanpa
karya sastera bahasa hanya digunakan untuk sebagai alat perhubungan anggota
masyarakat. Menurut Zaitul Azma Zainon Hamzah, peradaban dan martabat sesuatu
bangsa boleh dilihat berdasarkan karya bahasa dan sastera yang dimilikinya. Karya
tersebut menjadi khazanah bangsa yang amat bernilai, malah diibaratkan sebagai dua
entiti yang saling melengkapi. Bahasa adalah salah satu ciri-ciri kesesusateraan sebagai
karya sastera. Merujuk semula kepada maksud sastera iaitu karya (lisan atau tulisan) atau
buku. Oleh itu, bahasa merupakan faktor penting di dalam sesebuah karya sastera.
Selain itu, karya sastera juga disebar melalui lisan dan juga tulisan.Bagi aspek
lisan, sastera ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu prosa dan puisi. Ia juga dikenali
sebagai sastera lisan. Bagi sastera lisan kumpulan prosa adalah terdiri daripada karya
yang terhasil dalam bentuk karangan. Manakala sastera lisan kumpulan puisi adalah
karangan berangkap. Contoh karya lisan ialah pantun, syair, cerita rakyat, mitos , drama
sebagainya. Manakala karya tulisan adalah seperti novel dan cerpen.
Seterusnya, karya sastera juga haruslah mempunyai tema dan persoalan yang
harus dikaitkan dengan mesej atau amanat (perutusan atau pengajaran). Tiga aspek ini
saling melengkapi dalam kewujudan karya sastera. Sesebuah karya adalah terbina
daripada unsur yang mengikat atau disebut juga ciri prosodi. Tanpa tema , persoalan dan
mesej sesbuah hasil karya tidak bermutu dan mengelirukan khalayak. Setelah
menetapkan tema, penulis perlulah memilih atau merangka persoalan pokok yang hendak
diolahnya. Oleh sebab itu, pengkarya yang baik adalah pengkarya yang bijak mengadun
persoalan pokok yang berada dalam pemikirannya dengan perasaan hatinya dan
tujuannya berkarya bagi menyampaikan mesej kepada khalayak. Contohnya rangkap
syair di bawah:
HBML4203
9
Dengarlah sebuah kisahku ini,
Ibu yang tabah kasihnya abadi,
Demi anaknya berkorban diri,
Kasihnya ibu membawa ke mati.
Syair di atas menunjukkan tema kekeluargaan iaitu jasa seorang ibu. Persoalan yang
mungkin dibina ialah bagaimanakah sifat seorang ibu?untuk siapa pengorbanan ibu?.
Manakala mesej dari rangkap syair tersebut adalah menyuruh kita menghayati
pengorbanan seorang ibu dan kita sebagai anak haruslah menghargai ibu kerana ibu
sanggup berkorban demi kasih sayangnya kepada kita. Melalui satu rangkap syair di atas
kita dapat melihat kaitan tema, persoalan dan mesej yang diterapkan di dalam karya
tersebut.
2.2.2 Karya Seni
Menurut M.K Danziger dan W.S Johnson (1988), kesusasteraan merupakan satu
seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau bertulis. Sastera juga mencakupi
semua aspek yang menggunakan bahasa dan bersifat kreatif. Manakala Ismail Husein
(1998) pula mengatakan sastera adalah sebagai satu seni yang bercorak intektual dan
gabungan kepuasan intelek dan kepuasan intelek. Berdasarkan etimologi kesusateraan
bermaksud semua bentuk karya yang bernilai seni dan berguna. Oleh sebab itu
kesusasteraan juga hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ditujukan kepada
khalayak.
Salah satu ciri kesusasteraan sebagai karya seni ialah terdapat keindahan pada
gaya bahasanya. Penulisan sastera menggunakan gaya bahasa yang mengandungi
beberapa elemen antaranya metafora, ironi, paradoks, hiperbola, alusi dan sebagainya.
Gaya bahasa ini digunakan untuk mengindahkan lagi hasil karya dan menjadikannya
seseuatu karya yang unik dan membezakan karya sastera dengan karya bukan sastera.
Contohnya metafora adalah penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain
HBML4203
10
daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. Metafora berfungsi sebagai bahasa
bandingan untuk menggerakkan imaginasi pembaca. Contohnya ayat yang yang
mengandungi metafora: Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih terbenam di kaki hari.
Manakala ironi adalah gaya bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai
makna yang lain. Ianya mempunyai fungsi yang sama dengan metafora iaitu
menggerakkan imaginasi pembaca. Contoh ayat : Kadangkala ada akhir tak ada mula.
Maksudnya sesuatu perkara yang tiba-tiba berlaku tanpa diduga. Pelbagai gaya bahasa
yang digunakan di dalam hasil karya sastera dan mempunyai fungsi tersendiri. Oleh yang
demikian karya sastera menjadi karya seni yang sangat indah.
Selain itu, karya sastera juga sesuatu hasil yang indah. Sesuai dengan definisi
kesusasteraan adalah pengucapan yang indah-indah, sama ada tertulis atau tidak.
Contohnya terdapat kreativiti dan keindahan pada puisi Melayu seperti pantun,
syair,sajak, gurindam dan seloka. Puisi-puisi ini mempunyai ritma atau irama yang
bermaksud alunan lembut dan keras, bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata
dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak. Ianya memerlukan keharmonian
bunyi dan susunan kata dalam karya puisi yang merangkumi aspek rentak, ragam dan
tingkah. Semuanya berfungsi untuk menimbulkan keindahan irama. Peribahasa dan
pepatah juga digunakan untuk menimbulkan keindahan pada karya sastera. Contohnya
pantun peribahasa seperti di bawah;
’ Kayu bakar dibuat arang,
Arang dibakar memanas diri,
Jangan mudah menyalahkan orang,
Cermin muka lihat sendiri,
Rima juga digunakan bagi mengindahkan karya. Rima adalah skema bunyi pada akhir
rangkap mempunyai bunyi yang sama.
Seterusnya, kesusasteraan sebagai karya seni kerana mempunyai unsur hiburan
dan memberi kepuasan kepada pembaca ,pendengar, atau penonton. Melalui teknik
HBML4203
11
penulisan dan karangan yang baik dan sempurna dapat menghasilkan satu karya yang
bermutu dan memberi hiburan serta kepuasan. Penghasilan karya perlulah mengikut
struktur yang betul. Hashim Awang (1984) mengatakan struktur adalah sebagai
penyusunan pelbagai elemen dalam sesebuah cereka sehingga melahirkan kesan
keindahan seni. Terdapat enam elemen dalaman yang penting ialah plot, watak dan
perwatakan, latar, sudut pandangan, stail dan gaya bahasa. Kesemua elemen tersebut
perlu disusun dengan baik bagi melahirkan karya yang tinggi nilai seninya.
Karya sastera juga mempunyai nilai-nilai estetik yang membolehkan pengkarya
mengungkapkan isi hati dengan sejelas-jelasnya secara mendalam. Sastera sebagai karya
seni haruslah menepati ciri-ciri keutuhan, keseimbangan, keselarasan dan ada penekanan.
Sesuatu karya sastera seperti puisi mestilah utuh iaitu setiap bahagian atau unsur yang
ada padanya mestilah menunjukkan isi hati pengkarya. Bahagian-bahagian karya sastera
juga harus seimbang dengan fungsinya. Contohnya, peristiwa yang kurang penting dalam
persembahan sebuah novel harus lebih pendek daripada peristiwa yang penting.
Seterusnya hubungan antara bahagian karya harus ada keselarasan. Bahagian yang
penting pula harus mendapat penekanan yang lebih berbanding bahagian yang kurang
penting.
Kesusasteraan Melayu klasik merupakan sastera yang tertua dan disampaikan
sebagai cerita rakyat yang disampaikan secara lisan serta diperturunkan dari satu generasi
ke satu generasi lain. Terdapat pendapat pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan
kesusasteraan Melayu kepada dua golongaan utama iaitu sastera lisan dan sastera tulisan.
Perkembangan kesusasteraan Melayu klasik bermula dengan sastera lisan yang
wujud di kalangan masyarakat Melayu yang terdiri daripada kaum tani dan nelayan yang
tinggal jauh dipedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada zaman tersebut sistem
tulisan belum wujud dan masyarakat buta huruf. Meskipun tidak mempunyai sistem
3.Perbincangan Perkembangan Kesusasteraan Melayu Klasik
HBML4203
12
tulisan, namun daya kreativiti mereka sentiasa berkembang melalui pertuturan dan
penceritaan.
Apabila orang Melayu menerima pengaruh luar, mereka telah mewujudkan
kesusasteraan secara tulisan. Pengaruh india memperkenalkan masyarakat Melayu
dengan sistem tulisan. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membuka jalan kepada
perkembangan kesusasteraan Melayu dengan lebih luas. Kemasukan sistem tulisan yang
lengkap berdasarkan kitab Al-Quran iaitu sistem tulisan Arab-Islam telah disesuaikan
dengan sebutan bahasa Melayu. Hasilnya telah mewujudkan sistem tulisan jawi. Tulisan
jawi telah berkembang di istana apabila istana menjadi pusat penyebaran ilmu pada masa
tersebut. Semenjak itu lahirlah tokoh-tokoh sasterawan yang menghasilkan pelbagai
karya.
3.1 Jenis dan Bentuk Kesusasteraan Melayu Klasik
Kesusasteraan Melayu klasik atau tradisional terbahagi kepada dua kumpulan
iaitu prosa dan puisi.
3.1.1 Prosa
Prosa terbahagi kepada tiga jenis iaitu naratif lisan, naratif tulisan dan prosa bukan
naratif.
Rajah 1: Prosa Melayu Tradisional
HBML4203
13
Naratif
Lisan
Mitos
Lagenda
Lisan
Rakyat
Naratif lisan kesusasteraan Melayu klasik adalah karya kepunyaan masyarakat
yang disebarkan dari mulut ke mulut dari satu generasi ke satu generasi. Terdapat
tiga bentuk atau genre yang dikenali sebagai mitos, lagenda dan lisan rakyat.
Rajah 2: Naratif Lisan
a. Mitos
Mitos merupakan prosa yang tertua di dunia. Karya mitos adalah berunsurkan cerita
tentang dewa-dewi, keagamaan dan dianggap benar oleh masyarakat yang
melahirkannya. Mitos mempunyai unsur kuasa ajaib, semangat, roh, tidak
berdasarkan logik dan tidak cenderung kepada sejarah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mitos adalah cdrita zaman dahulu yang
dianggap benar, terutamanya cerita yang mengandungi unsur-unsur konsep atau
kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu bangsa, kejadian-kejadian alam
dan sebagainya. Manakala menurut Ahimsa-Putra, mitos adalah cerita yang aneh
yang sukar difahami maknanya atau diterima kebenarannya kerana kisahnya dianggap
tidak masuk akal dan tidak sesuai dengan alam nyata.
Contoh mitos yang sangat terkenal ialah tentang nama negeri Melaka yang diambil
sempena nama pokok tempat Raja Iskandar bersandar semasa menyaksikan anjing
1. Naratif Lisan
HBML4203
14
buruan baginda ditendang oleh seekor pelanduk berbulu putih sehingga jatuh ke
dalam air.
b. Legenda
Legenda merupakan kisah tantang watak manusia yang pernah hidup atau dipercayai
pernah hidup dan ada hubungan dengan sejarah. Kisah ini dianggap benar kerana
mempunyai bukti kewujudan ,seperti di Sumatera, terdapat sebuah batu yang
berbentuk manusia yang dikatakan si Malim Kundang yang telah disumpah menjadi
batu oleh ibunya kerana menderhaka.
Legenda terbahagi kepada empat kategori iaitu legenda pendosa, legenda memorat,
legenda ternama dan lagenda tempat. Legenda pendosa adalah legenda anak derhaka
yang telah disumpah oleh ibunya sehingga menjadi batu, contohnya kisah Si
Tanggang. Legenda memorat merupakan cerita-cerita lisan tentang hantu dan
makhluk halus seperti pontianak, toyol, hantu raya dan hantu pocong. Seterusnya
legenda tokoh ternama adalah cerita yang berkaitan dengan tokoh agama dan tokoh
sejarah. Tokoh sejarah terbahagi kepada dua iaitu tokoh sejarah setempat dan tokoh
sejarah menjelajah.Tokoh sejarah setempat adalah seperti Hikayat Hang Tuah.
Legenda tokoh sejarah menjelajah pula adalah seperti Iskandar Zukarnain. Akhir
sekali lagenda tempat yang menceritakan asal usul nama sesuatu tempat contohnya
kisah Samudera yang mendapat nama setelah rajanya terlihat semut besar.
c. Cerita Rakyat
Cerita rakyat adalah rekaan dan disampaikan secara lisan dalam satu kelompok
masyarakat pada zaman dahulu kemudian disebarkan daripada satu generasi ke satu
generasi seterunya menjadi warisan dalam kelompok itu. Biasanya cerita rakyat
disampaikan oleh orang yang lebih tua serti nenek, datuk, ibu bapa atau ketua
masyarakat. Penciptanya tidak diketahui dan dianggap milik bersama.
HBML4203
15
Cerita
Rakyat
Cerita
Jenaka
Cerita
Binatang
Cerita
Dongeng
1.
Sifat watak yang terlalubodoh atauterlalu
pintar. Contohnya PakPandir.
2.
Wujud unsur-unsurkebetulandi dalam cerita.
3.
Plot cerita yang menimbulkankelucuan.
4.
Permainan kata-kata yang melucukan.
Cerita rakyat terbahagi kepada tiga jenis iaitu cerita jenaka, cerita binatang dan cerita
dongeng.
Rajah 3: Tiga jenis cerita rakyat
i. Cerita Jenaka
Cerita jenaka adalah cerita lucu yang menggelikan hati. Watak-watak utamanya ialah
manusia biasa dan bukannya golongan bangsawan atau raja-raja dalam suasana
masyarakat Melayu lama. Lokasi penceritaannya adalah di kawasan desa. Contoh
cerita jenaka adalah seperti Kisah Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat
Jenin. Cerita jenaka berfungsi sebagai alat yang menghiburkan, mengkritik
masyarakat, memberi pengajaran dan menggambarkan sistem sosial.
FAKTOR YANG
MENIMBULKAN
KELUCUAN
HBML4203
16
Asal Usul
•menceritakanasal usul binatang yang menjadi watakutama, contohnya ular, angsa, ayam dan
lain.
•Dipetik daripada cerita mitos
•Bertujuanmemberi pengetahuan dan pendidikan kepada masyarakat danmemberi hiburan.
Dongeng
Binatang (Fable)
•Memberi pengajaran dan teladankepada masyarakat.
•Binatang diberikan watak-wataktertentu untukmemberi kritikankepada manusia yng bersifat
tamak, pemalas, sombong dansebagainya.
•Contohnya kisah anjing denganbayang-bayang.
Epik Binatang
(Beast Epic)
•Cerita yang hanya berpusat kepada watak utama sahaja. Contohnya KisahSang Kancil, Merak
yang sombong dansebagainya.
ii. Cerita Binatang
Cerita binatang merupakan cerita yang mengisahkan tentang binatang yang mencdi
cerita teladan secara tersirat dan menjadi teladan. Haiwan di beri watak manusia dan
menjadi watak utama. Contohnya Kisah Sang Kancil dan Buaya. Di dalam cerita
binatang terdapat tiga bentuk cerita iaitu asal-usul, dogeng binatang dan epik
binatang. Huraian ketiga-tiga bentuk cerita ini adalah seperti berikut;
iii. Cerita Dongeng
Cerita dongeng adalah genre naratif yang sangat terkenal dikalangan masyarakat
Melayu. Cerita dongeng merupakan cerita yang diada-adakan kejadian atau
kewujudannya. Terdapat dua bentuk cerita dongeng iaitu lipur lara dan cerita teladan.
R.O Winstedt telah menamakan Lipur lara sebagai roman rakyat (folk romances).
Menurut Dr. Ismail Hamid, Lipur bermaksud hibur. Orang yang menghibur dikenali
HBML4203
17
Naratif
Tulisan
Sastera
Sejarah
Sastera
Hikayat
Sastera
Epik
sebagai penglipur dan lara bermaksud sedih atau duka. Oleh itu, lipur lara bermaksud
cerita yang menghiburkan orang yang kesedihan.. merupakan tema utama bagi lipur
lara. Terdapat juga tema lain seperti percintaan dan peperangan. Watak utamanya
adalah putera dan puteri yang memfokuskan pengembaraan putera raja sebagai wira
dan watak puteri sebagai wirawati. Apa pun kisah sepanjang lipur lara,
pengakhirannya mestilah kisah yang gembira. Antara lipur lara yang terkenal ialah
Hikayat Awang Sulung, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Malim Dewa.
Cerita teladan adalah cerita yang mempunyai struktur yang sama dengan lipur lara
tetapi tema dan persoalannya berbeza. Plot yangh disampaikan memberi contoh
teladan kepada khalayak. Contohnya cerita Bawang Putih Bawang Merah. Cerita ini
mengajar masyarakat agar menjadi seorang yang baik hati, menghormati orang tua
dan rajin seperti Si Bawang Putih.
Naratif tulisan terbahagi kepada tiga genre seperti yang berikut;
Rajah 4: Genre dalam naratif tulisan
i. Emies M.G mengatakan sastera hikayat adalah cerita-cerita bertulis dalam
langgam bahasa dan struktur yang tertentu, berunsur hiburan dan membawa
2. Naratif Tulisan
HBML4203
18
kisah-kisah ajaib. Putera dan puteri adalah watak utama dengan sifat yang
jelita, tampan, berani dan gagah pahlawan.
Dr. Harun Jaafar (2014), mengatakan sastera hikayat mengisahkan golongan
bangsawan, pembesar-pembesar atau para pedagang. Pada mulanya sastera
hikayat adalah diterjemah daripada bahasa Arab dan Parsi.Bermula daripada
pengenalan, seterusnya perkembangan dan akhir sekali adalah peleraian yang
berbentuk penamat yang gembira.
Hikayat adalah berasal daripada kata Arab ’haka’ atau ’hekaye’ dalam bahasa
Parsi yang bermaksud cerita panjang berbentuk prosa di dalamnya terkandung
cerita rekaan, legenda, dan sebagainya. Genre ini tidak diketahui
pengarangnya, tarikh dikarang dan disalin. Kata-kata yang sering digunakan
ialah ’sahibul-hikayat’ atau ’yang empunya cerita’ atau ’kata yang empunya
cerita’ untuk rujukan pengarang.
Sastera hikayat terbahagi kepada 5 subgenre seperti yang berikut;
Sastera
Hikayat
Huraian
Hikayat
Nabi
Muhammad
SAW
 Contohnya Hikayat Bulan Berbelah dan Hikayat Nabi Wafat.
 Hikayat yang pertama sekali berkembang di Alam Melayu.
 Menyumbang kepada perkembangan buadaya seperti sambutan
maulidurrasul dan sambutan awal muharram.
Hikayat
Nabi
 Kisah berdasarkan Al-Quran.
 Bermula daripada kisah Nabi Adam sehingga Nabi Isa.
 Pengajaran yang disampaikan adalah berkaitan ajaran Islam yang
mengamalkan ajaran Tauhid.
 Kisah diola mengikut kreativiti melalui mitos dan legenda dengan
HBML4203
19
memasukkan unsur-unsur keindahan bagi menari perhatian ramai.
Hikayat
Tokoh Islam
 Terdapat 3 jenis hikayat iaitu berunsur dakwah yang
bersandarkan tentang alam akhirat dan balasan baik dan buruk
serta hukum-hukum Islam. Seterusnya berunsur syiah yang
menggambarkan Allah memberi wahyu menyuruh Nabi
Muhammad SAW menikahkan Fatimah dengan Saidatina Ali.
Hikayat yang ketiga adalah berkaitan ajaran sufi yang menoloak
keduaniaan untuk mencari ketaqwaan.
Hikayat
Romantik
 Cerita yang menggambarkan pengembaraan atau percintaan.
 Wataknya adalah bersandarkan kepada golongan bangsawan atau
saudagar.
 Terbahagi kepada tiga struktur iaitu pengenalan, perkembangan
dan peleraian yang berakhir dengan kegembiraan.
 Contohnya Hikayat Amir Arab, Hikayat Qamar al-Zaman,
Hikayat Hasan Damsyik dan Hikayat Jauhar Manikam.
Hikayat
Berbingkai
 Berasal daripada kesusasteraan Hindu yang dikenali sebagai
’akhyayika’ bermaksud percakapan yang menyenangkan.
 Contohnya karya Hikayat Seribu Satu Malam, HikayatKalilah
dan Dimnah dan Hikayat Byaan Budiman.
 Berfungsi sebagai alat memberi nasihat, membentuk akhlak yang
baik serta memberi pengajaran.
ii. Sastera sejarah dikenali sebagai historiografi. Sastera ini adalah suatu
penulisan yang menggabungkan unsur-unsur penulisan sejarah dengan
penulian bukan sejarah atau sastera. Sastera sejarah bukanlah karya sastera
sepenuhnya tetapi kisah yang diajukan adalah berunsur peristiwa sejarah yang
benar-benar berlaku pada zaman lampau. Contohnya Hikayat Merong
Mahawangsa, Hikayat Johor, Hikayat Acheh, Hikayat Raja Pasai dan
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu.
HBML4203
20
Menurut Prof Mohd. Taib Osman, karya sastera sejarah hanya digunakan
untuk memberi gambaran peradaban masyarakat, konsep beraja dna corak
pemikiran pada zaman itu. Manakala Zuber Usman menyatakan sastera
sejarah adalah perpustakaan yang bersifat kebangsaan.
Sastera sejarah terdapat di dalam dua bentuk iaitu prosa dan puisi. Contohnya
Hikayat Merong Mahawangsa. Karya sastera sejarah bentuk prosa banyak
mengisahkan sesebuah negeri untuk jangka masa lebih daripada seratus tahun.
Manakala bentuk puisinya adalah seperti Syair Sultan Maulana.
iii. Sastera epik dikenali sebagai sastera kepahlawaan. Aspek yang ditekankan
adalah nilai-nilai kepahlawanan dan keperibadian mulia sesorang watak.
Terdapat dua jenis asatera epik iaitu epik kebangsaan dan epik Melayu-Islam.
Epik Kebangsaan dalam sastera Melayu adalah Hikayat Hang Tuah. Hang
Tuah digambarkan sebagai pahlawna yang gaha perkasa dan setia kepada
rajanya. Epik Melayu-Islam adalah seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat
Muhammad Hanafiah. Karya-karya ini berfungsi sebagai alat untuk
membangkitkan semangat cinta kepada negara, agama dan bangsa.
Prosa tulisan bukan naratif adalah karya yang menggunakan bahasa Melayu lama
tetapi tidak menggunakan naratif yang banyak. Terdapat empat genre prosa tulisan
bukan naratif iaitu;
3. Prosa Tulisan Bukan Naratif
HBML4203
21
Prosa
Tulisan
Bukan
Naratif
Sastera
Kitab
Sastera
Sufi
Sastera
Ketatanegaraan
Sasytera
Undang-
Undang
Rajah 5 : Prosa tulisan bukan naratif
Sastera kitab adalah karya-karya yang mengandungi pengajaran Islam seperti kitab
ilmu fikah, tauhid, tasawuf, tafsir, akhlak dan sejarah. Kitab-kitab ini dikategorikan
sebagai karya sastera kerana pengarang terdapat unsur-unsur sastera di dalamnya
seperti naratif, dialog dan hiperbola. Antara kitab yang terdapat di dalam
kesuasteraan Melayu adalah Kitab Jawi seperti Babu Khalq al-Samawat wa al-Ard
yang ditulis oleh Syeikh Nurudin al-Raniri.
Manakala sastera ketatanegaraan adalah karya sastera yang mengandungi unsur
aturan, kaedah dan cara penting dalam pemerintahan dan kerajaan. Selain itu terdapat
unsur yang membicarakan kawajipan raja dan para pembesar dalam menjalankan
pentadbiran negara. Antara karya yang terkenal adalah Taj al-Salatin dan Bustanus
Salatin.Karya-karya tersebut menceritakan tentang tanggungjawab pemerintah seperti
raja, para kerajaan Islam di Asia Barat dan di Nusantara. Terdapat juga pengajaran
tentang hukum –hakam agama Islam.
Sastera undang-undang adalah merujuk kepada undang-undang iaitu keseluruhan
peraturan yang digubal oleh kerajaan yang harus dipatuhi oleh masyarakat. Harus
difahami, undang-undang Melayu Lama tidak sama seperti undang-undang baru.
Undang-undang lama digubal dan disusun oleh para pembesar dengan persetujuan
raja secara lisan. Teksnya hanya tertulis ketika tulisan Jawi yang sistematik terhasil.
HBML4203
22
Undang-undang Melayu Lama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu;
i. Adat Pepatih : Digunakan di Negeri Sembilan dan Alor Gajah, Melaka.
ii. Adat temenggung : Yang merujuk kepada hukuman-hukuman jenayah,
undang-undang laut serta pelabuhan yang terletak di bawah pentadbiran raja-
raja.
iii. Undang-undang Islam didasarkan kepada hukuman fikah Mazhab Syafie
tentang nikah-kahwin, cerai-talak dan pembahagian harta pusaka.
Contoh karya sastera undang-undang adalah seperti Hukuim Kanun Melaka, Undang-
Undang Laut Melaka dan Undang-Undang Kedah.
Sastera sufi pula merupakan genre kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang
yang mengamalkan ajaran tasawuf. Terdapat enam ciri utamanya iaitu;
a. Berjiwa tinggi
b. Dalam maknanya
c. Khayalan melayang jauh
d. Menggambarkan sesuatu dengan menggunakan rumus yang pelik
e. Pertanyataan-pernyataannya bersifat ketaksamaan
f. Patuh secara keseluruhannya kepada Allah
( Dr. Harun Jaafar, 2014 )
Sejarah awal sastera sufi bermula pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah. Dasar
pemerintahan kerajaan ini adalah mengamalkan pemerintahan kuku besi dan
mementingkan kebendaan yang menyebabkan segelintir golongan agama yang warakl
mula mengingatkan semula kepentingan kehidupan yang harmoni dan menjauhkan
diri daripada kehidupan politik dan kebendaan. Dengan itu, terbentuklah satu aliran
yang dinamakan sufi.
(Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008)
HBML4203
23
Dua orang tokoh sufi yang terkenal di Alam Melayuj ialah Hamzah Fansuri dan
Syeikh Syamsuddin al-Sumatera-i. Antara sufi yang dihasilkan adalah seperti al-
Muntahi, dan Miratul Mukminin.
3.1.2 Puisi Melayu Tradisional
Puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua bentuk iaitu terikat (pantun dan
gurindam ) dan bebas (seloka)
Pantun ialah puisi Melayu yang asli dan unik. Pantun adalah sumber khazanah dalam
kehidupan masyarakat di Alam Melayu. Pantun terdiri daripada beberapa bentuk
antaranya;
i. Pantun dua kerat:
Contoh:
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
ii. Pantun empat kerat:
Contoh:
1. Pantun
HBML4203
24
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
iii. Pantun enam kerat;
Contoh:
Anak memerang makan sagu,
Di perdunya mula diterang,
Waktu hari kabur kelala,
Anak orang jangan diganggu,
Kalau suka masuk meminang,
Supaya namamu tidak tercela.
iv. Pantung lapan kerat:
Contoh:
Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Bekerj-kejran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang,
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap ada kasihan orang.
v. Pantun dua belas kerat:
Contoh:
Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
HBML4203
25
Jenis-
jenis
pantun
Pantun
kanak-
kanak
Pantun
Jenaka
Pantun
Kias-
ibarat
Pantun
Budi
Pantun
Orang
Muda
Pantun
teka-
Teki
Dibawa sultan dari judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gemar jadi gugur,
Bila gugur masuk perigi,
Tuan di Mekah di Madinah,
Naik akhirat naik haji,
Tegak berdiri Rasullullah,
Kami yang jangan dilupa,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.
Pantun dikatakan puisi terikat kerana mempunyai ciri-ciri penting yang harus dipatuhi
ketika menghasilkannya. Natara ciri-ciri pantun ialah:
a. Setiap baris pantun perlu ada empat hingga lima patah perkataan.
b. Setiap baris pantun ada lapan hingga dua belas suku kata.
c. Baris pertama dan kedua pantun empat kerat dinamakan pembayang.
d. Manakala dua baris kemudiannya adalah maksud.
e. Pantun empat kerat mesti memakai rima a-b-a-b.
f. Rangkap pantun mestilahmelengkapi satu idea yang hendak disampaikan.
Pantun dihasilkan mengikut jenis. Terdapat enam jenis pantun serti yang disenaraikan di
bawah:
Rajah 6 : Jenis-jenis pantun
HBML4203
26
Pantun berperanan di dalam kebudayaan Melayu untuk majlis-majlis tertentu seperti
majlis meminang, majlis perkahwinan, majlis berbalas pantun dan sebagainya. Pantun
juga berfungsi sebagai alat untuk mendidik, menyindir, menyatakan perasaan,
menyampaikan buah fikiran dan menghiburkan.
Menurut Ismail Hamid (1989) gurindam berasl daripada bahasa bahas sanskrit.
Gurindam merupakan perkataan yang bersajak akhir pasangannya, tetapi sempurna
perkataannya dengan satu pasangannya sahaja.
Manakala menurut Raja Ali Haji Sultan Takdir Alisjahbana (1954), gurindam
biasanya terjadi daripada sebuah kalimat majmuk yang dibahagikan menjadi dua baris
yang bersajak. Tiap-tiap baris adalah sebuah kalimat dan perhubungan antara dua
buah kalimat itu biasanya perhubungan antara anak kalimat dan induk kalimat.
Gurindam mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu;
i. Setiap untai mempunyai dua baris ayat.
ii. Baris pertama disebut syarat dan baris kedua adalah jawab.
iii. Rima hujung gurindam adalah sama a-a.
iv. Isi kandungannya adalah berkaitan hal-hal yang berat dan serius.
Contoh gurindam:
Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah,
Barang siapa tiada mengenal agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
2. Gurindam
HBML4203
27
Gurindam juga seperti pantun berfungsi untuk mendidik khalayak dan mempunyai unsur-
unsur iman dan moral yang baik.
(Dr.Harun Jaafar, 2014)
Dalam bahasa Sanskrit kata ’seloka’ dipanggil ’shloka’. Seloka sering digunakan dalam
epik Mahabharata dan Ramayana. Ciri-ciri seloka ialah:
i. Jenis puisi bebas
ii. Rangkapnya tidak tetap
iii. Tidak tetap jumlah baris serangkap
iv. Tidak tetap jumlah perkataan sebaris
v. Ada yang berima dan ada yang tidak berima
Contoh seloka:
Baik budi emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada berkayu rumah diruntuh,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusukan.
Fungsi seloka ada untuk menyindir, mengejek, bergurai senda dan berjenaka.
3. Seloka
HBML4203
28
Mengandungi kisah berunsur sejarah.
Contoh syair:Syair Singapura Terbakar dan Syair Sultan Maulana.
Syair berasal daripada Arab ’syi r’ yang bermaksud puisi. Syair dihasilkan sebagai alat
pendidikan dan hiburan. Ciri-ciri penting syari ialah:
i. Puisi naratif dalam bahasa Melayu
ii. Bentuk yang berangkap-rangkap
iii. Setiap rangkap mempunyai empat baris
iv. Setiap baris mempunyai lapan hingga dua belas suku kata
v. Rima hujungnya sama iaitu a-a-a-a.
vi. Syair tidak mempunyai pembayang dan maksud seperti pantun
vii. Rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan lebih daripada
satu rangkap untuk melengkapkan sesuatu idea.
Terdapat empat jenis syair iaitu;
•DiperkenalkanolehHamzah Fansuri yang berperanan menyampaikan
hal-halagama.
•Contoh syair:SyairSidang FakirdanSyairPerahu.
Syair Agama
•Mempunyai struktursanisi yang sama dengancerita dongeng.
•Contoh syair:Syair Siti ZubaidahPerang China, Syair Dandan Setia.Syair Romantik
•Menggunakan watakbinatang untuk menyedarkankhalayak melalui
sindirintajam.Syair Kiasan
Syair Sejarah
4. Syair
HBML4203
29
Contoh Syair:
Ada kepada suatu hari,
Saya ke pasar berlari-lari,
Berjumpa dengan seekor nuri,
Sangatlah bijak ia berperi.
Secara umumnya penghasilan karya kasusasteraan adalah berfungsi untuk bacaan
khalayak atau masyarakat. Namun setiap pengarang perlu menetapkan tujuan karya
sastera yang dihasilkan. Mohktar Hassan ( 2005), berpendapat teks dan karya sastera
adalah rakaman imaginasi pengarang yang di dalamnya sarat dengan maklumat dan isian
sama ada bersifat intektual dan kerohanian. Manakala menurut Muhammad Haji Salleh
(2000) mengatakan peranan dan fungsi sastera zaman tradisional lebih luas dan pelbagai
cabarannya. Perbandingan fungsi kesusasteraan pramoden ternyata lebih besar
berbanding fungsi sastera pada zaman moden.
Namun secara amnya fungsi dan peranan hasil karya sastera dalam masyarakat
tradisional dan masyarakat moden adalah berada di bawah konteks yang sama iaitu
memberi pengajaran dna pendidikan, menghiburkan, memberi kepuasan, mengisi masa
lapang, cetusan perasan dan sebagainya. Fungsi kesusasteraan yang paling utama adalah
sebagai medium pengajaran dan pendidikan.
Mengajar atau disebut didaktik adalah satu proses menyampaikan pengetahuan.
Unsur ini merupakan satu ilmu yang dipelajari dan difahami. Jika sesuatu ilmu diperolehi
4.Analisis dan Huraian Fungsi Sastera Dalam Masyarakat
Tradisional dan Masyarakat Moden
HBML4203
30
tetapi tidak diamalkan maka ilmu itu menjadi sia-sia dan tidak berguna. Oleh sebab itu
pendidikan memainkan peranan penting.
Pendidikan adalah menjaga dan mendidik. Penjagaan dan latihan akan
mewujudkan kebiasaan. Kemudian ia akan berkembang menjadi adat, membentuk sifat
keperibadian, melahirkan kemahuan dan akhirnya menggerakkan perbualan selaras
dengan perkara yang dididik.
Masyarakat si Alam Melayu sangat menitik beratkan hal-hal yang berkaitan
kebudayaan dan keagamaan. Hal-hal ini pula berkaitan dengan cara hidup yang baik dan
kerohanian keagamaan. Pengajaran dan pendidikan menjadi aspek penting dalam
membentuk masyarakat yang berperibadi tinggi. Sehingga sekarang amalan-amalan
mulia yang diajar dari zaman nenek moyang menjadi pegangan dan diamalkan oleh
masyarakat moden. Malah karya sastera moden juga meneruskan fungsi sastera sebagai
medium pengajaran dan pendidikan.
Pengajaran dan pendidikan yang cuba diketengahkan di dalam karya sastera
tradisional lebih kepada pembentukan kehidupan yang sejagat yang menyentuh aspek-
aspek hidup bersosial yang berbudaya adab-sopan, akhlak yang mulia seperti jujur dan
bertanggungjawab serta patuh kepada ajaran agama.
Kebanyakkan hasil karya sastera tradisional mempunyai unsur didaktif atau
pengajaran dan pendidikan. Pengajaran dan pendidikan ini pula disampaikan melalui
pelbagai bentuk seperti di dalam karya sastera tradisional kita dapat melihat pantun
nasihat, pantun budi, pantun agama, syair nasihat, syair keagamaan, cerita rakyat dan
i. Fungsi sastera dalam masyarakat tradisional
HBML4203
31
sebagainya yang menceritakan adab-adab yang perlu dipatuhi dan mengambil pengajaran
daripada kisah-kisah teladan. Contohnya dalam memberi pengajaran dan pendidikan
untuk pembentukan nilai estetika yang tinggi. Misalnya seseorang berbudi ialah seorang
yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yang menerima budinya. Begitu juga budi
yang baik begitu tinggi nilainya ibarat emas yang terlalu banyak sehingag dikenang
sehingga mati. Nilai pengajaran dan pendidikan dapat dilihat berdasarkan pantun di
bawah:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Selain itu, contoh hasil karya sastera tradisional juga dapat dilihat daripada kisah
Nakhoda Tanggang yang menderhaka terhadap ibunya. Akhirnya Si Tanggang disumpah
menjadi batu. Di dalam cerita ini, khalayak diajar agar menyayangi, menghormati dan
menghargai ibu dan tidak mensia-siakan pengorbanan ibu. Setiap perbuatan jahat tentulah
ada pembalasannya. Melalui kisah ini akan memberikan pengajaran dan pendidikan yang
dapat menyedarkan khalayak.
Pelbagai bentuk karya sastera yang berfungsi sebagai alat pengajaran dan
pendidikan. Tidak semestinya bersandarkan kepada karya yang mempunyai unsur nasihat
secara terang sahaja malah karya yang berbentuk sindiran atau tempelak juga berfungsi
untuk mengajar dan mendidik khalayak. Dengan cara sindiran juga dapat memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang kesilapan yang dilakukan. Kadangkala masyarakat
Melayu tidak suka berterus terang kerana takut menyakitkan hati seseorang. Menurut
Fatimah Busu (1922) kesopanan yang terbit daripada rasa malu dan segan dalam
kalangan masyarakat Melayu telah menimbulkan satu cara hidup yang tidak suka berterus
terang. Dalam teguran ini, maka lahirlah pelbagai bentuk bahasa kiasan bagi
menggambarkan sikap rendah diri dan sifat kesopanan.Sindir menyindir berperanan
ketika menyampaikan sesuatu fikiran agar mesej yang disampaikan itu berkesan dan
indah. Contoh pantun kias atau menyindir:
HBML4203
32
Pondok robek makan api,
Anak Cina main teropong,
Katak bertingkir hati,
Dapat dunia bawah tempurung.
Pantun di atas bermaksud watak katak adalah sebagai manusia yang tiada
pegangan atau pendirian. Manusia seperti ini tidak akan berusaha untuk memajukan diri
sendiri sudah pasti kehidupannya tidak akan membawa dia kemana-mana. Pengajaran
daripada pantun ini setiap manusia perlulah berusaha untuk memajukan diri agar dapat
berkhidmat kepada yang lain serta bermanfaat kepada dirinya juga.
Karya sastera tradisional juga berfungsi dalam menyampaikan pendidikan agama
kepada masyarakatnya. Karya sastera yang dihasilkan mempunyai aspek-aspek yang
menyentuh tentang ketuhanan, pahala dan dosa, akhirat, hidup, mati dan lain-lain. Karya
sastera tradisional yang berunsur keagamaan menyeru umatnya supaya taat dan sentiasa
melakukan perkara yang disuruh oleh Allah SWT dan meninggalkan laranganNya.
Contoh karya keagamaan yang memberi pendidikan ialah;
Redup bulan nampak nak hujan,
Pasang pelita sampai berjelaga,
Hidup Mati di tangan Tuhan,
Tiada siapa dapat menduga.
Karya pantun di atas memberitahu manusia agar sentiasa membuat kebaikan kerana
hidup dan mati adalah ditangan Allah SWT. Makna tersiratnya ialah jika terlewat
membuat kebaikan tentulah balasannya adalah neraka dan jika mati dengan amal
kebajikan tentulah balasannya syurga.
Sastera juga berfungsi sebagai memberi pengajaran dan pendidikan bagi
membangkitkan semangat kepahlawanan dikalangan masyarakat tradisional. Terdapat
karya sastera seperti cerita rakyat, legenda, pantun pahlawan, syair dan sebagainya dapat
HBML4203
33
membangkitkan semangat kepahlawanan untuk mempertahankan maruah dan kadaulatan
negara. Contohnya Hikayat Hang Tuah yang gagah berani. Hang Tuah sangat setia
kepada sultannnya sehingga dia sanggup berkorban untuk mempertahankan kedaulatan
sultannya walaupun terpaksa mengorbankan sahabat sejatinya yang derhaka. Pengajaran
yang boleh didapati daripada kisah Hang Tuah adalah sifat berani, setia,
bertanggungjawab, amanah, jujur dan sabar. Nilai-nilai murni ini boleh disematkan di
dalam kehidupan masyarakat atau khalayak yang membacanya.
Fungsi sastera dalam masyarakat moden adalah sama dengan fungsinya di dalam
masyarakat tradisional iaitu memberi pengajaran dan pendidikan kepada masyarakat.
Kebanyakkan hasil karya sastera tradisional masih digunakan dalam masyarakat moden
dan pengajaran serta pendidikannya sentiasa digunaka pakai bagi tujuan yang sama iaitu
mendidik jiwa ke arah pembentukan keperibadian yang tinggi dan berakhlak mulia serta
mentaati ajaran agama. Malahan karya-karya sastera moden juga masih menjalankan
fungsi yang sama dengan sastera tradisional menyampaikan penulisan yang berunsurkan
didaktik.
Melalui karya moden, kita sering membaca novel-novel yang mempunyai
pelbagai jalan cerita. Antara unsur pengajaran dan pendidikan yang terdapat di dalam
karya novel adalah bersikap sabar, bertanggungjawab, kasih sayang, hormat-
menghormati dan sebagainya. Unsur pengajaran dan pendidikan ini sentiasa diutamakan
bagi membentuk masyarakat yang harmoni dan berkebolehan serta membawa kepada
kejayaan negara kita.
Zaman moden adalah zaman kemajuan pelbagai bidang. Setiap bidang mementing
ilmu pendidikan. Selain berfungsi membentuk keperibadian yang tinggi, sastera di zaman
moden ini juga berfungsi untuk melengkapkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.
ii. Fungsi sastera dalam masyarakat moden
HBML4203
34
Salah satu caranya adalah menerapkan pembelajaran sastera di dalam sistem pendidikan.
Pendidikan kesusasteraan amat dititik beratkan di sekolah ataupun di institusi pengajian
tinggi. Awang Sariyan (2003), mengatakan bahan sastera dalam pengajaran bahasa
bertujuan untuk melatih pelajar membaca karya sastera dengan strategi yang tepat, bukan
semata-mata untuk memenuhi tujuan praktis seperti memperolehi maklumat tetapi untuk
menganalisis teks sastera bagi memperoleh kemungkinan makna tertentu secara simbolis
atau filosifis. Melalui pembacaan ini kemahiran membaca aras tinggi dapat membentuk
pelajar yang analitis, kritis dan kreatif. Oleh yang demikian, fungsi kesusasteraan bukan
sahaja dapat mendidik jiwa khalayak tetapi juga dapat mendidik para pelajar untuk
meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Menurut Mohd Taib Osman (1977),
mengatakan hasil-hasil karya sastera kreatif seperti cerpen, novel, drama dan puisi adalah
pendidikan bahasa yang lebih luas daripada pelajaran ’penggunaan’, ’pemakaian’ atau
kemahiran bahasa kerana bahan-bahan sastera mencakupi bidang-bidang bahasa yang
kreatif, imaginatif dan statis.
Selain itu, di dalam pengajaran bahasa Melayu, bahan sastera berfungsi sebagai
alat untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dikalangan pelajar. Seterusnya bahan
sastera juga dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis serta secara langsung
bahan sastera juga dapat mendidik akhlak pelajar. Di dalam akhbar The Borneo Post
(2011), Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mula diperkenalkan pada tahun 1957.
Matlamatnya adalah untuk membolehkan pelajar menjiwai unsur dan nilai murni dari
segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan,
menanam perasaan bangga dan cinta tanah air dalam satu wawasan budaya kebangsaan.
Fungsi lain bahan sastera di dalam aspek pengajaran dan pendidikan ialah dapat
memupuk perpaduan rakyat. Masyarakat lain dapat mempelajari dan mengenali
kehidupan masyarakat Melayu berdasarkan hasil karya sastera. Oleh yang demikian,
perpaduan mudah dikecapi dengan adanya persefahaman di antara masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum.
HBML4203
35
Selain daripada pengajaran dan pendidikan, sastera juga berfungsi sebagai
penghibur, meluahkan perasaan, memberi kepuasan, memberi ketenangan, merehatkan
fikiran dan sebagainya.
Kesusasteraan Melayu adalah satu bidang yang sangat penting di dalam
masyarakat Melayu. Kesusasteraan mencakupi seluruh bidang kehidupan masyarakat
Melayu tradisional dan moden. Kesusasteraan Melayu juga merupakan hasil karya yang
asli dan unik. Melalui ciri-ciri yang dimilikinya dapat membezakan karya sastera dengan
karya yang lain. Selain itu, karya sastera mempunyai pelbagai jenis dan bentuk unik yang
dapat menjulang tarafnya sebagai karya yang tinggi nilainya. Kesusasteraan Melayu
menjadi warisan negara yang amat berharga. Fungsinya yang luas dalam pelbagai bidang
menjadikannya medium penting negara dari dahulu sehingga sekarang terutamanya
sebagai alat pengajaran dan pendidikan. Sastera dapat membentuk jati diri masyarakat
tradisional dan masyarakat moden. Dalam masyarakat berasaskan sains dan teknologi,
kehadiran sastera amat bererti. Kesimpulannya, tanpa sastera, masyarakat maju
kehilangan unsur penting dalam kehidupannya. Sastera bukan sahaja mendidik jiwa dan
keperibadian malah menyatu padukan masyarakat seterusnya dapat membangunkan
negara ke arah kejayaan menempuh globalisasi.
5. Kesimpulan
HBML4203
36
Awang Sariyan.(2003). Warisan Melayu Sri Lanka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka sdn bhd.
Dr Harun Jaafar.(2014).HBML4203 :Kesusasteraan Melayu (2nd e.d). Selangor Darul
Ehsan: Open University Malaysia.
Dr Harun Jaafar (2004). Ikhtisar Kebudayaan dan Prosa Melayu Kelasik.. Tanjong
Malim, Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Hashim Awang.(1984).Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya, Malaysia: Fajar
Bakti.
Mohd Taib Osman.(1977). Warisan Puisi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka sdn bhd.
Razali Ayob.(2014). BML3113: Sejarah Bahasa Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu .
Tanjong Malim, Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Dewan Bahasa Pustaka .(2008 -2014). Pusat Rujukan Persuratan Melayu.[Online].
Available: http://pprm.dbp.gov.my. [2014, November 03 ].
Siti Hawa Haji Salleh.(1999). Universiti Kebangsaan Malaysia : Kesusasteraan Melayu
Tradisional dan Peranan Filologi. [ Online]. Available: http://ejournal.ukm.my .
[2014, November 03].
The Borneo Post.(2011). Kepentingan Sastera Dalam Masyarakat 1 Malaysia.[Online].
Available: www.theborneopost.com. [2014, November 05].
Bibliografi
HBML4203
37

More Related Content

What's hot

Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)yopyus
 
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"KPM- ex KPLI students
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalBM2062204RohaiyuBint
 
Sastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikanSastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikanAin Ainnia
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPensil Dan Pemadam
 
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bmAryanna Soleha
 
This is the html version of the file http
This is the html version of the file httpThis is the html version of the file http
This is the html version of the file httpSyawiril Syawiril
 
Islam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayuIslam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayuieda kahar
 
Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.jimoh370
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuIzzat Hakim
 
Difinasi sastera
Difinasi sasteraDifinasi sastera
Difinasi sasteraAyah Ma
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
Sastera Cerita Rakyat (KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL)
Sastera Cerita Rakyat (KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL)Sastera Cerita Rakyat (KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL)
Sastera Cerita Rakyat (KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL)cg.Teha Amran
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
(Kaedah struktural & teknik soal jawab)
(Kaedah struktural & teknik soal jawab)(Kaedah struktural & teknik soal jawab)
(Kaedah struktural & teknik soal jawab)ZAIM RAHIMI
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUMomee Rain
 
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANKONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANJoseviraLintang
 

What's hot (20)

Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)
 
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Bmm 3163 sem 8
Bmm 3163 sem 8Bmm 3163 sem 8
Bmm 3163 sem 8
 
Sastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikanSastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikan
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
 
This is the html version of the file http
This is the html version of the file httpThis is the html version of the file http
This is the html version of the file http
 
Islam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayuIslam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayu
 
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
 
Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
 
Difinasi sastera
Difinasi sasteraDifinasi sastera
Difinasi sastera
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Sastera Cerita Rakyat (KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL)
Sastera Cerita Rakyat (KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL)Sastera Cerita Rakyat (KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL)
Sastera Cerita Rakyat (KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL)
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
(Kaedah struktural & teknik soal jawab)
(Kaedah struktural & teknik soal jawab)(Kaedah struktural & teknik soal jawab)
(Kaedah struktural & teknik soal jawab)
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
 
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANKONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
 

Similar to Hbml4203 810901126140

Makalah tentangsastra
Makalah tentangsastraMakalah tentangsastra
Makalah tentangsastraMustain Doang
 
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarahWildan Insan Fauzi
 
Karya sastra klasik
Karya sastra klasikKarya sastra klasik
Karya sastra klasikaadhe11
 
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANKONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANAngling_seto
 
Bahasa indonesia (power point)
Bahasa indonesia (power point)Bahasa indonesia (power point)
Bahasa indonesia (power point)Linda Lusiana
 
Ilmu budaya dasar
Ilmu budaya dasarIlmu budaya dasar
Ilmu budaya dasarfay Rafida
 
Bab i pendahulua nsastra kontemporer
Bab i pendahulua nsastra kontemporerBab i pendahulua nsastra kontemporer
Bab i pendahulua nsastra kontemporerDek Matang
 
Makalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesiaMakalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesiaEntertainment
 
Konsepsi Imu Budaya Dasar dalam kesusastraan
Konsepsi Imu Budaya Dasar dalam kesusastraanKonsepsi Imu Budaya Dasar dalam kesusastraan
Konsepsi Imu Budaya Dasar dalam kesusastraanDoreen Agatha
 
Pengertian karya sastra
Pengertian karya sastraPengertian karya sastra
Pengertian karya sastraNanda Ananda
 
Bahan ajar prosa-fiksi_plpg_smp
Bahan ajar prosa-fiksi_plpg_smpBahan ajar prosa-fiksi_plpg_smp
Bahan ajar prosa-fiksi_plpg_smpDarwis Maulana
 
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraanKonsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraanSasqiaNababan
 
Presentasi karya sastra
Presentasi karya sastraPresentasi karya sastra
Presentasi karya sastraNanda Ananda
 
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdf
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdfSalindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdf
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdfGalehPramudianto
 
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarahwifauzi
 
ppt kelompok pujangga lama.pptx
ppt kelompok pujangga lama.pptxppt kelompok pujangga lama.pptx
ppt kelompok pujangga lama.pptxDWIALIPIANSYAH
 
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptx
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptxSEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptx
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptxRicaSugandi
 

Similar to Hbml4203 810901126140 (20)

Pengertian karya sastra
Pengertian karya sastraPengertian karya sastra
Pengertian karya sastra
 
Bahas indonesia
Bahas indonesiaBahas indonesia
Bahas indonesia
 
Makalah tentangsastra
Makalah tentangsastraMakalah tentangsastra
Makalah tentangsastra
 
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
 
Karya sastra klasik
Karya sastra klasikKarya sastra klasik
Karya sastra klasik
 
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANKONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
 
Bahasa indonesia (power point)
Bahasa indonesia (power point)Bahasa indonesia (power point)
Bahasa indonesia (power point)
 
Ilmu budaya dasar
Ilmu budaya dasarIlmu budaya dasar
Ilmu budaya dasar
 
Bab i pendahulua nsastra kontemporer
Bab i pendahulua nsastra kontemporerBab i pendahulua nsastra kontemporer
Bab i pendahulua nsastra kontemporer
 
Makalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesiaMakalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesia
 
Sosiologi sastra
Sosiologi sastraSosiologi sastra
Sosiologi sastra
 
Konsepsi Imu Budaya Dasar dalam kesusastraan
Konsepsi Imu Budaya Dasar dalam kesusastraanKonsepsi Imu Budaya Dasar dalam kesusastraan
Konsepsi Imu Budaya Dasar dalam kesusastraan
 
Pengertian karya sastra
Pengertian karya sastraPengertian karya sastra
Pengertian karya sastra
 
Bahan ajar prosa-fiksi_plpg_smp
Bahan ajar prosa-fiksi_plpg_smpBahan ajar prosa-fiksi_plpg_smp
Bahan ajar prosa-fiksi_plpg_smp
 
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraanKonsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
 
Presentasi karya sastra
Presentasi karya sastraPresentasi karya sastra
Presentasi karya sastra
 
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdf
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdfSalindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdf
Salindia Genre Sastra, Puisi Modern dan Konotasi - TASI.pdf
 
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
 
ppt kelompok pujangga lama.pptx
ppt kelompok pujangga lama.pptxppt kelompok pujangga lama.pptx
ppt kelompok pujangga lama.pptx
 
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptx
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptxSEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptx
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptx
 

More from Dayangku Nurul

Kertas kerja pertandingan tarian
Kertas kerja  pertandingan tarianKertas kerja  pertandingan tarian
Kertas kerja pertandingan tarianDayangku Nurul
 
Kertas kerja bola baling terkini
Kertas kerja bola baling terkiniKertas kerja bola baling terkini
Kertas kerja bola baling terkiniDayangku Nurul
 
Kertas kerja hari kanak kanak sk sembulan 2018
Kertas kerja hari kanak kanak sk sembulan 2018Kertas kerja hari kanak kanak sk sembulan 2018
Kertas kerja hari kanak kanak sk sembulan 2018Dayangku Nurul
 
Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019
Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019
Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019Dayangku Nurul
 
Bacaan doa akhir tahun dalam rumi sebagai panduan
Bacaan doa akhir tahun dalam rumi sebagai panduanBacaan doa akhir tahun dalam rumi sebagai panduan
Bacaan doa akhir tahun dalam rumi sebagai panduanDayangku Nurul
 
Kementerian pelajaran malaysia
Kementerian pelajaran malaysiaKementerian pelajaran malaysia
Kementerian pelajaran malaysiaDayangku Nurul
 
Lirik selawat junjungan
Lirik selawat junjunganLirik selawat junjungan
Lirik selawat junjunganDayangku Nurul
 
Lirik nasyid dia kekasih allah
Lirik nasyid dia kekasih allahLirik nasyid dia kekasih allah
Lirik nasyid dia kekasih allahDayangku Nurul
 
Lirik lagu ya nabi salam alayka
Lirik lagu ya nabi salam alaykaLirik lagu ya nabi salam alayka
Lirik lagu ya nabi salam alaykaDayangku Nurul
 

More from Dayangku Nurul (16)

Kertas kerja pertandingan tarian
Kertas kerja  pertandingan tarianKertas kerja  pertandingan tarian
Kertas kerja pertandingan tarian
 
Kertas kerja bola baling terkini
Kertas kerja bola baling terkiniKertas kerja bola baling terkini
Kertas kerja bola baling terkini
 
Kertas kerja hari kanak kanak sk sembulan 2018
Kertas kerja hari kanak kanak sk sembulan 2018Kertas kerja hari kanak kanak sk sembulan 2018
Kertas kerja hari kanak kanak sk sembulan 2018
 
Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019
Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019
Kertas kerja pertandingan tarian daerah kk 2019
 
14514
1451414514
14514
 
Hbml4403 810901126140
Hbml4403 810901126140Hbml4403 810901126140
Hbml4403 810901126140
 
Hbml3303 810901126140
Hbml3303 810901126140Hbml3303 810901126140
Hbml3303 810901126140
 
14516
1451614516
14516
 
14514
1451414514
14514
 
Malaysia tanah airku
Malaysia tanah airkuMalaysia tanah airku
Malaysia tanah airku
 
Dskp rbt tahun 6
Dskp rbt tahun 6Dskp rbt tahun 6
Dskp rbt tahun 6
 
Bacaan doa akhir tahun dalam rumi sebagai panduan
Bacaan doa akhir tahun dalam rumi sebagai panduanBacaan doa akhir tahun dalam rumi sebagai panduan
Bacaan doa akhir tahun dalam rumi sebagai panduan
 
Kementerian pelajaran malaysia
Kementerian pelajaran malaysiaKementerian pelajaran malaysia
Kementerian pelajaran malaysia
 
Lirik selawat junjungan
Lirik selawat junjunganLirik selawat junjungan
Lirik selawat junjungan
 
Lirik nasyid dia kekasih allah
Lirik nasyid dia kekasih allahLirik nasyid dia kekasih allah
Lirik nasyid dia kekasih allah
 
Lirik lagu ya nabi salam alayka
Lirik lagu ya nabi salam alaykaLirik lagu ya nabi salam alayka
Lirik lagu ya nabi salam alayka
 

Recently uploaded

Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 

Recently uploaded (20)

Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 

Hbml4203 810901126140

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER/2014 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU NAMA PELAJAR : DayangKu Nuurul Fattihah Ummi Qalthum Bt Pg. Zainal Abidin NO. MATRIKULASI : 810901126140001 NO. KAD PENGENALAN : 810901-12-6140 NO. TELEFON : 016-8404421 E-MEL : nurulfazrul@gmail.com NAMA TUTOR : Rahmah Bte Abdul Ghani PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE
  • 2. HBML4203 1 BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Pengenalan 2...4 2. Konsep Kesusasteraan dan Ciri-ciri Kesusasteraan dari Sudut Karya Sastera dan Karya Seni 4...11 3. Perbincangan Perkembangan Kesusasteraan Melayu Klasik 12...29 4. Analisis dan Huraian Fungsi Sastera Dalam Masyarakat Tradisional dan Masyarakt Moden 29...35 5. Kesimpulan 35 6. Bibiliografi 36
  • 3. HBML4203 2 Menurut De Bonald, kesusasteraan ialah ekspresi masyarakat. W.S Hudson pula mengatakan hubungan sastera dengan masyarakat sangat erat dan sastera tidak akan menjadi agung dan bermutu tinggi sekiranya tidak dijelajahi alam kehidupan manusia sedalam-dalamnya. Melalui pendapat tokoh-tokoh di atas, dapatlah dikatakan kesusasteraan berintegrasi dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ianya melingkupi seluruh kehidupan masyarakat Melayu pada masa tersebut termasuklah aspek keagamaan, sosial, ekonomi, kebudayaan dan banyak lagi. Contohnya dalam naratif lisan yang mengandungi tiga genre di bawahnya iaitu mitos, lagenda dan cerita rakyat. Genre-genre ini mengandungi hasil sastera yang melangkaui aspek kehidupan masyarakat Melayu tradisional seperti mitos yang mengandungi cerita tentang kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat Melayu tradisional misalnya dewa-dewi, berunsur keagamaan dan dianggap benar oleh masyarakat yang melahirkannya.Selain itu mitos juga mengandungi unsur kuasa ajaib, semangat, roh dan sebagainya. Pengarang di zaman masyarakat Melayu tradisional menggunakan sumber daripada persekitaran, pengalaman, pemerhatian, dan pembacaannya untuk menceritakan 1. Pengenalan
  • 4. HBML4203 3 semula sesuatu yang diperolehinya untuk dikongsi bersama dan diluahkan melalui pelbagai bentuk seperti puisi, pantun, gurindam, syair, seloka dan lain-lain lagi. Masing- masing mempunyai peranan dan fungsi tersendiri antaranya mendidik akhlak yang baik dan mulia. Kesusasteraan masyarakat Melayu tradisional menggambarkan segala pemikiran, perasaan, nilai dan falsafah hidup masyarakat pada masa tersebut dan merupakan cerminan kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Kesusasteraan Melayu mengandungi ciri-ciri budaya asal masyarakat seperti kesenian, kepercayaan dan adat resam. Menurut Syed Ali Ashraf (1989), sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif. Pada zaman dahulu juga, karya sastera Melayu tradisional sering digunakan di dalam kehidupan seharian seperti pantun dan syair yang sering digunakan di dalam istana dan di dalam majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan. Cerita-cerita mitos dan lagenda serta cerita rakyat juga sering diperdengarkan kepada anak-anak dan penduduk-penduduk kampung. Hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu tradisional tersemat di dalam karya sastera mereka. Jamilah Hj. Ahmad (1993), berpendapat bahawa pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema tertentu berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian, nasihat, agama, adat, telatah dan corak hidup masyarakat. Peredaran zaman telah menyebabkan perbezaan berlaku di dalam masyarakat moden di mana sastera menjadi satu bidang kegiatan yang khusus. Sastera pada zaman moden tidak lagi bebas digunakan dalam kehidupan seharian. Sastera moden lebih dikenali sebagai tatapan umum seperti novel, cerpen, sajak dan drama atau teater. Menurut Dr Harun Jaafar (2014) hasil karya adalah untuk tatapan khalayak. Karya akan dianggap gagal sekiranya tidak diterima oleh khalayak. Karya yang dihasilkan lebih menceritakan realiti kehidupan.
  • 5. HBML4203 4 Abdullah Munsyi merupakan pelopor kesusasteraan Melayu moden setelah beliau memulakan penulisan corak baru yang berbeza daripada tradisi sebelumnya. Dr Harun Jaafar (2014), menyatakan antara ciri-ciri penulisan Abdullah Munsyi; i. Tidak lagi berkisarkan tentang istana ii. Tidak mengandungi mitos dan lagenda iii. Tidak terbina atas khayalan melulu iv. Telah berhenti mengagung-agungkan golongan istana dan bangsawan. Dengan sumbangan Abdullah Munsyi dan beberapa tokoh lain, bidang kesusasteraan telah menjadi satu bidang yang lebih moden dan sistematik. Penulis sastera moden menggunakan pelbagai cara untuk melahirkan segala yang dihajatinya dalam sesebuah karya , namun mereka hanya berpegang kepada satu haluan dan pemikiran sahaja untuk berkarya. Haluan pemikiran atau hala tuju tersebut dikenali sebagai aliran. Antara aliran- aliran karya sastera ialah klasikisme, romantisme, realisme, naturalisme dan absurdisme. 2.1 Konsep kesusasteraan 2.1.1 Definisi Sastera Pelbagai definisi yang diberikan bagi istilah ’kesusasteraan’. Berdasarkan etimologi melalui bahasa sanskrit, kesusasteraan merupakan cantuman bahasa kata ’su’ dan ’sastera’. ’Ke...an’ adalah apitan untuk membentuk kata nama ’kesusasteraan’. Perkataan kesusasteraan mempunyai maksud seperti beriku; i. Su = indah, cantik, baik, seni dan berguna. ii. Sastera = huruf atau buku atau karya (sama ada lisan atau bertulis). 2. Konsep Kesusasteraandan Ciri-Ciri KesusasteraanDariSudut Karya Sastera dan Karya Seni
  • 6. HBML4203 5 iii. Susastera = karya yang berguna dan indah. iv. Kesusasteraan = kumpulan buku-buku atau semua bentuk karya yang indah bahasanya dan baik isinya serta berguna. Manakala menurut pandangan Hashim Awang (1984) kesusasteraan adalah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kamus Dewan pula kesusasteraan adalah hasil seni dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. 2.1.2 Unsur Sastera Terdapat beberapa unsur yang terkandung di dalam sastea yang bermutu, antaranya hiburan, imaginasi, emosi, intelek, didaktik dan teknik. Unsur-unsur ini selalunya saling berkait dan hadir secara bersama di dalam sebuah karya. Namun kadangkala ianya berasingan mengikut karya yang dihasilkan. a. Unsur Hiburan Hiburan adalah salah satu unsur yang sangat terkenal di dalam penghasilan sesebuah karya. Kebanyakkan karya yang dihasilkan mempunyai unsur hiburan. Contohnya pantun, syair, seloka, gurindam, cerita rakyat, lagenda, novel, cerpen, drama, teater dan sebagainya. Selalunya karya sastera mampu memberikan hiburan yang bermutu. Antaranya karya novel yang mampu menimbulkan kepuasan setelah tamat pembacaan dan menghiburkan. Selain itu, karya lain seperti drama atau teater juga mampu memberikan hiburan yang menarik jika dihasilkan dengan teliti dan bijak. b. Unsur Imaginasi Imaginasi juga merupakan unsur yang sangat penting di dalam sesebuah karya. Setiap karya yang dihasilkan berciri imaginatif. Namun harus difahami unsur ini bukanlah merujuk kepada khayalan semata-mata. Pengarang perlu mewujudkan realiti dalam karya sastera dengan menggunakan imaginasinya. Contohnya dalam penghasilan karya novel, pengarang perlu mengimaginasikan watak, jalan cerita, klimaks cerita
  • 7. HBML4203 6 dan pengakhirannya. Penghasilan karya yang baik akan membuatkan pembaca berimaginasi dengan baik mengikut hasil karya. c. Unsur Emosi Unsur emosi juga berada dikebanyakkan karya sastera. Ianya salah satu keunikan karya sastera berbanding karya bukan sastera. Karya sastera lebih mudah meluahkan emosi pengarang dan pada masa yang sama dapat menimbulkan emosi pembaca atau khalayak. Contohnya emosi gembira ketika mendengar pantun jenaka. Pendengar akan rasa lucu dan ketawa. Selain itu, emosi sedih akan timbul apabila membaca novel yang mengandungi kisah sedih dan duka. Pelbagai emosi yang biasa digunakan di dalam karya antaranya emosi sedih, gembira, benci, cemburu, cinta, dilema dan marah. d. Unsur Intelek Karya sastera juga mempunyai unsur intelek. Unsur ini mungkin ditemui dalam satu ayat, satu perenggan, satu halaman atau dalam keseluruhan karya. Sebuah karya harus membuatkan pembaca atau khalayak mampu menggunakan pemikiran mereka seperti menganalisis, merumus dan sebagainya. Contohnya sebuah karya cerpen mampu membuatkan pembacanya berfikir secara aktif mengenai apa yang berlaku di dalam cerita serta mengagak kesudahan cerita. Karya sastera amat sesuai digunakan di dalam pengajaran dna pembelajaran kerana mempunyai unsur intelek yang baik. e. Unsur Didaktik Didaktik merupakan unsur moral atau pengajaran di dalam sesebuah karya sastera. Karya sastera sangat berkait rapat dengan unsur pengajaran terutamanya di dalam karya sastera Melayu tradisional. Unsur ini di adaptasikan di dalam pantun, syair, mitos, lagenda dan sebagainya. Begitu juga bagi hasil karya sastera moden seperti
  • 8. HBML4203 7 sajak, novel, cerpen, drama atau teater. Unsur ini disampaikan melalui masej yang tersirat dan tersurat. Contohnya pantun nasihat : Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di dalam peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati Berdasarkan pantun tersebut, nilai moral yang tersirat ialah nilai berbudi lebih berharga di dalam kehidupan berbanding emas. Setiap orang diharapkan berbuat baik dan berbudi kerana perbuatan tersebut akan dikenang sepanjang masa. f. Unsur Teknik Teknik adalah merujuk pada cara sesebuah karya itu disampaikan. Ia merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita, menyusun atur rangkap-rangkap di dalam sajak, meletakkan adegan-adegan dalam lakonan dan sebagainya. Antara teknik penulisan karya sastera adalah teknik dialog, monolog, penceritaan, imbas kembali, suspen, babak, naratif, gaya dan lain-lain lagi. Contohnya penyusunan adegan cerita di dalam drama atau teater. Adegan permulaan, pertengahan, klimaks dan penghakhiran drama perlu disusun dengan baik agar penonton memahaminya dan mendapat kepuasan. Misalnya adegan pertama dimulai dengan penceritaan, kemudian berdialog. Seterusnya dimasukkan adegan nyanyian dan mungkin terdapat adegan suspen dan banyak lagi mengikut kreativiti pengarang. Keenam-enam unsur yang telah dijelaskan adalah saling berkaitan dan biasanya sukar untuk dipisah-pisahkan. Dengan adanya unsur-unsur tersebut hasil karya akan lebih bermutu dan sempurna.
  • 9. HBML4203 8 2.2 Ciri-Ciri Kesusasteraan 2.2.1 Karya Sastera Karya sastera adalah karya yang memuatkan nilai seni berasaskan bahasa. Tanpa karya sastera bahasa hanya digunakan untuk sebagai alat perhubungan anggota masyarakat. Menurut Zaitul Azma Zainon Hamzah, peradaban dan martabat sesuatu bangsa boleh dilihat berdasarkan karya bahasa dan sastera yang dimilikinya. Karya tersebut menjadi khazanah bangsa yang amat bernilai, malah diibaratkan sebagai dua entiti yang saling melengkapi. Bahasa adalah salah satu ciri-ciri kesesusateraan sebagai karya sastera. Merujuk semula kepada maksud sastera iaitu karya (lisan atau tulisan) atau buku. Oleh itu, bahasa merupakan faktor penting di dalam sesebuah karya sastera. Selain itu, karya sastera juga disebar melalui lisan dan juga tulisan.Bagi aspek lisan, sastera ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu prosa dan puisi. Ia juga dikenali sebagai sastera lisan. Bagi sastera lisan kumpulan prosa adalah terdiri daripada karya yang terhasil dalam bentuk karangan. Manakala sastera lisan kumpulan puisi adalah karangan berangkap. Contoh karya lisan ialah pantun, syair, cerita rakyat, mitos , drama sebagainya. Manakala karya tulisan adalah seperti novel dan cerpen. Seterusnya, karya sastera juga haruslah mempunyai tema dan persoalan yang harus dikaitkan dengan mesej atau amanat (perutusan atau pengajaran). Tiga aspek ini saling melengkapi dalam kewujudan karya sastera. Sesebuah karya adalah terbina daripada unsur yang mengikat atau disebut juga ciri prosodi. Tanpa tema , persoalan dan mesej sesbuah hasil karya tidak bermutu dan mengelirukan khalayak. Setelah menetapkan tema, penulis perlulah memilih atau merangka persoalan pokok yang hendak diolahnya. Oleh sebab itu, pengkarya yang baik adalah pengkarya yang bijak mengadun persoalan pokok yang berada dalam pemikirannya dengan perasaan hatinya dan tujuannya berkarya bagi menyampaikan mesej kepada khalayak. Contohnya rangkap syair di bawah:
  • 10. HBML4203 9 Dengarlah sebuah kisahku ini, Ibu yang tabah kasihnya abadi, Demi anaknya berkorban diri, Kasihnya ibu membawa ke mati. Syair di atas menunjukkan tema kekeluargaan iaitu jasa seorang ibu. Persoalan yang mungkin dibina ialah bagaimanakah sifat seorang ibu?untuk siapa pengorbanan ibu?. Manakala mesej dari rangkap syair tersebut adalah menyuruh kita menghayati pengorbanan seorang ibu dan kita sebagai anak haruslah menghargai ibu kerana ibu sanggup berkorban demi kasih sayangnya kepada kita. Melalui satu rangkap syair di atas kita dapat melihat kaitan tema, persoalan dan mesej yang diterapkan di dalam karya tersebut. 2.2.2 Karya Seni Menurut M.K Danziger dan W.S Johnson (1988), kesusasteraan merupakan satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau bertulis. Sastera juga mencakupi semua aspek yang menggunakan bahasa dan bersifat kreatif. Manakala Ismail Husein (1998) pula mengatakan sastera adalah sebagai satu seni yang bercorak intektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan intelek. Berdasarkan etimologi kesusateraan bermaksud semua bentuk karya yang bernilai seni dan berguna. Oleh sebab itu kesusasteraan juga hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ditujukan kepada khalayak. Salah satu ciri kesusasteraan sebagai karya seni ialah terdapat keindahan pada gaya bahasanya. Penulisan sastera menggunakan gaya bahasa yang mengandungi beberapa elemen antaranya metafora, ironi, paradoks, hiperbola, alusi dan sebagainya. Gaya bahasa ini digunakan untuk mengindahkan lagi hasil karya dan menjadikannya seseuatu karya yang unik dan membezakan karya sastera dengan karya bukan sastera. Contohnya metafora adalah penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain
  • 11. HBML4203 10 daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. Metafora berfungsi sebagai bahasa bandingan untuk menggerakkan imaginasi pembaca. Contohnya ayat yang yang mengandungi metafora: Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih terbenam di kaki hari. Manakala ironi adalah gaya bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai makna yang lain. Ianya mempunyai fungsi yang sama dengan metafora iaitu menggerakkan imaginasi pembaca. Contoh ayat : Kadangkala ada akhir tak ada mula. Maksudnya sesuatu perkara yang tiba-tiba berlaku tanpa diduga. Pelbagai gaya bahasa yang digunakan di dalam hasil karya sastera dan mempunyai fungsi tersendiri. Oleh yang demikian karya sastera menjadi karya seni yang sangat indah. Selain itu, karya sastera juga sesuatu hasil yang indah. Sesuai dengan definisi kesusasteraan adalah pengucapan yang indah-indah, sama ada tertulis atau tidak. Contohnya terdapat kreativiti dan keindahan pada puisi Melayu seperti pantun, syair,sajak, gurindam dan seloka. Puisi-puisi ini mempunyai ritma atau irama yang bermaksud alunan lembut dan keras, bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak. Ianya memerlukan keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi yang merangkumi aspek rentak, ragam dan tingkah. Semuanya berfungsi untuk menimbulkan keindahan irama. Peribahasa dan pepatah juga digunakan untuk menimbulkan keindahan pada karya sastera. Contohnya pantun peribahasa seperti di bawah; ’ Kayu bakar dibuat arang, Arang dibakar memanas diri, Jangan mudah menyalahkan orang, Cermin muka lihat sendiri, Rima juga digunakan bagi mengindahkan karya. Rima adalah skema bunyi pada akhir rangkap mempunyai bunyi yang sama. Seterusnya, kesusasteraan sebagai karya seni kerana mempunyai unsur hiburan dan memberi kepuasan kepada pembaca ,pendengar, atau penonton. Melalui teknik
  • 12. HBML4203 11 penulisan dan karangan yang baik dan sempurna dapat menghasilkan satu karya yang bermutu dan memberi hiburan serta kepuasan. Penghasilan karya perlulah mengikut struktur yang betul. Hashim Awang (1984) mengatakan struktur adalah sebagai penyusunan pelbagai elemen dalam sesebuah cereka sehingga melahirkan kesan keindahan seni. Terdapat enam elemen dalaman yang penting ialah plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan, stail dan gaya bahasa. Kesemua elemen tersebut perlu disusun dengan baik bagi melahirkan karya yang tinggi nilai seninya. Karya sastera juga mempunyai nilai-nilai estetik yang membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan sejelas-jelasnya secara mendalam. Sastera sebagai karya seni haruslah menepati ciri-ciri keutuhan, keseimbangan, keselarasan dan ada penekanan. Sesuatu karya sastera seperti puisi mestilah utuh iaitu setiap bahagian atau unsur yang ada padanya mestilah menunjukkan isi hati pengkarya. Bahagian-bahagian karya sastera juga harus seimbang dengan fungsinya. Contohnya, peristiwa yang kurang penting dalam persembahan sebuah novel harus lebih pendek daripada peristiwa yang penting. Seterusnya hubungan antara bahagian karya harus ada keselarasan. Bahagian yang penting pula harus mendapat penekanan yang lebih berbanding bahagian yang kurang penting. Kesusasteraan Melayu klasik merupakan sastera yang tertua dan disampaikan sebagai cerita rakyat yang disampaikan secara lisan serta diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi lain. Terdapat pendapat pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraan Melayu kepada dua golongaan utama iaitu sastera lisan dan sastera tulisan. Perkembangan kesusasteraan Melayu klasik bermula dengan sastera lisan yang wujud di kalangan masyarakat Melayu yang terdiri daripada kaum tani dan nelayan yang tinggal jauh dipedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada zaman tersebut sistem tulisan belum wujud dan masyarakat buta huruf. Meskipun tidak mempunyai sistem 3.Perbincangan Perkembangan Kesusasteraan Melayu Klasik
  • 13. HBML4203 12 tulisan, namun daya kreativiti mereka sentiasa berkembang melalui pertuturan dan penceritaan. Apabila orang Melayu menerima pengaruh luar, mereka telah mewujudkan kesusasteraan secara tulisan. Pengaruh india memperkenalkan masyarakat Melayu dengan sistem tulisan. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membuka jalan kepada perkembangan kesusasteraan Melayu dengan lebih luas. Kemasukan sistem tulisan yang lengkap berdasarkan kitab Al-Quran iaitu sistem tulisan Arab-Islam telah disesuaikan dengan sebutan bahasa Melayu. Hasilnya telah mewujudkan sistem tulisan jawi. Tulisan jawi telah berkembang di istana apabila istana menjadi pusat penyebaran ilmu pada masa tersebut. Semenjak itu lahirlah tokoh-tokoh sasterawan yang menghasilkan pelbagai karya. 3.1 Jenis dan Bentuk Kesusasteraan Melayu Klasik Kesusasteraan Melayu klasik atau tradisional terbahagi kepada dua kumpulan iaitu prosa dan puisi. 3.1.1 Prosa Prosa terbahagi kepada tiga jenis iaitu naratif lisan, naratif tulisan dan prosa bukan naratif. Rajah 1: Prosa Melayu Tradisional
  • 14. HBML4203 13 Naratif Lisan Mitos Lagenda Lisan Rakyat Naratif lisan kesusasteraan Melayu klasik adalah karya kepunyaan masyarakat yang disebarkan dari mulut ke mulut dari satu generasi ke satu generasi. Terdapat tiga bentuk atau genre yang dikenali sebagai mitos, lagenda dan lisan rakyat. Rajah 2: Naratif Lisan a. Mitos Mitos merupakan prosa yang tertua di dunia. Karya mitos adalah berunsurkan cerita tentang dewa-dewi, keagamaan dan dianggap benar oleh masyarakat yang melahirkannya. Mitos mempunyai unsur kuasa ajaib, semangat, roh, tidak berdasarkan logik dan tidak cenderung kepada sejarah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mitos adalah cdrita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya cerita yang mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu bangsa, kejadian-kejadian alam dan sebagainya. Manakala menurut Ahimsa-Putra, mitos adalah cerita yang aneh yang sukar difahami maknanya atau diterima kebenarannya kerana kisahnya dianggap tidak masuk akal dan tidak sesuai dengan alam nyata. Contoh mitos yang sangat terkenal ialah tentang nama negeri Melaka yang diambil sempena nama pokok tempat Raja Iskandar bersandar semasa menyaksikan anjing 1. Naratif Lisan
  • 15. HBML4203 14 buruan baginda ditendang oleh seekor pelanduk berbulu putih sehingga jatuh ke dalam air. b. Legenda Legenda merupakan kisah tantang watak manusia yang pernah hidup atau dipercayai pernah hidup dan ada hubungan dengan sejarah. Kisah ini dianggap benar kerana mempunyai bukti kewujudan ,seperti di Sumatera, terdapat sebuah batu yang berbentuk manusia yang dikatakan si Malim Kundang yang telah disumpah menjadi batu oleh ibunya kerana menderhaka. Legenda terbahagi kepada empat kategori iaitu legenda pendosa, legenda memorat, legenda ternama dan lagenda tempat. Legenda pendosa adalah legenda anak derhaka yang telah disumpah oleh ibunya sehingga menjadi batu, contohnya kisah Si Tanggang. Legenda memorat merupakan cerita-cerita lisan tentang hantu dan makhluk halus seperti pontianak, toyol, hantu raya dan hantu pocong. Seterusnya legenda tokoh ternama adalah cerita yang berkaitan dengan tokoh agama dan tokoh sejarah. Tokoh sejarah terbahagi kepada dua iaitu tokoh sejarah setempat dan tokoh sejarah menjelajah.Tokoh sejarah setempat adalah seperti Hikayat Hang Tuah. Legenda tokoh sejarah menjelajah pula adalah seperti Iskandar Zukarnain. Akhir sekali lagenda tempat yang menceritakan asal usul nama sesuatu tempat contohnya kisah Samudera yang mendapat nama setelah rajanya terlihat semut besar. c. Cerita Rakyat Cerita rakyat adalah rekaan dan disampaikan secara lisan dalam satu kelompok masyarakat pada zaman dahulu kemudian disebarkan daripada satu generasi ke satu generasi seterunya menjadi warisan dalam kelompok itu. Biasanya cerita rakyat disampaikan oleh orang yang lebih tua serti nenek, datuk, ibu bapa atau ketua masyarakat. Penciptanya tidak diketahui dan dianggap milik bersama.
  • 16. HBML4203 15 Cerita Rakyat Cerita Jenaka Cerita Binatang Cerita Dongeng 1. Sifat watak yang terlalubodoh atauterlalu pintar. Contohnya PakPandir. 2. Wujud unsur-unsurkebetulandi dalam cerita. 3. Plot cerita yang menimbulkankelucuan. 4. Permainan kata-kata yang melucukan. Cerita rakyat terbahagi kepada tiga jenis iaitu cerita jenaka, cerita binatang dan cerita dongeng. Rajah 3: Tiga jenis cerita rakyat i. Cerita Jenaka Cerita jenaka adalah cerita lucu yang menggelikan hati. Watak-watak utamanya ialah manusia biasa dan bukannya golongan bangsawan atau raja-raja dalam suasana masyarakat Melayu lama. Lokasi penceritaannya adalah di kawasan desa. Contoh cerita jenaka adalah seperti Kisah Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Cerita jenaka berfungsi sebagai alat yang menghiburkan, mengkritik masyarakat, memberi pengajaran dan menggambarkan sistem sosial. FAKTOR YANG MENIMBULKAN KELUCUAN
  • 17. HBML4203 16 Asal Usul •menceritakanasal usul binatang yang menjadi watakutama, contohnya ular, angsa, ayam dan lain. •Dipetik daripada cerita mitos •Bertujuanmemberi pengetahuan dan pendidikan kepada masyarakat danmemberi hiburan. Dongeng Binatang (Fable) •Memberi pengajaran dan teladankepada masyarakat. •Binatang diberikan watak-wataktertentu untukmemberi kritikankepada manusia yng bersifat tamak, pemalas, sombong dansebagainya. •Contohnya kisah anjing denganbayang-bayang. Epik Binatang (Beast Epic) •Cerita yang hanya berpusat kepada watak utama sahaja. Contohnya KisahSang Kancil, Merak yang sombong dansebagainya. ii. Cerita Binatang Cerita binatang merupakan cerita yang mengisahkan tentang binatang yang mencdi cerita teladan secara tersirat dan menjadi teladan. Haiwan di beri watak manusia dan menjadi watak utama. Contohnya Kisah Sang Kancil dan Buaya. Di dalam cerita binatang terdapat tiga bentuk cerita iaitu asal-usul, dogeng binatang dan epik binatang. Huraian ketiga-tiga bentuk cerita ini adalah seperti berikut; iii. Cerita Dongeng Cerita dongeng adalah genre naratif yang sangat terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Cerita dongeng merupakan cerita yang diada-adakan kejadian atau kewujudannya. Terdapat dua bentuk cerita dongeng iaitu lipur lara dan cerita teladan. R.O Winstedt telah menamakan Lipur lara sebagai roman rakyat (folk romances). Menurut Dr. Ismail Hamid, Lipur bermaksud hibur. Orang yang menghibur dikenali
  • 18. HBML4203 17 Naratif Tulisan Sastera Sejarah Sastera Hikayat Sastera Epik sebagai penglipur dan lara bermaksud sedih atau duka. Oleh itu, lipur lara bermaksud cerita yang menghiburkan orang yang kesedihan.. merupakan tema utama bagi lipur lara. Terdapat juga tema lain seperti percintaan dan peperangan. Watak utamanya adalah putera dan puteri yang memfokuskan pengembaraan putera raja sebagai wira dan watak puteri sebagai wirawati. Apa pun kisah sepanjang lipur lara, pengakhirannya mestilah kisah yang gembira. Antara lipur lara yang terkenal ialah Hikayat Awang Sulung, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Malim Dewa. Cerita teladan adalah cerita yang mempunyai struktur yang sama dengan lipur lara tetapi tema dan persoalannya berbeza. Plot yangh disampaikan memberi contoh teladan kepada khalayak. Contohnya cerita Bawang Putih Bawang Merah. Cerita ini mengajar masyarakat agar menjadi seorang yang baik hati, menghormati orang tua dan rajin seperti Si Bawang Putih. Naratif tulisan terbahagi kepada tiga genre seperti yang berikut; Rajah 4: Genre dalam naratif tulisan i. Emies M.G mengatakan sastera hikayat adalah cerita-cerita bertulis dalam langgam bahasa dan struktur yang tertentu, berunsur hiburan dan membawa 2. Naratif Tulisan
  • 19. HBML4203 18 kisah-kisah ajaib. Putera dan puteri adalah watak utama dengan sifat yang jelita, tampan, berani dan gagah pahlawan. Dr. Harun Jaafar (2014), mengatakan sastera hikayat mengisahkan golongan bangsawan, pembesar-pembesar atau para pedagang. Pada mulanya sastera hikayat adalah diterjemah daripada bahasa Arab dan Parsi.Bermula daripada pengenalan, seterusnya perkembangan dan akhir sekali adalah peleraian yang berbentuk penamat yang gembira. Hikayat adalah berasal daripada kata Arab ’haka’ atau ’hekaye’ dalam bahasa Parsi yang bermaksud cerita panjang berbentuk prosa di dalamnya terkandung cerita rekaan, legenda, dan sebagainya. Genre ini tidak diketahui pengarangnya, tarikh dikarang dan disalin. Kata-kata yang sering digunakan ialah ’sahibul-hikayat’ atau ’yang empunya cerita’ atau ’kata yang empunya cerita’ untuk rujukan pengarang. Sastera hikayat terbahagi kepada 5 subgenre seperti yang berikut; Sastera Hikayat Huraian Hikayat Nabi Muhammad SAW  Contohnya Hikayat Bulan Berbelah dan Hikayat Nabi Wafat.  Hikayat yang pertama sekali berkembang di Alam Melayu.  Menyumbang kepada perkembangan buadaya seperti sambutan maulidurrasul dan sambutan awal muharram. Hikayat Nabi  Kisah berdasarkan Al-Quran.  Bermula daripada kisah Nabi Adam sehingga Nabi Isa.  Pengajaran yang disampaikan adalah berkaitan ajaran Islam yang mengamalkan ajaran Tauhid.  Kisah diola mengikut kreativiti melalui mitos dan legenda dengan
  • 20. HBML4203 19 memasukkan unsur-unsur keindahan bagi menari perhatian ramai. Hikayat Tokoh Islam  Terdapat 3 jenis hikayat iaitu berunsur dakwah yang bersandarkan tentang alam akhirat dan balasan baik dan buruk serta hukum-hukum Islam. Seterusnya berunsur syiah yang menggambarkan Allah memberi wahyu menyuruh Nabi Muhammad SAW menikahkan Fatimah dengan Saidatina Ali. Hikayat yang ketiga adalah berkaitan ajaran sufi yang menoloak keduaniaan untuk mencari ketaqwaan. Hikayat Romantik  Cerita yang menggambarkan pengembaraan atau percintaan.  Wataknya adalah bersandarkan kepada golongan bangsawan atau saudagar.  Terbahagi kepada tiga struktur iaitu pengenalan, perkembangan dan peleraian yang berakhir dengan kegembiraan.  Contohnya Hikayat Amir Arab, Hikayat Qamar al-Zaman, Hikayat Hasan Damsyik dan Hikayat Jauhar Manikam. Hikayat Berbingkai  Berasal daripada kesusasteraan Hindu yang dikenali sebagai ’akhyayika’ bermaksud percakapan yang menyenangkan.  Contohnya karya Hikayat Seribu Satu Malam, HikayatKalilah dan Dimnah dan Hikayat Byaan Budiman.  Berfungsi sebagai alat memberi nasihat, membentuk akhlak yang baik serta memberi pengajaran. ii. Sastera sejarah dikenali sebagai historiografi. Sastera ini adalah suatu penulisan yang menggabungkan unsur-unsur penulisan sejarah dengan penulian bukan sejarah atau sastera. Sastera sejarah bukanlah karya sastera sepenuhnya tetapi kisah yang diajukan adalah berunsur peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku pada zaman lampau. Contohnya Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Johor, Hikayat Acheh, Hikayat Raja Pasai dan Sulalatus Salatin Sejarah Melayu.
  • 21. HBML4203 20 Menurut Prof Mohd. Taib Osman, karya sastera sejarah hanya digunakan untuk memberi gambaran peradaban masyarakat, konsep beraja dna corak pemikiran pada zaman itu. Manakala Zuber Usman menyatakan sastera sejarah adalah perpustakaan yang bersifat kebangsaan. Sastera sejarah terdapat di dalam dua bentuk iaitu prosa dan puisi. Contohnya Hikayat Merong Mahawangsa. Karya sastera sejarah bentuk prosa banyak mengisahkan sesebuah negeri untuk jangka masa lebih daripada seratus tahun. Manakala bentuk puisinya adalah seperti Syair Sultan Maulana. iii. Sastera epik dikenali sebagai sastera kepahlawaan. Aspek yang ditekankan adalah nilai-nilai kepahlawanan dan keperibadian mulia sesorang watak. Terdapat dua jenis asatera epik iaitu epik kebangsaan dan epik Melayu-Islam. Epik Kebangsaan dalam sastera Melayu adalah Hikayat Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan sebagai pahlawna yang gaha perkasa dan setia kepada rajanya. Epik Melayu-Islam adalah seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah. Karya-karya ini berfungsi sebagai alat untuk membangkitkan semangat cinta kepada negara, agama dan bangsa. Prosa tulisan bukan naratif adalah karya yang menggunakan bahasa Melayu lama tetapi tidak menggunakan naratif yang banyak. Terdapat empat genre prosa tulisan bukan naratif iaitu; 3. Prosa Tulisan Bukan Naratif
  • 22. HBML4203 21 Prosa Tulisan Bukan Naratif Sastera Kitab Sastera Sufi Sastera Ketatanegaraan Sasytera Undang- Undang Rajah 5 : Prosa tulisan bukan naratif Sastera kitab adalah karya-karya yang mengandungi pengajaran Islam seperti kitab ilmu fikah, tauhid, tasawuf, tafsir, akhlak dan sejarah. Kitab-kitab ini dikategorikan sebagai karya sastera kerana pengarang terdapat unsur-unsur sastera di dalamnya seperti naratif, dialog dan hiperbola. Antara kitab yang terdapat di dalam kesuasteraan Melayu adalah Kitab Jawi seperti Babu Khalq al-Samawat wa al-Ard yang ditulis oleh Syeikh Nurudin al-Raniri. Manakala sastera ketatanegaraan adalah karya sastera yang mengandungi unsur aturan, kaedah dan cara penting dalam pemerintahan dan kerajaan. Selain itu terdapat unsur yang membicarakan kawajipan raja dan para pembesar dalam menjalankan pentadbiran negara. Antara karya yang terkenal adalah Taj al-Salatin dan Bustanus Salatin.Karya-karya tersebut menceritakan tentang tanggungjawab pemerintah seperti raja, para kerajaan Islam di Asia Barat dan di Nusantara. Terdapat juga pengajaran tentang hukum –hakam agama Islam. Sastera undang-undang adalah merujuk kepada undang-undang iaitu keseluruhan peraturan yang digubal oleh kerajaan yang harus dipatuhi oleh masyarakat. Harus difahami, undang-undang Melayu Lama tidak sama seperti undang-undang baru. Undang-undang lama digubal dan disusun oleh para pembesar dengan persetujuan raja secara lisan. Teksnya hanya tertulis ketika tulisan Jawi yang sistematik terhasil.
  • 23. HBML4203 22 Undang-undang Melayu Lama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu; i. Adat Pepatih : Digunakan di Negeri Sembilan dan Alor Gajah, Melaka. ii. Adat temenggung : Yang merujuk kepada hukuman-hukuman jenayah, undang-undang laut serta pelabuhan yang terletak di bawah pentadbiran raja- raja. iii. Undang-undang Islam didasarkan kepada hukuman fikah Mazhab Syafie tentang nikah-kahwin, cerai-talak dan pembahagian harta pusaka. Contoh karya sastera undang-undang adalah seperti Hukuim Kanun Melaka, Undang- Undang Laut Melaka dan Undang-Undang Kedah. Sastera sufi pula merupakan genre kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang yang mengamalkan ajaran tasawuf. Terdapat enam ciri utamanya iaitu; a. Berjiwa tinggi b. Dalam maknanya c. Khayalan melayang jauh d. Menggambarkan sesuatu dengan menggunakan rumus yang pelik e. Pertanyataan-pernyataannya bersifat ketaksamaan f. Patuh secara keseluruhannya kepada Allah ( Dr. Harun Jaafar, 2014 ) Sejarah awal sastera sufi bermula pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah. Dasar pemerintahan kerajaan ini adalah mengamalkan pemerintahan kuku besi dan mementingkan kebendaan yang menyebabkan segelintir golongan agama yang warakl mula mengingatkan semula kepentingan kehidupan yang harmoni dan menjauhkan diri daripada kehidupan politik dan kebendaan. Dengan itu, terbentuklah satu aliran yang dinamakan sufi. (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008)
  • 24. HBML4203 23 Dua orang tokoh sufi yang terkenal di Alam Melayuj ialah Hamzah Fansuri dan Syeikh Syamsuddin al-Sumatera-i. Antara sufi yang dihasilkan adalah seperti al- Muntahi, dan Miratul Mukminin. 3.1.2 Puisi Melayu Tradisional Puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua bentuk iaitu terikat (pantun dan gurindam ) dan bebas (seloka) Pantun ialah puisi Melayu yang asli dan unik. Pantun adalah sumber khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu. Pantun terdiri daripada beberapa bentuk antaranya; i. Pantun dua kerat: Contoh: Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. ii. Pantun empat kerat: Contoh: 1. Pantun
  • 25. HBML4203 24 Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. iii. Pantun enam kerat; Contoh: Anak memerang makan sagu, Di perdunya mula diterang, Waktu hari kabur kelala, Anak orang jangan diganggu, Kalau suka masuk meminang, Supaya namamu tidak tercela. iv. Pantung lapan kerat: Contoh: Sarang merbah di celah dahan, Tempat punai bermain di situ, Bekerj-kejran anak rusa, Tampak dari tanah seberang, Bersyukur aku kepada Tuhan, Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa, Harap ada kasihan orang. v. Pantun dua belas kerat: Contoh: Rotan sepatah dua patah, Tarik kerakap batang padi,
  • 26. HBML4203 25 Jenis- jenis pantun Pantun kanak- kanak Pantun Jenaka Pantun Kias- ibarat Pantun Budi Pantun Orang Muda Pantun teka- Teki Dibawa sultan dari judah, Padi yang jangan digemparkan, Kalau gemar jadi gugur, Bila gugur masuk perigi, Tuan di Mekah di Madinah, Naik akhirat naik haji, Tegak berdiri Rasullullah, Kami yang jangan dilupa, Kalau lupa antara tidur, Dalam tidur menjadi mimpi. Pantun dikatakan puisi terikat kerana mempunyai ciri-ciri penting yang harus dipatuhi ketika menghasilkannya. Natara ciri-ciri pantun ialah: a. Setiap baris pantun perlu ada empat hingga lima patah perkataan. b. Setiap baris pantun ada lapan hingga dua belas suku kata. c. Baris pertama dan kedua pantun empat kerat dinamakan pembayang. d. Manakala dua baris kemudiannya adalah maksud. e. Pantun empat kerat mesti memakai rima a-b-a-b. f. Rangkap pantun mestilahmelengkapi satu idea yang hendak disampaikan. Pantun dihasilkan mengikut jenis. Terdapat enam jenis pantun serti yang disenaraikan di bawah: Rajah 6 : Jenis-jenis pantun
  • 27. HBML4203 26 Pantun berperanan di dalam kebudayaan Melayu untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis meminang, majlis perkahwinan, majlis berbalas pantun dan sebagainya. Pantun juga berfungsi sebagai alat untuk mendidik, menyindir, menyatakan perasaan, menyampaikan buah fikiran dan menghiburkan. Menurut Ismail Hamid (1989) gurindam berasl daripada bahasa bahas sanskrit. Gurindam merupakan perkataan yang bersajak akhir pasangannya, tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangannya sahaja. Manakala menurut Raja Ali Haji Sultan Takdir Alisjahbana (1954), gurindam biasanya terjadi daripada sebuah kalimat majmuk yang dibahagikan menjadi dua baris yang bersajak. Tiap-tiap baris adalah sebuah kalimat dan perhubungan antara dua buah kalimat itu biasanya perhubungan antara anak kalimat dan induk kalimat. Gurindam mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu; i. Setiap untai mempunyai dua baris ayat. ii. Baris pertama disebut syarat dan baris kedua adalah jawab. iii. Rima hujung gurindam adalah sama a-a. iv. Isi kandungannya adalah berkaitan hal-hal yang berat dan serius. Contoh gurindam: Barang siapa mengenal Allah, Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah, Barang siapa tiada mengenal agama, Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. 2. Gurindam
  • 28. HBML4203 27 Gurindam juga seperti pantun berfungsi untuk mendidik khalayak dan mempunyai unsur- unsur iman dan moral yang baik. (Dr.Harun Jaafar, 2014) Dalam bahasa Sanskrit kata ’seloka’ dipanggil ’shloka’. Seloka sering digunakan dalam epik Mahabharata dan Ramayana. Ciri-ciri seloka ialah: i. Jenis puisi bebas ii. Rangkapnya tidak tetap iii. Tidak tetap jumlah baris serangkap iv. Tidak tetap jumlah perkataan sebaris v. Ada yang berima dan ada yang tidak berima Contoh seloka: Baik budi emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada berkayu rumah diruntuh, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusukan. Fungsi seloka ada untuk menyindir, mengejek, bergurai senda dan berjenaka. 3. Seloka
  • 29. HBML4203 28 Mengandungi kisah berunsur sejarah. Contoh syair:Syair Singapura Terbakar dan Syair Sultan Maulana. Syair berasal daripada Arab ’syi r’ yang bermaksud puisi. Syair dihasilkan sebagai alat pendidikan dan hiburan. Ciri-ciri penting syari ialah: i. Puisi naratif dalam bahasa Melayu ii. Bentuk yang berangkap-rangkap iii. Setiap rangkap mempunyai empat baris iv. Setiap baris mempunyai lapan hingga dua belas suku kata v. Rima hujungnya sama iaitu a-a-a-a. vi. Syair tidak mempunyai pembayang dan maksud seperti pantun vii. Rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan lebih daripada satu rangkap untuk melengkapkan sesuatu idea. Terdapat empat jenis syair iaitu; •DiperkenalkanolehHamzah Fansuri yang berperanan menyampaikan hal-halagama. •Contoh syair:SyairSidang FakirdanSyairPerahu. Syair Agama •Mempunyai struktursanisi yang sama dengancerita dongeng. •Contoh syair:Syair Siti ZubaidahPerang China, Syair Dandan Setia.Syair Romantik •Menggunakan watakbinatang untuk menyedarkankhalayak melalui sindirintajam.Syair Kiasan Syair Sejarah 4. Syair
  • 30. HBML4203 29 Contoh Syair: Ada kepada suatu hari, Saya ke pasar berlari-lari, Berjumpa dengan seekor nuri, Sangatlah bijak ia berperi. Secara umumnya penghasilan karya kasusasteraan adalah berfungsi untuk bacaan khalayak atau masyarakat. Namun setiap pengarang perlu menetapkan tujuan karya sastera yang dihasilkan. Mohktar Hassan ( 2005), berpendapat teks dan karya sastera adalah rakaman imaginasi pengarang yang di dalamnya sarat dengan maklumat dan isian sama ada bersifat intektual dan kerohanian. Manakala menurut Muhammad Haji Salleh (2000) mengatakan peranan dan fungsi sastera zaman tradisional lebih luas dan pelbagai cabarannya. Perbandingan fungsi kesusasteraan pramoden ternyata lebih besar berbanding fungsi sastera pada zaman moden. Namun secara amnya fungsi dan peranan hasil karya sastera dalam masyarakat tradisional dan masyarakat moden adalah berada di bawah konteks yang sama iaitu memberi pengajaran dna pendidikan, menghiburkan, memberi kepuasan, mengisi masa lapang, cetusan perasan dan sebagainya. Fungsi kesusasteraan yang paling utama adalah sebagai medium pengajaran dan pendidikan. Mengajar atau disebut didaktik adalah satu proses menyampaikan pengetahuan. Unsur ini merupakan satu ilmu yang dipelajari dan difahami. Jika sesuatu ilmu diperolehi 4.Analisis dan Huraian Fungsi Sastera Dalam Masyarakat Tradisional dan Masyarakat Moden
  • 31. HBML4203 30 tetapi tidak diamalkan maka ilmu itu menjadi sia-sia dan tidak berguna. Oleh sebab itu pendidikan memainkan peranan penting. Pendidikan adalah menjaga dan mendidik. Penjagaan dan latihan akan mewujudkan kebiasaan. Kemudian ia akan berkembang menjadi adat, membentuk sifat keperibadian, melahirkan kemahuan dan akhirnya menggerakkan perbualan selaras dengan perkara yang dididik. Masyarakat si Alam Melayu sangat menitik beratkan hal-hal yang berkaitan kebudayaan dan keagamaan. Hal-hal ini pula berkaitan dengan cara hidup yang baik dan kerohanian keagamaan. Pengajaran dan pendidikan menjadi aspek penting dalam membentuk masyarakat yang berperibadi tinggi. Sehingga sekarang amalan-amalan mulia yang diajar dari zaman nenek moyang menjadi pegangan dan diamalkan oleh masyarakat moden. Malah karya sastera moden juga meneruskan fungsi sastera sebagai medium pengajaran dan pendidikan. Pengajaran dan pendidikan yang cuba diketengahkan di dalam karya sastera tradisional lebih kepada pembentukan kehidupan yang sejagat yang menyentuh aspek- aspek hidup bersosial yang berbudaya adab-sopan, akhlak yang mulia seperti jujur dan bertanggungjawab serta patuh kepada ajaran agama. Kebanyakkan hasil karya sastera tradisional mempunyai unsur didaktif atau pengajaran dan pendidikan. Pengajaran dan pendidikan ini pula disampaikan melalui pelbagai bentuk seperti di dalam karya sastera tradisional kita dapat melihat pantun nasihat, pantun budi, pantun agama, syair nasihat, syair keagamaan, cerita rakyat dan i. Fungsi sastera dalam masyarakat tradisional
  • 32. HBML4203 31 sebagainya yang menceritakan adab-adab yang perlu dipatuhi dan mengambil pengajaran daripada kisah-kisah teladan. Contohnya dalam memberi pengajaran dan pendidikan untuk pembentukan nilai estetika yang tinggi. Misalnya seseorang berbudi ialah seorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yang menerima budinya. Begitu juga budi yang baik begitu tinggi nilainya ibarat emas yang terlalu banyak sehingag dikenang sehingga mati. Nilai pengajaran dan pendidikan dapat dilihat berdasarkan pantun di bawah: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Selain itu, contoh hasil karya sastera tradisional juga dapat dilihat daripada kisah Nakhoda Tanggang yang menderhaka terhadap ibunya. Akhirnya Si Tanggang disumpah menjadi batu. Di dalam cerita ini, khalayak diajar agar menyayangi, menghormati dan menghargai ibu dan tidak mensia-siakan pengorbanan ibu. Setiap perbuatan jahat tentulah ada pembalasannya. Melalui kisah ini akan memberikan pengajaran dan pendidikan yang dapat menyedarkan khalayak. Pelbagai bentuk karya sastera yang berfungsi sebagai alat pengajaran dan pendidikan. Tidak semestinya bersandarkan kepada karya yang mempunyai unsur nasihat secara terang sahaja malah karya yang berbentuk sindiran atau tempelak juga berfungsi untuk mengajar dan mendidik khalayak. Dengan cara sindiran juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesilapan yang dilakukan. Kadangkala masyarakat Melayu tidak suka berterus terang kerana takut menyakitkan hati seseorang. Menurut Fatimah Busu (1922) kesopanan yang terbit daripada rasa malu dan segan dalam kalangan masyarakat Melayu telah menimbulkan satu cara hidup yang tidak suka berterus terang. Dalam teguran ini, maka lahirlah pelbagai bentuk bahasa kiasan bagi menggambarkan sikap rendah diri dan sifat kesopanan.Sindir menyindir berperanan ketika menyampaikan sesuatu fikiran agar mesej yang disampaikan itu berkesan dan indah. Contoh pantun kias atau menyindir:
  • 33. HBML4203 32 Pondok robek makan api, Anak Cina main teropong, Katak bertingkir hati, Dapat dunia bawah tempurung. Pantun di atas bermaksud watak katak adalah sebagai manusia yang tiada pegangan atau pendirian. Manusia seperti ini tidak akan berusaha untuk memajukan diri sendiri sudah pasti kehidupannya tidak akan membawa dia kemana-mana. Pengajaran daripada pantun ini setiap manusia perlulah berusaha untuk memajukan diri agar dapat berkhidmat kepada yang lain serta bermanfaat kepada dirinya juga. Karya sastera tradisional juga berfungsi dalam menyampaikan pendidikan agama kepada masyarakatnya. Karya sastera yang dihasilkan mempunyai aspek-aspek yang menyentuh tentang ketuhanan, pahala dan dosa, akhirat, hidup, mati dan lain-lain. Karya sastera tradisional yang berunsur keagamaan menyeru umatnya supaya taat dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah SWT dan meninggalkan laranganNya. Contoh karya keagamaan yang memberi pendidikan ialah; Redup bulan nampak nak hujan, Pasang pelita sampai berjelaga, Hidup Mati di tangan Tuhan, Tiada siapa dapat menduga. Karya pantun di atas memberitahu manusia agar sentiasa membuat kebaikan kerana hidup dan mati adalah ditangan Allah SWT. Makna tersiratnya ialah jika terlewat membuat kebaikan tentulah balasannya adalah neraka dan jika mati dengan amal kebajikan tentulah balasannya syurga. Sastera juga berfungsi sebagai memberi pengajaran dan pendidikan bagi membangkitkan semangat kepahlawanan dikalangan masyarakat tradisional. Terdapat karya sastera seperti cerita rakyat, legenda, pantun pahlawan, syair dan sebagainya dapat
  • 34. HBML4203 33 membangkitkan semangat kepahlawanan untuk mempertahankan maruah dan kadaulatan negara. Contohnya Hikayat Hang Tuah yang gagah berani. Hang Tuah sangat setia kepada sultannnya sehingga dia sanggup berkorban untuk mempertahankan kedaulatan sultannya walaupun terpaksa mengorbankan sahabat sejatinya yang derhaka. Pengajaran yang boleh didapati daripada kisah Hang Tuah adalah sifat berani, setia, bertanggungjawab, amanah, jujur dan sabar. Nilai-nilai murni ini boleh disematkan di dalam kehidupan masyarakat atau khalayak yang membacanya. Fungsi sastera dalam masyarakat moden adalah sama dengan fungsinya di dalam masyarakat tradisional iaitu memberi pengajaran dan pendidikan kepada masyarakat. Kebanyakkan hasil karya sastera tradisional masih digunakan dalam masyarakat moden dan pengajaran serta pendidikannya sentiasa digunaka pakai bagi tujuan yang sama iaitu mendidik jiwa ke arah pembentukan keperibadian yang tinggi dan berakhlak mulia serta mentaati ajaran agama. Malahan karya-karya sastera moden juga masih menjalankan fungsi yang sama dengan sastera tradisional menyampaikan penulisan yang berunsurkan didaktik. Melalui karya moden, kita sering membaca novel-novel yang mempunyai pelbagai jalan cerita. Antara unsur pengajaran dan pendidikan yang terdapat di dalam karya novel adalah bersikap sabar, bertanggungjawab, kasih sayang, hormat- menghormati dan sebagainya. Unsur pengajaran dan pendidikan ini sentiasa diutamakan bagi membentuk masyarakat yang harmoni dan berkebolehan serta membawa kepada kejayaan negara kita. Zaman moden adalah zaman kemajuan pelbagai bidang. Setiap bidang mementing ilmu pendidikan. Selain berfungsi membentuk keperibadian yang tinggi, sastera di zaman moden ini juga berfungsi untuk melengkapkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. ii. Fungsi sastera dalam masyarakat moden
  • 35. HBML4203 34 Salah satu caranya adalah menerapkan pembelajaran sastera di dalam sistem pendidikan. Pendidikan kesusasteraan amat dititik beratkan di sekolah ataupun di institusi pengajian tinggi. Awang Sariyan (2003), mengatakan bahan sastera dalam pengajaran bahasa bertujuan untuk melatih pelajar membaca karya sastera dengan strategi yang tepat, bukan semata-mata untuk memenuhi tujuan praktis seperti memperolehi maklumat tetapi untuk menganalisis teks sastera bagi memperoleh kemungkinan makna tertentu secara simbolis atau filosifis. Melalui pembacaan ini kemahiran membaca aras tinggi dapat membentuk pelajar yang analitis, kritis dan kreatif. Oleh yang demikian, fungsi kesusasteraan bukan sahaja dapat mendidik jiwa khalayak tetapi juga dapat mendidik para pelajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Menurut Mohd Taib Osman (1977), mengatakan hasil-hasil karya sastera kreatif seperti cerpen, novel, drama dan puisi adalah pendidikan bahasa yang lebih luas daripada pelajaran ’penggunaan’, ’pemakaian’ atau kemahiran bahasa kerana bahan-bahan sastera mencakupi bidang-bidang bahasa yang kreatif, imaginatif dan statis. Selain itu, di dalam pengajaran bahasa Melayu, bahan sastera berfungsi sebagai alat untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dikalangan pelajar. Seterusnya bahan sastera juga dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis serta secara langsung bahan sastera juga dapat mendidik akhlak pelajar. Di dalam akhbar The Borneo Post (2011), Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mula diperkenalkan pada tahun 1957. Matlamatnya adalah untuk membolehkan pelajar menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta tanah air dalam satu wawasan budaya kebangsaan. Fungsi lain bahan sastera di dalam aspek pengajaran dan pendidikan ialah dapat memupuk perpaduan rakyat. Masyarakat lain dapat mempelajari dan mengenali kehidupan masyarakat Melayu berdasarkan hasil karya sastera. Oleh yang demikian, perpaduan mudah dikecapi dengan adanya persefahaman di antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
  • 36. HBML4203 35 Selain daripada pengajaran dan pendidikan, sastera juga berfungsi sebagai penghibur, meluahkan perasaan, memberi kepuasan, memberi ketenangan, merehatkan fikiran dan sebagainya. Kesusasteraan Melayu adalah satu bidang yang sangat penting di dalam masyarakat Melayu. Kesusasteraan mencakupi seluruh bidang kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan moden. Kesusasteraan Melayu juga merupakan hasil karya yang asli dan unik. Melalui ciri-ciri yang dimilikinya dapat membezakan karya sastera dengan karya yang lain. Selain itu, karya sastera mempunyai pelbagai jenis dan bentuk unik yang dapat menjulang tarafnya sebagai karya yang tinggi nilainya. Kesusasteraan Melayu menjadi warisan negara yang amat berharga. Fungsinya yang luas dalam pelbagai bidang menjadikannya medium penting negara dari dahulu sehingga sekarang terutamanya sebagai alat pengajaran dan pendidikan. Sastera dapat membentuk jati diri masyarakat tradisional dan masyarakat moden. Dalam masyarakat berasaskan sains dan teknologi, kehadiran sastera amat bererti. Kesimpulannya, tanpa sastera, masyarakat maju kehilangan unsur penting dalam kehidupannya. Sastera bukan sahaja mendidik jiwa dan keperibadian malah menyatu padukan masyarakat seterusnya dapat membangunkan negara ke arah kejayaan menempuh globalisasi. 5. Kesimpulan
  • 37. HBML4203 36 Awang Sariyan.(2003). Warisan Melayu Sri Lanka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka sdn bhd. Dr Harun Jaafar.(2014).HBML4203 :Kesusasteraan Melayu (2nd e.d). Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia. Dr Harun Jaafar (2004). Ikhtisar Kebudayaan dan Prosa Melayu Kelasik.. Tanjong Malim, Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris Hashim Awang.(1984).Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya, Malaysia: Fajar Bakti. Mohd Taib Osman.(1977). Warisan Puisi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka sdn bhd. Razali Ayob.(2014). BML3113: Sejarah Bahasa Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu . Tanjong Malim, Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dewan Bahasa Pustaka .(2008 -2014). Pusat Rujukan Persuratan Melayu.[Online]. Available: http://pprm.dbp.gov.my. [2014, November 03 ]. Siti Hawa Haji Salleh.(1999). Universiti Kebangsaan Malaysia : Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Peranan Filologi. [ Online]. Available: http://ejournal.ukm.my . [2014, November 03]. The Borneo Post.(2011). Kepentingan Sastera Dalam Masyarakat 1 Malaysia.[Online]. Available: www.theborneopost.com. [2014, November 05]. Bibliografi