(1) Murid memberi respon positif terhadap penggunaan peta minda dalam pembelajaran kajian tempatan.
(2) Kebanyakan murid menyatakan minat terhadap peta minda kerana mereka dapat melukis dan mewarna.
(3) Kajian mencadangkan penggunaan peta minda dapat meningkatkan minat belajar murid.
RESPON MURID TERHADAP PENGGUNAAN PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MURID TERHADAP PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN
1. RESPON MURID TERHADAP PENGGUNAAN PETA MINDA
BAGI MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MURID TERHADAP
PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN
Oleh :
Amiruniza Binti Kamil.
PISMK-OUM-KPM,
Institut Perguruan Sarawak,
Miri.
2. 1.0 Pengenalan
Perancangan tindakan difokuskan kepada meningkatkan
minat murid Tahun Empat untuk belajar terhadap
pelajaran Kajian Tempatan dengan menggunakan Peta
Minda sebagai rangsangan utama dalam sesi pengajaran.
1.1 SOALAN KAJIAN
1.1.1 Adakah murid berminat menggunakan teknik
Peta Minda dalam pembelajaran mereka?
1.1.2 Apakah bentuk respon murid terhadap
penggunaan peta minda?
3. 1.3 KEPENTINGAN KAJIAN
membantu pelbagai pihak khususnya guru-guru
pelatih, dan guru-guru novis yang mungkin mencari-
cari cara baru untuk mempelbagaikan kaedah
pengajaran mereka.
membantu semua pihak yang terlibat bagi
memupuk minat murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
4. 1.4 BATASAN KAJIAN
terbatas kepada sebuah kelas tahun 4 di sebuah
sekolah kawasan Miri
hanya menumpukan kepada respons yang akan
diberikan oleh murid-murid
dijalankan selama 5 minggu sahaja
kajian hanya berdasarkan pengajaran dan
pembelajaran Kajian Tempatan.
5. 2.0 TINJAUAN LITERATUR
2.1 RESPON
Menurut Pancella, R.J., (1971), murid-murid
sebenarnya ada kecenderungan untuk
bercerita/memberi respon mengenai perkara yang
mereka telah nampak, telah dengar, telah baca,
dan perkara yang mereka khayal atau imaginasikan.
2.2 PETA MINDA
merupakan teknik belajar yang telah diasaskan oleh
pakar pelajaran sejak tahun 1960 an lagi.
dimajukan dan dipopularkan penggunaannya oleh
Tony Buzan seorang ahli fikir dan juga pakar
motivasi sekitar tahun 80 an
6. 3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 REKABENTUK KAJIAN
• satu kajian tindakan melalui penggunaan instrumen
borang temubual, borang instrumen, dan soal
selidik.
3.1 SAMPEL KAJIAN
Terdiri daripada murid-murid tahun 4 iaitu seramai
32 orang.
Seramai 19 orang adalah lelaki manakala 13
orang adalah perempuan
Dari segi kaum 27 orang adalah murid Melayu, 3
orang pelajar India dan 5 orang murid Melanau.
8. Temu bual akan dijalankan setiap
selepas sesi pengajaran dijalankan
Respon spontan akan diperhatikan
semasa kajian dijalankan dalam setiap
sesi pengajaran.
Soal Selidik akan dijalankan pada
minggu terakhir kajian dijalankan.
9. 4.0 HASIL KAJIAN
4.1 TEMU BUAL
4.1.2 Respon murid tentang
Peta Minda
Minggu 1
• Murid A: “dapat lukis”
• Murid B: “dapat lukis”
• Murid C: “suka saja”
Minggu 2
• Murid D: “dapat melukis cikgu”
• Murid E: “dapat lukis apa yang saya suka cikgu’
• Murid F: “sebab best”
10. Minggu 3
• Murid G: “dapat mewarna”
• Murid H: “supaya saya bertambah pandai melukis
dan mewarna cikgu”
• Murid I: “suka tengok warna-warni”
Minggu 4
• Murid D: “ sebab melukis best”
• Murid E: “seronok lukis-lukis cikgu”
• Murid F: “saya tak bosan cikgu”
Minggu 5
• Murid M: “best cikgu dapat lukis-lukis”
• Murid N: “sebab saya suka melukis dan mewarna”
• Murid O: “ sebab dapat lukis-lukis”
11. 4.2 RESPON SPONTAN
4.1.2 Respon murid tentang
Peta Minda
Minggu 1
• Murid pasif dan hanya menurut kata guru untuk
menyalin peta minda di papan hitam
Minggu 2
• Murid sangat berkomitmen membuat latihan peta
minda yang guru bagi.
12. Minggu 3
• Murid menunjukkan reaksi marah apabila murid lain
meminjam pensil warna
• Murid meminta guru membuat peta minda pada
masa yang lain
Minggu 4
• Murid menunjukkan sikap terganggu apabila guru
memberi masa yang singkat untuk membuat peta
minda
Minggu 5
• Murid menunjukkan reaksi ceria.
• Murid mengulangi menyebut kata kunci pada peta
minda (secara berjenaka)
13. 4.3 SOAL SELIDIK
4.1.2 Respon murid tentang
Peta Minda
• Menunjukkan 100% suka belajar
menggunakan peta minda. Lebih daripada
separuh murid-murid menyatakan mereka
suka menggunakan peta minda kerana dapat
melukis dan mewarna. Sebab-sebab lain
yang diberikan mereka ialah:
”buku tak nampak kosong”
”mudah saya ingat apa yang dibelajar”
”menambah ilmu pengetahuan”
14. 5.0 RUMUSAN DAN
KESIMPULAN
(a) Murid berminat menggunakan peta minda dalam
pembelajaran mereka
(b) Murid memberi respons positif terhadap
penggunaan peta minda
15. 5.2 CADANGAN KAJIAN
• Kajian boleh dibuat untuk menguji
penggunaan Peta Minda kepada populasi
yang lebih besar yang melibatkan murid-murid
Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam.
• Kajian boleh dijalankan secara tempoh yang
lama untuk mendapatkan keberkesanan
penggunaan Peta Minda dalam mengekalkan
minat murid terhadap sesi pengajaran
• Kajian keberkesanan boleh dilaksanakan
untuk menguji keberkesanan penggunaan
Peta Minda ini dengan membandingkan
kaedah pengajaran konvensional dan kaedah
pengajaran terkini.