Mukasyafah dan musyahadah adalah ilmu yang memberikan pengetahuan tentang perkara-perkara ghaib dan rahsia antara makhluk dengan Penciptanya. Mukasyafah melibatkan pendedahan rahsia antara manusia beriman, manakala musyahadah pula merupakan perasaan selalu dilihat dan melihat Allah SWT walaupun dalam keadaan apa pun. Kedua-dua ilmu ini dapat dicapai melalui mujahadah, taqwa dan keta
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Mukasyafah dan musyahadah
1. TASAWWWUF PERBANDINGAN
(IUS 4163 )
TAJUK : MUKASYAFAH DAN MUSYAHADAH
NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. SYED HADZRULLATHFI BIN
SYED OMAR
NAMA : NURUL ATIQAH BINTI AHMAD SUKRI
NO MATRIK : 034726
IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN KAUNSELING
SEMESTER 7
2. MUKASYAFAH
Bahasa
Terbuka tabir penghalang atau terangkat hijab
Istilah
Dapat mengetahui apa yang berlaku disebalik
hijab daripada perkara yang ghaib dan tidak
diketahui oleh orang lain tentang hakikat
sebenar perkara tersebut
3. Ilmu mukasyafah merupakan ilmu dengan Allah
SWT yang menunjukkan sesuatu pemberian
kepada orang yang bermusyahadah dengan
ketauhidan yang dimilikinya berdasarkan ilmu
keyakinan, iman dan ilmu makrifat. Ilmu
mukasyafah ialah puncak segala ilmu dan tidak
ada batas pandangan sesudah itu.
4. IMAM AL-GHAZALI
Ilmu kasyaf tidak diperolehi melalui jalan
biasa, sebaliknya ia diperolehi melalui jalan
mujahadah dan taqwa. Namun begitu tidak
semua orang berjaya mendapatkannya.
5. IMAM HASSAN
AL-BANNA
Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah adalah
cahaya dan kemanisan yang dicurahkan kedalam hati
sesiapa yang dikendakiNya. Manakala ilham, lintasan-
lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah menjadi dalil
kepada hukum-hukum syara’. Perkara-perkara tersebut
hanya dapat diterima dengan syarat ia tidak bertentangan
dengan hukum-hukum agama dan nas-nas syara’.
6. KATEGORI KASYAF
KASYAF AL-HAQ
- Pemberian daripada
Allah yang mana Allah
telah membuka tabir
baginya untuk melihat
atau mengetahui
perkara ghaib. Kasyaf
jenis ini tanpa adanya
keterlibatan makhluk
jin
KASYAF BATIL
-Kasyaf yang
diakibatkan oleh
kehadiran jin
dalam tubuh badan
seseorang itu
samaada saka atau
mempelajari ilmu
tertentu yang
membolehkan dia
kasyaf
AWAL BATIL
-Kasyaf yang pada
awalnya sahaja
kasyaf batil kerana
kehadiran jin tetapi
selepas daripada
itu dia tetap kasyaf
tanpa kehadiran jin
kerana mata
dalamnya tidak
tertutup
7. Bahasa
Berasal daripada perkataan syahida atau syahaada
yang membawa maksud bersaksi dan menyaksikan
Istilah
Keadaan hati seseorang hamba yang merasakan
ianya seolah-olah berada dihadapan Allah dan Allah
berhadapan dengannya.
MUSYAHADAH
8. Merasakan dirinya hampir dengan
Allah dan seolah-olah Allah berada
dihadapannya walau dalam apa
keadaan sekalipun. Hal ini kerana
mereka merasa selalu melihat dan
dilihat Allah.
9. SYEIKH AL-QUSHAIRI
Musyahadah ialah kehadiran al-Haq
didalam hati tanpa rasa bingung dan
buntu. Peringkat awal dimulai dengan
Muhadarah ( kehadiran hati) kemudian
disusuli dengan Mukasyafah (kehadiran
hati yang disertai dengan kejelasan) dan
yang terakhir musyahadah.
11. RUMUSAN
Mukasyafah adalah terbukanya tabir rahsia
antara sesama makhluk, iaitu orang yg
beriman dan soleh yang diberikan kemuliaan
oleh Allah untuk mengetahui kejadian yang
akan terjadi, atau isi hati seseorang, atau
nasib seseorang, namun tidak secara
keseluruhannya.
12. Musyahadah adalah terbukanya rahsia
antara Makhluk dengan Penciptanya yang
mana mereka selalu merasakan dilihat
dan melihat Allah. Peringkat ini juga
merupakan peringkat kesempurnaan
darjat ihsan.