Dokumen tersebut membahas tentang amalan terbaik dalam pembangunan sosial Islam, khususnya perlindungan anak yatim. Islam mewajibkan umatnya untuk melindungi dan menyayangi anak yatim karena mereka tidak mampu menjaga diri sendiri.
1. LMCP 1552
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
TUGASAN 3 :
AMALANTERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
DISEDIAKAN OLEH :
ABDUL RAHMAN BIN ABDUL JALIL (A159971)
PENSYARAH :
PROF. DATO’ IR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
2. ■ Pembangunan sosial ialah suatu proses perubahan yang
terancang untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.
3. PEMBELAANTERHADAP
ANAKYATIM
• Anak yatim dalam bahasa Inggeris disebut ‘orphanage’.
• Mengikut istilah pula, anak yatim memberi maksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan
kemudiannya kehilangan atau kematian salah satu dari ibu atau bapanya. Sedikit berbeza dengan
yatim piatu yang bermaksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan
atau kematian kedua-dua ibu dan bapanya.
4. Istilah AnakYatim Dari Segi Syariah Islam
■ Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu
bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka
sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya
sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak
mampu menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan
pertolongan serta bantuan dari orang lain.
5. ■ Menyayangi dan memelihara anak yatim adalah kewajipan
sosial setiap orang Islam. Dan perkara ini adalah salah satu
usaha perjuangan Islam yang jarang dilakukan oleh umat Islam.
Justeru masalah sosial timbul kerana empat sebab, iaitu tidak
memuliakan anak yatim, tidak memberi makan orang miskin,
memakan warisan (kekayaan) alam dengan rakus, dan
mencintai harta benda secara berlebihan (Surah al-Fajr, ayat 15-
20).
KEWAJIPAN SOSIAL
6. Penjagaan terhadap anak yatim
Menurut Islam, amatlah dititikberatkan supaya kita menjaga hak anak yatim agar ianya
terpelihara. Perkara ini telah dijelaskan di dalam Ayat Al-Quran dan Hadis.
Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “Tahukah
engkau akan orang yang
mendustakan agama (meliputi hari
pembalasan)? Orang itu ialah yang
menindas serta berlaku zalim
kepada anak yatim.
Surah Adh-Dhuha : Ayat 9 –
Allah SWT telah berfirman
“Adapun terhadap anak
yatim, maka janganlah kamu
melakukan sewenang-
wenangnya”.
Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah
kamu hampiri harta anak yatim melainkan
dengan cara yang baik(untuk mengawal dan
mengembangkannya, sehingga ia baligh
(dewasa, serta layak mengurus hartanya
dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala
sukatan dan timbangan dengan adil”
Hadis Riwayat Al-Bukhari – Diriwayatkan daripada
dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad
S.A.W. telah bersabda :”Aku dan orang yang
memelihara anak yatim adalah di dalam syurga
seperti ini.” Sambil Baginda menunjuk dengan kedua
jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang
dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk
dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di
dalam syurga. ( Al- Bukhari).
7. Membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat
Menumbuhkan jiwa kedermawanan dan mudah untuk membantu orang
lain
Meningkatkan syukur dan ikhlas dalam diri
Menjadikan harta lebih berkat dan berlipat ganda
Mendapat naungan dan pertolongan dari Allah SWT
HIKMAH BERBUAT BAIKTERHADAP ANAKYATIM