SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
NAMA DAN KOD KURSUS :
PPPY 1222
METODOLOGI DAKWAH
NAMA PENSYARAH :
DR. AHMAD IRDHA BIN MOKHTAR
TAJUK TUGASAN :
DAKWAH KEPADA ANAK YATIM
NAMA PELAJAR DAN NO.MATRIK :
ISLAHUDDIN BIN ISMAIL
A156257
TAHUN PENGAJIAN :
TAHUN DUA
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Islam merupakan agama yang syumul dengan mengambil berat pelbagai aspek dan sisi hidup manusia.
Islam juga agama keadilan dengan menekankan kesamarataan dan nilai setara dalam hubungan sesama
manusia tanpa unsur penindasan dan dikriminasi kerana asasnya yang membezakan antara antara kita
adalah iman dan taqwa. Oleh itu, sirah mencatatkan bahawa Islam berjaya menarik perhatian golongan
dhua’fa (orang-orang yang lemah) yang terdiri dari hamba, anak yatim, orang miskin dan lain-lain.
Mereka yakin Islam membela nasib dan menjaga hak serta kebajikan mereka sesuai dengan naluri dan
fitrah manusia yang menginginkan kehidupan aman dan selamat. Maka, kajian ini menfokuskan
bagaimana Islam membangun anak yatim sebaiknya secara amnya dan apakah tanggungjawab serta
usaha dakwah seorang muslim kepada mereka secara khususnya selari dengan apa yang ditunjukkan
oleh Rasulullah.
Sesungguhnya Rasulullah adalah anakyatim yang kehilangan ibu dan bapa sewaktumasih kanak-kanak
justeru baginda sangat memahami kesusahan dan keperitan mereka. Selama memimpin umat Islam di
Madinah, ramai anak yatim yang dididik dan dibangunkan sehingga mencapai potensi seorang ulama,
pahlawan, sarjana dan pelbagai lagi. Untuk menjadikan perbahasan ini lebih realistik, pengkaji
mengemukakan metod dakwah kepada dakwah anak yatim di dunia kini dan memberikan contoh
institusi yang memantapkan modal insan di kalangan mereka.seperti Rumah Prihatin Warga Priatin.
Alasannya adalah institusi ini menfokuskan pembinaan potensi kemahiran di kalangan anak yatim
sehingga boleh bermandiri dan merangka kerjaya masing-masing sepertimana penekanan kepada model
Janissari di zaman Uthmaniyyah Wallahua’lam.
1.1 ANAK YATIM DALAM AGAMA
Hampir semua agama dan kepercayaan menyeru kepada berbuat baik terutamanya anak yatim seperti
dalam agama-agama samawi seperti Yahudi, Kristian dan Islam.
Dalam Taurat yang masih ada kini, terdapatbanyak perintah untuk mengambil anak yatim sebagaianak
angkat (adoption). Mereka digelar ‘yatom’ dan harus diberikan perlindungan (Deuteronomy 16;11) .
Bagi penganut Yahudi, Tuhan digambarkan sebagai ‘Father of Fatherless’ (Psalms 68:6) justeru
memelihara anak yatim umpama melakukan amalan yang disukai Tuhan. Undang-undang Yahudi juga
sangatmenggalakkan pengambilan anakangkat dan mereka yang menjaga, membesarkan dan mendidik
anak-anak yatim boleh digelar bapa secara rasmi.
“Whoever brings up an orphan in their home, it is as though they gave birth to him” (Sanhedrin 19b).
Rabbi Yahudi juga menyatakan bahawa tugas menyelamatkan dan membesarkan anak yatim ini adalah
tanggugjawab komuniti (Ketubot 50a) Selain itu, komuniti juga harus bertindak memberi sokongan,
termasuk dalam urusan perkahwinan anak yatim dan menyediakan kehidupan agar mereka boleh
berdikari. Perkara paling penting adalah Nabi Musa sendiri dibesarkan oleh keluarga angkat Firaun
apabila ibunya tidak mampu membesarkan dengan selamat. Selain itu, baginda juga pernah mengikuti
kembara bersama Nabi Khidir yang membina semula runtuhan bangunan untuk meindungi harta anak
yatim di bawahnya biarpun menerima tentangan keras dari penduduk kampung tersebut sepertimana
yang dinyatakan dalam surah Al-Kahfi.
Dalam kitab Injil yang ada pada kita hari ini turut disebutkan pelbagai dalil dan cerita mengenai anak
yatim. Anak yatim kebiasaannya disebut bersama janda kerana mereka adalah golongan yang lemah
dan memerlukan perhatian. Perilaku yang baik dituntut kepada anak yatim serta mengasihani mereka
adalah sebahagian dari ajaran Nabi Isa. Bagi penganut Kristian, mereka sendiri mengetahui bahawa
Nabi Isa juga adalah anak yatim lalu dianggap Allah sebagai bapa baginda.
Akhir sekali, anak yatim juga terdapat di dalam Al-Quran sebanyak 23 kali dan Allah menunjukkan
bagaimana Islam meletakkan status yang terbaik buat mereka. Al-Quran menerangkan dari sudut
pergaulan terhadap mereka,mengurus harta mereka dengan baik dan yang paling keras adalah larangan
memakan harta anak yatim secara batil.
“Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaatsehingga
ia dewasa…” (Al-An’aam, 6:152)
Umat Islam juga harus melihat bagaimana kehidupan junjungan mulia Rasulullah SAW sewaktukanak-
kanak yang kehilangan ibu dan bapanya, maka keluarga terdekat bertindak memeliharanya iaitu
datuknya, Abdu Mutalib dan bapa saudaranya. Dengan keberadaan mereka, Rasulullah SAW dijaga
seperti menatang minyak yang penuh. Sabda Nabi:
“Aku dan pemelihara anak yatim di syurga seperti ini (dan baginda memberi isyarat dengan telunjuk
dan jari tengahnya, lalu membukanya”. (Riwayat Bukhari, Tirmizi dan Abu Daud)
1.2 DEFINISI ANAK YATIM
Di dalam bahasa Arab, terdapat istilah yang khusus untuk menamakan anak yatim. ‘Al-Yatim’ dari
sudut bahasa membawa maksud tunggal, bersendiri. Telah berkata Ibn al-Sikkit: “Al-Yatim pada
manusia adalah mereka yang kehilangan bapa manakala pada binatang pula adalah kehilangan ibu.
Tidak dipanggil seseorang yang kehilangan ibu dengan al-Yatim”. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4,
yatim membawa maksud anak yang kematian ibu atau bapanya. Sekiranya seorang anak itu kematian
ibu dan ayahnya, ia dinamakan sebagai yatim piatu di sisi masyarakat Melayu.
Siapakah sebenarnya anak yatim? Islam melihat bahawa anak yatim itu adalah mereka yang kematian
bapa dan belum mencapaiumur baligh. Ini dijelaskan sendiri oleh NabiSAW yang mana telah bersabda:
“Tidak ada keyatiman setelah baligh”. (Riwayat Abu Daud, dinilai Sahih oleh Al-Albaani)
Ini bermakna istilah anak yatim tidak digunakan sekiranya mereka mencapai umur baligh. Oleh itu,
seseorang yang umurnya 20-an meskipun telah kematian kedua ibu-bapanya tidak dinamakan dengan
anak yatim kerana telah mencapai umur baligh. Namun, pengkaji cenderung menganggap anak yatim
ialah individu yang ditanggung hidupnya pada orang lain tanpa terikat kepada faktor umur melihat
kepada suasana ekonomi dan sosial yang begitu mencabardi abad moden ini. Pastinya, walaupun sudah
baligh, belum tentu seorang yatim boleh bermandiri, bekerja dan memilih kehidupannya sendiri kecuali
dengan bantuan pihak atau institusi tertentu. Untuk lebih jelas, kita melihat pada tahap umur 20-an,
kebanyakan mereka adalah berstatus pelajar dan ini seharusnya memerlukan pembelanjaan yang tinggi
untuk tanggungan pembelajaran dan pasti mereka tidak mampu membayar dengan usaha sendiri.
1.3 PUNCA KEYATIMAN
Jika kita menyoroti sirah Rasulullah, kita melihat bapa Rasulullah, Abdullah wafat semasa perjalanan
pulang dari perniagaan. Hal ini bermakna risiko yang dihadapi oleh masyarakat Arab sebagai
pengembara atau faktor yang menyumbang kepada keyatiman adalah cuaca padang pasir, logistik
makanan dan minuman, demografi, peperangan, serbuanperompak di kalangan Badui, perhambaan dan
pelbagai lagi. Selepas Islam berkembang di Tanah Arab, maka faktor peperangan adalah yang paling
utama membawa kepada keyatiman. Ibubapa mereka kerana berjuang dan berjihad di perang-perang
besar dan meninggalkan anak pada masyarakat setempat. Kebanyakan anak yatim diberi penjagaan
sekitar masjid Nabi. Walaupun ketiadaan ibu-bapa tetapi kebajikan mereka dipelihara oleh masyarakat
muslim sekitar yang prihatin dan berasa tanggugjawab. Rasulullah juga memberi galakan untuk sentiasa
menginfakkan harta dan memberi pemberian zakat kepada mereka. Anak yatim ini kebanyakannya
menjadi ilmuan kerana seringkali mendampingi masjid dan rumah nabi seperti Abu Hurairah RA.
2.0 PERIOD ZAMAN
2.1 Zaman Khulafa ar-Rashidin & Umaiyyah
Pada zaman Khulafa ar-Rashidin, ramai sahabat fokus pada usaha menyebarluas Islam dengan
membuka wilayah-wilayah baru. Berdepan dengan dua kuasa besar Rom dan Parsi, sudah tentu
bilangan yang terkorban di dalam ekspedisi peperangan bertambah. Maka ramai anak yatim dan janda
yang ditinggalkan. Walaupun begitu belum ada institusi khas yang menguruskan hal ehwal anak yatim.
Di zaman Umaiyyah pentadbiran menjadi lebih kompleks dan tersusun. Banyak jabatan-jabatan baru
diwujudkan termasuk Baitul Mal, pusat kewangan Islam. Dalam masa yang sama,pusat penjagaan anak
yatim, orang tua dan cacat dibangunkan dengan begitu banyak sekali. Maka, urusan harta penjaga
kepada anak yatim diuruskan dengan baik tanpa menjejaskan kehidupan anak-anak. Tidak hairanlah
lahirnya ulama sepertiImam Malik, Imam Syafie, Zainab binti Ali yang terkenalbiarpun mereka dahulu
seorang yatim. Penulis yakin perkara yang banyak menyumbang kepada kehidupan sosial masyarakat
Islam lebih teratur adalah sistem wakaf.
2.2 Zaman Abbasiyyah
Pada waktuketamadunan Islam mencapaipuncak kegemilangan, sekali lagi golongan anak yatim diberi
penghargaan yang tinggi dan kedudukan yang baik di kalangan masyarakat. Pihak khalifah tidak
mengabaikan mereka malah memberi pengawasan ketat kepada mereka. Misalnya, jika kita teliti pada
pelan pembinaan ‘Round City’ atau Madinatus Salam di Baghdad, kita dapati terdapat institusi atau
rumah anak yatim di sebelah luar kota berdekatan salah satu dari empat pintu gerbang iaitu di Pintu
Syria. Ini bermakna kebajikan mereka dijaga pada tahap yang terbaik iaitu di bawah pemerhatian terus
oleh Khalifah dan menteri-menterinya. Selepas itu, pemerintahan beralih ke Mamluk yang
menggantikan Baghdad selepas serangan oleh bangsa Monggol. Mamluk bertindak membina sebuah
tempat penyimpanan harta bagi anak yatim yang dinamakan ‘maudi’ al-hukm’ untuk menjaga
keselamatan harta ibubapa yang ditinggalkan.
2.3 Zaman Uthmaniyyah
Akhir abad ke-14 merupakan satu era baharu bagi tamadun Islam khususnya bangsa Turki apabila
mereka menjalinkan hubungan dan berinteraksi dengan budaya bangsa-bangsa di Eropah. Dari sudut
agama,berlaku pertembungan agama Islam dan Kristian secara geografikerana empayar Uthmaniyyah
sudah mula bertapak di tanah Eropah apabila usaha menguasai kota Konstantinopel dilancarkan. Bagi
menghadapi siri-siri peperangan dengan Eropah maka Uthmaniyyah di zaman Sultan Murad I (1362-
1389) melakukan satu reformasi ketenteraan yang digeruni dunia dengan menubuhkan tentera elit
pejalan kaki (infantri) yang terdiri daripada anak-anak yatim dari agama Kristian di Eropah. Mereka ini
dilatih dengan arahandan disiplin yang ketat (sistem devsirme)dandiletakkan di bawahperhatian sultan
secara terus. Oleh yang demikian, mereka bertugas sebagai pengawalutama dan memberikan taat setia
kepada sultan. Mereka juga dididik di bawah pengaruh ulama-ulama, dibayar dengan gaji yang setimpal
dan diangkat status sosial sehingga boleh memegang jawatan-jawatan tinggi dalam pentadbiran pusat
Uthmaniyyah.
Pembaharuanyang dilakukan ini merupakan satubentuk dakwah Uthmaniyyah kepada anak-anakyatim
dengan memberdayakan potensi sumber manusia daripada serendah-rendah kedudukan manusia
diangkat setaraf dengan masyarakat lain. Jadi, tidak hairan tentera Janissari memberi taat setia
sepenuhnya kepada sultan tanpa ragu kerana mereka menganggap sultan seperti bapa kandung mereka.
Didikan dan pembelajaran seimbang meliputi fizikal dan spiritual dari umur kanak-kanak seawal 7
tahun yang diberikan kepada mereka menjadi simbol keprihatinan, kepercayaan, dan pengharapan
sultan kepada mereka. Sudah pasti psikologi, pemikiran dan tingkah laku anak yatim pada waktu ini
bertukar kearah yang lebih baik dengan usaha murni seperti ini oleh kerajaan Uthmaniyyah.
3.0 PENJELASAN DAKWAH IJTIMAIYYAH DAN DAKWAH FARDIYAH
Perkara yang zahir dalam tamadun Islam adalah kekuatan sosial dan istitusi kemasyarakatan yang
menitikberatkan kebajikan individu dan alam. Sistem zakat, wakaf, sedekah dimanfaatkan sebaiknya
untuk kesejahteraan bersama. Hasil mahsul rakyat diurus tadbir dengan baik dan diagih dengan amanah
dan menyeluruh. Akhirnya, golongan yang dipanggil tidak bernasib baik seperti hari ini, contohnya
anak yatim, fakir, miskin, golongan kurang upaya menjalani kehidupan selesa dan saksama seperti
masyarakat lain. Kedudukan mereka diletakkan setaraf dan tiada wujud diskriminasi. Jikalau habitat
haiwan juga dibina dalam pembinaan bandar apatah lagi institusi anak yatim. Inilah dakwah murni
tamadun Islam secara kolektif atau dakwah ijtimaiyyah yang diberikan kepada semua manusia tanpa
mengira agama dan bangsa seterusnya menarik perhatian mereka untuk terus menetapdan menyumbang
kepada Daulah Islamiyyah. Itulah makna slogan ‘Islam Rahmatan Lil Alamin’. Untuk mendapat
gambaran yang mudah, kita melihat pada situasi politik kini secara global yang membuktikan bahawa
pelarian Syria sanggup menggadaikan nyawa berhijrah atau melakukan migrasi ke Eropah untuk
mendapatkan perlindungan Eropah berbanding negara-negara Teluk selepas berlaku perang saudara
kerana kesejahteraan praktik Islam di sana biarpun mereka bukan Islam.
Namun usaha murni atau dakwah ijtimaiyyah ini tidak akan wujud kecuali dimulakan diperingkat
individu. Individu adalah agen awalyang melakukan dakwah kepada mad’u melalui apa yang disebut
sebagai dakwah fardiyah. Dakwah fardiyah bermaksud interaksi awal dakwah antara individu dengan
individu yang lain sehingga mewujudkan hubungan teras yang kuat atas dasar kepercayaan atau disebut
sebagai intima’ syakhsyi (gabungan terhadap individu). Kita datangkan contoh mudah daripada sirah,
iaitu jika dilihat antara yang terawal memeluk Islam adalah di kalangan keluarga Rasulullah. Mereka
telah berinteraksi dengan Rasulullah dan percaya akan kebaikan yang ada pada dirinya lalu apabila
diserukan Islam kepada mereka, mereka terima atas dasar kepercayaan kepada Rasulullah. Dakwah
fardiyah Rasulullah terhadap mereka sangat hebat sehinggakan mereka berkorban nyawa dan harta
untuk Islam. Inilah gambaran dari generasi awal yang berdamping secara terus dengan Rasulullah.
Melihat kepada situasi anak yatim, antara prinsip dakwah yang harus ditekankan kepada mereka adalah
seperti berikut:
1. At-Ta’lif Qabla At-Ta’rif (Sentuhan Hati Sebelum Mengenalkan)
Dakwah kepada anak yatim pastinya banyak melibatkan unsur dan elemen emosi serta psikologi.
Mereka memerlukan perhatian, ambil berat, dan simpati da’i agar sentiasa berada di samping
mereka menggantikan ibubapa. Jiwa mereka sangat halus dan mereka kerap mengalami perubahan
emosi kerana kehidupan harian secara realiti pasti berbeza dengan kanak-kanak lain. Oleh itu,
peranan da’i yang perlu ditekankan di peringkat permulaan adalah sebagai pendengar yang baik
dan ‘ibubapa’ ganti. terutamnya di fasa sebelum baligh. Belaian, sentuhan, panggilan mesra,
penghargaan, perhatian, kesemuanya membutuhkan da’i bekerja kerasdengan mengorbankan masa
dan tenaga untuk melengkapinya. Contoh lebih mudah dengan melihat akhlak Rasulullah terhadap
kanak-kanak atau cucunya, Hasan dan Husin. Kesimpulannya, aspek emosi harus diutamakan
kepada anak yatim sebelum memperkenalkan kepada kehidupan yang diinginkan oleh Islam.
2. At-Ta’rif Qabla At-Taklif
Apabila fasa emosi berjaya ditangani dengan baik, anak yatim didedahkan kepada pengenalan
agama Islam secara beransur-ansur sebagai kehidupan yang syumul dan terbaik. Da’i harus
memberikan pendidikan agama seperi asas fardhu ain, pembelajaran Al-Quran, serta ilmu-ilmu
asas. Pendidikan adalah kunci terbesar yang membuka mata mereka akan hakikat tujuan hidup dan
pengakhirannya. Di zaman Rasulullah,, sahabat yang miskin dan susah termasuk anak yatim,
mereka dikenali sebagai Ahli Suffah, yang kerap menghabiskan masa di masjid Nabi. Mereka
digelar ilmuan kerana banyak mendampingi Rasulullah dan menjadi rujukan agama kepada
masyarakat di kemudian hari. Kehidupan mereka ditanggung atau dibiayai oleh sahabat-sahabat
Rasulullah yang kaya raya seperti Abdul Rahman bin Auf, Abu Bakar dan lain-lain. Keperluan
harian mereka terjaga dan cukup lalu menfokuskan diri kepada menyumbang kepada agama sebagai
taklif yang dipegang. Begitulah kitaran yang Islam mahukan kerana mempunyai unsur takaful dan
saling bantu-membantu dalam menunaikan hak sebagai seorang muslim serta memanfaatkan
potensi diri pada agama Islam.
3. Yassir Wa La Tuassir
Dalam pelbagai hal bersama anak yatim, permudahkanlah urusan mereka dan jangan susahkan.
Kebiasaannya urusan sumbangan atau dana kepada mereka tidak perlu menjalani proses birokarsi
yang rumit serta melecehkan.
4.0 BAGAIMANA EROPAH MEMANDANG ANAK YATIM
Empayar Rom membina pusat penjagaan bagi anak-anak yatim dan janda bermula pada tahun 400
Masehi disebabkan pemberian sokongan dan perlindungan kepada ketua keluarga yang nahas dalam
peperangantetapi had umur hanya sehingga 18 tahun. Ditambah dengan gesaanPlato (Law,927), beliau
mengatakan: “Orphan should be placed under the care of public guardian”. Oleh yang demikian,
terdapat sesetengah penjaga atau ‘godfather’ dibenarkan memelihara 4 orang anak yatim dalam satu
masa.
Pada zaman Pertengahan Eropah, penjaga anak yatim diletakkan di bawah kendalian gereja. Hal ini
bermakna institusi agama berusaha membela dan berbakti kepada masyarakat di bawah pemerhatian
pemerintah. Kemudian, pada awal abad ke-18, kebajikan anak-anak yatim mula terbiar terutamanya di
kawasanbandardi London selepasRevolusi Perindustrian diumumkan. Ramai di kalangan mereka yang
didera, dipaksa kerja, dijadikan hamba atau tawanan serta dianggap suatu masalah kepada masyarakat
kerana sering terlibat dengan jenayah sosial atas desakan kehidupan. Kelas di antara masyarakat
menjadikan layanan buruk diberikan antara anak yatim kerana mereka adalah kelas ketiga atau rakyat
marhaen. Tidak hairan wujud beberapa ekspresiserta kritikan sasterawan terhadap isu ini dalam bentuk
novel seperti Oliver Twist karangan Charles Dicken. Malah, filem-filem masyhur yang ditayangkan
pada masa kini juga tidak asing daripada peranan seorang anak yatim sebagaiwatak utama. Contohnya,
Harry Potter, Spiderman, Batman, Tarzan, Mowgli, Beauty and Beast dan Snow White.
5.0 HAK-HAK ANAK YATIM
1. Memelihara hartanya sehingga baligh dan menyerahkan urusan pengurusan harta kepadanya
apabila mereka matang.
“Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat,
hingga sampai ia dewasa.” (Surah Al-An’am, ayat 152)
2. Larangan menganiaya dan berbuat zalim terhadap anak yatim dalam apa jua bentuk, baik dari
segi ucapan maupun perbuatan.
3. Hak mendapatkan kehidupan asasi serta perlindungan seperti makan, minum, tempat tinggal
dan pendidikan.
“Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. (Surah ad-
Dhuha, ayat 6)
4. Mendapat warisan harta yang djaga oleh pengasuh atau pihak bertanggungjawab seperti yang
termaktub dalam surah al-Kahfi.
“Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya
ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh,
maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan
mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku
melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-
perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya". (Surah al-Kahfi, ayat 82)
6.0 ISU-ISU ANAK YATIM & SOLUSI
Isu yang kerap wujud di negara kita adalah berkaitan dengan ketirisan dan penyalahgunaan dana untuk
anak yatim oleh orang yang berkepentingan. Harta anak yatim seharusnya bebas dari pengaruh mana-
mana ahli politik kerana ia adalah harta yang terpelihara. Memandangkan senario di Malaysia, anak
yatim kerap dikaitkan oleh masyarakat sebagai orang yang suka meminta-minta dan didalangi oleh
sindiket haram. Secara logiknya, mereka enggan berbuat demikian tetapi atas desakan dan tekanan
pihak tertentu yang mengeksploitasi nasib mereka. Pengurus harta anak yatim juga perlu amanah dan
integriti kerana harta ini adalah salah satunya tempat anak yatim bergantung untuk terus mencorak
kehidupan di masa hadapan. Tindakan atau hukuman undang-undang layak dijatuhkan kepada
penyalahguna atas faktor menggunakan harta yang berkepentingan dan menyalahi tuntutan agama
Islam. Selain itu, institusi dan majlis agama perlu menyediakan dana secukupnya untuk menampung
perbelanjaan tahunan mereka kerana mereka adalah di kalangan golongan asnaf. Kita mahukan akhir
sekali kebajikan mereka dijaga dan dipelihara kerana mereka adalah insan yang lemah di sisi
masyarakat dan agama.
Satu perkara yang mencabar Islam hari ini di mana anak-anak yatim yang muslim menjadi sasaran
utama misionaris atau mubaligh Kristian yang menyebarkan dakyahnya. Perkara ini harus dilihat serius
memandangkan aktiviti menjadi semakin aktif setiap tahun. Anak-anak yatim perlu diberi bantuan
kewangan dan dipelihara aspek fizikal dan emosi lalu mewujudkan perasaan terhutang budi kepada
mubaligh Kristian dan seterusnya bertukar agama. Selain membendung aktiviti ini, umat Islam juga
harus memperkasakan aktiviti memelihara anak yatim dan menjaga kebajikan mereka agar pegangan
agama mereka terpelihara daripada dipengaruhi unsur-unsur luar. Satu kejadian yang lebih malang
apabila anak yatim dimanfaatkan menjadi bahan seks atau terlibat dalam pemerdagangan manusia. Ini
merupakan gambaran yang paling sadis di mana manusia dilayan sebegitu hina dan dipergunakan untuk
kepentingan dan kepuasan nafsu manusia. Oleh yang demikian, penjagaan kebajikan sewajibnya
dipelihara oleh masyarakat bermula dari individu sehingga ke pemerintah agar usaha eksploitasi dapat
digagalkan sepenuhnya seterusnya membentuk masyarakat harmoni yang hidup saling bantu-
membantu.
7.0 USLUB DAKWAH TERHADAP ANAK YATIM
1. Tanggungjawab dan cinta antara anak dan ibubapa. Masyarakat berperanan seperti ibubapa
manakala anak yatim selaku anak yang memerlukan perhatian dan kasih saying ibubapa.
2. Membantu dalam urusan seharian.Pastinya, kehidupan anakyatim serba kekurangan. Jika tidak
harta, maka emosi harus diutamakan
3. Berperanan seperti murabbi dan peranannya adalah seperti berikut:
 Walid atau orang tua dalam konteks perasaan dan kejiwaan.
 Syeikh atau pemimpin spiritual dalam konteks tarbiyah ruhiyah
 Ustaz atau guru dalam konteks keilmuan
 Qaid atau pemimpin dalam konteks kerja-kerja dakwah dan amal islami.
8.0 RUMAH PRIHATIN WARGA PRIHATIN: MODEL INSTITUSI ANAK
YATIM MASA KINI
Rumah Prihatin Warga Prihatin adalah sebuahinstitusi penyelidikan dan pembangunan anakyatim yang
terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang dan dibangunkan oleh 20 orang pengasas secara bergotong-
royong. Rumah ini mendapat perhatian masyarakat apabila ia menyerlahkan perbezaan yang amat
ketara dengan rumah anak yatim yang lain. Anak-anak yatim di sana dilatih untuk bermandiri dengan
kemahiran-kemahiran untuk terus menyara kehidupan. Mereka diajar memuat kuih, menjahit, memasak
bagi perempuan dan mengimpal, mekanik, servis jentera berat, binaan dan lain-lain. Dengan ilmu dan
kemahiran yang diajarkan, mereka mampu menyara kehidupan dan menghidupkan komuniti di tempat
tinggal mereka. Oleh sebab sasaran utama adalah untuk menjimatkan kos membiayai kehidupan
mereka, maka anak-anak yatim diajar menggunakan semula barangan terbuangan yang masih diguna
pakai seperti kereta dan mesin. Akhir sekali, anak-anak ini dikahwinkan dan menjalani kehidupan
seperti biasa dan meneruskan bakti kepada generasi seterusnya dan begitulah kitaran sihat yang dijana
di Rumah Prihatin Warga Prihatin. Pemberdayaan diri adalah lebih penting dan beerti dengan
memanfaatkan potensi, tenaga dan bakat. Akhir sekali, ramai pihak yang tertarik untuk mempraktikkan
model pengurusan ini di tempat lain. Wallahua’lam.
9.0 RUJUKAN
Abdurrahman Misno Bambang Prawiro.Pendidikan BerkarakterIslami Bagi Anak Yatim. Al-Murabbi,
Volume 2, Nombor 1, Julai 2015. Bogor, Indonesia.
https://www.academia.edu/19803745/PENDIDIKAN_BERKARAKTER_ISLAMI_BAGI_ANAK_YATIM
Adam Sabra.Povertyand Charity in Medieval Islam: Mamluk Egypt 1250-1517 2001. Cambridge Press
University. United Kingdom.
BAYAN LINNAS SIRI 72: ANAK YATIM: IHSANILAH DAN BERTAQWALAH
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/1245-bayan-
linnas-siri-72-anak-yatim-ihsanilah-dan-bertaqwalah
Dato’ Prof. Dr. Amir Awang, Rusimah Sayuti, Zakiyah Jamaluddin, Chan Cheong Chong.
Permasalahan Anak Yatim Di Institusi Kebajikan Anak Yatim. 2004. Simposium Kebangsaan
Kebajikan Kanak - Kanak. Pulau Pinang.
Rabbi Shmuly Yanklowitz. Jewish Ethics & Social Justice: A Guide For 21st
Century. 2012. Derusha
Publishing LLC. Florida, United States of America.
RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN
Rumah Asnaf & Anak Yatim | Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akhlak | Kajian
Pembangunan Tamadun Islam Moden
http://prihatin.net.my/
Syaikh Musthafa Masyhur. Fiqh Dakwah. 2005. Al-I’tishom. Jakarta, Indonesia.
The Digest. Adoption and the Care of Orphan Children: Islam and the Best Interest of the Child. 2011.
Muslim Women’s Shura Council. United States of America.
http://www.wisemuslimwomen.org/images/activism/Adoption_(August_2011)_Final.pdf
http://www.hmetro.com.my/nuansa/2017/06/239807/pakaian-sendiri-belum-dijahit

More Related Content

What's hot

Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Rashidah Abd Wahab
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.w
5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.w5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.w
5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.wJason Lam
 
Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahakhmal ali
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1Salam Salleh
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahCamar Puteh
 
Rasulullah zaman remaja (anas, hazmi, syakir)
Rasulullah zaman remaja (anas, hazmi, syakir)Rasulullah zaman remaja (anas, hazmi, syakir)
Rasulullah zaman remaja (anas, hazmi, syakir)hudhud321
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah completeAngah Rahim
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daifdr2200s
 
perkembangan ilmu akidah degree
perkembangan ilmu akidah   degreeperkembangan ilmu akidah   degree
perkembangan ilmu akidah degreeSalam Salleh
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.jimoh370
 
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAHHadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAHJamalmaklumi
 
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAINKEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAINWanMohamadZulhilmi1
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahIr Deena
 
Imam Syafie dan Imam Hanbali
Imam Syafie dan Imam HanbaliImam Syafie dan Imam Hanbali
Imam Syafie dan Imam HanbaliNATASHYA AYUNIE
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahKhairul Anwar
 

What's hot (20)

Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3
 
I'jaz tarbawi
I'jaz tarbawiI'jaz tarbawi
I'jaz tarbawi
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.w
5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.w5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.w
5 keistimewaan sirah rasulullah s.a.w
 
Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidah
 
Hadis Dhaif
Hadis DhaifHadis Dhaif
Hadis Dhaif
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullah
 
Rasulullah zaman remaja (anas, hazmi, syakir)
Rasulullah zaman remaja (anas, hazmi, syakir)Rasulullah zaman remaja (anas, hazmi, syakir)
Rasulullah zaman remaja (anas, hazmi, syakir)
 
2) israiliyat
2) israiliyat2) israiliyat
2) israiliyat
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daif
 
perkembangan ilmu akidah degree
perkembangan ilmu akidah   degreeperkembangan ilmu akidah   degree
perkembangan ilmu akidah degree
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAHHadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH
 
Pemikiran
PemikiranPemikiran
Pemikiran
 
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAINKEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Imam Syafie dan Imam Hanbali
Imam Syafie dan Imam HanbaliImam Syafie dan Imam Hanbali
Imam Syafie dan Imam Hanbali
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
 

Similar to DAKWAH KEPADA ANAK YATIM

Pembangunan anak yatim
Pembangunan anak yatimPembangunan anak yatim
Pembangunan anak yatimislah240795
 
Tugasan 3 (mapan dalam islam)
Tugasan 3 (mapan dalam islam)Tugasan 3 (mapan dalam islam)
Tugasan 3 (mapan dalam islam)Nur Hidayah
 
Makalah Masa Periodisasi Islam Mekkah Madinah
Makalah Masa Periodisasi Islam Mekkah MadinahMakalah Masa Periodisasi Islam Mekkah Madinah
Makalah Masa Periodisasi Islam Mekkah MadinahFauzil Adzim
 
Slide mapan dslam islam
Slide mapan dslam islamSlide mapan dslam islam
Slide mapan dslam islamArmanRahman10
 
Lmcp1552 amalan baik dalam pembangunan sosial
Lmcp1552 amalan baik dalam pembangunan sosialLmcp1552 amalan baik dalam pembangunan sosial
Lmcp1552 amalan baik dalam pembangunan sosialAtikahMarshid
 
amalan terbaik dalam pembangunan islam
amalan terbaik dalam pembangunan islam amalan terbaik dalam pembangunan islam
amalan terbaik dalam pembangunan islam Amalina Ishak
 
Tarikh tasyrik 2
Tarikh tasyrik 2Tarikh tasyrik 2
Tarikh tasyrik 2mas karebet
 
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIALAMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIALMUNA MUNIRAH
 
Remaja adalah aset sesebuah negara
Remaja adalah aset sesebuah negaraRemaja adalah aset sesebuah negara
Remaja adalah aset sesebuah negarasitipatimahrabani
 
Remaja adalah aset sesebuah negara
Remaja adalah aset sesebuah negaraRemaja adalah aset sesebuah negara
Remaja adalah aset sesebuah negarasitipatimahrabani
 
Selamatkan Generasi Dengan Islam
Selamatkan Generasi Dengan IslamSelamatkan Generasi Dengan Islam
Selamatkan Generasi Dengan Islamkaka imoet
 
Pandangan islam di masa yang akan datang
Pandangan islam di masa yang akan datangPandangan islam di masa yang akan datang
Pandangan islam di masa yang akan datangSiti Khoirunika
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadSilent Artist
 
Akhlak sosial
Akhlak sosialAkhlak sosial
Akhlak sosialYuliana
 
Islam masa khulafaur rasydin kel 3
Islam masa khulafaur rasydin kel 3Islam masa khulafaur rasydin kel 3
Islam masa khulafaur rasydin kel 3Mahasiswa
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialRashidah Rosdan
 
pendidikan-anak-dalam-islam
pendidikan-anak-dalam-islampendidikan-anak-dalam-islam
pendidikan-anak-dalam-islamMudhofar Khanif
 
Masyarakat Madani dan Kesejahteraan Umat
Masyarakat Madani dan Kesejahteraan UmatMasyarakat Madani dan Kesejahteraan Umat
Masyarakat Madani dan Kesejahteraan UmatRizki Amalia
 

Similar to DAKWAH KEPADA ANAK YATIM (20)

Pembangunan anak yatim
Pembangunan anak yatimPembangunan anak yatim
Pembangunan anak yatim
 
Tugasan 3 (mapan dalam islam)
Tugasan 3 (mapan dalam islam)Tugasan 3 (mapan dalam islam)
Tugasan 3 (mapan dalam islam)
 
Makalah Masa Periodisasi Islam Mekkah Madinah
Makalah Masa Periodisasi Islam Mekkah MadinahMakalah Masa Periodisasi Islam Mekkah Madinah
Makalah Masa Periodisasi Islam Mekkah Madinah
 
Pembelaan anak yatim
Pembelaan anak yatimPembelaan anak yatim
Pembelaan anak yatim
 
Slide mapan dslam islam
Slide mapan dslam islamSlide mapan dslam islam
Slide mapan dslam islam
 
Lmcp1552 amalan baik dalam pembangunan sosial
Lmcp1552 amalan baik dalam pembangunan sosialLmcp1552 amalan baik dalam pembangunan sosial
Lmcp1552 amalan baik dalam pembangunan sosial
 
amalan terbaik dalam pembangunan islam
amalan terbaik dalam pembangunan islam amalan terbaik dalam pembangunan islam
amalan terbaik dalam pembangunan islam
 
Tarikh tasyrik 2
Tarikh tasyrik 2Tarikh tasyrik 2
Tarikh tasyrik 2
 
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIALAMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
 
Remaja adalah aset sesebuah negara
Remaja adalah aset sesebuah negaraRemaja adalah aset sesebuah negara
Remaja adalah aset sesebuah negara
 
Remaja adalah aset sesebuah negara
Remaja adalah aset sesebuah negaraRemaja adalah aset sesebuah negara
Remaja adalah aset sesebuah negara
 
Selamatkan Generasi Dengan Islam
Selamatkan Generasi Dengan IslamSelamatkan Generasi Dengan Islam
Selamatkan Generasi Dengan Islam
 
Keluarga sakinah dalam
Keluarga sakinah dalamKeluarga sakinah dalam
Keluarga sakinah dalam
 
Pandangan islam di masa yang akan datang
Pandangan islam di masa yang akan datangPandangan islam di masa yang akan datang
Pandangan islam di masa yang akan datang
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jad
 
Akhlak sosial
Akhlak sosialAkhlak sosial
Akhlak sosial
 
Islam masa khulafaur rasydin kel 3
Islam masa khulafaur rasydin kel 3Islam masa khulafaur rasydin kel 3
Islam masa khulafaur rasydin kel 3
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
 
pendidikan-anak-dalam-islam
pendidikan-anak-dalam-islampendidikan-anak-dalam-islam
pendidikan-anak-dalam-islam
 
Masyarakat Madani dan Kesejahteraan Umat
Masyarakat Madani dan Kesejahteraan UmatMasyarakat Madani dan Kesejahteraan Umat
Masyarakat Madani dan Kesejahteraan Umat
 

Recently uploaded

BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 

Recently uploaded (20)

BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 

DAKWAH KEPADA ANAK YATIM

  • 1. NAMA DAN KOD KURSUS : PPPY 1222 METODOLOGI DAKWAH NAMA PENSYARAH : DR. AHMAD IRDHA BIN MOKHTAR TAJUK TUGASAN : DAKWAH KEPADA ANAK YATIM NAMA PELAJAR DAN NO.MATRIK : ISLAHUDDIN BIN ISMAIL A156257 TAHUN PENGAJIAN : TAHUN DUA JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • 2. 1.0 PENGENALAN Islam merupakan agama yang syumul dengan mengambil berat pelbagai aspek dan sisi hidup manusia. Islam juga agama keadilan dengan menekankan kesamarataan dan nilai setara dalam hubungan sesama manusia tanpa unsur penindasan dan dikriminasi kerana asasnya yang membezakan antara antara kita adalah iman dan taqwa. Oleh itu, sirah mencatatkan bahawa Islam berjaya menarik perhatian golongan dhua’fa (orang-orang yang lemah) yang terdiri dari hamba, anak yatim, orang miskin dan lain-lain. Mereka yakin Islam membela nasib dan menjaga hak serta kebajikan mereka sesuai dengan naluri dan fitrah manusia yang menginginkan kehidupan aman dan selamat. Maka, kajian ini menfokuskan bagaimana Islam membangun anak yatim sebaiknya secara amnya dan apakah tanggungjawab serta usaha dakwah seorang muslim kepada mereka secara khususnya selari dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Sesungguhnya Rasulullah adalah anakyatim yang kehilangan ibu dan bapa sewaktumasih kanak-kanak justeru baginda sangat memahami kesusahan dan keperitan mereka. Selama memimpin umat Islam di Madinah, ramai anak yatim yang dididik dan dibangunkan sehingga mencapai potensi seorang ulama, pahlawan, sarjana dan pelbagai lagi. Untuk menjadikan perbahasan ini lebih realistik, pengkaji mengemukakan metod dakwah kepada dakwah anak yatim di dunia kini dan memberikan contoh institusi yang memantapkan modal insan di kalangan mereka.seperti Rumah Prihatin Warga Priatin. Alasannya adalah institusi ini menfokuskan pembinaan potensi kemahiran di kalangan anak yatim sehingga boleh bermandiri dan merangka kerjaya masing-masing sepertimana penekanan kepada model Janissari di zaman Uthmaniyyah Wallahua’lam. 1.1 ANAK YATIM DALAM AGAMA Hampir semua agama dan kepercayaan menyeru kepada berbuat baik terutamanya anak yatim seperti dalam agama-agama samawi seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Dalam Taurat yang masih ada kini, terdapatbanyak perintah untuk mengambil anak yatim sebagaianak angkat (adoption). Mereka digelar ‘yatom’ dan harus diberikan perlindungan (Deuteronomy 16;11) . Bagi penganut Yahudi, Tuhan digambarkan sebagai ‘Father of Fatherless’ (Psalms 68:6) justeru memelihara anak yatim umpama melakukan amalan yang disukai Tuhan. Undang-undang Yahudi juga sangatmenggalakkan pengambilan anakangkat dan mereka yang menjaga, membesarkan dan mendidik anak-anak yatim boleh digelar bapa secara rasmi. “Whoever brings up an orphan in their home, it is as though they gave birth to him” (Sanhedrin 19b). Rabbi Yahudi juga menyatakan bahawa tugas menyelamatkan dan membesarkan anak yatim ini adalah tanggugjawab komuniti (Ketubot 50a) Selain itu, komuniti juga harus bertindak memberi sokongan, termasuk dalam urusan perkahwinan anak yatim dan menyediakan kehidupan agar mereka boleh berdikari. Perkara paling penting adalah Nabi Musa sendiri dibesarkan oleh keluarga angkat Firaun apabila ibunya tidak mampu membesarkan dengan selamat. Selain itu, baginda juga pernah mengikuti kembara bersama Nabi Khidir yang membina semula runtuhan bangunan untuk meindungi harta anak yatim di bawahnya biarpun menerima tentangan keras dari penduduk kampung tersebut sepertimana yang dinyatakan dalam surah Al-Kahfi.
  • 3. Dalam kitab Injil yang ada pada kita hari ini turut disebutkan pelbagai dalil dan cerita mengenai anak yatim. Anak yatim kebiasaannya disebut bersama janda kerana mereka adalah golongan yang lemah dan memerlukan perhatian. Perilaku yang baik dituntut kepada anak yatim serta mengasihani mereka adalah sebahagian dari ajaran Nabi Isa. Bagi penganut Kristian, mereka sendiri mengetahui bahawa Nabi Isa juga adalah anak yatim lalu dianggap Allah sebagai bapa baginda. Akhir sekali, anak yatim juga terdapat di dalam Al-Quran sebanyak 23 kali dan Allah menunjukkan bagaimana Islam meletakkan status yang terbaik buat mereka. Al-Quran menerangkan dari sudut pergaulan terhadap mereka,mengurus harta mereka dengan baik dan yang paling keras adalah larangan memakan harta anak yatim secara batil. “Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaatsehingga ia dewasa…” (Al-An’aam, 6:152) Umat Islam juga harus melihat bagaimana kehidupan junjungan mulia Rasulullah SAW sewaktukanak- kanak yang kehilangan ibu dan bapanya, maka keluarga terdekat bertindak memeliharanya iaitu datuknya, Abdu Mutalib dan bapa saudaranya. Dengan keberadaan mereka, Rasulullah SAW dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Sabda Nabi: “Aku dan pemelihara anak yatim di syurga seperti ini (dan baginda memberi isyarat dengan telunjuk dan jari tengahnya, lalu membukanya”. (Riwayat Bukhari, Tirmizi dan Abu Daud) 1.2 DEFINISI ANAK YATIM Di dalam bahasa Arab, terdapat istilah yang khusus untuk menamakan anak yatim. ‘Al-Yatim’ dari sudut bahasa membawa maksud tunggal, bersendiri. Telah berkata Ibn al-Sikkit: “Al-Yatim pada manusia adalah mereka yang kehilangan bapa manakala pada binatang pula adalah kehilangan ibu. Tidak dipanggil seseorang yang kehilangan ibu dengan al-Yatim”. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, yatim membawa maksud anak yang kematian ibu atau bapanya. Sekiranya seorang anak itu kematian ibu dan ayahnya, ia dinamakan sebagai yatim piatu di sisi masyarakat Melayu. Siapakah sebenarnya anak yatim? Islam melihat bahawa anak yatim itu adalah mereka yang kematian bapa dan belum mencapaiumur baligh. Ini dijelaskan sendiri oleh NabiSAW yang mana telah bersabda: “Tidak ada keyatiman setelah baligh”. (Riwayat Abu Daud, dinilai Sahih oleh Al-Albaani) Ini bermakna istilah anak yatim tidak digunakan sekiranya mereka mencapai umur baligh. Oleh itu, seseorang yang umurnya 20-an meskipun telah kematian kedua ibu-bapanya tidak dinamakan dengan anak yatim kerana telah mencapai umur baligh. Namun, pengkaji cenderung menganggap anak yatim ialah individu yang ditanggung hidupnya pada orang lain tanpa terikat kepada faktor umur melihat kepada suasana ekonomi dan sosial yang begitu mencabardi abad moden ini. Pastinya, walaupun sudah baligh, belum tentu seorang yatim boleh bermandiri, bekerja dan memilih kehidupannya sendiri kecuali dengan bantuan pihak atau institusi tertentu. Untuk lebih jelas, kita melihat pada tahap umur 20-an, kebanyakan mereka adalah berstatus pelajar dan ini seharusnya memerlukan pembelanjaan yang tinggi untuk tanggungan pembelajaran dan pasti mereka tidak mampu membayar dengan usaha sendiri.
  • 4. 1.3 PUNCA KEYATIMAN Jika kita menyoroti sirah Rasulullah, kita melihat bapa Rasulullah, Abdullah wafat semasa perjalanan pulang dari perniagaan. Hal ini bermakna risiko yang dihadapi oleh masyarakat Arab sebagai pengembara atau faktor yang menyumbang kepada keyatiman adalah cuaca padang pasir, logistik makanan dan minuman, demografi, peperangan, serbuanperompak di kalangan Badui, perhambaan dan pelbagai lagi. Selepas Islam berkembang di Tanah Arab, maka faktor peperangan adalah yang paling utama membawa kepada keyatiman. Ibubapa mereka kerana berjuang dan berjihad di perang-perang besar dan meninggalkan anak pada masyarakat setempat. Kebanyakan anak yatim diberi penjagaan sekitar masjid Nabi. Walaupun ketiadaan ibu-bapa tetapi kebajikan mereka dipelihara oleh masyarakat muslim sekitar yang prihatin dan berasa tanggugjawab. Rasulullah juga memberi galakan untuk sentiasa menginfakkan harta dan memberi pemberian zakat kepada mereka. Anak yatim ini kebanyakannya menjadi ilmuan kerana seringkali mendampingi masjid dan rumah nabi seperti Abu Hurairah RA. 2.0 PERIOD ZAMAN 2.1 Zaman Khulafa ar-Rashidin & Umaiyyah Pada zaman Khulafa ar-Rashidin, ramai sahabat fokus pada usaha menyebarluas Islam dengan membuka wilayah-wilayah baru. Berdepan dengan dua kuasa besar Rom dan Parsi, sudah tentu bilangan yang terkorban di dalam ekspedisi peperangan bertambah. Maka ramai anak yatim dan janda yang ditinggalkan. Walaupun begitu belum ada institusi khas yang menguruskan hal ehwal anak yatim. Di zaman Umaiyyah pentadbiran menjadi lebih kompleks dan tersusun. Banyak jabatan-jabatan baru diwujudkan termasuk Baitul Mal, pusat kewangan Islam. Dalam masa yang sama,pusat penjagaan anak yatim, orang tua dan cacat dibangunkan dengan begitu banyak sekali. Maka, urusan harta penjaga kepada anak yatim diuruskan dengan baik tanpa menjejaskan kehidupan anak-anak. Tidak hairanlah lahirnya ulama sepertiImam Malik, Imam Syafie, Zainab binti Ali yang terkenalbiarpun mereka dahulu seorang yatim. Penulis yakin perkara yang banyak menyumbang kepada kehidupan sosial masyarakat Islam lebih teratur adalah sistem wakaf. 2.2 Zaman Abbasiyyah Pada waktuketamadunan Islam mencapaipuncak kegemilangan, sekali lagi golongan anak yatim diberi penghargaan yang tinggi dan kedudukan yang baik di kalangan masyarakat. Pihak khalifah tidak mengabaikan mereka malah memberi pengawasan ketat kepada mereka. Misalnya, jika kita teliti pada pelan pembinaan ‘Round City’ atau Madinatus Salam di Baghdad, kita dapati terdapat institusi atau rumah anak yatim di sebelah luar kota berdekatan salah satu dari empat pintu gerbang iaitu di Pintu Syria. Ini bermakna kebajikan mereka dijaga pada tahap yang terbaik iaitu di bawah pemerhatian terus oleh Khalifah dan menteri-menterinya. Selepas itu, pemerintahan beralih ke Mamluk yang menggantikan Baghdad selepas serangan oleh bangsa Monggol. Mamluk bertindak membina sebuah tempat penyimpanan harta bagi anak yatim yang dinamakan ‘maudi’ al-hukm’ untuk menjaga keselamatan harta ibubapa yang ditinggalkan.
  • 5. 2.3 Zaman Uthmaniyyah Akhir abad ke-14 merupakan satu era baharu bagi tamadun Islam khususnya bangsa Turki apabila mereka menjalinkan hubungan dan berinteraksi dengan budaya bangsa-bangsa di Eropah. Dari sudut agama,berlaku pertembungan agama Islam dan Kristian secara geografikerana empayar Uthmaniyyah sudah mula bertapak di tanah Eropah apabila usaha menguasai kota Konstantinopel dilancarkan. Bagi menghadapi siri-siri peperangan dengan Eropah maka Uthmaniyyah di zaman Sultan Murad I (1362- 1389) melakukan satu reformasi ketenteraan yang digeruni dunia dengan menubuhkan tentera elit pejalan kaki (infantri) yang terdiri daripada anak-anak yatim dari agama Kristian di Eropah. Mereka ini dilatih dengan arahandan disiplin yang ketat (sistem devsirme)dandiletakkan di bawahperhatian sultan secara terus. Oleh yang demikian, mereka bertugas sebagai pengawalutama dan memberikan taat setia kepada sultan. Mereka juga dididik di bawah pengaruh ulama-ulama, dibayar dengan gaji yang setimpal dan diangkat status sosial sehingga boleh memegang jawatan-jawatan tinggi dalam pentadbiran pusat Uthmaniyyah. Pembaharuanyang dilakukan ini merupakan satubentuk dakwah Uthmaniyyah kepada anak-anakyatim dengan memberdayakan potensi sumber manusia daripada serendah-rendah kedudukan manusia diangkat setaraf dengan masyarakat lain. Jadi, tidak hairan tentera Janissari memberi taat setia sepenuhnya kepada sultan tanpa ragu kerana mereka menganggap sultan seperti bapa kandung mereka. Didikan dan pembelajaran seimbang meliputi fizikal dan spiritual dari umur kanak-kanak seawal 7 tahun yang diberikan kepada mereka menjadi simbol keprihatinan, kepercayaan, dan pengharapan sultan kepada mereka. Sudah pasti psikologi, pemikiran dan tingkah laku anak yatim pada waktu ini bertukar kearah yang lebih baik dengan usaha murni seperti ini oleh kerajaan Uthmaniyyah. 3.0 PENJELASAN DAKWAH IJTIMAIYYAH DAN DAKWAH FARDIYAH Perkara yang zahir dalam tamadun Islam adalah kekuatan sosial dan istitusi kemasyarakatan yang menitikberatkan kebajikan individu dan alam. Sistem zakat, wakaf, sedekah dimanfaatkan sebaiknya untuk kesejahteraan bersama. Hasil mahsul rakyat diurus tadbir dengan baik dan diagih dengan amanah dan menyeluruh. Akhirnya, golongan yang dipanggil tidak bernasib baik seperti hari ini, contohnya anak yatim, fakir, miskin, golongan kurang upaya menjalani kehidupan selesa dan saksama seperti masyarakat lain. Kedudukan mereka diletakkan setaraf dan tiada wujud diskriminasi. Jikalau habitat haiwan juga dibina dalam pembinaan bandar apatah lagi institusi anak yatim. Inilah dakwah murni tamadun Islam secara kolektif atau dakwah ijtimaiyyah yang diberikan kepada semua manusia tanpa mengira agama dan bangsa seterusnya menarik perhatian mereka untuk terus menetapdan menyumbang kepada Daulah Islamiyyah. Itulah makna slogan ‘Islam Rahmatan Lil Alamin’. Untuk mendapat gambaran yang mudah, kita melihat pada situasi politik kini secara global yang membuktikan bahawa pelarian Syria sanggup menggadaikan nyawa berhijrah atau melakukan migrasi ke Eropah untuk mendapatkan perlindungan Eropah berbanding negara-negara Teluk selepas berlaku perang saudara kerana kesejahteraan praktik Islam di sana biarpun mereka bukan Islam. Namun usaha murni atau dakwah ijtimaiyyah ini tidak akan wujud kecuali dimulakan diperingkat individu. Individu adalah agen awalyang melakukan dakwah kepada mad’u melalui apa yang disebut sebagai dakwah fardiyah. Dakwah fardiyah bermaksud interaksi awal dakwah antara individu dengan
  • 6. individu yang lain sehingga mewujudkan hubungan teras yang kuat atas dasar kepercayaan atau disebut sebagai intima’ syakhsyi (gabungan terhadap individu). Kita datangkan contoh mudah daripada sirah, iaitu jika dilihat antara yang terawal memeluk Islam adalah di kalangan keluarga Rasulullah. Mereka telah berinteraksi dengan Rasulullah dan percaya akan kebaikan yang ada pada dirinya lalu apabila diserukan Islam kepada mereka, mereka terima atas dasar kepercayaan kepada Rasulullah. Dakwah fardiyah Rasulullah terhadap mereka sangat hebat sehinggakan mereka berkorban nyawa dan harta untuk Islam. Inilah gambaran dari generasi awal yang berdamping secara terus dengan Rasulullah. Melihat kepada situasi anak yatim, antara prinsip dakwah yang harus ditekankan kepada mereka adalah seperti berikut: 1. At-Ta’lif Qabla At-Ta’rif (Sentuhan Hati Sebelum Mengenalkan) Dakwah kepada anak yatim pastinya banyak melibatkan unsur dan elemen emosi serta psikologi. Mereka memerlukan perhatian, ambil berat, dan simpati da’i agar sentiasa berada di samping mereka menggantikan ibubapa. Jiwa mereka sangat halus dan mereka kerap mengalami perubahan emosi kerana kehidupan harian secara realiti pasti berbeza dengan kanak-kanak lain. Oleh itu, peranan da’i yang perlu ditekankan di peringkat permulaan adalah sebagai pendengar yang baik dan ‘ibubapa’ ganti. terutamnya di fasa sebelum baligh. Belaian, sentuhan, panggilan mesra, penghargaan, perhatian, kesemuanya membutuhkan da’i bekerja kerasdengan mengorbankan masa dan tenaga untuk melengkapinya. Contoh lebih mudah dengan melihat akhlak Rasulullah terhadap kanak-kanak atau cucunya, Hasan dan Husin. Kesimpulannya, aspek emosi harus diutamakan kepada anak yatim sebelum memperkenalkan kepada kehidupan yang diinginkan oleh Islam. 2. At-Ta’rif Qabla At-Taklif Apabila fasa emosi berjaya ditangani dengan baik, anak yatim didedahkan kepada pengenalan agama Islam secara beransur-ansur sebagai kehidupan yang syumul dan terbaik. Da’i harus memberikan pendidikan agama seperi asas fardhu ain, pembelajaran Al-Quran, serta ilmu-ilmu asas. Pendidikan adalah kunci terbesar yang membuka mata mereka akan hakikat tujuan hidup dan pengakhirannya. Di zaman Rasulullah,, sahabat yang miskin dan susah termasuk anak yatim, mereka dikenali sebagai Ahli Suffah, yang kerap menghabiskan masa di masjid Nabi. Mereka digelar ilmuan kerana banyak mendampingi Rasulullah dan menjadi rujukan agama kepada masyarakat di kemudian hari. Kehidupan mereka ditanggung atau dibiayai oleh sahabat-sahabat Rasulullah yang kaya raya seperti Abdul Rahman bin Auf, Abu Bakar dan lain-lain. Keperluan harian mereka terjaga dan cukup lalu menfokuskan diri kepada menyumbang kepada agama sebagai taklif yang dipegang. Begitulah kitaran yang Islam mahukan kerana mempunyai unsur takaful dan saling bantu-membantu dalam menunaikan hak sebagai seorang muslim serta memanfaatkan potensi diri pada agama Islam. 3. Yassir Wa La Tuassir Dalam pelbagai hal bersama anak yatim, permudahkanlah urusan mereka dan jangan susahkan. Kebiasaannya urusan sumbangan atau dana kepada mereka tidak perlu menjalani proses birokarsi yang rumit serta melecehkan.
  • 7. 4.0 BAGAIMANA EROPAH MEMANDANG ANAK YATIM Empayar Rom membina pusat penjagaan bagi anak-anak yatim dan janda bermula pada tahun 400 Masehi disebabkan pemberian sokongan dan perlindungan kepada ketua keluarga yang nahas dalam peperangantetapi had umur hanya sehingga 18 tahun. Ditambah dengan gesaanPlato (Law,927), beliau mengatakan: “Orphan should be placed under the care of public guardian”. Oleh yang demikian, terdapat sesetengah penjaga atau ‘godfather’ dibenarkan memelihara 4 orang anak yatim dalam satu masa. Pada zaman Pertengahan Eropah, penjaga anak yatim diletakkan di bawah kendalian gereja. Hal ini bermakna institusi agama berusaha membela dan berbakti kepada masyarakat di bawah pemerhatian pemerintah. Kemudian, pada awal abad ke-18, kebajikan anak-anak yatim mula terbiar terutamanya di kawasanbandardi London selepasRevolusi Perindustrian diumumkan. Ramai di kalangan mereka yang didera, dipaksa kerja, dijadikan hamba atau tawanan serta dianggap suatu masalah kepada masyarakat kerana sering terlibat dengan jenayah sosial atas desakan kehidupan. Kelas di antara masyarakat menjadikan layanan buruk diberikan antara anak yatim kerana mereka adalah kelas ketiga atau rakyat marhaen. Tidak hairan wujud beberapa ekspresiserta kritikan sasterawan terhadap isu ini dalam bentuk novel seperti Oliver Twist karangan Charles Dicken. Malah, filem-filem masyhur yang ditayangkan pada masa kini juga tidak asing daripada peranan seorang anak yatim sebagaiwatak utama. Contohnya, Harry Potter, Spiderman, Batman, Tarzan, Mowgli, Beauty and Beast dan Snow White. 5.0 HAK-HAK ANAK YATIM 1. Memelihara hartanya sehingga baligh dan menyerahkan urusan pengurusan harta kepadanya apabila mereka matang. “Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa.” (Surah Al-An’am, ayat 152) 2. Larangan menganiaya dan berbuat zalim terhadap anak yatim dalam apa jua bentuk, baik dari segi ucapan maupun perbuatan. 3. Hak mendapatkan kehidupan asasi serta perlindungan seperti makan, minum, tempat tinggal dan pendidikan. “Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. (Surah ad- Dhuha, ayat 6) 4. Mendapat warisan harta yang djaga oleh pengasuh atau pihak bertanggungjawab seperti yang termaktub dalam surah al-Kahfi. “Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku
  • 8. melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan- perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya". (Surah al-Kahfi, ayat 82) 6.0 ISU-ISU ANAK YATIM & SOLUSI Isu yang kerap wujud di negara kita adalah berkaitan dengan ketirisan dan penyalahgunaan dana untuk anak yatim oleh orang yang berkepentingan. Harta anak yatim seharusnya bebas dari pengaruh mana- mana ahli politik kerana ia adalah harta yang terpelihara. Memandangkan senario di Malaysia, anak yatim kerap dikaitkan oleh masyarakat sebagai orang yang suka meminta-minta dan didalangi oleh sindiket haram. Secara logiknya, mereka enggan berbuat demikian tetapi atas desakan dan tekanan pihak tertentu yang mengeksploitasi nasib mereka. Pengurus harta anak yatim juga perlu amanah dan integriti kerana harta ini adalah salah satunya tempat anak yatim bergantung untuk terus mencorak kehidupan di masa hadapan. Tindakan atau hukuman undang-undang layak dijatuhkan kepada penyalahguna atas faktor menggunakan harta yang berkepentingan dan menyalahi tuntutan agama Islam. Selain itu, institusi dan majlis agama perlu menyediakan dana secukupnya untuk menampung perbelanjaan tahunan mereka kerana mereka adalah di kalangan golongan asnaf. Kita mahukan akhir sekali kebajikan mereka dijaga dan dipelihara kerana mereka adalah insan yang lemah di sisi masyarakat dan agama. Satu perkara yang mencabar Islam hari ini di mana anak-anak yatim yang muslim menjadi sasaran utama misionaris atau mubaligh Kristian yang menyebarkan dakyahnya. Perkara ini harus dilihat serius memandangkan aktiviti menjadi semakin aktif setiap tahun. Anak-anak yatim perlu diberi bantuan kewangan dan dipelihara aspek fizikal dan emosi lalu mewujudkan perasaan terhutang budi kepada mubaligh Kristian dan seterusnya bertukar agama. Selain membendung aktiviti ini, umat Islam juga harus memperkasakan aktiviti memelihara anak yatim dan menjaga kebajikan mereka agar pegangan agama mereka terpelihara daripada dipengaruhi unsur-unsur luar. Satu kejadian yang lebih malang apabila anak yatim dimanfaatkan menjadi bahan seks atau terlibat dalam pemerdagangan manusia. Ini merupakan gambaran yang paling sadis di mana manusia dilayan sebegitu hina dan dipergunakan untuk kepentingan dan kepuasan nafsu manusia. Oleh yang demikian, penjagaan kebajikan sewajibnya dipelihara oleh masyarakat bermula dari individu sehingga ke pemerintah agar usaha eksploitasi dapat digagalkan sepenuhnya seterusnya membentuk masyarakat harmoni yang hidup saling bantu- membantu. 7.0 USLUB DAKWAH TERHADAP ANAK YATIM 1. Tanggungjawab dan cinta antara anak dan ibubapa. Masyarakat berperanan seperti ibubapa manakala anak yatim selaku anak yang memerlukan perhatian dan kasih saying ibubapa. 2. Membantu dalam urusan seharian.Pastinya, kehidupan anakyatim serba kekurangan. Jika tidak harta, maka emosi harus diutamakan 3. Berperanan seperti murabbi dan peranannya adalah seperti berikut:
  • 9.  Walid atau orang tua dalam konteks perasaan dan kejiwaan.  Syeikh atau pemimpin spiritual dalam konteks tarbiyah ruhiyah  Ustaz atau guru dalam konteks keilmuan  Qaid atau pemimpin dalam konteks kerja-kerja dakwah dan amal islami. 8.0 RUMAH PRIHATIN WARGA PRIHATIN: MODEL INSTITUSI ANAK YATIM MASA KINI Rumah Prihatin Warga Prihatin adalah sebuahinstitusi penyelidikan dan pembangunan anakyatim yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang dan dibangunkan oleh 20 orang pengasas secara bergotong- royong. Rumah ini mendapat perhatian masyarakat apabila ia menyerlahkan perbezaan yang amat ketara dengan rumah anak yatim yang lain. Anak-anak yatim di sana dilatih untuk bermandiri dengan kemahiran-kemahiran untuk terus menyara kehidupan. Mereka diajar memuat kuih, menjahit, memasak bagi perempuan dan mengimpal, mekanik, servis jentera berat, binaan dan lain-lain. Dengan ilmu dan kemahiran yang diajarkan, mereka mampu menyara kehidupan dan menghidupkan komuniti di tempat tinggal mereka. Oleh sebab sasaran utama adalah untuk menjimatkan kos membiayai kehidupan mereka, maka anak-anak yatim diajar menggunakan semula barangan terbuangan yang masih diguna pakai seperti kereta dan mesin. Akhir sekali, anak-anak ini dikahwinkan dan menjalani kehidupan seperti biasa dan meneruskan bakti kepada generasi seterusnya dan begitulah kitaran sihat yang dijana di Rumah Prihatin Warga Prihatin. Pemberdayaan diri adalah lebih penting dan beerti dengan memanfaatkan potensi, tenaga dan bakat. Akhir sekali, ramai pihak yang tertarik untuk mempraktikkan model pengurusan ini di tempat lain. Wallahua’lam. 9.0 RUJUKAN Abdurrahman Misno Bambang Prawiro.Pendidikan BerkarakterIslami Bagi Anak Yatim. Al-Murabbi, Volume 2, Nombor 1, Julai 2015. Bogor, Indonesia. https://www.academia.edu/19803745/PENDIDIKAN_BERKARAKTER_ISLAMI_BAGI_ANAK_YATIM Adam Sabra.Povertyand Charity in Medieval Islam: Mamluk Egypt 1250-1517 2001. Cambridge Press University. United Kingdom. BAYAN LINNAS SIRI 72: ANAK YATIM: IHSANILAH DAN BERTAQWALAH http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/1245-bayan- linnas-siri-72-anak-yatim-ihsanilah-dan-bertaqwalah Dato’ Prof. Dr. Amir Awang, Rusimah Sayuti, Zakiyah Jamaluddin, Chan Cheong Chong. Permasalahan Anak Yatim Di Institusi Kebajikan Anak Yatim. 2004. Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak - Kanak. Pulau Pinang. Rabbi Shmuly Yanklowitz. Jewish Ethics & Social Justice: A Guide For 21st Century. 2012. Derusha Publishing LLC. Florida, United States of America.
  • 10. RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN Rumah Asnaf & Anak Yatim | Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akhlak | Kajian Pembangunan Tamadun Islam Moden http://prihatin.net.my/ Syaikh Musthafa Masyhur. Fiqh Dakwah. 2005. Al-I’tishom. Jakarta, Indonesia. The Digest. Adoption and the Care of Orphan Children: Islam and the Best Interest of the Child. 2011. Muslim Women’s Shura Council. United States of America. http://www.wisemuslimwomen.org/images/activism/Adoption_(August_2011)_Final.pdf http://www.hmetro.com.my/nuansa/2017/06/239807/pakaian-sendiri-belum-dijahit