2. PENGENALAN
Anak yatim merupakan golongan yang cukup disayangi Rasulluah SAW,
malah baginda sendiri merupakan anak yatim yang kehilangan ibu dan
ayah.
Di Malaysia, terdapat banyak rumah-rumah anak yatim disediakan malah
mereka diberi perhatian oleh masyarakat sekeliling melalui pelbagai jenis
sumbangan dan bantuan.
3. KONSEP DAN PENGERTIAN
Anak yatim dalam bahasa Inggeris disebut ‘orphanage’. Mengikut istilah pula,
anak yatim memberi maksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan
kemudiannya kehilangan atau kematian salah satu dari ibu atau bapanya.
Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri:
“Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa,
sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau
tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan
dengan sebab li ‘an antara suami isteri.Apabila ia sudah baligh maka tiadalah
dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun
qamariyyah.”
Perkataan yatim disebut sebanyak 23 kali dalam al-Quran dan ia pasti memberi
satu isyarat jelas kepada umat Islam bahawa mereka perlu memberikan perhatian
serta pembelaan untuk membolehkan anak yatim hidup selesa, sempurna seperti
orang lain yang mempunyai ayah dan ibu.
4. DALIL
َخ ْمُهَل ٌح ََلْصِإ ْلُق ۖ ٰىَماَتَيْال ِنَع ََكنوُلَأْسَي َو ۗ ِة َر ِخ ْاْل َو اَيْنُّدال يِفا َوْخِإَف ْمُهوُطِلَاخُت ْنِإ َو ۖ ٌْريُمَلْعَي ُ هاَّلل َو ۚ ْمُكُنَنِم َدِسْفُمْال
ٌميِكَح ٌيز ِزَع َ هاَّلل هنِإ ۚ ْمُكَتَنْعَ ََل ُ هاَّلل َءَاش ْوَل َو ۚ ِحِلْصُمْال
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan mereka bertanya lagi
kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak yatim.
Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak yatim itu amatlah
baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka
tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara kamu (yang
seagama) dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan
(harta benda mereka) daripada orang yang hendak
memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia
memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul
dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa Lagi Maha
Bijaksana." (Surah al-Baqarah, ayat 220
5. Daripada Abu Ummah, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang membelai kepala
anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap
rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan
dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW
mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (Riwayat
Ahmad)
Mengulas hadis riwayat Ahmad itu, Al-Hafizah Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: "Cukuplah
sebagai bukti yang menetapkan dekatnya kedudukan nabi dengan kedudukan orang
yang mengasuh anak yatim, kenyataan bahawa antara jari tengah dan jari telunjuk tidak
ada jari yang lain.“
Ayat itu antara puluhan ayat menyarankan supaya hubungan dengan anak yatim ini
bukan hanya sekadar memberi makan minum atau pakaian sahaja, tetapi juga layanan
perasaan dengan mencampuri mereka penuh rasa cinta dan kasih sayang sebagaimana
hubungan dengan adik beradik
6. PENJELASAN
Umat Islam wajib memperbaiki keadaan mereka dengan memberikan pendidikan, bimbingan
moral dan menguruskan harta kekayaan mereka. Jangan dipersia-siakan nasib mereka
sehingga moral menjadi rosak dan hak mereka terbengkalai.
Dahulunya, sebahagian penjaga anak yatim mencampurkan makanan anak yatim dengan
makanan mereka, harta anak yatim dengan harta mereka untuk sama-sama dilaburkan dalam
perniagaan menyebabkan ada kala berlaku penganiayaan terhadap anak yatim.
Lalu turun ayat yang memberi ancaman kepada mereka daripada memakan harta anak yatim.
Sejak itu, orang yang beriman berasa keberatan untuk makan bersama anak yatim sehingga
mereka asingkan makanan anak yatim daripada makanan mereka. Ada orang yang
memelihara anak yatim lalu dia memberi makan kepadanya dengan hartanya dan jika
makanan itu lebih atau berbaki, maka disimpan semula supaya dapat dihidangkan kepadanya
sekali lagi dan jika makanan itu rosak, maka ia terus dibuang. Mereka melakukan demikian
supaya terhindar daripada memakan harta anak yatim dan ancaman Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang memakan harta anak yatim
secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan
mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala." (Surah al-Nisa, ayat 10)
7. KESIMPULAN
Sebagai anggota masyarakat yang penyayang, kita perlu berbuat baik
kepada anak yatim dan memberi ruang kepada mereka bukannya
mengambil kesempatan terhadap mereka bagi menjana kesenangan atau
kekayaan peribadi atas nama anak yatim.
Banyak hikmah dan kebaikan apabila anak yatim itu dijaga dengan baik
antaranya Allah SWT akan memberi rahmat, kasih sayang-Nya kepada kita
dan keluarga serta dapat merasakan ketenangan serta kebahagiaan yang
sukar untuk diungkapkan.
Justeru menyayangi dan memelihara anak yatim adalah kewajipan sosial
setiap orang Islam dan ia satu daripada tuntutan al-Quran yang ada kala
diambil mudah atau dilupakan oleh kita.