SlideShare a Scribd company logo
1 of 43
Murid dan Pembelajaran
Teori Pembelajaran Kognitif
Disediakan oleh: Siti Nabila Binti Mat Noor
Arifah Binti Azlan Shah
KOHLER (1887-1967)
• Dilahirkan di Reval, Estonia.
• Berketurunan JermaN.
• Keluarga berpindah ke
Jerman pada usia beliau 6
tahun dan menetap di
Wolfenbuttell.
Konsep Teori Pembelajaran Kognitif
• Menekankan proses mental (penyelesaian masalah, ingatan, bahasa).
• Celik akal merupakan kebolehan seseorang mengamati atau
memahami sesuatu masalah secara tiba-tiba setelah mengaitkan
unsur-unsur yang relevan.
• Belajar berfokus kepada perubahan proses internal yang digunakan
dalam upaya memahami dunia eksternal.
• Menurut Ee Ah Meng (1994) pemikiran ialah proses kognitif yang
mana pengetahuan difahami, disusun dan diubah bentuk.
Teori Pembelajaran Celik Akal Wolfgang
Kohler (1887-1967)
• Menjalankan kajian ke atas 5 ekor cimpanzi di Pulau Canary.
• Menerbitkan buku The Mentalitv of Apes pada 1924.
• Haiwan dan manusia berupaya memperoleh pembelajaran
celik akal sebagai penyelesaian kepada masalah yang
dihadapi.
Eksperimen 1 Kohler
• Seekor cimpanzi (Sultan) diletakkan
di dalam sebuah sangkar bersama 2
batang buluh yang berbeza saiz.
Pisang diletakkan di luar sangkar.
• 2 batang buluh tersebut tidak cukup
panjang untuk Sultan mencapai
pisang.
• Akhirnya Sultan menyambungkan 2
batang buluh itu dan berjaya
mendapatkan pisang.
Eksperimen 2 Kohler
• Sultan diletakkan di dalam sebuah sangkar yang mengandungi beberapa kotak.
• Pisang digantungkan dari atas pagar.
• Apabila Sultan tidak berjaya mencapai pisang itu, Sultan mula menggerakkan
sebuah kotak hingga berada di bawah pisang.
• Akhirnya, sultan memanjat dan melompat dari atas kotak serta berjaya
mendapatkan pisang.
Dapatan Kajian Kohler:
• Pembelajaran celik akal banyak bergantung kepada persepsi
haiwan terhadap masalah yang sesuai.
• Tidak bergantung kepada ganjaran semata-mata.
• Setelah satu masalah diselesaikan, maka lebih mudah untuk
menyelesaikan masalah yang serupa.
Prinsip Pembelajaran Celik Akal Kohler:
• Penyelesaian masalah yang dihadapi sering diperoleh secara
mendadak iaitu apabila kita tidak asyik memikirkan tentang
masalah tersebut.
• Konsep berfikir ditakrifkan sebagai mencari dan berpegang
kepada perhubungan 2 perkara.
Implikasi Teori Pembelajaran Kognitif
Kohler Terhadap P&P
• Murid perlu diberi peluang untuk “menemui” perhubungan (penemuan kendiri).
• Guru sebagai fasilitator.
• Guru perlu peka terhadap mod pembelajaran murid yang berbeza
(enaktif/ikonik/simbolik).
• Murid perlu dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti, alatan yang selaras
dengan tahap kebolehan kognitif mereka.
• Konsep celik akal ini perlu diaplikasikan oleh guru sewaktu proses pembelajaran
dan pengajaran.
• Bagi mencapai matlamat ini, guru perlu sentiasa mendorong murid-murid untuk
berfikir secara divergen, konvergen, induktif, deduktif,kreatif, kritis dan menaakul
dalam pengajaran dan pembelajaran.
JEAN PIAGET
 Dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos
1896.
 Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun.
 Mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih
menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti
Jeneva.
 Dilantik sebagai ketua "Swiss Society for
Psychologist.“
 Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir
pada usia 84 tahun, 1981.
Teori Perkembangan Kognitif
Menurut Jean Piaget,
proses pemikiran kita
berubah secara
menyeluruh bermula
selepas lahir sehingga
kita mencapai
kematangan.
Setiap individu akan
sentiasa mencuba
untuk memahami dan
mengadaptasi
perubahan-
perubahan yang
berlaku di
persekitaran mereka.
Konsep Teori Kognitif Piaget
Skema
 Potensi am yang ada
dalam diri manusia untuk
melakukan sesuatu
dengan cara tertentu.
 Menentukan bagaimana
seseorang bertindakbalas
dengan persekitarannya.
Asimilasi
• Proses penyesuaian antara
objek yang baru diperolehi
dengan skema yang sedia
ada.
• Proses asimilasi yang
berlaku membolehkan
manusia mengikuti sesuatu
modifikasi skema hasil
daripada pengalaman yang
baru diperolehi.
Akomodasi
Merupakan suatu proses
di mana struktur kognitif
mengalami perubahan.
Akomodasi berfungsi
apabila skema tidak dapat
mengasimilasi
(menyesuaikan)
persekitaran baru yang
belum lagi berada dalam
perolehan kognitif kanak-
kanak.
Adaptasi
 Ia merupakan satu keadaan
di mana wujud
keseimbangan di antara
akomodasi dan asimilasi
untuk disesuaikan dengan
persekitaran.
 Wujud apabila kanak-kanak
mempunyai kecenderungan
untuk mencipta hubungan
dengan apa yang dipelajari
dengan kehendak
persekitaran.
Tahap-tahap Perkembangan Kognitif
• Peringkat Sensorimotor (0-2 Tahun) dalam perkembangan kognitif di
mana bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk
mempelajari tentang persekitarannya.
Perkembangan Kognitif Contoh
Skema-skema yang terbentuk adalah hasil dari interaksi fizikal bayi
dengan persekitarannya.
Menggunakan mulut untuk merasa
objek, mengkoordinasi mata dan
tangan untuk mencapai objek.
 Kanak-kanak pada peringkat ini akan merasa puas menggunakan
mulut untuk merasa dan menghisap dan juga berminat dengan
objek yang berada di persekitarannya.
 Kepuasan akan terhasil apabila mereka berupaya mengenakan
tindakan terhadap objek dan menyebabkan mereka melakukan
tindakan tersebut berulang-ulang.
Menghisap ibu jari, memasukkan
objek ke dalam mulut mencapai objek
yang berbunyi, bunyi yang dihasilkan
akan mendatangkan kepuasan yang
menyebabkan kanak-kanak mengulang
perbuatan tersebut.
Sambungan..
• Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak boleh melakukan imitasi
terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan seperti meniru
perlakuan melambaikan tangan,memasukkan sudu ke dalam mulut
untuk menyuap makanan.
• Semakin kanak-kanak ini membesar, tindakan perlakuan ini akan
menjadi semakin tepat.
• Kanak-kanak akan mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan
untuk menggambarkan objek di dalam memori.
• Sebelum ini berlaku, kanak-kanak tidak akan mempunyai memori
terhadap objek yang tiada dipenglihatan mereka “out of sight, out of
mind”.
Peringkat Pra-Operasi (2-7 Tahun)
• Pada peringkat ini, kanak-kanak akan beralih ke peringkat di mana
mereka mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema
baru.
• Kanak-kanak boleh menggambarkan dan merancang
pergerakan/aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk
membentuk skema dan perkembangan berlaku apabila kanak-kanak
dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental.
• Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar dan
digunakan untuk menyatakan objek, orang atau peristiwa yang
dialami oleh kanak- kanak.
Sambungan..
• Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif iaitu
pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri
yang nampak jelas dan nyata dimana mereka masih belum berupaya
berfikir secara logik dan rasional.
• Ciri-ciri ini dikatakan sebagai “centered”/permusatan. Oleh itu,
mereka masih tidak dapat menguasai proses transformasi,
keterbalikan dan penaakulan.
Sikap Egosentrik
• Menurut Jean Piaget, kanak-kanak peringkat ini juga menunjukkan
sikap egosentrik dimana bermaksud mereka melihat dan memahami
persekitaran melalui perspektif sendiri.
• Mereka selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan
perspektif yang sama dengan mereka.
• Contoh : Seorang kanak-kanak yang suka melihat 1 siri kartun
(boboiboy) beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat
yang sama dengannya.
Peringkat Operasi Konkrit (7-11 Tahun)
• Kanak-kanak peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik
walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang
konkrit.
• Mereka sepatutnya memahami proses transformasi, keterbalikan dan
penaakulan.
• Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh
menguasai konsep pengekalan.
• Kanak-kanak pada peringkat ini juga telah mencapai satu peringkat
pemikiran logik.
Sambungan..
• Mengikut Jean Piaget , gaya pemikiran mereka juga berubah secara
beransur daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran
decentered/objektif .
• Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan
pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka.
• Mereka mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa
bermain atau membuat aktiviti bersama.
• Pada peringkat ini, mereka masih tidak boleh membuat hipotesis dan
menyelesaikan soalan-soalan yang abstrak atau masalah yang
melibatkan gabungan faktor yang kompleks.
Peringkat Operasi Formal (12 Tahun ke atas)
• Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat
jangkaan atau andaian berdasarkan fakta.
• Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit dan
mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat
hipotesis walaupun ianya bukan realiti.
• Contoh : Mereka boleh berhipotesis dan memberi idea tentang masalah
pencemaran alam sekitar di dunia atau apa yang akan berlaku di
Malaysia pada tahun 2025.
• Mereka boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan
membuat generalisasi terhadap masalah tersebut.
Sambungan..
• Egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini. Ini berlainan dengan
egosentrik di peringkat pra-operasi.
• Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri,
susah untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain serta
mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan
oleh orang lain.
Implikasi Teori Jean Piaget dalam
Pembelajaran
 Belajar akan lebih berhasil apabila disesuaikan dengan tahap
perkembangan kognitif kanak-kanak.
 Kanak-kanak hendaklah diberi kesempatan untuk melakukan
eksperimen dengan objek fizik, yang ditunjang oleh interaksi dengan
rakan sebaya dan bimbingan guru.
 Guru hendaklah memberikan banyak rangsangan kepada kanak-kanak
supaya boleh berinteraksi secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
 Kanak-kanak yang belajar melalui pengalaman tidak mudah merasa
bosan.
Jerome Bruner
Nama: Jerome Seymour Bruner
Tarikh lahir: 1 Oktober 1915
Dilahirkan buta dan tidak dapat melibat kerana
mengalami katarak ketika masih bayi.
Pakar dalam bidang psikologi.
Teori Pembelajaran Penemuan Bruner
Menurut Bruner, pembelajaran konsep, pengamatan dan penanggapan berlaku melalui
proses katagori, malah proses membuat keputusan juga melibatkan pengkategorian.
Bruner membahagikan konsep kepada 3 bahagian, iaitu tahap enaktif, tahap ikonik dan tahap
simbolik.
Tahap Enaktif
- Suatu tahap
pembelajaran di mana
pengetahuan
pembelajaran secara aktif
dengan menggunakan
benda-benda konkrit dan
nyata.
Tahap Ikonik
- Suatu tahap
pembelajaran di mana
pembelajaran diwujudkan
dalam bayangan visual.
Tahap Simbolik
- Suatu tahap di mana
pembelajaran diwujudkan
dalam bentuk simbol-
simbol dan lambang-
lambang (bahasa).
Pembelajaran Konsep Melalui Penemuan
Menurut Bruner, pembelajaran konsep merujuk kepada bagaimana kita membezakan dan
mengkategorikan benda atau perkara yang mempunyai ciri-ciri tertentu.
Pembelajaran konsep melibatkan proses mengingat kembali, membuat perkaitan maklumat
baharu dengan yang lama dan membuat subkategori.
Pembelajaran konsep merupakan proses pembinaan pengetahuan.
Pembelajaran Konsep Bruner merupakan penyusunan maklumat secara
induktif. Berikut merupakan langkah-langkah mengaplikasi konsep
Bruner semasa PdP:
1. Sediakan data yang berupa contoh-contoh positif. Telitikan ciri-ciri.
2. Sediakan data yang mewakili contoh- contoh negatif. Telitikan ciri-ciri.
3. Buat perbandingan contoh positif dan contoh negatif.
4. Berdasarkan ciri-ciri persamaan, buat pengelompokan atau pengkategorian.
5. Buat rumusan mengikut kategori yang dibentuk.
6. Bina definisi konsep dan kukuhkan dengan contoh tambahan untuk menguji pemahaman.
Contoh pengaplikasian Teori Bruner dalam PdP:
1. Murid melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru sama ada melalui slaid, gambar, video
dan lain-lain (jenis ikan).
2. Seterusnya, murid ditunjukkan dengan gambar bukan ikan contohnya, katak, paus,
memerang, ular, buaya, penguin dan lain-lain yang boleh hidup di dalam air.
3. Murid melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan dari segi bentuk, pernafasan dan
sebagainya.
4. Murid mengkelompokkan haiwan mengikut kategori.
5. Murid membina peta konsep mengikut kategori seperti ikan, mamalia, reptilian dan
amfibia.
6. Murid diminta untuk memilih gambar ikan, katak dan lain-lain bagi mengukuhkan
pemahaman mereka.
Hasil Pembelajaran
Haiwan Dalam Air
Ikan Mamalia Reptilia Burung Amfibia
- Kembung
- Senangin
- Tongkol
- Selar
- Salmon
- Paus
- Dugong
- Memerang
- Ular
- Buaya
- Biawak
- Penguin - Katak
Gagne
Nama: R.M. Gagne
Tempoh hidup : 1916-2002
Hierarki Pembelaran Gagne
Pembelajaran isyarat
Pembelajaran rangkaian motor
Pembelajaran bahasa
Pembelajaran diskriminasi
Pembelajaran konsep
Pembelajaran prinsip
Pembelajaran gerak balas
Pembelajaran penyelesaian masalah
Pembelajaran isyarat
- Pembelajaran paling asas yang melibatkan rangsangan yang ada dalam persekitaran.
- Rangsangan yang kerap dihadapi.
- Contohnya, emak-susu, loceng bunyi-rehat, bola-main.
Pembelajaran gerak balas
- Merujuk kepada gerak balas yang diterima sebagai hasil sesuatu tingkah laku.
- Jika gerak balas positif, maka hubungan antara rangsangan dengan gerak balas positif.
- Murid akan kekal menghasilkan tugasan yang baik jika mendapat pujian, bintang atau token.
Pembelajaran rangkaian motor
- Melibatkan kemahiran.
- Pembelajaran berlaku melalui proses pemerhatian dan peniruan.
- Contohnya, dalam pendidikan Jasmani, guru menunjukkan kemahiran menggelecek bola. Murid akan meniru
aksi menggelecek bola yang dilakukan oleh guru.
Pembelajaran bahasa
- Semua bentuk pembelajaran memerlukan kemahiran berbahasa.
- Contohnya, apabila kanak-kanak melihat kucing. Dia akan menggelar kucing dengan ‘miau’. Ibu kanak-kanak
akan membetulkan sebutan daripada ‘miau’ kepada ‘kucing’.
- Jadi, kanak-kanak belajar bahasa melalui peniruan pada peringkat awal dan akan berkembang secara
abstrak.
Pembelajaran konsep
- Pelajar perlu menguasai konsep terlebih dahulu sebelum mempelajari aras yang lebih tinggi.
Pembelajaran prinsip
- Memerlukan individu mengaplikasi konsep-konsep yang telah dikuasai.
- Pelajar perlu menguasai pembelajaran aras rendah terlebih dahulu.
Pembelajaran penyelesaian masalah
- Melibatkan proses mental aras tinggi yang memerlukan keupayaan mengaplikasi pembelajaran terdahulu
seperti rumus, konsep, hukum, prinsip dan sebagainya.
Langkah Penyampaian Pengajaran Gagne
1. Tarik perhatian murid-murid terhadap perkara yang ingin disampaikan.
2. Maklumkan kepada murid objektif pembelajaran.
3. Cungkil pengetahuan sedia ada murid berkaitan topik yang ingin disampaikan.
4. Sampaikan maklumat/ isi pelajaran.
5. Beri panduan pembelajaran sebagai latihan untuk mengukuhkan pembelajaran.
6. Uji pemahaman murid berkaitan isi pelajaran baharu.
7. Beri maklum balas untuk mengukuhkan pemahaman murid.
8. Taksir perlakuan pembelajaran murid.
9. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.
Sambungan..
Teori Pembelajaran David Ausubel
• David Paul Ausubel (1918-2008) merupakan salah seorang ahli
psikologi Amerika.
• Beliau telah memberi banyak sumbangan yang penting khususnya
dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga
pembelajaran pendidikan sains.
• Ausubel dilahirkan pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di
Brooklyn, New York.
• Beliau mendapat pendidikan di Universiti of Pennsylvania dan
mendapat ijazah kehormat pada tahun 1939 dalam bidang
psikologi.
• Kemudian Ausubel menamatkan pelajarannya di sekolah
perubatan di Universiti Middlesex.
Teori Pembelajaran Ausubel
• David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang
mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk
pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan
atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori.
• Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna
(meaningful verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan,
idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep
Penyusunan Awal.
• Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai
pembelajaran bermakna.
Model Pembelajaran Ekspositori
• Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel
menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam
bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta
yang lengkap.
• Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam
bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip
kepada contoh (Woolfolk, 1998).
Penyusunan Awal
• Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh
Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan
pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku.
• Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut
ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan
awal”. Ini merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara
konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.
Sambungan..
• Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan
pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu
tajuk pelajaran.
• Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan
konsep yang telah dipelajari.
• Terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi
gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan
hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan
minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah
dipelajari.
Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan
Pengajaran Ausubel
Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam
pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:
Ausubel mencadangkan supaya
guru menggunakan
pembelajaran resepsi
(penerimaan) atau model
pengajaran ekspositori kerana
guru dapat menyampaikan
maklumat yang lengkap dalam
susunan yang teratur seperti
dalam kaedah kuliah.
Menggunakan penyusunan awal
dalam pengajaran untuk
menggalakkan pelajar mengingat
semula konsep yang telah
dipelajari dan mengaitkannya
dengan konsep baru yang akan
dipelajari serta mengingatkan
mereka tentang perkara-perkara
penting dalam sesuatu tajuk
pelajaran.
Implikasi Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel
Persembahkan maklumat umum tentang sesuatu topik sebelum memberikan contoh khusus
dan membincangkan perincian topik berkenaan.
Gunakan bahan penyampaian pengajaran yang ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada
murid.
Bimbing murid membuat perbandingan maklumat baharu dengan maklumat atau
pengetahuan sedia ada murid.
Sediakan alat bantu mengajar (ABM) yang konkrit sesuai denga tahap pemikiran murid
supaya membantu murid untuk lebih faham perkara yang ingin disampaikan oleh guru.
Rujukan
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Murid
dan pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar.
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://jurnal.iainponor
ogo.ac.id/index.php/cendekia/article/download/865/677&ved=2ahUKEwiQx6ur1M
TnAhWFf30KHd2-
B7Y4ChAWMAJ6BAgEEAE&usg=AOvVaw0VyeX8gxbRsQeOMFzm47Vn

More Related Content

What's hot

Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiriVince Here
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allportkamalslaw
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranDidie Patient
 
Gaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordGaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordNorlelaAlim
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranNOR HIDAYAH
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
Pelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanPelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanembun Pagi
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 

What's hot (20)

Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiri
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Konsep asas perkembangan
Konsep asas perkembanganKonsep asas perkembangan
Konsep asas perkembangan
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allport
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Gaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordGaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumford
 
teori kematangan
teori kematanganteori kematangan
teori kematangan
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Perkembangan bahasa,2
Perkembangan bahasa,2Perkembangan bahasa,2
Perkembangan bahasa,2
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Pelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanPelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operan
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 

Similar to Teori Pembelajaran Kognitif

Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Adilah Said
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean PiagetCHIANG JIE CHYNG
 
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piagetSattia Wathy
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Najwa Ahmad
 
Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)
Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)
Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)Kasmiyati Andreas
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107radeanmas
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutazimahbtomar
 
Teori piaget perkembangan dan perubahan individu
Teori piaget perkembangan dan perubahan individuTeori piaget perkembangan dan perubahan individu
Teori piaget perkembangan dan perubahan individuGiarhu Lim
 
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahDennis Ha
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitiffiro HAR
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikNorina Mohamad Najib
 
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusKonstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusLamino Aliya
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permataNooraidy
 

Similar to Teori Pembelajaran Kognitif (20)

Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
 
Teori Konstruktivisme
Teori KonstruktivismeTeori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
 
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2
 
Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)
Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)
Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)
 
teori pembelajaran
teori pembelajaranteori pembelajaran
teori pembelajaran
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107
 
Kohler&gagne
Kohler&gagneKohler&gagne
Kohler&gagne
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
 
Teori piaget perkembangan dan perubahan individu
Teori piaget perkembangan dan perubahan individuTeori piaget perkembangan dan perubahan individu
Teori piaget perkembangan dan perubahan individu
 
Present
PresentPresent
Present
 
Present
PresentPresent
Present
 
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematik
 
Biodata jean piaget
Biodata jean piagetBiodata jean piaget
Biodata jean piaget
 
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusKonstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
 

More from ArifahAzlanShah2

Asas Seni Reka/ Bahasa Seni Visual
Asas Seni Reka/ Bahasa Seni VisualAsas Seni Reka/ Bahasa Seni Visual
Asas Seni Reka/ Bahasa Seni VisualArifahAzlanShah2
 
Apresiasi seni Terabai Iban (Tahun 6)
Apresiasi seni Terabai Iban (Tahun 6)Apresiasi seni Terabai Iban (Tahun 6)
Apresiasi seni Terabai Iban (Tahun 6)ArifahAzlanShah2
 
Apresiasi seni visual sekolah rendah
Apresiasi seni visual sekolah rendahApresiasi seni visual sekolah rendah
Apresiasi seni visual sekolah rendahArifahAzlanShah2
 
Kemahiran menjaga gol bola baling
Kemahiran menjaga gol bola balingKemahiran menjaga gol bola baling
Kemahiran menjaga gol bola balingArifahAzlanShah2
 
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)ArifahAzlanShah2
 
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRSKertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRSArifahAzlanShah2
 
Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)
Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)
Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)ArifahAzlanShah2
 
Pengajaran PSV Tahun 4 (Kraf Tradisional)
Pengajaran PSV Tahun 4 (Kraf Tradisional)Pengajaran PSV Tahun 4 (Kraf Tradisional)
Pengajaran PSV Tahun 4 (Kraf Tradisional)ArifahAzlanShah2
 
Ciri-Ciri Jurulatih dan Pegawai
Ciri-Ciri Jurulatih dan PegawaiCiri-Ciri Jurulatih dan Pegawai
Ciri-Ciri Jurulatih dan PegawaiArifahAzlanShah2
 
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan MalaysiaSejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan MalaysiaArifahAzlanShah2
 
Perkembangan PSV di Malaysia
Perkembangan PSV di MalaysiaPerkembangan PSV di Malaysia
Perkembangan PSV di MalaysiaArifahAzlanShah2
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieArifahAzlanShah2
 
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)ArifahAzlanShah2
 

More from ArifahAzlanShah2 (20)

Asas Seni Reka/ Bahasa Seni Visual
Asas Seni Reka/ Bahasa Seni VisualAsas Seni Reka/ Bahasa Seni Visual
Asas Seni Reka/ Bahasa Seni Visual
 
RPH PSV Tahun 6 Cetakan
RPH PSV Tahun 6 CetakanRPH PSV Tahun 6 Cetakan
RPH PSV Tahun 6 Cetakan
 
Apresiasi seni Terabai Iban (Tahun 6)
Apresiasi seni Terabai Iban (Tahun 6)Apresiasi seni Terabai Iban (Tahun 6)
Apresiasi seni Terabai Iban (Tahun 6)
 
Apresiasi seni visual sekolah rendah
Apresiasi seni visual sekolah rendahApresiasi seni visual sekolah rendah
Apresiasi seni visual sekolah rendah
 
Sajak
Sajak Sajak
Sajak
 
Kemahiran menjaga gol bola baling
Kemahiran menjaga gol bola balingKemahiran menjaga gol bola baling
Kemahiran menjaga gol bola baling
 
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
 
Rancangan Orientasi TKRS
Rancangan Orientasi TKRSRancangan Orientasi TKRS
Rancangan Orientasi TKRS
 
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRSKertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
 
Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)
Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)
Analisis RPH Bahasa Melayu Tahun 3 (Aspek Tatabahasa)
 
Pengajaran PSV Tahun 4 (Kraf Tradisional)
Pengajaran PSV Tahun 4 (Kraf Tradisional)Pengajaran PSV Tahun 4 (Kraf Tradisional)
Pengajaran PSV Tahun 4 (Kraf Tradisional)
 
Sistem Akhlak Dalam Islam
Sistem Akhlak Dalam IslamSistem Akhlak Dalam Islam
Sistem Akhlak Dalam Islam
 
Sejarah Penubuhan KRS
Sejarah Penubuhan KRSSejarah Penubuhan KRS
Sejarah Penubuhan KRS
 
Ciri-Ciri Jurulatih dan Pegawai
Ciri-Ciri Jurulatih dan PegawaiCiri-Ciri Jurulatih dan Pegawai
Ciri-Ciri Jurulatih dan Pegawai
 
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan MalaysiaSejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
 
Perkembangan PSV di Malaysia
Perkembangan PSV di MalaysiaPerkembangan PSV di Malaysia
Perkembangan PSV di Malaysia
 
Alamiyyah (Sejagat)
Alamiyyah (Sejagat)Alamiyyah (Sejagat)
Alamiyyah (Sejagat)
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
 
Media visual
Media visualMedia visual
Media visual
 
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)
 

Recently uploaded

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 

Recently uploaded (8)

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 

Teori Pembelajaran Kognitif

  • 1. Murid dan Pembelajaran Teori Pembelajaran Kognitif Disediakan oleh: Siti Nabila Binti Mat Noor Arifah Binti Azlan Shah
  • 2. KOHLER (1887-1967) • Dilahirkan di Reval, Estonia. • Berketurunan JermaN. • Keluarga berpindah ke Jerman pada usia beliau 6 tahun dan menetap di Wolfenbuttell.
  • 3. Konsep Teori Pembelajaran Kognitif • Menekankan proses mental (penyelesaian masalah, ingatan, bahasa). • Celik akal merupakan kebolehan seseorang mengamati atau memahami sesuatu masalah secara tiba-tiba setelah mengaitkan unsur-unsur yang relevan. • Belajar berfokus kepada perubahan proses internal yang digunakan dalam upaya memahami dunia eksternal. • Menurut Ee Ah Meng (1994) pemikiran ialah proses kognitif yang mana pengetahuan difahami, disusun dan diubah bentuk.
  • 4. Teori Pembelajaran Celik Akal Wolfgang Kohler (1887-1967) • Menjalankan kajian ke atas 5 ekor cimpanzi di Pulau Canary. • Menerbitkan buku The Mentalitv of Apes pada 1924. • Haiwan dan manusia berupaya memperoleh pembelajaran celik akal sebagai penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
  • 5. Eksperimen 1 Kohler • Seekor cimpanzi (Sultan) diletakkan di dalam sebuah sangkar bersama 2 batang buluh yang berbeza saiz. Pisang diletakkan di luar sangkar. • 2 batang buluh tersebut tidak cukup panjang untuk Sultan mencapai pisang. • Akhirnya Sultan menyambungkan 2 batang buluh itu dan berjaya mendapatkan pisang.
  • 6. Eksperimen 2 Kohler • Sultan diletakkan di dalam sebuah sangkar yang mengandungi beberapa kotak. • Pisang digantungkan dari atas pagar. • Apabila Sultan tidak berjaya mencapai pisang itu, Sultan mula menggerakkan sebuah kotak hingga berada di bawah pisang. • Akhirnya, sultan memanjat dan melompat dari atas kotak serta berjaya mendapatkan pisang.
  • 7. Dapatan Kajian Kohler: • Pembelajaran celik akal banyak bergantung kepada persepsi haiwan terhadap masalah yang sesuai. • Tidak bergantung kepada ganjaran semata-mata. • Setelah satu masalah diselesaikan, maka lebih mudah untuk menyelesaikan masalah yang serupa.
  • 8. Prinsip Pembelajaran Celik Akal Kohler: • Penyelesaian masalah yang dihadapi sering diperoleh secara mendadak iaitu apabila kita tidak asyik memikirkan tentang masalah tersebut. • Konsep berfikir ditakrifkan sebagai mencari dan berpegang kepada perhubungan 2 perkara.
  • 9. Implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Kohler Terhadap P&P • Murid perlu diberi peluang untuk “menemui” perhubungan (penemuan kendiri). • Guru sebagai fasilitator. • Guru perlu peka terhadap mod pembelajaran murid yang berbeza (enaktif/ikonik/simbolik). • Murid perlu dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti, alatan yang selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka. • Konsep celik akal ini perlu diaplikasikan oleh guru sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran. • Bagi mencapai matlamat ini, guru perlu sentiasa mendorong murid-murid untuk berfikir secara divergen, konvergen, induktif, deduktif,kreatif, kritis dan menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • 10. JEAN PIAGET  Dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896.  Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun.  Mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva.  Dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist.“  Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.
  • 11. Teori Perkembangan Kognitif Menurut Jean Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan- perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.
  • 12. Konsep Teori Kognitif Piaget Skema  Potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.  Menentukan bagaimana seseorang bertindakbalas dengan persekitarannya. Asimilasi • Proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. • Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
  • 13. Akomodasi Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak- kanak. Adaptasi  Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.  Wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk mencipta hubungan dengan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.
  • 14. Tahap-tahap Perkembangan Kognitif • Peringkat Sensorimotor (0-2 Tahun) dalam perkembangan kognitif di mana bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Perkembangan Kognitif Contoh Skema-skema yang terbentuk adalah hasil dari interaksi fizikal bayi dengan persekitarannya. Menggunakan mulut untuk merasa objek, mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek.  Kanak-kanak pada peringkat ini akan merasa puas menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap dan juga berminat dengan objek yang berada di persekitarannya.  Kepuasan akan terhasil apabila mereka berupaya mengenakan tindakan terhadap objek dan menyebabkan mereka melakukan tindakan tersebut berulang-ulang. Menghisap ibu jari, memasukkan objek ke dalam mulut mencapai objek yang berbunyi, bunyi yang dihasilkan akan mendatangkan kepuasan yang menyebabkan kanak-kanak mengulang perbuatan tersebut.
  • 15. Sambungan.. • Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak boleh melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan seperti meniru perlakuan melambaikan tangan,memasukkan sudu ke dalam mulut untuk menyuap makanan. • Semakin kanak-kanak ini membesar, tindakan perlakuan ini akan menjadi semakin tepat. • Kanak-kanak akan mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori. • Sebelum ini berlaku, kanak-kanak tidak akan mempunyai memori terhadap objek yang tiada dipenglihatan mereka “out of sight, out of mind”.
  • 16. Peringkat Pra-Operasi (2-7 Tahun) • Pada peringkat ini, kanak-kanak akan beralih ke peringkat di mana mereka mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. • Kanak-kanak boleh menggambarkan dan merancang pergerakan/aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema dan perkembangan berlaku apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental. • Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar dan digunakan untuk menyatakan objek, orang atau peristiwa yang dialami oleh kanak- kanak.
  • 17. Sambungan.. • Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata dimana mereka masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional. • Ciri-ciri ini dikatakan sebagai “centered”/permusatan. Oleh itu, mereka masih tidak dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan.
  • 18. Sikap Egosentrik • Menurut Jean Piaget, kanak-kanak peringkat ini juga menunjukkan sikap egosentrik dimana bermaksud mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri. • Mereka selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka. • Contoh : Seorang kanak-kanak yang suka melihat 1 siri kartun (boboiboy) beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya.
  • 19. Peringkat Operasi Konkrit (7-11 Tahun) • Kanak-kanak peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit. • Mereka sepatutnya memahami proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan. • Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai konsep pengekalan. • Kanak-kanak pada peringkat ini juga telah mencapai satu peringkat pemikiran logik.
  • 20. Sambungan.. • Mengikut Jean Piaget , gaya pemikiran mereka juga berubah secara beransur daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered/objektif . • Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka. • Mereka mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama. • Pada peringkat ini, mereka masih tidak boleh membuat hipotesis dan menyelesaikan soalan-soalan yang abstrak atau masalah yang melibatkan gabungan faktor yang kompleks.
  • 21. Peringkat Operasi Formal (12 Tahun ke atas) • Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta. • Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit dan mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan realiti. • Contoh : Mereka boleh berhipotesis dan memberi idea tentang masalah pencemaran alam sekitar di dunia atau apa yang akan berlaku di Malaysia pada tahun 2025. • Mereka boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut.
  • 22. Sambungan.. • Egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini. Ini berlainan dengan egosentrik di peringkat pra-operasi. • Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri, susah untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain serta mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang lain.
  • 23. Implikasi Teori Jean Piaget dalam Pembelajaran  Belajar akan lebih berhasil apabila disesuaikan dengan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak.  Kanak-kanak hendaklah diberi kesempatan untuk melakukan eksperimen dengan objek fizik, yang ditunjang oleh interaksi dengan rakan sebaya dan bimbingan guru.  Guru hendaklah memberikan banyak rangsangan kepada kanak-kanak supaya boleh berinteraksi secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Kanak-kanak yang belajar melalui pengalaman tidak mudah merasa bosan.
  • 24. Jerome Bruner Nama: Jerome Seymour Bruner Tarikh lahir: 1 Oktober 1915 Dilahirkan buta dan tidak dapat melibat kerana mengalami katarak ketika masih bayi. Pakar dalam bidang psikologi.
  • 25. Teori Pembelajaran Penemuan Bruner Menurut Bruner, pembelajaran konsep, pengamatan dan penanggapan berlaku melalui proses katagori, malah proses membuat keputusan juga melibatkan pengkategorian. Bruner membahagikan konsep kepada 3 bahagian, iaitu tahap enaktif, tahap ikonik dan tahap simbolik. Tahap Enaktif - Suatu tahap pembelajaran di mana pengetahuan pembelajaran secara aktif dengan menggunakan benda-benda konkrit dan nyata. Tahap Ikonik - Suatu tahap pembelajaran di mana pembelajaran diwujudkan dalam bayangan visual. Tahap Simbolik - Suatu tahap di mana pembelajaran diwujudkan dalam bentuk simbol- simbol dan lambang- lambang (bahasa).
  • 26. Pembelajaran Konsep Melalui Penemuan Menurut Bruner, pembelajaran konsep merujuk kepada bagaimana kita membezakan dan mengkategorikan benda atau perkara yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Pembelajaran konsep melibatkan proses mengingat kembali, membuat perkaitan maklumat baharu dengan yang lama dan membuat subkategori. Pembelajaran konsep merupakan proses pembinaan pengetahuan.
  • 27. Pembelajaran Konsep Bruner merupakan penyusunan maklumat secara induktif. Berikut merupakan langkah-langkah mengaplikasi konsep Bruner semasa PdP: 1. Sediakan data yang berupa contoh-contoh positif. Telitikan ciri-ciri. 2. Sediakan data yang mewakili contoh- contoh negatif. Telitikan ciri-ciri. 3. Buat perbandingan contoh positif dan contoh negatif. 4. Berdasarkan ciri-ciri persamaan, buat pengelompokan atau pengkategorian. 5. Buat rumusan mengikut kategori yang dibentuk. 6. Bina definisi konsep dan kukuhkan dengan contoh tambahan untuk menguji pemahaman.
  • 28. Contoh pengaplikasian Teori Bruner dalam PdP: 1. Murid melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru sama ada melalui slaid, gambar, video dan lain-lain (jenis ikan). 2. Seterusnya, murid ditunjukkan dengan gambar bukan ikan contohnya, katak, paus, memerang, ular, buaya, penguin dan lain-lain yang boleh hidup di dalam air. 3. Murid melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan dari segi bentuk, pernafasan dan sebagainya. 4. Murid mengkelompokkan haiwan mengikut kategori. 5. Murid membina peta konsep mengikut kategori seperti ikan, mamalia, reptilian dan amfibia. 6. Murid diminta untuk memilih gambar ikan, katak dan lain-lain bagi mengukuhkan pemahaman mereka.
  • 29. Hasil Pembelajaran Haiwan Dalam Air Ikan Mamalia Reptilia Burung Amfibia - Kembung - Senangin - Tongkol - Selar - Salmon - Paus - Dugong - Memerang - Ular - Buaya - Biawak - Penguin - Katak
  • 30. Gagne Nama: R.M. Gagne Tempoh hidup : 1916-2002
  • 31. Hierarki Pembelaran Gagne Pembelajaran isyarat Pembelajaran rangkaian motor Pembelajaran bahasa Pembelajaran diskriminasi Pembelajaran konsep Pembelajaran prinsip Pembelajaran gerak balas Pembelajaran penyelesaian masalah
  • 32. Pembelajaran isyarat - Pembelajaran paling asas yang melibatkan rangsangan yang ada dalam persekitaran. - Rangsangan yang kerap dihadapi. - Contohnya, emak-susu, loceng bunyi-rehat, bola-main. Pembelajaran gerak balas - Merujuk kepada gerak balas yang diterima sebagai hasil sesuatu tingkah laku. - Jika gerak balas positif, maka hubungan antara rangsangan dengan gerak balas positif. - Murid akan kekal menghasilkan tugasan yang baik jika mendapat pujian, bintang atau token. Pembelajaran rangkaian motor - Melibatkan kemahiran. - Pembelajaran berlaku melalui proses pemerhatian dan peniruan. - Contohnya, dalam pendidikan Jasmani, guru menunjukkan kemahiran menggelecek bola. Murid akan meniru aksi menggelecek bola yang dilakukan oleh guru.
  • 33. Pembelajaran bahasa - Semua bentuk pembelajaran memerlukan kemahiran berbahasa. - Contohnya, apabila kanak-kanak melihat kucing. Dia akan menggelar kucing dengan ‘miau’. Ibu kanak-kanak akan membetulkan sebutan daripada ‘miau’ kepada ‘kucing’. - Jadi, kanak-kanak belajar bahasa melalui peniruan pada peringkat awal dan akan berkembang secara abstrak. Pembelajaran konsep - Pelajar perlu menguasai konsep terlebih dahulu sebelum mempelajari aras yang lebih tinggi. Pembelajaran prinsip - Memerlukan individu mengaplikasi konsep-konsep yang telah dikuasai. - Pelajar perlu menguasai pembelajaran aras rendah terlebih dahulu. Pembelajaran penyelesaian masalah - Melibatkan proses mental aras tinggi yang memerlukan keupayaan mengaplikasi pembelajaran terdahulu seperti rumus, konsep, hukum, prinsip dan sebagainya.
  • 34. Langkah Penyampaian Pengajaran Gagne 1. Tarik perhatian murid-murid terhadap perkara yang ingin disampaikan. 2. Maklumkan kepada murid objektif pembelajaran. 3. Cungkil pengetahuan sedia ada murid berkaitan topik yang ingin disampaikan. 4. Sampaikan maklumat/ isi pelajaran. 5. Beri panduan pembelajaran sebagai latihan untuk mengukuhkan pembelajaran. 6. Uji pemahaman murid berkaitan isi pelajaran baharu.
  • 35. 7. Beri maklum balas untuk mengukuhkan pemahaman murid. 8. Taksir perlakuan pembelajaran murid. 9. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran. Sambungan..
  • 36. Teori Pembelajaran David Ausubel • David Paul Ausubel (1918-2008) merupakan salah seorang ahli psikologi Amerika. • Beliau telah memberi banyak sumbangan yang penting khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran pendidikan sains. • Ausubel dilahirkan pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di Brooklyn, New York. • Beliau mendapat pendidikan di Universiti of Pennsylvania dan mendapat ijazah kehormat pada tahun 1939 dalam bidang psikologi. • Kemudian Ausubel menamatkan pelajarannya di sekolah perubatan di Universiti Middlesex.
  • 37. Teori Pembelajaran Ausubel • David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. • Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. • Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.
  • 38. Model Pembelajaran Ekspositori • Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. • Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).
  • 39. Penyusunan Awal • Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. • Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ini merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.
  • 40. Sambungan.. • Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. • Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. • Terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.
  • 41. Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut: Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah. Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajar mengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.
  • 42. Implikasi Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel Persembahkan maklumat umum tentang sesuatu topik sebelum memberikan contoh khusus dan membincangkan perincian topik berkenaan. Gunakan bahan penyampaian pengajaran yang ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid. Bimbing murid membuat perbandingan maklumat baharu dengan maklumat atau pengetahuan sedia ada murid. Sediakan alat bantu mengajar (ABM) yang konkrit sesuai denga tahap pemikiran murid supaya membantu murid untuk lebih faham perkara yang ingin disampaikan oleh guru.
  • 43. Rujukan Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Murid dan pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar. https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://jurnal.iainponor ogo.ac.id/index.php/cendekia/article/download/865/677&ved=2ahUKEwiQx6ur1M TnAhWFf30KHd2- B7Y4ChAWMAJ6BAgEEAE&usg=AOvVaw0VyeX8gxbRsQeOMFzm47Vn