4. Pertama,kita perlulah menganalisis teks. Proses
ini hanya berlaku dalam fikiran penterjemah.
Proses ini melibatkan pencarian makna sama
ada kotak memori ataupun menggunakan kamus.
Makna yang dicari dalam kotak memori untuk
makna-makna perkataan yang kita hafal dan
ingat.
Manakala kamus hanya digunakan bagi mencari
makna-makna perkataan yang baru dijumpai.
Pencarian makna ini melibatkan perkataan,ayat
dan seluruh wacana yang terdapat dalam teks.
5.
Kedua,proses pemindahan makna perkataan. Proses ini merupakan proses
paling penting dalam penterjemahan yang mana proses ini perlu mencari
padanan terjemah yang sesuai/sejadi/sepadan dengan teks yang diberikan.
Proses pemindahan ini dipindahkan ke bentuk bahasa sasaran dan ada kalanya
berlakunya sedikit pemincangan makna dan konotasi.
Proses yang ketiga dalam penterjemahan ialah menstruktur ayat. Teks perlu
distruktur semula mengikut struktur bahasa sasaran. Gaya bahasa dalam
menstruktur ayat terjemahan hendaklah memudahkan pembaca memahami teks
terjemahan itu dengan mudah. Struktur ayat yang hendak digunakan semestinya
mudah dan ringkas termasuklah penggunaan tanda baca yang betul dan baik.
Proses yang seterusnya ialah proses memeriksa makna yang mana proses ini
merupakan satu tugas yang sukar dan boleh dilakukan sendiri. Menurut
Bathgate, penterjemah hendaklah bersemuka dengan pakar bidan g yang
tertentu. Proses memeriksa ini hendak membaca teks dengan suara yang
lantang secara bersemuka dengan orang yang lain. Proses ini bagi memeriksa
ketepatan makna yang hendak disampaikan.
Kelima, proses menyemak ayat yang diterjemah. Pada peringkat ini,tugas
pemeriksa dan penyemak kerap kali bertindan. Teks terjemahan dianggap
sebagai sebuah teks yang berdiri sendiri. Untuk itu, proses memeriksa ini salah
satu cara untuk menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca
sasaran.
Proses yang terakhir dalam penterjemahan ialah penyuntingan. Proses
penyuntingan ini bukanlah sebahagian daripada proses terjemahan sebenarnya
tetapi ia proses yang penting. Mengapa teks perlu disunting ? Ini kerana dalam
penyuntingan kita boleh membuang bahan yang tidak diperlukan dan
mewujudkan gaya yang seragam jika teks itu diterjemahkan oleh orang ramai.