SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Download to read offline
Aplikasi Pembelajaran Kooperatif dalam Pengajaran-Pembelajaran
Pendekatan pembelajaran kooperatif boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu
kumpulan kooperatif formal dan kumpulan kooperatif infromal. Teknik kumpulan formal boleh
digunakan untuk mengajar isi kandungan tertentu atau kemahiran penyelesaian masalah manakala
teknik kumpulan informal boleh digunakan untuk memastikan proses kognitif yang aktif berlaku
semasa kaedah kuliah dijalankan. Kombinasi penggunaan pendekatan ini boleh menyediakan satu
struktur yang pelbagai kepada pelajar.

Kumpulan Kooperatif Formal:
Kumpulan kooperatif formal boleh digunakan dalam satu jangka masa kuliah atau boleh melewati
beberapa minggu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ia meliputi kumpulan kolaboratif
dan kooperatif. Dalam kumpulan kooperatif, pelajar bekerja bersama-sama untuk mencapai
objektif yang dikongsi bersama. Mereka mempunyai dua tanggungjawab utama iaitu: i) untuk
memaksimakan pembelajaran mereka sendiri dan ii) untuk memaksimakan pembelajaran
kesemua ahli kumpulan. Terdapat beberapa langkah umum dalam pendekatan ini. Prosedur
umum langkah-langkah pembelajaran berikut boleh digunakan dalam aplikasi pembelajaran
kooperatif.
       i.     Agihkan kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.
      ii.     Pilih strategi pembelajaran kooperatif yang akan digunakan untuk menjalankan
              tugasan.
     iii.     Berikan tugasan yang perlu diselesaikan dengan pastikan objektif dan kaedah
              penilaian dijelaskan.
     iv.      Berikan bantuan jika diperlukan.
      v.      Sediakan senarai semak penilaian untuk mengenal pasti kemajuan yang dicapai
              oleh kumpulan.
     vi.      Sediakan peluang berkongsi hasil kerja kumpulan antara kumpulan.
Antara contoh teknik kooperatif kumpulan formal ialah teknik STAD, JIGSAW dan teknik-teknik
pengajaran berasaskan kumpulan kecil. Berikut dijelaskan secara ringkas teknik- teknik tersebut:

1. Jigsaw: Dalam teknik ini, dua peringkat kumpulan dijalankan. Peringkat pertama pelajar
   belajar dalam kumpulan pakar dan pada peringkat kedua pelajar mengajar ahli kumpulannya
   bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar. Langkah-langkah dalam Jigsaw ialah:
    Langkah 1: Bentuk kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi bahan yang berbeza (Contoh:
        Jika ada empat ahli, beri bahan A,B,C dan D kepada ahli).
    Langkah 2: Pelajar yang mendapat bahan yang sama dari kumpulan berbeza membentuk
        kumpulan pakar untuk mempelajari bahan tersebut (Contoh: Pelajar A dari semua
        kumpulan membentuk kumpulan A dan seterusnya. Kumpulan ini dipanggil kumpulan
        pakar).
    Langkah 3: Ahli kumpulan bailk ke kumpulan asal dan mengajar ahli kumpulan mereka
        bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar.
    Langkah 4: Semua ahli kumpulan menggabungkan kepakaran untuk melaksanakan tugasan
        yang diberi atau mengambil ujian/penilaian.

2. STAD (Student Team Achievement Division) : Langkah-langkah dalam STAD meliputi:
    Langkah 1: Guru menyampaikan pengajaran.


                                               1
   Langkah 2: Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk mempelajari bahan yang diberikan
       dalam kelas.
      Langkah 3: Pelajar mengambil kuiz secara individu.
      Langkah 4: Kumpulan menerima pengiktirafan berdasarkan skor individu dalam kuiz yang
       mengambil kira skor yang diperolehi dalam skor kuiz yang lepas (contohnya peratusan
       penambahan skor) untuk menangani masalah perbezaan kebolehan antara ahli kumpulan).

3. Penggunaan prinsip pembelajaran kooperatif dalam strategi berasaskan kumpulan.
   Teknik/strategi pembelajaran berasaskan kumpulan seperti pembelajaran berasaskan
   masalah, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran inkuiri boleh menggunakan
   prinsip pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan keberkesanan kerja berpasukan yang
   diperlukan dalam melaksanakan tugasan tersebut. Berikut ialah contoh aplikasi prinsip
   pembelajaran kooperatif dalam pembelajaran berasaskan masalah:
    Tugasan: Contoh- penyelesaian tugasan atau masalah yang diberikan.
    Aktiviti individu: Mencari jawapan/strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.
    Aktiviti kooperatif: Mencari persetujuan kumpulan. Memastikan setiap ahli boleh
       menerangkan strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah.
    Kriteria untuk kejayaan: Setiap ahli mesti dapat menerangkan strategi yang digunakan
       untuk menyelesaikan masalah.
    Penilaian: Penyelesaian terbaik berasaskan sumber yang ada atau dalam limitasi yang ada.
    Akauntabiliti individu: Ahli dari mana-mana kumpulan dipilih secara rawak untuk
       menerangkan jawapan dan bagaimana masalah diselesaikan.
    Tingkah laku yang diharapkan: Penglibatan aktif, penyemakan, elaborasi dan saling
       menggalakkan antara ahli.
    Kerjasama antara kumpulan: Jika diperlukan, semak prosedur, jawapan dan strategi
       dengan kumpulan lain.

Kumpulan Kooperatif Informal
Kumpulan kooperatif informal adalah kumpulan sementara atau ad hoc yang dibentuk untuk satu
aktiviti perbincangan kumpulan kecil dalam kumpulan besar. Tujuannya ialah untuk menarik
fokus pelajar supaya mempelajari bahan yang dibincangkan dalam kelas. Ia boleh digunakan bila-
bila masa terutamanya dalam kaedah kuliah untuk mendapatkan penglibatan aktif pelajar secara
intelektual. Membahagikan kuliah dengan aktiviti pemprosesan maklumat secara kooperatif yang
pendek dapat meningkatkan apa yang dipelajari dan membina hubungan sosial antara pelajar.
    Beberapa struktur kooperatif berikut sesuai digunakan sebagai aktiviti kumpulan kecil semasa
menggunakan pendekatan kumpulan besar (kuliah). Struktur tersebut merujuk kepada alat yang
boleh digunakan untuk menguruskan interaksi dalam bilik darjah.
1. ‘Think-Pair-Share’: Anda boleh memberhentikan syarahan dengan memberikan soalan,
    item ujian atau isu untuk difikirkan secara ringkas oleh pelajar mula-mula secara individu
    (fasa ‘think’), kemudian dibincangkan bersama dengan rakan di sebelah (Fasa ‘pair’),
    Kemudian beberapa pasangan mengongsikan hasil perbincangan tadi dengan kelas. Teknik
    ini melibatkan tiga langkah: i) masa berfikir secara individu- pelajar mencari jawapan kepada
    soalan yang diberikan secara individu; ii) pelajar berbincang dan bertukar pendapat tentang
    jawapan secara berpasangan dan iii) hasil perbincangan berpasangan dikongsi dengan
    kumpulan lain/kelas.

                                               2
2. ‘Three-Step Interview’: Setiap ahli kumpulan memilih ahli lain sebagai pasangan. Dalam
   langkah pertama, pelajar pertama meminta pasangannya dengan bertanya soalan untuk
   mendapatkan penjelasan. Pada pusiangan kedua, pasangan bertukar peranan dan pada langkah
   akhir, ahli-ahli berkongsi hasil kerja berpasangan dengan kumpulan.
3. ‘Round Robin Brainstorming’: Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil (4-6 orang)
   dengan seorang dilantik sebagai pencatat. Soalan yang memerlukan pelbagai jawapan
   dikemukakan dan pelajar diberikan masa untuk memikirkan jawapannya. Selepas masa
   berfikir diberikan, ahli-ahli bergilir-gilir memberikan respon jawapan. Pencatat mencatat
   semua jawapan ahli.
4. ‘Three-Minute Review’: Anda boleh berhenti sekejap semasa memberi kuliah dan beri
   masa tiga minit kepada kumpulan untuk meneliti semula apa yang telah dikuliahkan atau
   dibincangkan, tanyakan soalan klarifikasi atau apa-apa soalan yang sesuai untuk mendapatkan
   respon pelajar.
5. ‘Two Minute Paper’: Dalam teknik ini, beri pelajar masa dua minit untuk menulis tentang
   sesuatu, kemudian minta mereka kongsikan dengan rakan di sebelah. Kemudian pilih
   beberapa orang kongsikan apa yang ditulis kepada kelas. Pada akhir kelas, kertas yang ditulis,
   dipungut dan boleh digunakan dalam kelas seterusnya.
6. ‘Numbered Heads Together’: Contohnya satu kumpulan yang terdiri daripada empat
   ahli diberi nombor 1,2,3 dan 4. Kemudian, anda tanyakan soalan dan minta ahli-ahli kumpulan
   menjawab soalan bersama-sama supaya mana-mana ahli boleh menjawab soalan yang
   diberikan. Selepas itu, anda sebutkan mana-mana nombor katalah nombor dua dan semua
   ahli kumpulan bernombor dua diminta menjawab soalan tersebut.
7. ‘Team Pair Solo’: Pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan dulu kemudian
   berpasangan dan akhirnya bekerja secara individu. Struktur ini direkabentuk untuk
   memotivasi pelajar menangani masalah kurang kebolehan di kalangan pelajar. Jika diminta
   bekerja sendiri mungkin tidak dapat diselesaikan, maka mulakan dengan kumpulan,
   berpasangan dan akhirnya baru secara indiividu.
8. ‘Lecture-Write-Share-Learn’: Pensyarah minta pelajar bentuk pasangan untuk
   membincangkan apa yang dikuliahkan dan mencatat hasil perbincangan. Pada akhir kuliah,
   buat perbincangan rumusan dengan meminta pelajar berkongsi apa yang telah dibincangkan.
   Akhirnya buat rumusan keseluruhan dengan meminta pelajar secara bergilir menerangkan
   apa yang telah dipelajari menggunakan ayat: Saya belajar tentang……
9. ‘Pose a Question-All Write-Discuss’: Tanyakan soalan kepada seluruh kelas, minta
   pelajar tuliskan respon mereka. Beri mereka masa 2 atau 3 minit untuk membuat refleksi
   dan menuliskannya. Kemudian minta beberapa pelajar ceritakan kepada kelas.


Dipetik dari:
Saemah Rahman. 2009. Pembelajaran kolaboratif dan kooperatif dalam Mohamed Amin Embi.
Panduan amalan pengajaran Pembelajaran Berkesan. PPA: hal 93-106




                                               3

More Related Content

What's hot

Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
Sella Yunik
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
Hanim Hanisha
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
share with me
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
nurzaharuddin
 

What's hot (20)

kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
10. contoh rph -
10. contoh rph -10. contoh rph -
10. contoh rph -
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
 
Pendekatan behaviorisme
Pendekatan behaviorismePendekatan behaviorisme
Pendekatan behaviorisme
 
Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlov
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Rph lontar peluru
Rph lontar peluruRph lontar peluru
Rph lontar peluru
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Kerja kursus budaya dalam pembelajaran
Kerja kursus budaya dalam pembelajaranKerja kursus budaya dalam pembelajaran
Kerja kursus budaya dalam pembelajaran
 
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Nota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdfNota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdf
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 

Viewers also liked

Model pembelajaran kooperatif power point
Model  pembelajaran kooperatif power pointModel  pembelajaran kooperatif power point
Model pembelajaran kooperatif power point
Zalina Razali
 
Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...
Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...
Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...
Rina Rahmawati
 
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
SISC+ PPD Seremban
 

Viewers also liked (12)

Ciri ciri bilik darjah yang berkesan
Ciri ciri bilik darjah yang berkesanCiri ciri bilik darjah yang berkesan
Ciri ciri bilik darjah yang berkesan
 
Koperatif
KoperatifKoperatif
Koperatif
 
PEMBELAJARAN KOOPERATIF
PEMBELAJARAN KOOPERATIFPEMBELAJARAN KOOPERATIF
PEMBELAJARAN KOOPERATIF
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Model dan Metode Pembelajaran Abad 21 Untuk KURIKULUM 2013
Model dan Metode Pembelajaran Abad 21 Untuk KURIKULUM 2013Model dan Metode Pembelajaran Abad 21 Untuk KURIKULUM 2013
Model dan Metode Pembelajaran Abad 21 Untuk KURIKULUM 2013
 
Model pembelajaran kooperatif power point
Model  pembelajaran kooperatif power pointModel  pembelajaran kooperatif power point
Model pembelajaran kooperatif power point
 
Powerpoint strategi pembelajaran
Powerpoint strategi pembelajaranPowerpoint strategi pembelajaran
Powerpoint strategi pembelajaran
 
Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...
Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...
Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...
 
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
 
Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21
 
53 metode pembelajaran (e-book)
53 metode pembelajaran (e-book)53 metode pembelajaran (e-book)
53 metode pembelajaran (e-book)
 
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
 

Similar to Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran

Alat bantu mengajar pecahan(6)
Alat bantu mengajar pecahan(6)Alat bantu mengajar pecahan(6)
Alat bantu mengajar pecahan(6)
Miss-poison Ivy
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
Ieta Sa'ad
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif
sk zainab 2
 
Stail latihan complete
Stail  latihan completeStail  latihan complete
Stail latihan complete
Ahmad Afnan
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Zuzan Michael Japang
 

Similar to Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran (20)

Kbkk assigment
Kbkk assigmentKbkk assigment
Kbkk assigment
 
Unit 7 koperatif
Unit 7 koperatifUnit 7 koperatif
Unit 7 koperatif
 
STRATEGI.pdf
STRATEGI.pdfSTRATEGI.pdf
STRATEGI.pdf
 
Koperatif_Kolaboratif
Koperatif_KolaboratifKoperatif_Kolaboratif
Koperatif_Kolaboratif
 
Uji minda
Uji mindaUji minda
Uji minda
 
Numbered Heads Together
Numbered Heads TogetherNumbered Heads Together
Numbered Heads Together
 
Alat bantu mengajar pecahan(6)
Alat bantu mengajar pecahan(6)Alat bantu mengajar pecahan(6)
Alat bantu mengajar pecahan(6)
 
Strategi Pembelajaran Kooperatif: Gallery Walk (Nota)
Strategi Pembelajaran Kooperatif: Gallery Walk (Nota)Strategi Pembelajaran Kooperatif: Gallery Walk (Nota)
Strategi Pembelajaran Kooperatif: Gallery Walk (Nota)
 
Rbt 6.4.2017
Rbt  6.4.2017Rbt  6.4.2017
Rbt 6.4.2017
 
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
 
Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif
 
Stail latihan complete
Stail  latihan completeStail  latihan complete
Stail latihan complete
 
Contoh borang plc
Contoh borang plcContoh borang plc
Contoh borang plc
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
 
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
 
Ulasan Buku
Ulasan BukuUlasan Buku
Ulasan Buku
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 
Struktur pembelajaran koperatif
Struktur pembelajaran koperatifStruktur pembelajaran koperatif
Struktur pembelajaran koperatif
 

More from sk zainab 2

94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
sk zainab 2
 
81805357 rancangan-tahunan-pss
81805357 rancangan-tahunan-pss81805357 rancangan-tahunan-pss
81805357 rancangan-tahunan-pss
sk zainab 2
 
Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106
sk zainab 2
 
90514632 nnota-grafik
90514632 nnota-grafik90514632 nnota-grafik
90514632 nnota-grafik
sk zainab 2
 

More from sk zainab 2 (6)

94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
 
74148900 rph2
74148900 rph274148900 rph2
74148900 rph2
 
81805357 rancangan-tahunan-pss
81805357 rancangan-tahunan-pss81805357 rancangan-tahunan-pss
81805357 rancangan-tahunan-pss
 
Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106
 
90514632 nnota-grafik
90514632 nnota-grafik90514632 nnota-grafik
90514632 nnota-grafik
 
bmm31011
bmm31011bmm31011
bmm31011
 

Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran

  • 1. Aplikasi Pembelajaran Kooperatif dalam Pengajaran-Pembelajaran Pendekatan pembelajaran kooperatif boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu kumpulan kooperatif formal dan kumpulan kooperatif infromal. Teknik kumpulan formal boleh digunakan untuk mengajar isi kandungan tertentu atau kemahiran penyelesaian masalah manakala teknik kumpulan informal boleh digunakan untuk memastikan proses kognitif yang aktif berlaku semasa kaedah kuliah dijalankan. Kombinasi penggunaan pendekatan ini boleh menyediakan satu struktur yang pelbagai kepada pelajar. Kumpulan Kooperatif Formal: Kumpulan kooperatif formal boleh digunakan dalam satu jangka masa kuliah atau boleh melewati beberapa minggu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ia meliputi kumpulan kolaboratif dan kooperatif. Dalam kumpulan kooperatif, pelajar bekerja bersama-sama untuk mencapai objektif yang dikongsi bersama. Mereka mempunyai dua tanggungjawab utama iaitu: i) untuk memaksimakan pembelajaran mereka sendiri dan ii) untuk memaksimakan pembelajaran kesemua ahli kumpulan. Terdapat beberapa langkah umum dalam pendekatan ini. Prosedur umum langkah-langkah pembelajaran berikut boleh digunakan dalam aplikasi pembelajaran kooperatif. i. Agihkan kumpulan mengikut pelbagai kebolehan. ii. Pilih strategi pembelajaran kooperatif yang akan digunakan untuk menjalankan tugasan. iii. Berikan tugasan yang perlu diselesaikan dengan pastikan objektif dan kaedah penilaian dijelaskan. iv. Berikan bantuan jika diperlukan. v. Sediakan senarai semak penilaian untuk mengenal pasti kemajuan yang dicapai oleh kumpulan. vi. Sediakan peluang berkongsi hasil kerja kumpulan antara kumpulan. Antara contoh teknik kooperatif kumpulan formal ialah teknik STAD, JIGSAW dan teknik-teknik pengajaran berasaskan kumpulan kecil. Berikut dijelaskan secara ringkas teknik- teknik tersebut: 1. Jigsaw: Dalam teknik ini, dua peringkat kumpulan dijalankan. Peringkat pertama pelajar belajar dalam kumpulan pakar dan pada peringkat kedua pelajar mengajar ahli kumpulannya bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar. Langkah-langkah dalam Jigsaw ialah:  Langkah 1: Bentuk kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi bahan yang berbeza (Contoh: Jika ada empat ahli, beri bahan A,B,C dan D kepada ahli).  Langkah 2: Pelajar yang mendapat bahan yang sama dari kumpulan berbeza membentuk kumpulan pakar untuk mempelajari bahan tersebut (Contoh: Pelajar A dari semua kumpulan membentuk kumpulan A dan seterusnya. Kumpulan ini dipanggil kumpulan pakar).  Langkah 3: Ahli kumpulan bailk ke kumpulan asal dan mengajar ahli kumpulan mereka bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar.  Langkah 4: Semua ahli kumpulan menggabungkan kepakaran untuk melaksanakan tugasan yang diberi atau mengambil ujian/penilaian. 2. STAD (Student Team Achievement Division) : Langkah-langkah dalam STAD meliputi:  Langkah 1: Guru menyampaikan pengajaran. 1
  • 2. Langkah 2: Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk mempelajari bahan yang diberikan dalam kelas.  Langkah 3: Pelajar mengambil kuiz secara individu.  Langkah 4: Kumpulan menerima pengiktirafan berdasarkan skor individu dalam kuiz yang mengambil kira skor yang diperolehi dalam skor kuiz yang lepas (contohnya peratusan penambahan skor) untuk menangani masalah perbezaan kebolehan antara ahli kumpulan). 3. Penggunaan prinsip pembelajaran kooperatif dalam strategi berasaskan kumpulan. Teknik/strategi pembelajaran berasaskan kumpulan seperti pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran inkuiri boleh menggunakan prinsip pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan keberkesanan kerja berpasukan yang diperlukan dalam melaksanakan tugasan tersebut. Berikut ialah contoh aplikasi prinsip pembelajaran kooperatif dalam pembelajaran berasaskan masalah:  Tugasan: Contoh- penyelesaian tugasan atau masalah yang diberikan.  Aktiviti individu: Mencari jawapan/strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.  Aktiviti kooperatif: Mencari persetujuan kumpulan. Memastikan setiap ahli boleh menerangkan strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah.  Kriteria untuk kejayaan: Setiap ahli mesti dapat menerangkan strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah.  Penilaian: Penyelesaian terbaik berasaskan sumber yang ada atau dalam limitasi yang ada.  Akauntabiliti individu: Ahli dari mana-mana kumpulan dipilih secara rawak untuk menerangkan jawapan dan bagaimana masalah diselesaikan.  Tingkah laku yang diharapkan: Penglibatan aktif, penyemakan, elaborasi dan saling menggalakkan antara ahli.  Kerjasama antara kumpulan: Jika diperlukan, semak prosedur, jawapan dan strategi dengan kumpulan lain. Kumpulan Kooperatif Informal Kumpulan kooperatif informal adalah kumpulan sementara atau ad hoc yang dibentuk untuk satu aktiviti perbincangan kumpulan kecil dalam kumpulan besar. Tujuannya ialah untuk menarik fokus pelajar supaya mempelajari bahan yang dibincangkan dalam kelas. Ia boleh digunakan bila- bila masa terutamanya dalam kaedah kuliah untuk mendapatkan penglibatan aktif pelajar secara intelektual. Membahagikan kuliah dengan aktiviti pemprosesan maklumat secara kooperatif yang pendek dapat meningkatkan apa yang dipelajari dan membina hubungan sosial antara pelajar. Beberapa struktur kooperatif berikut sesuai digunakan sebagai aktiviti kumpulan kecil semasa menggunakan pendekatan kumpulan besar (kuliah). Struktur tersebut merujuk kepada alat yang boleh digunakan untuk menguruskan interaksi dalam bilik darjah. 1. ‘Think-Pair-Share’: Anda boleh memberhentikan syarahan dengan memberikan soalan, item ujian atau isu untuk difikirkan secara ringkas oleh pelajar mula-mula secara individu (fasa ‘think’), kemudian dibincangkan bersama dengan rakan di sebelah (Fasa ‘pair’), Kemudian beberapa pasangan mengongsikan hasil perbincangan tadi dengan kelas. Teknik ini melibatkan tiga langkah: i) masa berfikir secara individu- pelajar mencari jawapan kepada soalan yang diberikan secara individu; ii) pelajar berbincang dan bertukar pendapat tentang jawapan secara berpasangan dan iii) hasil perbincangan berpasangan dikongsi dengan kumpulan lain/kelas. 2
  • 3. 2. ‘Three-Step Interview’: Setiap ahli kumpulan memilih ahli lain sebagai pasangan. Dalam langkah pertama, pelajar pertama meminta pasangannya dengan bertanya soalan untuk mendapatkan penjelasan. Pada pusiangan kedua, pasangan bertukar peranan dan pada langkah akhir, ahli-ahli berkongsi hasil kerja berpasangan dengan kumpulan. 3. ‘Round Robin Brainstorming’: Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil (4-6 orang) dengan seorang dilantik sebagai pencatat. Soalan yang memerlukan pelbagai jawapan dikemukakan dan pelajar diberikan masa untuk memikirkan jawapannya. Selepas masa berfikir diberikan, ahli-ahli bergilir-gilir memberikan respon jawapan. Pencatat mencatat semua jawapan ahli. 4. ‘Three-Minute Review’: Anda boleh berhenti sekejap semasa memberi kuliah dan beri masa tiga minit kepada kumpulan untuk meneliti semula apa yang telah dikuliahkan atau dibincangkan, tanyakan soalan klarifikasi atau apa-apa soalan yang sesuai untuk mendapatkan respon pelajar. 5. ‘Two Minute Paper’: Dalam teknik ini, beri pelajar masa dua minit untuk menulis tentang sesuatu, kemudian minta mereka kongsikan dengan rakan di sebelah. Kemudian pilih beberapa orang kongsikan apa yang ditulis kepada kelas. Pada akhir kelas, kertas yang ditulis, dipungut dan boleh digunakan dalam kelas seterusnya. 6. ‘Numbered Heads Together’: Contohnya satu kumpulan yang terdiri daripada empat ahli diberi nombor 1,2,3 dan 4. Kemudian, anda tanyakan soalan dan minta ahli-ahli kumpulan menjawab soalan bersama-sama supaya mana-mana ahli boleh menjawab soalan yang diberikan. Selepas itu, anda sebutkan mana-mana nombor katalah nombor dua dan semua ahli kumpulan bernombor dua diminta menjawab soalan tersebut. 7. ‘Team Pair Solo’: Pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan dulu kemudian berpasangan dan akhirnya bekerja secara individu. Struktur ini direkabentuk untuk memotivasi pelajar menangani masalah kurang kebolehan di kalangan pelajar. Jika diminta bekerja sendiri mungkin tidak dapat diselesaikan, maka mulakan dengan kumpulan, berpasangan dan akhirnya baru secara indiividu. 8. ‘Lecture-Write-Share-Learn’: Pensyarah minta pelajar bentuk pasangan untuk membincangkan apa yang dikuliahkan dan mencatat hasil perbincangan. Pada akhir kuliah, buat perbincangan rumusan dengan meminta pelajar berkongsi apa yang telah dibincangkan. Akhirnya buat rumusan keseluruhan dengan meminta pelajar secara bergilir menerangkan apa yang telah dipelajari menggunakan ayat: Saya belajar tentang…… 9. ‘Pose a Question-All Write-Discuss’: Tanyakan soalan kepada seluruh kelas, minta pelajar tuliskan respon mereka. Beri mereka masa 2 atau 3 minit untuk membuat refleksi dan menuliskannya. Kemudian minta beberapa pelajar ceritakan kepada kelas. Dipetik dari: Saemah Rahman. 2009. Pembelajaran kolaboratif dan kooperatif dalam Mohamed Amin Embi. Panduan amalan pengajaran Pembelajaran Berkesan. PPA: hal 93-106 3