Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Koperatif

7,494 views

Published on

Published in: Education

Koperatif

  1. 1. Bagaimana mengaplikasikan pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah?__________________________________________________________________________1.0 Pengenalan Mengenai Pembelajaran Koperatif Pada asasnya pembelajaran koperatif atau kooperatif merupakan suatu kaedah yangmenggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid-murid. Kaedah ini berstruktur danmenekankan penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan kemahiran penyelesaian masalahmatematik. Selain itu, murid-murid juga boleh bersosialisasi. Menurut Zahrah (1996), interaksiantara guru dan murid-murid dalam kerja kumpulan menentukan tahap pencapaian objektifpengajaran guru. Interaksi dua hala dan secara kumpulan merupakan iklim sosial pembelajaranyang paling berkesan. Murid-murid melakukan aktiviti secara aktif semasa proses pembelajaran koperatif danini meliputi pengalaman pembelajaran yang dirasai dan dialami sendiri oleh mereka. Aktiviti-aktiviti dirancang sebegitu rupa supaya berpeluang melibatkan diri secara aktif dalampembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum 1994). Semasa murid-murid belajar dalamkumpulan, mereka boleh berkongsi pengetahuan (intelek), memupuk nilai-nilai murni (rohani),bertimbang rasa (emosi) serta mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi (sosial).2.0 Bagaimana mengaplikasikan pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah? Pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah pengajaran dalam kumpulan yangbiasanya melibatkan 2 hingga 6 orang dalam satu kumpulan. Kaedah kumpulan merupakan satuinovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid-murid khususnyadalam pembelajaran matematik. Kumpulan murid terbahagi kepada dua iaitu kumpulan samakebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Kaedah kumpulan sama kebolehan membolehkanguru membimbing murid-murid mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktivitipengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Kaedah kumpulan pelbagai
  2. 2. kebolehan memberikan murid-murid peluang mengamalkan pengajaran sebaya, memupuksemangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial (BukuPanduan KBSR, 1982). Murid-murid dalam kumpulan boleh berkongsi kekuatan dan kelemahanmereka serta membangunkan pelbagai kecergasan mereka melalui aktiviti kumpulan. Permainan matematik adalah salah satu kaedah pembelajaran yang berpusat kepadamurid dan ia amat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik secarakoperatif. Terdapat banyak jenis aktiviti-aktiviti dalam kelas yang boleh menggunakan kaedahpengajaran pembelajaran kopertartif seperti Jigsaw, Think-Pair-share, Three Step Interview,RoundRobin Brainstorming, Three-minute Review, Numbered Heads Together, Team Pair Sola,Circle the Saga dan Partners. Teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran pula termasuk Three-step Interview, Roundtable, Focused Listing, Structured Problem-solving, One Minute Paper,Paired Annotation, Structured Learning Team Group Role, Send-A-Problem, Value Line, TeamExpectation dan Guided Reciprocal Peer Questioning. Sebagai contoh untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara koperatif dalamkelas 2U dan maklumat unit pembelajaran adalah seperti berikut:Tahun : 2UMasa : 9.00am-10.00am ( 1 jam )Tajuk : 1. Nombor BulatSub Tajuk : 1.1 Nombor dalam lingkungan 1000Objektif pembelajaran : 1.1.2 Membaca dan menulis nombor dalam lingkungan 1000Hasil pembelajaran : i. Murid dapat membaca angka dalam lingkungan 1000 ii. Murid dapat menulis nombor dalam perkataan selepas membaca nombor itu.Pengamalan sedia ada: Murid telah diajar membilang nombor dalam lingkungan 1000. Katakanlah saya menggunakan teknik pembelajaran koperatif Three-step Interview untukmelaksanakan aktiviti kumpulan dan jenis aktiviti dicadangkan ialah Think-Pair-share. Langkah-langkah pelaksanaan adalah seperti berikut:Langkah 1: (1 minit)
  3. 3. Membahagikan murid-murid kepada kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.Langkah 2: (1 minit)Setiap kumpulan diagihkan dua keping sampul surat yang bertanda 1 dan 2. Bahan dalam bentukad yang terletak dalam sampul surat dibahagikan kepada dua jenis: Sampul surat 1: terdapat 3 keping kad yang ditulis dengan nombor dalam perkataan. Sebagai contoh “ dua ratus lima puluh dua ”; 3 keping kad ditulis dengan angka, contohnya “ 252”. Sampul surat 2 pula terdapat 6 keping lembaran kerja yang semuanya ditulis dengan nombor dalam angka dan sekeping borang silang kata.Langkah 3: (3 minit)Murid-murid berkumpul dalam kumpulan masing-masing dan setiap kumpulan dibekal dengandua keping sampul surat iaitu sampul surat 1 dan sampul surat 2. Guru memberi talimatmengenai cara-cara menjalankan aktiviti tersebut.Langkah 4: (10 minit)Guru mengarahkan ketua kumpulan mengagihkan kad-kad dalam sampul surat 1 kepada setiapahli kumpulan. Setiap ahli kena membaca maklumat pada kad secara senyap. Setelah gurumemberi arahan mula, ketua kumpulan akan membaca maklumat dalam kad tanpa menunjukkankad tersebut kepada rakan-rakan lain dalam kumpulan. Setelah ketua kumpulan membacamaklumat dalam kadnya, ahli-ahli dalam kumpulan yang memegang kad mengandungimaklumat seiras dengan ketua kumpulan, mereka akan menjadi “pasangan”. Langkah inidiulangi sehingga “ pasangan” kedua dan ketiga muncul.Langkah 5: (15minit)Setiap “pasangan” berkongsi maklumat pada kad mereka dengan “ pasangan” lain dalamkumpulan dan luar kumpulan.Langkah 6: (10 minit)
  4. 4. Setelah siap aktiviti dalam sampul surat 1, guru boleh mengagihkan sampul surat 2. Murid-muriddiminta menjawab soalan-soalan dalam lembaran kerja. Mereka hendak menulis nombor dalamperkataan berdasarkan maklumat dalam kad. Mereka boleh membuat perbincangan untukmenyelesaikan masalah mereka.Langkah 6: (10minit)Ahli-ahli dalam kumpulan mengisi silang kata bersama-sama.Langkah 7:(10 minit)Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja di khalayak ramai. Daripada contoh di atas, jelas dapat menunjukkan murid-murid akan mempelajari sesuatukemahiran dalam keadaan yang lebih selesa dan bebas daripada tekanan. Murid yang lebih cerdikpandai juga boleh memberi tunjuk ajar kepada mereka yang lambat dalam pembelajaran. Setiappelajar akan menyumbang tenaga masing-masing supaya tugasan yang diagihkan dapatdiselesaikan bersama-sama. Dalam proses pembelajaran koperatif ini, guru perlu mengingatkansikap yang mesti ada pada pelajar dan apa yang murid akan mempelajari daripada aktivititersebut. Pembelajaran secara koperatif dapat menarik minat murid-murid melibatkan secara aktifdalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Mereka dapat berinteraksi dan berkongsipengalaman serta pengetahuan dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan. Pendekatan ini berupayameningkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat murid terhadap matematik kerana iamerupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan.

×