bmm31011

5,430 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
5,430
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
41
Actions
Shares
0
Downloads
319
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

bmm31011

  1. 1. PENDAHULUAN Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkanperhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu. Pendidikan jugamerupakan suatu proses komunikasi dan interaksi manusia dengan persekitarannyaseperti sekolah, tempat berkerja serta institusi masyarakat lain. Oleh sebab pendidikanadalah suatu proses menerima dan menyebar maklumat, maka ilmu dan budaya yangtersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembanganfizikal, sosial dan rohani manusia. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, nadi perpaduanbahasa pengantar utama , dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajarisetiap murid di peringkat sekolah rendah dan menengah. Mata pelajaran ini diajar untukmelengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi. KandunganSukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa . Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat FalsafahPendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.KurikulumBahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa danberkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selainitu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang laindi samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
  2. 2. Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektorpendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yangseimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.(Roselan Baki,2003). Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggungjawabdipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalamkalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul.
  3. 3. MATLAMAT Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah rendah adalah untukmelengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untukmemenuhi keperluan diri dalam urusan harian , perhubungan social dan memperolehilmu. MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU KETERAMPILAN BERKOMUNIKASI BERBAHASA PERHUBUNGAN URUSAN DIRI ILMU SOSIAL HARIAN
  4. 4. OBJEKTIFPada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSR, murid-murid sekolahrendah dapat:- i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal ii. Bertutur dan menyebut perkataan secara petah serta berintonasi dalam pelbagai situasi. iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai serta berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis v. Memupuk minat membaca satu amalan kerah membina budaya pembelajaran berterusan vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis. vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai penulisan jenis kreatif dan berunsur pengetahuan, menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dan betul; viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis; ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan
  5. 5. x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.
  6. 6. ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang digubal berfokuskan hasilpembelajaran ini, adalah berteraskan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiranmembaca, dan kemahiran menulis. Hasil pembelajaran juga menggabungkanperaturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum. Kemahiran Bahasa Pengisian Organisasi Hasil Kurikulum Kandungan Sistem Bahasa
  7. 7. JENIS JENIS KEMAHIRAN BAHASA MELAYU Kemahiran berbahsa Melayu meliputi kemahiranmendengar,bertutur,membaca,dan menulis.Kemahiran berbahasa merupakan teraspenguasan bahasa baku.Kemahiran yang pertama ialah kemahiranmendengar.Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar denganteliti,memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi penguacapan serta dapatmemberikan maklum balas. KEMAHIRAN MENDENGAR Merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti Memahami perkara yang didengar dengan mendalam Pelbagai situasi pengucapan seperti cerita ,arahan, perbualan,soal jawab,laporan,berita dan perbincangan
  8. 8. Kemahiran yang kedua ialah kemahiran bertutur.Kemahiran bertutur merupakankeupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikanmaklumat,pendapat,perassan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan danintonasi yang betul secara sopan.Penekanan diberi kepada pengucapan yangmenggunakan tatabahasa yang sesuai. KEMAHIRAN BERTUTUR Merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat , pendapat,perasaan,serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk serta penggunaan menggunakan tatabahasa bertutur pengucapan yang yang sesuai
  9. 9. Kemahiran yang ketiga ialah kemahiran membaca.Kemahiran membacamerupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan ,intonasi danjeda yang betul.Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulanpelbagai bahan sacara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.Membacaadalah proses kebalikan daripada proses menulis.Membaca dapat membantumemperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individudalam pelbagai bidang. KEMAHIRAN MEMBACA Merujuk kepada keupayaan pelajar membaca dengan sebutan ,intonasi,jeda,dan kelancaran yang betul Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan kemahiran menggunakan pelbagai teknik membaca untuk tujuan menimba ilmu pengetahuan dan memperoleh maklumat daripada pelbagai bahan bacaan
  10. 10. Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran menulis.Menulis merupakan prosespenghasilan simbol – simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yangmembentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat.Kemahiran menulismerupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melaluipelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalamanperibadi yang telah dilalui dengan menggunakan yat yang gramatis,tanda baca dan ejaanyang betul serta tulisan yang jelas ,cantik dan kemas.Murid juga digalakkanmenggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsurpengetahuan dan penulisan imaginatif. KEMAHIRAN MENULIS Pelajar harus berupaya menghasilkan pelbagai penulisan dengan tepat dan jelas penekanan harus diberi pada tentang perasaan penggunaan ayat yang ,pengalaman diri dan ilmu gramitis,tanda baca dan pengetahuan yang ingin ejaan yang betul disampaikan Pelajar juga digalakkan menghasilkan karya yang kreatif berdasarkan pemikiran yang kritis dan analiisis
  11. 11. HASIL PEMBELAJARAN Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulumBahasa Melayu.Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentangset kemahiran yang perlu dicapai oleh murid .Hasil pembelajaran dibina denganmenyepadukan kemahiran berbahasa ,sistem bahasa , dan pengisian kurikulum.Olehitu,murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasilpembelajaran.Hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan,kaedah,sumber,dan prosedurpengajaran yang relevan dan berkesan.Pendekatan yangberfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid mencapaihasil pembelajaran.Selain itu,hasil pembelajaran juga membantu dalam membuatpengukuran dan penilaian pencapaian murid. HASIL PEMBELAJARAN Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran Dapat dicapai dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid
  12. 12. SISTEM BAHASA Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku terdiri daripada tatabahasa , ejaan ,sebutan dan intonasi,kosa kata dan peribahasa.Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam matapelajaran yang lain pada peringkat rendah. Kosa Kata Tatabahasa Sebutan Umum Morfologi Istilah Bahasa Melayu Sintaksis Baku SISTEMPeribahasa BAHASA Sistem Ejaan Bahasa Kiasan Pola keselarasan vokal Simpulan Bahasa Ejaan kata pinjaman Perumpamaan Ejaan kata dasar dan Pepatah kata pinjaman Perbilangan Intonasi mengikut pola Jenis ayat Susunan ayat Ragam ayat Sistem berbahasa berfokus pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa,sistemejaan ,sebutan dan intonasi,kosa kata dan peribahasa.Penerangan ringkas bagi perkaratersebut dinyatakan tersebut dinyatakan dibawah .
  13. 13. Tatabahasa Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatanberbahasa.Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata.Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialahrupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota laindalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi kata asli bahasa Melayu serta kata pinjaman bahasa Melayu Bentuk kata pula terdiri daripada kata tunggal ,kata terbitan,kata majmuk dan kata ganda.Dalam Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu,penekanan hendaklah diberi pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna .
  14. 14. Bidang morfologi yang terakhir ialah golongan kata.Golongan kata terdiridaripada kata nama, kata kerja,kata adjektif serta kata tugas. Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaanatau konstruksi ayat. Ini bermakna,bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum ataurumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan danpenyusunan perkataanatau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan adalah unsur utama yang terdiridaripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek danpredikat.Selain itu,jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayatseruan. Disamping itu,ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif serta susunan ayat, iaitususunan biasa dan songsang juga diberi tumpuan.Tumpuan lain ialah binaan danproses penerbitan ayat binaan seperti ayat dasar,ayat tunggal,ayat terbitan atau ayatmajmuk.Aspek tanda baca juga merupakan aspek sintaksis yang perlu diberikantumpuan.
  15. 15. 2.0 Sistem Ejaan Dalam sistem ejaan 3 perkara yang ditekankan .Antaranya pola keselarasanhuruf vokal,ejaan kata pinjaman serta ejaan kata dasar dan kata terbitan.3.0 Sebutan dan Intonasi Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut dengan betulserta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenalpasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya muriddapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yangdiajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.Sebutan diajarkan supayamurid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola ayat sepertijenis ayat ,susunan ayat ragam ayat.Jenis ayat adalah ayat penyata, ayat Tanya,ayatseruan dan ayat perintahSusunan ayat pula adalah ayat biasa dan ayat songsangManakala ragam ayat ialah seperti ayat aktif dan ayat pasif.Pola intonasi bagi ayat yangpanjang juga perlu diajarkan agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas.4.0 Kosa kata Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah.Penguasaan kosa kataperlu dipertingkat dan diperkembang selarasdengan pertambahan ilmu dalam matapelajaran peringkat sekolah rendah.
  16. 16. 5.0 PeribahasaPeribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan danperbilangan serta kata-kata hikmat dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikanBahasa Melayu.Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat dan bahasa kiasan hendaklahmengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia.
  17. 17. PENGISIAN KURIKULUM Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu pengetahuandaripada pelbagai bidang ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturansosiobudaya, dankemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dankomunikasi, kemahiran belajar carabelajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,serta pembelajaran secara konstruktivisme, dan kontekstual.1.0 Ilmu Pengetahuan Pengetahuan merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin.Contohnya bidangsains, geografi dan lain-lain yang bolehdigunakan untuk memperkembang ilmu bahasadan kemahiran bahasa.Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang bolehdipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.2.0 Nilai Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untukmelahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia.Selain itu, penghayatan danamalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggidanberperibadi mulia.Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia adalah negarapelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung.Ini seterusnyadilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluanglobalisasi.
  18. 18. Nilai murni ini ialah:01.Baik hati02.Kejujuran03.Berdikari04.Kerajinan05.Hemah tinggi06.Kerjasama07.Hormat-menghormati08.Kesederhanaan09.Kasih sayang10.Kesyukuran11.Keadilan12.Patriotisme13.Kebebasan14.Rasional15.Keberanian16.Kebersihan fizikal dan mental17.Semangat bermasyarakat3.0 Kewarganegaraan Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran danpembelajaran mengutamakan pemupukansemangat cinta dan taat akan tanah air. Disamping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baikdan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.4.0 Peraturan Sosiobudaya Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunanbahasa, laras bahasa dan peribahasa yangdiamalkan dalam masyarakat Malaysia
  19. 19. KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH Kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan banyak kemahiran untuk memenuhikehendak pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berdasarkan kepada perkara-perkarayang dinyatakan dalam huraian sukatan pelajaran sekolah rendah dan falsafahpendidikan kebangsaan. Kemahiran bernilai tambah merupakan aspek yang sangatpenting dalam pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan lancar. Kemahiranbernilai tambah adalah kemahiran yang diajarkandi bilik darjah serta dapatdiaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan senario dunia global. Kemahiran ini yangmerangkumi pelbagai subkemahiran di bawahnya dapat membantu meningkatkankeupayaan atau potensi pelajar daripada segala aspek.Definisi Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat), kemahiran dinyatakan sebagaikecekapan atau kepandaian tentang sesuatu perkara. Nilai pula ditakrifkan sebagaikualiti, kadar atau taraf yang dimiliki oleh sesuatu sama ada benda, manusia atau apasaja bentuk entiti dan tambah ditakrifkan sebagai sesuatu yang ditokok pada sesuatuyang lain supaya menjadi lebih banyak. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1995), kemahiran bernilai tambah ialahkemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam suasanadunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global. Kemahiran bernilai inimelibatkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktivitimendengar, bertutur, membaca, dan menulis.Berdasarkan kepada definisi yangdiberikan oleh beliau ini, dapat kita fahami bahawa kemahiran bernilai tambah inimerupakan sebarang kemahiran yang boleh diajarkan kepada murid-murid dalammembantu meningkatkan keupayaan dan potensi individu seseorangmurid.Pelaksanaan atau penerapan kemahiran bernilai tambah ini terhadap murid-murid seharusnya menjadi unsur atau nilai tambah terhadap diri murid-murid untukdiaplikasikan dalam suasana sebenar murid tersebut iaitu dalam kehidupan seharianmurid.
  20. 20. Tuan Jah Tuan Yusof (2011)juga bersependapat dengan Kamarudin Hj. Husin(1995) berkaitan takrifan kemahiran bernilai tambah ini. Beliau memberikan definisiyang sama seperti takrifan sebelumnya iaitu yang mana kemahiran bernilai tambahialah kemahiran yang diajarkan kepada murid dan dapat diaplikasikan dalam keadaandunia sebenar. Hanya, beliau menambah bahawa kemahiran bernilai tambah ini adalahsama dengan kemahiran generik yang menjadi kemahiran yang dinamakan sebagaikemahiran bernilai tambah. Manakala, dari segi pelaksanaan pula, pendekatan danteknik serta kaedah tertentu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalambilik darjah.Di sini, dapat kita fahami juga yang mana kemahiran bernilai tambahmerupakan kemahiran yang menjadi nilai tambah atau dapat digunakan oleh muriddalam meningkatkan pemahaman dan keupayaan serta kebolehan dirimereka.Sebenarnya, kemahiran bernilai tambah ini diadapati daripada kemahirangenerik dengan sedikit pengubahsuaian berdasarkan kaedah dan teknik pengajaranyang bersesuaian. Berdasarkan definisi yang telah diberikan berkaitan kemahiranbernilai tambah ini, dapat kita simpulkan takrifan tersebut mengikut pemahaman kitaiaitu kemahiran bernilai tambah merupakan sebarang kemahiran yang dapat diajarkankepada murid-murid sebagai nilai tambah dalam memahirkan dan meningkatkankeupayaan dan potensi diri mereka untuk kemajuan diri.
  21. 21. KOMPENAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) , untuk menerapkan kemahiran bernilai tambah ini ke dalam diri setiap pelajar, terdapat beberapa komponen dalam kemahiran bernilai tambah Komponen-komponen inilah disebut sebagai kemahiran bernilai tambah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk diterapkan kepada pelajar melalui aplikasi teknik dan kaedah pengajaran tertentu. Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahun 2003 adalah seperti dalam rajah berikut. Terdapat lima komponen kemahiran bernilai tambah yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kemahiran Berfikir Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran KOMPONEN-KOMPONEN Kemahiran Kajian Kecerdasan Pelbagai KEMAHIRAN BERNILAI Masa Depan TAMBAHKemahiran Pembelajaran Kemahiran Teknologi konstruktivisme Kemahiran Pembelajaran Maklumat dan Komunikasi kontekstual Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah
  22. 22. TEORI KECERDASAN PELBAGAI Dalam Konteks Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP),seperti yang dinyatakan dalamBuku Kecedasan Pelbagai yang dibangunkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,Howard Gardener mendefinisikan Teori Kecerdasan Pelbagai seperti berikut: “An intelligence is the ability to solve problem or to create products that are valued within one or more cultural settings. Frames of Mind 1983 Menurut Howard Gardener, Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)bukan sahajameluas keluarga kecerdasan,malah menjana definisi dan konsep kecerdasan yangreleven dalam pendidikan hari ini.Manakala Linda Chambell,Bruce Chambell dan DeeDikson melihat dan merumuskan definisi Howard Gardener sebagai sesuatu kebolehanmenyelesaikan masalah yang dihadapi dalam keluarga.Selain itu,ianya boleh menjanamasalah baru untuk diselesaikan.Akhirnya bolehlah dikatakan sesuatu kebolehanmembuat sesuatu atau menawarkan perkhdmatan yang bernilai dalam lingkungansesuatu budaya. Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik,kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlumengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaranyang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individumempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza Jenis-jenis kecergasan yang terkandung dalam kemahiran kecerdasan pelbagaiialah seperti dalam jadual di bawah berikut.
  23. 23. Jenis Huraian KecerdasanVerbal Linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, menyakinkan orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.Logik matematik Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab dan akibat serta kebolehan menjangka.Visual-ruang Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.Kinestetik Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.Muzik Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempoh dalam melodi dengan mudah.Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti menggalakkan murid menyertai sesuatu projek.
  24. 24. Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama ada berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juga membantu individu menangani perasaan, beradap sopan, serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.Naturalis Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan, galian, dan binatang, termasuk rumput dan batu-batuan, serta pelbagai flora dan fauna. Kecerdasan ini juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pekaian dan makanan. Jenis-jenis kecerdasan pelbagai Teori Kecerdasan Pelbagai diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaranadalah untuk menyokong besepadu yang menyuluruh selaras Falsafah PendidikanKebangsaan dan keperluan murid.Teori Kecerdasan Pelbagai membantu guru untukmenerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiapmurid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan.Teori Kecerdasan Pelbagaimembantu untuk meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedaribahawa potensinya tidak batas.Teori Kecerdasan Pelbagai juga meningkatkan hargadiri , kreativiti ,dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yangmenyeronokkan.Teori Kecerdasan Pelbagai juga menggalakkan inovasi danpenyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, Teori KecerdasanPelbagai mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah serta mempelbagaikan carapenilaian.pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaiandengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.
  25. 25. KEMAHIRAN BERFIKIR Berdasarkan kepada pendapat beberapa orang pakar seperti di bawah ,kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama adauntuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dankeputusan atau menyelesaikan masalah. …… melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. (Mayer, 1977) ……merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. (Fraenkel, 1980) … ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. (Beyer, 1991) Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat)pula, kemahiran dinyatakan sebagaikecekapan atau kepandaian tentang sesuatu perkara.Berfikir pula dikatakanmengunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2011),kemahiran berfikir adalah apa sahajaproses kognitif yang diperincikan dalam satu set langkah-langkah yang jelas yangkemudiannya digunakan untuk memandu pemikiran. Contohnya, membuat inferensatau andaian adalah proses kognitif yang terlibat dalam kebanyakan kurikulum yangstandard. Daripada definisi ini, dapat difahami bahawa kemahiran berfikir merupakansebarang bentuk atau proses mental atau pemikiran yang berlaku dalam minda kita.Pemikiran itu boleh menjadi apa sahaja jenis atau bentuk pemikiran yang dihasilkandalam minda kita kerana perkara utama yang dilihat ialah berlakunya proses penjanaanatau pensintesisan tentang apa sahaja menggunaka minda kita.
  26. 26. Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan ini, dapat kita fahami bahawakemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukanpemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.Kemahiran berfikir, sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikanmasalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjayamurid padamasa depan Antara kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran danpembelajaran bahasa ialah:1. mencirikan2. mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan3. menghubungkaitkan4. membandingkan dan membezakan5. menyusun mengikut keutamaan6. menentukan urutan7. mengenalpasti kenyataan benar dan palsu8. membezakan fakta (Menurut … dalam bukunya, )9. menganalisis10. mengesan kecondongan pendapat11. mengenalpasti sebab dan akibat12. meramalkan13. mensintesiskan14. mengitlak15. menganalogikan16. membuat inferens
  27. 27. 17. membuat kesimpulan18. menginterpretasikan, mentafsirkan19. menilai20. menjana idea21. mereka cipta22. merumuskan, meringkaskan23. menyelesaikan masalah24. membuat keputusan . Kita dapat simpulkan bahawa Kemahiran Berfikir (KB) Kemahiran berfikir dapatmembantu murid dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, ataumembuat keputusan untuk kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan yangpenuh dengan cabaran.Akhirnya,pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secaraefektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat olehKementerian Pelajaran.
  28. 28. KAJIAN MASA DEPAN Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan untuk mendidikgenerasi baru untuk bersiap sedia menghadapi cabaran dan perubahan yang bakaldihadapi.Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan juga merupakan strategi secarasaintifik yang yang dibina bagi menambahakan keupayaan dan kebolehan murid dalammenghadapi pelabagai jenis cabaran kehidupan dan membuat keputusan. Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat),Kajian dinyatakan sebagaikegiatan,proses atau usaha mengkaji.Masa pula dikatakan waktu atau ketika .Manakaladepan dimaksudkan sebagai hadapan.Jadi Kajian Masa Depan adalah sesuatu usahauntuk mengharungi cabaran pada waktu hadapan seseorang murid. Menurut Mok Soon Sang (2004), kajian masa depan bertujuan untuk mendidikgenerasi baru yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahanmasa dan kehendak.Kajian masa depan membantu generasi ini untuk menyedari bahawa masa depan akanberubah dengan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka juga boleh merancangmasa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan,rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan.Pengajaran masa depan membolehkan murid menangani cabaran sebagai ahlimasyarakat global yang berperanan aktif pada masa depan. Secara Kesimpulanya, dapatlah kita simpulkan Kajian masa depan ialah satupendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu
  29. 29. perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Inibermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikanperubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.Akhirnya pelajar mampumembuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspekpembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.
  30. 30. KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Dalam Kamus Dewan (1966), kemahiran dinyatakan sebagai kecekapan ataukepandaian tentang sesuatu perkara.Teknologi pula dikatakan sebagai aktiviti ataukajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis.Maklumat puladimaksudkan sebagai makluman atau pemberitahuan dan pengumumnan.Seterusnyakomunikasi dinyatakan sebagai sejenis perhubungan secara langsung atau denganperantaraan. Penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran bermaksud menggunakanICT secara berfikrah,terancang, dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapanproses dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.Melalui penggunaan ICTsecara berfikrah,terancang, dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajarandan pengajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadappelajaran.Selain itu ,Penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran jugamemberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagaikeupayaan .Ia juga dapat meningkatkan motivasi murid serta membolehkanpembelajaran bersendiri. Berdasarkan pendapat Mok Soon Sang (2004),kemahiran ini perlu dikuasaisejajar dengan perkembangan konsep “world class education”. Tujuan guru mengajarkemahiran ini ialah untuk menghasilkan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan danmahir dalam bidang sains dan teknologi. Guru yang hendak mengajar kemahiran iniperlu memastikan sekolah mempunyai kemudahan makmal komputer, bilik media, bilikInternet,danbilik studio (video conferencing). Penggunaan ICT sebagai alat aplikasidalam pengajaran dan pembelajaran dapat membolehkan murid memberikan tumpuan
  31. 31. kepada aktiviti pembelajaran autentik serta guru boleh mengemukakan masalah yanglebih mencabar minda murid. Kemahiran Teknologi Maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada muridsupaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi sepertimenghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalammenyempurnakan tugasan harian, dan memperolehi maklumat melalui internet.Kemahiran generik ini berasaskan empat bentuk penggunaan TMK dalam pengajarandan pembelajaran iaitu:TMK untuk pembelajaran tutorial Pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer dan perisian pendidikansama ada dalam CD-ROM, cakera keras atau laman web, membolehkan kandunganpelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal oleh sistem.Pembangunan perisian kini ,mereka bentuk perisian pendidikan bercirikan sistemtutorial pintar (intelligent tutorial system) dan berupaya menyesuaikan maklumatmengikut tahap keupayaan murid.TMK untuk tujuan penerokaan. Penggunaan TMK secara penerokaan yang berasaskan pendekatankonstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan mengaksesmaklumat daripada CDROM, internet dan portel maklumat , mengkaji sesuatufenomena secara simulasi dan demonstrasi yang langkah atau prosesnya dikawal olehmurid sendiri.
  32. 32. TMK sebagai alat aplikasi. Murid berupaya menggunakan perisian untuk membuat tugasan danmenggunakan perisian aplikasi umum seperti pemproses kata, hamparan elektronik,perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasi lain seperti penyemak ejaan,tesaurus dan sebagainya.TMK sebagai alat pemudah komunikasi. Kaedah ini membolehkan murid menghantar, menerima dan berkongsi maklumatdengan guru atau murid lain menerusi perkembangan terkini. Komunikasi dilakukandalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau kombinasinya.Secara kesimpulanya, Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkankepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuankomunikasiseperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisiandalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melaluiinternet.Akhirnya pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektifbersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat olehKementerian Pelajaran.
  33. 33. PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dancarabagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan telah mula menarik perhatianpara pendidik seluruh dunia. Pandangan baru ini menganggap murid bukan hanyamenerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membinapengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pandangan ini dikenalisebagai Konstruktivisme yang mampu menyediakan warganegara yang berupayamenghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkanbagaimana pengetahuan disusun dalam minda murid. Unsur-unsur konstruktivismetelah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkatsekolah tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Pendekatan konstruktivisme dapat melahirkan pelajar yang boleh membinapemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri secara aktif berdasarkanpengetahuan dan pengalaman mereka sendiri.Konstruktivisme menekankan pemikirankritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, sertapembinaan pengalaman melalui interaksi sosial. Pembelajaran konstruktivismeberasaskan format 5E yang berikut:Engage (menghubungkait) - merangsang rasa ingin tahu murid dengan memberikantugasan , mengemukakan soalan dan mencetuskan minat.Explore (meneroka) - memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan,
  34. 34. menggalakkan kerja berkumpulan dan menjalankan eksperimen.Explain (menerangkan) - menerangkan konsep, istilah, menyoal balas penerangan,meminta bukti dan alasan dan penjelasan.Elaborate (menghuraikan) - mengembangkan konsep dalam konteks lain, membuatdan meneliti hubung kaitan konsep / topik dalam perkara lain serta membuat hubungkaitan konsep / topik dengan situasi sebenar.Evaluate (menilai) - menguji kefahaman murid, menunjukkan kefahaman ataupengetahuan konsep, mengukur pengetahuan dan kemahiran murid danmengemukakan soalan terbuka. Menerusi prinsip pembelajaran konstruktivisme , murid akan lebih tajam, yakindan seronok untuk belajar serta penyediaan asas amalan pembelajaran sepanjanghayat.Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepadapengetahuan sedia ada. Kesimpulannya ,Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membinasendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan danpengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yangditerima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuanbaru.Akhirnya,pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif
  35. 35. bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat olehKementerian Pelajaran. PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalamanharian individu, masyarakat dan alam pekerjaan dikatakan sebagai PembelajaranKontekstual.Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkanaktivitihands-on dan minds-on.Pembelajaran Kontekstual hanya berlaku apabila muriddapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermaknadalam rangka minda mereka.Jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagaidengan bermakna kepada muridPembelajaran Konteksual akan menjadi lebihberkesanPembelajaran Konteksual akan menjadi lebih berkesan. Bagi menghasilkanpembelajaran yang berkesan penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaranpembelajaran Pendekatan pembelajaran ini mengaitkan isi pelajaran dengan pengalamanharian murid, masyarakat dan alam pekerjaan.Antara prinsip pembelajaran kontekstual ialah:1. kandungan pelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai.2. berpusatkan murid3. menekankan pembelajaran secara konkrit4. berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal (hands-on) dan berfikir5. menekankan interaksi
  36. 36. 6. pembelajaran koperatif7. akses kepada maklumat Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuanbaru secara bermakna dengan kehidupan mereka. Kesimpulannya,teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akanberlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan carayang bermakna kepada mereka.Minda seseorang akan cuba mencari makna dalamkonteksdengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan denganpersekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaianaspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja ataukehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkanpersekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalamkontekssosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasilpembelajaran yang dihasratkan.Akhirnyapelajar mampu membuat pembelajaran kendirisecara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayatoleh Kementerian Pelajaran.
  37. 37. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANa.Pendekatan Berpusatkan Murid Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayuharuslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksidan menguasaikemahiran belajar melalui pengalaman sendiri.Oleh itu, murid dapat membinakeyakinan berbahasa.b.Kepelbagaian Teknik Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagaikaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran danpembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran danpembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantubelajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secarakritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.c.Kepelbagaian Sumber BahanPenggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu.Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, bukurujukan, kamus, Internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklahdigunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan ekstensif .
  38. 38. d.Penggunaan Tatabahasa yang tepat Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menekankan penggunaantatabahasa mengikut kemampuan murid. Untuk mencapai tujuantersebut, guru perlumerancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contohpenggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna samaada di dalam atau di luar bilik darjah.e.Bacaan Luas Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan danmembentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan gaya berfikirdan minat ingin terusmembaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu denganmenggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera.Pengajaran dan pembelajaran bolehdilaksanakan melalui penyerapan.
  39. 39. PENEKANAN KONSEP 5P Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konseppenggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan danpenilaian.Ini selarasdengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.a. Penggabungjalinan Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran danpembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara inijuga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapatdigabungjalinkan,sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran ataukemahiran daripada mata pelajaran lain.b. Penyerapan Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilaitambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar carabelajar, kajian masa depanboleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalampelbagai mata pelajaran.c. Pengayaan Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum SekolahRendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat,dan minat.Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secarabersendirian atau dengan bimbingan guru.Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad,
  40. 40. permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasaikemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masayang ditentukan.d. Pemulihan Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiranasas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yangditetapkan.Bahan untuk programini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang bolehdigunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar.Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatukemahiran .e. Penilaian Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran danpembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yangberguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.Oleh itu, penilaianperlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran danpembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenistindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untukmenjalankan pemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenisaktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.
  41. 41. KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat), kemahiran dinyatakan sebagaikecekapan atau kepandaian tentang sesuatu perkara.Perkataan „belajar‟ bermaksudmemperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran.Belajar ialah satu proses tindakan yangdilakukan oleh seseorang untuk mencapaisesuatu tingkah laku baru secarakeseluruhan. Perubahan yang berlaku dalam diri yangdimaksudkan ialah perubahanyang berlaku akibat dari proses pembelajaran tadi. Selain itu,belajar juga bermaksudsatu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yangdiperolehi yangmembawa kepada perubahan pengetahuan dan kebolehan .Manakala cara ditakrifkansebagai aturan sistem jalan untuk membuat sesuatu. Mok Soon Sang (2004) menjelaskan bahawa belajar berlaku apabilaberubahnyapengetahuan dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan inibiasanya disedari olehdiri sendiri atau kadang kala juga disedari oleh orang yangberada di sekeliling.Perubahan iniadalah berlaku secara sengaja ataupun tidaksengaja.Perubahan tersebut boleh jugamempengaruhi dan mengubah hidup seseorangataupun ianya hanya sesuatu yang bolehdilupakan. Ada sesetengah individumerasakan bahawa proses pembelajaran dan pengajaranmerupakan sesuatu yangmemberatkan pemikiran. Kemahiran Belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiranmemperoleh teknik pembelajaran secara efektif dengan atau tanpa guru. Pelajar perlubelajar cara belajar supaya mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatandalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas atau luar kelas dan seterusnyaberusaha untuk mencari jalan untuk mengatasi kelemahan dan menggunakan
  42. 42. kelebihan atau kekuatan yang ada untuk memaksimumkan pencapaian dalampelajaran. Penguasaan kemahiran BCB amat penting bagi pelajar lantaran masapengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah amat terhad.Hal inimenyebabkan ilmu pengetahuan yang diterima oleh pelajar juga terhad. Oleh itu,pelajar harus belajar cara untuk memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkanpenguasaan mereka dalam mempelajari sesuatu. Dalam erti kata lain, BCB akanmembantu pelajar supaya mampu dan berupaya untuk belajar sendiri tanpaguru.Dengan menguasai kemahiran BCB, pelajar juga mampu menilai tahappembelajarannya sendiri dan seterusnya membuat sesuatu untuk meningkatkanprestasinya dalam pelajaran. Kemahiran belajar meliputi keseluruhan kemahiran yang biasanya cubaditerapkan oleh guru Bahasa Melayu ( sama ada peringkat sekolah rendah mahupunsekolah menengah) dalam P&P mereka (terkandung dalam Sukatan Pelajaran BahasaMelayu) iaitu meliputi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca,kemahiran menulis dan mencatat nota dan kemahiran menghafal
  43. 43. 1. Kemahiran Mendengar dan BertuturKemahiran mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahamiperkara yang didengar dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta ideayang kritis dan kreatif secara lisan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada dalamperbualan harian atau situasi formal. Kemahiran mendengar dan bertutursememangnya saling berkaitan.Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasaioleh pelajar.Malangnya, pelajar sering mengabaikan penguasaan kemahiran ini keranamenganggap kemahiran mendengar kurang relevan dalam meningkatkan penguasaandalam pelajar.Begitu juga pelajar kurang melibatkan diri secara aktif dalamperbincangan di dalam atau di luar bilik darjah.Sangkaan tersebut ternyata meleset.Sebenarnya, mendengar dan bertutur merupakan elemen penting dalam proseskomunikasi yang berkesan antara manusia. Dalam komunikasi yang efektif, pelajarperlu menjadi pendengar yang baik.Pelajar perlu mendengar dengan teliti dan memberiperhatian terhadap perkara yang disampaikan. Selepas itu, pelajar juga harus mampumengeluarkan pendapat atau pandangan terhadap sesuatu isi pelajaran yang dipelajariTujuan kita mendengar sesuatu adalah untuk mendapat maklumat, fakta ataupengetahuan daripada perkara yang didengar. Tidak kira siapapun penyampainya,yang pentingnya ialah orang tersebut mampu memberikan maklumat, memberipenjelasan tentang sesuatu yang bermakna kepada kita supaya kita lebih memahamihal tersebut..
  44. 44. Begitu juga halnya dalam P&P di bilik darjah.Pelajar perlu memberikan perhatianyang sepenuhnya terhadap perkara yang disampaikan oleh guru.Caranya, pelajar perlumendengar dan memandang ke arah guru serta memberi fokus terhadap perkara yangdiajarkan oleh guru.Amat perlu untuk pelajar mendengar penjelasan guru tentangsesuatu perkara yang dipelajari supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran. Sekiranya ditanya oleh guru, pelajar harus berkemampuan untuk memberijawapan.Begitu juga halnya ketika pelajar tidak jelas atau memahami sesuatu isipelajaran.Dalam hal ini pelajar berupaya mengaju soalan kepada guru atau rakan-rakanbagi memperoleh maklumat yang dikehendaki.Kemahiran Membaca Pelajar perlu menguasai kemahiran membaca untuk memperoleh infomasi , ilmupengetahuan dan maklumat tentang sesuatu perkara. Membaca juga merupakan satubentuk komunikasi iaitu komunikasi antara pembaca dan penulis.Terdapat 4 tahap kemahiran membaca iaitu:a. SkimmingSkimming merupakan satu bentuk kemahiran membaca untuk mendapat gambarankeseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan atau teks bacaan . Misalnya,apabila kita membaca surat khabar, tentunya kita tidak akan membaca perkataan demiperkataan, sebaliknya kita akan melakukan imbasan terhadap petikan yang terdapatdalam surat khabar tersebut.
  45. 45. Skimming dilakukan 3 atau 4 kali lebih cepat daripada pembacaannormal.Kebanyakan orang melakukan pembacaan secara skimming apabila merekamempunyai banyak bahan yang perlu dibaca dalam masa yang terhad.Kemahiranskimming wajar dikuasai pelajar supaya pelajar dapat menjimatkan masa ketikamencari maklumat atau informasi tertentu melalui pembacaan artikel di internet ataubacaan buku rujukan.Skimming amat berguna kepada pelajar terutamanya ketikapelajar ingin mencari informasi melalui internet. Pelajar perlu membuat pembacaansecara skimming untuk melihat sama ada sesuatu bahan tersebut memenuhi keperluanpelajar atau berkaitan dnegan maklumat yang ingin diperoleh oleh pelajar. Ada terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan ketika skimming.Pelajarboleh membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah atau carta.Pelajar bolehmembaca perenggan pendahuluan dan penutup seuatu teks.Selain itu, baca jugahanya ayat pertama setiap perenggan.Biasanya ayat pertama ini memberi idea utamayang ingin disampaikan oleh penulis.Cara bacaan ini adalah lebih sesuai sekiranya pelajar ingin mencari maklumat tertentubukannya untuk pemahaman teks. Paling sesuai sekiranya pelajar ingin mengetahuitentang sesuatu tarikh, nama, tempat dan maklumat-maklumat yang spesifik sepertidata atau fakta ringkas. Malah skimming boleh digunakan untuk melihat graf, jadualatau carta.
  46. 46. Scanning Scanning atau imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan informasiyang lebih terperinci daripada bacaan skimming.Biasanya, melalui kemahiran membacasecara scanning pelajar mampu mencari jawapan kepada pelbagai persoalan yangtimbul dalam sesuatu topik pelajaran. Dalam erti kata lain, dalam kebanyakan situasi,pelajar tahu perkara yang ingin dicari. Lantaran itu, fokus pembacaan ialah mencarikata-kata kunci yang tertentu dalam mencari jawapan tersebut.Membaca secaraimbasan melibatkan tindakan menggerakkan anak mata dengan cepat untuk mencariperkataan khusus atau frasa-frasa tertentu. Sebenarnya, pembacaan secara scanning atau imbasan ini merupakan satukaedah cepat untuk mendapatkan fakta tertentu dalam buku teks atau buku rujukan.Scanning juga merupakan satu langkah awal bacaan kerana melalui cara ini, pelajarboleh mengetahui istilah-istilah baru dan seterusnya mencari maknanya dalam kamusatau glossari dan menjimatkan masa ketika membuat pembacaan sebenar atau bacaanberat untuk pemahaman. Menguasai kemahiran membaca secara scanning melibatkan masa yang tidaklebih daripada beberapa minit. Hal ini membantu pelajar menjimatkan masa dan dalammasa yang sama mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan.Hanya selepas itu, pelajar boleh membuat keputusan dalam menentukan tahapkepentingan sesuatu istilah, konsep dan bahagian dalam teks atau buku teks mahupunbuku rujukan yang memerlukan perhatian khusus ketika pelajar membuat ulang kajiatau membaca untuk belajarBaca Laju Kemahiran bacaan laju merupakan kemahiran membaca secara cepat tetapidalam masa yang sama memahami bahan yang dibaca. Dalam bacaan laju, tumpuanutama kepda idea utama atau isi-isi penting dalam sesuatu bahan bacaan.Penguasaankemahiran bacaan laju banyak membantu pelajar menggunakan masa yang terhad
  47. 47. secara optimum. Hal ini disebabkan oleh pemerolehan maklumat atau fakta yangdiperlukan oleh pelajar dapat dilakukan dalam masa yang singkat dan dengan kadaryang cepat. Bacaan berat atau bacaan intensif Bacaan berat atau bacaan intensif ialah kemahiran membaca untukmendapatkan informasi secara terperinci.Bacaan intensif memerlukan fokus yangmendalam dan penelitian terhadap bahan atau teks yang dibaca. Dalam menguasaikemahiran membaca intensif ini , pelajar perlu memiliki ketekunan dalam pembacaanyang tinggi. Pelajar juga perlu memperuntukan masa yang panjang untuk melakukanbacaan berat kerana bacaan berat melibatkan masa yang lebih lama supaya pelajarboleh mendapat maklumat dan memahami teks atau bahan bacaan secara jitu danmantap.Kemahiran Menulis dan Mencatat Nota Kemahiran Belajar cara Belajar tidak sahaja memerlukan pelajar itu menguasaikemahiran bertutur, mendengar dan membaca tetapi yang lebih penting ialahmenguasai kemahiran menulis terutama kemahiran menulis nota dan menulis cepat.
  48. 48. Kemahiran mencatat nota melibatkan aktiviti merekodkan data, maklumat,informasi, fakta atau isi-isi penting daripada sesuatu bahan sama ada bahan yangdibaca, didengar atau dilihat. Cataran nota akan membantu pelajar untuk lebihmemahami isi pelajaran. Selain itu, nota tersebut berguna sebagai bahan rujukan dalammengulang kaji pelajaran pada masa-masa yang akandatang. Kemahiran menulis cepat ialah kemahiran menulis dengan kadar yang laju dancepat dalam tempoh masa yang terhad. Walau bagaimnapun, tulisannya mestilah bolehdibaca dan difahami. Penguasaan kemahiran menulis cepat akan membantu pelajarmenulis sebanyak mungkin maklumat dalam jangka masa yang terhad dan hal inimembantu peljar menjimatkan masa. Selain itu, seseorang yang menguasai kemahiranini akan mampu memberikan jawapan yang mengandungi banyak isi ketika menjawabsoalan peperiksaan.Kemahiran Mengingat atau Menghafal Mengingat dan menghafal merupakan satu bentuk kemahiran yang perludikuasai oleh pelajar jika ingin berjaya dalam pelajaran.Kemahiran mengingat ataumenghafal merupakan kemahiran mengingati semula isi-isi pelajaran dan fakta-fakta
  49. 49. yang telah dipelajari sebelum ini. Faktor penting yang membantu proses mengingat atau menghafal ialahkefahaman tentang sesuatu bahan yang dibaca dan dipelajari. Kemahiran mengingatatau menghafal banyak dibantu oleh deria pendengaran dan penglihatan yangbaik.Dalam hal ini, maklumat atau informasi diterima daripada deria dan disimpandalam otak.Kemahiran mengingat dan menghafal membantu informasi yang diterimadisimpan dalam ingatan kekal dan mampu digunakan semula pada masa yangdiperlukan.Kemahiran Mengumpul Maklumat Kemahiran maklumat merupakan satu aspek kemahiran BCB yang palingutama.Dalam hal ini, pelajar bukan sahaja mampu mengenal pasti maklumat yang perludicari, tetapi juga mampu mengumpul, mengurus dan mengolah maklumat supayamaklumat tersebut dapat digunakan bagi memenuhi keperluan dalam pembelajaran.Kemahiran ini perlu dikuasai pelajar supaya pelajar mampu memperoleh maklumattambahan dalam pelajaran.Hal ini disebabkan pelajar tidak boleh semata-matabergantung kepada maklumat yang diberikan oleh guru-guru. Apabila pelajarmenguasai kemahiran maklumat, bermakna pelajar berupaya mengenal pasti sumberpembelajaran, kaedah atau teknik mendapatkan maklumat sama ada melalui rujukanbuku, rujukan kamus atau rujukan melalui sumber internet.
  50. 50. Tuntasnya, dengan menguasai kemahiran cara belajar sama ada dengan atau tanpakehadiran guru, pelajar dapat memaksimumkan usaha dan mengoptimumkanpemerolehan ilmu pengetahuan . Dalam masa yang sama, penguasaan kemahiran carabelajar mampu membantu pelajar menggunakan masa secara berkesan. Bukan sahajapelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaranpelajar sendiri serta cuba untuk mengatasinya namun yang lebih penting pelajarmampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekananaspek pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.
  51. 51. REFLEKSI Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya kerana diberikanruang dan peluang untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerjakursus ini ialah Kemahiran bernilai tambah .Sepanjang menjalankan kerja kursus ini,pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi. Pertama sekali menerima tugasan ini persoalan utama yang berlegar-legar danmuncul di kotak minda saya ialah dapatkah saya menyiapkan kerja kursus inimemandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa kerja kursus yang lain yangperlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberitekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut.Walaubagaimanapun, saya tidak mengambil mudah untuk memberi alasan dan helah untuktidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, sayamenyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telahdiberikan.Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikantidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah tajuk-tajukyang sudah saya diberi taklimat ketika menghadiri kursus semakan kurikulum. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, pelbagai inisiatif telah saya ambil bagimengatasi masalah-masalah yang telah saya hadapi tersebut.Antaranya termasuklahmencari bahan rujukan buku yang terdapat di perpustakaan awam teluk intan untukmencari dan mengumpul maklumat berkaitan tajuk tugasan yang telah diberikan. Bagimempelbagaikan sumber dan bahan rujukan yang digunakan, saya juga telahmeminjam dan menggunakan bahan rujukan buku daripada rakan-rakan saya. Dalammemastikan bahan rujukan yang saya gunakan adalah bersesuaian dan menepatikehendak serta dapat menjawab soalan, saya telah melakukan kolaborasi atauperbincangan dengan para pensyarah dan rakan-rakan dalam penulisan tugasan initerutamanya bagi soalan yang sedikit sukar untuk difahami. Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini sepenuhnya, saya telah berjayamempelajari dan mengetahui beberapa pengetahuan yang baru berkaitan tajuktugasan.Walaupun tajuk tugasan sudah pun dipelajari dalam kursus semakan namun,
  52. 52. pelaksanaan tugasan ini telah membantu meningkatkan dan menambahkan lagipengetahuan yang sedia ada yang telah saya perolehi tersebut. Dalam erti kata lain,pelaksanaan tugasan ini dapatlah dikatakan sebagai sesi ulangkaji secara tidaklangsung kerana, dalam penulisan tugasan sebenarnya saya melakukan bacaanterhadap rujukan yang saya gunakan. Melalui bacaan inilah saya dapat menambahkanlagi pengetahuan saya berkaitan tajuk soalan yang dibincangkan. Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjangpelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalammelaksanakan penulisan tugasan ini.Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapatsoalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif denganmelaksanakan penulisan tugasan seberapa langsung.Hal ini kerana, jika saya dapatmelaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya dapat mengelakkan untukmelaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang sayahasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telahditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa denganbaik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambathanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini. .Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengansempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yangdiperlukan.
  53. 53. RANCANGAN PENGAJARAN TUGASAN BMM3101 BELAJAR CARA BELAJARTarikh : 05 Ogas 2011Masa : 10.05 pagi – 11.05 pagiKelas : Tahun 5Subjek : Bahasa Melayu (SJK)Tema : Motivasi DiriTajuk : Penyair Dari BachokSaiz Kelas : Saiz StandardTahap Pencapaian Pelajar : SederhanaObjektif : Pada akhir pembelajaran :- 1. Murid dapat membaca teksPenyair Dari Bachok secara imbasan untuk mendapat maklumat tentang sumbangan Sasterswaan Lim Swee Tin. 2. Murid dapat membuat ringkasan dalam bentuk bahan grafik tentang sumbangan Sasterawan Lim Swee Tin.Hasil Pembelajaran : F.U 6.5 Aras 1 (i) 6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus. Aras 1 (i) Membaca dan mencari fakta yang releven. F.S 9.2 Aras 2 (i) 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca Aras 2 (i) Mencatat nota dalam bentuk grafikPengisian KurikulumKemahiran Bernilai Tambah : Belajar Cara Belajar -Bacaan Imbasan -Mengumpul MaklumatNilai Murni : Kerajinan ,ilmu : Kajian Tempatan
  54. 54. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal , Verbal-linguistik Tatabahasa : Kosa Kata Bahan Bantu Mengajar : Teks , Slaid Power Point,Kertas Mahjong Strategi P & P : Kaedah dan Teknik – Perbincangan dan pembentangan, Pengukuhan Setting Bilik Darjah : Murid duduk berkumpulan Pengetahuan sedia ada : 1. Murid pernah baca tentang sasterawan 2.Murid pernah mencatat isi mengunakan bahan grafik. Prosedur dan Isi Kandungan / Aktiviti P & P Catatan Masa KemahiranSet Induksi Tokoh Sasterawan di dalam 1. Guru menayangkan satu BBM:5 Minit Persembahan Power Point persembahan power point Laptop, LCD dan dalam bentuk puzzle 2. Murid diminta Persembahan Power menggabungkan gambar Point Lim Swee Tin yang terdapat pada Nilaimurni: persembahan power point -Keberanian tersebut . (memberi 3. Guru bersoal-jawab dengan respons kepada murid mengenai tokoh soalan guru) sasterawan yang tertera. -Kesyukuran -Kemahiranmenjana ideaMemperjelaskan Teks : Penyair dari Bachok 1. Guru membaca teks tersebutKonteks terlebih dahulu. BBM: 2. Murid diminta membaca teks Petikan buku teks10 Minit secara imbasan. “Penyair dari Bachok” 3. Secara berpasangan,murid KBT : BCB diminta membaca teks secara Bacaan Imbasan lantang dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. 4. Guru membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid.
  55. 55. 1. Murid menjawab soalan yang BBM: Tatabahasa: diajukan oleh guru Buku teks,InternetPengajaran berdasarkan petikan (BT hlm. Ensiklopedia dan15 Minit Kreatif 66) Brosur Penataran 2. Guru menerangkan maksud Fakulti perkataan yang sukar dalam Deklamasikan petikan. KBT : BCB 3. Secara berpasangan,murid Bacaan Imbasan diminta mencari maklumat tentang sumbangan Lim Swee TinMenyemak Aktiviti Berkumpulan:Kefahaman Contoh Bahan Grafik ‘Jom Bina Bersama’ BBM: 1. Murid dibahagikan kepada Kertas mahjong , pen15 Minit tiga kumpulan dan diberi marker,sampul surat, peralatan untuk aktiviti. 2. Murid diminta memilih Bahan Nilaimurni: Carta alir Grafik seperti Rajah Bekerjasama dan Pohon,Tulang Ikan dan bertanggungjawab Carta Alir. 3. Seterusnya,setiap kumpulan Kaedah diminta mengelaskan Perbincangan, Tulang ikan maklumat tentang Pembentangan sumbangan Lim Swee Tin. 4. Wakil dari setiap kumpulan KBT : BCB akan membentangkan hasil Mengumpul perbincangan kumpulan Maklumat mereka. Pohon 5. Guru menilai dan memperbetulkan kesilapan murid. 6. Kumpulan yang berjaya membina ayat yang terbaik akan diberi ganjaran .
  56. 56. Aplikasi / Latihan Latihan yang diberikan guru 1. Murid menyiapkan latihan BBM:10 Minit bertujuan untuk yang diberikan oleh guru. Lembaran kerja mengukuhkan pemahaman 2. Kumpulan murid perdana murid. diberi latihan seperti di Jenis latihan : lampiran 2. Catat nota tentang 3. Kumpulan murid mulus kejayaan diberi latihan seperti di Sasterawan Lim lampiran 3. Jawab soalan 4. Guru membimbing murid. KefahamanPenutupan Syair hasilan Lim Swee Tin 1. Sebagai penutup, guru BBM:5 Minit memaparkan syair Laptop, LCD dan ciptaan Lim Persembahan Power 2. Seterusnya, murid diminta Point mendeklimasikannya. 3. Murid yang dapat mendeklimasikan syair Kaedah: dengan baik diberi Pengukuhan ganjaran. 4. Guru merumuskan pengajaran.
  57. 57. RUJUKANHaliza Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kamus Dewan Edisi Keempat, 1966. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SekolahRendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.Maklumat Pendidikan Khas. (2006). Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian PelajaranMalaysia.Mok Soon Sang, 2004. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran.Selangor DarulEhsan :Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Tuan Jah Tuan Yusof, 2011. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002Pengajaran Berasaskan Kajian Masa DepanKementerian Pendidikan MalaysiaPusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002Pembelajaran Secara KontekstualKementerian Pendidikan MalaysiaPusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002Pembelajaran Secara KonstruktivismeKementerian Pendidikan MalaysiaPusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002Belajar Cara Belajar KementerianPendidikan MalaysiaPusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran danPembelajaran Kementerian Pendidikan MalaysiaPusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002Penggunaan Teknologi Maklumat danKomunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia
  58. 58. BORANGREKOD KOLABORASI KERJA KURSUSNAMA : THILAI NATHAN A/L JEYARAMANNO.KAD PENG : 830721085909KUMPULAN : PM01 SEMESTER : PERTAMAMATAPELAJARAN : PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM 3101)PENSYARAH PEMBIMBING : PN.RAFIAH BINTI DAUD TANDATANGAN TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN KOMEN PENSYARAH
  59. 59. Borang Maklum Balas TugasanNama Pelajar:Thilai Nathan a/l Jeyaraman Angka Giliran Pelajar:Tajuk Tugasan:Tertiary Education Opportunities for In-Service TeachersPensyarah:Pn.Zubaidah Binti Mohd Hakim Subjek Kursus: WAJ 3102Tarikh Hantar: 24 September 2011 Tarikh Diterima:Pengakuan PelajarSaya telah meneliti Peraturan Maktab Pendidikan Guru (Peperiksaan,Penilaian dan Pengajian)1999.Saya mengakui tugasan ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunyasaya jelaskan sumbernya.Tandatangan: Tarikh:Bil KRITERIA PENTAKSIRAN TAHAP PENCAPAIAN Cemerlang Baik Memuaskan Kurang Lemah Memuaskan1 Kandungan/Coverage and Content2 Perbincangan Kritikal dan Reflaksi Critical and Reflective Discussion3 Persembahan / Presentation4 Organisasi / Organisation5 Bahasa / language6 Rujukan dan Bahan –bahan Sokongan7 Nilai-nilai KeguruanMarkah tercatat tertakluk kepada kelulusan JKPPIPG/Senat MarkahKekuatan :Aspek yang boleh diperbaikiNama Pemeriksa :
  60. 60. SEKAPUR SIREH Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Tuhankerana memberikan kesihatan yang baik dan memberi peluang kepada saya untukmenyiapkan tugasan ini. Jutaan berterima kasih kami ucapkan kepada pensyarahmatapelajaran bahasa melayu saya Pn Rafiah binti Daud kerana telah memberi tunjukajar, memberi panduan dan pendedahan dan kepada saya bagi menyiapkan tugasanini dengan jayanya. Tanpa nasihat daripada beliau saya pasti tidak dapat menyempurnakantugasan ini mengikut keperluan dan tempoh masa yang ditetapkan. Disini beliau telahmemberikan banyak penerangan untuk memastikan agar kami dapat menyiapkantugasan ini dengan jayanya. Seterusnya tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan diUnit PM01 semester 1 dimana telah membantu dan membimbing saya dalammenyiapkan tugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan berdedikasi.Kerjasama daripada semua rakan –rakan terutama Cikgu En.Yussri,Cikgu Kyrill danEn.Nasa adalah dihargai. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta saya kerana memahami sertamembantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulungIjazah. Akhir sekali kami sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepadaPn.Rafiah binti Daud dimana semangatnya didalam memberi pengajaran kepadasaya….. Terima Kasih Daun Keladi !
  61. 61. Lampiran C Pengakuan Pelajar“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya” Tandatangan : ……………………………………….. Nama Penulis : ……………………………………….. Tarikh : ……………………………………….
  62. 62. ISI KANDUNGANBIL PERKARA MUKA SURAT1 Pengakuan Pelajar2 Sekapur Sireh3 Pengenalan Pendahuluan Matlamat Objektif Organisasi kandungan Jenis-jenis Kemahiran Bahasa Melayu Hasil Pembelajaran Sistem Bahasa Pengisian Kurikulum Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Penekanan Konsep 5P4 Kemahiran Bernilai Tambah Teori Kecerdasan Pelbagai Kemahiran Berfikir Kajian Masa Depan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pembelajaran Konstraktivisme Pembelajaran Kontekstual Kemahiran Belajar Cara Belajar5 Rancangan Pengajaran Tugasan –Belajar Cara Belajar6. Refleksi7 Rumusan dan Cadangan7. Rujukan
  63. 63. Lampiran 2Catat nota tentang kejayaan Sasterawan Lim Swee Tin. Sumbangan dan kejayaan Lim Swee Tin Anugerah yang Tugas yang Tajuk Novel yang terima disandang dihasilkan
  64. 64. Lampiran 3Jawab soalan Kefahaman1. Sasterawan Lim Swee Tin berasal dari mana? ……………………………………………………………………………………………………2.Nyatakan tajuk Novel-novel yang dihasilkan oleh Sasterawan Lim Swee Tin ? …………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………3.Tuliskan 3 jenis anugerah yang diterima oleh Sasterawan Lim Swee Tin ? …………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………4.Sasterawan Lim Swee Tin pernah bertugas sebagai …………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………
  65. 65. KELEBIHAN ELEMEN BELAJAR CARA BELAJAR Dengan menggunakan kaedah imbasan (scanning) murid boleh mendapatkaninformasi yang terperinci daripada bacaan yang dijalankan.Murid juga mampu mencarijawapan dengan kadar yang segera.Hal ini berlaku kerana murid hanya memfokuskankepada kata-kata kunci yang tertentu daripada petikan yang diberi untuk mencarijawapan.Dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah sayasediakan,murid akan menggunakan keadah imbasan (scanning) untuk mencarisumbangan sasterawan Lim Swee Tin. Kaedah imbasan (scanning) yang terapkan dalam rancangan pengajaran danpembelajaran dapat menjimatkan masa guru dan murid untuk menyelesaikan satutugasan.Oleh itu,masa yang terlebih boleh digunakan untuk aktiviti lain seperti mencarimaksud dan sebagainya.Kaedah imbasan (scanning) juga dapat melatih murid untukdigunakan untuk menjawab soalan petikan semasa peperiksaan. Menguasai kemahiran membaca secara scanning melibatkan masa yang tidaklebih daripada beberapa minit. Hal ini membantu pelajar menjimatkan masa dan dalammasa yang sama mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan.Hanya selepas itu, pelajar boleh membuat keputusan dalam menentukan tahapkepentingan sesuatu istilah, konsep dan bahagian dalam teks atau buku teks mahupunbuku rujukan yang memerlukan perhatian khusus ketika pelajar membuat ulang kajiatau membaca untuk belajar.
  66. 66. RUMUSAN DAN CADANGAN Konsep dan prinsip kemahiran Bernilai Tambah(KBT) yang digariskan oleh pusatPerkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar atau samadengan kemahiran Generik dalam pedagogi bestari.Kemahiran Bernilai Tambahmerupakan kemahiran umum yang perlu diaplikasikan merentas semua domain matapelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah. Kemahiran ini memerlukan masa yang lebih lama untuk dikuasai berbandingdengan ilmu dan kemahiran dalam matapelajaran lain.Dengan sedikit pengubahsuaiandan modifikasi daripada konsep kemahiran generik ,KBT merupakan kemahiran yangdiperoleh melalui aplikasi kemahiran generik dan pendekatan,teknik serta kaedahdalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Bernilai Tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjahdan dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam scenario dunia global. Kreativiti guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gayapembelajaran dan jenis kecerdasan murid akan memberikan rangsangan untuk belajardengan penuh minat dan bersemangat.Oleh hal demikian,murid lebih menguasai ilmuyang dipelajari.proses ini memungkinkan murid menyedari potensi dan kecerdasandiri.Dengan adalah penerapan Kemahiran Bernilai Tambah suasana pembelajaran akanlebih aktif,segar dan menyeronokan.

×