Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran

10,113 views

Published on

  • Sex in your area is here: ❤❤❤ http://bit.ly/369VOVb ❤❤❤
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Dating direct: ❶❶❶ http://bit.ly/369VOVb ❶❶❶
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran

  1. 1. Aplikasi Pembelajaran Kooperatif dalam Pengajaran-PembelajaranPendekatan pembelajaran kooperatif boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitukumpulan kooperatif formal dan kumpulan kooperatif infromal. Teknik kumpulan formal bolehdigunakan untuk mengajar isi kandungan tertentu atau kemahiran penyelesaian masalah manakalateknik kumpulan informal boleh digunakan untuk memastikan proses kognitif yang aktif berlakusemasa kaedah kuliah dijalankan. Kombinasi penggunaan pendekatan ini boleh menyediakan satustruktur yang pelbagai kepada pelajar.Kumpulan Kooperatif Formal:Kumpulan kooperatif formal boleh digunakan dalam satu jangka masa kuliah atau boleh melewatibeberapa minggu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ia meliputi kumpulan kolaboratifdan kooperatif. Dalam kumpulan kooperatif, pelajar bekerja bersama-sama untuk mencapaiobjektif yang dikongsi bersama. Mereka mempunyai dua tanggungjawab utama iaitu: i) untukmemaksimakan pembelajaran mereka sendiri dan ii) untuk memaksimakan pembelajarankesemua ahli kumpulan. Terdapat beberapa langkah umum dalam pendekatan ini. Prosedurumum langkah-langkah pembelajaran berikut boleh digunakan dalam aplikasi pembelajarankooperatif. i. Agihkan kumpulan mengikut pelbagai kebolehan. ii. Pilih strategi pembelajaran kooperatif yang akan digunakan untuk menjalankan tugasan. iii. Berikan tugasan yang perlu diselesaikan dengan pastikan objektif dan kaedah penilaian dijelaskan. iv. Berikan bantuan jika diperlukan. v. Sediakan senarai semak penilaian untuk mengenal pasti kemajuan yang dicapai oleh kumpulan. vi. Sediakan peluang berkongsi hasil kerja kumpulan antara kumpulan.Antara contoh teknik kooperatif kumpulan formal ialah teknik STAD, JIGSAW dan teknik-teknikpengajaran berasaskan kumpulan kecil. Berikut dijelaskan secara ringkas teknik- teknik tersebut:1. Jigsaw: Dalam teknik ini, dua peringkat kumpulan dijalankan. Peringkat pertama pelajar belajar dalam kumpulan pakar dan pada peringkat kedua pelajar mengajar ahli kumpulannya bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar. Langkah-langkah dalam Jigsaw ialah:  Langkah 1: Bentuk kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi bahan yang berbeza (Contoh: Jika ada empat ahli, beri bahan A,B,C dan D kepada ahli).  Langkah 2: Pelajar yang mendapat bahan yang sama dari kumpulan berbeza membentuk kumpulan pakar untuk mempelajari bahan tersebut (Contoh: Pelajar A dari semua kumpulan membentuk kumpulan A dan seterusnya. Kumpulan ini dipanggil kumpulan pakar).  Langkah 3: Ahli kumpulan bailk ke kumpulan asal dan mengajar ahli kumpulan mereka bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar.  Langkah 4: Semua ahli kumpulan menggabungkan kepakaran untuk melaksanakan tugasan yang diberi atau mengambil ujian/penilaian.2. STAD (Student Team Achievement Division) : Langkah-langkah dalam STAD meliputi:  Langkah 1: Guru menyampaikan pengajaran. 1
  2. 2.  Langkah 2: Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk mempelajari bahan yang diberikan dalam kelas.  Langkah 3: Pelajar mengambil kuiz secara individu.  Langkah 4: Kumpulan menerima pengiktirafan berdasarkan skor individu dalam kuiz yang mengambil kira skor yang diperolehi dalam skor kuiz yang lepas (contohnya peratusan penambahan skor) untuk menangani masalah perbezaan kebolehan antara ahli kumpulan).3. Penggunaan prinsip pembelajaran kooperatif dalam strategi berasaskan kumpulan. Teknik/strategi pembelajaran berasaskan kumpulan seperti pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran inkuiri boleh menggunakan prinsip pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan keberkesanan kerja berpasukan yang diperlukan dalam melaksanakan tugasan tersebut. Berikut ialah contoh aplikasi prinsip pembelajaran kooperatif dalam pembelajaran berasaskan masalah:  Tugasan: Contoh- penyelesaian tugasan atau masalah yang diberikan.  Aktiviti individu: Mencari jawapan/strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.  Aktiviti kooperatif: Mencari persetujuan kumpulan. Memastikan setiap ahli boleh menerangkan strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah.  Kriteria untuk kejayaan: Setiap ahli mesti dapat menerangkan strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah.  Penilaian: Penyelesaian terbaik berasaskan sumber yang ada atau dalam limitasi yang ada.  Akauntabiliti individu: Ahli dari mana-mana kumpulan dipilih secara rawak untuk menerangkan jawapan dan bagaimana masalah diselesaikan.  Tingkah laku yang diharapkan: Penglibatan aktif, penyemakan, elaborasi dan saling menggalakkan antara ahli.  Kerjasama antara kumpulan: Jika diperlukan, semak prosedur, jawapan dan strategi dengan kumpulan lain.Kumpulan Kooperatif InformalKumpulan kooperatif informal adalah kumpulan sementara atau ad hoc yang dibentuk untuk satuaktiviti perbincangan kumpulan kecil dalam kumpulan besar. Tujuannya ialah untuk menarikfokus pelajar supaya mempelajari bahan yang dibincangkan dalam kelas. Ia boleh digunakan bila-bila masa terutamanya dalam kaedah kuliah untuk mendapatkan penglibatan aktif pelajar secaraintelektual. Membahagikan kuliah dengan aktiviti pemprosesan maklumat secara kooperatif yangpendek dapat meningkatkan apa yang dipelajari dan membina hubungan sosial antara pelajar. Beberapa struktur kooperatif berikut sesuai digunakan sebagai aktiviti kumpulan kecil semasamenggunakan pendekatan kumpulan besar (kuliah). Struktur tersebut merujuk kepada alat yangboleh digunakan untuk menguruskan interaksi dalam bilik darjah.1. ‘Think-Pair-Share’: Anda boleh memberhentikan syarahan dengan memberikan soalan, item ujian atau isu untuk difikirkan secara ringkas oleh pelajar mula-mula secara individu (fasa ‘think’), kemudian dibincangkan bersama dengan rakan di sebelah (Fasa ‘pair’), Kemudian beberapa pasangan mengongsikan hasil perbincangan tadi dengan kelas. Teknik ini melibatkan tiga langkah: i) masa berfikir secara individu- pelajar mencari jawapan kepada soalan yang diberikan secara individu; ii) pelajar berbincang dan bertukar pendapat tentang jawapan secara berpasangan dan iii) hasil perbincangan berpasangan dikongsi dengan kumpulan lain/kelas. 2
  3. 3. 2. ‘Three-Step Interview’: Setiap ahli kumpulan memilih ahli lain sebagai pasangan. Dalam langkah pertama, pelajar pertama meminta pasangannya dengan bertanya soalan untuk mendapatkan penjelasan. Pada pusiangan kedua, pasangan bertukar peranan dan pada langkah akhir, ahli-ahli berkongsi hasil kerja berpasangan dengan kumpulan.3. ‘Round Robin Brainstorming’: Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil (4-6 orang) dengan seorang dilantik sebagai pencatat. Soalan yang memerlukan pelbagai jawapan dikemukakan dan pelajar diberikan masa untuk memikirkan jawapannya. Selepas masa berfikir diberikan, ahli-ahli bergilir-gilir memberikan respon jawapan. Pencatat mencatat semua jawapan ahli.4. ‘Three-Minute Review’: Anda boleh berhenti sekejap semasa memberi kuliah dan beri masa tiga minit kepada kumpulan untuk meneliti semula apa yang telah dikuliahkan atau dibincangkan, tanyakan soalan klarifikasi atau apa-apa soalan yang sesuai untuk mendapatkan respon pelajar.5. ‘Two Minute Paper’: Dalam teknik ini, beri pelajar masa dua minit untuk menulis tentang sesuatu, kemudian minta mereka kongsikan dengan rakan di sebelah. Kemudian pilih beberapa orang kongsikan apa yang ditulis kepada kelas. Pada akhir kelas, kertas yang ditulis, dipungut dan boleh digunakan dalam kelas seterusnya.6. ‘Numbered Heads Together’: Contohnya satu kumpulan yang terdiri daripada empat ahli diberi nombor 1,2,3 dan 4. Kemudian, anda tanyakan soalan dan minta ahli-ahli kumpulan menjawab soalan bersama-sama supaya mana-mana ahli boleh menjawab soalan yang diberikan. Selepas itu, anda sebutkan mana-mana nombor katalah nombor dua dan semua ahli kumpulan bernombor dua diminta menjawab soalan tersebut.7. ‘Team Pair Solo’: Pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan dulu kemudian berpasangan dan akhirnya bekerja secara individu. Struktur ini direkabentuk untuk memotivasi pelajar menangani masalah kurang kebolehan di kalangan pelajar. Jika diminta bekerja sendiri mungkin tidak dapat diselesaikan, maka mulakan dengan kumpulan, berpasangan dan akhirnya baru secara indiividu.8. ‘Lecture-Write-Share-Learn’: Pensyarah minta pelajar bentuk pasangan untuk membincangkan apa yang dikuliahkan dan mencatat hasil perbincangan. Pada akhir kuliah, buat perbincangan rumusan dengan meminta pelajar berkongsi apa yang telah dibincangkan. Akhirnya buat rumusan keseluruhan dengan meminta pelajar secara bergilir menerangkan apa yang telah dipelajari menggunakan ayat: Saya belajar tentang……9. ‘Pose a Question-All Write-Discuss’: Tanyakan soalan kepada seluruh kelas, minta pelajar tuliskan respon mereka. Beri mereka masa 2 atau 3 minit untuk membuat refleksi dan menuliskannya. Kemudian minta beberapa pelajar ceritakan kepada kelas.Dipetik dari:Saemah Rahman. 2009. Pembelajaran kolaboratif dan kooperatif dalam Mohamed Amin Embi.Panduan amalan pengajaran Pembelajaran Berkesan. PPA: hal 93-106 3

×