SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
1
Soalan 2.
Menyediakan satu rancangan pengajaran harian dan bahan bantu berasas ICT,
tajuk yang diagihkan; dan menghuraikan perancangan PdP anda secara ringkas dari
segi keberkesanannya dan kesesuaiannya.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL
Tahun/kelas : Tahun 4A
Masa : 7.30 am hingga 8.30 am
Tema : Saya dan Jiran
Tajuk : Membantu Jiran Amalan Mulia
Standard Kandungan : 2.0 Baik hati
2.1 Memberi bantuan kepada jiran.
Standard pembelajaran : 2.1.1 Menceritakan cara memberikan bantuan.
2.1.2 Menghuraikan kepentingan memberi
bantuan kepada jiran.
2.1.3 Meramalkan perasaan apabila memberi
bantuan kepada jiran.
2.1.4 Mengamalkan sikap membantu jiran.
Objektif pembelajaran :
a) Menyatakan 4 cara memberikan bantuan kepada jiran berdasarkan situasi.
b) Menyatakan kepentingan memberi bantuan kepada jiran.
c) Menceritakan perasaaqn semasa membantu jiran.
d) Menunjukcara memberi bantuan kepada jiran dalam sesuatu situasi dengan
bimbingan.
Aktiviti pembelajaran:
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
2
Set Induksi :
a) Murid menonton video yang bertajuk “ Ikhlas dari Hati “
b) Murid disoal berdasarkan gambar dan mengaitkannya dengan tajuk.
Contoh soalan :
i) Apakah masalah yang dihadapi oleh Izat?
ii) Apakah cara yang digunakan oleh Upin, Ipin dan kawan-kawannya
untuk membantu jirannya.?
iii) Bagaimanakah perasaan Upin, Ipin dan kawan-kawannya apabila
dapat membantu Izat ?
Langkah 1:
a) Murid ditunjukkan beberapa kad gambar menunjukkan pelbagai situasi.
b) Murid berbincang dan menyatakan tindakan yang patut diambil untuk
membantu jiran serta menceritakan bagaimanakah perasaan mereka apabila
dapat membantu jiran mereka.
Langkah 2:
a) Setiap kumpulan, diminta berbincang dan melakonkan situasi serta tindakan
yang patut diambil oleh watak dalam situasi 1.
Contoh:
b) Guru membimbing murid menyatakan kepentingan membantu jiran dan
kesan tindakan mereka dalam sesuatu situasi.
Langkah 3:
a) Murid diberi latihan interaktif untuk membantu jiran dan menyatakan
perasaan mereka. ( Rujuk Latihan Interaktif )
Situasi 1
Keluarga Idrus memerlukan bantuan untuk
membuat persiapan majlis perkahwinan
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
3
b) Murid juga diberi lembaran kerja bagi menguji kefahaman mereka.
( Rujuk lembaran kerja )
Penutup:
a) Murid menyatakan semula cara untuk membantu jiran yang memerlukan
bantuan.
b) Murid diingatkan supaya sentiasa bersikap baik hati untuk membantu jiran.
c) Murid ditayangkan semula video yang bertajuk “Ikhlas dari Hati”
Pengayaan:
a) Murid dibimbing menyanyikan lagu “ Bangga Membantu Jiran” mengikut
melodi “Rasa Sayang “ ( Rujuk bahan ICT pengayaan )
Pemulihan :
a) Murid diberi latihan memadankan situasi denga tindakan dan perasaan
setelah memberi bantuan. ( Rujuk lembaran pemulihan )
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
a) Menyatakan cara untuk membantu jiran yang dalam kesusahan.
b) Menunjukcara memberi bantuan kepada jiran.
c) Menyatakan kepentingan membantu jiran
EMK :
Nilai – Baik hati, tolong –menolong
TMK – Menggunakan pemprosesan kata (MS) untuk membuat latihan.
Bahan Bantu Belajar:
Komputer, LCD, lembaran kerja, bahan multimedia.
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
4
1,0 Pengenalan
Di Malaysia satu sistem pendidikan yang menyeimbangkan pembangunan dan
kemajuan ilmu dengan pembangunan dan kemajuan nilai murni insan selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah diolah dengan baik
melalui mata pelajaran Pendidikan Moral. Tujuan Pendidikan Moral adalah untuk
membentuk individu yang berperibadi mulia dan bertanggungjawab melalui
pemupukan,penghayatan, dan amalan nilai murni masayarakat Malaysia.
Pada peringkat awal saya telah diberi tugasan untuk menyediakan satu
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral bagi tahun 4 . Tema yang telah
ditetapkan bagi Tahun 4 ialah “ Saya dan Jiran” yang memberikan penekanan
kepada 14 nilai, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab,
berterima kasih, hemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan, keberanian,
kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, dan toleransi.
Untuk itu,saya telah memilih unit 2 dengan tajuk “Membantu Jiran Amalan
Mulia” yang juga memberi penekanan kepada nilai “ baik hati”. Saya menyediakan
Rancangan Pengajaran Harian yang mengandungi butiran am seperti berikut:
(Rujuk Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 )
1. Mata Pelajaran dan Kelas
2. Tema dan Tajuk
3. Masa
4. Standard Pembelajaran:
5. Objektif pembelajaran: kognitif/ afektif/ tingkah laku
6. Strategi pengajaran/ aktiviti
7. Elemen Merentasi Kurikulum (EMK)
8. Bahan Bantu Mengajar
9. Penilaian PdP
10. Refleksi
Tujuan persediaan Rancangan Pengajaran Harian ialah supaya ia dapat
menjadi satu panduan kepada guru-guru tentang topik yang hendak disampaikan.
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
5
Selain itu, ia dapat mengelakkan guru terpesong atau terkeluar dari tajuk yang
hendak diajar.Bahkan ia juga, dapat membantu guru menentukan pendekatan
strategi, kaedah dan teknik PdP yang sesuai dengan objektif,pengalaman murid,
kehendak sukatan dan resos PdP. Secara tidak lansung ia juga membantu guru
seperti saya menyediakan bahan dan alat bantu mengajar.
Penekanan diberikan kepada objektif pembelajaran berdasarkan standard
pembelajaran pembelajaran yang dipilih. Objektif pembelajaran dilihat dari segi
kognitif, afektif dan perubahan tingkah laku yang berlaku pada murid.
2.0 Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral
Terdapat beberapa pendekatan Pendidikan Moral yang telah diperkenalkan sejak
tahun 1960an lagi. Pendekatan-pendekatan ini telah digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan moral sama ada d inegara barat atau timur,
termasuklah negara kita. Namun begitu sebagai guru , pendekatan-pendekatan ini
perlu diubahsuai mengikut konteks budaya negara kita. Oleh itu, telah menjadi
kebiasaan bagi seseorang guru menggabungkan beberapa pendekatan bagi
memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
Pendekatan tersebut seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi penaakulan/
pemikiran moral (kognitif), perasaan / emosi moral (afektif) dan perlakuan/ tindakan
moral (psikomotor).
2.1 Pendekatan Pemupukan Nilai
Pendekatan pemupukan nilai ialah satu proses menanam budi pekerti yang baik
dalam diri kanak-kanak. Pendekatan ini dapat dijalankan oleh guru secara sedar
atau tanpa sedar ketika menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas. Pendekatan ini digunakan secara meluas di peringkat sekolah rendah .Fokus
utama dalam pemupukan nilai ialah menanam set nilai budaya masyarakat ke
dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat tersebut.
Aktiviti pemupukan nilai dapat dilakukan melalui contoh teladan melalui watak
Upin dan Ipin serta kawan-kawan membantu jiran sekampung yang dalam
kesusahan kerana rumah jirannya terbakar. Pendekatan pemupukan nilai memberi
peluang kepada pelajar memahami,menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
6
dan menghayati nilai tersebut berdasarkan kepada prinsip moral. Walaupun
pendekatan ini mudah digunakan tetapi lebih cenderung kepada pemusatan guru
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Oleh itu, guru perlu juga
menggunakan pendekatan lain yang memberi peluang yang lebih kepada pelajar
melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
2.2 Pendekatan Pembelajaran Secara Koperatif
Pendekatan pembelajaran koperatif akan mewujudkan suasan pembelajaran yang
saling prengantungan positif di mana pelajar akan bekerja dan belajar bersama-
sama untuk mencapai sesuatu matlamat tertentu. Pembelajaran secara koperatif
mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakannya daripada aktiviti di mana
murid berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti. Dalam pendekatan
pembelajaran koperatif murid diajar kemahiran sosial secara langsung manakala
guru bertindak pemerhati dan membimbing.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral Tahun 4 ini,
setiap kumpulan murid diminta main peranan atau simulasi situasi dan tindakan
yang patut diambil berdasarkan situasi membantu jiran. Guru membimbing murid
menilai kepentingan membantu jiran dan kesan ke atas tindakan mereka mengikut
situasi. Setiap kumpulan juga diminta berbincang bagi menilai keberkesanan kendiri.
Pendekatan pembelajaran secara koperatif dapat mewujudkan kepekaan
terhadap perasaan dan pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya kesefahaman
dan saling hormat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Segala konflik
yang dihadapi oleh ahli kumpulan juga dapat ditangani secara kerjasama dan
bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kumpulan berjaya . Pendekatan ini
amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
3.0 Strategi dan Kaedah yang Digunakan Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.
Strategi merupakan susunan pendekatan dan kaedah atau langkah-langkah yang
diambil untuk melaksanakan sesuatu perancangan dalam pengajaran untuk
mencapai objektif. Untuk mencapai objektif dengan berkesan, pemilihan dan
perlaksanaan strategi yang betul dan sesuai akan melancarkan proses
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
7
pembelajaran dan mencapai objektif dengan berkesan. Strategi pengajaran yang
sesuai akan dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran Pendidikan Moral.
Oleh itu, saya telah menggunakan 2 strategi pengajaran bagi memastikan
pengajaran dan pembelajaran ini mencapai objektifnya.
3.1 Strategi Pemusatan Pelajar
Strategi ini melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran. Dalam strategi ini
guru dan murid perlu sama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Murid-murid juga diterapkan dengan sifat-sifat bersosial yang
positif dalam aktiviti berkumpulan seperti bekerjasama, tolong-menolong, baik hati
dan hormat-menghormati. Strategi ini telah diterapkan dalam setiap langkah dalam
aktiviti pembelajaran.
3.2 Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan
Dalam strategi ini penggunaan bahan seperti kad gambar, carta, model, komputer,
LCD dan slaid powerpoint amat membantu pengajaran dan pembelajaran murid.
Penggunaan bahan ini dapat menarik tumpuan murid-murid terhadap pengajaran
dan membantu murid memahami pelajaran dengan cepat dan mudah. Dalam
pengajaran Pendidikan Moral ini saya telah menggabungkan penggunaan ICT dan
kad gambar bagi membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
4.0 Kaedah Pengajaran yang Digunakan.
Kaedah ialah satu perancangan aktiviti untuk melaksanakan pengajaran dengan
teratur dan sistematik. Guru perlu membentuk langkah-langkah yang sesuai dan
tersusun untuk mencapai objektif pembelajaran. Untuk itu, saya telah memilih
beberapa kaedah yang sesuai dan boleh memenuhi objektif dan keperluan
pembelajaran murid.
4.1 Kaedah Main Peranan / Simulasi
Kaedah main peranan/ simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid
mengaplikasi konsep-konsep tertentu dalam menyelesaikan masalah. Simulasi
adalah sesuatu yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
8
bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu
yang berkaitan lebih mudah diselesaikan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral ini, saya telah
meminta kumpulan murid memainkan peranan sebagai jiran yang suka membantu
berdasarkan beberapa situasi yang diberi. Guru pula perlu memastikan isu utama
yang yang terkandung dalam simulasi dan menentukan langkah-langkah yang perlu
diambil semasa simulasi. Langkah-langkah ini termasuklah tingkah laku murid dan
peranan yang dimainkan, serta tindakan yang mempengaruhi tindakan murid
tersebut.
4.2 Kaedah Nyanyian
Kaedah nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang sangat digemari oleh murid-
murid. Kaedah ini dapat m,enghiburkan murid dan dapat mengurangkan ketegangan
murid. Dalam pengajaran dan pembelajan Pendidikan Moral ini saya telah
menjadikan aktiviti nyanyian sebagai melengkapkan aktiviti penutup.
4.3 Kaedah Perbincangan
Perbincangan merupakan aktiviti di mana individu-individu murid dapat berinteraksi
di antara satu sama lain serta berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau
masalah dengan tujuan mencari sesuatu penyelesaian. Perbincangan adalah
berfaedah bagi murid-murid kerana mereka berpeluang mengemukakan idea-idea
mereka dan bertukar-tukar pendapat antara mereka bukan di antara guru dan
murid-murid. Kesemua murid dalam satu kelas boleh mengambil bahagian dan guru
hanya bertindak sebagai pengerusi.
Galakkan soalan yang terbuka supaya lebih banyak maklumat dapat
diperolehi. Diakhir perbincangan, buatlah rumusan idea supaya murid tahu apa yang
telah dicapai. Guru pula perlu membuat rumusan terhadaop apa yang dibincangkan.
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
9
6.0 Aplikasi Kemahiran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Moral yang Diterapkan.
Bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada guru dan
murid dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam
Pendidikan Moral sekaligus menimbulkan minat murid ; pelbagai kemahiran
pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam mata pelajaran lain , turut
digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.
Pembelajaran konstruktivisme dan Kemahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif
telah diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral tahun
4 yang dipilih.
6.1 Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Implikasi daripada pengertian konstruktivisme adalah pengajaran dan
pembelajaran akan berpusat kepada murid. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid
adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan
pengajaran yang diterima secara pasif. Manakala guru akan mengenal pasti
pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat
asas pengetahuan tersebut. Guru berperanan sebagai fasilitator dan pereka
bentuk bahan pengajaran yang membantu murid membina pengetahuan dan
menyelesaikan masalah.
Ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan soalan/ idea
yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang
pengajaran. Murid juga digalakkan bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.
Kemahiran pembelajaran ini juga menganggap pembelajaran sebagai satu proses
yang sama penting dengan hasil pembelajaran. Pembelajaran secara
konstruktivisme ini menyokong pembelajaran koperatif. Ia memberi peluang kepada
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
10
murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan
murid dengan situasi dunia yang sebenar.
Antara kelebihan pembelajaran ini ialah menjadikan murid lebih seronok, lebih
berfikir, lebih faham, lebih ingat, lebih yakin dan lebih berkemahiran sosial.
6.2 Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif.
Kemahiran berfikir melibatkan kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif dan
kemahiran menaakul. Perkaitan semuan kemahiran berfikir ini menjadi strategi
proses berfikir seperti yang terdapat dalam jadual di bawah.
Rajah 1.0: Menunjukkan Model Kemahiran Berfikir.
STRATEGI BERFIKIR/
METAKOGNITIF
Mengkonsepsi
Meyelesaikan masalah
Membuat keputusan
KEMAHIRAN BERFIKIR
KRITIS
Mencirikan
Membanding beza
Mengumpul dan
mengelaskan
Membuat urutan
Menyusun mengukut
keutamaan
Menganalisis
Mengesan
kecenderungan
Menilai
Membuat
kesimpulan
MENAAKUL
Logik
Rasional KREATIF
Menjanaidea
Menghubung
kait.
Membuat
inferens
Meramal
Membuat
hipotesis
Mensintesis
Mengitlak
Membuat
gambaran
mental.
INOVASI
KREATIVITI
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
11
Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan
sesuatu idea. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan
manghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham dan
gabungan-gabunagn idea-idea yang ada. Manakala penaakulan merupakan
penerangan tentang kesan dan akibat mengapa terjadinya sesuatu di samping dapat
membuat ramalan atau andaian. Ia merupakan proses kognitif yang menggunakan
fakta atau pengetahuan , data dan strategi menyelesaikan masalah untuk membuat
kesimpulan atau keputusan.
Perlaksanaan proses kreativiti terarah menerusi aplikasi strategi
pembelajaran konstruktivisme dapat meransang pembelajaran yang lebih efektif dan
menarik. Persediaan guru yang sempurna menjadi faktor utama menjayakan
keseluruhan proses pendidikan di bilik darjah. Contoh proses kreativiti terarah
menerusi strategi pembelajaran konstruktivisme yang digambarkan seperti dalam
rajah 2.0.
Proses Kreativiti Terarah menerusi Strategi Pembelajaran Konstruktivisme.
Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan
Orientasi
idea
berasakan
pengetahua
n.
 Penstrukturan
idea
 Meneroka
 Menjelas
 Konstruk Idea
Baru.
 Penjelasan
Lanjut
 Aplikasi idea
 Penilaian
 Kaji semula
perubahan
idea.
 Penyiasatan
lanjutan.
7.0 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Sumber pengajaran dan pembelajaran , alat bantu mengajar ,bahan bantu mengajar
dan media adalah istilah yang selari dengan alatan yang digunakan untuk
menyokong atau melaksana sebarang bahan. Antara kepentingan sumber
pengajaran dan pembelajaran ialah menjadi daya penarik dan dapat menghilangkan
kebosanan. Ia juga menyeronokkan suasana pengajaran dan pembelajaran. Selain
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
12
itu, ia juga dapat mempelbagaikan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan menggalakkan
penggunaan pelbagai deria murid.
Antara bahan sokongan yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti bahan
bercetak ( cerita, gambar-gambar bersiri, kad-kad situasi dan skrip lakonan), bahan
permainan, bahan maujud, bahan rakaman, bahan pandang dengar dan peralatan
seperti LCD, VCD dan DVD.
Selaras dengan kecanggihan dunia masa kini, maka saya menggabungkan
unsur visual dan audio yang menggunakan sokongan teknologi komputer bagi
menjadikan ia berfungsi sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu,
saya menghasilkan video dan semua paparan kad gambar dalam bentuk visual dan
audio dan dipaparkan dilayar skrin yang disalurkan menggunakan LCD bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran.
Sebenarnya terdapat banyak kebaikan dalam menggunakan multi media
dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ia boleh digunakan bagi kumpulan
besar, kumpulan kecil dan individu. Selain itu , gabungan bunyi, grafik dan animasi
dan gambar boleh menimbulkan kesan sebenar. Perkara yang ingin disampaikan
kepada murid menjadi lebih senang dan mudah. Malahan ia berupaya memberi
kronologi proses pengajaran dan pembelajaran dan ini amat bertepatan dengan teori
pembelajaran kognitif.
8.0 Kesimpulan.
Untuk menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, maka guru
perlu menentukan tajuk atau topik yang hendak disampaikan. Persediaan
Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu tugas wajib seorang guru. Ia bukan
sesuatu bebanan tetapi membantu guru menyusun dan mementukan pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik PdP yang sesuai dengan objektif yang hendak dicapai,
pengalaman sedia ada murid, kehendak sukatan dan juga resos Pdp.
Malahan dengan kecanggihan yang ada sekarang, guru boleh menyediakan
bahan multimedia yang dapat membantu guru mengajar dengan baik dan murid
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
13
belajar sesuai mengikut zaman dan keperluan murid. Pada pendapat saya, apapun
bahan atau alat yang digunakan, guru perlu sentiasa berusaha untuk memastikan
perancangan Pdp yang dibuat adalah berkesan dan sesuai mengikut tahap murid.
3.0 REFLEKSI
Bersyukur saya kehadrat Allah yang telah memberi keizinan, kesihatan dan peluang
kepada saya untuk menyelesaikan tugasan yang telah diamanah kepada saya.
Dalam tugasan kerja kursus ELM3102 Kurikulum dan Kaedah Pengajaran dan
Pendidikan Moral saya telah diberi tugasan bagi memenuhi syarat wajib lulus bagi
semester keenam.
Tugasan ini sebagaimana biasa telah diberikan oleh Encik Syahrain Bin
Abuillah diperingkat awal bagi membantu saya menyediakan slaid bertajuk
“Membentangkan Rancangan Pengajaran Makro Pendidikan Moral Tahun 1” .
Untuk tugasan pembentangan ini, saya telah menyediakan penerangan secara
ringkas berkaitan pengajaran Makro dan menyediakan satu Persediaan Rancangan
Pengajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 1 yang lengkap dan menyeluruh. Ia
merangkumi semua prosedur dan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran
yang biasa dipraktikkan oleh sesorang guru di dalam kelas.
Dengan kata lain, saya telah menyediakan satu contoh sesi pengajaran
praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan,
penilaian dan penutup. Apa yang paling penting ia boleh dipraktikkan di adalam
kelas sepenuhnya. Namun demikian, penambahbaikkan masih lagi boleh dibuat
apabila seseorang guru menggunakan rancangan harian tersebut.
Dalam tugasan kedua saya telah diminta menyediakan satu rancangan
pengajaran harian tahun 4 bagi mata pelajaran Pendidikan Moral dan bahan
bantu mengajar berasaskan ICT . Saya juga diminta menghuraikan perancangan
PdP secara ringkas dari segi keberkesanan dan kesesuaiannya kepada murid.
Untuk tugasan ini, saya memilih unit 2 di bawah tajuk “ Membantu Jiran
Amalan Mulia dengan memberi penekanan kepada nilai “Baik Hati”. Saya juga
menyediakan bahan ICT seperti video, kad-kad gambar, kad-kad situasi, latihan
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
14
interaktif serta lembaran kerja bagi memberi kemudahan kepada sesiapa jua yang
menggunakan bahan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Selain itu, saya juga memberi ulasan tentang persediaan Rancangan
Pengajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 4 yang saya sediakan. Saya memberi
penekanan kepada beberapa aspek bagi memastikan Rancangan Pengajaran
Harian saya berkesan dan bersesuaian kepada murid-murid. Pertama, saya
mengenal pasti objektif 3 domain dalam Pendidikan Moral iaitu Kognitif ( Pemikiran
Moral), Afektif (Perasaan Moral) dan Psikomotor ( Tingkah laku Moral) dengan
memilih standard kandungan. Yang hendak disampaikan.
Untuk itu, saya perlu memilih beberapa pendekatan yang sesuai dan boleh
dilaksanakan dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang
sesuai akan memudahkan guru Pendidikan Moral seperti saya menyampaikan ilmu
pengetahuan moral, khasnya penghayatan nilai-nilai murni yang lebih eksplisit dan
berkesan. Sekiranya didapati pendekatan itu tidak berkesan, saya perlu menjadi
lebih proaktif dengan mengubahsuaikan teknik-teknik dalam kaedah penyampaian
ilmu moral secara inovatif dan kreatif.
Sebagai guru Pendidikan Moral, saya boleh melaksanakan pelbagai kaedah
pengajaran untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang berkesan. Dalam
satu waktu PdP saya boleh menggunakan satu kaedah atau kombinasi dua atau tiga
kaedah untuk melaksanakan pelbagai aktiviti secara inovatif dan kreatif. Asalkan
objektif pembelajaran tercapai dan murid dapat manfaat yang maksimum daripada
pengajaran guru.
Penggunaan bahan ICT diharapkan dapat menjadikan PdP menjadi lebih
menarik, berkesan dan sesuai dengan tahap murid. Di samping itu, penghayatan ke
atas nilai-nilai murni dapat diterapkan keatas murid. Sesungguhnya pengajaran dan
pembelajaran menggunakan bahan ICT adalah sumber pengajaran dan
pembelajaran yang relevan dengan keperluan semasa.
Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya bahawa tanggung jawab
untuk membentuk individu yang berperibadi mulia dan bertanggungjawab melalui
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
15
pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia adalah
diletakkan di atas kesungguhan dan iltizam guru-guru Pendidikan Moral. Guru-guru
ini adalah penggerak bagi mengimbangi pembangunan dan kemajuan ilmu dengan
pembangunan dan kemajuan nilai murni insan. Oleh itu, pengajaran dan
pembelajaran perlu dirancang sebaiknya bagi memastikan pemupukan dan
pengamalan nilai-nilai murni yang berterusan.
Sekian, wasalam
NORYATIMAH BT ISMAIL
690727015774
Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah,
IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor,
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6
16
4.0 Bibliografi:
1. Shanmugan Velu, Mohd Zaki( 2013). Pendidikan Moral Tahun 4 Sekolah
Kebangsaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
2, Kaladevi, Mageswari, Vishalache & Abdullah (2010). Pendiidikan Moral Tahun
1, Sekolah Kebangsaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Instituit Pendidikan Guru (2012) Modul ELM3102 Kurikulum dan kaedah
Pengajaran Pendidikan Moral, Cyberjaya : Kementerian Pelajaran
Malaysia .
4 Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Kurukulum Standard Sekolah
Rendah Pendidikan Moral Tahun 1, Kuala Lum[ur : Kementerian
Pelajaran Malaysia.
5. Bahagian Pembangunan kurikulum (2013). Draf Dokumen Standard dan
Prestasi Sekolah Rendah Pendidikan Moral Tahun 4, Putra Jaya :
Kementerin Pelajaran Malaysia
6. Pusat Perkembangan kurikulum (2001). Pembelajaran Secara
Konstruktivisme, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
7. Dr Chan Lee Hoon, Pendekatan Dalam Pendidikan Moral
http://pendidikanmoral.um.edu.my/uploads/rujukan/pendekatan%20pendidika
n%20moral.pdf di muat turun pada 15 Julai 2014 .

More Related Content

What's hot

Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
SiTi Nurhidayah
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Thamo Thiran
 
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&pimplikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
cik noorlyda
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Moon Joanne
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
Ukhuwahfillah Dua Benua
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
keryman313
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrenner
smk changlun
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Ai Li
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
Alice Lee
 
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&PPengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Fadzliaton Zainudin
 
Teori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitifTeori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitif
Nur Liz
 

What's hot (20)

Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Contoh senarai semak
Contoh senarai semakContoh senarai semak
Contoh senarai semak
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
 
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfEDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
 
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&pimplikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
 
Nyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyianNyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyian
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrenner
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
 
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&PPengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&P
 
terapi-seni-dan-muzik
terapi-seni-dan-muzikterapi-seni-dan-muzik
terapi-seni-dan-muzik
 
Teori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitifTeori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitif
 

Viewers also liked

Rpt bm-kssr-tahun-2
Rpt bm-kssr-tahun-2Rpt bm-kssr-tahun-2
Rpt bm-kssr-tahun-2
KFC
 
Lembaran kerja moral tahun 2 kssr
Lembaran kerja moral tahun 2 kssr Lembaran kerja moral tahun 2 kssr
Lembaran kerja moral tahun 2 kssr
allykt2000
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moral
Norazah Mohamad
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
Wan Nor Faezah
 
Rph tanggungjawab
Rph   tanggungjawabRph   tanggungjawab
Rph tanggungjawab
Cikgu Isza
 
Instrumen penilaian dskp kump3
Instrumen penilaian dskp   kump3Instrumen penilaian dskp   kump3
Instrumen penilaian dskp kump3
Cikgu Isza
 
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebangPanduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
kee jumat
 
Assignment moral sem sept2009
Assignment moral sem sept2009Assignment moral sem sept2009
Assignment moral sem sept2009
Nemo Jaja
 
Kasih sayang terhadap keluarga
Kasih sayang terhadap keluargaKasih sayang terhadap keluarga
Kasih sayang terhadap keluarga
JLetchemy Madavan
 
Panduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 skPanduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 sk
aisahhaslina
 
Buku panduan kemahiran menaakul=kssr
Buku panduan kemahiran menaakul=kssrBuku panduan kemahiran menaakul=kssr
Buku panduan kemahiran menaakul=kssr
Ewe Beesuan
 
Eviden moral t3 band 1 (nilai baik hati)
Eviden moral t3   band 1 (nilai baik hati)Eviden moral t3   band 1 (nilai baik hati)
Eviden moral t3 band 1 (nilai baik hati)
nora fizah
 

Viewers also liked (20)

Rpt bm-kssr-tahun-2
Rpt bm-kssr-tahun-2Rpt bm-kssr-tahun-2
Rpt bm-kssr-tahun-2
 
Lembaran kerja moral tahun 2 kssr
Lembaran kerja moral tahun 2 kssr Lembaran kerja moral tahun 2 kssr
Lembaran kerja moral tahun 2 kssr
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moral
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
Kepercayaan kepada tuhan
Kepercayaan kepada tuhanKepercayaan kepada tuhan
Kepercayaan kepada tuhan
 
Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2
Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2
Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2
 
Pppmpendidikanmoral tahun1
Pppmpendidikanmoral tahun1Pppmpendidikanmoral tahun1
Pppmpendidikanmoral tahun1
 
Rpt bm tahun 2(kssr) sk
Rpt bm tahun 2(kssr) skRpt bm tahun 2(kssr) sk
Rpt bm tahun 2(kssr) sk
 
Pksr 1 p moral tahun 4
Pksr 1 p moral  tahun 4Pksr 1 p moral  tahun 4
Pksr 1 p moral tahun 4
 
Rph tanggungjawab
Rph   tanggungjawabRph   tanggungjawab
Rph tanggungjawab
 
Instrumen penilaian dskp kump3
Instrumen penilaian dskp   kump3Instrumen penilaian dskp   kump3
Instrumen penilaian dskp kump3
 
Panduan pengajaran mikro pm
Panduan pengajaran mikro pmPanduan pengajaran mikro pm
Panduan pengajaran mikro pm
 
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebangPanduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
 
Pen.moral
Pen.moralPen.moral
Pen.moral
 
Assignment moral sem sept2009
Assignment moral sem sept2009Assignment moral sem sept2009
Assignment moral sem sept2009
 
Kasih sayang terhadap keluarga
Kasih sayang terhadap keluargaKasih sayang terhadap keluarga
Kasih sayang terhadap keluarga
 
Panduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 skPanduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 sk
 
Buku panduan kemahiran menaakul=kssr
Buku panduan kemahiran menaakul=kssrBuku panduan kemahiran menaakul=kssr
Buku panduan kemahiran menaakul=kssr
 
Eviden moral t3 band 1 (nilai baik hati)
Eviden moral t3   band 1 (nilai baik hati)Eviden moral t3   band 1 (nilai baik hati)
Eviden moral t3 band 1 (nilai baik hati)
 

Similar to Soalan 2

Uas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyahUas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyah
Rara Gndutzz
 
Uas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyahUas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyah
fatleo
 
Strategi Belajar Mengajar - Sri Anitah
Strategi Belajar Mengajar - Sri AnitahStrategi Belajar Mengajar - Sri Anitah
Strategi Belajar Mengajar - Sri Anitah
Hariyatunnisa Ahmad
 
RPP PMM YATI SMP NEGERI 1 BUKO SELATAN OK
RPP PMM YATI SMP NEGERI 1 BUKO SELATAN OKRPP PMM YATI SMP NEGERI 1 BUKO SELATAN OK
RPP PMM YATI SMP NEGERI 1 BUKO SELATAN OK
AlimYambese
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
SiswatiSiswati5
 
Belajar dan pembelajaran
Belajar dan pembelajaran Belajar dan pembelajaran
Belajar dan pembelajaran
Dedi Yulianto
 
Strategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabunganStrategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabungan
Mamat Jemi
 

Similar to Soalan 2 (20)

Uas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyahUas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyah
 
Uas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyahUas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyah
 
LK_3.1_Menyusun_Best_Practices.pdf
LK_3.1_Menyusun_Best_Practices.pdfLK_3.1_Menyusun_Best_Practices.pdf
LK_3.1_Menyusun_Best_Practices.pdf
 
Strategi Belajar Mengajar (Sri Anitah)
Strategi Belajar Mengajar (Sri Anitah)Strategi Belajar Mengajar (Sri Anitah)
Strategi Belajar Mengajar (Sri Anitah)
 
Strategi Belajar Mengajar - Sri Anitah
Strategi Belajar Mengajar - Sri AnitahStrategi Belajar Mengajar - Sri Anitah
Strategi Belajar Mengajar - Sri Anitah
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahitastrategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
 
Modul jenis dan kriteria media pembelajaran, dan model pembelajaran games
Modul jenis dan kriteria media pembelajaran, dan model pembelajaran gamesModul jenis dan kriteria media pembelajaran, dan model pembelajaran games
Modul jenis dan kriteria media pembelajaran, dan model pembelajaran games
 
Modul Jenis dan Kriteria Media Pembelajaran, dan Model Pembelajaran Games
Modul Jenis dan Kriteria Media Pembelajaran, dan Model Pembelajaran GamesModul Jenis dan Kriteria Media Pembelajaran, dan Model Pembelajaran Games
Modul Jenis dan Kriteria Media Pembelajaran, dan Model Pembelajaran Games
 
Modul jenis dan kriteria media pembelajaran, dan model pembelajaran games
Modul jenis dan kriteria media pembelajaran, dan model pembelajaran gamesModul jenis dan kriteria media pembelajaran, dan model pembelajaran games
Modul jenis dan kriteria media pembelajaran, dan model pembelajaran games
 
Menjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikan
Menjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikanMenjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikan
Menjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikan
 
Makalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbmMakalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbm
 
Best Practice Meningkatkan Motivasi dan Minat Belajar Peserta Didik.pdf
Best Practice  Meningkatkan Motivasi dan Minat Belajar Peserta Didik.pdfBest Practice  Meningkatkan Motivasi dan Minat Belajar Peserta Didik.pdf
Best Practice Meningkatkan Motivasi dan Minat Belajar Peserta Didik.pdf
 
RPP PMM YATI SMP NEGERI 1 BUKO SELATAN OK
RPP PMM YATI SMP NEGERI 1 BUKO SELATAN OKRPP PMM YATI SMP NEGERI 1 BUKO SELATAN OK
RPP PMM YATI SMP NEGERI 1 BUKO SELATAN OK
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
 
Belajar dan pembelajaran
Belajar dan pembelajaran Belajar dan pembelajaran
Belajar dan pembelajaran
 
Strategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabunganStrategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabungan
 
KONEKSI ANTAR MATAERI 3.2.pptx
KONEKSI ANTAR MATAERI 3.2.pptxKONEKSI ANTAR MATAERI 3.2.pptx
KONEKSI ANTAR MATAERI 3.2.pptx
 
LK 3.1 Best Practice.docx
LK 3.1 Best Practice.docxLK 3.1 Best Practice.docx
LK 3.1 Best Practice.docx
 
Makalah strategi, metode, media pkn di sd
Makalah strategi, metode, media pkn di sdMakalah strategi, metode, media pkn di sd
Makalah strategi, metode, media pkn di sd
 

Recently uploaded

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 

Recently uploaded (20)

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 

Soalan 2

  • 1. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 1 Soalan 2. Menyediakan satu rancangan pengajaran harian dan bahan bantu berasas ICT, tajuk yang diagihkan; dan menghuraikan perancangan PdP anda secara ringkas dari segi keberkesanannya dan kesesuaiannya. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL Tahun/kelas : Tahun 4A Masa : 7.30 am hingga 8.30 am Tema : Saya dan Jiran Tajuk : Membantu Jiran Amalan Mulia Standard Kandungan : 2.0 Baik hati 2.1 Memberi bantuan kepada jiran. Standard pembelajaran : 2.1.1 Menceritakan cara memberikan bantuan. 2.1.2 Menghuraikan kepentingan memberi bantuan kepada jiran. 2.1.3 Meramalkan perasaan apabila memberi bantuan kepada jiran. 2.1.4 Mengamalkan sikap membantu jiran. Objektif pembelajaran : a) Menyatakan 4 cara memberikan bantuan kepada jiran berdasarkan situasi. b) Menyatakan kepentingan memberi bantuan kepada jiran. c) Menceritakan perasaaqn semasa membantu jiran. d) Menunjukcara memberi bantuan kepada jiran dalam sesuatu situasi dengan bimbingan. Aktiviti pembelajaran:
  • 2. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 2 Set Induksi : a) Murid menonton video yang bertajuk “ Ikhlas dari Hati “ b) Murid disoal berdasarkan gambar dan mengaitkannya dengan tajuk. Contoh soalan : i) Apakah masalah yang dihadapi oleh Izat? ii) Apakah cara yang digunakan oleh Upin, Ipin dan kawan-kawannya untuk membantu jirannya.? iii) Bagaimanakah perasaan Upin, Ipin dan kawan-kawannya apabila dapat membantu Izat ? Langkah 1: a) Murid ditunjukkan beberapa kad gambar menunjukkan pelbagai situasi. b) Murid berbincang dan menyatakan tindakan yang patut diambil untuk membantu jiran serta menceritakan bagaimanakah perasaan mereka apabila dapat membantu jiran mereka. Langkah 2: a) Setiap kumpulan, diminta berbincang dan melakonkan situasi serta tindakan yang patut diambil oleh watak dalam situasi 1. Contoh: b) Guru membimbing murid menyatakan kepentingan membantu jiran dan kesan tindakan mereka dalam sesuatu situasi. Langkah 3: a) Murid diberi latihan interaktif untuk membantu jiran dan menyatakan perasaan mereka. ( Rujuk Latihan Interaktif ) Situasi 1 Keluarga Idrus memerlukan bantuan untuk membuat persiapan majlis perkahwinan
  • 3. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 3 b) Murid juga diberi lembaran kerja bagi menguji kefahaman mereka. ( Rujuk lembaran kerja ) Penutup: a) Murid menyatakan semula cara untuk membantu jiran yang memerlukan bantuan. b) Murid diingatkan supaya sentiasa bersikap baik hati untuk membantu jiran. c) Murid ditayangkan semula video yang bertajuk “Ikhlas dari Hati” Pengayaan: a) Murid dibimbing menyanyikan lagu “ Bangga Membantu Jiran” mengikut melodi “Rasa Sayang “ ( Rujuk bahan ICT pengayaan ) Pemulihan : a) Murid diberi latihan memadankan situasi denga tindakan dan perasaan setelah memberi bantuan. ( Rujuk lembaran pemulihan ) Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran: a) Menyatakan cara untuk membantu jiran yang dalam kesusahan. b) Menunjukcara memberi bantuan kepada jiran. c) Menyatakan kepentingan membantu jiran EMK : Nilai – Baik hati, tolong –menolong TMK – Menggunakan pemprosesan kata (MS) untuk membuat latihan. Bahan Bantu Belajar: Komputer, LCD, lembaran kerja, bahan multimedia.
  • 4. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 4 1,0 Pengenalan Di Malaysia satu sistem pendidikan yang menyeimbangkan pembangunan dan kemajuan ilmu dengan pembangunan dan kemajuan nilai murni insan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah diolah dengan baik melalui mata pelajaran Pendidikan Moral. Tujuan Pendidikan Moral adalah untuk membentuk individu yang berperibadi mulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan,penghayatan, dan amalan nilai murni masayarakat Malaysia. Pada peringkat awal saya telah diberi tugasan untuk menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral bagi tahun 4 . Tema yang telah ditetapkan bagi Tahun 4 ialah “ Saya dan Jiran” yang memberikan penekanan kepada 14 nilai, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, dan toleransi. Untuk itu,saya telah memilih unit 2 dengan tajuk “Membantu Jiran Amalan Mulia” yang juga memberi penekanan kepada nilai “ baik hati”. Saya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian yang mengandungi butiran am seperti berikut: (Rujuk Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 ) 1. Mata Pelajaran dan Kelas 2. Tema dan Tajuk 3. Masa 4. Standard Pembelajaran: 5. Objektif pembelajaran: kognitif/ afektif/ tingkah laku 6. Strategi pengajaran/ aktiviti 7. Elemen Merentasi Kurikulum (EMK) 8. Bahan Bantu Mengajar 9. Penilaian PdP 10. Refleksi Tujuan persediaan Rancangan Pengajaran Harian ialah supaya ia dapat menjadi satu panduan kepada guru-guru tentang topik yang hendak disampaikan.
  • 5. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 5 Selain itu, ia dapat mengelakkan guru terpesong atau terkeluar dari tajuk yang hendak diajar.Bahkan ia juga, dapat membantu guru menentukan pendekatan strategi, kaedah dan teknik PdP yang sesuai dengan objektif,pengalaman murid, kehendak sukatan dan resos PdP. Secara tidak lansung ia juga membantu guru seperti saya menyediakan bahan dan alat bantu mengajar. Penekanan diberikan kepada objektif pembelajaran berdasarkan standard pembelajaran pembelajaran yang dipilih. Objektif pembelajaran dilihat dari segi kognitif, afektif dan perubahan tingkah laku yang berlaku pada murid. 2.0 Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral Terdapat beberapa pendekatan Pendidikan Moral yang telah diperkenalkan sejak tahun 1960an lagi. Pendekatan-pendekatan ini telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral sama ada d inegara barat atau timur, termasuklah negara kita. Namun begitu sebagai guru , pendekatan-pendekatan ini perlu diubahsuai mengikut konteks budaya negara kita. Oleh itu, telah menjadi kebiasaan bagi seseorang guru menggabungkan beberapa pendekatan bagi memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Pendekatan tersebut seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi penaakulan/ pemikiran moral (kognitif), perasaan / emosi moral (afektif) dan perlakuan/ tindakan moral (psikomotor). 2.1 Pendekatan Pemupukan Nilai Pendekatan pemupukan nilai ialah satu proses menanam budi pekerti yang baik dalam diri kanak-kanak. Pendekatan ini dapat dijalankan oleh guru secara sedar atau tanpa sedar ketika menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pendekatan ini digunakan secara meluas di peringkat sekolah rendah .Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanam set nilai budaya masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat tersebut. Aktiviti pemupukan nilai dapat dilakukan melalui contoh teladan melalui watak Upin dan Ipin serta kawan-kawan membantu jiran sekampung yang dalam kesusahan kerana rumah jirannya terbakar. Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar memahami,menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima
  • 6. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 6 dan menghayati nilai tersebut berdasarkan kepada prinsip moral. Walaupun pendekatan ini mudah digunakan tetapi lebih cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Oleh itu, guru perlu juga menggunakan pendekatan lain yang memberi peluang yang lebih kepada pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. 2.2 Pendekatan Pembelajaran Secara Koperatif Pendekatan pembelajaran koperatif akan mewujudkan suasan pembelajaran yang saling prengantungan positif di mana pelajar akan bekerja dan belajar bersama- sama untuk mencapai sesuatu matlamat tertentu. Pembelajaran secara koperatif mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakannya daripada aktiviti di mana murid berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti. Dalam pendekatan pembelajaran koperatif murid diajar kemahiran sosial secara langsung manakala guru bertindak pemerhati dan membimbing. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral Tahun 4 ini, setiap kumpulan murid diminta main peranan atau simulasi situasi dan tindakan yang patut diambil berdasarkan situasi membantu jiran. Guru membimbing murid menilai kepentingan membantu jiran dan kesan ke atas tindakan mereka mengikut situasi. Setiap kumpulan juga diminta berbincang bagi menilai keberkesanan kendiri. Pendekatan pembelajaran secara koperatif dapat mewujudkan kepekaan terhadap perasaan dan pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya kesefahaman dan saling hormat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang dihadapi oleh ahli kumpulan juga dapat ditangani secara kerjasama dan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kumpulan berjaya . Pendekatan ini amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran. 3.0 Strategi dan Kaedah yang Digunakan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Strategi merupakan susunan pendekatan dan kaedah atau langkah-langkah yang diambil untuk melaksanakan sesuatu perancangan dalam pengajaran untuk mencapai objektif. Untuk mencapai objektif dengan berkesan, pemilihan dan perlaksanaan strategi yang betul dan sesuai akan melancarkan proses
  • 7. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 7 pembelajaran dan mencapai objektif dengan berkesan. Strategi pengajaran yang sesuai akan dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran Pendidikan Moral. Oleh itu, saya telah menggunakan 2 strategi pengajaran bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran ini mencapai objektifnya. 3.1 Strategi Pemusatan Pelajar Strategi ini melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran. Dalam strategi ini guru dan murid perlu sama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid juga diterapkan dengan sifat-sifat bersosial yang positif dalam aktiviti berkumpulan seperti bekerjasama, tolong-menolong, baik hati dan hormat-menghormati. Strategi ini telah diterapkan dalam setiap langkah dalam aktiviti pembelajaran. 3.2 Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan Dalam strategi ini penggunaan bahan seperti kad gambar, carta, model, komputer, LCD dan slaid powerpoint amat membantu pengajaran dan pembelajaran murid. Penggunaan bahan ini dapat menarik tumpuan murid-murid terhadap pengajaran dan membantu murid memahami pelajaran dengan cepat dan mudah. Dalam pengajaran Pendidikan Moral ini saya telah menggabungkan penggunaan ICT dan kad gambar bagi membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. 4.0 Kaedah Pengajaran yang Digunakan. Kaedah ialah satu perancangan aktiviti untuk melaksanakan pengajaran dengan teratur dan sistematik. Guru perlu membentuk langkah-langkah yang sesuai dan tersusun untuk mencapai objektif pembelajaran. Untuk itu, saya telah memilih beberapa kaedah yang sesuai dan boleh memenuhi objektif dan keperluan pembelajaran murid. 4.1 Kaedah Main Peranan / Simulasi Kaedah main peranan/ simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasi konsep-konsep tertentu dalam menyelesaikan masalah. Simulasi adalah sesuatu yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam
  • 8. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 8 bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral ini, saya telah meminta kumpulan murid memainkan peranan sebagai jiran yang suka membantu berdasarkan beberapa situasi yang diberi. Guru pula perlu memastikan isu utama yang yang terkandung dalam simulasi dan menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi. Langkah-langkah ini termasuklah tingkah laku murid dan peranan yang dimainkan, serta tindakan yang mempengaruhi tindakan murid tersebut. 4.2 Kaedah Nyanyian Kaedah nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang sangat digemari oleh murid- murid. Kaedah ini dapat m,enghiburkan murid dan dapat mengurangkan ketegangan murid. Dalam pengajaran dan pembelajan Pendidikan Moral ini saya telah menjadikan aktiviti nyanyian sebagai melengkapkan aktiviti penutup. 4.3 Kaedah Perbincangan Perbincangan merupakan aktiviti di mana individu-individu murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain serta berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan mencari sesuatu penyelesaian. Perbincangan adalah berfaedah bagi murid-murid kerana mereka berpeluang mengemukakan idea-idea mereka dan bertukar-tukar pendapat antara mereka bukan di antara guru dan murid-murid. Kesemua murid dalam satu kelas boleh mengambil bahagian dan guru hanya bertindak sebagai pengerusi. Galakkan soalan yang terbuka supaya lebih banyak maklumat dapat diperolehi. Diakhir perbincangan, buatlah rumusan idea supaya murid tahu apa yang telah dicapai. Guru pula perlu membuat rumusan terhadaop apa yang dibincangkan.
  • 9. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 9 6.0 Aplikasi Kemahiran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral yang Diterapkan. Bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada guru dan murid dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Moral sekaligus menimbulkan minat murid ; pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam mata pelajaran lain , turut digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Pembelajaran konstruktivisme dan Kemahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif telah diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral tahun 4 yang dipilih. 6.1 Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Implikasi daripada pengertian konstruktivisme adalah pengajaran dan pembelajaran akan berpusat kepada murid. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Manakala guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Guru berperanan sebagai fasilitator dan pereka bentuk bahan pengajaran yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan soalan/ idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Murid juga digalakkan bertanya dan berdialog dengan murid dan guru. Kemahiran pembelajaran ini juga menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran. Pembelajaran secara konstruktivisme ini menyokong pembelajaran koperatif. Ia memberi peluang kepada
  • 10. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 10 murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar. Antara kelebihan pembelajaran ini ialah menjadikan murid lebih seronok, lebih berfikir, lebih faham, lebih ingat, lebih yakin dan lebih berkemahiran sosial. 6.2 Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif. Kemahiran berfikir melibatkan kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif dan kemahiran menaakul. Perkaitan semuan kemahiran berfikir ini menjadi strategi proses berfikir seperti yang terdapat dalam jadual di bawah. Rajah 1.0: Menunjukkan Model Kemahiran Berfikir. STRATEGI BERFIKIR/ METAKOGNITIF Mengkonsepsi Meyelesaikan masalah Membuat keputusan KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS Mencirikan Membanding beza Mengumpul dan mengelaskan Membuat urutan Menyusun mengukut keutamaan Menganalisis Mengesan kecenderungan Menilai Membuat kesimpulan MENAAKUL Logik Rasional KREATIF Menjanaidea Menghubung kait. Membuat inferens Meramal Membuat hipotesis Mensintesis Mengitlak Membuat gambaran mental. INOVASI KREATIVITI
  • 11. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 11 Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan manghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham dan gabungan-gabunagn idea-idea yang ada. Manakala penaakulan merupakan penerangan tentang kesan dan akibat mengapa terjadinya sesuatu di samping dapat membuat ramalan atau andaian. Ia merupakan proses kognitif yang menggunakan fakta atau pengetahuan , data dan strategi menyelesaikan masalah untuk membuat kesimpulan atau keputusan. Perlaksanaan proses kreativiti terarah menerusi aplikasi strategi pembelajaran konstruktivisme dapat meransang pembelajaran yang lebih efektif dan menarik. Persediaan guru yang sempurna menjadi faktor utama menjayakan keseluruhan proses pendidikan di bilik darjah. Contoh proses kreativiti terarah menerusi strategi pembelajaran konstruktivisme yang digambarkan seperti dalam rajah 2.0. Proses Kreativiti Terarah menerusi Strategi Pembelajaran Konstruktivisme. Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan Orientasi idea berasakan pengetahua n.  Penstrukturan idea  Meneroka  Menjelas  Konstruk Idea Baru.  Penjelasan Lanjut  Aplikasi idea  Penilaian  Kaji semula perubahan idea.  Penyiasatan lanjutan. 7.0 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sumber pengajaran dan pembelajaran , alat bantu mengajar ,bahan bantu mengajar dan media adalah istilah yang selari dengan alatan yang digunakan untuk menyokong atau melaksana sebarang bahan. Antara kepentingan sumber pengajaran dan pembelajaran ialah menjadi daya penarik dan dapat menghilangkan kebosanan. Ia juga menyeronokkan suasana pengajaran dan pembelajaran. Selain
  • 12. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 12 itu, ia juga dapat mempelbagaikan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan menggalakkan penggunaan pelbagai deria murid. Antara bahan sokongan yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti bahan bercetak ( cerita, gambar-gambar bersiri, kad-kad situasi dan skrip lakonan), bahan permainan, bahan maujud, bahan rakaman, bahan pandang dengar dan peralatan seperti LCD, VCD dan DVD. Selaras dengan kecanggihan dunia masa kini, maka saya menggabungkan unsur visual dan audio yang menggunakan sokongan teknologi komputer bagi menjadikan ia berfungsi sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, saya menghasilkan video dan semua paparan kad gambar dalam bentuk visual dan audio dan dipaparkan dilayar skrin yang disalurkan menggunakan LCD bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Sebenarnya terdapat banyak kebaikan dalam menggunakan multi media dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ia boleh digunakan bagi kumpulan besar, kumpulan kecil dan individu. Selain itu , gabungan bunyi, grafik dan animasi dan gambar boleh menimbulkan kesan sebenar. Perkara yang ingin disampaikan kepada murid menjadi lebih senang dan mudah. Malahan ia berupaya memberi kronologi proses pengajaran dan pembelajaran dan ini amat bertepatan dengan teori pembelajaran kognitif. 8.0 Kesimpulan. Untuk menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, maka guru perlu menentukan tajuk atau topik yang hendak disampaikan. Persediaan Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu tugas wajib seorang guru. Ia bukan sesuatu bebanan tetapi membantu guru menyusun dan mementukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik PdP yang sesuai dengan objektif yang hendak dicapai, pengalaman sedia ada murid, kehendak sukatan dan juga resos Pdp. Malahan dengan kecanggihan yang ada sekarang, guru boleh menyediakan bahan multimedia yang dapat membantu guru mengajar dengan baik dan murid
  • 13. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 13 belajar sesuai mengikut zaman dan keperluan murid. Pada pendapat saya, apapun bahan atau alat yang digunakan, guru perlu sentiasa berusaha untuk memastikan perancangan Pdp yang dibuat adalah berkesan dan sesuai mengikut tahap murid. 3.0 REFLEKSI Bersyukur saya kehadrat Allah yang telah memberi keizinan, kesihatan dan peluang kepada saya untuk menyelesaikan tugasan yang telah diamanah kepada saya. Dalam tugasan kerja kursus ELM3102 Kurikulum dan Kaedah Pengajaran dan Pendidikan Moral saya telah diberi tugasan bagi memenuhi syarat wajib lulus bagi semester keenam. Tugasan ini sebagaimana biasa telah diberikan oleh Encik Syahrain Bin Abuillah diperingkat awal bagi membantu saya menyediakan slaid bertajuk “Membentangkan Rancangan Pengajaran Makro Pendidikan Moral Tahun 1” . Untuk tugasan pembentangan ini, saya telah menyediakan penerangan secara ringkas berkaitan pengajaran Makro dan menyediakan satu Persediaan Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 1 yang lengkap dan menyeluruh. Ia merangkumi semua prosedur dan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang biasa dipraktikkan oleh sesorang guru di dalam kelas. Dengan kata lain, saya telah menyediakan satu contoh sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Apa yang paling penting ia boleh dipraktikkan di adalam kelas sepenuhnya. Namun demikian, penambahbaikkan masih lagi boleh dibuat apabila seseorang guru menggunakan rancangan harian tersebut. Dalam tugasan kedua saya telah diminta menyediakan satu rancangan pengajaran harian tahun 4 bagi mata pelajaran Pendidikan Moral dan bahan bantu mengajar berasaskan ICT . Saya juga diminta menghuraikan perancangan PdP secara ringkas dari segi keberkesanan dan kesesuaiannya kepada murid. Untuk tugasan ini, saya memilih unit 2 di bawah tajuk “ Membantu Jiran Amalan Mulia dengan memberi penekanan kepada nilai “Baik Hati”. Saya juga menyediakan bahan ICT seperti video, kad-kad gambar, kad-kad situasi, latihan
  • 14. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 14 interaktif serta lembaran kerja bagi memberi kemudahan kepada sesiapa jua yang menggunakan bahan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, saya juga memberi ulasan tentang persediaan Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 4 yang saya sediakan. Saya memberi penekanan kepada beberapa aspek bagi memastikan Rancangan Pengajaran Harian saya berkesan dan bersesuaian kepada murid-murid. Pertama, saya mengenal pasti objektif 3 domain dalam Pendidikan Moral iaitu Kognitif ( Pemikiran Moral), Afektif (Perasaan Moral) dan Psikomotor ( Tingkah laku Moral) dengan memilih standard kandungan. Yang hendak disampaikan. Untuk itu, saya perlu memilih beberapa pendekatan yang sesuai dan boleh dilaksanakan dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang sesuai akan memudahkan guru Pendidikan Moral seperti saya menyampaikan ilmu pengetahuan moral, khasnya penghayatan nilai-nilai murni yang lebih eksplisit dan berkesan. Sekiranya didapati pendekatan itu tidak berkesan, saya perlu menjadi lebih proaktif dengan mengubahsuaikan teknik-teknik dalam kaedah penyampaian ilmu moral secara inovatif dan kreatif. Sebagai guru Pendidikan Moral, saya boleh melaksanakan pelbagai kaedah pengajaran untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang berkesan. Dalam satu waktu PdP saya boleh menggunakan satu kaedah atau kombinasi dua atau tiga kaedah untuk melaksanakan pelbagai aktiviti secara inovatif dan kreatif. Asalkan objektif pembelajaran tercapai dan murid dapat manfaat yang maksimum daripada pengajaran guru. Penggunaan bahan ICT diharapkan dapat menjadikan PdP menjadi lebih menarik, berkesan dan sesuai dengan tahap murid. Di samping itu, penghayatan ke atas nilai-nilai murni dapat diterapkan keatas murid. Sesungguhnya pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan ICT adalah sumber pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan keperluan semasa. Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya bahawa tanggung jawab untuk membentuk individu yang berperibadi mulia dan bertanggungjawab melalui
  • 15. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 15 pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia adalah diletakkan di atas kesungguhan dan iltizam guru-guru Pendidikan Moral. Guru-guru ini adalah penggerak bagi mengimbangi pembangunan dan kemajuan ilmu dengan pembangunan dan kemajuan nilai murni insan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang sebaiknya bagi memastikan pemupukan dan pengamalan nilai-nilai murni yang berterusan. Sekian, wasalam NORYATIMAH BT ISMAIL 690727015774 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah, IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor,
  • 16. [ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem6 16 4.0 Bibliografi: 1. Shanmugan Velu, Mohd Zaki( 2013). Pendidikan Moral Tahun 4 Sekolah Kebangsaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2, Kaladevi, Mageswari, Vishalache & Abdullah (2010). Pendiidikan Moral Tahun 1, Sekolah Kebangsaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Instituit Pendidikan Guru (2012) Modul ELM3102 Kurikulum dan kaedah Pengajaran Pendidikan Moral, Cyberjaya : Kementerian Pelajaran Malaysia . 4 Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Kurukulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Moral Tahun 1, Kuala Lum[ur : Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. Bahagian Pembangunan kurikulum (2013). Draf Dokumen Standard dan Prestasi Sekolah Rendah Pendidikan Moral Tahun 4, Putra Jaya : Kementerin Pelajaran Malaysia 6. Pusat Perkembangan kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. 7. Dr Chan Lee Hoon, Pendekatan Dalam Pendidikan Moral http://pendidikanmoral.um.edu.my/uploads/rujukan/pendekatan%20pendidika n%20moral.pdf di muat turun pada 15 Julai 2014 .