Assignment moral sem sept2009

1,844 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,844
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
39
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Assignment moral sem sept2009

  1. 1. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 PENGENALAN Sebagai manusia yang sentiasa mengharapkan kebahagian hidup dan menjalani kehidupan dengan penuh keselesaan, kita haruslah mensyukuri dan menghargai setiap pemberian nikmat dari Allah s.w.t. yang menjadi keperluan asas bagi kehidupan dengan sebaik mungkin. Terutamanya, nikmat air, udara, tumbuhan-tumbuhan, haiwan dan sebagainya yang merupakan ciptaan Allah sebagai pelengkap kepada kelangsungan kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Sememangnya Allah s.w.t. menjadikan alam ini sebagai kemudahan dan keperluan bagi kehidupan hambanya. Segala kemudahan dan ciptaan Allah sama ada di langit mahupun di bumi merupakan nikmat Allah kepada hambanya. Dan dalam masa yang sama manusia diamanahkan menjadi khalifah untuk memikul tanggungjawab mengurus dan mengatur alam ini dengan baik. Disamping menggunapakai segala kemudahan tersebut untuk urusan keperluan hidup dengan faedah yang terbaik. Hal ini sebagaimana firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 56 : Maksudnya : “ Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoa’lah kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya ”. Sehubungan firman Allah di atas, sewajarnya pelajar diasuh dan dididik supaya mempunyai kesedaran dan kepekaan terhadap isu alam sekitar. Perasaan sayang dan cinta kepada alam sekitar perlu ditanam dijiwa pelajar sejak dari kecil melalui pendidikan yang berkesan. Pendidikan adalah penting untuk mempertingkatkan dan memperbaiki keupayaan manusia untuk menangani isu-isu alam sekitar. Alam sekitar dan pembangunan perlu digabungkan sebagai komponen penting dalam pembelajaran. Pendidikan formal dan tidak formal adalah penting untuk menukar sikap manusia agar mereka mempunyai keupayaan untuk menilai dan menghadapi kepekaan mereka terhadap 1
  2. 2. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 pemasalahan isu-isu alam sekitar. Ianya juga penting untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan etika, nilai dan sikap, kemahiran dan tingkah laku yang konsisten, juga melihat keberkesanan penglibatan awam dalam membuat keputusan terhadap peri perlunya pendidikan alam sekitar. Pendidikan yang dimaksudkan ini juga adalah dengan tujuan untuk berusaha mencapai perolehan pendidikan alam sekitar dan pembangunan, yang dikaitkan dengan pendidikan sosial, daripada peringkat umur sekolah rendah dan tadika hingga kepada setiap orang dewasa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan Bantu mengajar (BBM) atau alat bantu mengajar (ABM) digunakan bagi menjelas dan mengukuhkan isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh kita untuk mencapai objektif pembelajaran moral yang menjurus kepada kesedaran peri pentingnya menjaga alam sekitar. Kajian telah membuktikan bahawa keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bertambah jika bahan Bantu mengajar (BBM) yang digunakan itu sesuai, jelas menarik dan berkesan. Mengikut kajian, 75% daripada maklumat yang diperolehi oleh pelajar adalah melalui deria penglihatan, 13% melalui deria pendengaran, 4% melalui deria sentuh, 4% deria lagi melalui deria bau. Deria penglihatan dan pendengaran merupakan dua saluran deria manusia yang penting sekali untuk memperolehi maklumat. Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar, khasnya alat pandang dengar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan berlakunya perubahan tingkah laku. Dalam masa yang sama ianya dapat meningkatkan kesedaran dalam isu-isu alam sekitar Kepekaan guru dalam memilih, membina dan mengguna sumber amat penting kerana setiap sumber yang digunakan dengan baik akan memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesesuaian setiap sumber tidak hanya terletak kepada kos yang mahal tetapi ia amat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif dan berkesan. Kebolehan guru merealisasikan penggunaan sumber dengan baik akan membantu memperjelaskan dan menambah keyakinan pelajar. Bahan pengajaran dan pembelajaran biasanya digolongkan sebagai media pengajaran atau instructional media. Gerlach dan Ely (1980) melihat media pengajaran sebagai sumber- sumber seperti manusia, bahan atau suasana yang boleh menimbulkan iklim pembelajaran untuk merangsangkan pelajar mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran serta pembentukan sikap positif. 2
  3. 3. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 Reiser dan gagne (1983) membuat kesimpulan bahawa media pengajaran merangkumi bahan bercetak, rakaman audio dan visual, filem, slaid serta alatan yang digunakan bagi menyampaikan isi pengajaran. Manakala Atan Long (1982) mengatakan bahawa alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama “alat Bantu mengajar”. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Thomas, R. Murray dan Swartout, Sherwin G. (1963) menjelaskan bahawa hanya alat Bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan. Sumber pengajaran, alat dan bahan bantu mengajar adalah istilah yang selari dan saling melengkapi antara satu sama lain. Keupayaan guru merancang, mengurus dan menggunakan setiap bahan, alat dan sumber pengajaran akan menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran berkesan. Penyepaduan unsur pedagogi, bahan, sumber dan alat dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memungkinkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik serta berkesan dan ada kejelasan. 1.0. Sediakan satu bahan membantu mengajar untuk mengajar nilai 4.3 Peka terhadap isu alam sekitar ( Tahun 5 ). Huraikan dengan jelas cara penggunaan bahan tersebut untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam kerja kursus ini, Penggunaan komputer dan Perisian Powerpoint bertajuk “ Bersama Menjaga Kebersihan Alam “dipilih sebagai bahan Bantu mengajar untuk mata pelajaran Moral Tahun lima. Pemilihan ini dibuat adalah kerana di sekolah, penggunaannya dilihat sebagai alat pedagogi atau pengupaya yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perisian ini mengandungi kepelbagaian ‘variasi’ aplikasi dalam bidang pendidikan dalam kuantiti yang tinggi. Selain daripada itu, ianya dapat bertindak sebagai ‘pengaturan’ kursus atau “media direktif”. Perisian ini mengandungi perisian simulasi yang dapat memotivasi pelajar di samping ‘membangkitkan’ minat seterusnya meningkatkan kefahaman mereka. Simulasi ini membantu pelajar memerhati fenomena yang kurang tampak secara fizikal atau fenomena yang sukar dihasilkan semula. 3
  4. 4. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 Melalui teknologi multimedia, pelbagai perisian kursus multimedia bagi matapelajaran pendidikan moral dapat dibangunkan dengan penyepaduan pelbagai media seperti teks, grafik, animasi, video, audio dan interaktiviti dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Moral. Menurut Jonassen (1996), persembahan multimedia adalah lebih attention-getting dan attention- holding kerana ia adalah multimode iaitu rangsangan yang berlaku adalah lebih dari satu deria pada satu masa. Menurut beliau lagi, kajian tentang kesan multimedia ke atas pembelajaran menunjukkan bahawa peningkatan pembelajaran berlaku apabila saluran (media) yang berlainan menyediakan maklumat yang saling melengkapi antara satu sama lain. Malah, multimedia dapat memainkan peranan untuk menyediakan persekitaran yang kaya dengan sumber bagi membolehkan pengajaran guru berorientasikan pelajar dan diamalkan secara lebih berkesan. 1.1. Garis panduan menggunakan Bahan Bantu Mengajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 1. Bahan Bantu Mengajar hendaklah disimpan di suatu tempat yang sesuai supaya pelajar boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya, kita seharusnya membimbing pelajar-pelajar meneliti fakta yang penting supaya tidak membazirkan masa serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika ia mengandungi banyak segmen, tunjukkan hanya bahagian yang ingin disampaikan terlebih dahulu, jangan tunjukkan keseluruhan segmen. Cara ini akan membangkitkan rasa ingin tahun pelajar kesudahan kandungan perisian power point. 2. Sebelum bahan digunakan, edarkan kepada pelajar bahan kerja praktis atau kertas tugasan. Guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang ditetapkan. 3. Guru harus menunjukkan BBM kepada pelajar hanya pada masa yang diperlukan sahaja. Jika sesuatu BBM ditunjukkan lebih awal, pelajar akan asyik tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran. 4. Guru harus membimbing pelajar-pelajar membincangkan fakta-fakta atau isi penting yang terkandung dalam BBM. Selepas itu guru boleh menggadakan aktiviti penilaian 4
  5. 5. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 terhadap tindakbalas pelajar tentang hasil penggunaan BBM itu dengan tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran. 5. BBM yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul semula dan disimpan dengan baik di tempat yang selamat. 6. BBM haruslah digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru. Penggunaan BBM haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai objektif pelajaaran yang telah ditetapkan. 1.2. Cara-cara menggunakan perisian power point dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran ini menggunakan pendekatan Induktif yang mana ianya lebih memusatkan kepada penyertaan murid dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran ini berlangsung selama 60 minit. Tajuk pengajaran ini ialah “ Bersama Menjaga Kebersihan Alam ”. Pengajaran bermula dengan bacaan doa mengikut agama masing-masing bagi mendapatkan keberkatan. Murid-murid juga digalakan bertafakur sebentar untuk memperingati dan menghormati keluarga dan sahabat yang telah meninggal dunia. Dengan menggunakan perisian power point, guru memulakan pengajaran dengan menayangkan video tentang pencemaran alam sekitar yang mencakupi pencemaran air, pencemaran udara, punca-punca pencemaran, kesan pencemaran kepada hidupan dan cara-cara mengatasi masalah pencemaran. Video ini mengandungi lagu “ Ikan Kekek” yang berlatar belakangkan isu pencemaran yang melanda Bumi. Nyanyian lagu “ Ikan Kekek “ yang telah diubah suai liriknya dengan memasukkan isu-isu pencemaran. Pada permulaannya guru meminta murid-murid mendengar dan membaca lirik baris demi baris dan kemudian menyanyi bersama- sama. Video ini adalah berbentuk karaoke. Setelah selesai menyanyi guru bersoaljawab tentang lagu dan kandungan video yang telah ditayang. 5
  6. 6. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 Lirik lagu “ Ikan Kekek ” Di antara soalan yang dikemukakan oleh guru ialah: Apakah jenis-jenis pencemaran yang terdapat dalam lagu “Ikan Kekek”? Apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut? Siapakah yang melakukan perbuatan mencemarkan sungai? Tujuan guru bersoaljawab adalah untuk menimbulkan kesedaran bahawa pencemaran yang berlaku di persekitaran murid adalah berpunca dan hasil perbuatan murid-murid sendiri dan 6 Ikan oh ikan Ikan kekek mak iloi-iloi, Mengapa engkau lembik? Ikan gelama rasa berbisa Macam mana aku tak lembik Tabiat ‘tak pa’ tak berbaloi Air sungai kotor. Angkara kita Bumi binasa Sungai oh sungai kenapa engkau kotor? Atuk oh atuk kenapa atuk batuk? Macam mana aku tak kotor Macam mana atuk tak batuk Depa buang sampah Tanah gambut kena bakar Depa kata ‘ tak pa’. Udara pun tercemar. Ikan kekek mak iloi-iloi Atuk oh atuk kenapa makin panas? Ikan gelama hidup merana Ha,,,,la,,,kau jawabla aku letih la Buang sampah berbakul-bakul Macam mana tak panas Tabiat ‘tak pa’ jadi budaya Orang makin lalai, orang dah tak kisah Atuk oh atuk, kenapa jadi banjir? Ikan kekek si ikan keli Hai macam mana tak jadi banjir Ikan gelama tak bermaya Orang tebang pokok, Hentikanlah cemari Bumi Orang potong bukit. Angkara kita Bumi binasa Bumi oh bumi, kenapa makin panas? Macam mana aku tak panas? Kesan asap toksik Kesan asap toksik
  7. 7. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 kesan buruk akibat perbuatan murid-murid akan ditanggung oleh mereka semua seperti wabak penyakit. Guru seterusnya membacakan satu firman Allah yang bermaksud: “ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. surah ar-Ruum ayat 41 : Tujuan guru membacakan surah ini adalah untuk memboleh murid-murid mengambil ikhtibar daripada bala-bala yang diturunkan Allah seperti banjir, kebakaran kemarau, ribut dan sebagainya adalah akibat daripada perbuatan manusia. Melalui aktiviti ini, nilai murni seperti menjaga kebersihan, sikap bertanggungjawab dan bersyukur diterapkan kedalam diri murid- murid. Dengan berbantukan komputer dan perisian power point, guru menerangkan definisi pencemaran dengan menggunakan gambar-gambar pencemaran yang berlaku di seluruh Malaysia. Gambar-gambar yang ditayangkan adalah dalam bentuk slaid. Murid-murid mengenalpasti dan menamakan objek yang terdapat dalam gambar tersebut. Gambar-gambar ini mencakupi jenis-jenis bahan pencemar seperti sampah sarap. Murid-murid dijelaskan bahawa pembuangan bahan pencemar ini akan mengakibatkan persekitaran manusia menjadi tercemar dan ianya tidak boleh digunakan lagi, sekiranya digunakan ia akan memudaratkan manusia bahkan boleh menyebabkan kematian kepada manusia dan hidupan lain. Dalam aktiviti ini juga, guru meminta murid-murid menyata dan menyenaraikan beberapa contoh lain bahan-bahan pencemar yang diketahui. Guru mencatat contoh-contoh yang diberikan murid di papan hitam. Aktiviti ini dapat memberi pengetahuan tentang bahan-bahan yang boleh memudaratkan alam 7
  8. 8. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 sekitar serta melalui aktiviti ini juga, murid-murid diharapkan dapat meningkatkan kesedaran mereka tentang amalan pelupusan dan pembuangan sampah dengan cara yang betul bagi memelihara alam sekitar serta bersederhana dalam menggunakan sumber alam bernilai seperti petroleum untuk mengelakkan kehabisan sumber tersebut. Nilai murni seperti berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan kemudahan untuk melupuskan sampah dan bersikap prihatin terhadap masalah dan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat dan alam sekitar. Guru sekali lagi menggunakan video “ Ikan Kekek ” bagi aktiviti berkumpulan. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan juga seorang pencatat bagi melancarkan perjalanan aktiviti. Kumpulan 1: Pencemaran air – Punca-punca pencemaran Kumpulan 2: Pencemaran air - Kesan-kesan pencemaran kepada hidup dan alam sekitar Kumpulan 3: Pencemaran udara - Punca-punca pencemaran Kumpulan 5:Pencemaran udara- Kesan-kesan pencemaran kepada hidup dan alam sekitar Guru mengedarkan pelajar kertas tugasan dan memberi arahan yang terang dan jelas tentang aktiviti pembelajaran itu agar dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang ditetapkan. Video “ikan kekek”, ditayangkan dan murid-murid diminta menyelesaikan tugasan yang telah diberikan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam video ‘Ikan Kekek” mengikut kumpulan masing-masing. Setiap murid dalam kumpulan memainkan peranan masing-masing mengikut tugasan yang telah ditetapkan oleh kumpulan. Melalui aktiviti seperti ini semangat kerjasama dan tolong menolong diterapkan kepada murid-murid bagi mendapat satu hasil kerja yang baik. Selain daripada itu, aktiviti ini juga melatih murid patuh dan 8
  9. 9. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 taat kepada perintah ketua serta membentuk rasa tanggungjawab terhadap kumpulan. Setiap kumpulan akan melaporkan hasil dapatan yang diperolehi mereka. Guru menayangkan video kempen kebersihan melalui perisian power point. Guru kemudiannya bersoal jawab tentang video yang ditayangkan. Aktiviti ini adalah untuk membolehkan murid menjana idea mereka tentang cara menangani isu kebersihan alam sekitar. Guru seterusnya meminta murid untuk menyumbang pendapat tentang cara-cara untuk menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal mereka. Guru mencatat semua pendapat murid di papan hitam tanpa mengubah atau meminda pendapat mereka. Guru dan murid memilih serta membuat rumusan beberapa pendapat yang terbaik. Berdasarkan kepada hasil rumusan tentang cara-cara menjaga kebersihan alam sekitar. Murid kemudiannya diminta membina peta minda tentang isu- isu pencemaran alam sekitar yang telah diperolehi dengan dibantu oleh guru. Murid-murid menggunakan semua maklumat yang diperolehi hasil laporan perbincangan dan mencatatnya di atas kertas manila dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Guru kemudiannya mempamerkan hasil kerja murid di papan pameran. Menerusi aktiviti ini murid-murid diasuh untuk berani mengeluarkan pendapat dan menghormati pendapat orang lain serta menerima keputusan yang munasabah walaupun mereka ada pendapat sendiri. Murid-murid juga diterapkan tentang pentingnya nilai kebersihan dalam kehidupan mereka. Mereka juga dinasihatkan agar mengelakkan diri daripada terlibat dalam kegiatan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Sebagai tugasan susulan, guru mengedarkan lembaran yang mengandungi gambar sekumpulan murid yang sedang bergotong royong membersihkan kawasan sekolah. Guru meminta murid-murid mewarna gambar tersebut. Setelah murid selesai mewarna lukisan, guru 9
  10. 10. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 mengadakan sesi apreasiasi hasil kerja murid. Guru dan murid kemudiannya memilih beberapa lukisan yang terbaik kemudian melekatkan lukisan tersebut pada papan pameran sebagai motivasi untuk menghasilkan kerja yang kemas, bersih dan menarik. Melalui aktiviti ini murid- murid diterapkan dengan nilai kerajinan, sukakan kebersihan dan menyayangi sekolah sebagai tempat memperolehi ilmu. Sebagai penutup guru membuat kesimpulannya: 1. Manusia sebagai makhluk yang diamanah oleh Allah untuk memakmur dan membangunkan bumi, hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi mengelak berlakunya kerosakan dan kemusnahan terhadap alam sekitar. 2. Nikmat air dan udara yang bersih adalah anugerah Allah s.w.t. untuk kita gunakan dan mengurusnya dengan penuh bijaksana. 3. Janganlah kita menggadaikan segala kurniaan Allah ini hanya untuk mengejar kemajuan dan kemewahan hidup tanpa memikirkan hak-hak makhluk lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang menumpang seperti kita di atas bumi Allah ini. 1.3. Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkesan. Koh Boh Boon ( 1992 ) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1983 ) pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkan. Hal ini melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusat kepada para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu membahagikan tugas pengajaran kepada tiga bahagian iaitu sebelum proses pengajaran, semasa pengajaran dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. 1.3.1. Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran 10
  11. 11. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 1.3.1.1 Rancangan Pengajaran. Proses pengajaran yang berkesan memerlukan persediaan dan perancangan yang mantap dan teliti oleh seorang guru sebelum ia terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu tahu kelompok pelajar yang hendak diajar, isi kandungan pelajaran dan matlamat serta objektif yang hendak dicapai. Perancangan pengajaran yang teliti akan membantu guru melangsungkan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan cukup berkesan seperti kata perpatah : “ Sekiranya kamu gagal untuk merancang, maka kamu merancang untuk gagal,”. 1.3.1.2 Membuat Rujukan Seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam berbanding pelajar. Kepakaran di dalam bidang yang diajar atau subject content adalah faktor dominan yang menyumbang kearah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perpatah Arab ada berkata “Orang yang tidak apa-apa, ia tidak akan dapat memberi apa-apa pun.” 1.3.1.3 Persiapan Emosi Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “ Bukan daripada golongan kami, orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani orang muda”. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak akan terhasil tanpa emosi yang stabil daripada kedua-dua belah pihak iaitu guru dan murid kerana pendidikan itu merupakan satu seni yang melibatkan hati dan perasaan. 1.3.2. Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran 1.3.2.1.Komunikasi yang Berkesan Menurut Sulaiman Md. Yassin (2002) Komunikasi adalah merupakan satu proses pemindahan makna iaitu maklumat, idea, pengetahuan, persefahaman atau penyampaian kepada penerima melalui saluran-saluran tertentu dengan harapan mewujudkan persamaan. Untuk memastikan pelajar memahami pengajaran guru, maka guru harus menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan kemampuan kognitif mereka. Allah juga berfirman dengan maksud: “ Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersifat kasar lagi berhati keras, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling kamu.” ( Ali I’mran: 159). Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa hikmah, kebijaksanaan, lemah-lembut dan 11
  12. 12. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 percakapan yang baik sememangnya menjadi asas mewujudkan komunikasi yang baik dan berkesan. 1.3.2.2 Penggunaan Teknologi Pendidikan Charles B. Klasek (1972) menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan bahan bantu mengajar. Pengajaran guru menjadi lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka. 1.3.2.3 Memberi bantuan klinikal Kebolehan guru untuk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu melakukannya 1.3.3 Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran. 1.3.3.1.Refleksi Menurut Hanipah (1999) refleksi bermaksud proses merenung, menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan berterusan. Apabila proses pengajaran dan pembelajaran telah selesai guru perlu membuat refleksi terhadap pengajaran yang telah disampaikan untuk mengetahui sama ada pelajar dapat memahami isikandung yang telah disampaikan. Proses ini amat penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. 1.3.1.2 Memantau kemajuan Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kepada guru, ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain untuk mdapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar. 12
  13. 13. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 2.0. Sediakan 15 soalan untuk menilai penguasaan murid-murid Tahun 5 tentang nilai 4.2 Menyayangi alam sekitar dan 4.3 Peka terhadap isu alam sekitar. 2.1. Soalan Berbentuk Pengetahuan 2.1.1 Lalat mudah menghinggapi sampah sarap yang tidak___________ A. dibakar dengan sempurna B. berbau busuk C. dikutip oleh pemungut sampah D. diurus secara betul. 2.1.2 Lori pengangkut sampah membawa sampah sarap ke_________ untuk dilupuskan A. kawasan lapang B. tapak pelupusan sampah C. kilang pelupusan sampah D. kawasan perumahan 2.1.3. Tong-tong sampah disediakan untuk___________ sampah sarap. A. membersihkan B. menyimpan C. melupuskan D mengitar semula ( 6 markah ) 2.2. Soalan Berbentuk Kefahaman 2.2.1 Antara yang berikut, yang manakah bukan usaha kerajaan bagi mengatasi masalah pencemaran alam? A. Menganjurkan kempen kesedaran alam sekitar. B. Memberikan ceramah tentang alam sekitar C. Menguatkuasakan undang-undang. D. Mengadakan tunjuk perasaan 2.2.2. Pilih pernyataan yang benar tentang cara mengatasi masalah pencemaran alam i. Pembakaran secara terbuka ii. Membuang sisa toksik ke dalam laut iii. Tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai iv. Menanam semula pokok selepas aktiviti penebangan A. i dan ii B. i dan iii C. ii dan iii D. iii dan iv 13
  14. 14. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 2.2.3. Pembakaran terbuka menyebabkan pembebasan asap yang banyak. Hal ini akan mengakibatkan___________ A. udara di kawasan sekitar tercemar. B. kenderaan di jalan raya berhenti untuk melihat kawasan pembakaran. C. pihak bomba pergi ke tempat pembakaran. D. orang ramai berkumpul ke tempat pembakaran. 2.2.4. Yang berikut ialah amalan baik yang harus ada pada diri setiap individu dalam Menjaga alam sekitar, kecuali A. membersihkan longkang yang tersumbat B. memotong dahan-dahan pokok yang tumbuh berselerak C. tidak membakar sampah di halaman rumah D. membuang surat khabar lama yang tidak digunakan ( 8 markah ) 2.3. Soalan Berbentuk Aplikasi 2.3.1 Pencemaran air yang berlaku adalah akibat dari pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya sampah sarap terus dibuang ke dalam sungai i. __________________________________________________________ ii. __________________________________________________________ iii. __________________________________________________________ ( 3 markah ) 2.3.2. Nyatakan tiga tindakan kamu dalam menyokong usaha mengitar semula bahan buangan i. __________________________________________________________ ii. __________________________________________________________ iii. __________________________________________________________ ( 3 markah ) 2.3.3. Pada tahun 1997 dan 2005 darurat jerebu telah diisytiharkan. Berikan 3 cara untuk menyelesaikan masalah jerebu yang melanda Malaysia. i. __________________________________________________________ ii. __________________________________________________________ iii. _________________________________________________________ ( 3 markah ) 14
  15. 15. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 2.3.4. Nyatakan 3 faedah mengitar semula bahan buangan. i. __________________________________________________________ ii. __________________________________________________________ iv. _________________________________________________________ ( 3 markah ) 2.4. Soalan Berbentuk Analisis 2.4.1 Terangkan bagaimana keindahan dan keceriaan pantai di gambar B boleh dipulihkan. i. __________________________________________________________ ii. __________________________________________________________ iii. __________________________________________________________ 2.4.2. 2.5. Soalan Berbentuk Sintesis 2.5.1 Kamu dan rakan melihat kegiatan pihak yang tidak bertanggungjawab mecemari sungai dengan sisa toksik. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? ( 2.6 Soalan Berbentuk Penilaian 2.6.1. Sekiranya kamu seorang pelancong, adakah kamu akan mengunjungi pantai di gambar A atau B? Berikan alasan kamu. Penutup Bagi mencapai kepekaan tentang periperlunya kesedaran alam sekitar, penggunaan teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berkaitan dengan usaha-usaha memudahkan pembelajaran kita termasuklah mengenai pasti semua bahan-bahan pembelajaran, mengembangkan sistem-sistem pengajaran, menyampaikan sumber-sumber ini kepada pelajar- pelajar. Penggunaan bahan Bantu mengajar telah mengurangkan beban guru dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran murid. Pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi bukan lagi dalam sektor ekonomi tetapi ia berperanan besar dalam pendidikan. Penggunaan E- pembelajaran walaupun bukan penyelesaian menyeluruh tetapi adalah pilihan yang baik untuk 15
  16. 16. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 kita merealisasikan pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah tradisi ‘chalk and talk’. Dengan itu, penggunaan perisian power point serta komputer dalam pendidikan membawa kita banyak perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ia juga membawa reformasi serta perkembangan yang baru dalam pelbagai bidang pendidikan. Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni seperti menyayangi alam sekitar dan peka kepada isu-isu alam sekitar perlu disemai dan dibajai mulai zaman kanak-kanak lagi. Ibubapa, guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak- kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Dengan berbekalkan kesedaran inilah maka segala tindakan atau aktiviti yang diambil terhadap alam sekitar adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengingatkan manusia dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di mukabumi. Begitu juga dengan jalan penyelesaian yang diambil terhadap masalah alam sekitar yang timbul tidak seharusnya bertujuan untuk memenuhi tuntutan lahiran dan fizikal manusia yang tidak terbatas itu sahaja. Kerana itu, kita harus ingat bahawa setiap bencana alam yang berlaku adalah kerana sikap dan perbuatan manusia itu sendiri. Hal ini, al-Quran sendiri telah menerangkan kepada kita bahawa kemusnahan dan kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia. Sebagaimana firmannya dalam surah ar-Ruum ayat 41 : Maksudnya : “ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. 16
  17. 17. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 Krisis alam sekitar yang telah melanda manusia ini sebenarnya memerlukan kepada jalan penyelesaian yang lebih bersifat ketauhidan/rabbani. Kaedah penyelesaiannya hendaklah berasaskan kepada kefahaman manusia itu sendiri terhadap sejauh mana peranan yang perlu dimainkannya sebagai khalifah di alam ini. Sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan alam ini, sudah pastilah manusia itu dituntut untuk mengetahui isi kandungannya dan memahaminya sebagai satu jalan untuk menjadikannya sebagai seorang khalifah yang sempurna. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al Quran yang bermaksud: “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk (penjuru), dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bahawa al Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?? Fussilat – 53 Hanya asas yang sebegini sahajalah yang mampu untuk membangunkan dunia yang selamat dan sejahtera, yang dapat membentuk sains dan teknologi yang bersopan, membina peradaban yang tinggi, dan mencorakkan pandangan dan cara hidup yang sihat. 17

×