Prinsip teknoogi pengajaran
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Prinsip teknoogi pengajaran

on

  • 1,234 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,234
Views on SlideShare
1,234
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
36
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Prinsip teknoogi pengajaran Prinsip teknoogi pengajaran Document Transcript

  • FALKULTI PENDIDIKAN KOD KURSUS /COURSE CODE : HBEF3103 TAJUK KURSUS /COURSE TITLE : PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN SEMESTER /SEMESTER : SEPTEMBER 2012 MATRICULATION NO : IDENTITY CARD NO. : TELEPHONE NO. : E-MAIL : LEARNING CENTRE : PPW KELANTAN
  • 1.0 Pengenalan Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Menurut Arif Sukardi (1987) teori pembelajaran memainkan peranan yang penting kepada guru kerana menerusi teori-teori ini guru akan memahami proses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami faktor yang mempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran para pelajar. Selain itu guru akan dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu salah satu teori yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah teori konstruktivisme. Teori ini pada umumnya adalah merupakan pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Gambar rajah berikut menunjukkan komponen-komponen yang penting dalam aplikasi teknologi pengajaran untuk menyediakan satu rancangan pelajaran yang efektif.
  • 1.1 Definisi Teori Konstruktivisme McBrien & Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain. Briner,M., (1999) pula menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Menurut Brooks & Brooks (1993), teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. Sushkin,N (1999), pula menyatakan bahawa dalam teori konstruktivisme penekanan diberikan lebih kepada pelajar berbanding kepada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkan.Nik Aziz Nik Pa (1999), menyebut konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang di terima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.
  • Berdasarkan pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Implikasi dari teori ini adalah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. 1.2 Definasi Teknologi Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah. 1.3 Hubungan Teknologi Dalam Pengajaran Konstruktisvisme Menurut Noriah (2000) pula, biarpun keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerap diketengahkan dan diperkatakan, namun pengaplikasian dan pengamalan pendekatan konstruktivisme di kalangan guru-guru di Malaysia secara amnya adalah masih kurang. Guru harus sedar tentang strategi pengajarannya dan perlu berfikir tentang cara untuk meningkatkan proses pengajarannya.
  • Menurut Chen, Hwe Min (2004), jikalau situasi pembelajaran tidak menarik, kaedah dan strategi pengajaran guru yang tidak bersesuaian dengan tahap kognitif atau keperluan pelajar maka akan menyukarkan guru menyalurkan ilmu kepada pelajar. Kaedah pembelajaran yang kurang cekap akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi kurang efektif 1.3.1 Bagaimana Penggunaan Teori Konstruktivisme Dalam Pengajaran Guru Memberikan Kesan Ke Atas Pembelajaran Pelajar. Teori Konstruktivisme bukanlah satu teori yang baru dalam bidang pendidikan malah telah lama dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya Sains KBSM. Prisip-pronsip yang terdapat dalam teori ini sebenarnya boleh diterapkan dalam mata pelajaran lain juga. Ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme, pelajar dapat membina struktur pengetahuan mereka sendiri dan pengkaji melihat bahawa Konstruktivisme ini merupakan satu kaedah terbaik yang boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Untuk melihat bagaimana penggunaan teori ini digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar , model Konstruktivisme 5 Fasa Needham digunakan. Needham (1987) menyatakan dalam model ini pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang pelajar meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semua idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu pelajar mengubah idea asal mereka. Pelajar diberi peluang untk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai idea baru yang dibina oleh pelajar sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, pelajar boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini pelajar membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan
  • perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif. Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah I Orientasi Menimbulkan minat dan menyediakan suasana Amali penyelesaikan masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar II Pencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu Amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan III Penstrukturan semula idea i. Pernjelasan dan pertukaran ii. Pendedahan kepada situasi konflik iii. Pembinaan idea baru iv. Penilaian Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik. Mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea- idea sedia ada sendiri Menguji kesahan idea-idea sedia ada Pengubahsuaian, pemgembangan atau penukaran idea Menguji kesahan untuk idea-idea baru yang dibina Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan Perbincangan, pembacaan, input guru. Amali, kerja projek, eksperimen, tunjukcara guru IV Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea yang telah Penulisan sendiri kerja projek
  • dibina dalam situasi baru dan biasa V Renungan kembali Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah. Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain. Rajah 1 : 5 Fasa model needham (konstuktisvisme) 1.3.2 5 Fasa Yang Dinyatakan Diatas Adalah : (i) Fasa orientasi: (Engage) Fasa ini bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan pelajar agar mereka terus berminat dalam pengajaran yang berlangsung. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam fasa ini adalah dengan membuat tunjukcara atau demontrasi oleh guru, membuat tayangan filem, membuat tayangan video, memberikan alam keratan akhbar kepada pelajar dan juga mengemukakan soalan-soalan yang boleh menjanakan perasaan ingin tahu kepada pelajar-pelajarnya. (ii) Fasa Pencetusan idea: (Explore) Dalam fasa ini, guru-guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-idea pelajar yang terdahulu akan dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong mereka berfikir mengapa idea mereka tidak selari dengan idea saintifik. Soal jawab yang mendorong pemikiran boleh dijalankan oleh guru. Guru boleh menggunakan kaedah inkuiri untuk menyelongkar dan menyiasat melalui kaedah eksperimen. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah membuat amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan. Kesan kepada pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih berfikir, seronok dan lebih berkemahiran sosial. Pelajar lebih berfikir kerana dalam membina pengetahuan baru pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinanan.
  • (iii) Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain) Dalam fasa ini, pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea saintifik. Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan pelajar. Penerangan beserta dengan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan masing-masing akan digunakan untuk membantu membentuk konsep yang baru ini. Pelajar akan dapat membuat definisi, menerangkan konsep, menyoal tentang penerangan lanjutan dan meminta justifikasi serta penjelasan. Contoh aktiviti adalah perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan. Kesan keatas pembelajaran pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih yakin dan berani mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Pelajar mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutama melalui perbincangan dalam kumpulan. (iv) Fasa Aplikasi idea: (Elaborate) Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam fasa penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Konsep yang telah dibina di kaitkan dan dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di dalam dunia sebenarnya. Contoh aktiviti adalah penulisan sendiri kerja projek oleh pelajar. Kesan keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar lebih faham dan ingat. Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang pelajar yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. (v) Fasa Refleksi (Evaluate) Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid dan menilai sama idea terdahulu telah berubah. Contoh aktiviti adalah membuat penyoalan kepada pelajar secara reflektif seperti menyoal mereka apakah yang mereka fikirkan, apakah bukti yang anda ada atau apakah yang anda tahu tentang sesuatu pekara itu. Kesan daripada fasa ini keatas pembelajaran pelajar adalah
  • pelajar dapat menilai adakah mereka faham dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. 3.0 Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham. Untuk menjelaskan lagi bagaimanakah penggunaan teori konstruktivisme ini dalam pengajaran guru dapat memberikan kesan keatas pembelajaran pelajar diberikan satu contoh P&P bilik darjah bagi matapelajaran sains tahun Lima. Tajuk : Daya gravity Kelas : 4 ibnu Sinar Tarikh : 24.april 2012 Masa P&P : 60 minit Topik : Daya Objektif pembelajaran :1. Supaya Pelajar Dapat Mendefinisi Daya, 2. Menentukan Nilai Pecutan Daya 3. Menentukan Hubungan Antara Pecutan Daya Dengan Jisim. Hasil pembelajaran : Diakhir sesi pembelajaran murid-murid dapat : Pelajar Dapat Mendefinisi Pecutan Daya, Menentukan Nilai Pecutan Daya , Menentukan Hubungan Antara Pecutan dan daya Kemahiran kognitif : a) Pelajar mampu menentukan pengertian daya b) Pelajar mampu menentukan hubungan antara pecutan dan daya
  • Kemahiran psikomoto : pelajar mampu mengira pecutan daya Kemahiran afektif : pelajar menghargai daya Nilai murni :bekerjasama, mensyukuri nikmat tuhan Pengetahuan sedia ada: a) Pelajar sudah dapat mendefinisikan halaju dan pecutan. b) Pelajar sudah dapat menghitung halaju dan pecutan c) Pelajar sudah belajar tentang daya geseran Kemahiran manipulative ; meninfrens, meramal Kemahiran proses sains : mengekperimen Langkah/masa Isi kandungan Aktiviti pembelajaran pengajaran catatan Aktiviti guru Aktiviti murid Fasa Orientasi: (Engage) (5 Minit) Mengenalpasti apa itu daya Guru Menayangkan Cd Pembelajaran Pelajar Ditunjukkan Tayangan CD Peristiwa Gerakan Sebiji Kelapa Strategi/ Teknik: Hand-On Soal-Jawab Fasa Pencetusan Idea: (Explore) (25 Minit) Memahami Ciri Ciri daya geseran dan daya tolakan Dan Hubung Kait Dengan Pergerakan Objek Guru Membahagikan Pelajar Kepada 6 Kumpulan 1.Pelajar Dipecahkan Kepada Enam Kumpulan Kecil Dan Diminta Membuat Satu Eksperimen 2. Pelajar Juga Diminta Untuk Menentukan jenis Daya Mengekperimen Strategi: Memerhati Mengelas BBM Alatan Eksperimen Hand on Fasa Penstrukturan Mendefinasi Secara Operasi Guru Meminta Pelajar Membuat Definisi 1. Pelajar Membuat Definisi Daya, halaju Hubung Kait Mendefinasi
  • Semula Idea : (Explain) (30 Minit) Bderdasar Pemahaman Daya, mengira halaju kenderaan Secara Operasi BBM Soalan Eksperimen Fasa Aplikasi Idea: (Elaborate) (10 Minit) Pemahaman/ Aplikasi Guru Meminta Pelajar Membentangkan Hasil Dapatan 1. Pelajar-Pelajar Diminta Membentangkan Dapatan Eksperimen Mereka Mengikut Kumpulan Masing-Masing Pemahaman BBM Soalan Fasa Refleksi (Evaluate) (5 Minit) Definasi Operasi Guru Mengedarkan Soalan-Soalan Kuiz Pendek 1. Pelajar Akan Menjawab Kuiz Pendek 2. Pelajar Akan Membuat Peta Minda Dengan Bantu Guru Bbm Soalan Kuiz Dan Peta Minda 3.1 Huraian pada RPH Fasa Aktiviti: Fasa orientasi: (Engage) Pelajar ditunjukkan tayangan CD peristiwa gerakan sebiji kelapa bila terlepas dari tangkainya, gerakan sebiji bola yang ditendang bila jatuh kebumi, seketul batu jatuh dari puncak bukit, gerakan bulu ayam yang sedang jatuh dan gerakan seorang penerjun payung terjun yang terjun turun dari sebuah kapalterbang.menolak bola dan meja. Menendang bola dan pergerakan membuka pintu Aktiviti ini adalah untuk meransang perasaan ingin tahu pelajar tentang objek jatuh. Minat
  • pelajar dapat dipupuk dengan tayangan CD kerana tayangan itu adalah gerakan sebenar dalam kehidupan harian. Seterusnya aktiviti ini dapat menjanakan minat pelajar untuk mengetahui dengan mendalam mengapa objek-objek itu jatuh ke bawah. Perasaan ingin tahu pelajar dapat dipupuk dengan tayangan CD tersebut sebab banyak persoalan yang dapat dijanakan dari gerakan objek semasa jatuh itu. Fasa Pencetusan idea: (Explore) Dari aktiviti diatas, pelajar-pelajar disoal:  Apakah yang mareka lihat?  Apakah maksud daya?  Mengapa objek-objek itu jatuh ke bawah?  Apakah benda apakan ya ng menghalang objek bergerak?  Daya apakah yang terlibat?  Apa yang terjadi kepada bola itu? Pelajar dipecahkan kepada enam kumpulan kecil dan diminta membuat satu eksperimen untuk menentukan pecutan jasad yang jatuh ke arah pusat bumi tersebut. Dalam eksperimen ini pelajar juga diminta untuk menentukan jenis Daya dan hubungan antara pecutan Daya dengan jisim jasad. Prosedur asas aktiviti eksperimen perlu dipatuhi oleh pelajar iaitu merancang, menjalankan eksperimen dan mengambil data. Aktiviti ini adalah untuk mengcungkil jawapan kepada perasaan ingin tahu para pelajar tentang gerakan objek dalam medan Daya dengan cara memberikan soalan-soalan inkuiri dan kemudian
  • meminta mereka menjalankan eksperimen. Hasil dapatan ujikaji ini pelajar akan dapat menentukan adakah idea dan pengetahuan sedia ada mereka selari atau tidak dengan dapatan baru itu dari eksperimen itu. Kesan kepada pelajar adalah mereka akan merasa seronok untuk mendapat pengetahuan kerana mereka sendiri yang mencari jawapan dan bukti kepada pengetahuan asal mereka. Keyakinan pelajar akan lebih jelas lagi jika pengetahuan asal mereka sama dengan dapatan baru dari eksperimen itu. Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain) Pelajar-pelajar diminta membentangkan dapatan eksperimen mereka mengikut kumpulan masing-masing. Pembentangan dibuat dengan menggunakan transparensi atau perisian ”powerpoint”. Selepas pembentangan oleh sesebuah kumpulan ,kumpulan lain diminta untuk memberikan komen dan pandangan mereka tentang gerakerja dan hasil eksperimen kumpulan tersebut. Selepas selesai setiap kumpulan membentang hasil dapatan mereka, guru meminta pelajar membuat definisi Daya, jenis Daya, pengaruh jisim terhadap pecutan Daya, makna. Akhirnya pelajar-pelajar diminta untuk menyiapkan laporan eksperimen tersebut mengikut format yang telah diberikan sebelum ini. Satu kesan yang dapat dilihat dari aktiviti ini adalah pelajar lebih yakin dan berani untuk menyampaikan hasil dapatan mereka dan sentiasa berbincang dalam kumpulan untuk mendapat sesuatu keputusan yang dipersetujui bersama. Mereka lebih berani untuk membuat hipotesis dan bernai juga mencabar hipotesis kumpulan lain jika tidak sama dengan kumpulan mereka. Fasa Aplikasi idea: (Elaborate) Pelajar ditunjukkan satu eksperimen ringkas daya iaitu menggosok kedua belah tangan, menayakan apakah yang berlaku. Apakah yang berlaku sekiranya mengosok sebelah tangan pada permukaan licin. Menolak meja serta menarik meja.
  • Dari tayangan itu pelajar-pelajar di soal:  Apakah yang kamu rasai?  Factor apakah yang menyebabkan pergerakan objek menjadi perlahan?  Bagaimanakah menolak objek mengunakan roda  Apakah yang berlaku? Guru kemudiannya meminta pelajar untuk menjelaskan kejadian lif putus dan satelit jatuh semasa mengorbit bumi dengan menggunakan konsep Daya. Aktiviti ini adalah untuk menentukan bahawa pengetahuan tentang Daya dapat diaplikasikan dalam situasi baru iaitu dari eksperimen maya Galileo, kejadian lif putus dan satelit jatuh semasa mengorbit bumi. Di sini pelajar akan dapat menggunakan kefahaman mereka tentang Daya bagi menjelaskan sebab kepada fenomena yang terjadi. Selain kefahaman pelajar bertambah mereka akan mengingati konsep Daya ini dengan lebih lama lagi. Fasa Refleksi (Evaluate) Guru mengedarkan soalan-soalan kuiz pendek untuk dijawab oleh pelajar selama 10 minit. Guru seterusnya meminta pelajar membuat satu peta konsep tentang apa yang telah dipelajari hari itu. Aktiviti ini adalah untuk menilai kefahaman para pelajar tentang konsep Daya. 4.0 Rumusan Dari huraian di atas dapat dirumuskan bahawa konstruktivisme adalah satu daripada teori pembelajaran yang pada asasnya merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
  • pengetahuan sedia ada disusun semula dalam minda pelajar untuk membentuk pengetahuan baru. Melalui pembelajaran secara konstruktivisme, pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif daripada persekitarannya. Pelajar membina pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing dan pengetahuan sedia ada mereka. Ini menjadikan pelajar lebih seronok dan berminat untuk belajar kerana pengetahuan yang dibina adalah hasil usaha pelajar sendiri. Bagi menunjukkan bagaimana teori konstruktivisme ini dapat digunakan keatas pengajaran guru dan memberikan kesan kepada pembelajaran pelajar, maka model 5 fasa Needham digunakan. Model ini menggunakan lima fasa dalam proses P&P iaitu fasa orientasi (Engage) , fasa pencetusan idea (explore), fasa penstrukturan semula idea (Explain), fasa aplikasi idea (Elaborate) dan fasa refleksi (Evaluate). Kelima-lima fasa ini perlulah diikuti dengan sistematik oleh guru untuk mendapat keberkesanan yang tinggi. Dengan mengikuti kesemua fasa ini maka kesan yang dapat terhasil dikalangan pelajar adalah pelajar akan lebih seronok kerana mereka bina sendiri pengetahuan, pelajar mempunyai kemahiran sosial yang tinggi kerana saling berinteraksi sesama mereka dalam membuat aktiviti untuk mencari pengetahuan baru, pelajar mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana diberi peluang bina sendiri kefahaman, pelajar lebih mengingati sesuatu konsep lebih lama lagi kerana mereka terlibat secara aktif dalam proses P&P, pelajar lebih faham kerana dapatan pengetahuan adalah hasil karya mereka sendiri dengan bantuan guru, pelajar lebih berfikir kerana untuk bina pengetahuan baru mereka perlu menjana idea, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  • 5.0 Bibliografi Arif Sukardi. 1987.Prinsip-prinsip (teori) Pembelajaran. http:// www.Ut, Ac Id/OI Supp/Fkip/Pgsm3803/. (20 Dis 2000) Briner, M .(1999). [Online]Available : http:// carbon.cudender.edu/ mryder/itc data/constructivism.htm lBrooks,J.G. & Books,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The case For Constructivist Classrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Developtment (ASCD)Driver,R. (1983). ”The Pupil as Scientist?” Milton Keynes: Open University Press Johnson,P.,& Gott,R.(1996).” Constructivism and Evidence From Children’s Ideas.” Science Education. 80.561-577. Dalam kertas kerja Rio Sumarni Sharifuddin & Tang Howe Eng “Effectiveness of Condiff as a Cognitive Tools for the Learning of Differentiation.” Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan, UKM, 2002. McBrien, J.L & Brandt,R.S. (1997). The Language of Learning: A Guide to Education Terms. Alexandria, VA. Association for supervision and Curriculum Developtment. Nik Aziz Nik Pa (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya .Needham,R. (1987). ”Teaching Strategies for Developing Understanding in Science.” Leeds, Children’s Learning in Science Project, University of Leeds
  • .Osborne,R., & Freyberg,P. (1985). Learning in Science.” Auckland, Heinemann.
  • Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Sushkin,N.(1999).[Online] Avalaible: http://carbon.cudenver.edu/ mryder/itc data/ constructivism.html