SlideShare a Scribd company logo
1 of 35
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEPTEMBER / 2013
HBAE2203
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
NAMA : ZULKIFLI BIN IBRAHIM
NO. MATRIKULASI : 741211115077001
NO. KAD PENGENALAN : 741211115077
NO. TELEFON : 0139823213 @ 0139823213
E-MEL : jju2727@gmail.com
NAMA TUTOR : EN. NUR ANUWAR BIN HAMAT
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KELANTAN
1 | P a g e
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, selawat dan salam
ke atas Rasul junjungan serta para sahabat baginda.
Asalamualaikum. Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran saya panjatkan kehadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnia dan Inayah-Nya, dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dalam masa dan panduan yang telah ditetapkan.
Saya amat terhutang budi kepada semua pihak yang terlibat atas segala
sokongan dan juga sumbangan yang telah diberikan. Jutaan terima kasih dan
penghargaan kami kepada pensyarah pembimbing yang dihormati lagi disegani, En.
Nur Anuwar Bin Hamat atas segala bimbingan, dorongan, nasihat dan tunjuk ajar
serta teguran yang konstruktif kepada saya sepanjang sesi kuliah dan perbincangan
dalam menangani segala permasalahan yang dihadapi.
Semoga Allah memberkati segala ilmu yang telah Tuan curahkan.
2 | P a g e
PENGAKUAN
NAMA : ZULKIFLI BIN IBRAHIM
NO. MATRIKULASI : 741211115077001
NO. KAD PENGENALAN : 741211115077
NO. TELEFON : 0139823213 @ 0139333135
E-MEL : jju2727@gmail.com
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ........................................
Nama Penulis: ZULKIFLI BIN IBRAHIM
3 | P a g e
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
1.0 PENGENALAN
Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya
berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut
aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat
menghasilkan pelbagai jenis kraf.
Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada
perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan
dan kestabilan. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting
dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah
bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung, paper mache.
1.1 TEKNIK-TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat
binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan,
guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan
kesesuaian bahan yang digunakan.
a) Teknik Picitan
b) Teknik Lipatan
c) Teknik Potongan
d) Teknik Cantuman
e) Teknik Pembungkusan
f) Teknik Guntingan
g) Teknik Luakan
4 | P a g e
1.2 JENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN :
Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat
perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran
berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada
menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana
tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.
Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk
dan Membuat Binaan adalah seperti
a) ARCA TIMBUL
b) ARCA MOBAIL
c) ARCA STABAIL
d) ASEMBLAJ
e) MODEL
f) DIORAMA
g) BONEKA
h) TOPENG
i) ORIGAMI
5 | P a g e
2.0 DEFINISI DIORAMA :
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di
dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat
dari hadapan atau pun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding
kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan
situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias
dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti Tema diodrama
http://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-diorama.html
Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca
figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di
dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular sekitar abad
ke sembilan belas. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura
tiga dimensi. Kontemporari ini objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya
dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya
jelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2 D
dan 3 D dalam konteks diorama.
Diorama adalah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi yang sebenar. Diorama biasanya dipamerkan di dalam muzium untuk
menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau untuk tujuan pendidikan.Diorama juga sering
dibina oleh penggemar model skala sebagai sebahagian daripada hobi yang berkaitan seperti
pemodelan kenderaan tentera, kereta, motosikal atau pesawat tempur.Terdapat banyak jenis
diorama, tetapi jika diasingkan terdapat beberapa kategori skala yang penggemar sering
gunakan iaitu skala 1/35, 1/48 atau 1/24.
http://apa-itu-diorama.blogspot.com/2012/05/apa-itu-diorama.html
6 | P a g e
2.1 BAHAN UNTUK MENGHASILKAN DIORAMA :
7 | P a g e
2.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT DIORAMA :
8 | P a g e
2.3 Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Diorama :
9 | P a g e
Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan
dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek-
objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema
dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka.
Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama:
1. Menentukan Subjek dan Tema
a. Alam Semulajadi dan Persekitaran
b. Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Pelukis
c. Aliran dan Tema Sejagat
10 | P a g e
d. Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian
 Menentukan Alat dan Media
11 | P a g e
Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi
kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya
hal subjek yang ingin diutarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan
lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar
diaplikasikan dalam penghasilan diorama. Konsep artistik diorama ditampilkan melalui
pemilihan objek yang real tetapi cantik dan dikecilkan atau dimodelkan pada kadaran atau
nisbah gambar latar secara idealistik.
Subjek dan
Tema
Tajuk Diorama Alat dan Bahan
Alam
semulajadi
dan
persekitaran
Hidupan di
dasar laut
Karangan laut, gam UHU, Tulang ikan,dawai, tangsi, kad
tebal, pasir laut, batu-batu laut.
Perasaan
dalaman,
khayalan
dan
imaginasi
pelukis
Kehidupan di
sebuah
planet asing
Plastersin, polesterin, pasir, gam, model kapal angkasa, cat
emulsi.
Aliran dan
tema sejagat
Sabung ayam di
kampung
saya
Model ayam jantan, Model manusia, platersin, tanah,pasir,
cat emulsi, gam UHU, biji kacang.
Keperluan
dan
pengalaman
hidup
harian
Memancing
ikan di
sebuah tasik
yang permai
Model orang memancing, kaca, plastersin, plesterin, gam,
pasir, batu-batu kecil, kad bod.
12 | P a g e
 Membuat Thumbnail-print (Membuat Lakaran-lakaran Kecil)
Apakah pentingnya thumbnail-print?
• Gagasan-gasasan dan pengideaan melalui konsep trial and error
• Sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilkan.
• Sketsa yang mantap dan hebat untuk dijadikan diorama.
13 | P a g e
 Memilih Salah Satu Lakaran yang Terbaik
Sketsa 2 dipilih untuk pengembangan idea seterusnya dan dijadikan diorama. Kriteria
pemilihan ini dipilih kerana berkaitan dengan penampilan asas seni reka yang mantap dan
berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar juga
menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut.
 Memperinci Lakaran
Setelah memilih lakaran yang terbaik, fikirkanlah untuk memperkemaskan lagi reka
bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan
termasuk estetika dan etika dari diorama yang akan dihasilkan nanti.
 Membuat Karya/Diorama
Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian
kerangka dengan dapatan. Dalam konteks ini, perkara-perkara yang berikut diambil
pertimbangan;
a) Bahan dan alatan,
b) Kos pembinaan/buatan
c) Masa yang diperlukan.
d) Kesesuaian latar belakang, hal subjek dan latar hadapan.
14 | P a g e
Proses Membentuk Diorama :
Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan penghasilan
diorama.
Sketsa 1: Hal subjek ditentukan
Sketsa 2: Hal subjek dilengkapi dengan latar belakang
15 | P a g e
Sketsa 3: Hal subjek, latar belakang dan kotak diorama
Sketsa 4: Diorama yang lengkap untuk peragaan
16 | P a g e
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK :
Kognitif :
• Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh
saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak.
• Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek
selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka.
• Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria
kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka.
Efektif:
• Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan
meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri.
• Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling
hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi.
• Matapelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam
aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
Sosial :
• Murid berpeluang berinteraksi bersama rakan-rakan sewaktu aktiviti berkumpulan.
• Murid juga berkomunikasi dengan guru untuk bertanya perkara yang tidak difahami.
• Murid dapat memberi respons/komen terhadap hasil kerja rakan-rakan mereka.
• Perhubungan diantara murid adalah harmoni.
17 | P a g e
Komunikasi :
• Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan
meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri.
• Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling
hormat- menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi.
• Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam
aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
Psikomotor;
• Murid dapat menggunakan otot-otot tangan mereka sewaktu aktiviti melukis dan
mewarna corak.
• Murid dapat mewarna dan melukis dengan baik serta kelihatan fokus.
• Guru dapat menggalakkan murid mengangkat tangan dan aktif- menjawab soalan.
• Perkembangan motor pada bahagian tangan menjadikan lukisan sempurna.(kemahiran)
• Murid juga bergerak aktif sewaktu aktiviti kumpulan
18 | P a g e
3.0 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK :
3.1 Definisi Kreativiti
Kreativiti seringkali dikaitkan dengan menghasilkan sesuatu yang baru. Menurut Kamus
Dewan (1993) kreativiti adalah sebagai kemampuan ( kebolehan ) mencipta daya kreatif,
kekreatifan. Kita juga boleh mengikuti beberapa pendapat utama yang turut diberikan oleh
pakar-pakar mengenai maksud kreativiti. Seorang pakar terkemuka, Viktor Lowenfeld
(1975), menegaskan, kreativiti adalah naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki
oleh setiap orang. Beliau menyatakan, peranan naluri sebagai pemangkin utama yang
digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah dalam kehidupan.
Sebaliknya, keinginan pula menjadi asas yang berupaya mendorong seseorang supaya
menyelidik dan meneroka sesuatu. Ketiadaan naluri dan keinginan, manusia tidak akan dapat
bertindak dan membuat keputusan mahupun membuat pilihan.
Sementara itu , June King Mcfee berpendapat kreativiti adalah satu keupayaan
mencipta perlambangan dan idea baru, bagi mengemas kini perlambangan yang sedia ada.
Disini, aktiviti seperti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap
kepada sesuatu organisasi yang baru akan dianggap suatu kreativiti.
19 | P a g e
Kesemua manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat kreatif . Dengan adanya
persekitaran dan teknik-teknik yang sesuai, maka potensi ini boleh dikenali, dipupuk dan
diukur. Ini adalah menurut pendapat, Jones (1972).
Mazlan Mohamad, (1994) berpendapat, Individu yang mempunyai kebolehan
'kreatif' biasanya mempunyai perasaan istimewa dan ekslusif kerana individu ini dianggap
mempunyai kualiti sejati yang jarang – jarang dijumpai/ditemui. Maka kualiti yang istimewa
inilah yang dapat membezakan individu itu daripada kumpulan majoriti yang kurang kreatif.
Seseorang yang dilahirkan kreatif lazimnya tidak memaparkan secara langsung
tentang apa yang dilihat ataupun dialaminya, ia mungkin menggunakan metafora dan analogi
memproses pengalaman tampaknya bagi dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru.
Seseorang yang kreatif harus mencari dan meningkatkan kesedaran, mengenal pasti sesuatu,
menginterpretasi, dan melihat kemungkinan-kemungkinan melalui daya pandang –timbang,
jelas beliau dalam member pendapat tentang kreativiti.
3.2 Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-Kanak
Mungkin apa yang kita tahu Pendidikan Seni berkait rapat dengan kreativiti, namun begitu
adakah kita tahu semua murid berpotensi menjadi individu yang kretaif sekiranya di beri
peluang. Berbalik kepada matlamat Pendidikan Seni Visual untuk melahirkan individu yang
imaginatif, kreatif, inovatif dan inventif.
Terdapat banyak kaitan kreativiti dengan perkembangan kanak-kanak salah satunya,
keadaan kanak-kanak itu sendiri yang dilahirkan kreatif secara semulajadi. Mereka dapat
berinteraksi dengan alam, alatan dan bahan di sekitar mereka. Mereka juga mampu untuk
berkomunikasi menerusi karya yang dihasilkan. Hanya mereka sahaja tahu maksud karya
yang dihasilkan dan kadangkala sukar difahami oleh orang dewasa.
Melalui kreativiti murid dapat menunjukkan penghargaan terhadap keindahan alam
ciptaan Tuhan. Contohnya apabila guru memberikan tajuk berkaitan dengan flora dan fauna.
Murid juga dapat menghargai keindahan alam persekitaran dan juga keindahan seni warisan
bangsa.
Kanak-kanak menggunakan perasaan dalaman mereka untuk berimaginasi dan
berkreativiti. Sesuai dengan namanya kanak-kanak , mereka suka berkhayal dan di sebabkan
itulah mereka mendapat idea dan pendapat yang menakjubkan.
20 | P a g e
Melalui aktiviti seni, kanak-kanak akan mempunyai peluang unrtuk meluahkan
perasaannya secara lahiriah. Ini kerana jika diberikan kebebasan, kanak-kanak akan lebih
berani mengeluarkan idea, jika tidak mereka akan teragak-agak dalam meluahkan pendapat
kerana bimbang akan dimarahi guru atau pun tidak menepati syarat yang di kehendaki.
Sedikit sebanyak memberikan tekanan emosi kepada mereka.
Kreativiti juga satu medan untuk mereka berkomunikasi contohnya untuk meluahkan
keinginan dan keperluan mereka kepada ibu bapa ataupun rakan-rakan.
3.3 Ciri-Ciri Kreativiti
Bersifat Fleksibel
Bersifat fleksibel mempunyai maksud yang luas, tetapi dalam skop ini, bermaksud seseorang
yang kreatif berupaya(mampu) untuk menyesuaikan dirinya dalam apa jua keadaan dan
situasi/ persekitaran mereka. Contohnya dalam pergaulan dengan rakan sekerja, jiran dan
sebagainya. Mereka juga mempunyai keyakinan yang tinggi dan optimis.
Sensitif dan Peka
Sensitif dan peka , perkataan yang paling sesuai, merujuk kepada golongan ini yang sentiasa
mempunyai daya sensitiviti yang tinggi. Terutamanya terhadap keadaan di sekeliling
mereka . Ini termasuklah gaya hidup yang sentiasa berubah, keperluan dan kehendak
malahan juga keadaan.persekitaran . (samada persekitaran tempat kerja mahupun tempat
tinggal)
21 | P a g e
Idea yang Asli dan Tulen
Seringkali seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif berupaya memberikan idea dan buah
fikiran yang asli dan bernas. Cetusan idea daripada mereka ternyata bukanlah hasil daripada
mana-mana sumber yang sedia ada. Idea mereka sangat unik ,dan boleh diterima pakai.
Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil
tangan/karya yang mereka cipta ternyata berbeza daripada yang biasa kita lihat dan luar
biasa..
Bersifat Terbuka
Individu yang mempunyai kreativiti selalunya mempunyai sifat terbuka. Contoh terdekat
ialah, di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain. Termasuk juga kritikan
daripada mereka yang menilai hasil karya. Mereka mampu untuk mendengar komen samada
positif atau negatif dan seterusnya menggunakan komen yang diberi untukpenambahbaikan
karya. (open-minded)
Berfikir Secara Logik
Apa yang kita sedia maklum, murid-murid sangat peka dan sering berfikir secara logik dan
rasional dalam aktiviti seharian samada di rumah mahupun di sekolah mereka. Mereka juga
menghargai masa dan mereka juga sangat menghormati masa. Murid –murid pada hari ini,
tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Mereka lebih berhati-hati apabila membuat
pilihan.
Berpendirian/Berfikiran Bebas
Berfikiran bebas, dalam erti kata lain, mereka yang kreatif ini selalunya memiliki daya
pemikiran yang tidak spesifik pada satu perkara sahaja. Mereka ini pandai merancang agar
projek dan perkara yang dirancang selamat dan dapat dilakukan dengan baik dan sempurna.
Dengan erti kata lain mereka merupakan insan yang sangat teliti dalam merancang aktiviti
dan juga sewaktu melaksanakannya.
22 | P a g e
3.4 RANCANGAN PENGAJARAN SENI
Tahun : Gemilang
Modul : Bidang Membentuk dan Membuat Binaan
Aktiviti : Diorama
Tema : Objek Buatan Manusia
Tajuk : Akuarium
Masa : 60 minit
Media : Alat : gunting
23 | P a g e
Bahan : kotak, gam, benang, lidi, polistirena, gambar-
gambar dari majalah, kad manila , kertas lukisan, cat
poster, plastic pembalut buku, bahan-bahan lain.
Bahan Bantu Mengajar : Contoh diorama.
EMK : Keusahawanan, Kreativiti, dan Inovasi
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, dan imbangan yang
terdapat pada alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan diorama.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan diorama.
3. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan diorama .
4. Apresiasi terhadap karya berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada diorama.
3.1.1 Unsur seni :
3.1.1.2 Bentuk – konkrit
3.1.1.2 Ruang- nyata
3.1.2 Prinsip rekaan
3.1.2.1 Kepelpagaian – bahan dan warna dan saiz
3.1.2.2 Ritma dan pergerakan objek.
24 | P a g e
3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan kefahaman bahasa seni visual, media,serta
proses dan teknik dalam penghasilan boneka.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
3.2.1.1 Alat - gunting
3.2.1.2 Bahan - kotak, gam, benang, lidi, polistrina, gambar-gambar dari
majalah kertas lukisan , cat poster, plastik pembalut buku, dan bahan lain yang sesuai.
3.2.2 mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan
karya.
3.2.2.1 Teknik gabungan pelbagai teknik ( montaj, kolaj, lukisan dan lain-lain)
3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa
dan seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan
karya.
3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual iaitu bentuk,jalinan dan imbangan dalam
penghasilan karya
3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
25 | P a g e
• Guru menunjukkan beberapa contoh
diorama.
• Guru bersoal jawab tentang bahasa
seni visual yang ada pada diorama.
• Guru menyatakan definisi diorama.
Aplikasi Seni
• Guru menyatakan media yang akan
digunakan dalam penghasilan diorama.
• Guru menunjukkan cara penghasilan
diorama
• Guru meminta murid meneroka media
untuk menghasikan diorama.
Ekspresi Kreatif
• Murid menghasilkan diorama
berpandukan langkah-langkah yang telah
dinyatakan dengan bimbingan guru.
• Murid menghasilkan diorama.
Apresiasi Seni
• Murid memberikan pendapat tentang
26 | P a g e
karya rakan.
• Murid membuat persembahan diorama
yang dihasilkan.
• Murid menyanyi lagu “ Ikan Kekek “
( Intergrasi Mata Pelajaran Pendidikan
Muzik ).
• Murid menulis senikata lagu
( Intergrasi Mata Pelajaran Bahasa
Melayu ).
• Murid menyatakan ikan boleh hidup
didalam air yang bersi serta beroksigen
( Intergrasi Mata Pelajaran Sains).
• Murid menyatakan bilangan ikan yang
terdapat didalam akuarium.
( Intergrasi Mata Pelajaran Matematik).
3.5 Soalan Menaakul
Persepsi Estetik
1. Bagaimana rupa bentuk badan sotong ?
2. Apakah warna ikan yang pernah kamu lihat ?
3. Apakah bahagian-bahagian yang terdapat pada seekor ikan ?
Ekspresi Kreatif
1. Mengapa kita perlu menghasilkan gumpalan plastisin berbentuk bulat ?
2. Bagaimanakah cara untuk melengkapkan dan menghias diorama ?
Aplikasi Seni
27 | P a g e
1. Apakah bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan ikan ?
2. Apakah bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan sotong ?
3. Apakah bahan yang sesuai digunakan untuk menggantungkan ikan ?
Apresiasi Seni
1. Mengapa murid-murid berpendapat bahawa ikan ini cantik dan menarik ?
2. Apakah pandangan kamu terhadap ikan ini ?
3. Apakah kegunaan diorama akuarium ini ?
3.6 Rancangan Mengajar Yang Di Hasilkan Mengunakan Intergrasi Mata
Pelajaran Yang Lain :
Intergrasi mata pelajaran yang lain boleh di terapkan semasa Apresiasi Seni .
• Murid memberikan pendapat tentang karya rakan.
• Murid membuat persembahan diorama yang dihasilkan.
• Murid menyanyi lagu “ Ikan Kekek “
( Intergrasi Mata Pelajaran Pendidikan Muzik ).
28 | P a g e
• Murid menulis senikata lagu
( Intergrasi Mata Pelajaran Bahasa Melayu ).
• Murid menyatakan ikan boleh hidup didalam air yang bersi serta beroksigen
( Intergrasi Mata Pelajaran Sains).
• Murid menyatakan bilangan ikan yang terdapat didalam akuarium.
( Intergrasi Mata Pelajaran Matematik).
Intergrasi Mata Pelajaran Yang Telah Di Terapkan :
• Pendidikan Muzik
• Bahasa Melayu
• Sains
• Matematik
LAKARAN IDEA :
Sketsa 1: Hal subjek ditentukan
29 | P a g e
Sila rujuk modul ……
Sketsa 2: Hal subjek dilengkapi dengan latar belakang
Sila rujuk modul…….
30 | P a g e
Sketsa 3: Hal subjek, latar belakang dan kotak diorama
31 | P a g e
Sila rujuk modul……
Sketsa 4: Diorama yang lengkap untuk peragaan
32 | P a g e
Sila rujuk modul……
4.0 KESIMPULAN :
Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni
memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh
faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah
melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut
zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya
mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga
33 | P a g e
mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi. Secara umum, seni
berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek
jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan
ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual . Seni
juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran
serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata. Hauser berpendapat, seni
adalah komunikasi. Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-
bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika.
Dalam membicarakan perkembangan seni kanak-kanak pula, penghasilan karya
kanak-kanak terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza
dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni sering dikaitkan
dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan
bersifat luahan dan ekspresif. Pengkaji seni bertanggapan hasil karya seni sebagai satu
kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan
menguji keupayaan perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak. Dalam pada itu juga,
penghasilan sesuatu karya kanak-kanak juga bergantung pada rangsangan dan pembangunan
daripada pelbagai aspek seperti pengaruh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Dari
aspek kognitif, aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-
kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian
dan bijak membuat keputusan. Dari aspek fizikal pula, penggunaan bahan dan alat dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni berupaya memberikan satu bentuk latihan
berkesan kepada otot tangan psikomotor dan koordinasi tangan serta-merta. Sementara itu,
persekitaran juga turut memainkan peranan penting dalam perkembangan seni kanak-kanak.
Ini kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan
cara yang positif. Malah dikatakan juga aktiviti melukis adalah satu bentuk aktiviti yang
boleh membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya
sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka
5.0 RUJUKAN :
1. Modul HBAE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
2. Modul HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
3. Modul HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
4. HSP pendidikan Seni Tahun 5
34 | P a g e
5. senivisual1.blogspot.com/
6. senismkcs.blogspot.com/.../tokoh-seni-malaysia.ht..
7. ml.scribd.com/doc/.../Seni-Dalam-Pendidikan-Rph
8. www.slideshare.net/.../50752525-konsepasaspendi
9. psvspm.blogspot.com/
35 | P a g e

More Related Content

What's hot

Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Nik Mohamad Al-Fazil
 
Peranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualPeranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visual
fitri norlida
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
Rafiza Diy
 
Peralatan dan bahan pendidikan seni visual
Peralatan dan bahan pendidikan seni visualPeralatan dan bahan pendidikan seni visual
Peralatan dan bahan pendidikan seni visual
Arliliza Liz
 
21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seni21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seni
Evelyna Usun
 

What's hot (20)

Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seni
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
 
Teknik gurisan
Teknik gurisanTeknik gurisan
Teknik gurisan
 
Peranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualPeranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visual
 
Impressionisme
ImpressionismeImpressionisme
Impressionisme
 
Tokoh tokoh catan
Tokoh tokoh catanTokoh tokoh catan
Tokoh tokoh catan
 
Cetakan
CetakanCetakan
Cetakan
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
 
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
 
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
 
Peralatan dan bahan pendidikan seni visual
Peralatan dan bahan pendidikan seni visualPeralatan dan bahan pendidikan seni visual
Peralatan dan bahan pendidikan seni visual
 
Media dan teknik
Media dan teknikMedia dan teknik
Media dan teknik
 
21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seni21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seni
 
PSV 3107
PSV 3107PSV 3107
PSV 3107
 
Teknik kolograf
Teknik kolografTeknik kolograf
Teknik kolograf
 
Paper mache, doh, tanah liat
Paper mache, doh, tanah liatPaper mache, doh, tanah liat
Paper mache, doh, tanah liat
 
Post Impresionisme
Post ImpresionismePost Impresionisme
Post Impresionisme
 
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratPerbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
 

Similar to HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam

Pendidikan seni tingkatan 2
Pendidikan seni tingkatan 2Pendidikan seni tingkatan 2
Pendidikan seni tingkatan 2
Fieza Najwa
 
28. membentuk dan membuat binaan (diorama)
28. membentuk dan membuat binaan (diorama)28. membentuk dan membuat binaan (diorama)
28. membentuk dan membuat binaan (diorama)
Noin1968
 
Krp 3974 latihan mengajar minggu ke 8
Krp 3974  latihan mengajar minggu ke 8Krp 3974  latihan mengajar minggu ke 8
Krp 3974 latihan mengajar minggu ke 8
che aishah abd aziz
 
30. membentuk dan membuat binaan (boneka)
30. membentuk dan membuat binaan (boneka)30. membentuk dan membuat binaan (boneka)
30. membentuk dan membuat binaan (boneka)
Noin1968
 
29. membentuk dan membuat binaan (boneka)
29. membentuk dan membuat binaan (boneka)29. membentuk dan membuat binaan (boneka)
29. membentuk dan membuat binaan (boneka)
Noin1968
 
2. krp 3974 latihan mengajar minggu 2
2. krp 3974  latihan mengajar  minggu 22. krp 3974  latihan mengajar  minggu 2
2. krp 3974 latihan mengajar minggu 2
che aishah abd aziz
 
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaanAssignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
mdgeehan
 
RPP KELAS VIII SENI RUPA .docx
RPP KELAS VIII SENI RUPA .docxRPP KELAS VIII SENI RUPA .docx
RPP KELAS VIII SENI RUPA .docx
Rahayuningsih50
 
1. krp 3974 latihan mengajar minggu 1
1. krp 3974  latihan mengajar minggu 1 1. krp 3974  latihan mengajar minggu 1
1. krp 3974 latihan mengajar minggu 1
che aishah abd aziz
 

Similar to HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam (20)

pendidikan seni asg oum
pendidikan seni asg oumpendidikan seni asg oum
pendidikan seni asg oum
 
Rph (cetakan)
Rph (cetakan)Rph (cetakan)
Rph (cetakan)
 
Pendidikan seni tingkatan 2
Pendidikan seni tingkatan 2Pendidikan seni tingkatan 2
Pendidikan seni tingkatan 2
 
28. membentuk dan membuat binaan (diorama)
28. membentuk dan membuat binaan (diorama)28. membentuk dan membuat binaan (diorama)
28. membentuk dan membuat binaan (diorama)
 
Krp 3974 latihan mengajar minggu ke 8
Krp 3974  latihan mengajar minggu ke 8Krp 3974  latihan mengajar minggu ke 8
Krp 3974 latihan mengajar minggu ke 8
 
Modul Ajar Kelas 7 SMP Fase D Prakarya Kerajinan Unit 3
Modul Ajar Kelas 7 SMP Fase D Prakarya Kerajinan Unit 3Modul Ajar Kelas 7 SMP Fase D Prakarya Kerajinan Unit 3
Modul Ajar Kelas 7 SMP Fase D Prakarya Kerajinan Unit 3
 
30. membentuk dan membuat binaan (boneka)
30. membentuk dan membuat binaan (boneka)30. membentuk dan membuat binaan (boneka)
30. membentuk dan membuat binaan (boneka)
 
Rph psv (2012)thn6
Rph psv (2012)thn6Rph psv (2012)thn6
Rph psv (2012)thn6
 
3. krp 3974 rph lm minggu ke 3
3. krp 3974  rph  lm minggu ke 3 3. krp 3974  rph  lm minggu ke 3
3. krp 3974 rph lm minggu ke 3
 
RPP SMK Gambar Interior dan Eksterior Bangunan Gedung Kelas XII
RPP SMK Gambar Interior dan Eksterior Bangunan Gedung Kelas XIIRPP SMK Gambar Interior dan Eksterior Bangunan Gedung Kelas XII
RPP SMK Gambar Interior dan Eksterior Bangunan Gedung Kelas XII
 
Buku Guru Seni Rupa - Buku Panduan Guru Seni Rupa Unit 1 - Fase B.pdf
Buku Guru Seni Rupa - Buku Panduan Guru Seni Rupa Unit 1 - Fase B.pdfBuku Guru Seni Rupa - Buku Panduan Guru Seni Rupa Unit 1 - Fase B.pdf
Buku Guru Seni Rupa - Buku Panduan Guru Seni Rupa Unit 1 - Fase B.pdf
 
Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...
Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...
Proses Pengembangan Media Pembelajaran Cetak (printed) dan Non Cetak (elekt...
 
Psvthn5
Psvthn5Psvthn5
Psvthn5
 
29. membentuk dan membuat binaan (boneka)
29. membentuk dan membuat binaan (boneka)29. membentuk dan membuat binaan (boneka)
29. membentuk dan membuat binaan (boneka)
 
4 bidang psv kbsr
4 bidang psv kbsr4 bidang psv kbsr
4 bidang psv kbsr
 
2. krp 3974 latihan mengajar minggu 2
2. krp 3974  latihan mengajar  minggu 22. krp 3974  latihan mengajar  minggu 2
2. krp 3974 latihan mengajar minggu 2
 
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaanAssignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
 
RPP KELAS VIII SENI RUPA .docx
RPP KELAS VIII SENI RUPA .docxRPP KELAS VIII SENI RUPA .docx
RPP KELAS VIII SENI RUPA .docx
 
Rpp stop motion 01 smk fortutechno indonesia
Rpp stop motion 01 smk fortutechno indonesiaRpp stop motion 01 smk fortutechno indonesia
Rpp stop motion 01 smk fortutechno indonesia
 
1. krp 3974 latihan mengajar minggu 1
1. krp 3974  latihan mengajar minggu 1 1. krp 3974  latihan mengajar minggu 1
1. krp 3974 latihan mengajar minggu 1
 

More from muhammad

Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
muhammad
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
muhammad
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)
muhammad
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014
muhammad
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2
muhammad
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
muhammad
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
muhammad
 

More from muhammad (20)

Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxTaklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala ponteng
 
Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1
 
Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1
 
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanAnsur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
 
Fekah 1
Fekah 1Fekah 1
Fekah 1
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan add
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guru
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala ponteng
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zaleha
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othman
 

Recently uploaded

PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Jajang Sulaeman
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 

Recently uploaded (20)

Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDMateri Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOMSISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER / 2013 HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN NAMA : ZULKIFLI BIN IBRAHIM NO. MATRIKULASI : 741211115077001 NO. KAD PENGENALAN : 741211115077 NO. TELEFON : 0139823213 @ 0139823213 E-MEL : jju2727@gmail.com NAMA TUTOR : EN. NUR ANUWAR BIN HAMAT PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KELANTAN 1 | P a g e
  • 2. PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, selawat dan salam ke atas Rasul junjungan serta para sahabat baginda. Asalamualaikum. Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan Inayah-Nya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dalam masa dan panduan yang telah ditetapkan. Saya amat terhutang budi kepada semua pihak yang terlibat atas segala sokongan dan juga sumbangan yang telah diberikan. Jutaan terima kasih dan penghargaan kami kepada pensyarah pembimbing yang dihormati lagi disegani, En. Nur Anuwar Bin Hamat atas segala bimbingan, dorongan, nasihat dan tunjuk ajar serta teguran yang konstruktif kepada saya sepanjang sesi kuliah dan perbincangan dalam menangani segala permasalahan yang dihadapi. Semoga Allah memberkati segala ilmu yang telah Tuan curahkan. 2 | P a g e
  • 3. PENGAKUAN NAMA : ZULKIFLI BIN IBRAHIM NO. MATRIKULASI : 741211115077001 NO. KAD PENGENALAN : 741211115077 NO. TELEFON : 0139823213 @ 0139333135 E-MEL : jju2727@gmail.com “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya” Tandatangan : ........................................ Nama Penulis: ZULKIFLI BIN IBRAHIM 3 | P a g e
  • 4. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 1.0 PENGENALAN Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf. Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung, paper mache. 1.1 TEKNIK-TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan. a) Teknik Picitan b) Teknik Lipatan c) Teknik Potongan d) Teknik Cantuman e) Teknik Pembungkusan f) Teknik Guntingan g) Teknik Luakan 4 | P a g e
  • 5. 1.2 JENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN : Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti a) ARCA TIMBUL b) ARCA MOBAIL c) ARCA STABAIL d) ASEMBLAJ e) MODEL f) DIORAMA g) BONEKA h) TOPENG i) ORIGAMI 5 | P a g e
  • 6. 2.0 DEFINISI DIORAMA : Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti Tema diodrama http://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-diorama.html Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan belas. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Kontemporari ini objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya jelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama. Diorama adalah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Diorama biasanya dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau untuk tujuan pendidikan.Diorama juga sering dibina oleh penggemar model skala sebagai sebahagian daripada hobi yang berkaitan seperti pemodelan kenderaan tentera, kereta, motosikal atau pesawat tempur.Terdapat banyak jenis diorama, tetapi jika diasingkan terdapat beberapa kategori skala yang penggemar sering gunakan iaitu skala 1/35, 1/48 atau 1/24. http://apa-itu-diorama.blogspot.com/2012/05/apa-itu-diorama.html 6 | P a g e
  • 7. 2.1 BAHAN UNTUK MENGHASILKAN DIORAMA : 7 | P a g e
  • 8. 2.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT DIORAMA : 8 | P a g e
  • 9. 2.3 Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Diorama : 9 | P a g e
  • 10. Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek- objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama: 1. Menentukan Subjek dan Tema a. Alam Semulajadi dan Persekitaran b. Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Pelukis c. Aliran dan Tema Sejagat 10 | P a g e
  • 11. d. Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian  Menentukan Alat dan Media 11 | P a g e
  • 12. Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan diorama. Konsep artistik diorama ditampilkan melalui pemilihan objek yang real tetapi cantik dan dikecilkan atau dimodelkan pada kadaran atau nisbah gambar latar secara idealistik. Subjek dan Tema Tajuk Diorama Alat dan Bahan Alam semulajadi dan persekitaran Hidupan di dasar laut Karangan laut, gam UHU, Tulang ikan,dawai, tangsi, kad tebal, pasir laut, batu-batu laut. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi pelukis Kehidupan di sebuah planet asing Plastersin, polesterin, pasir, gam, model kapal angkasa, cat emulsi. Aliran dan tema sejagat Sabung ayam di kampung saya Model ayam jantan, Model manusia, platersin, tanah,pasir, cat emulsi, gam UHU, biji kacang. Keperluan dan pengalaman hidup harian Memancing ikan di sebuah tasik yang permai Model orang memancing, kaca, plastersin, plesterin, gam, pasir, batu-batu kecil, kad bod. 12 | P a g e
  • 13.  Membuat Thumbnail-print (Membuat Lakaran-lakaran Kecil) Apakah pentingnya thumbnail-print? • Gagasan-gasasan dan pengideaan melalui konsep trial and error • Sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilkan. • Sketsa yang mantap dan hebat untuk dijadikan diorama. 13 | P a g e
  • 14.  Memilih Salah Satu Lakaran yang Terbaik Sketsa 2 dipilih untuk pengembangan idea seterusnya dan dijadikan diorama. Kriteria pemilihan ini dipilih kerana berkaitan dengan penampilan asas seni reka yang mantap dan berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut.  Memperinci Lakaran Setelah memilih lakaran yang terbaik, fikirkanlah untuk memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari diorama yang akan dihasilkan nanti.  Membuat Karya/Diorama Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Dalam konteks ini, perkara-perkara yang berikut diambil pertimbangan; a) Bahan dan alatan, b) Kos pembinaan/buatan c) Masa yang diperlukan. d) Kesesuaian latar belakang, hal subjek dan latar hadapan. 14 | P a g e
  • 15. Proses Membentuk Diorama : Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan penghasilan diorama. Sketsa 1: Hal subjek ditentukan Sketsa 2: Hal subjek dilengkapi dengan latar belakang 15 | P a g e
  • 16. Sketsa 3: Hal subjek, latar belakang dan kotak diorama Sketsa 4: Diorama yang lengkap untuk peragaan 16 | P a g e
  • 17. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK : Kognitif : • Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. • Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. • Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Efektif: • Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. • Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. • Matapelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Sosial : • Murid berpeluang berinteraksi bersama rakan-rakan sewaktu aktiviti berkumpulan. • Murid juga berkomunikasi dengan guru untuk bertanya perkara yang tidak difahami. • Murid dapat memberi respons/komen terhadap hasil kerja rakan-rakan mereka. • Perhubungan diantara murid adalah harmoni. 17 | P a g e
  • 18. Komunikasi : • Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. • Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormat- menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. • Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Psikomotor; • Murid dapat menggunakan otot-otot tangan mereka sewaktu aktiviti melukis dan mewarna corak. • Murid dapat mewarna dan melukis dengan baik serta kelihatan fokus. • Guru dapat menggalakkan murid mengangkat tangan dan aktif- menjawab soalan. • Perkembangan motor pada bahagian tangan menjadikan lukisan sempurna.(kemahiran) • Murid juga bergerak aktif sewaktu aktiviti kumpulan 18 | P a g e
  • 19. 3.0 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK : 3.1 Definisi Kreativiti Kreativiti seringkali dikaitkan dengan menghasilkan sesuatu yang baru. Menurut Kamus Dewan (1993) kreativiti adalah sebagai kemampuan ( kebolehan ) mencipta daya kreatif, kekreatifan. Kita juga boleh mengikuti beberapa pendapat utama yang turut diberikan oleh pakar-pakar mengenai maksud kreativiti. Seorang pakar terkemuka, Viktor Lowenfeld (1975), menegaskan, kreativiti adalah naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Beliau menyatakan, peranan naluri sebagai pemangkin utama yang digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah dalam kehidupan. Sebaliknya, keinginan pula menjadi asas yang berupaya mendorong seseorang supaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Ketiadaan naluri dan keinginan, manusia tidak akan dapat bertindak dan membuat keputusan mahupun membuat pilihan. Sementara itu , June King Mcfee berpendapat kreativiti adalah satu keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru, bagi mengemas kini perlambangan yang sedia ada. Disini, aktiviti seperti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru akan dianggap suatu kreativiti. 19 | P a g e
  • 20. Kesemua manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat kreatif . Dengan adanya persekitaran dan teknik-teknik yang sesuai, maka potensi ini boleh dikenali, dipupuk dan diukur. Ini adalah menurut pendapat, Jones (1972). Mazlan Mohamad, (1994) berpendapat, Individu yang mempunyai kebolehan 'kreatif' biasanya mempunyai perasaan istimewa dan ekslusif kerana individu ini dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang – jarang dijumpai/ditemui. Maka kualiti yang istimewa inilah yang dapat membezakan individu itu daripada kumpulan majoriti yang kurang kreatif. Seseorang yang dilahirkan kreatif lazimnya tidak memaparkan secara langsung tentang apa yang dilihat ataupun dialaminya, ia mungkin menggunakan metafora dan analogi memproses pengalaman tampaknya bagi dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru. Seseorang yang kreatif harus mencari dan meningkatkan kesedaran, mengenal pasti sesuatu, menginterpretasi, dan melihat kemungkinan-kemungkinan melalui daya pandang –timbang, jelas beliau dalam member pendapat tentang kreativiti. 3.2 Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-Kanak Mungkin apa yang kita tahu Pendidikan Seni berkait rapat dengan kreativiti, namun begitu adakah kita tahu semua murid berpotensi menjadi individu yang kretaif sekiranya di beri peluang. Berbalik kepada matlamat Pendidikan Seni Visual untuk melahirkan individu yang imaginatif, kreatif, inovatif dan inventif. Terdapat banyak kaitan kreativiti dengan perkembangan kanak-kanak salah satunya, keadaan kanak-kanak itu sendiri yang dilahirkan kreatif secara semulajadi. Mereka dapat berinteraksi dengan alam, alatan dan bahan di sekitar mereka. Mereka juga mampu untuk berkomunikasi menerusi karya yang dihasilkan. Hanya mereka sahaja tahu maksud karya yang dihasilkan dan kadangkala sukar difahami oleh orang dewasa. Melalui kreativiti murid dapat menunjukkan penghargaan terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan. Contohnya apabila guru memberikan tajuk berkaitan dengan flora dan fauna. Murid juga dapat menghargai keindahan alam persekitaran dan juga keindahan seni warisan bangsa. Kanak-kanak menggunakan perasaan dalaman mereka untuk berimaginasi dan berkreativiti. Sesuai dengan namanya kanak-kanak , mereka suka berkhayal dan di sebabkan itulah mereka mendapat idea dan pendapat yang menakjubkan. 20 | P a g e
  • 21. Melalui aktiviti seni, kanak-kanak akan mempunyai peluang unrtuk meluahkan perasaannya secara lahiriah. Ini kerana jika diberikan kebebasan, kanak-kanak akan lebih berani mengeluarkan idea, jika tidak mereka akan teragak-agak dalam meluahkan pendapat kerana bimbang akan dimarahi guru atau pun tidak menepati syarat yang di kehendaki. Sedikit sebanyak memberikan tekanan emosi kepada mereka. Kreativiti juga satu medan untuk mereka berkomunikasi contohnya untuk meluahkan keinginan dan keperluan mereka kepada ibu bapa ataupun rakan-rakan. 3.3 Ciri-Ciri Kreativiti Bersifat Fleksibel Bersifat fleksibel mempunyai maksud yang luas, tetapi dalam skop ini, bermaksud seseorang yang kreatif berupaya(mampu) untuk menyesuaikan dirinya dalam apa jua keadaan dan situasi/ persekitaran mereka. Contohnya dalam pergaulan dengan rakan sekerja, jiran dan sebagainya. Mereka juga mempunyai keyakinan yang tinggi dan optimis. Sensitif dan Peka Sensitif dan peka , perkataan yang paling sesuai, merujuk kepada golongan ini yang sentiasa mempunyai daya sensitiviti yang tinggi. Terutamanya terhadap keadaan di sekeliling mereka . Ini termasuklah gaya hidup yang sentiasa berubah, keperluan dan kehendak malahan juga keadaan.persekitaran . (samada persekitaran tempat kerja mahupun tempat tinggal) 21 | P a g e
  • 22. Idea yang Asli dan Tulen Seringkali seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif berupaya memberikan idea dan buah fikiran yang asli dan bernas. Cetusan idea daripada mereka ternyata bukanlah hasil daripada mana-mana sumber yang sedia ada. Idea mereka sangat unik ,dan boleh diterima pakai. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil tangan/karya yang mereka cipta ternyata berbeza daripada yang biasa kita lihat dan luar biasa.. Bersifat Terbuka Individu yang mempunyai kreativiti selalunya mempunyai sifat terbuka. Contoh terdekat ialah, di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain. Termasuk juga kritikan daripada mereka yang menilai hasil karya. Mereka mampu untuk mendengar komen samada positif atau negatif dan seterusnya menggunakan komen yang diberi untukpenambahbaikan karya. (open-minded) Berfikir Secara Logik Apa yang kita sedia maklum, murid-murid sangat peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dalam aktiviti seharian samada di rumah mahupun di sekolah mereka. Mereka juga menghargai masa dan mereka juga sangat menghormati masa. Murid –murid pada hari ini, tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Mereka lebih berhati-hati apabila membuat pilihan. Berpendirian/Berfikiran Bebas Berfikiran bebas, dalam erti kata lain, mereka yang kreatif ini selalunya memiliki daya pemikiran yang tidak spesifik pada satu perkara sahaja. Mereka ini pandai merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan dapat dilakukan dengan baik dan sempurna. Dengan erti kata lain mereka merupakan insan yang sangat teliti dalam merancang aktiviti dan juga sewaktu melaksanakannya. 22 | P a g e
  • 23. 3.4 RANCANGAN PENGAJARAN SENI Tahun : Gemilang Modul : Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Aktiviti : Diorama Tema : Objek Buatan Manusia Tajuk : Akuarium Masa : 60 minit Media : Alat : gunting 23 | P a g e
  • 24. Bahan : kotak, gam, benang, lidi, polistirena, gambar- gambar dari majalah, kad manila , kertas lukisan, cat poster, plastic pembalut buku, bahan-bahan lain. Bahan Bantu Mengajar : Contoh diorama. EMK : Keusahawanan, Kreativiti, dan Inovasi STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, dan imbangan yang terdapat pada alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan diorama. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan diorama. 3. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan diorama . 4. Apresiasi terhadap karya berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada diorama. 3.1.1 Unsur seni : 3.1.1.2 Bentuk – konkrit 3.1.1.2 Ruang- nyata 3.1.2 Prinsip rekaan 3.1.2.1 Kepelpagaian – bahan dan warna dan saiz 3.1.2.2 Ritma dan pergerakan objek. 24 | P a g e
  • 25. 3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan kefahaman bahasa seni visual, media,serta proses dan teknik dalam penghasilan boneka. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 3.2.1.1 Alat - gunting 3.2.1.2 Bahan - kotak, gam, benang, lidi, polistrina, gambar-gambar dari majalah kertas lukisan , cat poster, plastik pembalut buku, dan bahan lain yang sesuai. 3.2.2 mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 3.2.2.1 Teknik gabungan pelbagai teknik ( montaj, kolaj, lukisan dan lain-lain) 3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa dan seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual iaitu bentuk,jalinan dan imbangan dalam penghasilan karya 3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI Persepsi Estetik 25 | P a g e
  • 26. • Guru menunjukkan beberapa contoh diorama. • Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada diorama. • Guru menyatakan definisi diorama. Aplikasi Seni • Guru menyatakan media yang akan digunakan dalam penghasilan diorama. • Guru menunjukkan cara penghasilan diorama • Guru meminta murid meneroka media untuk menghasikan diorama. Ekspresi Kreatif • Murid menghasilkan diorama berpandukan langkah-langkah yang telah dinyatakan dengan bimbingan guru. • Murid menghasilkan diorama. Apresiasi Seni • Murid memberikan pendapat tentang 26 | P a g e
  • 27. karya rakan. • Murid membuat persembahan diorama yang dihasilkan. • Murid menyanyi lagu “ Ikan Kekek “ ( Intergrasi Mata Pelajaran Pendidikan Muzik ). • Murid menulis senikata lagu ( Intergrasi Mata Pelajaran Bahasa Melayu ). • Murid menyatakan ikan boleh hidup didalam air yang bersi serta beroksigen ( Intergrasi Mata Pelajaran Sains). • Murid menyatakan bilangan ikan yang terdapat didalam akuarium. ( Intergrasi Mata Pelajaran Matematik). 3.5 Soalan Menaakul Persepsi Estetik 1. Bagaimana rupa bentuk badan sotong ? 2. Apakah warna ikan yang pernah kamu lihat ? 3. Apakah bahagian-bahagian yang terdapat pada seekor ikan ? Ekspresi Kreatif 1. Mengapa kita perlu menghasilkan gumpalan plastisin berbentuk bulat ? 2. Bagaimanakah cara untuk melengkapkan dan menghias diorama ? Aplikasi Seni 27 | P a g e
  • 28. 1. Apakah bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan ikan ? 2. Apakah bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan sotong ? 3. Apakah bahan yang sesuai digunakan untuk menggantungkan ikan ? Apresiasi Seni 1. Mengapa murid-murid berpendapat bahawa ikan ini cantik dan menarik ? 2. Apakah pandangan kamu terhadap ikan ini ? 3. Apakah kegunaan diorama akuarium ini ? 3.6 Rancangan Mengajar Yang Di Hasilkan Mengunakan Intergrasi Mata Pelajaran Yang Lain : Intergrasi mata pelajaran yang lain boleh di terapkan semasa Apresiasi Seni . • Murid memberikan pendapat tentang karya rakan. • Murid membuat persembahan diorama yang dihasilkan. • Murid menyanyi lagu “ Ikan Kekek “ ( Intergrasi Mata Pelajaran Pendidikan Muzik ). 28 | P a g e
  • 29. • Murid menulis senikata lagu ( Intergrasi Mata Pelajaran Bahasa Melayu ). • Murid menyatakan ikan boleh hidup didalam air yang bersi serta beroksigen ( Intergrasi Mata Pelajaran Sains). • Murid menyatakan bilangan ikan yang terdapat didalam akuarium. ( Intergrasi Mata Pelajaran Matematik). Intergrasi Mata Pelajaran Yang Telah Di Terapkan : • Pendidikan Muzik • Bahasa Melayu • Sains • Matematik LAKARAN IDEA : Sketsa 1: Hal subjek ditentukan 29 | P a g e
  • 30. Sila rujuk modul …… Sketsa 2: Hal subjek dilengkapi dengan latar belakang Sila rujuk modul……. 30 | P a g e
  • 31. Sketsa 3: Hal subjek, latar belakang dan kotak diorama 31 | P a g e
  • 32. Sila rujuk modul…… Sketsa 4: Diorama yang lengkap untuk peragaan 32 | P a g e
  • 33. Sila rujuk modul…… 4.0 KESIMPULAN : Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga 33 | P a g e
  • 34. mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi. Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual . Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata. Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi. Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk- bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika. Dalam membicarakan perkembangan seni kanak-kanak pula, penghasilan karya kanak-kanak terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif. Pengkaji seni bertanggapan hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak. Dalam pada itu juga, penghasilan sesuatu karya kanak-kanak juga bergantung pada rangsangan dan pembangunan daripada pelbagai aspek seperti pengaruh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Dari aspek kognitif, aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak- kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Dari aspek fizikal pula, penggunaan bahan dan alat dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni berupaya memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan psikomotor dan koordinasi tangan serta-merta. Sementara itu, persekitaran juga turut memainkan peranan penting dalam perkembangan seni kanak-kanak. Ini kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Malah dikatakan juga aktiviti melukis adalah satu bentuk aktiviti yang boleh membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka 5.0 RUJUKAN : 1. Modul HBAE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2. Modul HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN 3. Modul HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 4. HSP pendidikan Seni Tahun 5 34 | P a g e
  • 35. 5. senivisual1.blogspot.com/ 6. senismkcs.blogspot.com/.../tokoh-seni-malaysia.ht.. 7. ml.scribd.com/doc/.../Seni-Dalam-Pendidikan-Rph 8. www.slideshare.net/.../50752525-konsepasaspendi 9. psvspm.blogspot.com/ 35 | P a g e