Your SlideShare is downloading. ×
Syariah, as-Syarikat.
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Syariah, as-Syarikat.

2,926
views

Published on

Form Six Topic.

Form Six Topic.

Published in: Education

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,926
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
53
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. MUAMALAT SYARIKAT KUMPULAN 2DIBENTANGKAN OLEH: HANNA HASIBAH NURUL BAHRIAH NUR AMAL A’FIFAH NURAZIMAH MUHD SAIFUL DAFI
  • 2. ISI KANDUNGAN1. PENGERTIAN SYARIKAT2. DALIL KEHARUSAN SYARIKAT3.HIKMAH DIHARUSKAN SYARIKAT4. JENIS-JENIS SYARIKAT5. RUKUN SYARIKAT AL-‟INAN6. SYARAT AHLI SYARIKAT7. SYARAT MODAL AHLI SYARIKAT8. SYARAT KERJA SYARIKAT9. SYARAT SIGHAH SYARIKAT10. SEBAB-SEBAB TERFASAKH SYARIKAT11. KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN SYARIKAT
  • 3. PENGERTIAN SYARIKATDari segi bahasa: campur, bersekutu atau berkongsi.Dari segi istilah syarak: satu akad (perjanjian) atau perkongsian di antaradua orang atau lebih pemilik modal bagi menjalankan sesuatu perusahaanatau perniagaan atau perlaburan di mana mereka bersama bersetujumengeluarkan modal dan sama-sama bersetuju berkongsi untung dan rugi.Ahli Fiqh memberi takrif yang berbeza-beza di antaranya ialah:1. Ahli Fiqh Mazhab Syafi‟I mentakrifkan, syarikat ialah penetapan (sabitan) hak pada sesuatu harta yang dipunyai oleh dua orang atau lebih secara bersekutu atau berkongsi (milik bersama).2. Ahli Fiqh Mazhab Hanafi mentakrifkan; Syarikat ialah suatu akad perjanjian(kontrak) perkongsian antara dua individu atau lebih bersetuju sama-sama mengeluarkan modal bagi tujuan perniagaan atau perusahaan, dan mereka bersetuju berkongsi untung dan rugi mengikut kadar modal masing-masing.
  • 4. DALIL KEHARUSAN SYARIKATSecara umumnya syarikat pada hukum asalnya adalahharus, kerana banyak dalil-dalil yang menerangkan demikiandalam Al Quran dan Al Hadith di antara dalil-dalil itu ialah:Firman Allah dalam surah An Nisa‟, ayat 12 yang bermaksud:………….Maka mereka bersekutu pada satu pertiga (denganmendapat sama banyak lelaki dan perempuan)….. (An Nisa‟ ayat :12)Maksud ayat tersebut ialah Allah telah menetapkan bahagianharta pusaka bagi saudara perempuan seibu jika ia lebih dariseorang bahagiannya ialah berkongsi sepertiga di antaramereka (berbahagi sama rata), maka ayat ini dengan jelasmenjadi dalil iaitu sesuatu harta itu diharuskan dimiliki olehlebih daripada seorang secara syarikat atau kongsi.
  • 5. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam yangdiriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud:“Allah Subhanahu Wataala berfirman: Aku yang ketiga dalamdua orang yang bersyarikat selagi tidak mengkhianati salahseorang terhadap rakannya, maka apabila ia mengkhianatinyaaku keluar daripada kedua-duanya itu.” (Riwayat Abu Daud)Maksudnya Allah sentiasa menjaga dan memberi bantuan dalamharta benda kedua-duanya dan ia menurunkan keberkatan dalamperniagaan kedua-duanya, tetapi apabila berlaku pengkhianatanantara kedua-duanya itu Allah akan menarik keberkatan yangdikurnianya itu.
  • 6. HIKMAH DIHARUSKAN SYARIKAT1. Syarikat dapat mengumpulkan dana modal bagi menjalankan dan membesarkan operasi perniagaan yang memerlukan modal yang besar.2. Memberi peluang kepada individu dan orang ramai yang bermodal kecil membuat pelaburan dan memiliki saham dalam syarikat-syarikat besar.3. Syarikat memberi keberkatan kepada perniagaan yang dijalankan sebagaimana maksud Hadith Qudsi yang di atas.4. Syarikat dapat menambahkan pendapatan ahli-ahlinya melalui keuntungan yang diperolehi syarikat.5. Syarikat melatih dan menanamkan kepada ahli-ahlinya semangat kerjasama dan sifat amanah.6. Syarikat dapat melahirkan ahli-ahli korporat Islamyang berdaya maju dan berketerampilan.
  • 7. JENIS-JENIS SYARIKATPara Ulama membahagikan jenis-jenissyarikat kepada empat jenis iaitu:-1) Syarikat Al‟ Inan2) Syarikat Al Abdan3) Syarikat Al Wujuh4) Syaarikat Al Mufawadhah
  • 8. SYARIKAT AL ‘INANPengertian Syarikat Al „Inan: Suatu akad antara dua individu atau lebih berakaduntuk berkongsi dengan mereka mengeluarkan modaluntuk sesuatu perniagaan atau perusahaan, di manakeuntungan dan juga kerugian dari perniagaantersebut dibahagikan antara ahli-ahli syarikat menurutkadar modal yang dikeluarkan.Hukum Syarikat Al „Inan: Kesemua emapt mazhab iaituHanafi, Maliki, Syafi‟ie dan Hanbali mengatakanSyarikat Al-‟Inan adalah sah dan harus.
  • 9. SYARIKAT AL ABDANPengertian Syarikat Al Abdan: Suatu akad antara dua individu atau lebih berkongsi tenaga atau usaha(bekerja) untuk membuat sesuatu pekerjaan yang sama seperti kedua-duanya bertukang kayu, atau berlainan jenis pekerjaan seperti seorangbertukang kayu dan seorang bertukang simen. Kemudian ganjaran atauupah pekerjaan tersebut dibahagi sama rata antara mereka.Hukum Syarikat Al Abdan: Menurut mazhab Syafi‟ie , Syarikat Al Abdan adalah batal (tidak sah)boleh berlaku gharar dan tiada kepastian, sebab syarikat yang sebenarnyahanya dikhususkan pada perkongsian harta bukan pada perkongsianpekerjaan sebab kerja tidak bersifat tetap sukar untuk menetapkankualiti, kuantiti, dan sukar mengukur kemampuan produktiviti kerja yangsama antara mereka yang terlibat dengan kerja-kerja yang dibuat. Menurut mazhab Maliki Syarikat AL Abdan ini adalah sah (harus) dengansyarat jenis pekerjaan dan usaha yang mereka kongsikan itu pekerjaan yangsama jenisnya.
  • 10.  Menurut mazhab Hanafi, Syarikat Al Abdan ini adalah sah(harus) mutlaqan pada segala dengan tiada perbahasan. Menurut mazhab Hanbali, Syarikat Al Abdan adalah sah,sama ada kerja yang mereka usahakan itu sama jenisnya atautidak sama jenisnya dengan syarat hendaklah mengikutsyarat-syarat yang mereka tetap atau setujui semasa dalamakad.Kesimpulan hukum Syarikat Al Abdan:Jumhur Ulama mengharuskan syarikat jenis ini keranakebaikan dan kemaslahatan (kepentingan) manusia, di manamanusia juga dalam situasi tertentu memerlukan perkongsiankemahiran untuk mendapatkan wang dan pendapatan.
  • 11. SYARIKAT AL MUFAWADHAHPengertian Syarikat Al Mufawadhah:• Suatu akad di antara dua individu atau lebih untukberkongsi di antara mereka pada sesuatu perniagaan atauperusahaan sama ada jumlah harta mereka sama banyaknyaatau tidak, tetapi harta (modal) mereka dan jenisnya tidak puladisatukan sebagai satu jumlah modal sebelum akadnya padasyarikat. Manakala keuntungan yang diperolehi oleh keduanyadibahagi sama rata antara keduanya, begitu juga jika terjadikerugian setiap ahli syarikat bersama menanggungnya.Hukum Syarikat Al Mufawadhah:• Menurut pendapat mazhab Syafi‟ie dan Hanbali adalah tidakdiharuskan dan menganggap kontrak sedemikian batal dantidak sah. Ini kerana modal ahli-ahli yang bersyarikat tidakdisatukan sebelum akad syarikat terdapat dalamnya unsur
  • 12. Gharar serta syubhat pada memilikiuntungnya, yang mana sepatutnyakeuntungan dari modal seseorangahli adalah menjadi haknya sahajabegitu juga jika berlaku kerugian.• Menurut Imam AbuHanifah, syarikat Mufawadhahadalah harus mutlak.
  • 13. SYARIKAT AL WUJUHPengertian Syarikat Al Wujuh: Suatu akad di antara dua individu atau lebih yangbekerjasama unutk membeli barangan secara kredit (berhutang)tanpa mengeluarkan sebarang modal. Mereka bergantungsepenuhnya ke atas kemampuan dan usaha perdaganganterhadap barangan yang mereka beli secara kredit dankeuntungan yang diperolehi keduanya akan dibahagikan samarata antara mereka. Seorang individu yang terkenal dalam bidang muamalahberusaha memperniagakan barangan dan tidak mengeluarkansebarang modal sahaja. Keuntungan yang diperolehi hasildaripada perniagaan mereka dibahagikan sama rata antarakeduanya.
  • 14. Hukum Syarikat Al Wujuh: Menurut mazhab Syafi‟ie dan Maliki, Syarikat Al Wujuhadalah batal dan tidak diharuskan. Di antara sebab-sebabnyaialah:-Ketiadaan modal yang dikeluarkan daripada kedua-duanya yangpatut disatukan sebelum berakad syarikat, dan sebelum merekamelaksanakan muamalah. Jadi, di anggap tidak ada harta (modal)yang menjadi kepunyaan bersama yang dikongsikan.- Salah seorang daripada ahli yang bersyarikat tidakmengeluarkan modal. Oleh sebab itu tiada haknya untukmemiliki keuntungan di mana sepatutnya keuntungan menjadihak orang yang mengeluarkan modal, dan bersama menanggungkerugian mengikut kadar modal mereka jika ada. Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali,Syarikat Al Wujuhadalah diharuskan.
  • 15. RUKUN SYARIKAT AL INAN1. Ahli-ahli syarikat – Rakan kongsi:sekurang- kurangnya dua orang.2. Modal – Daripada jenis harta sama ada wang ringgit atau benda yang bermanfaat atau berfaedah.3. Perbuatan (operasi atau kerja-kerja syarikat) – dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.4. Sighah (lafaz akad) – perjanjian lisan atau bertulis.
  • 16. SYARAT AHLI SYARIKATIaitu orang yang mengeluarkan hartanya untuk digunakansebagai modal syarikat tersebut.Syarat-syarat ahli syarikat:Setiap ahli-ahli syarikat disyaratkan hendaklah:Orang yang layak mentadbir/mengurus harta atau berkelayakansebagai wakil iaitu terdiri ornag yang berikut: berakal baligh dengan kemahuannya(tanpa paksaan) dan tidak ditahan hartanya.Oleh demikian tidak sah bersyarikat yang terdiri dari oranggila, kanak-kanak, dan orang yang dipaksa dan orang yangditahan hartanya.
  • 17. SYARAT MODAL SYARIKATIaitu harta yang dikeluarkan oleh ahli untuk dijadikan modal (saham)dalam perniagaan syarikatSyarat-syarat modal syarikat: Modal dalam bentuk mata wang, sepertiwang, emas, perak, ringgit, rupiah dan lain-lain matawang yang digunapakai. Sama jenis matawangnya (Mithil): seperi BND sama BND, USD samaUSD, tetapi tidak disyaratkan persamaan modal di antara rakankongsinya.Tidak disyaratkan persamaan modal di antara rakan kongsinya, keranapembahagian keuntungan adalah mengikut kadar modal masing-masingahli syarikat tersebut, begitu juga jika terjadinya kerugian masing-masingditanggung ke atas ahli-ahli mengikut kadar modal mereka. Modal semua ahli syarikat hendaklah dicampurkan sebelum memetraiakad syarikat.Jika akad dibuat sebelum harta dicampurkan tidak sah akad syarikat.
  • 18. SYARAT KERJA SYARIKATIaitu pengurusan perjalanan syarikat seperti urusan-urusanmenjual dan membeli barangan dan sebagainya.Syarat-syarat kerja syarikat:Setiap ahli syarikat atau ahli yang dipertanggungjawabmenjalankan urusniaga syarikat, secara umumnya disyaratkanhendaklah melakukan kerja-kerja yang boleh membawa danmendatangkan faedah dan keuntungan kepada syarikat yang diantara syarat-syaratnya: Menjadi secara tunai Menjual dengan matawang dalam negeri Tidak berjualbeli atau berurusniaga yang mendatangkankerugian besar atau secara berisiko tinggi. Tidak membawa modal keluar negeri.
  • 19. Syarat sighah syarikatIaitu perjanjian persetujuan menubuhkansyarikat sama ada dalam bentuk lisan atauperjanjian beertulis dan selok-eloknya bertulis.Syarat-syarat sighah:Setiap ahli (rakan kongsi) hendaklahmemberikan keizinan atau kebenaran kepadarakan kongsinya lain mentadbirkan hartanyauntuk modal perniagaan syarikat itu.
  • 20. SEBAB-SEBAB TERFASAKH AKAD SYARIKATAkad syarikat boleh terfasakh (terbubar) kesemuanya jikasyarikat tersebut terdiri daripada dua orang ahlinya. Jikasyarikat tersebut ahlinya lebih daripada dua orang, syarikattersebut akan kekal menjadi milik mereka yang tidakmembubarkannya. Sebab-sebab terfasakh akad syarikat ialah: Syarikat terfasakh oleh sebab salah seorang daripada rakankongsi, sama ada ia menarik modalnya (sahamnya) atau iamemecat rakan kongsinya. Berlaku kematian salah seorang atau semuanya daripadarakan kongsi. Salah seorang rakan kongsi menjadi gila yang berterusan.
  • 21. KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN SYARIKATPembahagian keuntungan atau risiko kerugianadalah mengikut nisab modal setiap ahlisyarikat, kerana keuntungan adalah hasil daripadaperlaburan modal. Begitu juga kerugian adalahkerugian daripada modal. Adalah tidak sahmeletakkan syarat supaya salah seorang rakankongsinya menerima keuntungan yang lebihdaripada nisbah modalnya. Begitu juga tidak sahmeletakkan salah seorang rakan kongsinyamenerima kerugian yang lebih atau kurang daripadamodalnya.
  • 22. *Gharar-risiko/tidak pasti*Syubhat-ragu-ragu TERIMA KASIH…….