SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
1
2018/2019 UUUK2153 Muamalat
Kontrak Ijarah
Disediakan oleh
1. Komathi A/P K Raman (A163611)
2. Bargavilashini A/P Alakasvaran (A162822)
3. Nur Aliah bt Amran (A166840)
Disediakan untuk
Prof. Madya Dr. Ruzian Bt. Markom
2
1.0 Penghargaan
Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan kertas kerja ini
dengan jayanya.
Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta kami, Prof. Madya Dr. Ruzian Bt. Markom kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami
yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
kami berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan
menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam tugasan ini. Terima kasih.
3
Kandungan
Tajuk Mukasurat
1.0 Penghargaan 2
2.0 Pengenalan 4
2.1 Definisi 4 - 5
2.2 Rukun ijarah 5 - 6
2.3 Dalil 7 - 8
3.0 Kontrak ijarah dalam Resolusi Penasihat Syariah Bank Negara
Malaysia
9
4.0 Garis panduan atau piawai rujukan yang disediakan oleh Bank
Negara Malaysia berkaitan kontrak ijarah
10 - 12
5.0 Isu berkaitan kontrak ijarah: Kontrak Ijarah dengan Kadar
Sewa Boleh Ubah
13
6.0 Kesimpulan 14
7.0 Rujukan 15
4
2.0 Pengenalan
2.1 Definisi
Kontrak ijarah bermaksud sewa atau jualbeli manfaat. Pengertian istilah pula boleh
dilihat daripada sudut Mazhab Hanafi iaitu sebuah kontrak pertukaran manfaat dengan sesuatu
yang bernilai. Manfaat yang dimaksudkan ialah penggunaan perkhidmatan dengan harga atau
bayaran yang ditetapkan.1
Perkataan ijarah adalah kata nama bagi ijrah yang berasal daripada perkataan ajr yang
bermaksud balasan atau ganjaran yang diperolehi melalui sesuatu pekerjaan. Perkataan lain
yang seerti dengan ijarah ialah kira'. Menurut Majallah al-Ahkam, selain daripada makna ujrah,
perkataan ijarah juga digunakan dengan makna ijar iaitu perbuatan menyewa sesuatu atau
mengupah seseorang.2
Secara umumnya, terdapat empat mazhab utama dalam agama Islam. Pandangan
mazhab adalah seperti berikut:
1) Fuqaha Hanafi mentakrifkan ijarah sebagai akad yang dilakukan ke atas
manfaat sesuatu dengan bayaran.
2) Fuqaha Maliki dan Hambali pula mentakrifkan ijarah sebagai pemindahan
milik manfaat sesuatu yang diharuskan, dalam jangka masa tertentu dengan
pembayaran.
3) Fuqaha Syafie mentakrifkan ijarah ialah suatu akad yang dilakukan ke atas
manfaat sesuatu yang dimaklumi, yang harus dan menerima pertukaran
dengan pembayaran yang diketahui.
Takrif fuqaha mazhab mengenai ijarah juga mempunyai takrifan yang berbeza diantara
mereka. Namun begitu persamaan atau elemen yang disebutkan dalam takrifan semua mazhab
adalah sama iaitu sesuatu kontrak dimana berlakunya pemindahan manfaat daripada pemilik
asal kepada pengguna manfaat. Kontrak ini adalah kontrak biasa seperti kontrak jual beli tetapi
1 Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho, Ali Asy-Syarbaji. (2006). Kitab Fikah Mazhab Shafii.Jilid 6,
Kuala Lumpur. Hal. 1375.
2 Mohd. Bakir Haji Mansor. (1998). Konsep Syariah dalamSistemPerbankan Islam. Kuala Lumpur.
Hal. 57.
5
perbezaannya adalah, manfaat yang dipindah daripada pemilik kepada pengguna bukanlah
harta atau barang.
2.2 Rukun ijarah
Rukun yang membentuk kontrak ijarah adalah:
a. Al-sighah
Sighah yang terdiri daripada tawaran pemberi dan penerimaan penyewa.
b. Al-aqidah
Pihak-pihak yang berkontrak iaitu pemberi sewa dan penyewa.
c. Mahal al-aqad
Subjek kontrak sewaan yang meliputi manfaat yang akan digunakan oleh penyewa dan
bayaran sewa ke atas penggunaan manfaat tersebut.
Sepertimana kontrak biasa mempunyai beberapa syarat, begitu juga dengan kontrak
ijarah. Antara syarat bagi kontrak ijarah adalah akad, pihak yang ingin memasuki kontrak,
barang yang ingin disewa serta tempoh penyewaan.
Bagi syarat pertama iaitu akad, akad sighah itu mestilah menunjukkan maksud serta
niat pihak-pihak yang ingin memasuki kontrak ijarah. Akad penerimaan dan tawaran mestilah
disebut sama ada secara lisan, tulisan ataupun secara isyarat antara pihak yang ingin memasuki
kontrak ijarah.
Syarat kedua ialah pihak yang ingin memasuki kontrak. Pihak yang ingin berkontrak
terdiri daripada pemberi sewa dan penyewa. Kedua-dua pihak mestilah berakal sempurna,
waras fikiran dan cukup umur. Kedua- dua pihak mestilah mempunyai niat bersama untuk
memasuki kontrak ijarah. Bagi kanak-kanak atau orang tidak cukup kelayaakn yang
mempunyai niat untuk memasuki kontrak maka, ianya boleh dilakukan melalui walinya atau
dengan izin walinya.
Bagi syarat ketiga pula iaitu barang yang disewa, ianya mestilah halal serta mempunyai
manfaat. Barang tersebut haruslah dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang ingin berkontrak.
Syarat lainnya ialah, menetapkan ketetapan masa dalam kontrak sewa. Ini adalah untuk
mengelak berlakunya pertelingkahan sekiranya ketetapan masa tidak ditetapkan. Ini
bermaksud, kontrak tersebut hanyalah sah sehingga tempoh yang telah dipersetujui oleh kedua-
6
dua pihak. Kadar masa bagi kontrak sewa, menurut fuqaha adalah diharuskan samaada dalam
tempoh yang panjang atau tempoh yang pendek. Ianya bergantung kepada persetujuan dua
belah pihak yang berakad. Menurut pakar agama pula, tempoh masa bagi kontrak sewa adalah
bergantung kepada selama mana barang itu masih disewa, tidak ada ketetapan masa yang
terpanjang untuk sewa kerana tidak ada dalil syarak yang menjelaskannya.
Syarat bagi harga bayaran sewa pula mestilah sesuatu yang bernilai sebagaimana harga
yang digunakan untuk bayaran jualbeli dan kadar harga sewa itu metilah diketahui oleh dua
belah pihak yang berakad. Kedua- dua mestilah bersetuju dengan harga bayaran tersebut. Harga
pembayaran itu pula hendaklah tidak sama dengan barang yang disewa, ini adalah untuk
mengelakkan daripada berlakunya riba dalam kontrak sewa. Jika berlakunya pertukaran
manfaat barang sewa itu dengan barang yang sama jenisnya maka ia tidak sah menurut
pendapat mazhab Hanafi. Manakala pendapat mazhab Shafii pula, tidak mensyaratkan
pembayaran harga sewa itu mesti lain daripada jenis barang manfaat yang disewa.3
3 Abdul Halim El-Muhammady. (2015). Undang-Undang Muamalat Dan Aplikasinya Kepada
Produk-Produk Perbankan Islam. Selangor. Hal. 172-173.
7
2.4 Dalil
i) Qur’an
Maksudnya: “Jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada
mereka upahnya.”
(Al-Talaq: 6)
Maksudnya: “Berkata salah seorang daripada mereka (anak Nabi Ya’kub) wahai
ayahku, sewakanlah tenaganya (Musa) sesungguhnya sebaik-baikorang yang engkau sewakan
ialah orang yang kuat dan beramanah” (26). Dia berkata (Nabi Ya’kub) “Aku ingin
kahwinkan engkau (Musa) dengan salah seorang anak perempuanku, dengan pembayaran
(kerja) selama lapan musim haji,jika kamu mampu lakukan sepuluh, maka ia terserah kepada
kamu.”
(Surah al-Qasas, 28: 26-27)
ii) Sunnah
Maksudnya: “Nabi s.a.w dan Abu Bakar menupah seorang lelaki Bani al-Dail daripada
Bani Abd bin A’ddi, seorang penunjuk jalan yang mahir dan masih menganut agama kafir
Quraisy. Nabi s.a.w dan Abu Bakar mempercayainya dan menyerahkan dua ekor unta
tunggangan mereka kepadanya. Mereka berjanji untuk bertemu dengannya di gua Thur
selepas tiga hari. Pada hari ketiga, lelaki itu datang bersama unta tunggangan mereka dan
mereka berangkat.”
(Riwayat al-Bukhari no. 2144)
Maksudnya: “Allah Taala berfirman; Ada tiga orang yang akan aku musuhi pada hari
kiamat. Lelaki yang memberi sesuatu dengan menggunakan namaku tetapi kemudian
mengkhianatinya. Lelaki yang menjual lelaki merdeka dan dia makan hasilnya. Lelaki yang
mengupah seorang upahan dan setelah menggunakannya dia tidak membayar upahnya.”
(Riwayat al-Bukhari no. 2150)
Maksudnya: “Berilah upah kepada orang yang mengambil upah sebelum peluhnya
kering.”
(Riwayat Ibnu Majah dan al-Tabrani)
8
iii) Ijmak
Umat Islam daripada zaman sahabat telah bersepakat mengharuskan kontrak ijarah
kerana mereka berhajat untuk menggunakan manfaat sesuatu sama seperti keperluan mereka
kepada barang-barang. Justeru itu, apabila jual beli barang-barang diharuskan, maka kontrak
ijarah ke atas manfaat juga diharuskan.4
4 Ahmad Suhaimi Bin Yahya. Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara 4. (2010). Ijarah Dari Konteks
Aplikasi Perundangan Dan Syariah.Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad. Hal. 6-7
9
3.0 Resolusi Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia
3.1 Pembiayaan AITAB
Pada mulanya, institusi kewangan Islam telah mengemukakan idea untuk
memperkenalkan konsep al-ijarah thumma al-bai` (AITAB) bagi membiayai pembelian
kenderaan. Idea pembiayaan secara AITAB ini melibatkan dua jenis kontrak, iaitu kontrak
sewaan (ijarah) disusuli kontrak jual beli (al-bai`).5
Pada peringkat awal, modus operandi bagi kontrak Ijarah, institusi kewangan Islam
akan memeterai satu perjanjian ijarah dengan pelanggan. Melalui perjanjian yang dikenali
sebgai ijarah ini. Kemudian institusi kewangan Islam akan melantik pelanggan untuk membeli
kenderaan yang telah dipilih oleh pelanggan. Seterusnya, institusi kewangan Islam akan
menyewakan kenderaan tersebut kepada pelanggan bagi satu tempoh masa tertentu.
Pada akhir tempoh sewaan, pelanggan mempunyai pilihan untuk membeli atau tidak
membeli kenderaan berkenaan daripada institusi kewangan Islam. Sekiranya pelanggan
memilih untuk membeli kenderaan tersebut, institusi kewangan Islam dan pelanggan akan
memeterai satu perjanjian al-bai` dan hak milik kenderaan tersebut akan berpindah daripada
institusi kewangan Islam kepada pelanggan.6 Dimana kedua-dua kontrak yang telah
diperkenalkan melalui konsep al-ijarah thumma al-bai` (AITAB), saling berkaitan.
5 http://www.bnm.gov.my/microsites/financial/pdf/resolutions/shariah_resolutions_2nd_edition.pdf,
diakses pada 5 Mac 2019.
6 http://www.bankinginfo.com.my/_system/media/downloadables/perbankan_islam.pdf, diakses pada
6 Mac 2019.
10
4.0 Garis Panduan Pelaksanaan Kontrak Ijarah
Dalam menngenalkan kontrak ijarah di bawah konsep al-ijarah thumma al-bai`
(AITAB) serta bagi memastikan bahawa Kontrak Ijarah ini adalah berdasarkan hukum syarak,
Majlis Penasihat Syariah telah bermesyuarat serta telah mengariskan beberapa perkara yang
berkaitan dengan pelaksanaan Kontrak Ijarah seperti:
i. Modus operandi AITAB hendaklah mengandungi dua akad yang berasingan iaitu
akad ijarah dan akad al-bai`;
ii. Harga jualan selepas tamat tempoh sewaan boleh berbentuk jumlah amaun sewaan
terakhir bagi ijarah;
iii. Surat wakil bagi melantik pelanggan sebagai ejen atau wakil kepada institusi
kewangan Islam hendaklah diperkenalkan dalam modus operandi AITAB;
iv. Suratcara AITAB perlu memasukkan klausa “akan beli kenderaan” tersebut pada
akhir sewaan dan klausa penebusan bagi penyewa yang membuat bayaran balik awal;
v. Deposit yang dibayar kepada penjual kenderaan tidak melibatkan jual beli kenderaan
kerana ia dianggap sebagai bayaran pendahuluan yang perlu dibayar oleh institusi
kewangan Islam;
vi. Selaras dengan prinsip ijarah, institusi kewangan Islam sebagai pemilik aset harus
menanggung risiko berkaitan yang munasabah; dan
vii. Bagi kes-kes pembiayaan semula dengan pembiaya baharu, penyewa perlu
menamatkan kontrak AITAB yang sedang berkuat kuasa sebelum memasuki perjanjian
AITAB yang baharu.
11
4.1 Modus Operandi Kontrak Ijarah
Sebagai contoh Encik A ingin memasuki kontrak ijarah maka,
1. Encik A memilih kereta yang ingin dibeli.
2. Encik A memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut, membayar deposit
kereta berkenaan dan berjanji akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah
bank membeli kereta tersebut.
3. Seterusnya bank akan menjelaskan pembayaran penuh bagi kereta yang telah
dipilih oleh Encik A kepada penjual.
4. Penjual kereta tersebut akan memberi hak milik kereta kepada bank.
5. Seterusnya, bank akan memajakkan kereta tersebut kepada encik A.
6. Encik A akan membayar sewa Ijarah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan.
7. Pada akhir tempoh pajakan, bank akan menjual kereta tersebut kepada Encik A
pada harga yang telah dipersetujui.
Ini bermaksud di bawah mekanisme AITAB, bank mempunyai kuasa ke atas aset yang
disewa. Dimana, sekiranya pelanggan gagal membayar bayaran ijarah maka, bank boleh
mengambil tindakan terhadap pelanggan dan menarik balik aset. Jika pelanggan sentiasa
membayar dan kemudian memenuhi semua pembayaran yang dikehendaki, bank akan menjual
aset kepada pelanggan pada akhir perjanjian seperti yang ditetapkan.
12
4.3 Pembiayaan Bagi Mendapatkan Tunai
Kontrak ijarah juga digunakan untuk pembiayaan kepada pelanggan bagi tujuan
mendapatkan tunai. Biasanya cara ini digunakan oleh syarikat-syarikat besar yang mempunyai
aset tertentu untuk digunakan sebagai manfaat dalam kotrak berkenaan. Sebagai contoh
syarikat A ingin mendapatkan tunai dari pihak bank sebanyak RM5 juta. Syarikat berkenaan
akan menjual aset yang dimilikinya dengan harga RM5 juta kepada bank.
Bank kemudiannya akan membayar secara tunai kepada syarikat tersebut. Setelah
membuat pembayaran, bank akan mendapat pemilikan terhadap manfaat aset berkenaan
(beneficial ownership).
Namun, pemilikan yang sah (legal ownership) akan kekal bersama pelanggan. Bank
seterusnya akan menyewakan aset berkenaan kepada syarikat A selama 5 tahun sebagai contoh
dengan mengambil kira margin keuntungan yang ingin diperolehi oleh pihak bank7.
Setelah tamat tempoh sewaan 5 tahun, bank mempunyai pilihan sama ada untuk
menghadiahkan aset tersebut kepada syarikat A atau menjualnya dengan harga yang telah
depersetujui diantarabank dan juga syarikat A.
Sebagai contoh Encik A pemilik syarikat X yang ingin mendapatkan tunai sebanyak
RM B, maka Encik A akan menjual asetnya kepada bank dimana bank akan membayar tunai
yang diperlukan oleh Encik A. Setelah mendapat hak milik aset bank tersebut akan menyewa
aset tersebut untuk mendapat manfaat daripada aset tersebut untuk tempoh masa yang
ditetapkan dalam kontrak ijarah. Setelah tamat tempoh bank tersebut mempunyai pilihan untuk
menghadiahkan aset tersebut kepada syarikat X atau menjual balik aset tersebut kepada
syarikat X pada harga yang telah dipersetujui.
7 http://www.bankinginfo.com.my/_system/media/downloadables/perbankan_islam.pdf, diakses pada
6 Mac 2019.
13
5.0 Isu ijarah
5.1 Kontrak Ijarah dengan Kadar Sewa Boleh Ubah
Pada peringkat awal perkembangan kewangan Islam, sebahagian besar pembiayaan
secara Islam adalah pada kadar tetap dan mempunyai tempoh matang yang panjang. Ini
menyebabkan institusi kewangan Islam terikat kepada kadar keuntungan yang rendah dan
menyukarkannya untuk memberi pulangan yang memuaskan kepada pelabur. Sehubungan
dengan itu, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengkaji model-model pembiayaan
berkadar terapung atau boleh ubah yang boleh diterima pakai agar institusi kewangan Islam
dapat menguruskan aset dan liabiliti dengan lebih berkesan dan dapat memberikan pulangan
yang kompetitif kepada pelanggan. Antara model pembiayaan yang dikenal pasti menerima
pakai kaedah kadar boleh ubah ini ialah kontrak pembiayaan yang berasaskan ijarah.
Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada pembiayaan secara kadar
boleh ubah boleh digunakan dalam kontrak ijarah.
Keputusan MPS pada mesyuarat ke-33 bertarikh 27 Mac 2003, mesyuarat ke-35
bertarikh 22 Mei 2003 dan mesyuarat ke-38 bertarikh 28 Ogos 2003 telah memutuskan
bahawa kadar sewa dalam kontrak ijarah boleh diubah berdasarkan persetujuan awal untuk
menyandarkan kadar sewa kepada suatu pemboleh ubah yang dipersetujui bersama dalam
tempoh tertentu.
Dalam kontrak ijarah, kadar sewaan aset boleh dipersetujui antara pemberi sewa
dengan penyewa sama ada ia secara kadar tetap sepanjang tempoh sewaan sehingga tarikh
matang atau berubah-ubah mengikut kaedah tertentu. Bagi mengelakkan berlakunya gharar
(ketidakpastian), kaedah yang dipersetujui hendaklah dijelaskan semasa akad dimeterai.
Dalam hal ini, kedua-dua pihak terikat dengan kontrak tersebut sehingga sampai tempoh
matang kontrak. Sebarang perubahan yang berlaku pada kadar pemboleh ubah yang
dipersetujui dikira sebagai risiko yang diambil oleh kedua-dua belah pihak berdasarkan
persetujuan awal secara bersama.
Di samping itu, kadar sewaan perlu diketahui oleh kedua-dua belah pihak yang
berkontrak. Penetapan kadar tersebut boleh dibuat untuk seluruh tempoh sewaan atau secara
beransur-ansur. Ia juga boleh dibuat secara kadar tetap atau kadar boleh ubah mengikut
kesesuaian yang dimaklumi oleh kedua-dua pihak penyewa dan pemberi sewa.
14
6.0 Kesimpulan
Jual beli dan sewa merupakan salah satu cara untuk mendapat keuntungan yang halal
dan diredai Allah. Selain itu, ia merupakan peluang bersedekah bagi menolong orang susah
dan miskin. Keharusan jual beli dan sewa juga bertujuan mendidik orang ramai hidup
bermasyarakat dan tolong-menolong. Semoga kita akan mendapat ganjaran pahala melalui
urusan jual beli dan sewa yang dilakukan dengan jujur dan amanah.
15
Rujukan
Abdul Halim El-Muhammady. (2015). Undang-Undang Muamalat Dan Aplikasinya Kepada
Produk-Produk Perbankan Islam. Selangor. Hal. 172-173.
Ahmad Suhaimi Bin Yahya. Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara 4. (2010). Ijarah
Dari Konteks Aplikasi Perundangan Dan Syariah. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad. Hal.
6-7
Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho, Ali Asy-Syarbaji. (2006). Kitab Fikah Mazhab
Shafii. Jilid 6, Kuala Lumpur. Hal. 1375.
http://www.bankinginfo.com.my/_system/media/downloadables/perbankan_islam.pdf, diakses
pada 6 Mac 2019.
bnm.gov.my/microsites/financial/pdf/resolutions/shariah_resolutions_2nd_edition.pdf, diakses
pada 5 Mac 2019.
Mohd. Bakir Haji Mansor. (1998). Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan Islam. Kuala
Lumpur. Hal. 57.

More Related Content

What's hot

al-ijarah thumma al-bay (AITAB)
al-ijarah thumma al-bay (AITAB)al-ijarah thumma al-bay (AITAB)
al-ijarah thumma al-bay (AITAB)Badriah Nordin
 
Fiqh Muamalat - Jual Beli
Fiqh Muamalat - Jual BeliFiqh Muamalat - Jual Beli
Fiqh Muamalat - Jual BeliAzim Ismail14
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumAimiRasyidaJunedi
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirshashahussein
 
Pengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalatPengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalatShahidan Aziz
 
Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.jimoh370
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.jimoh370
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'salmy1001
 
Public Islamic Bank Berhad
Public Islamic Bank BerhadPublic Islamic Bank Berhad
Public Islamic Bank BerhadZainah Kun
 
Al Bai Bithaman Ajil - Syariah and legal issues - the Malaysian Experience
Al Bai Bithaman Ajil - Syariah and legal issues - the Malaysian ExperienceAl Bai Bithaman Ajil - Syariah and legal issues - the Malaysian Experience
Al Bai Bithaman Ajil - Syariah and legal issues - the Malaysian ExperienceFaizal Ahamad
 
Kontrak Jual Beli
Kontrak Jual BeliKontrak Jual Beli
Kontrak Jual Belisalmy1001
 

What's hot (20)

Definisi Bay Al' Tawarruq
Definisi Bay Al' TawarruqDefinisi Bay Al' Tawarruq
Definisi Bay Al' Tawarruq
 
Syarikat
SyarikatSyarikat
Syarikat
 
al-ijarah thumma al-bay (AITAB)
al-ijarah thumma al-bay (AITAB)al-ijarah thumma al-bay (AITAB)
al-ijarah thumma al-bay (AITAB)
 
Jaminan (Kafalah)
Jaminan (Kafalah)Jaminan (Kafalah)
Jaminan (Kafalah)
 
Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)
 
Fiqh Muamalat - Jual Beli
Fiqh Muamalat - Jual BeliFiqh Muamalat - Jual Beli
Fiqh Muamalat - Jual Beli
 
Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)
 
Riba
RibaRiba
Riba
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzir
 
Pengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalatPengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalat
 
Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
 
Public Islamic Bank Berhad
Public Islamic Bank BerhadPublic Islamic Bank Berhad
Public Islamic Bank Berhad
 
WADI'AH
WADI'AHWADI'AH
WADI'AH
 
Al Bai Bithaman Ajil - Syariah and legal issues - the Malaysian Experience
Al Bai Bithaman Ajil - Syariah and legal issues - the Malaysian ExperienceAl Bai Bithaman Ajil - Syariah and legal issues - the Malaysian Experience
Al Bai Bithaman Ajil - Syariah and legal issues - the Malaysian Experience
 
Kontrak Jual Beli
Kontrak Jual BeliKontrak Jual Beli
Kontrak Jual Beli
 
Hibah
HibahHibah
Hibah
 
Pelaburan (Mudhabarah)
Pelaburan (Mudhabarah)Pelaburan (Mudhabarah)
Pelaburan (Mudhabarah)
 

Similar to Muamalat - Kontrak Ijarah

Pengajian perniagaan [p2](bab2)
Pengajian perniagaan [p2](bab2)Pengajian perniagaan [p2](bab2)
Pengajian perniagaan [p2](bab2)shareShare
 
AQAD / KONTRAK DALAM PERNIAGAAN ISLAM
AQAD / KONTRAK DALAM PERNIAGAAN ISLAMAQAD / KONTRAK DALAM PERNIAGAAN ISLAM
AQAD / KONTRAK DALAM PERNIAGAAN ISLAMFatzia Hijazu
 
Takaful Malaysia - Perbankan Islam
Takaful Malaysia - Perbankan Islam Takaful Malaysia - Perbankan Islam
Takaful Malaysia - Perbankan Islam Insyirah Mohamad Noh
 
NOTE (CHAPTER CAPACITY) LAW
NOTE (CHAPTER CAPACITY) LAWNOTE (CHAPTER CAPACITY) LAW
NOTE (CHAPTER CAPACITY) LAWShadina Shah
 
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara modensumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara modenNurul Farhan Ibrahim
 
Perbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan Islam
Perbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan IslamPerbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan Islam
Perbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan Islamأمير الشفيق
 
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAHKEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAHsurrenderyourthrone
 
UNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKUNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKCkg Nizam
 

Similar to Muamalat - Kontrak Ijarah (15)

1
1 1
1
 
Pengajian perniagaan [p2](bab2)
Pengajian perniagaan [p2](bab2)Pengajian perniagaan [p2](bab2)
Pengajian perniagaan [p2](bab2)
 
muamalat
muamalatmuamalat
muamalat
 
AQAD / KONTRAK DALAM PERNIAGAAN ISLAM
AQAD / KONTRAK DALAM PERNIAGAAN ISLAMAQAD / KONTRAK DALAM PERNIAGAAN ISLAM
AQAD / KONTRAK DALAM PERNIAGAAN ISLAM
 
Perbankan islam
Perbankan islamPerbankan islam
Perbankan islam
 
Takaful Malaysia - Perbankan Islam
Takaful Malaysia - Perbankan Islam Takaful Malaysia - Perbankan Islam
Takaful Malaysia - Perbankan Islam
 
NOTE (CHAPTER CAPACITY) LAW
NOTE (CHAPTER CAPACITY) LAWNOTE (CHAPTER CAPACITY) LAW
NOTE (CHAPTER CAPACITY) LAW
 
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara modensumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
 
Kaedah kelima
Kaedah kelimaKaedah kelima
Kaedah kelima
 
Qawaid kelima
Qawaid kelimaQawaid kelima
Qawaid kelima
 
Perbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan Islam
Perbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan IslamPerbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan Islam
Perbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan Islam
 
Sah
SahSah
Sah
 
Slide i tab
Slide i tabSlide i tab
Slide i tab
 
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAHKEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
 
UNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKUNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAK
 

More from Studious Season

Law of Evidence I - Hearsay Notes (Studiouseason)
Law of Evidence I - Hearsay Notes (Studiouseason)Law of Evidence I - Hearsay Notes (Studiouseason)
Law of Evidence I - Hearsay Notes (Studiouseason)Studious Season
 
Soalan dan Jawapan Ujian Syariah Evidence
Soalan dan Jawapan Ujian Syariah Evidence Soalan dan Jawapan Ujian Syariah Evidence
Soalan dan Jawapan Ujian Syariah Evidence Studious Season
 
Resit Bayaran Cukai Taksiran
Resit Bayaran Cukai TaksiranResit Bayaran Cukai Taksiran
Resit Bayaran Cukai TaksiranStudious Season
 
Pathmanaban Nalliannen v PP & Other Appeals
Pathmanaban Nalliannen v PP & Other AppealsPathmanaban Nalliannen v PP & Other Appeals
Pathmanaban Nalliannen v PP & Other AppealsStudious Season
 
Yeo Ing King v Melawangi Sdn Bhd
Yeo Ing King v Melawangi Sdn BhdYeo Ing King v Melawangi Sdn Bhd
Yeo Ing King v Melawangi Sdn BhdStudious Season
 
Bil Cukai Pintu atau Taksiran
Bil Cukai Pintu atau TaksiranBil Cukai Pintu atau Taksiran
Bil Cukai Pintu atau TaksiranStudious Season
 
Lawrence Masuni & Anor v PP
Lawrence Masuni & Anor v PPLawrence Masuni & Anor v PP
Lawrence Masuni & Anor v PPStudious Season
 
Muamalat Tutorial Answer - Konsep Pemilikan Harta Islam
Muamalat Tutorial Answer - Konsep Pemilikan Harta IslamMuamalat Tutorial Answer - Konsep Pemilikan Harta Islam
Muamalat Tutorial Answer - Konsep Pemilikan Harta IslamStudious Season
 
Muamalat Tutorial Answer - Khiyar
Muamalat Tutorial Answer - KhiyarMuamalat Tutorial Answer - Khiyar
Muamalat Tutorial Answer - KhiyarStudious Season
 
Family Law Notes (Non-muslim) - Promise to Marry
Family Law Notes (Non-muslim) - Promise to MarryFamily Law Notes (Non-muslim) - Promise to Marry
Family Law Notes (Non-muslim) - Promise to MarryStudious Season
 
International Humanitarian Law - The Usage of Agent Orange in Vietnam War
International Humanitarian Law - The Usage of Agent Orange in Vietnam WarInternational Humanitarian Law - The Usage of Agent Orange in Vietnam War
International Humanitarian Law - The Usage of Agent Orange in Vietnam WarStudious Season
 
Law Past Year Question UKM
Law Past Year Question UKMLaw Past Year Question UKM
Law Past Year Question UKMStudious Season
 
Tort Tutorial Answer Question 5 (Slides)
Tort Tutorial Answer Question 5 (Slides)Tort Tutorial Answer Question 5 (Slides)
Tort Tutorial Answer Question 5 (Slides)Studious Season
 
Tort Tutorial Answer Question 5
Tort Tutorial Answer Question 5Tort Tutorial Answer Question 5
Tort Tutorial Answer Question 5Studious Season
 
Tort notes - Types of damages
Tort notes - Types of damagesTort notes - Types of damages
Tort notes - Types of damagesStudious Season
 
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migrain 2007 Akta 670
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migrain 2007 Akta 670Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migrain 2007 Akta 670
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migrain 2007 Akta 670Studious Season
 

More from Studious Season (20)

Law of Evidence I - Hearsay Notes (Studiouseason)
Law of Evidence I - Hearsay Notes (Studiouseason)Law of Evidence I - Hearsay Notes (Studiouseason)
Law of Evidence I - Hearsay Notes (Studiouseason)
 
Soalan dan Jawapan Ujian Syariah Evidence
Soalan dan Jawapan Ujian Syariah Evidence Soalan dan Jawapan Ujian Syariah Evidence
Soalan dan Jawapan Ujian Syariah Evidence
 
Resit Bayaran Cukai Taksiran
Resit Bayaran Cukai TaksiranResit Bayaran Cukai Taksiran
Resit Bayaran Cukai Taksiran
 
Pathmanaban Nalliannen v PP & Other Appeals
Pathmanaban Nalliannen v PP & Other AppealsPathmanaban Nalliannen v PP & Other Appeals
Pathmanaban Nalliannen v PP & Other Appeals
 
Yeo Ing King v Melawangi Sdn Bhd
Yeo Ing King v Melawangi Sdn BhdYeo Ing King v Melawangi Sdn Bhd
Yeo Ing King v Melawangi Sdn Bhd
 
Bil Cukai Pintu atau Taksiran
Bil Cukai Pintu atau TaksiranBil Cukai Pintu atau Taksiran
Bil Cukai Pintu atau Taksiran
 
Lawrence Masuni & Anor v PP
Lawrence Masuni & Anor v PPLawrence Masuni & Anor v PP
Lawrence Masuni & Anor v PP
 
Ling Han Tsyr and PP
Ling Han Tsyr and PPLing Han Tsyr and PP
Ling Han Tsyr and PP
 
Muamalat Tutorial Answer - Konsep Pemilikan Harta Islam
Muamalat Tutorial Answer - Konsep Pemilikan Harta IslamMuamalat Tutorial Answer - Konsep Pemilikan Harta Islam
Muamalat Tutorial Answer - Konsep Pemilikan Harta Islam
 
Muamalat Tutorial Answer - Khiyar
Muamalat Tutorial Answer - KhiyarMuamalat Tutorial Answer - Khiyar
Muamalat Tutorial Answer - Khiyar
 
Family Law Notes (Non-muslim) - Promise to Marry
Family Law Notes (Non-muslim) - Promise to MarryFamily Law Notes (Non-muslim) - Promise to Marry
Family Law Notes (Non-muslim) - Promise to Marry
 
Criminal Law Flashcards
Criminal Law FlashcardsCriminal Law Flashcards
Criminal Law Flashcards
 
International Humanitarian Law - The Usage of Agent Orange in Vietnam War
International Humanitarian Law - The Usage of Agent Orange in Vietnam WarInternational Humanitarian Law - The Usage of Agent Orange in Vietnam War
International Humanitarian Law - The Usage of Agent Orange in Vietnam War
 
Tort notes - Defamation
Tort notes - DefamationTort notes - Defamation
Tort notes - Defamation
 
Law Past Year Question UKM
Law Past Year Question UKMLaw Past Year Question UKM
Law Past Year Question UKM
 
Tort Tutorial Answer Question 5 (Slides)
Tort Tutorial Answer Question 5 (Slides)Tort Tutorial Answer Question 5 (Slides)
Tort Tutorial Answer Question 5 (Slides)
 
Tort Tutorial Answer Question 5
Tort Tutorial Answer Question 5Tort Tutorial Answer Question 5
Tort Tutorial Answer Question 5
 
Tort notes - Types of damages
Tort notes - Types of damagesTort notes - Types of damages
Tort notes - Types of damages
 
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migrain 2007 Akta 670
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migrain 2007 Akta 670Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migrain 2007 Akta 670
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migrain 2007 Akta 670
 
Agus v PP
Agus v PPAgus v PP
Agus v PP
 

Muamalat - Kontrak Ijarah

  • 1. 1 2018/2019 UUUK2153 Muamalat Kontrak Ijarah Disediakan oleh 1. Komathi A/P K Raman (A163611) 2. Bargavilashini A/P Alakasvaran (A162822) 3. Nur Aliah bt Amran (A166840) Disediakan untuk Prof. Madya Dr. Ruzian Bt. Markom
  • 2. 2 1.0 Penghargaan Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan kertas kerja ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Prof. Madya Dr. Ruzian Bt. Markom kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam tugasan ini. Terima kasih.
  • 3. 3 Kandungan Tajuk Mukasurat 1.0 Penghargaan 2 2.0 Pengenalan 4 2.1 Definisi 4 - 5 2.2 Rukun ijarah 5 - 6 2.3 Dalil 7 - 8 3.0 Kontrak ijarah dalam Resolusi Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia 9 4.0 Garis panduan atau piawai rujukan yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia berkaitan kontrak ijarah 10 - 12 5.0 Isu berkaitan kontrak ijarah: Kontrak Ijarah dengan Kadar Sewa Boleh Ubah 13 6.0 Kesimpulan 14 7.0 Rujukan 15
  • 4. 4 2.0 Pengenalan 2.1 Definisi Kontrak ijarah bermaksud sewa atau jualbeli manfaat. Pengertian istilah pula boleh dilihat daripada sudut Mazhab Hanafi iaitu sebuah kontrak pertukaran manfaat dengan sesuatu yang bernilai. Manfaat yang dimaksudkan ialah penggunaan perkhidmatan dengan harga atau bayaran yang ditetapkan.1 Perkataan ijarah adalah kata nama bagi ijrah yang berasal daripada perkataan ajr yang bermaksud balasan atau ganjaran yang diperolehi melalui sesuatu pekerjaan. Perkataan lain yang seerti dengan ijarah ialah kira'. Menurut Majallah al-Ahkam, selain daripada makna ujrah, perkataan ijarah juga digunakan dengan makna ijar iaitu perbuatan menyewa sesuatu atau mengupah seseorang.2 Secara umumnya, terdapat empat mazhab utama dalam agama Islam. Pandangan mazhab adalah seperti berikut: 1) Fuqaha Hanafi mentakrifkan ijarah sebagai akad yang dilakukan ke atas manfaat sesuatu dengan bayaran. 2) Fuqaha Maliki dan Hambali pula mentakrifkan ijarah sebagai pemindahan milik manfaat sesuatu yang diharuskan, dalam jangka masa tertentu dengan pembayaran. 3) Fuqaha Syafie mentakrifkan ijarah ialah suatu akad yang dilakukan ke atas manfaat sesuatu yang dimaklumi, yang harus dan menerima pertukaran dengan pembayaran yang diketahui. Takrif fuqaha mazhab mengenai ijarah juga mempunyai takrifan yang berbeza diantara mereka. Namun begitu persamaan atau elemen yang disebutkan dalam takrifan semua mazhab adalah sama iaitu sesuatu kontrak dimana berlakunya pemindahan manfaat daripada pemilik asal kepada pengguna manfaat. Kontrak ini adalah kontrak biasa seperti kontrak jual beli tetapi 1 Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho, Ali Asy-Syarbaji. (2006). Kitab Fikah Mazhab Shafii.Jilid 6, Kuala Lumpur. Hal. 1375. 2 Mohd. Bakir Haji Mansor. (1998). Konsep Syariah dalamSistemPerbankan Islam. Kuala Lumpur. Hal. 57.
  • 5. 5 perbezaannya adalah, manfaat yang dipindah daripada pemilik kepada pengguna bukanlah harta atau barang. 2.2 Rukun ijarah Rukun yang membentuk kontrak ijarah adalah: a. Al-sighah Sighah yang terdiri daripada tawaran pemberi dan penerimaan penyewa. b. Al-aqidah Pihak-pihak yang berkontrak iaitu pemberi sewa dan penyewa. c. Mahal al-aqad Subjek kontrak sewaan yang meliputi manfaat yang akan digunakan oleh penyewa dan bayaran sewa ke atas penggunaan manfaat tersebut. Sepertimana kontrak biasa mempunyai beberapa syarat, begitu juga dengan kontrak ijarah. Antara syarat bagi kontrak ijarah adalah akad, pihak yang ingin memasuki kontrak, barang yang ingin disewa serta tempoh penyewaan. Bagi syarat pertama iaitu akad, akad sighah itu mestilah menunjukkan maksud serta niat pihak-pihak yang ingin memasuki kontrak ijarah. Akad penerimaan dan tawaran mestilah disebut sama ada secara lisan, tulisan ataupun secara isyarat antara pihak yang ingin memasuki kontrak ijarah. Syarat kedua ialah pihak yang ingin memasuki kontrak. Pihak yang ingin berkontrak terdiri daripada pemberi sewa dan penyewa. Kedua-dua pihak mestilah berakal sempurna, waras fikiran dan cukup umur. Kedua- dua pihak mestilah mempunyai niat bersama untuk memasuki kontrak ijarah. Bagi kanak-kanak atau orang tidak cukup kelayaakn yang mempunyai niat untuk memasuki kontrak maka, ianya boleh dilakukan melalui walinya atau dengan izin walinya. Bagi syarat ketiga pula iaitu barang yang disewa, ianya mestilah halal serta mempunyai manfaat. Barang tersebut haruslah dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang ingin berkontrak. Syarat lainnya ialah, menetapkan ketetapan masa dalam kontrak sewa. Ini adalah untuk mengelak berlakunya pertelingkahan sekiranya ketetapan masa tidak ditetapkan. Ini bermaksud, kontrak tersebut hanyalah sah sehingga tempoh yang telah dipersetujui oleh kedua-
  • 6. 6 dua pihak. Kadar masa bagi kontrak sewa, menurut fuqaha adalah diharuskan samaada dalam tempoh yang panjang atau tempoh yang pendek. Ianya bergantung kepada persetujuan dua belah pihak yang berakad. Menurut pakar agama pula, tempoh masa bagi kontrak sewa adalah bergantung kepada selama mana barang itu masih disewa, tidak ada ketetapan masa yang terpanjang untuk sewa kerana tidak ada dalil syarak yang menjelaskannya. Syarat bagi harga bayaran sewa pula mestilah sesuatu yang bernilai sebagaimana harga yang digunakan untuk bayaran jualbeli dan kadar harga sewa itu metilah diketahui oleh dua belah pihak yang berakad. Kedua- dua mestilah bersetuju dengan harga bayaran tersebut. Harga pembayaran itu pula hendaklah tidak sama dengan barang yang disewa, ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya riba dalam kontrak sewa. Jika berlakunya pertukaran manfaat barang sewa itu dengan barang yang sama jenisnya maka ia tidak sah menurut pendapat mazhab Hanafi. Manakala pendapat mazhab Shafii pula, tidak mensyaratkan pembayaran harga sewa itu mesti lain daripada jenis barang manfaat yang disewa.3 3 Abdul Halim El-Muhammady. (2015). Undang-Undang Muamalat Dan Aplikasinya Kepada Produk-Produk Perbankan Islam. Selangor. Hal. 172-173.
  • 7. 7 2.4 Dalil i) Qur’an Maksudnya: “Jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya.” (Al-Talaq: 6) Maksudnya: “Berkata salah seorang daripada mereka (anak Nabi Ya’kub) wahai ayahku, sewakanlah tenaganya (Musa) sesungguhnya sebaik-baikorang yang engkau sewakan ialah orang yang kuat dan beramanah” (26). Dia berkata (Nabi Ya’kub) “Aku ingin kahwinkan engkau (Musa) dengan salah seorang anak perempuanku, dengan pembayaran (kerja) selama lapan musim haji,jika kamu mampu lakukan sepuluh, maka ia terserah kepada kamu.” (Surah al-Qasas, 28: 26-27) ii) Sunnah Maksudnya: “Nabi s.a.w dan Abu Bakar menupah seorang lelaki Bani al-Dail daripada Bani Abd bin A’ddi, seorang penunjuk jalan yang mahir dan masih menganut agama kafir Quraisy. Nabi s.a.w dan Abu Bakar mempercayainya dan menyerahkan dua ekor unta tunggangan mereka kepadanya. Mereka berjanji untuk bertemu dengannya di gua Thur selepas tiga hari. Pada hari ketiga, lelaki itu datang bersama unta tunggangan mereka dan mereka berangkat.” (Riwayat al-Bukhari no. 2144) Maksudnya: “Allah Taala berfirman; Ada tiga orang yang akan aku musuhi pada hari kiamat. Lelaki yang memberi sesuatu dengan menggunakan namaku tetapi kemudian mengkhianatinya. Lelaki yang menjual lelaki merdeka dan dia makan hasilnya. Lelaki yang mengupah seorang upahan dan setelah menggunakannya dia tidak membayar upahnya.” (Riwayat al-Bukhari no. 2150) Maksudnya: “Berilah upah kepada orang yang mengambil upah sebelum peluhnya kering.” (Riwayat Ibnu Majah dan al-Tabrani)
  • 8. 8 iii) Ijmak Umat Islam daripada zaman sahabat telah bersepakat mengharuskan kontrak ijarah kerana mereka berhajat untuk menggunakan manfaat sesuatu sama seperti keperluan mereka kepada barang-barang. Justeru itu, apabila jual beli barang-barang diharuskan, maka kontrak ijarah ke atas manfaat juga diharuskan.4 4 Ahmad Suhaimi Bin Yahya. Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara 4. (2010). Ijarah Dari Konteks Aplikasi Perundangan Dan Syariah.Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad. Hal. 6-7
  • 9. 9 3.0 Resolusi Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia 3.1 Pembiayaan AITAB Pada mulanya, institusi kewangan Islam telah mengemukakan idea untuk memperkenalkan konsep al-ijarah thumma al-bai` (AITAB) bagi membiayai pembelian kenderaan. Idea pembiayaan secara AITAB ini melibatkan dua jenis kontrak, iaitu kontrak sewaan (ijarah) disusuli kontrak jual beli (al-bai`).5 Pada peringkat awal, modus operandi bagi kontrak Ijarah, institusi kewangan Islam akan memeterai satu perjanjian ijarah dengan pelanggan. Melalui perjanjian yang dikenali sebgai ijarah ini. Kemudian institusi kewangan Islam akan melantik pelanggan untuk membeli kenderaan yang telah dipilih oleh pelanggan. Seterusnya, institusi kewangan Islam akan menyewakan kenderaan tersebut kepada pelanggan bagi satu tempoh masa tertentu. Pada akhir tempoh sewaan, pelanggan mempunyai pilihan untuk membeli atau tidak membeli kenderaan berkenaan daripada institusi kewangan Islam. Sekiranya pelanggan memilih untuk membeli kenderaan tersebut, institusi kewangan Islam dan pelanggan akan memeterai satu perjanjian al-bai` dan hak milik kenderaan tersebut akan berpindah daripada institusi kewangan Islam kepada pelanggan.6 Dimana kedua-dua kontrak yang telah diperkenalkan melalui konsep al-ijarah thumma al-bai` (AITAB), saling berkaitan. 5 http://www.bnm.gov.my/microsites/financial/pdf/resolutions/shariah_resolutions_2nd_edition.pdf, diakses pada 5 Mac 2019. 6 http://www.bankinginfo.com.my/_system/media/downloadables/perbankan_islam.pdf, diakses pada 6 Mac 2019.
  • 10. 10 4.0 Garis Panduan Pelaksanaan Kontrak Ijarah Dalam menngenalkan kontrak ijarah di bawah konsep al-ijarah thumma al-bai` (AITAB) serta bagi memastikan bahawa Kontrak Ijarah ini adalah berdasarkan hukum syarak, Majlis Penasihat Syariah telah bermesyuarat serta telah mengariskan beberapa perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan Kontrak Ijarah seperti: i. Modus operandi AITAB hendaklah mengandungi dua akad yang berasingan iaitu akad ijarah dan akad al-bai`; ii. Harga jualan selepas tamat tempoh sewaan boleh berbentuk jumlah amaun sewaan terakhir bagi ijarah; iii. Surat wakil bagi melantik pelanggan sebagai ejen atau wakil kepada institusi kewangan Islam hendaklah diperkenalkan dalam modus operandi AITAB; iv. Suratcara AITAB perlu memasukkan klausa “akan beli kenderaan” tersebut pada akhir sewaan dan klausa penebusan bagi penyewa yang membuat bayaran balik awal; v. Deposit yang dibayar kepada penjual kenderaan tidak melibatkan jual beli kenderaan kerana ia dianggap sebagai bayaran pendahuluan yang perlu dibayar oleh institusi kewangan Islam; vi. Selaras dengan prinsip ijarah, institusi kewangan Islam sebagai pemilik aset harus menanggung risiko berkaitan yang munasabah; dan vii. Bagi kes-kes pembiayaan semula dengan pembiaya baharu, penyewa perlu menamatkan kontrak AITAB yang sedang berkuat kuasa sebelum memasuki perjanjian AITAB yang baharu.
  • 11. 11 4.1 Modus Operandi Kontrak Ijarah Sebagai contoh Encik A ingin memasuki kontrak ijarah maka, 1. Encik A memilih kereta yang ingin dibeli. 2. Encik A memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut, membayar deposit kereta berkenaan dan berjanji akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut. 3. Seterusnya bank akan menjelaskan pembayaran penuh bagi kereta yang telah dipilih oleh Encik A kepada penjual. 4. Penjual kereta tersebut akan memberi hak milik kereta kepada bank. 5. Seterusnya, bank akan memajakkan kereta tersebut kepada encik A. 6. Encik A akan membayar sewa Ijarah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan. 7. Pada akhir tempoh pajakan, bank akan menjual kereta tersebut kepada Encik A pada harga yang telah dipersetujui. Ini bermaksud di bawah mekanisme AITAB, bank mempunyai kuasa ke atas aset yang disewa. Dimana, sekiranya pelanggan gagal membayar bayaran ijarah maka, bank boleh mengambil tindakan terhadap pelanggan dan menarik balik aset. Jika pelanggan sentiasa membayar dan kemudian memenuhi semua pembayaran yang dikehendaki, bank akan menjual aset kepada pelanggan pada akhir perjanjian seperti yang ditetapkan.
  • 12. 12 4.3 Pembiayaan Bagi Mendapatkan Tunai Kontrak ijarah juga digunakan untuk pembiayaan kepada pelanggan bagi tujuan mendapatkan tunai. Biasanya cara ini digunakan oleh syarikat-syarikat besar yang mempunyai aset tertentu untuk digunakan sebagai manfaat dalam kotrak berkenaan. Sebagai contoh syarikat A ingin mendapatkan tunai dari pihak bank sebanyak RM5 juta. Syarikat berkenaan akan menjual aset yang dimilikinya dengan harga RM5 juta kepada bank. Bank kemudiannya akan membayar secara tunai kepada syarikat tersebut. Setelah membuat pembayaran, bank akan mendapat pemilikan terhadap manfaat aset berkenaan (beneficial ownership). Namun, pemilikan yang sah (legal ownership) akan kekal bersama pelanggan. Bank seterusnya akan menyewakan aset berkenaan kepada syarikat A selama 5 tahun sebagai contoh dengan mengambil kira margin keuntungan yang ingin diperolehi oleh pihak bank7. Setelah tamat tempoh sewaan 5 tahun, bank mempunyai pilihan sama ada untuk menghadiahkan aset tersebut kepada syarikat A atau menjualnya dengan harga yang telah depersetujui diantarabank dan juga syarikat A. Sebagai contoh Encik A pemilik syarikat X yang ingin mendapatkan tunai sebanyak RM B, maka Encik A akan menjual asetnya kepada bank dimana bank akan membayar tunai yang diperlukan oleh Encik A. Setelah mendapat hak milik aset bank tersebut akan menyewa aset tersebut untuk mendapat manfaat daripada aset tersebut untuk tempoh masa yang ditetapkan dalam kontrak ijarah. Setelah tamat tempoh bank tersebut mempunyai pilihan untuk menghadiahkan aset tersebut kepada syarikat X atau menjual balik aset tersebut kepada syarikat X pada harga yang telah dipersetujui. 7 http://www.bankinginfo.com.my/_system/media/downloadables/perbankan_islam.pdf, diakses pada 6 Mac 2019.
  • 13. 13 5.0 Isu ijarah 5.1 Kontrak Ijarah dengan Kadar Sewa Boleh Ubah Pada peringkat awal perkembangan kewangan Islam, sebahagian besar pembiayaan secara Islam adalah pada kadar tetap dan mempunyai tempoh matang yang panjang. Ini menyebabkan institusi kewangan Islam terikat kepada kadar keuntungan yang rendah dan menyukarkannya untuk memberi pulangan yang memuaskan kepada pelabur. Sehubungan dengan itu, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengkaji model-model pembiayaan berkadar terapung atau boleh ubah yang boleh diterima pakai agar institusi kewangan Islam dapat menguruskan aset dan liabiliti dengan lebih berkesan dan dapat memberikan pulangan yang kompetitif kepada pelanggan. Antara model pembiayaan yang dikenal pasti menerima pakai kaedah kadar boleh ubah ini ialah kontrak pembiayaan yang berasaskan ijarah. Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada pembiayaan secara kadar boleh ubah boleh digunakan dalam kontrak ijarah. Keputusan MPS pada mesyuarat ke-33 bertarikh 27 Mac 2003, mesyuarat ke-35 bertarikh 22 Mei 2003 dan mesyuarat ke-38 bertarikh 28 Ogos 2003 telah memutuskan bahawa kadar sewa dalam kontrak ijarah boleh diubah berdasarkan persetujuan awal untuk menyandarkan kadar sewa kepada suatu pemboleh ubah yang dipersetujui bersama dalam tempoh tertentu. Dalam kontrak ijarah, kadar sewaan aset boleh dipersetujui antara pemberi sewa dengan penyewa sama ada ia secara kadar tetap sepanjang tempoh sewaan sehingga tarikh matang atau berubah-ubah mengikut kaedah tertentu. Bagi mengelakkan berlakunya gharar (ketidakpastian), kaedah yang dipersetujui hendaklah dijelaskan semasa akad dimeterai. Dalam hal ini, kedua-dua pihak terikat dengan kontrak tersebut sehingga sampai tempoh matang kontrak. Sebarang perubahan yang berlaku pada kadar pemboleh ubah yang dipersetujui dikira sebagai risiko yang diambil oleh kedua-dua belah pihak berdasarkan persetujuan awal secara bersama. Di samping itu, kadar sewaan perlu diketahui oleh kedua-dua belah pihak yang berkontrak. Penetapan kadar tersebut boleh dibuat untuk seluruh tempoh sewaan atau secara beransur-ansur. Ia juga boleh dibuat secara kadar tetap atau kadar boleh ubah mengikut kesesuaian yang dimaklumi oleh kedua-dua pihak penyewa dan pemberi sewa.
  • 14. 14 6.0 Kesimpulan Jual beli dan sewa merupakan salah satu cara untuk mendapat keuntungan yang halal dan diredai Allah. Selain itu, ia merupakan peluang bersedekah bagi menolong orang susah dan miskin. Keharusan jual beli dan sewa juga bertujuan mendidik orang ramai hidup bermasyarakat dan tolong-menolong. Semoga kita akan mendapat ganjaran pahala melalui urusan jual beli dan sewa yang dilakukan dengan jujur dan amanah.
  • 15. 15 Rujukan Abdul Halim El-Muhammady. (2015). Undang-Undang Muamalat Dan Aplikasinya Kepada Produk-Produk Perbankan Islam. Selangor. Hal. 172-173. Ahmad Suhaimi Bin Yahya. Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara 4. (2010). Ijarah Dari Konteks Aplikasi Perundangan Dan Syariah. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad. Hal. 6-7 Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho, Ali Asy-Syarbaji. (2006). Kitab Fikah Mazhab Shafii. Jilid 6, Kuala Lumpur. Hal. 1375. http://www.bankinginfo.com.my/_system/media/downloadables/perbankan_islam.pdf, diakses pada 6 Mac 2019. bnm.gov.my/microsites/financial/pdf/resolutions/shariah_resolutions_2nd_edition.pdf, diakses pada 5 Mac 2019. Mohd. Bakir Haji Mansor. (1998). Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan Islam. Kuala Lumpur. Hal. 57.