SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
1
1.0 WAKAF TUNAI
1.1 Definisi Wakaf Tunai
Wakaf tunai ialah berwakaf dengan menggunakan wang tunai yang dikumpul dalam satu
tabung amanah di bawah pengurusan nazir yang diamanahkan untuk mengurus wakaf ini bagi
tujuan kebajikan dan manfaat ummah. Ianya telah digunakan oleh para ulama pada zaman
dahulu kala dengan menggunakan istilah wakaf ad-darahim atau wakaf ad-dananir yang
dikenali sebagai wakaf yang menggunakan wang dirham atau dinar dalam kehidupan mereka.
Secara umumnya, wakaf tunai ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengumpul dana dari
kalangan umat Islam untuk dimanfaatkan bagi kepentingan ummah.
1.2 Hukum Wakaf Tunai
Syarat wakaf yang telah ditetapkan oleh para ulama ialah harta yang diwakafkan harus
bersifat tetap (tsabit), iaitu barang tersebut mestilah boleh memberi manfaat dan tidak berubah
bentuk. Barang tsabit terbahagi kepada dua iaitu barang yang tidak boleh alih (ghairu al-
manqul) seperti tanah dan bangunan, dan barang yang boleh alih (al-manqul).
Para ulama bersepakat dengan kebolehan barang tidak boleh alih tetapi berbeza pendapat
mengenai barang boleh alih. Terdapat tiga pendapat yang berbeza bagi barang boleh alih.
Pendapat pertama adalah dari pendapat Abu Hanifah dan riwayat imam Ahmad yang
mengatakan bahawa tidak boleh wakaf dengan barang al-manqul secara mutlak. Pendapat
kedua pula datang dari pendapat Abu Yusuf yang mengatakan boleh wakaf barang al-manqul
jika barang tersebut adalah pelengkap kepada barang ghairu al-manqul. Manakala pendapat
ketiga adalah sama seperti pendapat kedua yang datang dari Muhammad al-Hasan.
Dari ketiga-tiga perbezaan tersebut dapatlah disimpulkan bahawa membolehkan wakaf al-
manqul kerana ianya lebih dekat dengan kemaslahatan umat. Namun, walaupun begitu, para
ulama masih berbeza pendapat mengenai hukum wakaf tunai (wang). Ini adalah kerana,
walaupun wang adalah tergolong dari barang al-manqul, tetapi ia mempunyai sifat yang
2
berbeza dengan barang manqul yang lain. Terdapat dua pendapat yang berbeza mengenai
wakaf tunai. Pendapat pertama adalah pendapat Ibnu Abidin dari Hanafiyah dan mazhab
Syafi’I mengatakan wakaf tunai adalah tidak boleh. Ini kerana zat pada wang akan habis
dengan sekali penggunaannya. Wang hanya boleh diambil manfaat dan dibelanjakan sehingga
habis sedangkan wakaf adalah harta tetap. Selain itu, wang dicipta sebagai alat pertukaran
bukan untuk diambil manfaatnya dengan menyewakan zatnya. Manakala pendapat kedua pula
membolehkan wakaf tunai. Pendapat ini merupakan pendapat Imam Zuhri yang juga
merupakan ahli hadis melalui nas beliau yang bermaksud:
:َ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬ ‫ي‬ ِ‫ر‬ْ‫ه‬ُّ‫الز‬ ِ‫ن‬َ‫ع‬َ‫ص‬ ُ‫ه‬َ‫ح‬ْ‫ب‬ُ‫ر‬ َ‫ل‬َ‫ع‬َ‫ج‬ َ‫و‬ ،‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ب‬ ُ‫ر‬ ِ‫ج‬َّ‫ت‬َ‫ي‬ ٍ‫ر‬ ِ‫اج‬َ‫ت‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ ٍ‫م‬ َ‫َل‬ُ‫غ‬ ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ‫ا‬َ‫ه‬َ‫ع‬َ‫ف‬َ‫د‬ ِ‫هللا‬ ِ‫ل‬ْ‫ي‬ِ‫ب‬َ‫س‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ٍ‫َار‬‫ن‬ْ‫ي‬ِ‫د‬ َ‫ف‬ْ‫ل‬َ‫أ‬ َ‫ل‬َ‫ع‬َ‫ج‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ف‬ِْْ‫ل‬ ٌَ‫ق‬َ‫َد‬ْ‫ي‬ِِ‫ا‬َََ‫م‬َ‫ن‬
َ‫ْن‬‫ي‬ِ‫ب‬َ‫ر‬ْ‫ق‬َ ْ‫اْل‬ َ‫و‬
Dari Imam Zuhri bahwasanya ia berkata: “ Tentang seseorang yang mewakafkan seribu dinar
di jalan Allah, dan wang tersebut diberikan kepada pembantunya untuk diinvestasikan,
kemudian keuntungannya disedekahkan untuk orang-orang miskin dan para kerabat. “ (Shahih
Bukhari: 4/14)
Dari kedua-dua pendapat tersebut boleh dikatakan bahawa wakaf tunai adalah dibolehkan
selama mana tidak terdapat dalil yang melarangnya mengikut kaedah yang pada dasarnya
sesuatu perkara itu mubah (dibolehkan) selama tidak ada dalil yang mengharamkannya. Ini
kerana apabila dilihat dan dipertimbangkan dari sudut manfaat dan mudharat, wakaf tunai
lebih banyak memberikan begitu banyak manfaat berbanding mudharat yang hampir tidak
ada.
Terdapat banyak manfaat yang boleh didapati melalui wakaf tunai. Antaranya adalah dana
wakaf yang dikumpulkan menerusi sumbangan orang ramai dan juga qard al-hasan untuk
membentuk dana pembiayaan yang bakal diberikan kepada golongan miskin yang berdaya
usaha. Selain itu, boleh juga wakaf tunai ini bertindak sebagai saluran untuk menyediakan
pinjaman kecil kepada golongan miskin. Ia dibuat dan dikumpulkan menerusi penjualan sijil-
sijil wakaf oleh pihak pengendali dana bagi tujuan pelaburan. Hasil keuntungan yang
diperolehi daripada pelaburan tadi akan dijadikan sumber asas untuk diberikan pinjaman
kepada kemasyarakatan berdaya maju yang lain.
3
1.3 Wakaf tunai di Malaysia
Di Malaysia, terdapat beribu-ribu ekar tanah yang masih belum digunakan dan tidak aktif.
Alasan yang diberikan adalah kekurangan kakitangan dan dana. Selain itu, tanah wakaf tidak
diuruskan dengan baik juga telah menyebabkan kurangnya tarikan pelaburan untuk
pembangunan selain dari kekurangan dalam sumber manusia untuk menguruskannya.
Kebanyakan harta wakaf yang baik dan berpotensi tidak dijaga dengan sempurna. Punca
utama kepada permasalahan ini adalah disebabkan kekurangan sumber dana. Oleh itu, dana
wakaf telah diwujudkan bagi membantu menyelesaikan masalah ini.
Dana ini ditubuhkan dengan memperolehi sumber dari wakaf tunai. Hasil semua kutipan
wakaf tunai akan dimasukkan ke dalam sebuah akaun yang dikenali sebagai dana taslim.
Wang tunai yang berada dalam akaun ini adalah satu bentuk harta yang kekal. Ini kerana
wang yang terkumpul tadi akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk disalurkan
kepada mana-mana pelaburan yang menguntungkan dan membeli harta tak alih seperti tanah
atau bangunan di mana di atas harta tersebut boleh dilakukan pelbagai projek sosial dan
ekonomi. Keuntungan yang diperolehi hasil dari pelaburan yang dijalankan akan disalurkan
ke akaun dana tawzi. Keuntungan inilah yang akan digunakan untuk membuat projek
kemasyarakatan yang boleh digunakan oleh orang awam.
Ini adalah kerana wakaf dilihat sebagai satu alat yang boleh digunakan dalam mengagihkan
kekayaan usahawan dalam sesebuah masyarakat. Selain itu, pihak pengurus juga perlu
merancang sesuatu projek dengan menggunakan dana wakaf tunai. Projek ini bukan sahaja
akan dapat menjana pendapatan tetapi sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran di
kawasan yang berkaitan. Di Malaysia projek seperti ini telah mula dijalankan. Ia adalah
projek untuk tujuan pembangunan ekonomi yang pada masa kini dilaksananakan
menggunakan harta wakaf yang diperolehi hasil pulangan dari harta itu sendiri. Namun yang
demikian, jumlah dana yang dijana dalam dana wakaf masih lagi tidak mencukupi dan amat
terhad.
4
Oleh itu, dengan kesedaran pihak kerajaan akan kepentingan harta wakaf dalam pembangunan
ekonomi Negara telah menubuhkan beberapa institusi yang dapat menguruskan harta dengan
cekap dan berkesan. Dengan itu lahirlah Jabatan Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan
Wakaf Malaysia(JWM)
Selain itu pendekatan wakaf tunai telah diamalkan oleh beberapa buah majlis agama Islam
negeri dan juga syarikat swasta. Antaranya adalah majlis agama Islam Selangor (MAIS) yang
telah melaksanakan wakaf tunai yang dikenali sebagai skim saham wakaf. Melalui skim ini,
MAIS akan bertindak sebagai pemegang amanah dan peserta perlu membeli saham wakaf tadi
dan kemudiannya diwakafkan. Wang hasil dari jualan saham tadi akan dikumpulkan di bawah
satu dana khas dan akan disalurkan kepada program yang berbentuk ekonomi, pendidikan,
sosial dan am bergantung kepada pilihan yang telah dibuat oleh peserta tadi. Walaupun
begitu, ia telah dibataskan kepada projek-projek tertentu sahaja dan wang tadi tidak
dikembang terus melalui instrument pelaburan moden akibat dari kekurangan kepakaran serta
kekurangan sumber dana terkumpul.
Langkah pendekatan tunai dalam kalangan masyarakat dan syarikat korporat milik orang
Islam perlu dipergiat. Wakaf tunai sebenarnya lebih senang untuk dilaksanakan berbanding
wakaf tak alih. Ini adalah kerana sesiapa sahaja yang mempunyai wang walaupun tidak
banyak masih boleh melakukan amal jariah menerusi pendekatan ini. Berbanding dengan
wakaf harta tak alih yang sukar dipelbagaikan manfaat, ciri mudah cair yang ada pada wang
tunai membolehkan ia lebh cepat disalurkan untuk tujuan kebajikan dengan lebih senang dan
berkesan. Selain itu tanah terbiar yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat dan juga
pewakaf perlu dicairkan dan wang yang diperolehi boleh dimasukkan ke dalam dana wakaf
tunai untuk menjadikan ianya lebih berfaedah serta bermanfaat untuk ummah.
5
2.0 WAKAF SAHAM
2.1 Definisi Wakaf Saham
Saham dan wakaf merupakan gabungan antara dua perkataan iaitu saham dan wakaf. Saham
melihat dari segi bahasa ialah bahagian iaitu bahagian dalam sesuatu modal perniagaan.
Saham dari segi istilah pula ialah ekonomi dan undang-undang perniagaan dimana bahagian
yang diserahkan oleh pengusahaan ketika bergabung dalam sesuatu projek perusahaan
daripada perusahaan modal. Saham juga merupakan sebahagian daripada modal sesebuah
syarikat perniagaan yang akan mendapat kerugian dan keuntungan mengikut kerugian dan
keuntungan lembaga berikut. Dengan kata lain saham merupakan modal gabungan dari pihak
yang dikeluarkan bagi melaksanakan sesuatu perusahaan.
Pemilik saham pula adalah pemilik sebahagian daripada harta lembaga berdasarkan kadar
nisab bilangan sahamnya dibandingkan dengan jumlah kesemua saham lembaga dimana
pemilik saham berikut berhak menjual sahamnya apabila dikehendaki. Saham menetapkan
harga nominal ketika pertama kali dikeluarkan dan mempunyai harga pasar yang ditentukan
melihat kepada tawaran dan permintaan di bursa saham yang merupakan tempat saham-saham
tersebut beredar dan diperjual belikan.
Halal dan haramnya saham terletak pada kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh pengusahaan
yang berkaitan. Untuk membayar zakat saham mempunyai beberapa cara iaitu jika sesuatu
syarikat yang berkaitan telah membayar zakat sahamnya sebagaimana saham yang telah
ditentukan dalam zakat perniagaan, pemilik saham tidak lagi wajib untuk membayar zakat
sahamnya. Prinsip ini mencegah agar tidak berlaku pembayaran zakat secara 2 kali.
Seterusnya apabila lembaga tidak membayar zakatnya maka pemilik saham wajib untuk
membayar zakat.
Saham wakaf juga didefinisikan sebagai modal yang dikeluarkan oleh pewakaf kepada pihak
tertentu yang layak dalam menguruskan dana wakaf untuk melaksanakan sesuatu perkara
dengan niat wakaf. Untuk mengesahkan modal yang dikeluarkan tersebut, pewakaf akan
diberikan sijil pengesahan menyertai skim saham wakaf. Bezanya saham wakaf dengan saham
6
biasa adalah saham wakaf tidak boleh dijaul beli ,tidak boleh dihadiahkan kepada seseorang
sebagai hibah, tidak boleh dijual atau digadaikan dan tidak boleh dijadikan harta pusaka.
2.2 Pandangan Ulama Berkaitan Wakaf Saham
Melihat kepada pandangan ulama berkaitan saham wakaf, saham wakaf juga dikenali sebagai
wakaf tunai. Wakaf saham ini berlaku apabila pewakaf mewakafkan saham-saham tersebut
kepada badan-badan yang bertauliah yang bertindak sebagai pemegang amanah. Wang akan
dikumpulkan di dalam Tabung Dana Wakaf untuk ditukarkan kepada harta kekal. Manakala
hasil harta wakaf tersebut akan digunakan untuk kebajikan ummah dan agama Islam. Konsep
ini dikenali sebagai Wakaf Berkelompok atau Wakaf Mushtarak.
Pada pendapat ulama yang berkaitan saham wakaf ini, ia dikaitkan dengan maksud wakaf
melalui wang tunai. Secara umumnya, ulama fiqh telah bersepakat dan mengatakan bahawa
harta wakaf hendaklah sesuatu yang jelas, bernilai dan diketahui tentang harta tersebut serta
dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sama ada harta itu dalam bentuk harta tak alih atau harta
alih. Ulama’-ulama’ terawal didalam golongan Mazhab Hanafi membolehkan wakaf wang
dirham dan dinar sebagai pengecualian atas dasar istihsan bi al-urf iaitu kebajikan atau
keperluan dengan keadaan semasa.
Pengamalan saham wakaf atau wakaf secara tunai ini adalah masih baru dan diterima dan
seterusnya digunapakai apabila melihat kepentingan dan keperluan serta realiti kemudahan
yang disediakan yang memenuhi kehendak umat Islam di Negara ini umumnya. Pewakaf
berbentuk saham ini menjadi amalan yang dipakai apabila pihak Majlis Fatwa Kebangsaan
umumnya dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor khususnya telah mengharuskan amalan
wakaf secara saham ini.
Menurut pandangan-pandangan tentang harta alih untuk dijadikan harta wakaf, secara
umumnya, mazhab kebanyakannya bersepakat mengharuskan wakaf harta alih dalam pelbagai
keadaan. Terhadap sifat yang ada pada harta wakaf tersebut seperti harta yang boleh dijual
dan boleh memberi manfaat, harta yang bernilai, maka wakaf secara wang tunai juga
termasuk sebagai harta yang harus diwakafkan. Tambahan lagi, fatwa telah dikeluarkan
7
adalah sebagai penguat terhadap pengamalan wakaf yang berbentuk saham ini harus
digunapakai di Malaysia.
2.3 Kelebihan Wakaf Saham
Wakaf saham mempunyai beberapa kelebihan antaranya ialah dapat menyediakan alternative
dan kelebihan kepada masyarakat Islam khususnya untuk melakukan ibadah wakaf walaupun
tanpa melibatkan wakaf berbentuk aset kekal. Dengan saham wakaf ia dilakukan melalui
sumbangan wang yang diberi oleh pewakaf dengan nilai tertentu yang minimum. Seterusnya
sumbangan tersebut akan diuruskan oleh pengurus melalui kehendak pewakaf sama ada
dalam bentuk wakaf am atau wakaf khas. Pengurus saham wakaf akan mengagihkan kutipan
saham kepada aktiviti-aktiviti yang ditentukan daripada kehendak pewakaf. Dengan ini,
pewakaf hanya menyumbang beberapa jumlah wang dan pengurus saham wakaf akan
menguruskannya berdasarkan tujuan dan hasrat sumbangan tersebut oleh pewakaf. Oleh
dengan itu, pewakaf dapat menyumbangkan sejumlah wang dengan cara yang lebih mudah
untuk berwakaf dan bukan sahaja dapat mewakafkan aset yang ada tetapi boleh menggunakan
cara yang seperti berikut.
Seterusnya dapat melaksanakan dan merencanakan strategi pembangunan harta-harta wakaf
dan ekonomi dengan baik, bersepadu dan skop yang lebih meluas. Konsep ini akan memberi
peluang kepada pengurusan saham wakaf untuk menbangunkan harta wakaf kerana dengan
pembangunan ini dapat dirancang dengan tersusun dan dapat memenuhi keperluan. Bagi
melakukan sesuatu aktiviti, pengurusan harta wakaf dapat mengumpulkan dana melalui
sumbangan wakaf tersebut seperti pembinaan dan lain-lainnya. Justeru itu, apa-apa usaha dan
aktiviti yang bersumberkan harta wakaf dapat dijalankan dengan sempurna.
Tambahan lagi, daripada hasil pengumpulan tunai dapat mempertingkatkan lagi pegangan aset
umat Islam dan dapat disalurkan untuk pembagunan ummah dan kepentingan agama. Kutipan
saham wakaf yang dinamik dapat menaikkan lagi dana wakaf dan dengan itu, dapat
memperluaskan lagi aktiviti-aktiviti berdasarkan dana wakaf tersebut. Antara aktivitinya ialah
seperti membeli aset-aset tertentu digunakan untuk perkara-perkara yang menjadi tujuan dan
8
hasrat oleh pewakaf dalam berwakaf. Apabila perkara ini terjadi, maka dapat memberikan
sumbangan yang lebih besar dalam manfaat daripadanya khususnya kepada umat Islam.
Dan akhir sekali dapat membangunkan institusi wakaf yang lebih produktif dan berwibawa.
Berpandukan fungsi dan matlamat tertentu dapat menggerakkan perancangan institusi wakaf.
Institusi wakaf dapat terus menjayakan perancangan dan keperluan berdasarkan kepentingan
dan kepeluan semasa berhubung dengan umat Islam dan bukan sahaja untuk pewakaf
memenuhi hasratnya sahaja. Dalam membantu umat Islam meneruskan amalan wakaf, pihak
institusi wakaf contohnya dapat juga meneruskan penyediaan kemudahan-kemudahan
tertentu. Secara tidak langsung, kepercayaan akan diberikan kepada institusi wakaf dalam
menguruskan wakaf-wakaf umat Islam.
Melihat kelebihan-kelebihan di atas, saham wakaf dilihat sebagai satu peluang yang perlu
diusahakan dan direbut dalam melahirkan kekuatan ekonomi umat Islam dalam kekuatan
ummah dan memelihara kebajikan. Oleh yang demikian, dengan melaksanakan urusan
berkaitan pengurusan saham wakaf dengan efisyen yang bermatlamatkan mencapai maksud
dan tujuan amalan wakaf perlu diutamakan.
2.4 Perlaksanaan Wakaf Saham di Malaysia
a) Saham Wakaf Pahang
Satu skim yang dilancarkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada 1
Ramadhan 1419H bersamaan 20 Disember 1998 merupakan Saham Wakaf keempat yang
dilancarkan di Malaysia. Beroperasi berpandukan kepada Kaedah-Kaedah Saham Wakaf
1998. Saham Wakaf Pahang merupakan satu cara berwakaf melalui wang tunai dengan cara
membeli unit-unit Saham Wakaf yang ditawarkan dan mewakafkan saham-saham tersebut
kepada Majlis sebagai pemegang amanah. Pewakaf tidak mendapat apa-apa dividen atau
keuntungan daripada pembelian ini kerana bersifat wakaf. Unit SAham Wakaf beroperasi
secara rasmi pada 1 Ogos 1999 di Masjid Negeri Kuantan.
9
Perjalanan operasi unit dikawalselia oleh satu Jawatankuasa yang dikenali sebagai
Jawatnkuasa Tabung Amanah Sham Wakaf Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.
Saham wakaf adalah satu Skim yang menggalakkan orang ramai membeli unit-unit saham dan
mewakafkan sijil-sijil tersebut untuk selama-lamanya kerana Allah S.W.T dengan tujuan demi
kepentingan dan kebajikan umat Islam. Satu tabung telah diwujudkan bagi tujuan ini dan
sumbangan derma tabung ini boleh diterima dari orang bukan Islam. Skim Saham Wakaf ini,
memudahkan umat Islam untuk mewakafkan harta. Unit-Unit saham yang terkumpul akan
disatukan dijadikan modal untuk membeli harta kekal seperti tanah, bangunan dan
sebagainya. Harga seunit Saham Wakaf ialah RM10.00 dan tiada had pembeliannya.
b) Saham Wakaf Pualu Pinang
Setelah itu, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) telah menubuhkan Skim
Saham Wakaf Pulau Pinang pada 30 Disember 1994. Tujuan utama Skim Wakaf itu
diwujudkan di negeri itu adalah bagi mengumpulkan dana untuk menyelesaikan kemelut
tanah-tanah wakaf yang terbiar dan tidak berjaya dimajukan oleh MAIPP di samping
pembelian aset wakaf kekal yang lain seperti tanah, bangunan dan rumah wakaf. Namun pada
18 Oktober 2002, skim ini kemudiannya digantikan dengan Skim Dana Wakaf Pulau Pinang
yang bertujuan menarik lebih ramai penyertaan di kalangan masyarakat Islam setempat untuk
beramal jariah.
c) Saham Wakaf Terengganu
Negeri Terengganu melancarkan Skim Wakaf Tunai Terengganu pada 27 Disember 2007.55
Pengamalan Skim Wakaf Tunai Terengganu adalah berpandukan kepada fatwa keharusannya
yang telah dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Bagi memastikan
pelaksanaannya menepati kehendak syarak, jawatankuasa ini turut mengesyorkan agar syarat
minimum adalah sebanyak RM 10.00 dan orang ramai boleh mewakafkan seberapa banyak
wang mengikut kemampuan masing-masing dengan lafaz (sighah) yang telah ditetapkan.
Manakala bagi penyertaan wang berjumlah RM1.00 dan ke bawah, tidak perlu keluarkan sijil.
10
d) Saham Wakaf Persekutuan
Manakala di peringkat kerajaan persekutuan, bagi menzahirkan pendirian dan kesungguhan
kerajaan dalam usaha pembangunan sosioekonomi masyarakat Islam, Jabatan Wakaf, Zakat
dan Haji (JAWHAR) telah diumumkan penubuhannya pada 27 Mac 2004 dan dilancarkan
secara rasminya pada 8 Oktober tahun yang sama. Matlamat penubuhan JAWHAR adalah
bagi memastikan pentadbiran harta wakaf, zakat dan urusan haji di seluruh negara lebih
efisyen, sistematik dan berkesan.
Kemudiannya kerajaan telah menubuhkan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) pada 14
Februari 2008 iaitu sebagai entiti kebangsaan yang diberi tanggungjawab mengumpul dan
menyatukan sumber-sumber wakaf untuk dijadikan sumber modal ekonomi wakaf yang
berpotensi tinggi. YWM juga telah melancarkan Skim Wakaf Tunai Malaysia dengan kadar
penyertaan minimum RM 10.00 dengan tujuan mengumpul dana bagi membiayai
pembangunan harta-harta wakaf dan pembelian aset wakaf baru yang strategik dan berdaya
maju bagi kemudahan dan pembangunan sosioekonomi ummah seluruh Malaysia.
Antara projek-projek menggunakan dana tersebut ialah cadangan pembangunan Sekolah
Menengah Agama Wilayah Persekutuan (IMTIAZ), Kompleks Saudara Baru di Mukim Batu,
Kuala Lumpur60 dan pembangunan Wakaf Mart dan Bazar Rakyat Majlis Agama Islam
Negeri (MAIN) di seluruh Malaysia.
3.0 WAKAF SUKUK
3.1 Definisi Wakaf Sukuk
Wakaf merupakan satu mekanisme yang terbaik untuk memanfaatkan harta yang telah
diberikan secara ikhlas oleh seseorang individu untuk kemaslahatan masyarakat. Wakaf
secara amnya bermaksud seseatu harta yang telah diberikan oleh seseorang kerana Allah
untuk kemaslahatan dan kesenangan orang lain. Wakaf amat dituntut di dalam Islam kerana ia
mengajar manusia supaya sentiasa bersedekah dan membelanjakan harta di jalan yang diredai
oleh Allah. Selain itu, wakaf juga akan menjamin pahala yang berpanjangan bagi mereka
11
yang mewakafkan harta mereka selagi mana harta itu digunakan oleh orang ramai. Pewakaf
harta boleh atau mempunyai hak untuk melantik seorang wakil yang dikehendaki untuk
menjaga harta wakafnya.Wakaf pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu wakaf am dan
wakaf khas. Wakaf pula boleh diberikan kepada individu tertentu atau untuk kepentingan dan
kemaslahatan masyarakat.
Sukuk merupakan instrument hutang yang telah dikeluarkan olek badan kerajaan, badan
korporat atau badan swasta untuk mendapatkan dana tambahan bagi tujuan pembiayaan
projek. Menurut AAOIFI pula, sukuk merupakan satu produk pelaburan dan merupakan sijil
yang sama nilai mewakili sesuatu aset daripada sesebuah institusi atau dengan kata lain sukuk
merupakan sijil amanah yang membuktikan pemilikan aset atau manfaat sesebuah badan
korporat atau kerajaan. Segala modal yang telah dilaburkan hendaklah dijelaskan apabila
tempoh matang telah tamat. Akan tetapi badan ini haruslah mengeluarkan sukuk yang
mematuhi segala aturan syariah dan mestilah dijauhi daripada segala unsur riba bukan seperti
yang telah dilakukan dan dijalankan oleh bon konvensional.
Wakaf sukuk merupakan satu alternatif yang boleh dibuat oleh institusi wakaf untuk
mendapatkan sesuatu pembiayaan atau menjadi dan membuat satu pelaburan untuk
memajukan dan mengendalikan harta wakaf yang terbiar bagi kepentingan dan kemaslahatan
masyarakat. Institusi wakaf yang mengalami penyusutan atau kekurangan dana, bolehlah
menjadikan pasaran modal sebagai alternatif untuk mendapatkan pembiayaan. Selain itu,
dengan adanya wakaf tunai yang telah diperkenalkan, maka institusi kewangan mempunyai
wang yang mencukupi untuk membangunkan dan memulihkan harta wakaf yang terbiar dan
memajukan harta wakaf yang sedia ada. Manakala, jika sesebuah institusi wakaf itu
mempunyai lebihan wang, institusi tersebut bolehlah mengeluarkan sijil sukuk untuk tujuan
pelaburan di mana keuntungan yang akan diperolehi daripada pelaburan tersebut akan
digunakan untuk tujuan pembaikan dan pembangunan harta wakaf yang lain.
Setiap harta wakaf hendaklah dijaga dan dibangunkan untuk menjamin kelestariannya. Harta
wakaf juga hendaklah digunakan dan dimanfaatkan agar ianya tidak terbiar dan tidak
dimanfaatkan. Selain itu juga, usaha untuk melestarikan harta wakaf hendaklah dirancang
12
dengan teratur serta diteliti agar risiko yang akan diterima oleh harta wakaf dapat
dikurangkan. Seterusnya, dengan modal kewangan yang ada, institusi bolehlah merancang
pembangunan dan kestabilan untuk harta wakaf agar ianya terus dimanfaatkan
3.2 Pembangunan Wakaf Sukuk
Wakaf boleh dibangunkan meggunakan instrument kewangan yang ada di dalam pasaran
modal. Pasaran modal ialah pasaran yang membolehkan syarikat atau institusi mendapatkan
mendapatkan modal jangka panjang melalui alat-alat kewangan seperti sekuriti. Alat-alat
kewangan tersebut secara umumnya diurusniagakan di pasaran modal bagi membolehkan para
pelabur mendapatkan semula wang hasil pelaburannya atau membuat pelaburan baharu
dengan membeli sekuriti seperti saham syarikat dan bon. Sebuah badan pengawal pasaran
modal telah diwujudkan bagi memastikan hak dan perjalanan peserta pasaran modal
terpelihara seperti tiada penipuan akan berlaku.
Pasaran modal mempunyai pengurusan yang cekap dalam meguruskan modal daripada sector
yang mempunyai lebihan modal kepada sector yang memerlukannya. Dalam konteks
pembangunan harta wakaf, jika institusi tidak mempunyai sumber kewangan untuk
membangunakan dan melestarikan harta wakaf tersebut, maka institusi tersebut bolehlah
membuat pembiayaan pelaburan sebagai alternatif terbaik untuk menjamin manfaat harta
wakaf. Ianya juga disebut sebagai sukuk di mana sesuatu institusi yang tidak mempunyai
sumber kewangan yang mencukupi bolehlah mengeluarkan sijil iaitu sukuk di mana satu
amaun yang dipersetujui mewakili sijil tersebut. Jadi pihak institusi bolehlah menjual sijil
tersebut di pasaran modal Islam iaitu di pasaran kedua. Jika ada pihak yang ingin membeli
sijil tersebut maka institusi wakaf akan mendapat sumber kewangan sepertiman di sijil
tersebut. Seterusnya pembangunan harta wakaf akan dilaksanakan dan setelah siap sempurna,
institusi bolehlah meniagakan manfaat harta wakaf tersebut (untuk tujuan sewaan atau
pajakan) dan keuntungan akan digunakan untuk membayar kembali dan mengambil kembali
sijil yang telah diniagakan. Ini juga boleh disebut sebagai qard hasan.
13
Selain itu, contoh Negara yang menggunakan sukuk sebagai asas pembangunan wakafnya
ialah Negara Arab Saudi. Negara ini telah menggunakan konsep sukuk al-intifa’ atau wakaf
saham untuk menjana pembangunan harta wakafnya. Kompleks menara zam-zam telah
menggunakan konsep ini yang berasaskan kepada kontrak bina-operasi-pemindahan selama
28 tahun. Ia dilaksanakan di mana para pembeli akan membeli unit-unit di menara itu
berasaskan pajakan selama 28 tahun dan sebagai pulangan, mereka akan menerima balik
pelaburan mereka selepas tempoh tersebut berdasarkan keuntungan daripada aktiviti
perniagaa dan sewaan menara tersebut. Contoh lain yang boleh diambil juga adalah wakaf
sukuk yang telah dijalankan dan dilaksanakan oleh Negara Singapura.
Seterusnya, sukuk musyarakah juga boleh digunakan untuk melestarikan harta wakaf.
Musyarakah bermaksud satu konsep perkongsian antara dua individu untuk tujuan pelaburan
dan mendapatkan keuntungan. Mereka berkongsi projek yang telah dipilih bersama dan
mereka juga berkongsi keuntungan yang akan diperolehi mengikut persetujuan bersama.
Sukuk musyarakah merupakan sijil yang membuktikan pemilikan pemegang sukuk terhadap
perkongsian aset bagi aktiviti musyarakah atau pelaburan. Musyarakah ini mungkin di antara
institusi wakaf dengan invidu atau institusi lain. Setelah melabur modal dengan
mengggunakan sukuk musyarakah, institusi wakaf boleh menggunakan dana wakaf yang ada
untuk dikembangkan lagi, jadi setiap keuntungan hasil daripada aktiviti pelaburan akan
dibahagikan sesama mereka mengikut persetujuan yang telah disepakati bersama pada
mulanya.
Secara kesimpulannya dapatlah disimpulkan bahawa sukuk merupakan satu alternatif dan
suatu instrument yang boleh digunapakai di dalam membangunkan dan melestarikan harta
wakaf daripada terus terbiar tanpa apa-apa usaha untuk memajukannya. Dengan adanya
instrument wakaf sukuk juga membolehkan institusi kewangan untuk membuat pembiayaan
secara Islam dan menepati syariah serta dapat membuat pelaburan dan medapatkan pulangan
untuk meningkatkan lagi sumber kewangan institusi wakaf. Dengan adanya instrument ini,
harta wakaf bolehlah dimanfaatkan sebaiknya.
14
4.0 PELAN TAKAFUL WAKAF
4.1 Definisi Takaful
Kata dasar bagi perkataan takaful ialah ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau
memelihara. Takaful merupakan kata nama yang berasaldaripada kata kerja ‘takafala’, maka
ianya memberi erti saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara. Pada asasnya,
sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan
saling membantu di kalangan peserta-pesertanya selaras dengan konsep ta’awun
(bekerjasama).
Menurut Azman, Mohamad (2010), takaful sebagaimana yang didefinisikan oleh AAOFII
standard melibatkan persepakatan di antara sekumpulan individu (peserta) dengan tujuan
mendapatkan perlindungan (pampasan) daripada kemudaratan/risiko tertentu dengan memberi
sumbangan berdasarkan kaedah iltizam bi al-tabarru’ (beriltizam untuk melakukan tabarru„)
di mana terbentuk dengannya satu tabung (takaful) yang memiliki syakhsiyyah ‘itibariyyah
(satu entiti khas dari segi undang-undang) yang memiliki hak dan tanggungjawab (kewangan)
sendiri bertanggungjawab membayar tuntutan pampasan kepada peserta yang mengalami
kemudaratan.
Ia adalah (aqad) antara peserta-peserta iaitu aqad tabarru’ (sumbangan kebajikan) dan ta’awun
(kerjasama). Dalam hal ini, kesamaran dan gharar yang wujud dalam isu tuntutan ke atas
risiko yang berlaku, kebarangkalian berlakunya risiko dan jumlah sumbangan peserta-peserta
yang disalurkan kepada ahli yang memerlukan boleh dimaafkan.
4.2 Konsep dan Matlamat Takaful
Takaful bermatlamat menyediakan khidmat sama seperti yang disediakan oleh insuran
konvensional untuk pemegang polisi, dengan kaedah kerjasama yang dibenarkan oleh syarak
yang bebas daripada gharar yang merosakkan aqad, riba, dan lain-lain perkara yang
diharamkan.
15
Boleh dikatakan majoriti ulama kontemporari menganggap bahawa ia dilaksanakan di atas
dasar prinsip tabarru’ dengan cara pembayaran wang penyertaan oleh peserta sebagai
sumbangan samada secara keseluruhan atau separuh bagi membentuk dana takaful yang
diambil daripadanya bayaran pampasan apabila berlaku kecelakaan ke atas peserta tersebut.
Sebarang lebihan yang berbaki selepas pembayaran pampasan, perbelanjaan, dan pemotongan
untuk rizab akan dibahagikan kepada peserta-peserta (pemegang polisi). Azman, Mohamad
(2010).
4.3 Takaful Berasaskan Prinsip Wakaf
Menurut Prof Madya Dr. Azman dalam penulisannya Takaful analisa ke atas konsep dan aqad
(2014), beliau menyatakan bahawa takaful berdasarkan prinsip wakaf telah digunakan di
Pakistan dan juga Afrika Selatan. Takaful berasaskan wakaf ialah tabarru, melalui wakaf
yang merupakan salah satu dari jenis-jenis tabarru’at. Pewakaf mengeluarkan hartanya dan
mewakafkannya sebagai satu sumber, serta menetapkan ke mana hasil sumber tersebut akan
dibelanjakan. Ia juga menggunakan prinsip sumbangan ke atas harta wakaf yang tidak dikira
sebagai wakaf. Sumbangan ke atas wakaf ini ialah ganti sumbangan yang dilakukan dengan
penyertaan.
Apa-apa yang diperoleh oleh peserta yang ditimpa musibah adalah melalui penggunaan
sumber wakaf pada apa yang ia diwakafkan untuknya, iaitu pembayaran pampasan daripada
hasil wakaf serta wang yang disumbangkan ke atas harta wakaf tersebut. Pembentukan takaful
berasaskan wakaf bergantung kepada beberapa perkara berkaitan hukum-hukum wakaf,
secara ringkasnya seperti berikut:
a. Wakaf wang, ia adalah harus seperti yang disepakati oleh jumhur (Hanafiyyah, Malikiyyah,
dan sesetengah Hanabilah), ia diwakafkan secara mudharabah, dan keuntungan yang terhasil
dibelanjakan ke atas orang-orang yang diwakafkan untuk mereka, mengikut syarat-syarat
wakaf. Ia juga boleh diwakafkan untuk tujuan memberi hutang.
16
b. Pewakaf berhak mengambil manfaat dari harta yang dia wakafkan jika ia adalah wakaf am,
atau dia mensyaratkan bahawa dia berhak mengambil manafaat daripadanya bersama orang
lain. Dalilnya, Uthman r.a. telah mewakafkan perigi al-Raumah dan mensyaratkan bahawa
baldinya dijadikan baldi seluruh umat islam.
c. Apa-apa yang disumbangkan kepada harta wakaf tidak dianggap sebagai wakaf, dan
dibelanjakan ke atas orang-orang yang harta itu diwakafkan untuk mereka, serta untuk
maslahah harta wakaf tersebut.
d. Wakaf mesti dilakukan untuk pihak yang wujud secara berterusan, dan ini disepakati oleh
fuqaha.
4.4 Malaysia Mengaplikasikan Model Waqaf Dalam Takaful
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang pernah mengaplikasikan model waqaf dalam
takaful di samping negara-negara lain seperti Pakistan, Iran dan Mesir. Syarikat Takaful yang
pertama di Malaysia iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad yang ditubuhkan pada 29
November 1984 merupakan perintis kepada produk waqaf dalam industri takaful di Malaysia.
Pelan Takaful Waqaf telah diperkenalkan oleh Syarikat Takaful Malaysia bermula pada tahun
1997 yang menggabungkan produk Takaful di bawah kontrak Mudharabah dengan wakaf
tunai diperkenalkan. Ia telah memberi manfaat kepada golongan petani, nelayan, orang
kurang upaya, anak yatim, orang tua dan pelajar-pelajar kurang bernasib baik dan lain-lain.
Perniagaan takaful boleh dibahagikan kepada dua iaitu Perniagaan Takaful Am dan
Perniagaan Takaful Keluarga. Perniagaan Takaful Am merupakan sejenis skim perlindungan
untuk harta benda yang dilindungi apabila kerugian atau kerosakan akibat daripada kejadian
atau risiko tertentu, manakala Perniagaan Takaful Keluarga adalah pelan perlindungan bagi
melindungi orang yang dilindungi apabila berlaku sesuatu kematian atau lain-lain bencana.
17
Contoh skim perlindungan di bawah Perniagaan Takaful Am adalah seperti Skim Takaful
Kebakaran, Skim Takaful Kemalangan Diri, Skim Takaful Pelajar Sekolah-Sekolah Malaysia,
Skim Takaful Pemilik Rumah dan Isi kandungan Rumah dan lain-lain lagi. Contoh pelan
perlindungan di bawah Perniagaan Takaful Keluarga pula termasuklah Pelan Takaful
Keluarga, Pelan Takaful Sihat, Pelan Takaful Siswa dan Pelan Takaful Waqaf.
Pelan Takaful Waqaf ini merupakan salah satu cara lain untuk kita menggunakan harta kita ke
jalan Allah selain daripada menunaikan zakat dan bersedekah. Pelan ini amat mudah dan
praktikal kerana golongan yang berpendapatan rendah juga boleh menggunakan Pelan
Takaful Waqaf ini. Ini adalah kerana objektif Pelan Takaful Waqaf adalah untuk memberi
peluang kepada umat Islam untuk menghulurkan sumbangan di samping berbelanja.
Syarikat Takaful Malaysia ada menyediakan satu pelan di mana peserta boleh menghulurkan
sumbangan serendah RM10 sebulan selama 5 tahun melalui potongan gaji atau arahan tetap
bank atau tunai atau cek dengan menamakan penerima wakaf yang akan menerima
sumbangan tersebut.
4.5 Aqad Takaful di Antara Tabarru’ dan Mu’awadhah
Apa yang berlaku apabila peserta takaful membuat sumbagan/bayaran kepada syarikat takaful
ialah seolah-olah dia membeli polisi perlindungan. Dengan kata lain berlaku pertukaran di
antara carumannya RM100 sebulan dengan sijil takaful yang menjanjikan perlindungan yang
bernilai RM 50,000. Tabarru’ yang dibuat kelihatan sama dengan mua’wadhah, sedangkan
mu‘awadhah adalah berlainan konsep dan syaratnya berbanding dengan tabarru’.
Terdapat perbezaan di antara tabarru’ dan mu’awadhah yang jelas untuk dibezakan iaitu
kontrak tabarru’ adalah kontrak yang melibatkan pemindahan hak milik kepada pemilik baru
tanpa pampasan seperti hibah, sumbangan kebajikan, derma, wasiat, dan wakaf. Spesifikasi
tabarru’ adalah seperti berikut:
18
(a) Asas kepada kontrak tabarru’ ialah tolak ansur dan memberi maaf. Nilai gantian wajar
tidak diperlukan. Secara amnya, ia bermaksud membelanjakan harta tanpa mendapat
balasan/ganjaran dunia. Oleh itu, kesamaran yang keterlaluan atau jahalah tidak mencacatkan
kesasihan transaksi yang berlaku. Ini kerana perkara ini tidak akan menimbulkan perbalahan.
Fuqaha telah menyebut satu kaedah fiqhiyyah (terdapat perkara yang dibenarkan dalam
tabarru’ tetapi tidak dibenarkan dalam mu’awadhah).
(b) Seperti yang disepakati oleh jumhur, kontrak tabarru‘ akan dikira mengikat hanya selepas
berlakunya penyerahan.
(c) Jahalah (ketidak tahuan) adalah dibenarkan kerana ia melibatkan pemindahan hak milik
tanpa sebarang pampasan.
Mu’awadhah pula, di sebaliknya merujuk kepada kontrak yang melibatkan penukaran dua
nilai atau pampasan.
(a) Syarat umum dalam mu’awadhah, kedua-dua pihak memperolehi keuntungan, dan tiada
pihak menanggung kerugian mengikut adat, selagi mana kontrak tersebut dilakukan atas dasar
redha dan persetujuan kedua belah pihak.
(b) Transaksi mu‘awadhah melibatkan keuntungan atau kerugian.
(c) Kontrak hanya boleh dilakukan pada benda yang mempunyai nilai dan wujud semasa
pemeteraian kontrak.
(d) Sifat dan perkara yang berkaitan dengan kontrak mu’awadhah perlu diketahui bagi
memastikan transaksi yang berlaku sah dan terjamin.
(e) Penerimaaan pampasan dan pemberian sumbangan tidak boleh digabungkan bersama
dalam pelaksanaan kontrak mu’awadhah jika sumbangan tersebut sendiri bergantung dan
termasuk dalam kontrak. Alasannya, tabarru‘ dan mu’awadhah berbeza sifat dan bentuk.
(f) Mu’awadhah boleh melibatkan penukaran antara barang dengan barang, barang dengan
wang, atau perkhidmatan dengan dengan wang (ijarah atau sewa/upah).
19
Dalam menentukan takyif fiqhi (konsep fiqah) yang sesuai dengan takaful, ada di kalangan
ulama kontemporari yang berpendapat bahawa ia adalah tabarru’, ada juga yang
mengangapnya sebagai hibah dengan syarat balasan . Kebanyakan ulama mengangap bahawa
hibah dengan syarat balasan mengambil hukum jual beli (mu’awadhah). Sesetengah ulama
kontemporari mempertikaikan kesahihan takaful kerana ia mengandungi maksud
mu’awadhah. Di antara syarat pertukaran duit dengan duit ialah persamaan nilai pada kedua-
dua aset pertukaran, tetapi syarat ini tidak berlaku pada pertukaran premium dan manfaat
takaful (nilai yang berbeza).
Menurut Professor Dr. Ali Qurrah Daghi, pendapat yang rajih berkenaan hubungan antara
peserta-peserta dan tabung takaful ialah ia berdiri di atas konsep iltizam bi al tabarru’, atau
tabarru’ yang mengambil bentuk hibah dengan syarat balasan ‫ب‬ ‫الهبت‬‫ثىاب‬ , dan al-nihd ‫الىهَد‬ .
Akan tetapi beliau berpendapat bahawa takaful atau taa’min ta’awuni lebih hampir kepada
konsep tabarru’ dan ta’awun daripada konsep hibah dengan syarat balasan, kerana hibah
dengan balasan kadang-kadang tidak wujud padanya konsep sumbangan dan tolong-
menolong, bahkan maksud asalnya adalah mendapatkan balasan, yang menyebabkan ianya
hampir sama dengan jual beli. Oleh itu sebahagian besar fuqaha berpendapat bahawa ia
mengambil hukum jual beli.
Sebab diutamakan konsep tabarru’ kerana bayaran premium dalam takaful tidak diberikan
kepada syarikat sebagai hak milik mutlak dengan jumlah manfaat takaful sebagai ganti, yang
mana ia adalah konsep mu’awadhah. Akan tetapi bayaran ansuran tersebut diberikan kepada
tabung tabarru’ takaful yang mana ianya dikumpulkan untuk kemaslahatan peserta. Jika
terdapat lebihan daripada tabung tersebut ianya dikembalikan kepada mereka, atau pun
dikumpul dan dibelanjakan pada jalan kebaikan.
Lebihan takaful pula, yang dibahagikan antara peserta takaful yang berasaskan ilitizam bi al
tabarru’ (selepas pembayaran pampasan, perbelanjaan, komisen, dan pembentukan rizab),
ianya bergantung kepada sighah iltizam, yang menunjukkan bahawa peserta memberikan
keseluruhan atau sebahagian daripada jumlah sumbangan bergantung kepada hajat. Dengan
20
itu apa-apa yang dikembalikan kepada peserta dari sumbangannya tidak dianggap suatu
perkara terkutuk kerana ia bukannya hibah semata-mata yang menyebabkan tidak wujud lagi
sebarang hubungan antara pemberi dan harta yang diberi, tetapi ia adalah iltizam bi al tabarru’
yang diatur dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Rumusannya, iltizam bi al tabarru’ yang berlaku melalui komitmen peserta membuat bayaran,
dan komitmen dana membayar pampasan apabila berlaku musibah, tidak menjadikan proses
ini sebagai mu‘awadhah disebabkan perbezaan-perbezaan yang telah dijelaskan, juga kerana
iltizam dana takaful melakukan sumbangan adalah iltizam tergantung, kerana ia berasaskan
kemungkinan; mungkin berlaku dan mungkin tidak.
4.6 Modus Operandi Takaful Wakaf
1. Syarikat takaful boleh membina satu tabung wakaf dan mengasingkan bahagian tertentu
dari modal syarikat dan diwakafkan untuk peserta-peserta yang ditimpa musibah, mengikut
peraturan-peraturan dana, dan dibelanjakan untuk kebajikan pada akhirnya. Proses ini
termasuk dalam bab wakaf wang seperti yang telah disebut bahawa ianya sah mengikut
syarak. Bahagian dalam bentuk wang yang maklum ini akan kekal dilaburkan melalui
mudharabah, dan keuntungan dimasukkan ke dalam tabung untuk pelaksanaan matlamat-
matlamat wakaf.
2. Dana takaful tidak dimiliki oleh mana-mana pihak, malah ia sendiri dianggap sebagai entiti
yang sah di sisi undang-undang yang memungkinkannya memiliki harta dan melakukan
pelaburan serta memberi milikan kepada orang lain, mengikut peraturan yang ditetapkan.
3. Pihak-pihak yang mahukan perlindungan akan menyertai keanggotaan dana dengan cara
melakukan sumbangan ke atasnya mengikut peraturan yang ditetapkan.
21
4. Sebarang sumbangan oleh peserta dianggap bukan lagi miliknya dan menjadi milik dana
wakaf, bukan sebagai harta wakaf, tetapi dianggap hak milik sumber wakaf seperti yang
disebut dalam prinsip ketiga. Oleh itu, jumlah sumbangan tersebut tidak wajib disimpan
sebagaimana wang wakaf, malah ia dilaburkan untuk maslahah dana, dan dibelanjakan
bersama keuntungan untuk pembayaran pampasan dan tujuan-tujuan lain wakaf.
5. Penetapan syarat-syarat bagaimana peserta berhak mendapat pampasan, dan jumlah
bayaran penyertaan (sumbangan) untuk setiap jenis insuran ditentukan oleh peraturan dana. Ia
juga boleh ditentukan melalui penilaian aktuari seperti yang diamalkan di syarikat-syarikat
insuran konvensional.
6. Sebarang pampasan yang diperolehi peserta-peserta bukanlah gantian (iwad) kepada
sumbangan mereka, tetapi ia adalah pemberian khas dari dana wakaf kerana mereka tergolong
dalam golongan orang-orang yang diwakafkan untuk mereka, mengikut syarat-syarat wakaf.
Seperti yang telah lepas, pewakaf berhak mengambil manfaat daripada sumber wakaf jika dia
termasuk dalam golongan yang diwakafkan untuk mereka, dan pengambilan manfaat
bukanlah ganti kepada wakaf yang dilakukannya.
7. Dana wakaf mempunyai hak mutlak ke atas harta dalam dana, mengikut syarat yang telah
ditetapkan dalam peraturan dana, kerana dana wakaf memiliki kesemua harta tersebut yang
terdiri dari keuntungan wang wakaf dan sumbangan yang dibuat oleh peserta bersama
keuntungan yang diperoleh dari pelaburan. Dana berhak meletakkan sebarang syarat untuk
dirinya mengenai lebihan insuran, dan ia juga berhak memegangnya ke dalam dana sebagai
rizab untuk defisit yang mungkin berlaku pada tahun-tahun hadapan.
Selain itu, ia juga berhak mensyaratkan untuk dirinya dalam peraturan dana untuk
membahagikan keseluruhan lebihan atau sebahagian daripadanya kepada peserta-peserta, dan
mungkin ia melihat bahawa lebih elok jika lebihan itu dibahagikan kepada tiga bahagian:
bahagian disimpan sebagai rizab, bahagian dibahagikan kepada peserta-peserta supaya lebih
22
jelas perbezaannya dari insuran konvensional, dan bahagian dibelanjakan setiap tahun untuk
kebajikan bagi menzahirkan ciri-ciri wakaf dana.
4.7 Kelebihan Pemakaian Konsep Wakaf Dalam Takaful
Terdapat beberapa kelebihan atau keistimewaan pemakaian konsep wakaf di dalam sistem
takaful yang boleh dilihat. Antaranya ialah:
1. Memberi peluang kepada umat Islam memberi sumbangan walaupun dengan jumlah
yang rendah. Takaful wakaf memberi peluang kepada umat Islam untuk mengeluarkan
sumbangan walaupun dalam jumlah yang rendah. Contohnya dengan sumbangan serendah
RM10 setiap satu bulan selama 5 tahun melalui beberapa cara seperti potongan gaji, arahan
tetap pihak bank, tunai atau cek dengan menamakan penerima wakaf yang akan menerima
sumbangan tersebut seperti produk Takaful Malaysia yang pernah ditawarkan kepada
pelanggan. Kelonggaran dari segi amaun yang perlu dikeluarkan oleh peserta tidak
membebankan dan membolehkan peserta menyumbang secara konsisten tanpa bebanan.
2. Bersifat bukan berorientasikan keuntungan.
Jika dibandingkan dengan model Wakalah dan Mudharabah, model Wakaf adalah model
bukan keuntungan yang beroperasi sepenuhnya daripada sumbangan daripada peserta yang
ikhlas ingin menyumbang kepada masyarakat yang kurang berkemampuan. Model Wakaf
sesuai bekerjasama dengan konsep Takaful kerana ia dibangunkan dengan tujuan untuk
kebaikan dan manfaat bersama. Hal ini adalah bertepatan dengan ajaran Islam yang menuntut
umatnya saling membantu bukan sahaja dari segi tenaga, bahkan dari segi pemberian wang
dan harta benda.
3. Peserta juga layak menikmati sumbangan wakaf yang disumbangkan.
Melalui model Wakaf dalam Takaful, peserta juga berhak menerima manfaat daripada harta
yang diwakafkan jika ia adalah wakaf am atau peserta itu juga telah mensyaratkan bahawa dia
juga berhak mengambil manfaat daripada dana wakaf tersebut bersama-sama orang lain.
23
Pewakaf berhak dari sudut hukum untuk mengambil manfaat daripada sumber wakaf jika dia
termasuk dalam golongan yang diwakafkan untuknya.
4. Melaksanakan hasrat peserta
Jika peserta meninggal dunia terlebih dahulu sebelum tempoh matang pembayaran yang perlu
dibuat untuk menggenapkan jumlah sumbangannya yang tidak sempat dilaksanakannya, baki
bagi menggenapkan jumlah sumbangan itu akan dibayar oleh pemegang dana wakaf tersebut
dan akan diserahkan kepada Penerima Wakaf yang telah dinamakan. Hal ini bermakna,
pengurus takaful wakaf tersebut akan melaksanakan hasrat peserta yang berniat untuk
menyumbang sejumlah sumbangan tersebut walaupun peserta telah meninggal dunia terlebih
dahulu sebelum tempoh matang.
5. Membantu golongan yang tidak berkemampuan
Produk Wakaf Takaful ini dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik yang terdiri
daripada anak yatim, orang tua, golongan orang kurang upaya, dan golongan masyarakat lain
yang tidak berkemampuan melalui penerima wakaf yang dinamakan. Disamping itu,
sumbangan ini juga dapat membantu dari segi pendidikan pelajar-pelajar yang kurang
bernasib baik, pesakit-pesakit yang menderita yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan
rawatan yang baik, menyumbang kepada dana masjid dan surau dan sebagainya melalui
penerima wakaf yang dinamakan.
4.8 Pendapat Tentang Aplikasi Wakaf Dalam Takaful
Takaful wakaf bertujuan untuk menyediakan satu bentuk tabungan untuk memudahkan setiap
individu muslim mengumpulkan wang secara beransur-ansur untuk ditinggalkan sebagai amal
jariah sesuai dengan amalan wakaf. Polisi bagi produk takaful wakaf adalah penyumbang
membayar sejumlah wang pada tempoh yang telah ditetapkan kepada syarikat untuk
penyimpanan. Apabila polisi mencapai tempoh matang, hasil akan sama ada ditujukan kepada
badan amal Islam atau bergantung kepada pilihan penderma.
24
Dalam keadaan ini, Ulama Muhammad Taqi Usmani berpendapat bahawa model wakaf
sebenarnya lebih selari dengan konsep asas Takaful yang menggambarkan rancangan
perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab
dan saling bekerjasama di kalangan peserta.
Hal ini demikian kerana dana wakaf adalah dikumpulkan berdasarkan sumbangan awal
daripada modal peserta untuk membantu umat Islam yang memerlukan. Beliau menganggap
dana model wakaf ini sebagai entiti yang sah di sisi undang-undang sedangkan dana takaful
sememangnya mempunyai status entiti undang-undang. Sumbagan dana ini bukan berasaskan
keuntungan tetapi dikendalikan untuk menjaga kebajikan bersama di mana penyumbang rela
memberikan kepada ahli masyarakat yang kurang bernasib baik.
Selain itu, melalui aplikasi model wakaf dalam takaful, isu keesahan dan masalah teknikal
dapat dielakkan dan ia menjadi suatu entiti berasingan dengan wujudnya hak pemilikan ke
atas sumbangan dana tertakluk kepada terma yang telah dipersetujui, khususnya dalam
pengendalian pelaburan, pampasan dan status jumlah yang berlebihan.
Takaful model wakaf ini boleh menyediakan kemudahan kepada masyarakat khususnya
peserta-peserta takaful supaya mengatur perancangan kewangan mereka agar derma boleh
disumbangi melalui kaedah waqaf kepada mana-mana pihak yang memerlukan bantuan
kewangan tersebut. Dengan perakuan waqaf, semua jenis perolehan manfaat akan dibayar
terus oleh Takaful kepada institusi yang dinamakan peserta untuk menerima wakafnya.
Melalui pelan Takaful wakaf, peserta mampu mewakafkan perolehan manfaat takafulnya
sebagai jariah yang bakal ditinggalkan apabila peserta meninggal dunia.
Ulama mempunyai beberapa pendapat mengenai amalan wakaf jenis ini. Secara umumnya di
dalam ibadah wakaf, Ulama Fiqh telah bersepakat bahawa harta wakaf itu hendaklah sesuatu
yang bernilai, jelas dan diketahui tentang harta tersebut serta dimiliki sepenuhnya oleh
pemiliknya. Pembentukan takaful berasaskan wakaf bergantung pada beberapa perkara
25
berkaitan hukum wakaf. Majoriti ulama iaitu fuqaha mazhab Hanafi, Maliki dan sebahagian
fuqaha mazhab Hanbali bersepakati bahawa wakaf wang adalah hukum harus.
5.0 PENGKORPORATAN WAKAF
5.1 Pengenalan Pengkorporatan Wakaf
Wakaf adalah sesuatu yang amalan yang baik dan sangat dituntut dalam Islam dimana selagi
barang atau manfaatnya masih digunakan, ia dapat menyalurkan pahala yang berterusan
kepada pewakaf. Pada zaman ini, salah satu wakaf yang digunakan adalah wakaf korporat
dimana ia telah diperkenalkan oleh Tan Sri Dato’ Muhammad Ali bin Haji Hashim iaitu
Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan juga bekas Presiden dan Ketua
Eksekutif Johor Corporation.
5.2 Konsep Pengkorporatan Wakaf
Wakaf korporat merujuk kepada suatu aspek pengurusan harta-harta wakaf yang berbentuk
harta alih seperti tunai, saham syarikat dan dividen saham yang diurus tadbir secara penuh
oleh entiti korporat ataupun secara kerjasama di antara syarikat korporat dan pihak berkuasa
wakaf (Magda 2013). Diantara elemen penting bagi struktur wakaf korporat adalah aset wakaf
di dalam bentuk harta alih, manakala pemegang amanah wakaf iaitu syarikat korporat adalah
merupakan mutawalli dan juga penerima harta wakaf (Asharaf & Abdullaah 2013).
Terminologi wakaf korporat pertama kali digunakan oleh Johr Corporation (JCorp) yang
melancarkan Wakaf Korporat pada tahun 2006 dengan mewakafkan saham miliknya yang
bernilai RM200 juta di dalam anak syarikatnya iaitu Kulim (M) berhad, KPJ Healthcare
Berhad dan Johor Land (JCorp 2006; Muhammad Ali Hashim 2011). Wakaf An-Nur
Corporation (WANCorp) iaitu anak syarikat JCorp telah dipertanggungjawabkan mengurus
wakaf korporat yang memberikan fokus kepada aspek kesihatan melalui rangkaian Klinik
Wakaf An-Nur dan Hospital Wakaf An-Nur (Asharaf & Abdullaah 2012; Hajah Mustafa et.al
2009). Pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berkenaan dikenakan
caj yang minima iaitu Ringgit Malaysia (RM5) sahaja dan pesakit-pesakit tediri daripada yang
beragama Islam dan lain-lain.
26
Terdapat syarikat-syarikat korporat di beberapa Negara yang telah melibatkan diri di dalam
pengurusan harta wakaf terutamanya yang melibatkan sektor pendidikan dan kesihatan. Dua
konglomerat terkemuka di Turki umpamanya seperti seperti Koc Holdings yang memiliki
sekitar 500 anak syarikat melalui Koc Foundation dan Sabanci Holdings melalui Sabanci
Foundation telah melibatkan secara langsung di dalam membiayai penubuhan universiti dan
sekolah wakaf (Cizaska 2011). Manakala di Pakistan Hamdard Laboratories iaitu sebuah
syarikat berkaitan farmaseutikal telah menubuhkan Hamdard Foundation yang bertujuan
untuk menguruskan dan menyalurkan dana wakaf kepada penerima-penerima yang terdiri
daripada pelajar-pelajar sekolah dan orang miskin (Hamdard Foundation 2013). Jika diteliti,
ketiga-tiga entiti korporat di atas telah menubuhkan Yayasan Amanah mereka sendiir bagi
mengurus dan mentadbir aset-aset wakaf mereka.
Di Bangladesh, sebuah institusi perbankan iaitu Social Investment Bank of Bangladesh
(SIBL) bermula pada tahun 1995 telah memperkenalkan skim pembiayaan mikro yang
berasaskan wakaf. Skim yang dikenali sebagai “cash waqf certificate” memberi peluang
kepada individu dan organisasi untuk berwakaf secara tunai dan sejumlah wang yang
dikumpulkan dan diagihkan kepada individu-individu yang layak untuk memulakan
pembiayaan kecil sederhana (PKS) (Mannan 1999). Pembiayaan mikro berasaskan wakaf
tunai yang dilaksanakan oleh SIBL telah membantu usahawan-usahawan Islam di Bangladesh
memulakan perniagaan mereka.
Selain aspek pendidikan dan kesihatan, entiti korporat di Malaysia seperti Tabung Haji
Properties (TH Properties) dan UDA Holdings pula bekerjasam dengan Majlis Agama Islam
Negeri selaku pemegang amanah tunggal wakaf di negeri-negeri di dalam membangunkan
dan menguruskan hartanah-hartanah wakaf. TH Properties telah bekerjasama dengan Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan utuk menguruskan Menara Bank Islam yang merupakan
aset wakaf yang telah dibangunkan dan disewakan kepada Bank Islam Malaysia Berhad pada
tahun 2011 (Bank Islam 2011).
27
UDA Holdings pula telah terbabit secrara langsug dengan pembanguna harta wakaf di negeri
Pulau Pinang iaitu yang dikenali sebagai Wakaf Seete Aisyah. Melalui perjanjian dengan
Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), UDA Holdings telah diamanahkan untuk
membangunkan tanah wakaf tersebut dan ianya telah berjaya dilaksanakan dan diserahkan
semula kepada MAIPP pada tahun 2012. Namun, melihat kepada kepda peranan entiti
korporat yang terbabit hanya bertindak sebagai pemaju dan pengurus hartanah wakaf maka
ianya tidaklah termasuk di dalam wakaf korporat.
Pada September 2012 buat julung-julung kalinya sebuah syarikat kewangan Islam iaitu Bank
Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah bekerjasama dengan Perbadanan Wakaf Selangor
(PWS) memperkenalkan skim wakaf tunai yang dikenali sebagai Wakaf Selangor Muamalat.
Mellui kerjasama ini, BMMB dan PES adalah merupakan pengurus bersama aset wakaf yang
diperolehi melalui pembelian sijil wakaf tunai yang boleh dilakukan di mana-mana cawangan
BMMB. Selain itu sumbangan wakaf boleh juga dilakukan melalui perbankan internet,
potongan bulanan dan arahan bayaran berkala (BMMB 2012).
Perlu juga ditegaskan bahawa penglibatan sektor korporat di dalam pengurusan dan
pentadbiran wakaf akan dapat membantu memperbaiki imej dan persepsi masyarakat terhadap
institusi wakaf yang dianggap tidak mempunyai tadbir urus yang cekap di dalam pengurusan
aset-aset wakaf. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal harta
wakaf di negeri-negeri didapati tidak mempunyai staf yang cukup, terlatih dan berpengalaman
di dalam mengurus sejumlah besar aset wakaf (Siti Mashitoh 2006).
Aspek dokumentasi juga telah mengakibatkan terdapat tanah-tanah wakaf yang menjadi
rebutan antara pewaris-pewaris dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) kerana nama
pemiliktanah belum ditukar walaupun telah diwakafkan dan apabila berlaku kematian,
pewaris menganggap hartanah tersebut merupakan faraid (Wan Abdul Halim 2012).
Perbincangan di atas telah menunjukkan bahawa wakaf korporat iaitu aset-aset wakaf yang
diurus dan ditadbir oleh entiti korporat semakin mendapat sambutan daripada syarika-syarikat
korporat.

More Related Content

What's hot

'urf, syar'u man qablana
'urf, syar'u man qablana'urf, syar'u man qablana
'urf, syar'u man qablanaMarhamah Saleh
 
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)wmkfirdaus
 
HUKUM LAFADZ MUTLAQ DAN MUQAYYAD
HUKUM LAFADZ MUTLAQ DAN MUQAYYADHUKUM LAFADZ MUTLAQ DAN MUQAYYAD
HUKUM LAFADZ MUTLAQ DAN MUQAYYADNovianti Rossalina
 
Presentasi Fiqh Siyasah 2
Presentasi Fiqh Siyasah 2Presentasi Fiqh Siyasah 2
Presentasi Fiqh Siyasah 2Marhamah Saleh
 
Tarikh tasyri
Tarikh tasyriTarikh tasyri
Tarikh tasyriibn3ula
 
Tafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogss
Tafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogssTafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogss
Tafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogssarfian kurniawan
 
9. kaidah masyaqqah, al dharar yuzal
9. kaidah masyaqqah, al dharar yuzal9. kaidah masyaqqah, al dharar yuzal
9. kaidah masyaqqah, al dharar yuzalMarhamah Saleh
 
Quran sunnah ijma' qiyas
Quran sunnah ijma' qiyasQuran sunnah ijma' qiyas
Quran sunnah ijma' qiyasMarhamah Saleh
 
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamPengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamAbdul Ghani
 
Fiqh muamalah (pengantar)
Fiqh muamalah (pengantar)Fiqh muamalah (pengantar)
Fiqh muamalah (pengantar)Neyna Fazadiq
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMAina Zambry
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi
 
Muhkam Mutasyabih
Muhkam MutasyabihMuhkam Mutasyabih
Muhkam Mutasyabihqoida malik
 

What's hot (20)

Saham wakaf
Saham wakafSaham wakaf
Saham wakaf
 
'urf, syar'u man qablana
'urf, syar'u man qablana'urf, syar'u man qablana
'urf, syar'u man qablana
 
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
 
HUKUM LAFADZ MUTLAQ DAN MUQAYYAD
HUKUM LAFADZ MUTLAQ DAN MUQAYYADHUKUM LAFADZ MUTLAQ DAN MUQAYYAD
HUKUM LAFADZ MUTLAQ DAN MUQAYYAD
 
Fiqh Muamalat
Fiqh MuamalatFiqh Muamalat
Fiqh Muamalat
 
Pengertian qawaid fiqhiyyah
Pengertian qawaid fiqhiyyahPengertian qawaid fiqhiyyah
Pengertian qawaid fiqhiyyah
 
Presentasi Fiqh Siyasah 2
Presentasi Fiqh Siyasah 2Presentasi Fiqh Siyasah 2
Presentasi Fiqh Siyasah 2
 
Qawaid fiqh pt 1
Qawaid fiqh  pt 1Qawaid fiqh  pt 1
Qawaid fiqh pt 1
 
Tasyri' abad 2-4 H.
Tasyri' abad 2-4 H.Tasyri' abad 2-4 H.
Tasyri' abad 2-4 H.
 
Tarikh tasyri
Tarikh tasyriTarikh tasyri
Tarikh tasyri
 
Tafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogss
Tafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogssTafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogss
Tafsir bil ma’tsur, tafsir bir ra’yi dan 2 blogss
 
Ulum hadith
Ulum hadithUlum hadith
Ulum hadith
 
9. kaidah masyaqqah, al dharar yuzal
9. kaidah masyaqqah, al dharar yuzal9. kaidah masyaqqah, al dharar yuzal
9. kaidah masyaqqah, al dharar yuzal
 
Quran sunnah ijma' qiyas
Quran sunnah ijma' qiyasQuran sunnah ijma' qiyas
Quran sunnah ijma' qiyas
 
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamPengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
 
Fiqh muamalah (pengantar)
Fiqh muamalah (pengantar)Fiqh muamalah (pengantar)
Fiqh muamalah (pengantar)
 
Hukum Mandub
Hukum MandubHukum Mandub
Hukum Mandub
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
Muhkam Mutasyabih
Muhkam MutasyabihMuhkam Mutasyabih
Muhkam Mutasyabih
 

Viewers also liked

Sakinatul Raadiyah Abdullah
Sakinatul Raadiyah AbdullahSakinatul Raadiyah Abdullah
Sakinatul Raadiyah Abdullahidmac2015
 
Hasyeilla Abd Mutalib
Hasyeilla Abd Mutalib Hasyeilla Abd Mutalib
Hasyeilla Abd Mutalib idmac2015
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamididmac2015
 
Hubungan Ekonomi islam dengan muamalat dan fiqh muamalat
Hubungan Ekonomi islam dengan muamalat dan fiqh muamalatHubungan Ekonomi islam dengan muamalat dan fiqh muamalat
Hubungan Ekonomi islam dengan muamalat dan fiqh muamalatArif Arif
 
Islamic Finance a Tool to Achieve Financial Inclusion in India
Islamic Finance a Tool to Achieve Financial Inclusion in IndiaIslamic Finance a Tool to Achieve Financial Inclusion in India
Islamic Finance a Tool to Achieve Financial Inclusion in Indiasubhaan7
 
Prinsip Insurans
Prinsip InsuransPrinsip Insurans
Prinsip InsuransFiza Wahab
 
Sejarah Penubuhan Yayasan Salam Malaysia
Sejarah Penubuhan Yayasan Salam MalaysiaSejarah Penubuhan Yayasan Salam Malaysia
Sejarah Penubuhan Yayasan Salam MalaysiaKim Min Nha
 

Viewers also liked (8)

Sakinatul Raadiyah Abdullah
Sakinatul Raadiyah AbdullahSakinatul Raadiyah Abdullah
Sakinatul Raadiyah Abdullah
 
Hasyeilla Abd Mutalib
Hasyeilla Abd Mutalib Hasyeilla Abd Mutalib
Hasyeilla Abd Mutalib
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 
Hubungan Ekonomi islam dengan muamalat dan fiqh muamalat
Hubungan Ekonomi islam dengan muamalat dan fiqh muamalatHubungan Ekonomi islam dengan muamalat dan fiqh muamalat
Hubungan Ekonomi islam dengan muamalat dan fiqh muamalat
 
Islamic Finance a Tool to Achieve Financial Inclusion in India
Islamic Finance a Tool to Achieve Financial Inclusion in IndiaIslamic Finance a Tool to Achieve Financial Inclusion in India
Islamic Finance a Tool to Achieve Financial Inclusion in India
 
Prinsip Insurans
Prinsip InsuransPrinsip Insurans
Prinsip Insurans
 
Sejarah Penubuhan Yayasan Salam Malaysia
Sejarah Penubuhan Yayasan Salam MalaysiaSejarah Penubuhan Yayasan Salam Malaysia
Sejarah Penubuhan Yayasan Salam Malaysia
 
Falsafah Konsep Teori Pemilikan dalam Islam
Falsafah Konsep Teori Pemilikan dalam IslamFalsafah Konsep Teori Pemilikan dalam Islam
Falsafah Konsep Teori Pemilikan dalam Islam
 

Similar to sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden

Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal KonvensionalPerbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensionalmandalina landy
 
Topik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptx
Topik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptxTopik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptx
Topik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptxNoorSiti3
 
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...Izzuddin Norrahman
 
Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3amm_kmz
 
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)Fatimah Shukur
 
Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.jimoh370
 
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan AwalMuhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awalidmac2015
 
Syarikat
SyarikatSyarikat
SyarikatUMT
 
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)Laila Azhan
 
Presentation economy islam
Presentation economy islamPresentation economy islam
Presentation economy islamUNISZA
 
Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Nazie War
 
Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub
Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah YaakubRohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub
Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakubidmac2015
 
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL mandalina landy
 
New Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul HalimNew Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul HalimABDUL HALIM
 

Similar to sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden (20)

Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal KonvensionalPerbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
 
Topik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptx
Topik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptxTopik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptx
Topik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptx
 
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
 
Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3
 
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
 
Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.
 
Perbankan islam
Perbankan islamPerbankan islam
Perbankan islam
 
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan AwalMuhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
 
IOC7002Takaful.ppt
IOC7002Takaful.pptIOC7002Takaful.ppt
IOC7002Takaful.ppt
 
Syarikat
SyarikatSyarikat
Syarikat
 
1
1 1
1
 
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
 
Presentation economy islam
Presentation economy islamPresentation economy islam
Presentation economy islam
 
Ski konsep&struktur
Ski konsep&strukturSki konsep&struktur
Ski konsep&struktur
 
Takaful
TakafulTakaful
Takaful
 
Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)
 
Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub
Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah YaakubRohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub
Rohayati Hussin, Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub
 
IOC7002 Perbankan islam.pptx
IOC7002 Perbankan islam.pptxIOC7002 Perbankan islam.pptx
IOC7002 Perbankan islam.pptx
 
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
 
New Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul HalimNew Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul Halim
 

Recently uploaded

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 

Recently uploaded (14)

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 

sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden

  • 1. 1 1.0 WAKAF TUNAI 1.1 Definisi Wakaf Tunai Wakaf tunai ialah berwakaf dengan menggunakan wang tunai yang dikumpul dalam satu tabung amanah di bawah pengurusan nazir yang diamanahkan untuk mengurus wakaf ini bagi tujuan kebajikan dan manfaat ummah. Ianya telah digunakan oleh para ulama pada zaman dahulu kala dengan menggunakan istilah wakaf ad-darahim atau wakaf ad-dananir yang dikenali sebagai wakaf yang menggunakan wang dirham atau dinar dalam kehidupan mereka. Secara umumnya, wakaf tunai ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengumpul dana dari kalangan umat Islam untuk dimanfaatkan bagi kepentingan ummah. 1.2 Hukum Wakaf Tunai Syarat wakaf yang telah ditetapkan oleh para ulama ialah harta yang diwakafkan harus bersifat tetap (tsabit), iaitu barang tersebut mestilah boleh memberi manfaat dan tidak berubah bentuk. Barang tsabit terbahagi kepada dua iaitu barang yang tidak boleh alih (ghairu al- manqul) seperti tanah dan bangunan, dan barang yang boleh alih (al-manqul). Para ulama bersepakat dengan kebolehan barang tidak boleh alih tetapi berbeza pendapat mengenai barang boleh alih. Terdapat tiga pendapat yang berbeza bagi barang boleh alih. Pendapat pertama adalah dari pendapat Abu Hanifah dan riwayat imam Ahmad yang mengatakan bahawa tidak boleh wakaf dengan barang al-manqul secara mutlak. Pendapat kedua pula datang dari pendapat Abu Yusuf yang mengatakan boleh wakaf barang al-manqul jika barang tersebut adalah pelengkap kepada barang ghairu al-manqul. Manakala pendapat ketiga adalah sama seperti pendapat kedua yang datang dari Muhammad al-Hasan. Dari ketiga-tiga perbezaan tersebut dapatlah disimpulkan bahawa membolehkan wakaf al- manqul kerana ianya lebih dekat dengan kemaslahatan umat. Namun, walaupun begitu, para ulama masih berbeza pendapat mengenai hukum wakaf tunai (wang). Ini adalah kerana, walaupun wang adalah tergolong dari barang al-manqul, tetapi ia mempunyai sifat yang
  • 2. 2 berbeza dengan barang manqul yang lain. Terdapat dua pendapat yang berbeza mengenai wakaf tunai. Pendapat pertama adalah pendapat Ibnu Abidin dari Hanafiyah dan mazhab Syafi’I mengatakan wakaf tunai adalah tidak boleh. Ini kerana zat pada wang akan habis dengan sekali penggunaannya. Wang hanya boleh diambil manfaat dan dibelanjakan sehingga habis sedangkan wakaf adalah harta tetap. Selain itu, wang dicipta sebagai alat pertukaran bukan untuk diambil manfaatnya dengan menyewakan zatnya. Manakala pendapat kedua pula membolehkan wakaf tunai. Pendapat ini merupakan pendapat Imam Zuhri yang juga merupakan ahli hadis melalui nas beliau yang bermaksud: :َ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬ ‫ي‬ ِ‫ر‬ْ‫ه‬ُّ‫الز‬ ِ‫ن‬َ‫ع‬َ‫ص‬ ُ‫ه‬َ‫ح‬ْ‫ب‬ُ‫ر‬ َ‫ل‬َ‫ع‬َ‫ج‬ َ‫و‬ ،‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ب‬ ُ‫ر‬ ِ‫ج‬َّ‫ت‬َ‫ي‬ ٍ‫ر‬ ِ‫اج‬َ‫ت‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ ٍ‫م‬ َ‫َل‬ُ‫غ‬ ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ‫ا‬َ‫ه‬َ‫ع‬َ‫ف‬َ‫د‬ ِ‫هللا‬ ِ‫ل‬ْ‫ي‬ِ‫ب‬َ‫س‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ٍ‫َار‬‫ن‬ْ‫ي‬ِ‫د‬ َ‫ف‬ْ‫ل‬َ‫أ‬ َ‫ل‬َ‫ع‬َ‫ج‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ف‬ِْْ‫ل‬ ٌَ‫ق‬َ‫َد‬ْ‫ي‬ِِ‫ا‬َََ‫م‬َ‫ن‬ َ‫ْن‬‫ي‬ِ‫ب‬َ‫ر‬ْ‫ق‬َ ْ‫اْل‬ َ‫و‬ Dari Imam Zuhri bahwasanya ia berkata: “ Tentang seseorang yang mewakafkan seribu dinar di jalan Allah, dan wang tersebut diberikan kepada pembantunya untuk diinvestasikan, kemudian keuntungannya disedekahkan untuk orang-orang miskin dan para kerabat. “ (Shahih Bukhari: 4/14) Dari kedua-dua pendapat tersebut boleh dikatakan bahawa wakaf tunai adalah dibolehkan selama mana tidak terdapat dalil yang melarangnya mengikut kaedah yang pada dasarnya sesuatu perkara itu mubah (dibolehkan) selama tidak ada dalil yang mengharamkannya. Ini kerana apabila dilihat dan dipertimbangkan dari sudut manfaat dan mudharat, wakaf tunai lebih banyak memberikan begitu banyak manfaat berbanding mudharat yang hampir tidak ada. Terdapat banyak manfaat yang boleh didapati melalui wakaf tunai. Antaranya adalah dana wakaf yang dikumpulkan menerusi sumbangan orang ramai dan juga qard al-hasan untuk membentuk dana pembiayaan yang bakal diberikan kepada golongan miskin yang berdaya usaha. Selain itu, boleh juga wakaf tunai ini bertindak sebagai saluran untuk menyediakan pinjaman kecil kepada golongan miskin. Ia dibuat dan dikumpulkan menerusi penjualan sijil- sijil wakaf oleh pihak pengendali dana bagi tujuan pelaburan. Hasil keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan tadi akan dijadikan sumber asas untuk diberikan pinjaman kepada kemasyarakatan berdaya maju yang lain.
  • 3. 3 1.3 Wakaf tunai di Malaysia Di Malaysia, terdapat beribu-ribu ekar tanah yang masih belum digunakan dan tidak aktif. Alasan yang diberikan adalah kekurangan kakitangan dan dana. Selain itu, tanah wakaf tidak diuruskan dengan baik juga telah menyebabkan kurangnya tarikan pelaburan untuk pembangunan selain dari kekurangan dalam sumber manusia untuk menguruskannya. Kebanyakan harta wakaf yang baik dan berpotensi tidak dijaga dengan sempurna. Punca utama kepada permasalahan ini adalah disebabkan kekurangan sumber dana. Oleh itu, dana wakaf telah diwujudkan bagi membantu menyelesaikan masalah ini. Dana ini ditubuhkan dengan memperolehi sumber dari wakaf tunai. Hasil semua kutipan wakaf tunai akan dimasukkan ke dalam sebuah akaun yang dikenali sebagai dana taslim. Wang tunai yang berada dalam akaun ini adalah satu bentuk harta yang kekal. Ini kerana wang yang terkumpul tadi akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk disalurkan kepada mana-mana pelaburan yang menguntungkan dan membeli harta tak alih seperti tanah atau bangunan di mana di atas harta tersebut boleh dilakukan pelbagai projek sosial dan ekonomi. Keuntungan yang diperolehi hasil dari pelaburan yang dijalankan akan disalurkan ke akaun dana tawzi. Keuntungan inilah yang akan digunakan untuk membuat projek kemasyarakatan yang boleh digunakan oleh orang awam. Ini adalah kerana wakaf dilihat sebagai satu alat yang boleh digunakan dalam mengagihkan kekayaan usahawan dalam sesebuah masyarakat. Selain itu, pihak pengurus juga perlu merancang sesuatu projek dengan menggunakan dana wakaf tunai. Projek ini bukan sahaja akan dapat menjana pendapatan tetapi sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran di kawasan yang berkaitan. Di Malaysia projek seperti ini telah mula dijalankan. Ia adalah projek untuk tujuan pembangunan ekonomi yang pada masa kini dilaksananakan menggunakan harta wakaf yang diperolehi hasil pulangan dari harta itu sendiri. Namun yang demikian, jumlah dana yang dijana dalam dana wakaf masih lagi tidak mencukupi dan amat terhad.
  • 4. 4 Oleh itu, dengan kesedaran pihak kerajaan akan kepentingan harta wakaf dalam pembangunan ekonomi Negara telah menubuhkan beberapa institusi yang dapat menguruskan harta dengan cekap dan berkesan. Dengan itu lahirlah Jabatan Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia(JWM) Selain itu pendekatan wakaf tunai telah diamalkan oleh beberapa buah majlis agama Islam negeri dan juga syarikat swasta. Antaranya adalah majlis agama Islam Selangor (MAIS) yang telah melaksanakan wakaf tunai yang dikenali sebagai skim saham wakaf. Melalui skim ini, MAIS akan bertindak sebagai pemegang amanah dan peserta perlu membeli saham wakaf tadi dan kemudiannya diwakafkan. Wang hasil dari jualan saham tadi akan dikumpulkan di bawah satu dana khas dan akan disalurkan kepada program yang berbentuk ekonomi, pendidikan, sosial dan am bergantung kepada pilihan yang telah dibuat oleh peserta tadi. Walaupun begitu, ia telah dibataskan kepada projek-projek tertentu sahaja dan wang tadi tidak dikembang terus melalui instrument pelaburan moden akibat dari kekurangan kepakaran serta kekurangan sumber dana terkumpul. Langkah pendekatan tunai dalam kalangan masyarakat dan syarikat korporat milik orang Islam perlu dipergiat. Wakaf tunai sebenarnya lebih senang untuk dilaksanakan berbanding wakaf tak alih. Ini adalah kerana sesiapa sahaja yang mempunyai wang walaupun tidak banyak masih boleh melakukan amal jariah menerusi pendekatan ini. Berbanding dengan wakaf harta tak alih yang sukar dipelbagaikan manfaat, ciri mudah cair yang ada pada wang tunai membolehkan ia lebh cepat disalurkan untuk tujuan kebajikan dengan lebih senang dan berkesan. Selain itu tanah terbiar yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat dan juga pewakaf perlu dicairkan dan wang yang diperolehi boleh dimasukkan ke dalam dana wakaf tunai untuk menjadikan ianya lebih berfaedah serta bermanfaat untuk ummah.
  • 5. 5 2.0 WAKAF SAHAM 2.1 Definisi Wakaf Saham Saham dan wakaf merupakan gabungan antara dua perkataan iaitu saham dan wakaf. Saham melihat dari segi bahasa ialah bahagian iaitu bahagian dalam sesuatu modal perniagaan. Saham dari segi istilah pula ialah ekonomi dan undang-undang perniagaan dimana bahagian yang diserahkan oleh pengusahaan ketika bergabung dalam sesuatu projek perusahaan daripada perusahaan modal. Saham juga merupakan sebahagian daripada modal sesebuah syarikat perniagaan yang akan mendapat kerugian dan keuntungan mengikut kerugian dan keuntungan lembaga berikut. Dengan kata lain saham merupakan modal gabungan dari pihak yang dikeluarkan bagi melaksanakan sesuatu perusahaan. Pemilik saham pula adalah pemilik sebahagian daripada harta lembaga berdasarkan kadar nisab bilangan sahamnya dibandingkan dengan jumlah kesemua saham lembaga dimana pemilik saham berikut berhak menjual sahamnya apabila dikehendaki. Saham menetapkan harga nominal ketika pertama kali dikeluarkan dan mempunyai harga pasar yang ditentukan melihat kepada tawaran dan permintaan di bursa saham yang merupakan tempat saham-saham tersebut beredar dan diperjual belikan. Halal dan haramnya saham terletak pada kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh pengusahaan yang berkaitan. Untuk membayar zakat saham mempunyai beberapa cara iaitu jika sesuatu syarikat yang berkaitan telah membayar zakat sahamnya sebagaimana saham yang telah ditentukan dalam zakat perniagaan, pemilik saham tidak lagi wajib untuk membayar zakat sahamnya. Prinsip ini mencegah agar tidak berlaku pembayaran zakat secara 2 kali. Seterusnya apabila lembaga tidak membayar zakatnya maka pemilik saham wajib untuk membayar zakat. Saham wakaf juga didefinisikan sebagai modal yang dikeluarkan oleh pewakaf kepada pihak tertentu yang layak dalam menguruskan dana wakaf untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan niat wakaf. Untuk mengesahkan modal yang dikeluarkan tersebut, pewakaf akan diberikan sijil pengesahan menyertai skim saham wakaf. Bezanya saham wakaf dengan saham
  • 6. 6 biasa adalah saham wakaf tidak boleh dijaul beli ,tidak boleh dihadiahkan kepada seseorang sebagai hibah, tidak boleh dijual atau digadaikan dan tidak boleh dijadikan harta pusaka. 2.2 Pandangan Ulama Berkaitan Wakaf Saham Melihat kepada pandangan ulama berkaitan saham wakaf, saham wakaf juga dikenali sebagai wakaf tunai. Wakaf saham ini berlaku apabila pewakaf mewakafkan saham-saham tersebut kepada badan-badan yang bertauliah yang bertindak sebagai pemegang amanah. Wang akan dikumpulkan di dalam Tabung Dana Wakaf untuk ditukarkan kepada harta kekal. Manakala hasil harta wakaf tersebut akan digunakan untuk kebajikan ummah dan agama Islam. Konsep ini dikenali sebagai Wakaf Berkelompok atau Wakaf Mushtarak. Pada pendapat ulama yang berkaitan saham wakaf ini, ia dikaitkan dengan maksud wakaf melalui wang tunai. Secara umumnya, ulama fiqh telah bersepakat dan mengatakan bahawa harta wakaf hendaklah sesuatu yang jelas, bernilai dan diketahui tentang harta tersebut serta dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sama ada harta itu dalam bentuk harta tak alih atau harta alih. Ulama’-ulama’ terawal didalam golongan Mazhab Hanafi membolehkan wakaf wang dirham dan dinar sebagai pengecualian atas dasar istihsan bi al-urf iaitu kebajikan atau keperluan dengan keadaan semasa. Pengamalan saham wakaf atau wakaf secara tunai ini adalah masih baru dan diterima dan seterusnya digunapakai apabila melihat kepentingan dan keperluan serta realiti kemudahan yang disediakan yang memenuhi kehendak umat Islam di Negara ini umumnya. Pewakaf berbentuk saham ini menjadi amalan yang dipakai apabila pihak Majlis Fatwa Kebangsaan umumnya dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor khususnya telah mengharuskan amalan wakaf secara saham ini. Menurut pandangan-pandangan tentang harta alih untuk dijadikan harta wakaf, secara umumnya, mazhab kebanyakannya bersepakat mengharuskan wakaf harta alih dalam pelbagai keadaan. Terhadap sifat yang ada pada harta wakaf tersebut seperti harta yang boleh dijual dan boleh memberi manfaat, harta yang bernilai, maka wakaf secara wang tunai juga termasuk sebagai harta yang harus diwakafkan. Tambahan lagi, fatwa telah dikeluarkan
  • 7. 7 adalah sebagai penguat terhadap pengamalan wakaf yang berbentuk saham ini harus digunapakai di Malaysia. 2.3 Kelebihan Wakaf Saham Wakaf saham mempunyai beberapa kelebihan antaranya ialah dapat menyediakan alternative dan kelebihan kepada masyarakat Islam khususnya untuk melakukan ibadah wakaf walaupun tanpa melibatkan wakaf berbentuk aset kekal. Dengan saham wakaf ia dilakukan melalui sumbangan wang yang diberi oleh pewakaf dengan nilai tertentu yang minimum. Seterusnya sumbangan tersebut akan diuruskan oleh pengurus melalui kehendak pewakaf sama ada dalam bentuk wakaf am atau wakaf khas. Pengurus saham wakaf akan mengagihkan kutipan saham kepada aktiviti-aktiviti yang ditentukan daripada kehendak pewakaf. Dengan ini, pewakaf hanya menyumbang beberapa jumlah wang dan pengurus saham wakaf akan menguruskannya berdasarkan tujuan dan hasrat sumbangan tersebut oleh pewakaf. Oleh dengan itu, pewakaf dapat menyumbangkan sejumlah wang dengan cara yang lebih mudah untuk berwakaf dan bukan sahaja dapat mewakafkan aset yang ada tetapi boleh menggunakan cara yang seperti berikut. Seterusnya dapat melaksanakan dan merencanakan strategi pembangunan harta-harta wakaf dan ekonomi dengan baik, bersepadu dan skop yang lebih meluas. Konsep ini akan memberi peluang kepada pengurusan saham wakaf untuk menbangunkan harta wakaf kerana dengan pembangunan ini dapat dirancang dengan tersusun dan dapat memenuhi keperluan. Bagi melakukan sesuatu aktiviti, pengurusan harta wakaf dapat mengumpulkan dana melalui sumbangan wakaf tersebut seperti pembinaan dan lain-lainnya. Justeru itu, apa-apa usaha dan aktiviti yang bersumberkan harta wakaf dapat dijalankan dengan sempurna. Tambahan lagi, daripada hasil pengumpulan tunai dapat mempertingkatkan lagi pegangan aset umat Islam dan dapat disalurkan untuk pembagunan ummah dan kepentingan agama. Kutipan saham wakaf yang dinamik dapat menaikkan lagi dana wakaf dan dengan itu, dapat memperluaskan lagi aktiviti-aktiviti berdasarkan dana wakaf tersebut. Antara aktivitinya ialah seperti membeli aset-aset tertentu digunakan untuk perkara-perkara yang menjadi tujuan dan
  • 8. 8 hasrat oleh pewakaf dalam berwakaf. Apabila perkara ini terjadi, maka dapat memberikan sumbangan yang lebih besar dalam manfaat daripadanya khususnya kepada umat Islam. Dan akhir sekali dapat membangunkan institusi wakaf yang lebih produktif dan berwibawa. Berpandukan fungsi dan matlamat tertentu dapat menggerakkan perancangan institusi wakaf. Institusi wakaf dapat terus menjayakan perancangan dan keperluan berdasarkan kepentingan dan kepeluan semasa berhubung dengan umat Islam dan bukan sahaja untuk pewakaf memenuhi hasratnya sahaja. Dalam membantu umat Islam meneruskan amalan wakaf, pihak institusi wakaf contohnya dapat juga meneruskan penyediaan kemudahan-kemudahan tertentu. Secara tidak langsung, kepercayaan akan diberikan kepada institusi wakaf dalam menguruskan wakaf-wakaf umat Islam. Melihat kelebihan-kelebihan di atas, saham wakaf dilihat sebagai satu peluang yang perlu diusahakan dan direbut dalam melahirkan kekuatan ekonomi umat Islam dalam kekuatan ummah dan memelihara kebajikan. Oleh yang demikian, dengan melaksanakan urusan berkaitan pengurusan saham wakaf dengan efisyen yang bermatlamatkan mencapai maksud dan tujuan amalan wakaf perlu diutamakan. 2.4 Perlaksanaan Wakaf Saham di Malaysia a) Saham Wakaf Pahang Satu skim yang dilancarkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada 1 Ramadhan 1419H bersamaan 20 Disember 1998 merupakan Saham Wakaf keempat yang dilancarkan di Malaysia. Beroperasi berpandukan kepada Kaedah-Kaedah Saham Wakaf 1998. Saham Wakaf Pahang merupakan satu cara berwakaf melalui wang tunai dengan cara membeli unit-unit Saham Wakaf yang ditawarkan dan mewakafkan saham-saham tersebut kepada Majlis sebagai pemegang amanah. Pewakaf tidak mendapat apa-apa dividen atau keuntungan daripada pembelian ini kerana bersifat wakaf. Unit SAham Wakaf beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 1999 di Masjid Negeri Kuantan.
  • 9. 9 Perjalanan operasi unit dikawalselia oleh satu Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatnkuasa Tabung Amanah Sham Wakaf Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Saham wakaf adalah satu Skim yang menggalakkan orang ramai membeli unit-unit saham dan mewakafkan sijil-sijil tersebut untuk selama-lamanya kerana Allah S.W.T dengan tujuan demi kepentingan dan kebajikan umat Islam. Satu tabung telah diwujudkan bagi tujuan ini dan sumbangan derma tabung ini boleh diterima dari orang bukan Islam. Skim Saham Wakaf ini, memudahkan umat Islam untuk mewakafkan harta. Unit-Unit saham yang terkumpul akan disatukan dijadikan modal untuk membeli harta kekal seperti tanah, bangunan dan sebagainya. Harga seunit Saham Wakaf ialah RM10.00 dan tiada had pembeliannya. b) Saham Wakaf Pualu Pinang Setelah itu, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) telah menubuhkan Skim Saham Wakaf Pulau Pinang pada 30 Disember 1994. Tujuan utama Skim Wakaf itu diwujudkan di negeri itu adalah bagi mengumpulkan dana untuk menyelesaikan kemelut tanah-tanah wakaf yang terbiar dan tidak berjaya dimajukan oleh MAIPP di samping pembelian aset wakaf kekal yang lain seperti tanah, bangunan dan rumah wakaf. Namun pada 18 Oktober 2002, skim ini kemudiannya digantikan dengan Skim Dana Wakaf Pulau Pinang yang bertujuan menarik lebih ramai penyertaan di kalangan masyarakat Islam setempat untuk beramal jariah. c) Saham Wakaf Terengganu Negeri Terengganu melancarkan Skim Wakaf Tunai Terengganu pada 27 Disember 2007.55 Pengamalan Skim Wakaf Tunai Terengganu adalah berpandukan kepada fatwa keharusannya yang telah dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Bagi memastikan pelaksanaannya menepati kehendak syarak, jawatankuasa ini turut mengesyorkan agar syarat minimum adalah sebanyak RM 10.00 dan orang ramai boleh mewakafkan seberapa banyak wang mengikut kemampuan masing-masing dengan lafaz (sighah) yang telah ditetapkan. Manakala bagi penyertaan wang berjumlah RM1.00 dan ke bawah, tidak perlu keluarkan sijil.
  • 10. 10 d) Saham Wakaf Persekutuan Manakala di peringkat kerajaan persekutuan, bagi menzahirkan pendirian dan kesungguhan kerajaan dalam usaha pembangunan sosioekonomi masyarakat Islam, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah diumumkan penubuhannya pada 27 Mac 2004 dan dilancarkan secara rasminya pada 8 Oktober tahun yang sama. Matlamat penubuhan JAWHAR adalah bagi memastikan pentadbiran harta wakaf, zakat dan urusan haji di seluruh negara lebih efisyen, sistematik dan berkesan. Kemudiannya kerajaan telah menubuhkan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) pada 14 Februari 2008 iaitu sebagai entiti kebangsaan yang diberi tanggungjawab mengumpul dan menyatukan sumber-sumber wakaf untuk dijadikan sumber modal ekonomi wakaf yang berpotensi tinggi. YWM juga telah melancarkan Skim Wakaf Tunai Malaysia dengan kadar penyertaan minimum RM 10.00 dengan tujuan mengumpul dana bagi membiayai pembangunan harta-harta wakaf dan pembelian aset wakaf baru yang strategik dan berdaya maju bagi kemudahan dan pembangunan sosioekonomi ummah seluruh Malaysia. Antara projek-projek menggunakan dana tersebut ialah cadangan pembangunan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (IMTIAZ), Kompleks Saudara Baru di Mukim Batu, Kuala Lumpur60 dan pembangunan Wakaf Mart dan Bazar Rakyat Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di seluruh Malaysia. 3.0 WAKAF SUKUK 3.1 Definisi Wakaf Sukuk Wakaf merupakan satu mekanisme yang terbaik untuk memanfaatkan harta yang telah diberikan secara ikhlas oleh seseorang individu untuk kemaslahatan masyarakat. Wakaf secara amnya bermaksud seseatu harta yang telah diberikan oleh seseorang kerana Allah untuk kemaslahatan dan kesenangan orang lain. Wakaf amat dituntut di dalam Islam kerana ia mengajar manusia supaya sentiasa bersedekah dan membelanjakan harta di jalan yang diredai oleh Allah. Selain itu, wakaf juga akan menjamin pahala yang berpanjangan bagi mereka
  • 11. 11 yang mewakafkan harta mereka selagi mana harta itu digunakan oleh orang ramai. Pewakaf harta boleh atau mempunyai hak untuk melantik seorang wakil yang dikehendaki untuk menjaga harta wakafnya.Wakaf pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu wakaf am dan wakaf khas. Wakaf pula boleh diberikan kepada individu tertentu atau untuk kepentingan dan kemaslahatan masyarakat. Sukuk merupakan instrument hutang yang telah dikeluarkan olek badan kerajaan, badan korporat atau badan swasta untuk mendapatkan dana tambahan bagi tujuan pembiayaan projek. Menurut AAOIFI pula, sukuk merupakan satu produk pelaburan dan merupakan sijil yang sama nilai mewakili sesuatu aset daripada sesebuah institusi atau dengan kata lain sukuk merupakan sijil amanah yang membuktikan pemilikan aset atau manfaat sesebuah badan korporat atau kerajaan. Segala modal yang telah dilaburkan hendaklah dijelaskan apabila tempoh matang telah tamat. Akan tetapi badan ini haruslah mengeluarkan sukuk yang mematuhi segala aturan syariah dan mestilah dijauhi daripada segala unsur riba bukan seperti yang telah dilakukan dan dijalankan oleh bon konvensional. Wakaf sukuk merupakan satu alternatif yang boleh dibuat oleh institusi wakaf untuk mendapatkan sesuatu pembiayaan atau menjadi dan membuat satu pelaburan untuk memajukan dan mengendalikan harta wakaf yang terbiar bagi kepentingan dan kemaslahatan masyarakat. Institusi wakaf yang mengalami penyusutan atau kekurangan dana, bolehlah menjadikan pasaran modal sebagai alternatif untuk mendapatkan pembiayaan. Selain itu, dengan adanya wakaf tunai yang telah diperkenalkan, maka institusi kewangan mempunyai wang yang mencukupi untuk membangunkan dan memulihkan harta wakaf yang terbiar dan memajukan harta wakaf yang sedia ada. Manakala, jika sesebuah institusi wakaf itu mempunyai lebihan wang, institusi tersebut bolehlah mengeluarkan sijil sukuk untuk tujuan pelaburan di mana keuntungan yang akan diperolehi daripada pelaburan tersebut akan digunakan untuk tujuan pembaikan dan pembangunan harta wakaf yang lain. Setiap harta wakaf hendaklah dijaga dan dibangunkan untuk menjamin kelestariannya. Harta wakaf juga hendaklah digunakan dan dimanfaatkan agar ianya tidak terbiar dan tidak dimanfaatkan. Selain itu juga, usaha untuk melestarikan harta wakaf hendaklah dirancang
  • 12. 12 dengan teratur serta diteliti agar risiko yang akan diterima oleh harta wakaf dapat dikurangkan. Seterusnya, dengan modal kewangan yang ada, institusi bolehlah merancang pembangunan dan kestabilan untuk harta wakaf agar ianya terus dimanfaatkan 3.2 Pembangunan Wakaf Sukuk Wakaf boleh dibangunkan meggunakan instrument kewangan yang ada di dalam pasaran modal. Pasaran modal ialah pasaran yang membolehkan syarikat atau institusi mendapatkan mendapatkan modal jangka panjang melalui alat-alat kewangan seperti sekuriti. Alat-alat kewangan tersebut secara umumnya diurusniagakan di pasaran modal bagi membolehkan para pelabur mendapatkan semula wang hasil pelaburannya atau membuat pelaburan baharu dengan membeli sekuriti seperti saham syarikat dan bon. Sebuah badan pengawal pasaran modal telah diwujudkan bagi memastikan hak dan perjalanan peserta pasaran modal terpelihara seperti tiada penipuan akan berlaku. Pasaran modal mempunyai pengurusan yang cekap dalam meguruskan modal daripada sector yang mempunyai lebihan modal kepada sector yang memerlukannya. Dalam konteks pembangunan harta wakaf, jika institusi tidak mempunyai sumber kewangan untuk membangunakan dan melestarikan harta wakaf tersebut, maka institusi tersebut bolehlah membuat pembiayaan pelaburan sebagai alternatif terbaik untuk menjamin manfaat harta wakaf. Ianya juga disebut sebagai sukuk di mana sesuatu institusi yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bolehlah mengeluarkan sijil iaitu sukuk di mana satu amaun yang dipersetujui mewakili sijil tersebut. Jadi pihak institusi bolehlah menjual sijil tersebut di pasaran modal Islam iaitu di pasaran kedua. Jika ada pihak yang ingin membeli sijil tersebut maka institusi wakaf akan mendapat sumber kewangan sepertiman di sijil tersebut. Seterusnya pembangunan harta wakaf akan dilaksanakan dan setelah siap sempurna, institusi bolehlah meniagakan manfaat harta wakaf tersebut (untuk tujuan sewaan atau pajakan) dan keuntungan akan digunakan untuk membayar kembali dan mengambil kembali sijil yang telah diniagakan. Ini juga boleh disebut sebagai qard hasan.
  • 13. 13 Selain itu, contoh Negara yang menggunakan sukuk sebagai asas pembangunan wakafnya ialah Negara Arab Saudi. Negara ini telah menggunakan konsep sukuk al-intifa’ atau wakaf saham untuk menjana pembangunan harta wakafnya. Kompleks menara zam-zam telah menggunakan konsep ini yang berasaskan kepada kontrak bina-operasi-pemindahan selama 28 tahun. Ia dilaksanakan di mana para pembeli akan membeli unit-unit di menara itu berasaskan pajakan selama 28 tahun dan sebagai pulangan, mereka akan menerima balik pelaburan mereka selepas tempoh tersebut berdasarkan keuntungan daripada aktiviti perniagaa dan sewaan menara tersebut. Contoh lain yang boleh diambil juga adalah wakaf sukuk yang telah dijalankan dan dilaksanakan oleh Negara Singapura. Seterusnya, sukuk musyarakah juga boleh digunakan untuk melestarikan harta wakaf. Musyarakah bermaksud satu konsep perkongsian antara dua individu untuk tujuan pelaburan dan mendapatkan keuntungan. Mereka berkongsi projek yang telah dipilih bersama dan mereka juga berkongsi keuntungan yang akan diperolehi mengikut persetujuan bersama. Sukuk musyarakah merupakan sijil yang membuktikan pemilikan pemegang sukuk terhadap perkongsian aset bagi aktiviti musyarakah atau pelaburan. Musyarakah ini mungkin di antara institusi wakaf dengan invidu atau institusi lain. Setelah melabur modal dengan mengggunakan sukuk musyarakah, institusi wakaf boleh menggunakan dana wakaf yang ada untuk dikembangkan lagi, jadi setiap keuntungan hasil daripada aktiviti pelaburan akan dibahagikan sesama mereka mengikut persetujuan yang telah disepakati bersama pada mulanya. Secara kesimpulannya dapatlah disimpulkan bahawa sukuk merupakan satu alternatif dan suatu instrument yang boleh digunapakai di dalam membangunkan dan melestarikan harta wakaf daripada terus terbiar tanpa apa-apa usaha untuk memajukannya. Dengan adanya instrument wakaf sukuk juga membolehkan institusi kewangan untuk membuat pembiayaan secara Islam dan menepati syariah serta dapat membuat pelaburan dan medapatkan pulangan untuk meningkatkan lagi sumber kewangan institusi wakaf. Dengan adanya instrument ini, harta wakaf bolehlah dimanfaatkan sebaiknya.
  • 14. 14 4.0 PELAN TAKAFUL WAKAF 4.1 Definisi Takaful Kata dasar bagi perkataan takaful ialah ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Takaful merupakan kata nama yang berasaldaripada kata kerja ‘takafala’, maka ianya memberi erti saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara. Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan peserta-pesertanya selaras dengan konsep ta’awun (bekerjasama). Menurut Azman, Mohamad (2010), takaful sebagaimana yang didefinisikan oleh AAOFII standard melibatkan persepakatan di antara sekumpulan individu (peserta) dengan tujuan mendapatkan perlindungan (pampasan) daripada kemudaratan/risiko tertentu dengan memberi sumbangan berdasarkan kaedah iltizam bi al-tabarru’ (beriltizam untuk melakukan tabarru„) di mana terbentuk dengannya satu tabung (takaful) yang memiliki syakhsiyyah ‘itibariyyah (satu entiti khas dari segi undang-undang) yang memiliki hak dan tanggungjawab (kewangan) sendiri bertanggungjawab membayar tuntutan pampasan kepada peserta yang mengalami kemudaratan. Ia adalah (aqad) antara peserta-peserta iaitu aqad tabarru’ (sumbangan kebajikan) dan ta’awun (kerjasama). Dalam hal ini, kesamaran dan gharar yang wujud dalam isu tuntutan ke atas risiko yang berlaku, kebarangkalian berlakunya risiko dan jumlah sumbangan peserta-peserta yang disalurkan kepada ahli yang memerlukan boleh dimaafkan. 4.2 Konsep dan Matlamat Takaful Takaful bermatlamat menyediakan khidmat sama seperti yang disediakan oleh insuran konvensional untuk pemegang polisi, dengan kaedah kerjasama yang dibenarkan oleh syarak yang bebas daripada gharar yang merosakkan aqad, riba, dan lain-lain perkara yang diharamkan.
  • 15. 15 Boleh dikatakan majoriti ulama kontemporari menganggap bahawa ia dilaksanakan di atas dasar prinsip tabarru’ dengan cara pembayaran wang penyertaan oleh peserta sebagai sumbangan samada secara keseluruhan atau separuh bagi membentuk dana takaful yang diambil daripadanya bayaran pampasan apabila berlaku kecelakaan ke atas peserta tersebut. Sebarang lebihan yang berbaki selepas pembayaran pampasan, perbelanjaan, dan pemotongan untuk rizab akan dibahagikan kepada peserta-peserta (pemegang polisi). Azman, Mohamad (2010). 4.3 Takaful Berasaskan Prinsip Wakaf Menurut Prof Madya Dr. Azman dalam penulisannya Takaful analisa ke atas konsep dan aqad (2014), beliau menyatakan bahawa takaful berdasarkan prinsip wakaf telah digunakan di Pakistan dan juga Afrika Selatan. Takaful berasaskan wakaf ialah tabarru, melalui wakaf yang merupakan salah satu dari jenis-jenis tabarru’at. Pewakaf mengeluarkan hartanya dan mewakafkannya sebagai satu sumber, serta menetapkan ke mana hasil sumber tersebut akan dibelanjakan. Ia juga menggunakan prinsip sumbangan ke atas harta wakaf yang tidak dikira sebagai wakaf. Sumbangan ke atas wakaf ini ialah ganti sumbangan yang dilakukan dengan penyertaan. Apa-apa yang diperoleh oleh peserta yang ditimpa musibah adalah melalui penggunaan sumber wakaf pada apa yang ia diwakafkan untuknya, iaitu pembayaran pampasan daripada hasil wakaf serta wang yang disumbangkan ke atas harta wakaf tersebut. Pembentukan takaful berasaskan wakaf bergantung kepada beberapa perkara berkaitan hukum-hukum wakaf, secara ringkasnya seperti berikut: a. Wakaf wang, ia adalah harus seperti yang disepakati oleh jumhur (Hanafiyyah, Malikiyyah, dan sesetengah Hanabilah), ia diwakafkan secara mudharabah, dan keuntungan yang terhasil dibelanjakan ke atas orang-orang yang diwakafkan untuk mereka, mengikut syarat-syarat wakaf. Ia juga boleh diwakafkan untuk tujuan memberi hutang.
  • 16. 16 b. Pewakaf berhak mengambil manfaat dari harta yang dia wakafkan jika ia adalah wakaf am, atau dia mensyaratkan bahawa dia berhak mengambil manafaat daripadanya bersama orang lain. Dalilnya, Uthman r.a. telah mewakafkan perigi al-Raumah dan mensyaratkan bahawa baldinya dijadikan baldi seluruh umat islam. c. Apa-apa yang disumbangkan kepada harta wakaf tidak dianggap sebagai wakaf, dan dibelanjakan ke atas orang-orang yang harta itu diwakafkan untuk mereka, serta untuk maslahah harta wakaf tersebut. d. Wakaf mesti dilakukan untuk pihak yang wujud secara berterusan, dan ini disepakati oleh fuqaha. 4.4 Malaysia Mengaplikasikan Model Waqaf Dalam Takaful Malaysia merupakan salah sebuah negara yang pernah mengaplikasikan model waqaf dalam takaful di samping negara-negara lain seperti Pakistan, Iran dan Mesir. Syarikat Takaful yang pertama di Malaysia iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad yang ditubuhkan pada 29 November 1984 merupakan perintis kepada produk waqaf dalam industri takaful di Malaysia. Pelan Takaful Waqaf telah diperkenalkan oleh Syarikat Takaful Malaysia bermula pada tahun 1997 yang menggabungkan produk Takaful di bawah kontrak Mudharabah dengan wakaf tunai diperkenalkan. Ia telah memberi manfaat kepada golongan petani, nelayan, orang kurang upaya, anak yatim, orang tua dan pelajar-pelajar kurang bernasib baik dan lain-lain. Perniagaan takaful boleh dibahagikan kepada dua iaitu Perniagaan Takaful Am dan Perniagaan Takaful Keluarga. Perniagaan Takaful Am merupakan sejenis skim perlindungan untuk harta benda yang dilindungi apabila kerugian atau kerosakan akibat daripada kejadian atau risiko tertentu, manakala Perniagaan Takaful Keluarga adalah pelan perlindungan bagi melindungi orang yang dilindungi apabila berlaku sesuatu kematian atau lain-lain bencana.
  • 17. 17 Contoh skim perlindungan di bawah Perniagaan Takaful Am adalah seperti Skim Takaful Kebakaran, Skim Takaful Kemalangan Diri, Skim Takaful Pelajar Sekolah-Sekolah Malaysia, Skim Takaful Pemilik Rumah dan Isi kandungan Rumah dan lain-lain lagi. Contoh pelan perlindungan di bawah Perniagaan Takaful Keluarga pula termasuklah Pelan Takaful Keluarga, Pelan Takaful Sihat, Pelan Takaful Siswa dan Pelan Takaful Waqaf. Pelan Takaful Waqaf ini merupakan salah satu cara lain untuk kita menggunakan harta kita ke jalan Allah selain daripada menunaikan zakat dan bersedekah. Pelan ini amat mudah dan praktikal kerana golongan yang berpendapatan rendah juga boleh menggunakan Pelan Takaful Waqaf ini. Ini adalah kerana objektif Pelan Takaful Waqaf adalah untuk memberi peluang kepada umat Islam untuk menghulurkan sumbangan di samping berbelanja. Syarikat Takaful Malaysia ada menyediakan satu pelan di mana peserta boleh menghulurkan sumbangan serendah RM10 sebulan selama 5 tahun melalui potongan gaji atau arahan tetap bank atau tunai atau cek dengan menamakan penerima wakaf yang akan menerima sumbangan tersebut. 4.5 Aqad Takaful di Antara Tabarru’ dan Mu’awadhah Apa yang berlaku apabila peserta takaful membuat sumbagan/bayaran kepada syarikat takaful ialah seolah-olah dia membeli polisi perlindungan. Dengan kata lain berlaku pertukaran di antara carumannya RM100 sebulan dengan sijil takaful yang menjanjikan perlindungan yang bernilai RM 50,000. Tabarru’ yang dibuat kelihatan sama dengan mua’wadhah, sedangkan mu‘awadhah adalah berlainan konsep dan syaratnya berbanding dengan tabarru’. Terdapat perbezaan di antara tabarru’ dan mu’awadhah yang jelas untuk dibezakan iaitu kontrak tabarru’ adalah kontrak yang melibatkan pemindahan hak milik kepada pemilik baru tanpa pampasan seperti hibah, sumbangan kebajikan, derma, wasiat, dan wakaf. Spesifikasi tabarru’ adalah seperti berikut:
  • 18. 18 (a) Asas kepada kontrak tabarru’ ialah tolak ansur dan memberi maaf. Nilai gantian wajar tidak diperlukan. Secara amnya, ia bermaksud membelanjakan harta tanpa mendapat balasan/ganjaran dunia. Oleh itu, kesamaran yang keterlaluan atau jahalah tidak mencacatkan kesasihan transaksi yang berlaku. Ini kerana perkara ini tidak akan menimbulkan perbalahan. Fuqaha telah menyebut satu kaedah fiqhiyyah (terdapat perkara yang dibenarkan dalam tabarru’ tetapi tidak dibenarkan dalam mu’awadhah). (b) Seperti yang disepakati oleh jumhur, kontrak tabarru‘ akan dikira mengikat hanya selepas berlakunya penyerahan. (c) Jahalah (ketidak tahuan) adalah dibenarkan kerana ia melibatkan pemindahan hak milik tanpa sebarang pampasan. Mu’awadhah pula, di sebaliknya merujuk kepada kontrak yang melibatkan penukaran dua nilai atau pampasan. (a) Syarat umum dalam mu’awadhah, kedua-dua pihak memperolehi keuntungan, dan tiada pihak menanggung kerugian mengikut adat, selagi mana kontrak tersebut dilakukan atas dasar redha dan persetujuan kedua belah pihak. (b) Transaksi mu‘awadhah melibatkan keuntungan atau kerugian. (c) Kontrak hanya boleh dilakukan pada benda yang mempunyai nilai dan wujud semasa pemeteraian kontrak. (d) Sifat dan perkara yang berkaitan dengan kontrak mu’awadhah perlu diketahui bagi memastikan transaksi yang berlaku sah dan terjamin. (e) Penerimaaan pampasan dan pemberian sumbangan tidak boleh digabungkan bersama dalam pelaksanaan kontrak mu’awadhah jika sumbangan tersebut sendiri bergantung dan termasuk dalam kontrak. Alasannya, tabarru‘ dan mu’awadhah berbeza sifat dan bentuk. (f) Mu’awadhah boleh melibatkan penukaran antara barang dengan barang, barang dengan wang, atau perkhidmatan dengan dengan wang (ijarah atau sewa/upah).
  • 19. 19 Dalam menentukan takyif fiqhi (konsep fiqah) yang sesuai dengan takaful, ada di kalangan ulama kontemporari yang berpendapat bahawa ia adalah tabarru’, ada juga yang mengangapnya sebagai hibah dengan syarat balasan . Kebanyakan ulama mengangap bahawa hibah dengan syarat balasan mengambil hukum jual beli (mu’awadhah). Sesetengah ulama kontemporari mempertikaikan kesahihan takaful kerana ia mengandungi maksud mu’awadhah. Di antara syarat pertukaran duit dengan duit ialah persamaan nilai pada kedua- dua aset pertukaran, tetapi syarat ini tidak berlaku pada pertukaran premium dan manfaat takaful (nilai yang berbeza). Menurut Professor Dr. Ali Qurrah Daghi, pendapat yang rajih berkenaan hubungan antara peserta-peserta dan tabung takaful ialah ia berdiri di atas konsep iltizam bi al tabarru’, atau tabarru’ yang mengambil bentuk hibah dengan syarat balasan ‫ب‬ ‫الهبت‬‫ثىاب‬ , dan al-nihd ‫الىهَد‬ . Akan tetapi beliau berpendapat bahawa takaful atau taa’min ta’awuni lebih hampir kepada konsep tabarru’ dan ta’awun daripada konsep hibah dengan syarat balasan, kerana hibah dengan balasan kadang-kadang tidak wujud padanya konsep sumbangan dan tolong- menolong, bahkan maksud asalnya adalah mendapatkan balasan, yang menyebabkan ianya hampir sama dengan jual beli. Oleh itu sebahagian besar fuqaha berpendapat bahawa ia mengambil hukum jual beli. Sebab diutamakan konsep tabarru’ kerana bayaran premium dalam takaful tidak diberikan kepada syarikat sebagai hak milik mutlak dengan jumlah manfaat takaful sebagai ganti, yang mana ia adalah konsep mu’awadhah. Akan tetapi bayaran ansuran tersebut diberikan kepada tabung tabarru’ takaful yang mana ianya dikumpulkan untuk kemaslahatan peserta. Jika terdapat lebihan daripada tabung tersebut ianya dikembalikan kepada mereka, atau pun dikumpul dan dibelanjakan pada jalan kebaikan. Lebihan takaful pula, yang dibahagikan antara peserta takaful yang berasaskan ilitizam bi al tabarru’ (selepas pembayaran pampasan, perbelanjaan, komisen, dan pembentukan rizab), ianya bergantung kepada sighah iltizam, yang menunjukkan bahawa peserta memberikan keseluruhan atau sebahagian daripada jumlah sumbangan bergantung kepada hajat. Dengan
  • 20. 20 itu apa-apa yang dikembalikan kepada peserta dari sumbangannya tidak dianggap suatu perkara terkutuk kerana ia bukannya hibah semata-mata yang menyebabkan tidak wujud lagi sebarang hubungan antara pemberi dan harta yang diberi, tetapi ia adalah iltizam bi al tabarru’ yang diatur dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Rumusannya, iltizam bi al tabarru’ yang berlaku melalui komitmen peserta membuat bayaran, dan komitmen dana membayar pampasan apabila berlaku musibah, tidak menjadikan proses ini sebagai mu‘awadhah disebabkan perbezaan-perbezaan yang telah dijelaskan, juga kerana iltizam dana takaful melakukan sumbangan adalah iltizam tergantung, kerana ia berasaskan kemungkinan; mungkin berlaku dan mungkin tidak. 4.6 Modus Operandi Takaful Wakaf 1. Syarikat takaful boleh membina satu tabung wakaf dan mengasingkan bahagian tertentu dari modal syarikat dan diwakafkan untuk peserta-peserta yang ditimpa musibah, mengikut peraturan-peraturan dana, dan dibelanjakan untuk kebajikan pada akhirnya. Proses ini termasuk dalam bab wakaf wang seperti yang telah disebut bahawa ianya sah mengikut syarak. Bahagian dalam bentuk wang yang maklum ini akan kekal dilaburkan melalui mudharabah, dan keuntungan dimasukkan ke dalam tabung untuk pelaksanaan matlamat- matlamat wakaf. 2. Dana takaful tidak dimiliki oleh mana-mana pihak, malah ia sendiri dianggap sebagai entiti yang sah di sisi undang-undang yang memungkinkannya memiliki harta dan melakukan pelaburan serta memberi milikan kepada orang lain, mengikut peraturan yang ditetapkan. 3. Pihak-pihak yang mahukan perlindungan akan menyertai keanggotaan dana dengan cara melakukan sumbangan ke atasnya mengikut peraturan yang ditetapkan.
  • 21. 21 4. Sebarang sumbangan oleh peserta dianggap bukan lagi miliknya dan menjadi milik dana wakaf, bukan sebagai harta wakaf, tetapi dianggap hak milik sumber wakaf seperti yang disebut dalam prinsip ketiga. Oleh itu, jumlah sumbangan tersebut tidak wajib disimpan sebagaimana wang wakaf, malah ia dilaburkan untuk maslahah dana, dan dibelanjakan bersama keuntungan untuk pembayaran pampasan dan tujuan-tujuan lain wakaf. 5. Penetapan syarat-syarat bagaimana peserta berhak mendapat pampasan, dan jumlah bayaran penyertaan (sumbangan) untuk setiap jenis insuran ditentukan oleh peraturan dana. Ia juga boleh ditentukan melalui penilaian aktuari seperti yang diamalkan di syarikat-syarikat insuran konvensional. 6. Sebarang pampasan yang diperolehi peserta-peserta bukanlah gantian (iwad) kepada sumbangan mereka, tetapi ia adalah pemberian khas dari dana wakaf kerana mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang diwakafkan untuk mereka, mengikut syarat-syarat wakaf. Seperti yang telah lepas, pewakaf berhak mengambil manfaat daripada sumber wakaf jika dia termasuk dalam golongan yang diwakafkan untuk mereka, dan pengambilan manfaat bukanlah ganti kepada wakaf yang dilakukannya. 7. Dana wakaf mempunyai hak mutlak ke atas harta dalam dana, mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam peraturan dana, kerana dana wakaf memiliki kesemua harta tersebut yang terdiri dari keuntungan wang wakaf dan sumbangan yang dibuat oleh peserta bersama keuntungan yang diperoleh dari pelaburan. Dana berhak meletakkan sebarang syarat untuk dirinya mengenai lebihan insuran, dan ia juga berhak memegangnya ke dalam dana sebagai rizab untuk defisit yang mungkin berlaku pada tahun-tahun hadapan. Selain itu, ia juga berhak mensyaratkan untuk dirinya dalam peraturan dana untuk membahagikan keseluruhan lebihan atau sebahagian daripadanya kepada peserta-peserta, dan mungkin ia melihat bahawa lebih elok jika lebihan itu dibahagikan kepada tiga bahagian: bahagian disimpan sebagai rizab, bahagian dibahagikan kepada peserta-peserta supaya lebih
  • 22. 22 jelas perbezaannya dari insuran konvensional, dan bahagian dibelanjakan setiap tahun untuk kebajikan bagi menzahirkan ciri-ciri wakaf dana. 4.7 Kelebihan Pemakaian Konsep Wakaf Dalam Takaful Terdapat beberapa kelebihan atau keistimewaan pemakaian konsep wakaf di dalam sistem takaful yang boleh dilihat. Antaranya ialah: 1. Memberi peluang kepada umat Islam memberi sumbangan walaupun dengan jumlah yang rendah. Takaful wakaf memberi peluang kepada umat Islam untuk mengeluarkan sumbangan walaupun dalam jumlah yang rendah. Contohnya dengan sumbangan serendah RM10 setiap satu bulan selama 5 tahun melalui beberapa cara seperti potongan gaji, arahan tetap pihak bank, tunai atau cek dengan menamakan penerima wakaf yang akan menerima sumbangan tersebut seperti produk Takaful Malaysia yang pernah ditawarkan kepada pelanggan. Kelonggaran dari segi amaun yang perlu dikeluarkan oleh peserta tidak membebankan dan membolehkan peserta menyumbang secara konsisten tanpa bebanan. 2. Bersifat bukan berorientasikan keuntungan. Jika dibandingkan dengan model Wakalah dan Mudharabah, model Wakaf adalah model bukan keuntungan yang beroperasi sepenuhnya daripada sumbangan daripada peserta yang ikhlas ingin menyumbang kepada masyarakat yang kurang berkemampuan. Model Wakaf sesuai bekerjasama dengan konsep Takaful kerana ia dibangunkan dengan tujuan untuk kebaikan dan manfaat bersama. Hal ini adalah bertepatan dengan ajaran Islam yang menuntut umatnya saling membantu bukan sahaja dari segi tenaga, bahkan dari segi pemberian wang dan harta benda. 3. Peserta juga layak menikmati sumbangan wakaf yang disumbangkan. Melalui model Wakaf dalam Takaful, peserta juga berhak menerima manfaat daripada harta yang diwakafkan jika ia adalah wakaf am atau peserta itu juga telah mensyaratkan bahawa dia juga berhak mengambil manfaat daripada dana wakaf tersebut bersama-sama orang lain.
  • 23. 23 Pewakaf berhak dari sudut hukum untuk mengambil manfaat daripada sumber wakaf jika dia termasuk dalam golongan yang diwakafkan untuknya. 4. Melaksanakan hasrat peserta Jika peserta meninggal dunia terlebih dahulu sebelum tempoh matang pembayaran yang perlu dibuat untuk menggenapkan jumlah sumbangannya yang tidak sempat dilaksanakannya, baki bagi menggenapkan jumlah sumbangan itu akan dibayar oleh pemegang dana wakaf tersebut dan akan diserahkan kepada Penerima Wakaf yang telah dinamakan. Hal ini bermakna, pengurus takaful wakaf tersebut akan melaksanakan hasrat peserta yang berniat untuk menyumbang sejumlah sumbangan tersebut walaupun peserta telah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum tempoh matang. 5. Membantu golongan yang tidak berkemampuan Produk Wakaf Takaful ini dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik yang terdiri daripada anak yatim, orang tua, golongan orang kurang upaya, dan golongan masyarakat lain yang tidak berkemampuan melalui penerima wakaf yang dinamakan. Disamping itu, sumbangan ini juga dapat membantu dari segi pendidikan pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik, pesakit-pesakit yang menderita yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan yang baik, menyumbang kepada dana masjid dan surau dan sebagainya melalui penerima wakaf yang dinamakan. 4.8 Pendapat Tentang Aplikasi Wakaf Dalam Takaful Takaful wakaf bertujuan untuk menyediakan satu bentuk tabungan untuk memudahkan setiap individu muslim mengumpulkan wang secara beransur-ansur untuk ditinggalkan sebagai amal jariah sesuai dengan amalan wakaf. Polisi bagi produk takaful wakaf adalah penyumbang membayar sejumlah wang pada tempoh yang telah ditetapkan kepada syarikat untuk penyimpanan. Apabila polisi mencapai tempoh matang, hasil akan sama ada ditujukan kepada badan amal Islam atau bergantung kepada pilihan penderma.
  • 24. 24 Dalam keadaan ini, Ulama Muhammad Taqi Usmani berpendapat bahawa model wakaf sebenarnya lebih selari dengan konsep asas Takaful yang menggambarkan rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta. Hal ini demikian kerana dana wakaf adalah dikumpulkan berdasarkan sumbangan awal daripada modal peserta untuk membantu umat Islam yang memerlukan. Beliau menganggap dana model wakaf ini sebagai entiti yang sah di sisi undang-undang sedangkan dana takaful sememangnya mempunyai status entiti undang-undang. Sumbagan dana ini bukan berasaskan keuntungan tetapi dikendalikan untuk menjaga kebajikan bersama di mana penyumbang rela memberikan kepada ahli masyarakat yang kurang bernasib baik. Selain itu, melalui aplikasi model wakaf dalam takaful, isu keesahan dan masalah teknikal dapat dielakkan dan ia menjadi suatu entiti berasingan dengan wujudnya hak pemilikan ke atas sumbangan dana tertakluk kepada terma yang telah dipersetujui, khususnya dalam pengendalian pelaburan, pampasan dan status jumlah yang berlebihan. Takaful model wakaf ini boleh menyediakan kemudahan kepada masyarakat khususnya peserta-peserta takaful supaya mengatur perancangan kewangan mereka agar derma boleh disumbangi melalui kaedah waqaf kepada mana-mana pihak yang memerlukan bantuan kewangan tersebut. Dengan perakuan waqaf, semua jenis perolehan manfaat akan dibayar terus oleh Takaful kepada institusi yang dinamakan peserta untuk menerima wakafnya. Melalui pelan Takaful wakaf, peserta mampu mewakafkan perolehan manfaat takafulnya sebagai jariah yang bakal ditinggalkan apabila peserta meninggal dunia. Ulama mempunyai beberapa pendapat mengenai amalan wakaf jenis ini. Secara umumnya di dalam ibadah wakaf, Ulama Fiqh telah bersepakat bahawa harta wakaf itu hendaklah sesuatu yang bernilai, jelas dan diketahui tentang harta tersebut serta dimiliki sepenuhnya oleh pemiliknya. Pembentukan takaful berasaskan wakaf bergantung pada beberapa perkara
  • 25. 25 berkaitan hukum wakaf. Majoriti ulama iaitu fuqaha mazhab Hanafi, Maliki dan sebahagian fuqaha mazhab Hanbali bersepakati bahawa wakaf wang adalah hukum harus. 5.0 PENGKORPORATAN WAKAF 5.1 Pengenalan Pengkorporatan Wakaf Wakaf adalah sesuatu yang amalan yang baik dan sangat dituntut dalam Islam dimana selagi barang atau manfaatnya masih digunakan, ia dapat menyalurkan pahala yang berterusan kepada pewakaf. Pada zaman ini, salah satu wakaf yang digunakan adalah wakaf korporat dimana ia telah diperkenalkan oleh Tan Sri Dato’ Muhammad Ali bin Haji Hashim iaitu Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan juga bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation. 5.2 Konsep Pengkorporatan Wakaf Wakaf korporat merujuk kepada suatu aspek pengurusan harta-harta wakaf yang berbentuk harta alih seperti tunai, saham syarikat dan dividen saham yang diurus tadbir secara penuh oleh entiti korporat ataupun secara kerjasama di antara syarikat korporat dan pihak berkuasa wakaf (Magda 2013). Diantara elemen penting bagi struktur wakaf korporat adalah aset wakaf di dalam bentuk harta alih, manakala pemegang amanah wakaf iaitu syarikat korporat adalah merupakan mutawalli dan juga penerima harta wakaf (Asharaf & Abdullaah 2013). Terminologi wakaf korporat pertama kali digunakan oleh Johr Corporation (JCorp) yang melancarkan Wakaf Korporat pada tahun 2006 dengan mewakafkan saham miliknya yang bernilai RM200 juta di dalam anak syarikatnya iaitu Kulim (M) berhad, KPJ Healthcare Berhad dan Johor Land (JCorp 2006; Muhammad Ali Hashim 2011). Wakaf An-Nur Corporation (WANCorp) iaitu anak syarikat JCorp telah dipertanggungjawabkan mengurus wakaf korporat yang memberikan fokus kepada aspek kesihatan melalui rangkaian Klinik Wakaf An-Nur dan Hospital Wakaf An-Nur (Asharaf & Abdullaah 2012; Hajah Mustafa et.al 2009). Pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berkenaan dikenakan caj yang minima iaitu Ringgit Malaysia (RM5) sahaja dan pesakit-pesakit tediri daripada yang beragama Islam dan lain-lain.
  • 26. 26 Terdapat syarikat-syarikat korporat di beberapa Negara yang telah melibatkan diri di dalam pengurusan harta wakaf terutamanya yang melibatkan sektor pendidikan dan kesihatan. Dua konglomerat terkemuka di Turki umpamanya seperti seperti Koc Holdings yang memiliki sekitar 500 anak syarikat melalui Koc Foundation dan Sabanci Holdings melalui Sabanci Foundation telah melibatkan secara langsung di dalam membiayai penubuhan universiti dan sekolah wakaf (Cizaska 2011). Manakala di Pakistan Hamdard Laboratories iaitu sebuah syarikat berkaitan farmaseutikal telah menubuhkan Hamdard Foundation yang bertujuan untuk menguruskan dan menyalurkan dana wakaf kepada penerima-penerima yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan orang miskin (Hamdard Foundation 2013). Jika diteliti, ketiga-tiga entiti korporat di atas telah menubuhkan Yayasan Amanah mereka sendiir bagi mengurus dan mentadbir aset-aset wakaf mereka. Di Bangladesh, sebuah institusi perbankan iaitu Social Investment Bank of Bangladesh (SIBL) bermula pada tahun 1995 telah memperkenalkan skim pembiayaan mikro yang berasaskan wakaf. Skim yang dikenali sebagai “cash waqf certificate” memberi peluang kepada individu dan organisasi untuk berwakaf secara tunai dan sejumlah wang yang dikumpulkan dan diagihkan kepada individu-individu yang layak untuk memulakan pembiayaan kecil sederhana (PKS) (Mannan 1999). Pembiayaan mikro berasaskan wakaf tunai yang dilaksanakan oleh SIBL telah membantu usahawan-usahawan Islam di Bangladesh memulakan perniagaan mereka. Selain aspek pendidikan dan kesihatan, entiti korporat di Malaysia seperti Tabung Haji Properties (TH Properties) dan UDA Holdings pula bekerjasam dengan Majlis Agama Islam Negeri selaku pemegang amanah tunggal wakaf di negeri-negeri di dalam membangunkan dan menguruskan hartanah-hartanah wakaf. TH Properties telah bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan utuk menguruskan Menara Bank Islam yang merupakan aset wakaf yang telah dibangunkan dan disewakan kepada Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 2011 (Bank Islam 2011).
  • 27. 27 UDA Holdings pula telah terbabit secrara langsug dengan pembanguna harta wakaf di negeri Pulau Pinang iaitu yang dikenali sebagai Wakaf Seete Aisyah. Melalui perjanjian dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), UDA Holdings telah diamanahkan untuk membangunkan tanah wakaf tersebut dan ianya telah berjaya dilaksanakan dan diserahkan semula kepada MAIPP pada tahun 2012. Namun, melihat kepada kepda peranan entiti korporat yang terbabit hanya bertindak sebagai pemaju dan pengurus hartanah wakaf maka ianya tidaklah termasuk di dalam wakaf korporat. Pada September 2012 buat julung-julung kalinya sebuah syarikat kewangan Islam iaitu Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah bekerjasama dengan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) memperkenalkan skim wakaf tunai yang dikenali sebagai Wakaf Selangor Muamalat. Mellui kerjasama ini, BMMB dan PES adalah merupakan pengurus bersama aset wakaf yang diperolehi melalui pembelian sijil wakaf tunai yang boleh dilakukan di mana-mana cawangan BMMB. Selain itu sumbangan wakaf boleh juga dilakukan melalui perbankan internet, potongan bulanan dan arahan bayaran berkala (BMMB 2012). Perlu juga ditegaskan bahawa penglibatan sektor korporat di dalam pengurusan dan pentadbiran wakaf akan dapat membantu memperbaiki imej dan persepsi masyarakat terhadap institusi wakaf yang dianggap tidak mempunyai tadbir urus yang cekap di dalam pengurusan aset-aset wakaf. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf di negeri-negeri didapati tidak mempunyai staf yang cukup, terlatih dan berpengalaman di dalam mengurus sejumlah besar aset wakaf (Siti Mashitoh 2006). Aspek dokumentasi juga telah mengakibatkan terdapat tanah-tanah wakaf yang menjadi rebutan antara pewaris-pewaris dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) kerana nama pemiliktanah belum ditukar walaupun telah diwakafkan dan apabila berlaku kematian, pewaris menganggap hartanah tersebut merupakan faraid (Wan Abdul Halim 2012). Perbincangan di atas telah menunjukkan bahawa wakaf korporat iaitu aset-aset wakaf yang diurus dan ditadbir oleh entiti korporat semakin mendapat sambutan daripada syarika-syarikat korporat.