SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
Apakah perbankan Islam?
Perbankan Islam di Malaysia
Pematuhan prinsip Syariah
Konsep Syariah dalam perbankan Islam
Soalan Lazim
Glosari
Kandungan
1
2
10
12
infoperbankanbankinginfo
1
Buku kecil ini menerangkan konsep asas dan prinsip perbankan Islam.
Apakah perbankan Islam?
Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan
Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah
dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang
sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha
daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).
Perbankan Islam di Malaysia
• Bank Islam pertama ditubuhkan di Malaysia pada 1983.
• Pada tahun 1993, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan menawarkan produk dan perkhidmatan
perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (Bank SPI).
• Bank SPI perlu memisahkan dana dan aktiviti transaksi perbankan Islam daripada perniagaan perbankan
konvensional.
• Anda boleh mengenal pasti perbankan Islam atau bank SPI melalui logo di bawah:
infoperbankanbankinginfo
2
Konsep Syariah dalam perbankan Islam
Konsep asas Syariah adalah seperti yang berikut:
Wadi`ah (Simpanan)
Wadi`ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanah. Di dalam kontrak ini, pelanggan
akan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang
yang disimpan oleh pelanggannya.
Pematuhan prinsip Syariah
Semua bank Islam dan bank-bank SPI perlu menubuhkan jawatankuasa Syariah bagi membimbing mengenai hal-hal
Syariah dan memastikan bahawa fungsi bank tersebut adalah mematuhi kehendak Syariah. Selain daripada itu, nasihat
Majlis Penasihat Syariah iaitu badan Syariah tertinggi yang ditubuhkan di Bank Negara Malaysia boleh diperoleh bagi
memastikan keseragaman dalam pendapat dan amalan.Ahli-ahli jawatankuasa Syariah dan Majlis Penasihat Syariah
kebanyakannya terdiri daripada para cendekiawan dan pakar Syariah dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.
infoperbankanbankinginfo
3
Mekanisme operasi Wadi’ah adalah seperti berikut:-
1) Anda mendeposit wang di bank dan bank menjamin wang
tersebut akan dipulangkan kepada anda.
2) Anda boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.
3) Bank mungkin mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit
pelanggan dan membayar hibah (hadiah) jika perlu.
4) Konsep ini lazimnya diguna pakai di dalam aktiviti
penyimpanan deposit, khidmat pemegang amanah dan peti
simpanan deposit.
Anda
1
2
B
A
N
K
Ketahui konsep
Syariah yang dipakai
dan fahami hak dan
tanggungjawab anda
infoperbankanbankinginfo
4
Mudarabah (Perkongsian keuntungan)
Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara
dua pihak, iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan
menyediakan dana bagi pengusaha untuk menjalankan usaha niaga
dan mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana yang dilaburkan
dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah perkongsian
untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh digunakan
dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara: antara bank
(sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai
pemilik modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialami akan
ditanggung oleh pemilik modal.
1) Anda menyediakan dana kepada bank setelah bersetuju
dengan terma dalam perjanjian Mudarabah.
2) Bank melaburkan dana ke dalam aset atau usaha niaga yang
dipersetujui.
3) Perniagaan mungkin mengalami keuntungan atau kerugian.
4) Keuntungan akan dikongsi di antara anda dengan bank
berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah
dipersetujui.
5) Kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal. Ini akan
mengurangkan nilai aset/ pelaburan dan seterusnya amaun
dana yang telah anda laburkan di bank.
Mekanisme operasi Mudarabah adalah
seperti berikut:-
Anda
Keuntungan/
Kerugian
1
34
5
B
A
N
K
Pelaburan/ Aset
2
+ -
infoperbankanbankinginfo
5
Bai’ Bithaman Ajil – BBA (Penjualan dengan harga tertangguh)
Ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta
dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.
Mekanisme operasi Bai’ Bithaman Ajil adalah seperti berikut:-
1) Anda memilih suatu aset yang ingin dibeli.
2) Anda dapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada harga jualan yang
telah termasuk keuntungan.
3) Bank membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai.
4) Hak milik aset berpindah tangan kepada bank.
5) Bank menjual aset itu kepada anda dan menyerah hak milik aset kepada anda pada harga jualan tertangguh yang
telah termasuk keuntungan.
6) Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh yang telah dipersetujui.
Pemilik
Aset
Anda
1 3 4
5
2
6
B
A
N
K
infoperbankanbankinginfo
6
Murabahah (Kos tambah)
Seperti mana BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan di antara penjual dan
pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh
kedua-dua pihak. Bagaimanapun, dalam Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli
kos sebenar aset dan margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.
Musyarakah (Usaha sama)
Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada perkongsian atau usaha
sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi
oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya
dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang dialami
akan dikongsi berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.
Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli)
IjarahThumma Bai’ lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya
pembiayaan kenderaan.Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/
penyewaan) dan kontrak Bai’ (jual beli). Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara
berasingan dengan turutan yang betul seperti yang digambarkan di diagram di muka surat 7.
infoperbankanbankinginfo
7
Penjual Kereta
Anda
1 3 4
5
7
2
6
B
A
N
K
1) Anda memilih kereta yang ingin dibeli.
2) Anda memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut, membayar deposit kereta berkenaan dan berjanji
akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut.
3) Bank menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual.
4) Penjual kereta memberi hak milik kereta kepada bank.
5) Bank memajakkan kereta tersebut kepada anda.
6) Anda membayar sewa Ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.
7) Pada akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta tersebut kepada anda pada harga yang telah dipersetujui.
Mekanisme operasi Ijarah Thumma Bai’ adalah seperti berikut:-
infoperbankanbankinginfo
8
Wakalah (Agensi)
Ini merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik pihak lain bagi
bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas-tugas khusus. Pihak
yang menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fi atas perkhidmatannya.
Contoh
Seorang pelanggan meminta bank membuat pembayaran kepada pihak lain
di bawah syarat-syarat tertentu. Dalam hal ini, bank ialah ejen yang diberikan
kuasa untuk melaksanakan transaksi kewangan bagi pihak pelanggan dan bank
akan dibayar fi atas perkhidmatannya.
Qard (Kontrak hutang)
Di bawah perjanjian ini, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas semangat
ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar sahaja.
Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membayar lebih berdasarkan budi bicaranya
(tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda penghargaan kepada pemberi
pinjaman.
Contoh
Pemberi pinjaman meminjamkan sebanyak RM5,000 kepada peminjam
berdasarkan Qard akan mengharapkan peminjam memulangkan sebanyak
RM5,000 kepadanya kelak pada masa yang dipersetujui.
infoperbankanbankinginfo
9
Hibah (Ganjaran)
Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai balasan kepada manfaat yang
diterima.
Contoh
Dalam simpanan yang beroperasi di bawah Wadi`ah, bank lazimnya membayar
kepada penyimpan Wadi`ah hibah walaupun pemegang akaun hanya ingin
membuat simpanan mereka di bank.
Sentiasa mendapat
penerangan lanjut
daripada bank anda
terhadap sebarang
kemusykilan
infoperbankanbankinginfo
10
Soalan Lazim
S: Adakah perbankan Islam hanya untuk orang Islam sahaja?
J: Tidak.Perbankan Islam adalah untuk semua individu tanpa mengira kepercayaan agama mereka.
S: Apakah perbezaan antara perbankan Islam dengan konvensional?
J: Perbezaan utama di antara perbankan Islam dan perbankan konvensional ialah perbankan Islam mesti berlandaskan
Syariah.Perbankan Islam juga mesti mengelakkan aktiviti seperti riba’,gharar (ketidakpastian yang berlebihan),perjudian
dan penipuan.Sebagai contoh,di dalam kes pembiayaan,sebagai ganti kepada caj faedah yang dikenakan ke atas
pembiayaan yang diberikan,institusi perbankan Islam sebaliknya menyediakan pembiayaan berdasarkan kontrak
musyarakah atau perkongsian untung dan rugi.
S: Bagaimana bank Islam dan SPI memberi ganjaran kepada penyimpan sedangkan pembayaran faedah tidak
dibenarkan?
J: Dalam Syariah,terdapat banyak cara untuk berkongsi keuntungan atau pulangan di antara bank dan pelanggan.
Contohnya, dalam produk deposit,bank dan pendeposit akan berkongsi keuntungan berdasarkan nisbah yang
dipersetujui dan dibayar sebagai dividen.Bank juga dibenarkan untuk memberi hibah (ganjaran) kepada pendeposit
sekiranya ia bersesuaian.
infoperbankanbankinginfo
11
S: Di mana boleh saya dapatkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam?
J: Produk dan perkhidmatan perbankan Islam ditawarkan di semua bank yang mempunyai logo perbankan Islam seperti
yang di bawah:-
Senarai maklumat terkini bank-bank yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam terdapat di laman
web Bank Negara Malaysia www.bnm.gov.my.
S: Di manakah saya boleh membuat aduan jika saya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh
bank Islam atau bank SPI?
J: Anda boleh menghubungi bank anda jika anda mempunyai sebarang aduan.Semua bank Islam dan bank SPI telah
menubuhkan Unit Aduan masing-masing bagi menangani aduan pelanggan. Anda boleh mendapatkan maklumat
mengenai pihak yang boleh dihubungi,nombor telefon dan alamat e-mel Unit Aduan bank daripada laman web Bank
Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang cara membuat aduan,sila baca risalah mengenai
“Membuat Aduan”.
infoperbankanbankinginfo
12
Glosari
Gharar - Unsur penipuan atau keadaan ketidakpastian yang boleh membawa kepada pertelingkahan
dalam kontrak. Suatu elemen yang mesti dielakkan di dalam perjanjian perbankan Islam
kerana gharar yang berlebihan akan membuat kontrak menjadi batal dan tidak sah.
Riba’ - Amaun yang dibayar atau diterima melebihi prinsipal dalam kontrak pinjaman.
Syariah - Undang-undang Islam yang berteraskan pelbagai sumber – Al-Quran, Hadis,As-Sunnah, ijma’
(pandangan yang dipersetujui secara kolektif oleh ulama Syariah), qiyas (analogi) dan
ijtihad (pendapat para mujtahid).
Perbankan islam
Perbankan islam

More Related Content

What's hot

al-ijarah thumma al-bay (AITAB)
al-ijarah thumma al-bay (AITAB)al-ijarah thumma al-bay (AITAB)
al-ijarah thumma al-bay (AITAB)Badriah Nordin
 
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafieBab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafiewmkfirdaus
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.jimoh370
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamMahyuddin Khalid
 
1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual belishahirah44
 
Pengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalatPengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalatShahidan Aziz
 
Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.jimoh370
 
Perbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan Islam
Perbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan IslamPerbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan Islam
Perbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan Islamأمير الشفيق
 
Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...
Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...
Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...Intan Muhammad
 

What's hot (20)

al-ijarah thumma al-bay (AITAB)
al-ijarah thumma al-bay (AITAB)al-ijarah thumma al-bay (AITAB)
al-ijarah thumma al-bay (AITAB)
 
Riba
RibaRiba
Riba
 
Pelaburan (Mudhabarah)
Pelaburan (Mudhabarah)Pelaburan (Mudhabarah)
Pelaburan (Mudhabarah)
 
MUDHARABAH DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM
MUDHARABAH DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAMMUDHARABAH DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM
MUDHARABAH DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM
 
Al ijarah
Al ijarahAl ijarah
Al ijarah
 
Slide i tab
Slide i tabSlide i tab
Slide i tab
 
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafieBab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
 
Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)
 
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
 
Syuf'ah
Syuf'ahSyuf'ah
Syuf'ah
 
Jual beli salam
Jual beli salamJual beli salam
Jual beli salam
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam Islam
 
Kontrak sewa (al ijarah)
Kontrak sewa (al ijarah)Kontrak sewa (al ijarah)
Kontrak sewa (al ijarah)
 
1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli
 
Pengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalatPengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalat
 
Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.
 
Jaminan (Kafalah)
Jaminan (Kafalah)Jaminan (Kafalah)
Jaminan (Kafalah)
 
Perbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan Islam
Perbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan IslamPerbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan Islam
Perbankan Islam - Konsep Syariah dalam Perbankan Islam
 
Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...
Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...
Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...
 

Similar to Perbankan islam

Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Nazie War
 
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)Fatimah Shukur
 
Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3amm_kmz
 
Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2seethor
 
Praktis Perbankan Islam
Praktis Perbankan IslamPraktis Perbankan Islam
Praktis Perbankan IslamAzim Ismail14
 
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal KonvensionalPerbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensionalmandalina landy
 
Bab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendalianBab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendaliansurayahhusein
 
Bab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendalianBab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendaliangangga satyanarain
 
Bab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendalianBab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendaliangangga satyanarain
 
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...Izzuddin Norrahman
 
Ekonomi - Institut bukan bank
Ekonomi - Institut bukan bankEkonomi - Institut bukan bank
Ekonomi - Institut bukan bankNur Az
 

Similar to Perbankan islam (20)

Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)Pkh perdagangan(bab 2)
Pkh perdagangan(bab 2)
 
Perbankan
PerbankanPerbankan
Perbankan
 
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
 
Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3
 
Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2
 
Praktis Perbankan Islam
Praktis Perbankan IslamPraktis Perbankan Islam
Praktis Perbankan Islam
 
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal KonvensionalPerbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
 
Sistem perbankan
Sistem perbankanSistem perbankan
Sistem perbankan
 
IOC7002Takaful.ppt
IOC7002Takaful.pptIOC7002Takaful.ppt
IOC7002Takaful.ppt
 
Bab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendalianBab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendalian
 
Takaful
TakafulTakaful
Takaful
 
Bab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendalianBab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendalian
 
Bab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendalianBab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendalian
 
Sme produk
Sme produkSme produk
Sme produk
 
Sme produk
Sme produkSme produk
Sme produk
 
islam dan perniagaan
islam dan perniagaanislam dan perniagaan
islam dan perniagaan
 
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
 
Ekonomi - Institut bukan bank
Ekonomi - Institut bukan bankEkonomi - Institut bukan bank
Ekonomi - Institut bukan bank
 
SISTEM PERBANKAN DAN SUMBER KEWANGAN LAIN
SISTEM PERBANKAN DAN SUMBER KEWANGAN LAINSISTEM PERBANKAN DAN SUMBER KEWANGAN LAIN
SISTEM PERBANKAN DAN SUMBER KEWANGAN LAIN
 
SISTEM PERBANKAN
SISTEM PERBANKANSISTEM PERBANKAN
SISTEM PERBANKAN
 

Perbankan islam

  • 1.
  • 2. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam Soalan Lazim Glosari Kandungan 1 2 10 12
  • 3. infoperbankanbankinginfo 1 Buku kecil ini menerangkan konsep asas dan prinsip perbankan Islam. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad). Perbankan Islam di Malaysia • Bank Islam pertama ditubuhkan di Malaysia pada 1983. • Pada tahun 1993, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (Bank SPI). • Bank SPI perlu memisahkan dana dan aktiviti transaksi perbankan Islam daripada perniagaan perbankan konvensional. • Anda boleh mengenal pasti perbankan Islam atau bank SPI melalui logo di bawah:
  • 4. infoperbankanbankinginfo 2 Konsep Syariah dalam perbankan Islam Konsep asas Syariah adalah seperti yang berikut: Wadi`ah (Simpanan) Wadi`ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanah. Di dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang yang disimpan oleh pelanggannya. Pematuhan prinsip Syariah Semua bank Islam dan bank-bank SPI perlu menubuhkan jawatankuasa Syariah bagi membimbing mengenai hal-hal Syariah dan memastikan bahawa fungsi bank tersebut adalah mematuhi kehendak Syariah. Selain daripada itu, nasihat Majlis Penasihat Syariah iaitu badan Syariah tertinggi yang ditubuhkan di Bank Negara Malaysia boleh diperoleh bagi memastikan keseragaman dalam pendapat dan amalan.Ahli-ahli jawatankuasa Syariah dan Majlis Penasihat Syariah kebanyakannya terdiri daripada para cendekiawan dan pakar Syariah dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.
  • 5. infoperbankanbankinginfo 3 Mekanisme operasi Wadi’ah adalah seperti berikut:- 1) Anda mendeposit wang di bank dan bank menjamin wang tersebut akan dipulangkan kepada anda. 2) Anda boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa. 3) Bank mungkin mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit pelanggan dan membayar hibah (hadiah) jika perlu. 4) Konsep ini lazimnya diguna pakai di dalam aktiviti penyimpanan deposit, khidmat pemegang amanah dan peti simpanan deposit. Anda 1 2 B A N K Ketahui konsep Syariah yang dipakai dan fahami hak dan tanggungjawab anda
  • 6. infoperbankanbankinginfo 4 Mudarabah (Perkongsian keuntungan) Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak, iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara: antara bank (sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik modal. 1) Anda menyediakan dana kepada bank setelah bersetuju dengan terma dalam perjanjian Mudarabah. 2) Bank melaburkan dana ke dalam aset atau usaha niaga yang dipersetujui. 3) Perniagaan mungkin mengalami keuntungan atau kerugian. 4) Keuntungan akan dikongsi di antara anda dengan bank berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui. 5) Kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal. Ini akan mengurangkan nilai aset/ pelaburan dan seterusnya amaun dana yang telah anda laburkan di bank. Mekanisme operasi Mudarabah adalah seperti berikut:- Anda Keuntungan/ Kerugian 1 34 5 B A N K Pelaburan/ Aset 2 + -
  • 7. infoperbankanbankinginfo 5 Bai’ Bithaman Ajil – BBA (Penjualan dengan harga tertangguh) Ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran. Mekanisme operasi Bai’ Bithaman Ajil adalah seperti berikut:- 1) Anda memilih suatu aset yang ingin dibeli. 2) Anda dapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada harga jualan yang telah termasuk keuntungan. 3) Bank membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai. 4) Hak milik aset berpindah tangan kepada bank. 5) Bank menjual aset itu kepada anda dan menyerah hak milik aset kepada anda pada harga jualan tertangguh yang telah termasuk keuntungan. 6) Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh yang telah dipersetujui. Pemilik Aset Anda 1 3 4 5 2 6 B A N K
  • 8. infoperbankanbankinginfo 6 Murabahah (Kos tambah) Seperti mana BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan di antara penjual dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bagaimanapun, dalam Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli kos sebenar aset dan margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat. Musyarakah (Usaha sama) Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada perkongsian atau usaha sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang dialami akan dikongsi berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi. Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli) IjarahThumma Bai’ lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan.Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/ penyewaan) dan kontrak Bai’ (jual beli). Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara berasingan dengan turutan yang betul seperti yang digambarkan di diagram di muka surat 7.
  • 9. infoperbankanbankinginfo 7 Penjual Kereta Anda 1 3 4 5 7 2 6 B A N K 1) Anda memilih kereta yang ingin dibeli. 2) Anda memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut, membayar deposit kereta berkenaan dan berjanji akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut. 3) Bank menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual. 4) Penjual kereta memberi hak milik kereta kepada bank. 5) Bank memajakkan kereta tersebut kepada anda. 6) Anda membayar sewa Ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. 7) Pada akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta tersebut kepada anda pada harga yang telah dipersetujui. Mekanisme operasi Ijarah Thumma Bai’ adalah seperti berikut:-
  • 10. infoperbankanbankinginfo 8 Wakalah (Agensi) Ini merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik pihak lain bagi bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas-tugas khusus. Pihak yang menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fi atas perkhidmatannya. Contoh Seorang pelanggan meminta bank membuat pembayaran kepada pihak lain di bawah syarat-syarat tertentu. Dalam hal ini, bank ialah ejen yang diberikan kuasa untuk melaksanakan transaksi kewangan bagi pihak pelanggan dan bank akan dibayar fi atas perkhidmatannya. Qard (Kontrak hutang) Di bawah perjanjian ini, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas semangat ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membayar lebih berdasarkan budi bicaranya (tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman. Contoh Pemberi pinjaman meminjamkan sebanyak RM5,000 kepada peminjam berdasarkan Qard akan mengharapkan peminjam memulangkan sebanyak RM5,000 kepadanya kelak pada masa yang dipersetujui.
  • 11. infoperbankanbankinginfo 9 Hibah (Ganjaran) Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai balasan kepada manfaat yang diterima. Contoh Dalam simpanan yang beroperasi di bawah Wadi`ah, bank lazimnya membayar kepada penyimpan Wadi`ah hibah walaupun pemegang akaun hanya ingin membuat simpanan mereka di bank. Sentiasa mendapat penerangan lanjut daripada bank anda terhadap sebarang kemusykilan
  • 12. infoperbankanbankinginfo 10 Soalan Lazim S: Adakah perbankan Islam hanya untuk orang Islam sahaja? J: Tidak.Perbankan Islam adalah untuk semua individu tanpa mengira kepercayaan agama mereka. S: Apakah perbezaan antara perbankan Islam dengan konvensional? J: Perbezaan utama di antara perbankan Islam dan perbankan konvensional ialah perbankan Islam mesti berlandaskan Syariah.Perbankan Islam juga mesti mengelakkan aktiviti seperti riba’,gharar (ketidakpastian yang berlebihan),perjudian dan penipuan.Sebagai contoh,di dalam kes pembiayaan,sebagai ganti kepada caj faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan yang diberikan,institusi perbankan Islam sebaliknya menyediakan pembiayaan berdasarkan kontrak musyarakah atau perkongsian untung dan rugi. S: Bagaimana bank Islam dan SPI memberi ganjaran kepada penyimpan sedangkan pembayaran faedah tidak dibenarkan? J: Dalam Syariah,terdapat banyak cara untuk berkongsi keuntungan atau pulangan di antara bank dan pelanggan. Contohnya, dalam produk deposit,bank dan pendeposit akan berkongsi keuntungan berdasarkan nisbah yang dipersetujui dan dibayar sebagai dividen.Bank juga dibenarkan untuk memberi hibah (ganjaran) kepada pendeposit sekiranya ia bersesuaian.
  • 13. infoperbankanbankinginfo 11 S: Di mana boleh saya dapatkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam? J: Produk dan perkhidmatan perbankan Islam ditawarkan di semua bank yang mempunyai logo perbankan Islam seperti yang di bawah:- Senarai maklumat terkini bank-bank yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam terdapat di laman web Bank Negara Malaysia www.bnm.gov.my. S: Di manakah saya boleh membuat aduan jika saya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh bank Islam atau bank SPI? J: Anda boleh menghubungi bank anda jika anda mempunyai sebarang aduan.Semua bank Islam dan bank SPI telah menubuhkan Unit Aduan masing-masing bagi menangani aduan pelanggan. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai pihak yang boleh dihubungi,nombor telefon dan alamat e-mel Unit Aduan bank daripada laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang cara membuat aduan,sila baca risalah mengenai “Membuat Aduan”.
  • 14. infoperbankanbankinginfo 12 Glosari Gharar - Unsur penipuan atau keadaan ketidakpastian yang boleh membawa kepada pertelingkahan dalam kontrak. Suatu elemen yang mesti dielakkan di dalam perjanjian perbankan Islam kerana gharar yang berlebihan akan membuat kontrak menjadi batal dan tidak sah. Riba’ - Amaun yang dibayar atau diterima melebihi prinsipal dalam kontrak pinjaman. Syariah - Undang-undang Islam yang berteraskan pelbagai sumber – Al-Quran, Hadis,As-Sunnah, ijma’ (pandangan yang dipersetujui secara kolektif oleh ulama Syariah), qiyas (analogi) dan ijtihad (pendapat para mujtahid).