Your SlideShare is downloading. ×
Peranan komputer
Peranan komputer
Peranan komputer
Peranan komputer
Peranan komputer
Peranan komputer
Peranan komputer
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Peranan komputer

1,098

Published on

Published in: Technology, Economy & Finance
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,098
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
37
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PengenalanEra perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan.Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu dayausaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadapperkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripadasesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran,kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atasalasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untukmengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agendaperancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia SuperCorridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dankepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkanjurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologiterkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).Pengajaran Berbantukan KomputerPerubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akanmerubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin,1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum matematik juga tidak dapat lari daripada arusteknologi ini ( Fatimah & Munirah, 1995; PPK, 1993;Nik Azis, 1989). Pendidikankomputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 );1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraankomputer2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data memproses data penyelidikan memproses perkataan3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran pengaturan murid pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcarakomputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantuseseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untukmenyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentukoleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisianmelalui terminal (Nik Azis,1989).Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagaitutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guruberperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara
  • 2. (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd.Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial,permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).Komputer Dalam Pendidikan MatematikPenggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang danmemperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang lalu, NCTM (NationalCouncil of Teachers of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaranmatematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft(1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematikbukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaankomputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik.Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaranmatapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagianterpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematiktidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaianmasalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harusditerjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan.Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadapstruktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telahmenyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar.Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Al Ghamdi,1987; Lim, 1989 ).Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson andLandersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati : pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.Kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan matematikkhususnya, pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah disebabkan olehkos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang sedikit,kemahiran dan pengetahuan tentang komputer yang rendah dan tidak kurang jugakebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik ( PPK, 1993 ). Walaubagaimanapun keadaan tersebut telah berubah, di mana harga komputer telah
  • 3. banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telahdan sedang dianjurkan oleh pihak kementerian untuk memberi kesedaran,keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer.Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakanaktiviti-aktiviti berikut Penghasilan Bahan Kurikulum Latih Tubi Tutorial Ulangkaji Pemulihan dan Pengayaan Simulasi Pengiraan Alat Bantu Mengajar TuteePenggunaan spreadsheetTerdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaranmatematik. Kajian-kajian yang telah dijalankan mencadangkan berbagai carapenggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik ( Janet, 1988; Lim, 1995;Fatimah & Munirah, 1995). Ada juga kajian yang mencadangkan penggunaanspreadsheet dapat mengurangkan kesilapan konsep tentang sesetengah konsepmatematik ( Catterall and Lewis, 1985 dalam Fatimah & Munirah, 1995 ). Mungkinguru-guru di Malaysia juga boleh menggunakan speadsheet dalam pengajaranmatematik sementara menunggu pakej CAI yang sesuai.Penggunaan multimediaMultimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi danmanipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ).Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatupengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajarmemahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh &Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaanmultimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranyaialah multimedia boleh;1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuanmasing-masing.2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik.
  • 4. 3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kaliPenggunaan InternetInternet atau International Network of Networks ialah sebuah rangkaian komputerdiperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaiankomputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ). Dalamrangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya.Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer,gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancanganpengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Atau punsumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya bolehdidapati dalam Internet.Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik.Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribuorang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah tentang matematik.Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah keZoologi. Bagi guru matematik, terdapat beberapa kumpulan diskusi eletronik yangdapat disertai secara percuma. Antaranya; IMSE-L dan MATHEDCC. Selaindaripada diskusi eletronik, WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagaisumber pengajaran dan pembelajaran , khususnya dalam bidang matematik (Zoraini, 1995; Lee, 1996 )Beberapa tajuk yang boleh diperolehi dari WWW : Global Network Navigator - Mathematic Math Section Mathematics - Singapore Min of Education Math Launchpad Mathematics Archives - K12 Internet Sites K-8 dan K-12 Mathematics Education Math and Numbers The Math Forum Ask Dr Math Math Archives Internet Math Class Forum Guru dan Pelajar - TM School On Line Nota dan Soalan Latihan ( UPSR, PMR dan SPM ) - TM School On Line ( Sila rujuk dalam http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html )
  • 5. Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan interaksieletronik yang berkesan maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkahuntuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengankerjasama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS, Kementerian Pendidikantelah melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalamperlaksanaan projek ini, Kementerian Pendidikan telah: menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakan merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumatSegala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidangteknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursusakan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan danmeningkatkankemahiran dalam penggunaan komputer, khususnya untuk aktivitipengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat berbagaiprogram pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semuaperingkat.PenutupPenggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arahmewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020.Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebihawal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut.Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigmadiperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ).Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehinggakita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kitasendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf‘pengguna’, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.BIBLIOGRAFIAbd. Rahman Ahmad (1995). " Pembinaan Pakej Pengajaran PembelajaranBerpandukan Komputer" Kertas yang dibentangkan dalam PersidanganKebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG
  • 6. Al Ghamdi, Y. A. S. (1987). The effectiveness of using microcomputers in learningalgebraic precedence conventions. Doctoral Dissertation, Florida State University.Baharuddin Aris & Mohd b. Bilal Ali (1995). " Pendekatan Alternatif DalamPengajaran dan Pembelajaran Matematik" . Kertas yang dibentangkan dalamPersidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPGCockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSOFunkhouser, C. (1993). The influence of problem solving software in students’attitudes about mathematics.Journal of Research on Computing in Education,25(3),339- 346Henderson, R. W. & Landesman, E. M. (1992). The integrative videodisk system inthe zone of proximal development: Academic motivation and learning outcomes inpre- calculus. Journal of Educational Computing Research, 21(3), 33-43.NCTM (1980). An Agenda For Action: Recommendations For SchoolMathematics of The 1980s. New YorkJamaludin Ibrahim (1989). " Pengajaran Berbantukan Komputer Berkepintaran:Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran". Proceedings of the NationalSymposium on Educational Computing. USM : MCCEJanet, L. M. (1988). Integrating spreadsheets into the mathematics classroom.Mathematics Teacher, 81(8), 615 - 622 . Kementerian PendidikanMalaysia (1997)." Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana ". Kertasyang dibentangkan dalam Seminar Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: KPMKPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana. KualaLumpur.Lee Siew Eng (1996). " Internet - A Modern Tool For Mathematics Teaching AndLearning ". Proceedings of the National Symposium on Educational Computing.USM : MCCELim Chap Sam (1995). " Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik:Penggunaan Hamparan Eletronik Sebagai Contoh". Kertas yang dibentangkandalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPGNik Azis Nik Pa (1989). " Komputer Dalam Pendidikan ". Proceedings of theNational Symposium on Educational Computing. USM : MCCENCTM (1989). Curriculum and Evaluation Standards For School Mathematics.New YorkNik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR danKBSM. Kuala Lumpur: DBP
  • 7. PPK (1993). " Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik ". Kertas yangdibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Matematik Ke 2 Institusi/MaktabPerguruan Malaysia. Kuala Lumpur: BPGSue Brown & Bette Bush (1992). Multimedia math. The Computer Teacher, 20(3),57 - 58Sulaiman Hashim (1996). " Jaringan Pendidikan ". Proceedings of the NationalSymposium on Educational Computing. USM : MCCETengku Zawawi Zainal (1997). Tahap Penguasaan Konsep Pecahan Di kalanganPelatih KPLI. Tesis Sarjana (Tidak diterbitkan).Toh Seong Chong (1994). " Design Principles for Effective InstructionalHypermedia/Multimedia Packages ". Proceedings of the National Symposium onEducational Computing. USM : MCCEWan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: HalaTuju Ke Masa Depan. Kuala Lumpur: KPMZoraini Wati Abas (1995). " Internet Untuk Pengajaran Matematik ". Kertas yangdibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4.Kuantan: BPG

×