SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
TUGASAN 1

APLIKASI    ‘E-LEARNING’       DALAM       PENGAJARAN          &    PEMBELAJARAN           DI
SEKOLAH-SEKOLAH: ISU DAN CADANGAN PERLAKSANAANNYA DARIPADA
WAHYU BINTI IDRUS, YAHYA BUNTAT- FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA


  A. PENGENALAN DAN PERKEMBANGAN ‘ E-LEARNING’ DI MALAYSIA
            Proses pempelajaran dan pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring
     dengan perkembangan teknologi. Penggunaan kaedah pengajaran berbantukan komputer
     haruslah diperluaskan lagi di sekolah-sekolah agar dapat menyaingi perubahan-perubahan
     pendidikan masa kini. ‘E-Learning’ boleh didefinasikan sebagai pengajaran dan
     pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk
     penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet,Intranet, satelit, tape
     audio/video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang
     digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ‘E-Learning’ ini.
            Perkembangan ‘e-learning’ di Malaysia masih baru jika dibandingkan dengan
     negara-negara barat dan Singapura. Di Malaysia ianya terarah kepada pembelajaran jarak
     jauh dan ‘on-line’ yang kebanyakan ditawarkan di peringkat university serta kolej swasta
     yang mempunyai usahasama dengan universiti luar negara yang mana yuran dikenakan
     agak mahal dan tinggi. Pelancaran IT kebangsaan (NITA) pada Disember 1996 oleh
     National IT Coucil (NITC) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Mahathir
     Mohamad,mantan Perdana Menteri Malaysia memberikan garis panduan bagaimana
     teknologi maklumat dan komunikasi, ICT dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia
     sebuah negara maju selaras dengan Wawasan 2020.


  B) APLIKASI ‘E-LEARNING’ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
  MALAYSIA
     ‘E-Learning’ membolehkan pembelajaran kendiri yang dilaksanakan dengan lbih
  berkesan. Bahan pengajaran dan pembelajaran ‘e-learning’ yang dirancang, disediakan secara
  professional dan baik dengan menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi
  pelajaran dengan berkesan dan menarik. Di samping itu juga, pelajar boleh memilih masa,
kandungan mengikut kesesuaian mereka. Pelajar juga tidak perlu malu bertanya dan
berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai.
   Perbincangan dan pertanyaan dalam talian menggunakan teknologi yang sedia ada
membolehkan pengajaran dan pembelajaran lebih terancang dan teratur. ‘E-learning’ juga
dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan
pelajar,guru, mentor atau fasilitator. Penggunaan sumber ICT yang terancang, menarik dan
isi pelajaran yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang lebih bertanggungjawab
terhadap   pelajarannya,   pelajar   yang   boleh   menentukan    keperluan   bahan    untuk
pembelajarannya, pelajar yang bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan, tahap
pencapaian dan pengetahuan dan juga dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada
carian maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri.
   Terdapat empat strategi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran ‘e-learning’ iaitu
‘selective Model’, ‘Sequential Model’, ‘Static Station Model’, dan ‘Laboratory Model’.
‘Selective model’ menyatakan jika bilangan computer sangat terhad, jika bahan ‘E-learning’
yang berkualiti, ia dapat ditunjukan kepada pelajar sebagai bahan demontrasi sahaja. Jika ada
beberapa computer pelajar diberi peluang untuk mendapatkan sedikit pengalaman ‘hand on’.
‘Sequential Model’ menyatakan jika bilangan computer sedikit, pelajar dalam kumpulan
kecil bergerak dari satu set sumber maklumat ke sumber yang lain. Bahan ‘e-learning’
digunakan sebagai bahan rujukan atau dapatkan maklumat baru. Jika ada beberapa computer
,pelajar diberi peluang untuk mendapatkan pengalaman ‘hand on’.
‘Static Station Model’ menyatakan jika bilangan computer sedikit,guru mempunyai beberapa
sumber berbeza untuk mencapai objektif pengajaran yang sama. Bahan ‘e-learning’
digunakan oleh beberapa kumpulan pelajar manakala pelajar lain menggunakan sumber lain
untuk capai objektif pelajaran yang sama.
‘Laboratory Model’ menyatakan bilangan computer mencukupi untuk semua pelajar, maka
bahan ‘e-learning’ dapat digunakan oleh semua pelajar sebagai bahan pengajaran kendiri.
Model ini bole digunakan jika sekolah mempunyai makmal computer yang dilengkapi
dengan talian internet.
C) ISU DAN PEMASALAHAN DALAM PELAKSANAAN ‘E-LEARNING’
   Terdapat beberapa isu dan pemasalahan dalam pelaksanaan ‘e-learning’ iaitu akses/kos
pengendalian, kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran, kos bahan/ infrastruktur, dan
latihan tenaga pengajar.
   Akses/kos pengendalian kepada ICT merupakan masalah utama apabila mendapati
bahawa akses kepada ICT adalah terlalu mahal. Tiada akses kepada internet serta talian akses
yang perlahan merupakan cabaran yang dirasai di sekolah-sekolah tertentu. Begitu juga
sekolah yang tidak mempunyai komputer ( kecuali untuk urusan pentadbiran ) atau kuasa
elektrik memberikan cabaran yang hebat dalam pelaksanaan ‘e-learning’.
   Kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam bahasa melayu juga agak
merisaukan. Manakala bahasa inggeris digunakan hamper 80% laman web ( Media Asia:
176, 1999). Namun begitu kepesatan, ledakan era digital menyebabkan banyak portal
tempatan diwujudkan. Contohnya, portal pendidikan seperti Utusan dan Berita Harian, cikgu
Online dan lain-lain.
   Kos bahan ataupun infrastuktur melibatkan kos yang tinggi untuk telekomunikasi,
perkakasan dan perisian. Kos membaikpulih komputer                 yang rosak juga perlu
dipertimbangkan. Perisian mestilah yang asli bukan yang dibeli dipasaran biasa ataupun
‘pirate installer’.Kebanyaknya makmal-makmal di negara ini belum siap di bina atau yang
siap dibina tetapi tidak selamat di duduki. Selain itu juga, perisian komputer sentiasa berubah
mengikut peredaran masa.
   Latihan tenaga pengajar merupakan satu latihan dimana melatih guru-guru yang kurang
kreatif atau gagal mengaplikasikan strategi, teknik dan pendekatan pengajaran dalam bilik
darjah ke dalam bahan pengajaran yang berasaskan komputer. Guru-guru juga tidak
mempratikkan ilmu yang diperolehi semasa kursus-kursus yang dihadiri. Guru juga didapati
tidak membuat cukup persediaan kerana beban kerja yang bertambah dan tidak cukup masa.
Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan akses-akses teknologi yang up to
date serta bahan pengajaran yang bermutu. Selain itu,guru perlu ada stail pembelajaran yang
berbeza bagi palajar agar lebih menarik perhatian dan minat pelajar.
D) CADANGAN DAN PENYELESAIAN ‘E-LEARNING’


   Terdapat beberapa cadangan dan penyelesaian yang akan diperjelaskan bagi isu dan
pelaksanaan ‘e-learning’ di Malaysia. Antaranya ialah penghasilan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang baik dan berkesan. Pernilaian yang rapi perlu dilaksanakan oleh pentadbir
atau guru untuk mencari bahan yang sesuai dapat meningkatkan pembelajaran pelajar bagi
mengelakan kerugian atau mendapatkan bahan yang bermutu serta tidak mencapai kehendak
pembelajaran. Antara ciri-ciri bahan pembelajaran berpusatkan komputer seperti mempunyai
informasi dan maklumat terkini, menyatakan objektif pembelajaran yang jelas , mempunyai
integrasi antara isi baru dengan isi pelajaran yang lepas , pelajaran menunjukan kefahaman
melalui latihan dalam talian dan juga ada maklumbalas terhadap pernilaian serta pemarkahan.
   Selain itu, screen design issues perlu dipertimbangkan kerana ianya membantu
meningkatkan tahap pembelajaran pelajar. Oleh itu, ayat mestilah ringkas dan padat ( Clarke
:79,1992) juga mencadangkan bahawa warna yang sesuai membantu di dalam mengingat dan
menghafal informasi. (Philip: 79, 1997) mencadangkan bahawa kebanyakan orang telah
dilatih untuk membaca bermula dari sudut atas kiri dan bergerak ke sudut kanan di sebelah
bawah. Maka maklumat penting mestilah ditunjukkan di bahagian atas skrin manakala
maklumat kurang penting di bahagian bawah skrin.
   Kaedah penyampaian juga haruslah dirancang dengan baik supaya pedagogi yang asas
tidak dilupakan. Ciri-ciri multimedia seperti audio, video, animasi, grafik dan simulasi harus
digunakan dengan bijak untuk meningkatkan pembelajaran. Kos bahan juga perlu setimpal
dengan kandungan kualiti dan isi pelajarannya. CD ROM pembelajaran ‘e-learning’ yang
original agak mahal dan tinggi. ELMas (Education Learning Management System) ialah satu
perisian system pengurusan pembelajaran berasaskan web untuk latihan perguruan. Guru-
guru didedahkan dengan pengajaran berasaskan ICT.
   Kesimpulannya Institusi Pengajian Tinggi Awam, Institusi Tinggi Swasta dan Kolej
Swasta sedang berusaha untuk menggunakan ‘e-learning’ sebagai teknik yang terkini untuk
menyampaikan modul-modul mereka. Begitu juga syarikat antarabangsa telah menggunakan
‘e-learning’ bagi melatih pekerja mereka. Dengan itu ,wajarlah ‘e-learning’ diperkenalkan di
sekolah-sekolah supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus ICT yang begitu pesat.

More Related Content

What's hot

Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia Untuk Men...
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia  Untuk Men...Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia  Untuk Men...
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia Untuk Men...Jenifer Andalangi
 
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Noor Syazwanni
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPRain_Ain
 
Inovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranInovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranMustapa Alba
 
Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p
Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&pUnit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p
Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&pazharisuboh
 
Kesediaan pelajar terhadap penggunaan teknologi m embelajaran unri 2011
Kesediaan pelajar terhadap penggunaan teknologi  m  embelajaran unri 2011Kesediaan pelajar terhadap penggunaan teknologi  m  embelajaran unri 2011
Kesediaan pelajar terhadap penggunaan teknologi m embelajaran unri 2011Rashidah_Rahamat353
 
Pengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobilePengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobileIzzah Zahh
 
Jurnal latif
Jurnal latifJurnal latif
Jurnal latifilah2012
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiTee Teh
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikanazharisuboh
 
Information And Communication Technology ( I C T)
Information And  Communication  Technology ( I C T)Information And  Communication  Technology ( I C T)
Information And Communication Technology ( I C T)Alexius
 
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifPengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifAeizlin Omar
 
Perisian&Internet
Perisian&InternetPerisian&Internet
Perisian&Internetdr2200s
 
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknikM pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknikTee Teh
 
Unit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiUnit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiAminah Rahmat
 
Perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalam
Perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalamPerkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalam
Perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalamAfni Zulkifly
 

What's hot (20)

Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia Untuk Men...
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia  Untuk Men...Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia  Untuk Men...
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia Untuk Men...
 
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdP
 
Pengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmkPengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmk
 
Inovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranInovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaran
 
Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p
Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&pUnit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p
Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p
 
Kesediaan pelajar terhadap penggunaan teknologi m embelajaran unri 2011
Kesediaan pelajar terhadap penggunaan teknologi  m  embelajaran unri 2011Kesediaan pelajar terhadap penggunaan teknologi  m  embelajaran unri 2011
Kesediaan pelajar terhadap penggunaan teknologi m embelajaran unri 2011
 
Pengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobilePengajaran & pembelajaran mobile
Pengajaran & pembelajaran mobile
 
Jurnal latif
Jurnal latifJurnal latif
Jurnal latif
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Ict
IctIct
Ict
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
 
Information And Communication Technology ( I C T)
Information And  Communication  Technology ( I C T)Information And  Communication  Technology ( I C T)
Information And Communication Technology ( I C T)
 
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifPengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
 
Perisian&Internet
Perisian&InternetPerisian&Internet
Perisian&Internet
 
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknikM pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
 
Unit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiUnit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologi
 
Perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalam
Perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalamPerkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalam
Perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalam
 

Similar to Tugasan 1 kpt 6044

Tugas sim an'nida fatra yananto mihadi putra, se, m.si pengenalan e learning ...
Tugas sim an'nida fatra yananto mihadi putra, se, m.si pengenalan e learning ...Tugas sim an'nida fatra yananto mihadi putra, se, m.si pengenalan e learning ...
Tugas sim an'nida fatra yananto mihadi putra, se, m.si pengenalan e learning ...Annidafatra
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajarannurhasniatin072
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&Pisuict12
 
Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...
Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...
Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...Nurfanida Hikmalia
 
Tik e learning
Tik e learningTik e learning
Tik e learninghaeriani h
 
Tugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaranTugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaranfitrahfahruddin
 
Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, pengenalan e le...
Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, pengenalan e le...Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, pengenalan e le...
Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, pengenalan e le...Universitas Mercu Buana
 
TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...
TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...
TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...ArifPrasetyo19
 
SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali, Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...
SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali,  Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali,  Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...
SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali, Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...Dwi Yuliyanah
 
Tugas sim, widya ayunda putri, yananto mihadi putra, pengenalan e learning, 2018
Tugas sim, widya ayunda putri, yananto mihadi putra, pengenalan e learning, 2018Tugas sim, widya ayunda putri, yananto mihadi putra, pengenalan e learning, 2018
Tugas sim, widya ayunda putri, yananto mihadi putra, pengenalan e learning, 2018WidyaAyundaPutri
 
Tugas ke 14,sim,cristina ayu rini,prof.dr.hapzi ali,cma,elearning,universitas...
Tugas ke 14,sim,cristina ayu rini,prof.dr.hapzi ali,cma,elearning,universitas...Tugas ke 14,sim,cristina ayu rini,prof.dr.hapzi ali,cma,elearning,universitas...
Tugas ke 14,sim,cristina ayu rini,prof.dr.hapzi ali,cma,elearning,universitas...Universitas Mercu Buana
 
Dampak pemanfaatan e learning pada perusahaan dikonversi
Dampak pemanfaatan e learning pada perusahaan dikonversiDampak pemanfaatan e learning pada perusahaan dikonversi
Dampak pemanfaatan e learning pada perusahaan dikonversiUlmi_Kalsum
 
Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...
Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...
Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...suryo pranoto
 
Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018
Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018
Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018nurfadilahhh1
 
Ulasan Jurnal KPT6044
Ulasan Jurnal KPT6044Ulasan Jurnal KPT6044
Ulasan Jurnal KPT6044NorZie Ali
 
Tugas sistem informasi manajemen dampak pemanfaatan sistem e learning pada pt...
Tugas sistem informasi manajemen dampak pemanfaatan sistem e learning pada pt...Tugas sistem informasi manajemen dampak pemanfaatan sistem e learning pada pt...
Tugas sistem informasi manajemen dampak pemanfaatan sistem e learning pada pt...klaravita
 
Aplikasi E Learning
Aplikasi E LearningAplikasi E Learning
Aplikasi E Learningdr2200s
 
Artikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvetArtikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvetSiti Hany
 
SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, E-learning, Universitas Mercu Bu...
SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, E-learning, Universitas Mercu Bu...SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, E-learning, Universitas Mercu Bu...
SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, E-learning, Universitas Mercu Bu...Khusrul Kurniawan
 

Similar to Tugasan 1 kpt 6044 (20)

Tugas sim an'nida fatra yananto mihadi putra, se, m.si pengenalan e learning ...
Tugas sim an'nida fatra yananto mihadi putra, se, m.si pengenalan e learning ...Tugas sim an'nida fatra yananto mihadi putra, se, m.si pengenalan e learning ...
Tugas sim an'nida fatra yananto mihadi putra, se, m.si pengenalan e learning ...
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&P
 
Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...
Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...
Sim, nurfanida putri hikmalia, hapzi ali, e learning, universitas mercu buana...
 
Tik e learning
Tik e learningTik e learning
Tik e learning
 
Tugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaranTugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaran
 
Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, pengenalan e le...
Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, pengenalan e le...Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, pengenalan e le...
Tugas sim, istianah indrayani , yananto mihadi putra se m.si, pengenalan e le...
 
TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...
TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...
TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...
 
SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali, Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...
SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali,  Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali,  Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...
SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali, Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...
 
Tugas sim, widya ayunda putri, yananto mihadi putra, pengenalan e learning, 2018
Tugas sim, widya ayunda putri, yananto mihadi putra, pengenalan e learning, 2018Tugas sim, widya ayunda putri, yananto mihadi putra, pengenalan e learning, 2018
Tugas sim, widya ayunda putri, yananto mihadi putra, pengenalan e learning, 2018
 
Tugas ke 14,sim,cristina ayu rini,prof.dr.hapzi ali,cma,elearning,universitas...
Tugas ke 14,sim,cristina ayu rini,prof.dr.hapzi ali,cma,elearning,universitas...Tugas ke 14,sim,cristina ayu rini,prof.dr.hapzi ali,cma,elearning,universitas...
Tugas ke 14,sim,cristina ayu rini,prof.dr.hapzi ali,cma,elearning,universitas...
 
Dampak pemanfaatan e learning pada perusahaan dikonversi
Dampak pemanfaatan e learning pada perusahaan dikonversiDampak pemanfaatan e learning pada perusahaan dikonversi
Dampak pemanfaatan e learning pada perusahaan dikonversi
 
Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...
Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...
Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...
 
Modul pembelajaran tutorial
Modul pembelajaran tutorialModul pembelajaran tutorial
Modul pembelajaran tutorial
 
Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018
Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018
Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018
 
Ulasan Jurnal KPT6044
Ulasan Jurnal KPT6044Ulasan Jurnal KPT6044
Ulasan Jurnal KPT6044
 
Tugas sistem informasi manajemen dampak pemanfaatan sistem e learning pada pt...
Tugas sistem informasi manajemen dampak pemanfaatan sistem e learning pada pt...Tugas sistem informasi manajemen dampak pemanfaatan sistem e learning pada pt...
Tugas sistem informasi manajemen dampak pemanfaatan sistem e learning pada pt...
 
Aplikasi E Learning
Aplikasi E LearningAplikasi E Learning
Aplikasi E Learning
 
Artikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvetArtikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvet
 
SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, E-learning, Universitas Mercu Bu...
SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, E-learning, Universitas Mercu Bu...SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, E-learning, Universitas Mercu Bu...
SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, E-learning, Universitas Mercu Bu...
 

Tugasan 1 kpt 6044

  • 1. TUGASAN 1 APLIKASI ‘E-LEARNING’ DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH: ISU DAN CADANGAN PERLAKSANAANNYA DARIPADA WAHYU BINTI IDRUS, YAHYA BUNTAT- FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA A. PENGENALAN DAN PERKEMBANGAN ‘ E-LEARNING’ DI MALAYSIA Proses pempelajaran dan pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Penggunaan kaedah pengajaran berbantukan komputer haruslah diperluaskan lagi di sekolah-sekolah agar dapat menyaingi perubahan-perubahan pendidikan masa kini. ‘E-Learning’ boleh didefinasikan sebagai pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet,Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ‘E-Learning’ ini. Perkembangan ‘e-learning’ di Malaysia masih baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat dan Singapura. Di Malaysia ianya terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan ‘on-line’ yang kebanyakan ditawarkan di peringkat university serta kolej swasta yang mempunyai usahasama dengan universiti luar negara yang mana yuran dikenakan agak mahal dan tinggi. Pelancaran IT kebangsaan (NITA) pada Disember 1996 oleh National IT Coucil (NITC) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Mahathir Mohamad,mantan Perdana Menteri Malaysia memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi, ICT dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju selaras dengan Wawasan 2020. B) APLIKASI ‘E-LEARNING’ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI MALAYSIA ‘E-Learning’ membolehkan pembelajaran kendiri yang dilaksanakan dengan lbih berkesan. Bahan pengajaran dan pembelajaran ‘e-learning’ yang dirancang, disediakan secara professional dan baik dengan menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Di samping itu juga, pelajar boleh memilih masa,
  • 2. kandungan mengikut kesesuaian mereka. Pelajar juga tidak perlu malu bertanya dan berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai. Perbincangan dan pertanyaan dalam talian menggunakan teknologi yang sedia ada membolehkan pengajaran dan pembelajaran lebih terancang dan teratur. ‘E-learning’ juga dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar,guru, mentor atau fasilitator. Penggunaan sumber ICT yang terancang, menarik dan isi pelajaran yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang lebih bertanggungjawab terhadap pelajarannya, pelajar yang boleh menentukan keperluan bahan untuk pembelajarannya, pelajar yang bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan, tahap pencapaian dan pengetahuan dan juga dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada carian maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri. Terdapat empat strategi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran ‘e-learning’ iaitu ‘selective Model’, ‘Sequential Model’, ‘Static Station Model’, dan ‘Laboratory Model’. ‘Selective model’ menyatakan jika bilangan computer sangat terhad, jika bahan ‘E-learning’ yang berkualiti, ia dapat ditunjukan kepada pelajar sebagai bahan demontrasi sahaja. Jika ada beberapa computer pelajar diberi peluang untuk mendapatkan sedikit pengalaman ‘hand on’. ‘Sequential Model’ menyatakan jika bilangan computer sedikit, pelajar dalam kumpulan kecil bergerak dari satu set sumber maklumat ke sumber yang lain. Bahan ‘e-learning’ digunakan sebagai bahan rujukan atau dapatkan maklumat baru. Jika ada beberapa computer ,pelajar diberi peluang untuk mendapatkan pengalaman ‘hand on’. ‘Static Station Model’ menyatakan jika bilangan computer sedikit,guru mempunyai beberapa sumber berbeza untuk mencapai objektif pengajaran yang sama. Bahan ‘e-learning’ digunakan oleh beberapa kumpulan pelajar manakala pelajar lain menggunakan sumber lain untuk capai objektif pelajaran yang sama. ‘Laboratory Model’ menyatakan bilangan computer mencukupi untuk semua pelajar, maka bahan ‘e-learning’ dapat digunakan oleh semua pelajar sebagai bahan pengajaran kendiri. Model ini bole digunakan jika sekolah mempunyai makmal computer yang dilengkapi dengan talian internet.
  • 3. C) ISU DAN PEMASALAHAN DALAM PELAKSANAAN ‘E-LEARNING’ Terdapat beberapa isu dan pemasalahan dalam pelaksanaan ‘e-learning’ iaitu akses/kos pengendalian, kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran, kos bahan/ infrastruktur, dan latihan tenaga pengajar. Akses/kos pengendalian kepada ICT merupakan masalah utama apabila mendapati bahawa akses kepada ICT adalah terlalu mahal. Tiada akses kepada internet serta talian akses yang perlahan merupakan cabaran yang dirasai di sekolah-sekolah tertentu. Begitu juga sekolah yang tidak mempunyai komputer ( kecuali untuk urusan pentadbiran ) atau kuasa elektrik memberikan cabaran yang hebat dalam pelaksanaan ‘e-learning’. Kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam bahasa melayu juga agak merisaukan. Manakala bahasa inggeris digunakan hamper 80% laman web ( Media Asia: 176, 1999). Namun begitu kepesatan, ledakan era digital menyebabkan banyak portal tempatan diwujudkan. Contohnya, portal pendidikan seperti Utusan dan Berita Harian, cikgu Online dan lain-lain. Kos bahan ataupun infrastuktur melibatkan kos yang tinggi untuk telekomunikasi, perkakasan dan perisian. Kos membaikpulih komputer yang rosak juga perlu dipertimbangkan. Perisian mestilah yang asli bukan yang dibeli dipasaran biasa ataupun ‘pirate installer’.Kebanyaknya makmal-makmal di negara ini belum siap di bina atau yang siap dibina tetapi tidak selamat di duduki. Selain itu juga, perisian komputer sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Latihan tenaga pengajar merupakan satu latihan dimana melatih guru-guru yang kurang kreatif atau gagal mengaplikasikan strategi, teknik dan pendekatan pengajaran dalam bilik darjah ke dalam bahan pengajaran yang berasaskan komputer. Guru-guru juga tidak mempratikkan ilmu yang diperolehi semasa kursus-kursus yang dihadiri. Guru juga didapati tidak membuat cukup persediaan kerana beban kerja yang bertambah dan tidak cukup masa. Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan akses-akses teknologi yang up to date serta bahan pengajaran yang bermutu. Selain itu,guru perlu ada stail pembelajaran yang berbeza bagi palajar agar lebih menarik perhatian dan minat pelajar.
  • 4. D) CADANGAN DAN PENYELESAIAN ‘E-LEARNING’ Terdapat beberapa cadangan dan penyelesaian yang akan diperjelaskan bagi isu dan pelaksanaan ‘e-learning’ di Malaysia. Antaranya ialah penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan. Pernilaian yang rapi perlu dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk mencari bahan yang sesuai dapat meningkatkan pembelajaran pelajar bagi mengelakan kerugian atau mendapatkan bahan yang bermutu serta tidak mencapai kehendak pembelajaran. Antara ciri-ciri bahan pembelajaran berpusatkan komputer seperti mempunyai informasi dan maklumat terkini, menyatakan objektif pembelajaran yang jelas , mempunyai integrasi antara isi baru dengan isi pelajaran yang lepas , pelajaran menunjukan kefahaman melalui latihan dalam talian dan juga ada maklumbalas terhadap pernilaian serta pemarkahan. Selain itu, screen design issues perlu dipertimbangkan kerana ianya membantu meningkatkan tahap pembelajaran pelajar. Oleh itu, ayat mestilah ringkas dan padat ( Clarke :79,1992) juga mencadangkan bahawa warna yang sesuai membantu di dalam mengingat dan menghafal informasi. (Philip: 79, 1997) mencadangkan bahawa kebanyakan orang telah dilatih untuk membaca bermula dari sudut atas kiri dan bergerak ke sudut kanan di sebelah bawah. Maka maklumat penting mestilah ditunjukkan di bahagian atas skrin manakala maklumat kurang penting di bahagian bawah skrin. Kaedah penyampaian juga haruslah dirancang dengan baik supaya pedagogi yang asas tidak dilupakan. Ciri-ciri multimedia seperti audio, video, animasi, grafik dan simulasi harus digunakan dengan bijak untuk meningkatkan pembelajaran. Kos bahan juga perlu setimpal dengan kandungan kualiti dan isi pelajarannya. CD ROM pembelajaran ‘e-learning’ yang original agak mahal dan tinggi. ELMas (Education Learning Management System) ialah satu perisian system pengurusan pembelajaran berasaskan web untuk latihan perguruan. Guru- guru didedahkan dengan pengajaran berasaskan ICT. Kesimpulannya Institusi Pengajian Tinggi Awam, Institusi Tinggi Swasta dan Kolej Swasta sedang berusaha untuk menggunakan ‘e-learning’ sebagai teknik yang terkini untuk menyampaikan modul-modul mereka. Begitu juga syarikat antarabangsa telah menggunakan ‘e-learning’ bagi melatih pekerja mereka. Dengan itu ,wajarlah ‘e-learning’ diperkenalkan di sekolah-sekolah supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus ICT yang begitu pesat.