SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30
th
– December 01
st
2016
ISBN: 978-983-2267-95-9 1334
MODEL VOKASIONAL KEUSAHAWANAN (VOCENT) PERNIAGAAN
BUKAN BIDANG DALAM KALANGAN USAHAWAN TEKNOKRAT
(A Case Study in Class IV Elementary School Islam Ibnu Sina and
Class III Elementary School Laboratory UPI Cibiru)
1
Romy b. Abd Kadir, 2
Nor Aishah bt. Buang
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
2Universiti Kebangsaan Malaysia
Email: romybpk@yahoo.com
Abstract
Entrepreneurship education is very closely linked with Technical and Vocational Education (TVET). Many
successful entrepreneurs have the background TVET in addition to knowledge of entrepreneurship. To create
entrepreneurs, TVET is important because the interest in entrepreneurship can be triggered and fueled his
quest to become entrepreneurs. The entrepreneur is not a field (UBB) involved different from their field of
study during school days, skills institutes and universities. This study aimed to investigate how different UBB
venture into the field of study in school, college or university skills. Specifically, this study will harness the
talents and skills of UBB, see profile UBB successful experience and a turning point and the driving factors
that have UBB vocational skills to become entrepreneurs. The findings show that profiles individuals who
want to be entrepreneurs must have passion, attitude, talent, effort and hard work have knowledge and skills,
vignette or experience the bitter and sweet to be encountered by UBB before becoming an entrepreneur,
ephiphany which point a transition in which the individual has arrived can see or understand something in a
new way and a very clear and will produce a valuable experience that can be a turning point and driving
factors such as family, friends and networking. Accordingly, the findings are expected to contribute to the
parties involved in the planning and implementation of entrepreneurship education programs in schools or
educational institutions so that appropriate measures can be taken in order to improve the implementation of
the vocational component of entrepreneurship in TVET.
Keywords : vocational education, technical education, entrepreneurship, entrepreneur, relationship between
education and employment
.
ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30
th
– December 01
st
2016
ISBN: 978-983-2267-95-9 1335
1. Pengenalan
Menurut Trump dalam Norfadila (2011) “Belajar di universiti, dapatkan kerja yang baik,
bayar hutang dan simpan duit” merupakan nasihat yang biasa kita dengar daripada ibu bapa
sejak kecil lagi. Kerja baik yang dimaksudkan ialah kerja dengan syarikat-syarikat besar yang
ternama atau kerajaan kerana jaminan kewangan. Semasa zaman persekolahan, guru-guru
sering bertanyakan tentang cita-cita atau kerjaya yang dipilih. Rata-rata jawapan yang diberikan
ialah guru, polis, tentera dan pelbagai kerjaya termasuk doktor tetapi jarang sekali ada pelajar
yang menyebut untuk menjadi usahawan.
Menurut Noraishah Buang (2013) Vokasional keusahawanan bermaksud membangunkan
keupayaan atau potensi individu sehingga boleh menukarkan bakat atau kemahirannya kepada
satu perkhidmatan atau boleh yang boleh dikomersilkan supaya dia boleh menjadi usahawan
yang mahir dalam tersebut.
Pelajar atau murid kurang didedahkan tentang kerjaya sebagai usahawan. Menurut Shahrin
(2007), di Malaysia bidang keusahawanan sedang rancak diperkembangkan melalui pendidikan
selaras dengan usaha untuk menjadikan bidang ini antara bidang kerjaya yang diminati pelajar.
Para pelajar perlu mempunyai inisiatif untuk membuat anjakan paradigma di mana mereka
perlu melihat keusahawanan sebagai prospek kerjaya yang penting selaras dengan tuntutan arus
globalisasi. Selain itu, bidang keusahawanan juga perlu dilihat sebagai satu kerjaya yang
berpotensi untuk mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan para graduan (Azilahwati,
2011).
Keusahawanan merupakan salah satu daripada tujuh kemahiran insaniah iaitu kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan
maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan
(Sri Mas Zarith Mahmud, 2011). Menurut Hisrich dan Peterson (2012), keusahawanan adalah
suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Mereka menegaskan bahawa keusahawanan
ialah proses mencipta sesuatu yang baharu dengan mengambil kira masa, usaha, risiko
kewangan, psikologi dan sosial. Seorang usahawan menerima manafaat dari segi kewangan,
kepuasan peribadi dan kebebasan daripada proses ini.
Keusahawanan lebih daripada sekadar menubuhkan dan menjalankan perniagaan (Kuratko
& Hodges, 2007). Keusahawanan, sebagai proses inovasi dan reka cipta, melalui empat
dimensi, iaitu individu, organisasi, alam sekitar dan proses dengan kerjasama rangkaian dalam
kerajaan serta pendidikan kepada kelansungan dan pencapaian perniagaan. Sikap meninjau
peluang untuk mengambil risiko dan mempunyai kelansungan untuk merealisasikan idea
bergabung bersama-sama dalam satu perspektif yang tersendiri untuk membentuk individu
yang mempunyai minda keusahawanan.
Pendidikan Keusahawanan sangat berkait rapat dengan TVET. Menurut Siti Aisah (2003),
TVET bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan tentang kemahiran teknikal malah lebih dari itu
kerana ia melibatkan semua aspek ilmu pengetahuan seperti ilmu keusahawanan bagi
melahirkan lebih ramai usahawan sejajar dengan kehendak era globalisasi masa kini.
Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional menggariskan sumbangan pendidikan
vokasional era 2020 ialah memberikan semangat keusahawanan pekerja mahir yang terdedah
kepada perusahaan, perdagangan dan perindustrian baharu akan meningkatkan dan mencetus
keinginan untuk memulakan perusahaan sendiri dan berkembang ke tahap perusahaan kecil dan
ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30
th
– December 01
st
2016
ISBN: 978-983-2267-95-9 1336
sederhana (PKS) yang bukan sahaja menjadi penyumbang utama kepada kemajuan perusahaan
besar dan perindustrian mega, malah menyumbang dengan signifikan kepada KDNK. TVET
adalah bidang yang sesuai dalam memupuk minat terhadap bidang keusahawanan. Menurut
Ahmad Tajuddin (2011) pelajar perlu mempunyai kemahiran dan menjadikannya sebagai satu
peluang kerjaya bergelar usahawan selari dengan transformasi dalam pendidikan teknik dan
vokasional. Ini selaras dengan objektif keempat Pelan Tindakan Strategik Transformasi
Pendidikan Vokasional ialah menghasilkan lepasan pendidikan menengah atas yang berupaya
menjadi usahawan.
2. Pernyataan Masalah
Dalam usaha membangunkan ekonomi, negara perlu melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing,
bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan. Bagi melahirkan usahawan, bidang pendidikan
merupakan bidang yang penting kerana bermula dari pendidikan, minat terhadap keusahawanan dapat dicetus dan
dipupuk kepada usaha untuk menjadi usahawan (Siti hasmah, 2008). Bidang TVET adalah bidang yang sesuai
dalam memupuk minat terhadap bidang keusahawanan kerana bukan sahaja melatih tenaga kerja mahir dan separa
mahir tetapi juga mampu mendorong minat para pelajar menjadi usahawan. TVET kini berperanan penting dalam
melahirkan usahawan yang mampu menguasai semua aspek perniagaan dan teknikal supaya mereka lebih berdaya
saing dan berorientasikan teknologi bukannya usahawan yang berorientasikan modal semata-mata tanpa
kemahiran tentang sesuatu perniagaan yang diceburinya.
Namun demikian, peratusan penglibatan pelajar ataupun siswazah dalam bidang keusahawanan adalah pada
tahap yang rendah berbanding dengan jumlah keseluruhan siswazah, malah kadar pengangguran dalam kalangan
siswazah juga meningkat setiap tahun kerana para siswazah kebanyakannya hanya berharap dapat bekerja dengan
sektor swasta mahupun kerajaan dan tidak ramai antara mereka yang mahu terlibat dengan keusahawanan,
mengikut statistik daripada oleh Jabatan Perangkaan Negara. Menurut Siti Aisah (2003), kurang atau langsung
tiada pendedahan awal kepada para pelajar semasa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ataupun Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), menjadi pendorong kepada ketidakterlibatan mereka dalam bidang
keusahawanan.
Ramai usahawan gagal dalam perniagaan terutamanya usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kerana
tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat yang besar khususnya yang mempunyai kepakaran dan kemahiran
dalam bidang teknikal dan berteraskan teknologi tinggi. Ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai suatu bentuk
pendidikan kemahiran teknikal secara formal; sebaliknya bergantung penuh kepada kerajaan dalam membantu
memberikan khidmat nasihat dalam bidang teknikal seperti SIRIM (Institut Standard & Penyelidikan Perindustrian
Malaysia), MARDI (Institut Pembangunan Pertanian Malaysia), Kementerian Pembangunan Keusahawanan,
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan MARA (Majlis Amanah Rakyat).
Hakikatnya, banyak orang yang berkelulusan tinggi dan berjaya sebagai pegawai eksekutif di syarikat-syarikat
yang besar tetapi gagal mewujudkan dan mengembangkan perniagaan sendiri. Mereka mempunyai pengetahuan
dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu tetapi tidak mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Di samping itu,
mereka juga berpendapat pengaruh daripada guru, ibu bapa, rakan-rakan dan persekitaran juga turut menyumbang
ke arah pemilihan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya bagi golongan muda.
Namun demikian, terdapat Usahawan Bukan Bidang (UBB) yang menceburi bidang yang berlainan daripada
bidang yang dipelajari semasa zaman persekolahan, institut kemahiran dan universiti. Menurut Zaidatol Akmaliah
Lope Pihie (1998), wujud satu lompang antara pendidikan keusahawanan dengan budaya sedia ada dalam sistem
pendidikan itu sendiri. Masalah ini timbul ekoran daripada sistem pendidikan yang tidak memupuk budaya
keusahawanan dalam persekitaran sekolah. Fenomena ini juga berlaku bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA), Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS).
Menurutnya lagi, elemen-elemen keusahawanan tidak ditonjolkan secara langsung dalam kurikulum TVET. Oleh
itu, pelajar yang mendapat sijil kemahiran vokasional hanya terfikir untuk bekerja makan gaji dan tidak pernah
terfikir untuk membuka perniagaan sendiri apatah lagi untuk menjadi usahawan.
ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30
th
– December 01
st
2016
ISBN: 978-983-2267-95-9 1337
3. Tujuan Kajian/Kertas Konsep
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik bagaimana usahawan bukan bidang (UBB) menceburi
bidang yang berlainan daripada bidang yang dipelajari semasa persekolahan, institut kemahiran
atau universiti. Secara spesifik kajian ini akan mencungkil bakat dan kemahiran UBB, melihat
profil UBB yang berjaya, pengalam dan titik peralihan serta faktor-faktor pendorong UBB yang
mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi usahawan.
4. Objektif Kajian/Kertas Konsep
1.Melihat profil UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi usahawan.
2.Meneroka pengalaman UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi
usahawan.
3.Meneroka titik peralihan UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi
usahawan.
4.Meneroka faktor-faktor pendorong UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk
menjadi usahawan.
5. Persoalan Kajian/Hipotesis Kajian
1.Apakah profil UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi usahawan ?
2.Apakah pengalaman UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi usahawan
?
3.Apakah titik peralihan UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi
usahawan
4.Apakah faktor-faktor pendorong UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi
usahawan ?
6. Metodologi
Kajian ini adalah untuk melihat dan meneroka profil UBB, pengalaman UBB, titik peraliahan UBB sehingga
menjadi usahawan serta faktor pendorong UBB untuk menjadi usahawan. Seramai 4 orang peserta kajian terlibat
dalam kajian ini. Pendekatan kajian yang dipilih iaitu pendekatan kualitatif. Pendekatan kualitatif ini akan
menggunakan reka bentuk kajian kes. Kajian kes merupakan salah satu rekabentuk dalam penyelidikan kualitatif
dalam bidang pendidikan (Cresswell, 2005). Menurut Wiersma (2005) reka bentuk kajian kes dapat memberi
pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu fenomena seperti proses pembangunan seseorang usahawan
dalam konteks semula jadi. Kajian kes dapat menjawab persoalan kajian tentang “mengapa dan bagaimana” (Yin
1994). Secara khususnya, mengapa seseorang itu terlibat dalam aktiviti vokasional keusahawanan bukan bidang
dan bagaimana beliau memulakan penglibatannya.
Walaubagaimanapun langkah-langkah yang dinyatakan dalam pendekatan ini menyamai langkah-langkah
menganalisis data kualitatif secara umum yang dinyatakan Miles & Huberman (1994). Penyelidik mendapati reka
bentuk kajian kes ini paling sesuai kerana tujuan kajian ini adalah untuk menyelidik bagaimana usahawan
menceburi bidang yang berlainan daripada bidang yang dipelajari semasa persekolahan, institut kemahiran atau di
universiti. Secara spesifik, kajian ini akan mencungkil bakat dan kemahiran usahawan, mengenal pasti ciri-ciri dan
profil UBB yang berjaya, pengalaman, titik peralihan dan faktor-faktor pendorong serta faktor-faktor kejayaan
dalam bidang keusahawanan yang diceburi. Kajian ini juga akan meneroka bagaimana UBB mendapatkan
pengetahuan dan kemahiran untuk meneroka bidang keusahawanan yang diceburi serta peranan institusi
ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30
th
– December 01
st
2016
ISBN: 978-983-2267-95-9 1338
pendidikan dalam menyumbangkan kemahiran vokasional keusahawanan dalam perniagaan bukan bidang. Sesuai
dengan reka bentuk kajian kes, penyelidik tidak akan menguji hipotesis tetapi sebaliknya cuba mengenal pasti titik
pusingan atau turning point daripada bidang UBB kepada bukan bidang UBB, bakat dan kemahiran UBB serta
menentukan pola dan corak atau pattern bagaimana UBB boleh meneroka satu bidang yang lain.
Kajian kes ini bertujuan untuk memahami sesuatu fenomena. Dalam konteks kajian ini, fenomena yang dikaji
adalah proses ‘turning point’ bagaimana UBB boleh meneroka satu bidang yang lain. Secara lebih terperinci,
pakar-pakar ini menegaskan bahawa data yang diperolehi daripada penyelidikan kualitatif dapat menghuraikan dan
menjelaskan dengan terperinci secara mendalam sesuatu fenomena yang berlaku.
7. Kepentingan Kajian
Memandangkan kurang kajian terhadap perniagaan bukan bidang dalam kalangan usahawan,
maka satu kajian secara empirikal berkaitan faktor kejayaan dan faktor pendorong untuk
usahawan perlu dilaksanakan. Hasil kajian ini boleh digunakan oleh pelajar dan bekas pelajar
yang mempunyai latar belakang TVET untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu
kerjaya. Kajian ini juga boleh digunakan oleh pihak berkuasa untuk merancang program
Pendidikan Keusahawanan ke arah penambahbaikan pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan
secara merentas kurikulum. Pihak berkenaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
seperti Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional (BPTV), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan
sekolah serta agensi kerajaan seperti MARA, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut
Kemahiran Belia Negara (IKBN) boleh melakukan pemantauan dan penyeliaan berkala
terhadap program Pendidikan Keusahawanan. Bimbingan dan sokongan mereka bukan sahaja
meningkatkan keprihatinan guru dan tenaga pengajar malah adalah asas meningkatkan motivasi
pelajar ke arah menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya.
Dapatan kajian diharapkan akan memberi gambaran tentang Model Vokasional
Keusahawanan (VOCENT). Sehubungan itu, dapatan kajian diharap memberi sumbangan
kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan program Pendidikan
Keusahawanan di sekolah atau institusi pendidikan agar langkah-langkah yang sewajarnya
dapat diambil dalam usaha menambah baik pelaksanaan komponen keusahawanan.
Sebagaimana yang ditekankan oleh Noll (2001) bahawa pembelajaran ilmu keusahawanan
seharusnya menumpukan kepada doing approach.
Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberi gambaran keperluan untuk
mengubahsuai polisi khususnya dalam latihan perguruan. Menurut Cronan (2004) yang
menyatakan bahawa keperluan mendapatkan usahawan sebenar sebagai model atau contoh
yang boleh diteladani oleh murid adalah sangat penting dalam mengajar keusahawanan.
Kajian ini dijalankan dengan membuat temu bual ke atas usahawan yang telah berjaya
dalam perniagaan yang bukan bidangnya. Faktor-faktor kejayaan dan faktor-faktor pendorong
kejayaan mereka akan menjadi satu panduan yang boleh diguna pakai oleh pelajar yang
berhasrat untuk menjadi keusahawan sebagai satu kerjaya.
Kajian kes terhadap UBB yang telah berjaya ini akan menambahkan lagi koleksi model yang
boleh digunakan untuk program keusahawanan sama ada di sekolah, institusi kemahiran dan
universiti. Selain mengenal pasti peringkat keprihatinan, model ini turut meneroka tahap
pengetahuan untuk menceburi bidang keusahawanan baharu, faktor-faktor pendorong, faktor-
ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30
th
– December 01
st
2016
ISBN: 978-983-2267-95-9 1339
faktor kejayaan dan ciri-ciri usahawan yang berjaya dalam bidang yang bukan bidang
pengajiannya.
Ashmore dan Printz (1983) (dalam Sri Mas Zarith, 2011) menyatakan pendidikan
keusahawanan amat penting dibangunkan dan digabungkan sebagai satu yang berbeza dengan
mata pelajaran lain tetapi selari dengan semua program TVET. Ida Kamalawati (2008) pula
menyatakan pelajar yang berhasrat memulakan perniagaan akan mengikuti laluan karier yang
berlainan dan memerlukan kemahiran yang berbeza-beza yang perlu diterapkan khusus dalam
Pendidikan Keusahawanan.
Dijangkakan kajian ini akan menambahkan ilmu tentang bagaimana untuk meneroka
bidang keusahawanan yang baharu dalam perniagaan bukan bidang. Seterusnya, kajian ini
diharap mampu menyumbang ke arah penerapan ciri penting seseorang yang ingin menjadi
seorang usahawan (Whiting 1988). Akhirnya, kajian ini diharapkan dapat menjadi asas untuk
menilai semula kaedah dan isi kandungan kurikulum keusahawanan sedia ada khasnya dalam
konteks TVET. Seterusnya pembuat dasar atau penggubal kurikulum boleh mengambil
langkah-langkah tertentu untuk memperbaiki seterusnya atau menggubal kurikulum baharu
yang mampu melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat terhadap bidang vokasional
keusahawanan.
8. Dapatan dan perbincangan
Protokol temubual yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini menggunakan soalan
separa berstruktur dan mengandungi 9 soalan . Seramai 4 orang peserta yang terlibat dengan
kajian ini. Soalan pertama merupakan soalan pembukaan untuk membina hubungan dengan
peserta. Dapatan kajian menunjukkan semua peserta mempunyai latar belakang pendidikan
yang berbeza dengan bidang keushawanan yang diceburi, UBB 1 mempunyai latar belakang
pendidikan dalam bidang kejuruteraan tetapi berkecimpung dalam bidang pertanian, UBB 2
mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perakauanan tetapi berkecimpung dalam
bidang hospitaliti, UBB 3 mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang pertanian tetapi
berkecimpung dalam bidang bidang kejuruteraan dan UBB 4 mempunyai latar belakang dalam
bidang kejuruteraan tetapi memilih untuk menjadi usahawan dalam bidang fabrik.
Soalan kedua, semua peserta mempunyai minat dalam bidang keusahawanan dan
menceburi bidang keusahawanan untuk hidup lebih senang. Minat adalah perkara yang penting
didalam melakukan sesuatu tanpa minat tidak akan terhasil sesuatu kejayaan.
Soalan ketiga adalah berkaitan pengetahuan dan kemahiran, tiga peserta mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi samada secara formal iaitu dengan menghadiri
kursus dan seorang peserta mempunyai pengalaman bekerja sebelum menjadi usahawan.
Soalan keempat adalah berkaitan dengan pengalaman, semua peserta mempunyai dan
pernah melalui pengalama pahit dan manis sebelum bergelar usahawan, tanpa melalui
pengalaman setiap kejayaan tidak akan terhasil.
Soalan kelima berkaitan insiden yang berlaku dan seterusnya bertitik tolak dari situ
kesemua peserta mengorak langkah untuk terus menjadi usahawan. Faktor ekonomi adalah
faktor penolak untuk mereka menjadi usahawan manakala semua peserta untuk hidup lebih
terjamin sebagai faktor penarik dalam menceburi bidang keusahawanan.
ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30
th
– December 01
st
2016
ISBN: 978-983-2267-95-9 1340
Soalan keenam berkaitan langkah permulaan untuk menjadi usahawan, tiga orang
peserta menyatakan mereka minat semasa dari zaman persekolahan lagi untuk menceburi
bidang keusahawan manakala seorang peserta menyatakan minat untuk menjadi usahawan
semasa belajar di universiti.
Soalan ketujuh berkaitan siapakah yang mempengaruhi dalam membuat keputusan
untuk menjadi usahawan, kesemua peserta menyatakan keluarga, rakan-rakan serta persekitaran
mempengaruhi mereka dalam membuat keputusan untuk menjadi usahawan.
Soalan kelapan berkaitan rangkaian yang membantu dalam mengekalkan bidang
keusahawanan yang diceburi. Kesemua peserta menyatakan pihak industri dan rakan
perniagaan menjadi pemangkin dan memberi semangat kepada mereka untuk terus menjadi
usahawan. Tanpa rangkaian dalam bidang keusahawanan, maka momentum untuk terus kekal
berada dalam keusahawanan amat sukar dilakukan.
Soalan kesembilan adalah berkaitan kekuatan yang perlu ada dalam diri untuk
menceburi bidang keusahawanan. Kesemua peserta berpendapat minat, bakat, sikap dan usaha
adalah faktor penting dalam menentukan kejayaan dalam bidang keusahawanan walaupun
menceburi bidang yang lain dari bidang yang dipelajari semasa zaman persekolahan.
Jadual 1 : Ringkasan protokol temubual dan tema
Bil Soalan Ringkasan tema
1. Kenalkan diri anda dan
ceritakan latar belakang
anda dari segi pendidikan,
latar belakang keluarga
dan latar belakang
perniagaan.
Mempunyai
latar belakang
Pendidikan
vokasional yang
berlainan
bidang dengan
bidang
keusahawanan
yang diceburi.
2. Apakah sebab anda
menceburi bidang
keusahawan ?
Minat dan untuk
hidup lebih
senang
3. Bagaimanakah anda
menggunakan
pengetahuan dan
kemahiran yang di
pelajari dalam meneroka
bidang keusahawanan
diceburi ?
Pengetahuan
secara formal
samada semasa
persekolahan
atau melalui
kursus dan
pengalaman
kerja
digunakan
untuk
menceburi
bidang
keusahawanan
4. Ceritakan pengalaman Pengalaman
ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30
th
– December 01
st
2016
ISBN: 978-983-2267-95-9 1341
anda dan seterusnya
berjaya menjadi seorang
usahawan ?
manis –
kejayaan.
Pengalaman
pahit,
mendapatkan
modal serta
memulakan
perniagaan
5. Apakah insiden atau
peristiwa yang berlaku
sehingga anda terdorong
untuk jadi usahawan ?
Terangkan
Kejatuhan
ekonomi dan
untuk
menampung
kehidupan
supaya
kehidupan lebih
terjamin
6. Dimanakah langkah
permulaan anda menjadi
usahawan ?
Semasa zaman
persekolahan
7. Siapakah yang
mempengaruhi anda
dalam membuat
keputusan untuk menjadi
usahawan ? Keluarga,
rakan atau diri-sendiri ?
Keluarga,
rakan-rakan dan
persekitaran
8. Adakah rangkaian /
networking membantu
anda dalam mengekalkan
bidang keusahawanan
yang diceburi ?
Rakan
perniagaan dan
pihak industri
9. Apakah kekuatan yang
perlu ada dalam diri
untuk menceburi bidang
keusahawanan ?
Sikap, minat,
bakat dan usaha
Daripada perbandingan berterusan antara satu kes dengan kes yang berikutnya, didapati
wujud corak dan pola yang sama dalam jawapan tembual walaupun mempunyai latar belakang
pendidikan yang berbeza dengan bidang yang dipelajari. Dapatan dalam jadual 1 dapat
diringkas dalam bentuk model seperti diilustrasikan dalam rajah 2.
Rajah 2 : Model Vokasional Keusahawanan (VOCENT)
ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30
th
– December 01
st
2016
ISBN: 978-983-2267-95-9 1342
9. Kesimpulan
Walaupun bidang yang dipelajari semasa zaman persekolahan atau semasa berada di
universiti berlainan ini tidak menghalang seseorang individu untuk berkecimpung dalam bidang
keusahawanan yang berlainan bidang, asalkan ada kemahuan, minat, sikap, bakat, pengetahuan,
kemahiran, usaha dan pengalaman. Oleh itu, kemahiran keusahawanan perlu diterapkan ke
dalam diri setiap individu terutamanya pelajar supaya mereka dapat berdikari untuk mencari
peluang dalam bidang keusahawan selepas tamat tempoh pembelajaran. Kemahiran ini penting
bukan sekadar untuk mudah diterima bekerja di bawah majikan, tetapi bekerja sendiri dengan
kesanggupan menerima risiko terhadap sesuatu yang diusahakan.
Rujukan
Ahmad Tajudin Jab. 2011. Transformasi Pendidikan Vokasional. Utusan Malaysia. 18 Julai
2011.
Azilahwati bt. Adam et. al. 2011. Kecenderungan pelajar-pelajar semester akhir Kolej
Komuniti Jasin terhadap keusahawanan, Mini Seminar Pendidikan
Cronan M. 2004. Teaching Entrepreneurship. 28 Sept
2008,http://www.mainstreetmom.com/pp/12
ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30
th
– December 01
st
2016
ISBN: 978-983-2267-95-9 1343
Cresswell, J.W. 2005. Educational Research, Planning, conducting and evaluating quantitaive
and qualitative research. Upper saddle River, New Jersey: Education Inc
Hisrich & Peterson. 2012. Entrepreneurship, Mc Graw Hill Education; 9 edition
Ida Kamalawati Abu Bakar. 2008. Entrepreneurship Traits among technical students.
Kuratko, D.F & Hodges, R.M. 2007. Entrepreneurship-A Contemporary Approach. 6 edition).
Miles, B.M. & Huberman, A.M. 1994. Qualitative data analysis an expanded sourcebook.
Thousand Oaks: Sage Publications.
Nor fadila, Mohd Amin & Dzufi Iszura Ispawi. 2011. Fakto-faktor yang mempengaruhi
pemilihan bidang keusahawanan sebagai kerjaya dalam kalangan pelajar Pendidikan
teknik dan Vokasional. Universiti Teknologi Malaysia
Noraishah Buang (2013). Pendidikan Keusahahawanan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shahrin Hashim et.al. 2007. Kecenderungan Guru PKPG (4SPH) Terhadap Bidang
Keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia
Siti Aisah Binti Abd. Mutalif (2003), Mengenal Pasti Tahap Motivasi Dan Kecenderungan Ke
Usahawanan Di Kalangan Pelajar Semester Akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
Mekanikal: Satu Tinjauan Di Kuitth.
Siti Hasmah. (2008). Faktor penghalang penerapan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah mengikut persepktif guru. UTM
Sri Mas Zarith Mahmud, Rohana Hamzah & Amimudin Udin (2011). Keusahawanan Dalam
Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV) Di Malaysia. Journal of Edupres, Volume 1
September 2011, Pages 209-213
Whiting, B.G. 1988. Creativity and Entreprenurship. How do they relate ? The Journal of
Creative Behaviour 22(3): 178-183
Wiersma, W. 2005. Research methods in education: An introduction. Edisi ke-6.
Yin, R.K. (1994). “Case Study Research: Design and Methods.” Thousand Oak, Calif, Sage.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Mohd Majid Konting, Ab Rahim Bakar & Genevieve Klang
Angking. (1998). Dasar dan Pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan di Sekolah
Menengah (Kertas 1). Kertas yang dibentangkan di Seminar Pendidikan Keusahawanan
Abad 21, Universiti Putra Malaysia, Kajang.

More Related Content

What's hot

Makalah Upaya Peningkatan Kualitas SDM di Indonesia
Makalah Upaya Peningkatan Kualitas SDM di IndonesiaMakalah Upaya Peningkatan Kualitas SDM di Indonesia
Makalah Upaya Peningkatan Kualitas SDM di IndonesiaVina Widya Putri
 
Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0
Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0
Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0LSP3I
 
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2012
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2012Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2012
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2012Zaqi Silverano
 
20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaran
20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaran20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaran
20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaranikhwanecdc
 
Ekonomi pendidikan analissi manfaat pembiayaan
Ekonomi pendidikan analissi manfaat pembiayaanEkonomi pendidikan analissi manfaat pembiayaan
Ekonomi pendidikan analissi manfaat pembiayaanIAIN syekh Nurjati Cirebon
 
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...FazHani Faz
 
Strategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baru
Strategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baruStrategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baru
Strategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baruLSP3I
 
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIAANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIAFazHani Faz
 
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013Zaqi Silverano
 
Strategi Peningkatan Daya Saing Melalui Pendidikan Entrepreneurship Dalam Ran...
Strategi Peningkatan Daya Saing Melalui Pendidikan Entrepreneurship Dalam Ran...Strategi Peningkatan Daya Saing Melalui Pendidikan Entrepreneurship Dalam Ran...
Strategi Peningkatan Daya Saing Melalui Pendidikan Entrepreneurship Dalam Ran...bennyagussetiono
 
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...FazHani Faz
 
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013Zaqi Silverano
 
Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0
Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0
Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0LSP3I
 
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerjaMembangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerjaLSP3I
 
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kini
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kiniMengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kini
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kiniLSP3I
 
Bonus Demografi (ironi negeri)
Bonus Demografi (ironi negeri)Bonus Demografi (ironi negeri)
Bonus Demografi (ironi negeri)Amir Rachman
 
Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...
Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...
Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...761117105188
 
Pentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuan
Pentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuanPentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuan
Pentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuanLSP3I
 
Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...
Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...
Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...Insan Cemerlang Tujuh
 

What's hot (20)

Makalah Upaya Peningkatan Kualitas SDM di Indonesia
Makalah Upaya Peningkatan Kualitas SDM di IndonesiaMakalah Upaya Peningkatan Kualitas SDM di Indonesia
Makalah Upaya Peningkatan Kualitas SDM di Indonesia
 
Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0
Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0
Skill yang harus dimiliki Lulusan Perguruan Tinggi di era industri 4.0
 
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2012
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2012Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2012
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2012
 
20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaran
20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaran20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaran
20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaran
 
Ekonomi pendidikan analissi manfaat pembiayaan
Ekonomi pendidikan analissi manfaat pembiayaanEkonomi pendidikan analissi manfaat pembiayaan
Ekonomi pendidikan analissi manfaat pembiayaan
 
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
 
Strategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baru
Strategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baruStrategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baru
Strategi perguruan tinggi untuk menarik minat mahasiswa baru
 
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIAANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013
 
Strategi Peningkatan Daya Saing Melalui Pendidikan Entrepreneurship Dalam Ran...
Strategi Peningkatan Daya Saing Melalui Pendidikan Entrepreneurship Dalam Ran...Strategi Peningkatan Daya Saing Melalui Pendidikan Entrepreneurship Dalam Ran...
Strategi Peningkatan Daya Saing Melalui Pendidikan Entrepreneurship Dalam Ran...
 
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
 
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013
Putera Sampoerna Foundation Annual Report 2013
 
Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0
Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0
Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0
 
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerjaMembangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
 
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kini
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kiniMengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kini
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kini
 
Bonus Demografi (ironi negeri)
Bonus Demografi (ironi negeri)Bonus Demografi (ironi negeri)
Bonus Demografi (ironi negeri)
 
Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...
Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...
Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...
 
Kekuatan wirausaha adalah simbol kemajuan sebuah bangsa
Kekuatan wirausaha adalah simbol kemajuan sebuah bangsaKekuatan wirausaha adalah simbol kemajuan sebuah bangsa
Kekuatan wirausaha adalah simbol kemajuan sebuah bangsa
 
Pentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuan
Pentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuanPentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuan
Pentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuan
 
Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...
Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...
Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...
 

Similar to UBB Usahawan

ANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docx
ANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docxANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docx
ANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docxBRofiatulNurhasanah
 
strategi sdm dalam menghadapi persaingan global.
 strategi sdm dalam menghadapi persaingan global. strategi sdm dalam menghadapi persaingan global.
strategi sdm dalam menghadapi persaingan global.Immawan Awaluddin
 
Atmasphere 28 Maret 2016
Atmasphere 28 Maret 2016Atmasphere 28 Maret 2016
Atmasphere 28 Maret 2016Mac Margono
 
PPT KELOMPOK 2 KEWIRAUSAHAAN PENDIDIKAN FISIKA.pptx
PPT KELOMPOK 2 KEWIRAUSAHAAN PENDIDIKAN FISIKA.pptxPPT KELOMPOK 2 KEWIRAUSAHAAN PENDIDIKAN FISIKA.pptx
PPT KELOMPOK 2 KEWIRAUSAHAAN PENDIDIKAN FISIKA.pptxIlmaHayatilHusna1
 
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIRPERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIRroyzamy
 
Proposal kegiatan pelatihan kewirausahaan
Proposal kegiatan pelatihan kewirausahaanProposal kegiatan pelatihan kewirausahaan
Proposal kegiatan pelatihan kewirausahaanYan Thea
 
Development issue di developing cuntries
Development issue di developing cuntriesDevelopment issue di developing cuntries
Development issue di developing cuntriesjonirahmatpramudia
 
Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01
Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01
Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01Gunmat Met
 
134-Article Text-771-1-10-20130204.pdf
134-Article Text-771-1-10-20130204.pdf134-Article Text-771-1-10-20130204.pdf
134-Article Text-771-1-10-20130204.pdfHendraPrastyawan1
 
Lp3 I’S Business Plan
Lp3 I’S Business PlanLp3 I’S Business Plan
Lp3 I’S Business Planramon1708
 
Peran inkubator bisnis meminimalkan kegagalan wu baru
Peran inkubator bisnis meminimalkan kegagalan wu baruPeran inkubator bisnis meminimalkan kegagalan wu baru
Peran inkubator bisnis meminimalkan kegagalan wu barumochammad rasyiid
 
Mencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Mencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaranMencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Mencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaranAzlina Uyub
 
Kelompok 7_Ketua_TugasPekan11_08171025.pptx
Kelompok 7_Ketua_TugasPekan11_08171025.pptxKelompok 7_Ketua_TugasPekan11_08171025.pptx
Kelompok 7_Ketua_TugasPekan11_08171025.pptxHeritaDeviantiSekarA
 
PPT_KEL2_PKWU_SMA_SMK_1.pptx
PPT_KEL2_PKWU_SMA_SMK_1.pptxPPT_KEL2_PKWU_SMA_SMK_1.pptx
PPT_KEL2_PKWU_SMA_SMK_1.pptximam61
 
Mengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam Kurikulum
Mengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam KurikulumMengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam Kurikulum
Mengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam KurikulumIrsya Zamzami
 
Slaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysia
Slaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysiaSlaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysia
Slaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysiaGadis gingger
 
Silabus Training "KEWIRAUSAHAAN PRA PENSIUN di Era Digital 4.0 & Keberadaan ...
Silabus Training "KEWIRAUSAHAAN  PRA PENSIUN di Era Digital 4.0 & Keberadaan ...Silabus Training "KEWIRAUSAHAAN  PRA PENSIUN di Era Digital 4.0 & Keberadaan ...
Silabus Training "KEWIRAUSAHAAN PRA PENSIUN di Era Digital 4.0 & Keberadaan ...Kanaidi ken
 
Syaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuan
Syaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuanSyaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuan
Syaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuanSyaifi Al-Mahfudzi
 

Similar to UBB Usahawan (20)

ANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docx
ANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docxANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docx
ANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docx
 
Bab 1 05504241016
Bab 1  05504241016Bab 1  05504241016
Bab 1 05504241016
 
Bab 1 05504241016
Bab 1  05504241016Bab 1  05504241016
Bab 1 05504241016
 
strategi sdm dalam menghadapi persaingan global.
 strategi sdm dalam menghadapi persaingan global. strategi sdm dalam menghadapi persaingan global.
strategi sdm dalam menghadapi persaingan global.
 
Atmasphere 28 Maret 2016
Atmasphere 28 Maret 2016Atmasphere 28 Maret 2016
Atmasphere 28 Maret 2016
 
PPT KELOMPOK 2 KEWIRAUSAHAAN PENDIDIKAN FISIKA.pptx
PPT KELOMPOK 2 KEWIRAUSAHAAN PENDIDIKAN FISIKA.pptxPPT KELOMPOK 2 KEWIRAUSAHAAN PENDIDIKAN FISIKA.pptx
PPT KELOMPOK 2 KEWIRAUSAHAAN PENDIDIKAN FISIKA.pptx
 
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIRPERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
 
Proposal kegiatan pelatihan kewirausahaan
Proposal kegiatan pelatihan kewirausahaanProposal kegiatan pelatihan kewirausahaan
Proposal kegiatan pelatihan kewirausahaan
 
Development issue di developing cuntries
Development issue di developing cuntriesDevelopment issue di developing cuntries
Development issue di developing cuntries
 
Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01
Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01
Proposalkegiatanpelatihankewirausahaan 140402092326-phpapp01
 
134-Article Text-771-1-10-20130204.pdf
134-Article Text-771-1-10-20130204.pdf134-Article Text-771-1-10-20130204.pdf
134-Article Text-771-1-10-20130204.pdf
 
Lp3 I’S Business Plan
Lp3 I’S Business PlanLp3 I’S Business Plan
Lp3 I’S Business Plan
 
Peran inkubator bisnis meminimalkan kegagalan wu baru
Peran inkubator bisnis meminimalkan kegagalan wu baruPeran inkubator bisnis meminimalkan kegagalan wu baru
Peran inkubator bisnis meminimalkan kegagalan wu baru
 
Mencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Mencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaranMencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Mencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Kelompok 7_Ketua_TugasPekan11_08171025.pptx
Kelompok 7_Ketua_TugasPekan11_08171025.pptxKelompok 7_Ketua_TugasPekan11_08171025.pptx
Kelompok 7_Ketua_TugasPekan11_08171025.pptx
 
PPT_KEL2_PKWU_SMA_SMK_1.pptx
PPT_KEL2_PKWU_SMA_SMK_1.pptxPPT_KEL2_PKWU_SMA_SMK_1.pptx
PPT_KEL2_PKWU_SMA_SMK_1.pptx
 
Mengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam Kurikulum
Mengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam KurikulumMengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam Kurikulum
Mengapa Kewirausahaan Masuk Ke Dalam Kurikulum
 
Slaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysia
Slaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysiaSlaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysia
Slaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysia
 
Silabus Training "KEWIRAUSAHAAN PRA PENSIUN di Era Digital 4.0 & Keberadaan ...
Silabus Training "KEWIRAUSAHAAN  PRA PENSIUN di Era Digital 4.0 & Keberadaan ...Silabus Training "KEWIRAUSAHAAN  PRA PENSIUN di Era Digital 4.0 & Keberadaan ...
Silabus Training "KEWIRAUSAHAAN PRA PENSIUN di Era Digital 4.0 & Keberadaan ...
 
Syaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuan
Syaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuanSyaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuan
Syaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuan
 

Recently uploaded

DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 

Recently uploaded (20)

DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 

UBB Usahawan

  • 1. ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30 th – December 01 st 2016 ISBN: 978-983-2267-95-9 1334 MODEL VOKASIONAL KEUSAHAWANAN (VOCENT) PERNIAGAAN BUKAN BIDANG DALAM KALANGAN USAHAWAN TEKNOKRAT (A Case Study in Class IV Elementary School Islam Ibnu Sina and Class III Elementary School Laboratory UPI Cibiru) 1 Romy b. Abd Kadir, 2 Nor Aishah bt. Buang 1 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik 2Universiti Kebangsaan Malaysia Email: romybpk@yahoo.com Abstract Entrepreneurship education is very closely linked with Technical and Vocational Education (TVET). Many successful entrepreneurs have the background TVET in addition to knowledge of entrepreneurship. To create entrepreneurs, TVET is important because the interest in entrepreneurship can be triggered and fueled his quest to become entrepreneurs. The entrepreneur is not a field (UBB) involved different from their field of study during school days, skills institutes and universities. This study aimed to investigate how different UBB venture into the field of study in school, college or university skills. Specifically, this study will harness the talents and skills of UBB, see profile UBB successful experience and a turning point and the driving factors that have UBB vocational skills to become entrepreneurs. The findings show that profiles individuals who want to be entrepreneurs must have passion, attitude, talent, effort and hard work have knowledge and skills, vignette or experience the bitter and sweet to be encountered by UBB before becoming an entrepreneur, ephiphany which point a transition in which the individual has arrived can see or understand something in a new way and a very clear and will produce a valuable experience that can be a turning point and driving factors such as family, friends and networking. Accordingly, the findings are expected to contribute to the parties involved in the planning and implementation of entrepreneurship education programs in schools or educational institutions so that appropriate measures can be taken in order to improve the implementation of the vocational component of entrepreneurship in TVET. Keywords : vocational education, technical education, entrepreneurship, entrepreneur, relationship between education and employment .
  • 2. ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30 th – December 01 st 2016 ISBN: 978-983-2267-95-9 1335 1. Pengenalan Menurut Trump dalam Norfadila (2011) “Belajar di universiti, dapatkan kerja yang baik, bayar hutang dan simpan duit” merupakan nasihat yang biasa kita dengar daripada ibu bapa sejak kecil lagi. Kerja baik yang dimaksudkan ialah kerja dengan syarikat-syarikat besar yang ternama atau kerajaan kerana jaminan kewangan. Semasa zaman persekolahan, guru-guru sering bertanyakan tentang cita-cita atau kerjaya yang dipilih. Rata-rata jawapan yang diberikan ialah guru, polis, tentera dan pelbagai kerjaya termasuk doktor tetapi jarang sekali ada pelajar yang menyebut untuk menjadi usahawan. Menurut Noraishah Buang (2013) Vokasional keusahawanan bermaksud membangunkan keupayaan atau potensi individu sehingga boleh menukarkan bakat atau kemahirannya kepada satu perkhidmatan atau boleh yang boleh dikomersilkan supaya dia boleh menjadi usahawan yang mahir dalam tersebut. Pelajar atau murid kurang didedahkan tentang kerjaya sebagai usahawan. Menurut Shahrin (2007), di Malaysia bidang keusahawanan sedang rancak diperkembangkan melalui pendidikan selaras dengan usaha untuk menjadikan bidang ini antara bidang kerjaya yang diminati pelajar. Para pelajar perlu mempunyai inisiatif untuk membuat anjakan paradigma di mana mereka perlu melihat keusahawanan sebagai prospek kerjaya yang penting selaras dengan tuntutan arus globalisasi. Selain itu, bidang keusahawanan juga perlu dilihat sebagai satu kerjaya yang berpotensi untuk mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan para graduan (Azilahwati, 2011). Keusahawanan merupakan salah satu daripada tujuh kemahiran insaniah iaitu kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan (Sri Mas Zarith Mahmud, 2011). Menurut Hisrich dan Peterson (2012), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Mereka menegaskan bahawa keusahawanan ialah proses mencipta sesuatu yang baharu dengan mengambil kira masa, usaha, risiko kewangan, psikologi dan sosial. Seorang usahawan menerima manafaat dari segi kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan daripada proses ini. Keusahawanan lebih daripada sekadar menubuhkan dan menjalankan perniagaan (Kuratko & Hodges, 2007). Keusahawanan, sebagai proses inovasi dan reka cipta, melalui empat dimensi, iaitu individu, organisasi, alam sekitar dan proses dengan kerjasama rangkaian dalam kerajaan serta pendidikan kepada kelansungan dan pencapaian perniagaan. Sikap meninjau peluang untuk mengambil risiko dan mempunyai kelansungan untuk merealisasikan idea bergabung bersama-sama dalam satu perspektif yang tersendiri untuk membentuk individu yang mempunyai minda keusahawanan. Pendidikan Keusahawanan sangat berkait rapat dengan TVET. Menurut Siti Aisah (2003), TVET bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan tentang kemahiran teknikal malah lebih dari itu kerana ia melibatkan semua aspek ilmu pengetahuan seperti ilmu keusahawanan bagi melahirkan lebih ramai usahawan sejajar dengan kehendak era globalisasi masa kini. Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional menggariskan sumbangan pendidikan vokasional era 2020 ialah memberikan semangat keusahawanan pekerja mahir yang terdedah kepada perusahaan, perdagangan dan perindustrian baharu akan meningkatkan dan mencetus keinginan untuk memulakan perusahaan sendiri dan berkembang ke tahap perusahaan kecil dan
  • 3. ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30 th – December 01 st 2016 ISBN: 978-983-2267-95-9 1336 sederhana (PKS) yang bukan sahaja menjadi penyumbang utama kepada kemajuan perusahaan besar dan perindustrian mega, malah menyumbang dengan signifikan kepada KDNK. TVET adalah bidang yang sesuai dalam memupuk minat terhadap bidang keusahawanan. Menurut Ahmad Tajuddin (2011) pelajar perlu mempunyai kemahiran dan menjadikannya sebagai satu peluang kerjaya bergelar usahawan selari dengan transformasi dalam pendidikan teknik dan vokasional. Ini selaras dengan objektif keempat Pelan Tindakan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional ialah menghasilkan lepasan pendidikan menengah atas yang berupaya menjadi usahawan. 2. Pernyataan Masalah Dalam usaha membangunkan ekonomi, negara perlu melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan. Bagi melahirkan usahawan, bidang pendidikan merupakan bidang yang penting kerana bermula dari pendidikan, minat terhadap keusahawanan dapat dicetus dan dipupuk kepada usaha untuk menjadi usahawan (Siti hasmah, 2008). Bidang TVET adalah bidang yang sesuai dalam memupuk minat terhadap bidang keusahawanan kerana bukan sahaja melatih tenaga kerja mahir dan separa mahir tetapi juga mampu mendorong minat para pelajar menjadi usahawan. TVET kini berperanan penting dalam melahirkan usahawan yang mampu menguasai semua aspek perniagaan dan teknikal supaya mereka lebih berdaya saing dan berorientasikan teknologi bukannya usahawan yang berorientasikan modal semata-mata tanpa kemahiran tentang sesuatu perniagaan yang diceburinya. Namun demikian, peratusan penglibatan pelajar ataupun siswazah dalam bidang keusahawanan adalah pada tahap yang rendah berbanding dengan jumlah keseluruhan siswazah, malah kadar pengangguran dalam kalangan siswazah juga meningkat setiap tahun kerana para siswazah kebanyakannya hanya berharap dapat bekerja dengan sektor swasta mahupun kerajaan dan tidak ramai antara mereka yang mahu terlibat dengan keusahawanan, mengikut statistik daripada oleh Jabatan Perangkaan Negara. Menurut Siti Aisah (2003), kurang atau langsung tiada pendedahan awal kepada para pelajar semasa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ataupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), menjadi pendorong kepada ketidakterlibatan mereka dalam bidang keusahawanan. Ramai usahawan gagal dalam perniagaan terutamanya usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat yang besar khususnya yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang teknikal dan berteraskan teknologi tinggi. Ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai suatu bentuk pendidikan kemahiran teknikal secara formal; sebaliknya bergantung penuh kepada kerajaan dalam membantu memberikan khidmat nasihat dalam bidang teknikal seperti SIRIM (Institut Standard & Penyelidikan Perindustrian Malaysia), MARDI (Institut Pembangunan Pertanian Malaysia), Kementerian Pembangunan Keusahawanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan MARA (Majlis Amanah Rakyat). Hakikatnya, banyak orang yang berkelulusan tinggi dan berjaya sebagai pegawai eksekutif di syarikat-syarikat yang besar tetapi gagal mewujudkan dan mengembangkan perniagaan sendiri. Mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu tetapi tidak mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Di samping itu, mereka juga berpendapat pengaruh daripada guru, ibu bapa, rakan-rakan dan persekitaran juga turut menyumbang ke arah pemilihan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya bagi golongan muda. Namun demikian, terdapat Usahawan Bukan Bidang (UBB) yang menceburi bidang yang berlainan daripada bidang yang dipelajari semasa zaman persekolahan, institut kemahiran dan universiti. Menurut Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1998), wujud satu lompang antara pendidikan keusahawanan dengan budaya sedia ada dalam sistem pendidikan itu sendiri. Masalah ini timbul ekoran daripada sistem pendidikan yang tidak memupuk budaya keusahawanan dalam persekitaran sekolah. Fenomena ini juga berlaku bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS). Menurutnya lagi, elemen-elemen keusahawanan tidak ditonjolkan secara langsung dalam kurikulum TVET. Oleh itu, pelajar yang mendapat sijil kemahiran vokasional hanya terfikir untuk bekerja makan gaji dan tidak pernah terfikir untuk membuka perniagaan sendiri apatah lagi untuk menjadi usahawan.
  • 4. ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30 th – December 01 st 2016 ISBN: 978-983-2267-95-9 1337 3. Tujuan Kajian/Kertas Konsep Kajian ini bertujuan untuk menyelidik bagaimana usahawan bukan bidang (UBB) menceburi bidang yang berlainan daripada bidang yang dipelajari semasa persekolahan, institut kemahiran atau universiti. Secara spesifik kajian ini akan mencungkil bakat dan kemahiran UBB, melihat profil UBB yang berjaya, pengalam dan titik peralihan serta faktor-faktor pendorong UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi usahawan. 4. Objektif Kajian/Kertas Konsep 1.Melihat profil UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi usahawan. 2.Meneroka pengalaman UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi usahawan. 3.Meneroka titik peralihan UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi usahawan. 4.Meneroka faktor-faktor pendorong UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi usahawan. 5. Persoalan Kajian/Hipotesis Kajian 1.Apakah profil UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi usahawan ? 2.Apakah pengalaman UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi usahawan ? 3.Apakah titik peralihan UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi usahawan 4.Apakah faktor-faktor pendorong UBB yang mempunyai kemahiran vokasional untuk menjadi usahawan ? 6. Metodologi Kajian ini adalah untuk melihat dan meneroka profil UBB, pengalaman UBB, titik peraliahan UBB sehingga menjadi usahawan serta faktor pendorong UBB untuk menjadi usahawan. Seramai 4 orang peserta kajian terlibat dalam kajian ini. Pendekatan kajian yang dipilih iaitu pendekatan kualitatif. Pendekatan kualitatif ini akan menggunakan reka bentuk kajian kes. Kajian kes merupakan salah satu rekabentuk dalam penyelidikan kualitatif dalam bidang pendidikan (Cresswell, 2005). Menurut Wiersma (2005) reka bentuk kajian kes dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu fenomena seperti proses pembangunan seseorang usahawan dalam konteks semula jadi. Kajian kes dapat menjawab persoalan kajian tentang “mengapa dan bagaimana” (Yin 1994). Secara khususnya, mengapa seseorang itu terlibat dalam aktiviti vokasional keusahawanan bukan bidang dan bagaimana beliau memulakan penglibatannya. Walaubagaimanapun langkah-langkah yang dinyatakan dalam pendekatan ini menyamai langkah-langkah menganalisis data kualitatif secara umum yang dinyatakan Miles & Huberman (1994). Penyelidik mendapati reka bentuk kajian kes ini paling sesuai kerana tujuan kajian ini adalah untuk menyelidik bagaimana usahawan menceburi bidang yang berlainan daripada bidang yang dipelajari semasa persekolahan, institut kemahiran atau di universiti. Secara spesifik, kajian ini akan mencungkil bakat dan kemahiran usahawan, mengenal pasti ciri-ciri dan profil UBB yang berjaya, pengalaman, titik peralihan dan faktor-faktor pendorong serta faktor-faktor kejayaan dalam bidang keusahawanan yang diceburi. Kajian ini juga akan meneroka bagaimana UBB mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk meneroka bidang keusahawanan yang diceburi serta peranan institusi
  • 5. ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30 th – December 01 st 2016 ISBN: 978-983-2267-95-9 1338 pendidikan dalam menyumbangkan kemahiran vokasional keusahawanan dalam perniagaan bukan bidang. Sesuai dengan reka bentuk kajian kes, penyelidik tidak akan menguji hipotesis tetapi sebaliknya cuba mengenal pasti titik pusingan atau turning point daripada bidang UBB kepada bukan bidang UBB, bakat dan kemahiran UBB serta menentukan pola dan corak atau pattern bagaimana UBB boleh meneroka satu bidang yang lain. Kajian kes ini bertujuan untuk memahami sesuatu fenomena. Dalam konteks kajian ini, fenomena yang dikaji adalah proses ‘turning point’ bagaimana UBB boleh meneroka satu bidang yang lain. Secara lebih terperinci, pakar-pakar ini menegaskan bahawa data yang diperolehi daripada penyelidikan kualitatif dapat menghuraikan dan menjelaskan dengan terperinci secara mendalam sesuatu fenomena yang berlaku. 7. Kepentingan Kajian Memandangkan kurang kajian terhadap perniagaan bukan bidang dalam kalangan usahawan, maka satu kajian secara empirikal berkaitan faktor kejayaan dan faktor pendorong untuk usahawan perlu dilaksanakan. Hasil kajian ini boleh digunakan oleh pelajar dan bekas pelajar yang mempunyai latar belakang TVET untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya. Kajian ini juga boleh digunakan oleh pihak berkuasa untuk merancang program Pendidikan Keusahawanan ke arah penambahbaikan pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan secara merentas kurikulum. Pihak berkenaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah serta agensi kerajaan seperti MARA, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) boleh melakukan pemantauan dan penyeliaan berkala terhadap program Pendidikan Keusahawanan. Bimbingan dan sokongan mereka bukan sahaja meningkatkan keprihatinan guru dan tenaga pengajar malah adalah asas meningkatkan motivasi pelajar ke arah menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya. Dapatan kajian diharapkan akan memberi gambaran tentang Model Vokasional Keusahawanan (VOCENT). Sehubungan itu, dapatan kajian diharap memberi sumbangan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan program Pendidikan Keusahawanan di sekolah atau institusi pendidikan agar langkah-langkah yang sewajarnya dapat diambil dalam usaha menambah baik pelaksanaan komponen keusahawanan. Sebagaimana yang ditekankan oleh Noll (2001) bahawa pembelajaran ilmu keusahawanan seharusnya menumpukan kepada doing approach. Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberi gambaran keperluan untuk mengubahsuai polisi khususnya dalam latihan perguruan. Menurut Cronan (2004) yang menyatakan bahawa keperluan mendapatkan usahawan sebenar sebagai model atau contoh yang boleh diteladani oleh murid adalah sangat penting dalam mengajar keusahawanan. Kajian ini dijalankan dengan membuat temu bual ke atas usahawan yang telah berjaya dalam perniagaan yang bukan bidangnya. Faktor-faktor kejayaan dan faktor-faktor pendorong kejayaan mereka akan menjadi satu panduan yang boleh diguna pakai oleh pelajar yang berhasrat untuk menjadi keusahawan sebagai satu kerjaya. Kajian kes terhadap UBB yang telah berjaya ini akan menambahkan lagi koleksi model yang boleh digunakan untuk program keusahawanan sama ada di sekolah, institusi kemahiran dan universiti. Selain mengenal pasti peringkat keprihatinan, model ini turut meneroka tahap pengetahuan untuk menceburi bidang keusahawanan baharu, faktor-faktor pendorong, faktor-
  • 6. ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30 th – December 01 st 2016 ISBN: 978-983-2267-95-9 1339 faktor kejayaan dan ciri-ciri usahawan yang berjaya dalam bidang yang bukan bidang pengajiannya. Ashmore dan Printz (1983) (dalam Sri Mas Zarith, 2011) menyatakan pendidikan keusahawanan amat penting dibangunkan dan digabungkan sebagai satu yang berbeza dengan mata pelajaran lain tetapi selari dengan semua program TVET. Ida Kamalawati (2008) pula menyatakan pelajar yang berhasrat memulakan perniagaan akan mengikuti laluan karier yang berlainan dan memerlukan kemahiran yang berbeza-beza yang perlu diterapkan khusus dalam Pendidikan Keusahawanan. Dijangkakan kajian ini akan menambahkan ilmu tentang bagaimana untuk meneroka bidang keusahawanan yang baharu dalam perniagaan bukan bidang. Seterusnya, kajian ini diharap mampu menyumbang ke arah penerapan ciri penting seseorang yang ingin menjadi seorang usahawan (Whiting 1988). Akhirnya, kajian ini diharapkan dapat menjadi asas untuk menilai semula kaedah dan isi kandungan kurikulum keusahawanan sedia ada khasnya dalam konteks TVET. Seterusnya pembuat dasar atau penggubal kurikulum boleh mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbaiki seterusnya atau menggubal kurikulum baharu yang mampu melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat terhadap bidang vokasional keusahawanan. 8. Dapatan dan perbincangan Protokol temubual yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini menggunakan soalan separa berstruktur dan mengandungi 9 soalan . Seramai 4 orang peserta yang terlibat dengan kajian ini. Soalan pertama merupakan soalan pembukaan untuk membina hubungan dengan peserta. Dapatan kajian menunjukkan semua peserta mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza dengan bidang keushawanan yang diceburi, UBB 1 mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan tetapi berkecimpung dalam bidang pertanian, UBB 2 mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perakauanan tetapi berkecimpung dalam bidang hospitaliti, UBB 3 mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang pertanian tetapi berkecimpung dalam bidang bidang kejuruteraan dan UBB 4 mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan tetapi memilih untuk menjadi usahawan dalam bidang fabrik. Soalan kedua, semua peserta mempunyai minat dalam bidang keusahawanan dan menceburi bidang keusahawanan untuk hidup lebih senang. Minat adalah perkara yang penting didalam melakukan sesuatu tanpa minat tidak akan terhasil sesuatu kejayaan. Soalan ketiga adalah berkaitan pengetahuan dan kemahiran, tiga peserta mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi samada secara formal iaitu dengan menghadiri kursus dan seorang peserta mempunyai pengalaman bekerja sebelum menjadi usahawan. Soalan keempat adalah berkaitan dengan pengalaman, semua peserta mempunyai dan pernah melalui pengalama pahit dan manis sebelum bergelar usahawan, tanpa melalui pengalaman setiap kejayaan tidak akan terhasil. Soalan kelima berkaitan insiden yang berlaku dan seterusnya bertitik tolak dari situ kesemua peserta mengorak langkah untuk terus menjadi usahawan. Faktor ekonomi adalah faktor penolak untuk mereka menjadi usahawan manakala semua peserta untuk hidup lebih terjamin sebagai faktor penarik dalam menceburi bidang keusahawanan.
  • 7. ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30 th – December 01 st 2016 ISBN: 978-983-2267-95-9 1340 Soalan keenam berkaitan langkah permulaan untuk menjadi usahawan, tiga orang peserta menyatakan mereka minat semasa dari zaman persekolahan lagi untuk menceburi bidang keusahawan manakala seorang peserta menyatakan minat untuk menjadi usahawan semasa belajar di universiti. Soalan ketujuh berkaitan siapakah yang mempengaruhi dalam membuat keputusan untuk menjadi usahawan, kesemua peserta menyatakan keluarga, rakan-rakan serta persekitaran mempengaruhi mereka dalam membuat keputusan untuk menjadi usahawan. Soalan kelapan berkaitan rangkaian yang membantu dalam mengekalkan bidang keusahawanan yang diceburi. Kesemua peserta menyatakan pihak industri dan rakan perniagaan menjadi pemangkin dan memberi semangat kepada mereka untuk terus menjadi usahawan. Tanpa rangkaian dalam bidang keusahawanan, maka momentum untuk terus kekal berada dalam keusahawanan amat sukar dilakukan. Soalan kesembilan adalah berkaitan kekuatan yang perlu ada dalam diri untuk menceburi bidang keusahawanan. Kesemua peserta berpendapat minat, bakat, sikap dan usaha adalah faktor penting dalam menentukan kejayaan dalam bidang keusahawanan walaupun menceburi bidang yang lain dari bidang yang dipelajari semasa zaman persekolahan. Jadual 1 : Ringkasan protokol temubual dan tema Bil Soalan Ringkasan tema 1. Kenalkan diri anda dan ceritakan latar belakang anda dari segi pendidikan, latar belakang keluarga dan latar belakang perniagaan. Mempunyai latar belakang Pendidikan vokasional yang berlainan bidang dengan bidang keusahawanan yang diceburi. 2. Apakah sebab anda menceburi bidang keusahawan ? Minat dan untuk hidup lebih senang 3. Bagaimanakah anda menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang di pelajari dalam meneroka bidang keusahawanan diceburi ? Pengetahuan secara formal samada semasa persekolahan atau melalui kursus dan pengalaman kerja digunakan untuk menceburi bidang keusahawanan 4. Ceritakan pengalaman Pengalaman
  • 8. ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30 th – December 01 st 2016 ISBN: 978-983-2267-95-9 1341 anda dan seterusnya berjaya menjadi seorang usahawan ? manis – kejayaan. Pengalaman pahit, mendapatkan modal serta memulakan perniagaan 5. Apakah insiden atau peristiwa yang berlaku sehingga anda terdorong untuk jadi usahawan ? Terangkan Kejatuhan ekonomi dan untuk menampung kehidupan supaya kehidupan lebih terjamin 6. Dimanakah langkah permulaan anda menjadi usahawan ? Semasa zaman persekolahan 7. Siapakah yang mempengaruhi anda dalam membuat keputusan untuk menjadi usahawan ? Keluarga, rakan atau diri-sendiri ? Keluarga, rakan-rakan dan persekitaran 8. Adakah rangkaian / networking membantu anda dalam mengekalkan bidang keusahawanan yang diceburi ? Rakan perniagaan dan pihak industri 9. Apakah kekuatan yang perlu ada dalam diri untuk menceburi bidang keusahawanan ? Sikap, minat, bakat dan usaha Daripada perbandingan berterusan antara satu kes dengan kes yang berikutnya, didapati wujud corak dan pola yang sama dalam jawapan tembual walaupun mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza dengan bidang yang dipelajari. Dapatan dalam jadual 1 dapat diringkas dalam bentuk model seperti diilustrasikan dalam rajah 2. Rajah 2 : Model Vokasional Keusahawanan (VOCENT)
  • 9. ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30 th – December 01 st 2016 ISBN: 978-983-2267-95-9 1342 9. Kesimpulan Walaupun bidang yang dipelajari semasa zaman persekolahan atau semasa berada di universiti berlainan ini tidak menghalang seseorang individu untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan yang berlainan bidang, asalkan ada kemahuan, minat, sikap, bakat, pengetahuan, kemahiran, usaha dan pengalaman. Oleh itu, kemahiran keusahawanan perlu diterapkan ke dalam diri setiap individu terutamanya pelajar supaya mereka dapat berdikari untuk mencari peluang dalam bidang keusahawan selepas tamat tempoh pembelajaran. Kemahiran ini penting bukan sekadar untuk mudah diterima bekerja di bawah majikan, tetapi bekerja sendiri dengan kesanggupan menerima risiko terhadap sesuatu yang diusahakan. Rujukan Ahmad Tajudin Jab. 2011. Transformasi Pendidikan Vokasional. Utusan Malaysia. 18 Julai 2011. Azilahwati bt. Adam et. al. 2011. Kecenderungan pelajar-pelajar semester akhir Kolej Komuniti Jasin terhadap keusahawanan, Mini Seminar Pendidikan Cronan M. 2004. Teaching Entrepreneurship. 28 Sept 2008,http://www.mainstreetmom.com/pp/12
  • 10. ASEAN Comparative Education Research Network Conference , November 30 th – December 01 st 2016 ISBN: 978-983-2267-95-9 1343 Cresswell, J.W. 2005. Educational Research, Planning, conducting and evaluating quantitaive and qualitative research. Upper saddle River, New Jersey: Education Inc Hisrich & Peterson. 2012. Entrepreneurship, Mc Graw Hill Education; 9 edition Ida Kamalawati Abu Bakar. 2008. Entrepreneurship Traits among technical students. Kuratko, D.F & Hodges, R.M. 2007. Entrepreneurship-A Contemporary Approach. 6 edition). Miles, B.M. & Huberman, A.M. 1994. Qualitative data analysis an expanded sourcebook. Thousand Oaks: Sage Publications. Nor fadila, Mohd Amin & Dzufi Iszura Ispawi. 2011. Fakto-faktor yang mempengaruhi pemilihan bidang keusahawanan sebagai kerjaya dalam kalangan pelajar Pendidikan teknik dan Vokasional. Universiti Teknologi Malaysia Noraishah Buang (2013). Pendidikan Keusahahawanan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Shahrin Hashim et.al. 2007. Kecenderungan Guru PKPG (4SPH) Terhadap Bidang Keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia Siti Aisah Binti Abd. Mutalif (2003), Mengenal Pasti Tahap Motivasi Dan Kecenderungan Ke Usahawanan Di Kalangan Pelajar Semester Akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal: Satu Tinjauan Di Kuitth. Siti Hasmah. (2008). Faktor penghalang penerapan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mengikut persepktif guru. UTM Sri Mas Zarith Mahmud, Rohana Hamzah & Amimudin Udin (2011). Keusahawanan Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV) Di Malaysia. Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 209-213 Whiting, B.G. 1988. Creativity and Entreprenurship. How do they relate ? The Journal of Creative Behaviour 22(3): 178-183 Wiersma, W. 2005. Research methods in education: An introduction. Edisi ke-6. Yin, R.K. (1994). “Case Study Research: Design and Methods.” Thousand Oak, Calif, Sage. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Mohd Majid Konting, Ab Rahim Bakar & Genevieve Klang Angking. (1998). Dasar dan Pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan di Sekolah Menengah (Kertas 1). Kertas yang dibentangkan di Seminar Pendidikan Keusahawanan Abad 21, Universiti Putra Malaysia, Kajang.