SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Download to read offline
IDEAL REALITI AKIBAT/
IMPLIKASI
TUJUAN
CONTOH 1
PERNYATAAN MASALAH
Masyarakat telah banyak didedahkan dengan konsep kepimpinan. Malah,
mereka masih tercari-cari maklumat mengenai kaedah untuk menjadi seorang
pemimpin yang lebih berkesan. Masyarakat mempercayai bahawa kepimpinan
merupakan satu kaedah untuk memperbaiki diri kerana masyarakat akan
menilai apa yang dilihat terhadap pemimpin. Justeru, bidang korporat inginkan
individu yang berupaya untuk meningkatkan produktiviti organisasinya. Begitu juga
dengan bidang pendidikan, pemimpin yang berkesan diperlukan bagi meningkatkan
pencapaian sekolah. Namun, penilaian tersebut hanya berdasarkan aspek
luaran tanpa melihat faktor dalaman diri pemimpin. Ini disebabkan diri individu
amat dipengaruhi oleh persekitaran. Bass dan Steidlmeier (1999) serta Mohd
Ali (2000) menyokong kenyataan tersebut dengan berpendapat sikap, nilai dan
kepercayaan seseorang individu akan berubah menjadi negatif sekiranya
mereka berada dalam persekitaran yang menggalakkan mereka ke arah sikap
tersebut. Implikasinya, walaupun kerajaan menitikberatkan nilai-nilai murni
atau beretika ketika menjalankan tugas masih terdapat pemimpin yang
mengabaikan tugas mereka dan melibatkan diri mereka dalam amalan rasuah
(Abdullah, 1998; Mukherjee, 1998).
Kenyataan di atas di sokong lagi dengan laporan Bahagian Audit Sekolah (2001)
yang mengemukakan bahawa antara kelemahan pengurusan kewangan di sekolah
adalah sikap pengetua yang sambil lewa, pengetahuan dan kemahiran mereka yang
kurang mendalam mengenai pengurusan kewangan serta penyelewengan wang
sekolah. Malah, laporan tersebut turut menjelaskan bahawa sejumlah RM1.24 juta
yang melibatkan sebanyak 73 buah sekolah telah hilang tanpa sistem merekodkan
yang sistematik dalam penyata kewangan sekolah tersebut. Kehilangan tersebut
berpunca daripada sikap pengetua yang tidak jujur dan bayaran yang tidak
menepati kehendak peraturan seperti bayaran melebihi had peruntukan dan bayaran
yang tidak sistematik. Justeru, pihak polis telah mengkategorikan kes tersebut
sebagai jenayah kecurian.
Bertepatan dengan fenomena di atas, dirumuskan bahawa sebahagian pemimpin
tidak lagi menjadikan nilai-nilai murni dan amalan beretika ketika menjalankan tugas
sebagai panduan untuk melaksanakan tanggung jawab mereka. Dalam perkataan
lain, pengetua yang berperanan sebagai faktor penyumbang utama untuk mencapai
keberkesanan sekolah tidak boleh dijadikan sebagai role model kepada warga
sekolah yang lain. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan satu
corak kepimpinan yang harus diamalkan oleh pengetua iaitu Kepimpinan
Moral.
IDEAL REALITI AKIBAT/
IMPLIKASI
TUJUAN
CONTOH 2
PERNYATAAN MASALAH
Kebelakangan ini, pelbagai insiden yang memaparkan pengetua melanggar
etika perguruan sering terjadi. Misalnya, seramai 25 orang pengetua dan guru
besar telah dihadapkan ke mahkamah kerana terbabit dalam penyelewengan
dan rasuah pada tahun 1995 dan 1996 (Teng, 1999). Selain itu, kita juga
terkejut dengan berita seorang guru besar di Gua Musang, Kelantan disyaki
mencabul kehormatan beberapa orang guru perempuan dan 13 orang murid
(Guru Besar Mencabul Kehormatan Guru, Utusan Malaysia, 12 Julai 2006).
Insiden yang hampir sama juga berlaku di Sabak Bernam pada tahun 2002.
Dalam insiden tersebut, seorang pengetua telah menyuruh pelajar yang
berusia 15 tahun melakukan seks oral. Hukuman penjara selama 12 tahun
telah dijatuhkan ke atasnya pada 15 Ogos 2005 (Hukuman Penjara 12 Tahun
Atas Pengetua Tidak Bermoral, Berita Harian, 7 Disember 2006). Insiden-
insiden tersebut telah mengaibkan etika profesion perguruan di samping
menjatuhkan imej dan martabat perguruan negara kita.
Selain itu, satu kajian yang pernah dijalankan oleh Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (KPPK) pada tahun 1998, mengetengahkan isu tentang
65% pengetua didapati jarang berada di sekolah (Foo, 2005). Kajian tersebut juga
mendapati 70% pentadbir sekolah tidak dapat memenuhi tuntutan Kementerian
Pelajaran Malaysia agar mereka mengajar sekurang-kurangnya enam waktu
seminggu. Tambahan pula, pengetua tidak menyediakan persediaan mengajar.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran kepada
pengetua sekolah agar tidak mengorbankan waktu belajar murid jika mahu
mengadakan program mengutip dana sekolah. Beliau kecewa dengan seorang
pengetua sekolah di Damansara yang membiarkan kelas-kelas di sekolahnya tanpa
guru kerana para guru sibuk menganjurkan kutipan dana makan malam (Utusan
Malaysia, 12 Julai 2006).
Masalah penyelewengan dan rasuah, kes mencabul kehormatan, isu pengetua
atau guru besar jarang berada di sekolah, isu pengetua/guru besar tidak
mengajar di kelas dan tidak menyediakan rancangan pengajaran, kes kutipan
dana sekolah yang mengorbankan masa pengajaran dan pembelajaran murid
dan sebagainya telah membimbangkan kita terhadap aspek etika atau moral
dalam kepemimpinan dan pengurusan sekolah.
IDEAL REALITI AKIBAT/
IMPLIKASI
TUJUAN
CONTOH 3
PERNYATAAN MASALAH
Menurut Dubin dalam Wexley dan Latham (1994), hari ini golongan profesional
(contohnya jurutera, pengurus, ahli kimia, doktor, akauntan) berdepan dengan
suatu keadaan yang dipanggil keusangan profesional. Keusangan dikatakan
sebagai satu pengurangan dalam kecekapan profesional seseorang, yang di
sebabkan oleh kekurangan pengetahuan dalam teknik-teknik dan teknologi baru
yang telah dibangunkan semenjak manusia mendapat pendidikan.
Perubahan teknologi seperti reka bentuk dengan bantuan komputer, surat elektronik
(e-mail) dan sebagainya telah mengalami perubahan mendadak dan oleh itu
memerlukan latihan semula yang berterusan dalam kerjaya mereka (London &
Bassman dalam Wexley & Latham, 1994). Ia penting bagi meningkatkan kompetensi
individu dalam menyumbang kepada pembangunan organisasi melalui pembelajaran
berterusan. Porter dalam Wexley dan Latham (1994) menyatakan satu bahagian
penting dalam mengemas kini pengetahuan dan kemahiran adalah dengan
meningkatkan keinginan profesional itu sendiri untuk meneruskan pendidikan
berterusan sepanjang hayatnya. Keputusan seseorang individu untuk meningkatkan
usaha bagi memajukan diri adalah banyak bergantung kepada persepsinya terhadap
ganjaran yang akan diperoleh daripada organisasi.
Oleh itu, organisasi mesti memberi ganjaran seperti gaji dan tugas yang lebih
mencabar kepada pekerja bagi menambahkan usaha dalam menghalang keusangan
profesional. Konsep pendidikan berterusan atau lifelong learning juga dikenali
sebagai pembelajaran sepanjang hayat bukanlah merupakan satu konsep yang baru
dalam sistem pendidikan negara. Namun begitu, ekoran dari perubahan
persekitaran baru di mana ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi
menjadi keutamaan, konsep pendidikan berterusan telah diberikan penekanan
dalam agenda pembangunan negara.
IDEAL REALITI AKIBAT/
IMPLIKASI
TUJUAN
CONTOH 4
PERNYATAAN MASALAH
Sejajar dengan tuntutan anjakan paradigma perkhidmatan pendidikan ke arah
“Pendidikan Bertaraf Dunia” dan “Rakyat Minda Kelas Pertama”, golongan pendidik
sebenarnya tersepit antara dua keadaan, iaitu merealisasikan dua slogan keramat
tadi dengan layanan hambar dan kurang proaktif. Isu pelajar dan keluarga
menyaman guru serta mengenakan tindakan terhadap guru, merupakan fenomena
yang tidak adil bagi para pendidik. Apatah lagi dengan cabaran mendidik hari ini
dengan anak-anak remaja yang muncul dari dunia globalisasi tanpa sempadan.
Pengkaji melihat selain faktor konflik bidang tugas, faktor-faktor organisasi lain
seperti beban tugas, polisi organisasi dan kemudahan di tempat kerja serta faktor-
faktor demografi juga merupakan antara penyebab yang mempengaruhi kepuasan
kerja dalam kalangan GKMP. Berdasarkan senario di atas, maka beberapa
persoalan perlu mendapat perhatian, iaitu:
1. Sejauh manakah tahap kepuasan kerja GKMP dalam organisasi?
2. Adakah terdapat perkaitan antara ciri-ciri demografi seperti umur,
pendapatan dan tempoh perkhidmatan dengan kepuasan kerja GKMP di
sekolah?
IDEAL REALITI AKIBAT/
IMPLIKASI
TUJUAN
CONTOH 5
PERNYATAAN MASALAH
Di Malaysia, TQM merupakan satu pendekatan pengurusan organisasi yang
diarahkan oleh kerajaan supaya dilaksanakan dalam sektor awam termasuk sektor
pendidikan. Keperluan setiap organisasi kerajaan melaksanakan TQM adalah jelas
apabila kerajaan Malaysia mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
(PKPA) Bil. 1/1992. Kerajaan Malaysia amat menitikberatkan hal ini dan
menegaskan bahawa, “Perkhidmatan awam yang berkualiti akan mampu
melaksanakan tanggungjawabnya dengan cekap, di samping dapat memberikan
perkhidmatan-perkhidmatan terbaik kepada orang ramai” (PKPA, 1992: iii).
Walaupun terdapat arahan kerajaan yang sangat jelas, namun kejayaan
pelaksanaan TQM dalam alam persekolahan di Malaysia masih menjadi tanda tanya
kerana tidak terdapat bukti empirikal untuk menjelaskan kedudukannya. Walau pun
sudah banyak kajian TQM dalam sektor pendidikan dijalankan, terutama oleh para
pelajar sarjana dan doktor falsafah, namun kajian yang mengaitkan pemboleh ubah
TQM dengan komitmen guru di sekolah menengah kluster belum pernah dijalankan
dalam alam persekolahan di Malaysia. Akibatnya, timbul pula isu seterusnya
dalam alam persekolahan, iaitu adakah amalan TQM dapat mempertingkatkan
komitmen guru terhadap sekolah?
Persoalan ini timbul kerana terdapat hasil kajian yang menunjukkan pelaksanaan
pelbagai program kualiti gagal memenuhi matlamat organisasi (Rozhan, 2002).
Kegagalan berkenaan telah mewujudkan anggapan negatif dan pandangan serong
terhadap program kualiti (Rozhan, 2002). Kanji dan Malek (1999) menyatakan
bahawa model TQM yang dikatakan berkesan dalam konteks pendidikan tidak
dibuktikan melalui kajian empirikal. Sebelum ini Guimaraes (1996) menyatakan
terlalu sedikit kajian yang memeriksa kesan amalan TQM terhadap sumber manusia
dalam organisasi.
Dalam bidang pendidikan, amalan prinsip TQM menyumbang kepada prestasi
organisasi pendidikan, kepuasan hati pelajar serta pencapaian akademik pelajar
(Lim,2003). Selain daripada itu, TQM juga didapati memberi kesan terhadap sikap
guru dan kerjaya sebagai guru. Kajian Lagrosen (1999) mendapati pelaksanaan
TQM mempunyai kesan yang positif kepada guru-guru. Oleh kerana itu, Lagrosen
(1999) mencadangkan supaya TQM diamalkan di sekolah-sekolah.
Bagaimanakah pula amalan TQM dengan komitmen para guru? Walau pun terdapat
dapatan kajian yang menemui kesan positif amalan prinsip TQM, namun belum
terdapat kajian yang mengkaji pengaruh amalan prinsip TQM ke atas komitmen guru
di sekolah menengah Kluster di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini telah
dijalankan bertujuan mengenal pasti pengaruh amalan TQM ke atas komitmen guru
terhadap organisasi. Kajian seumpama ini adalah wajar dilaksanakan demi
meningkatkan kecemerlangan pengurusan dan kepimpinan pendidikan di Malaysia.

More Related Content

What's hot

Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKamarudin Jaafar
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
Kajian kualitatif analisis kandungan
Kajian kualitatif   analisis kandunganKajian kualitatif   analisis kandungan
Kajian kualitatif analisis kandunganSivabala Naidu
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianairenahmad
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuranmadiah jaafar
 
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikanPengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikankamektok2011
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis datamohdkhamdani
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apaNorlasbtintah
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarulwmkfirdaus
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 

What's hot (20)

Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Kajian kualitatif analisis kandungan
Kajian kualitatif   analisis kandunganKajian kualitatif   analisis kandungan
Kajian kualitatif analisis kandungan
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
 
Model komunikasi
Model komunikasiModel komunikasi
Model komunikasi
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
 
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikanPengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
 
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAHKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apa
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 

Similar to Contoh pernyataan masalah

Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur ainiMamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur ainimahmudi moedy
 
ilmu pendidikan
ilmu pendidikanilmu pendidikan
ilmu pendidikanWidia Wati
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMSyaza Mohd Sabri
 
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidi
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidiMamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidi
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidimahmudi moedy
 
Tugasan 2 budaya sekolah
Tugasan 2   budaya sekolahTugasan 2   budaya sekolah
Tugasan 2 budaya sekolahyunging84
 
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shum
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shumManajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shum
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shummahmudi moedy
 
1. Prof Dr Maisah, M.Pdi 2. Dr Fadillah M.Pd. 3. Esen Pramudya Utama, review ...
1. Prof Dr Maisah, M.Pdi 2. Dr Fadillah M.Pd. 3. Esen Pramudya Utama, review ...1. Prof Dr Maisah, M.Pdi 2. Dr Fadillah M.Pd. 3. Esen Pramudya Utama, review ...
1. Prof Dr Maisah, M.Pdi 2. Dr Fadillah M.Pd. 3. Esen Pramudya Utama, review ...EsenPramudyaUtama
 
4 b peranan-pendidikan moral
4 b peranan-pendidikan moral4 b peranan-pendidikan moral
4 b peranan-pendidikan moralNorazah Mohamad
 
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...muhamadrusdi4
 
TUGASS KONSEP DASAR DAN STRATEGI PENJAMINAN MUTU PENDIDIKAN.pptx
TUGASS  KONSEP DASAR DAN STRATEGI PENJAMINAN MUTU PENDIDIKAN.pptxTUGASS  KONSEP DASAR DAN STRATEGI PENJAMINAN MUTU PENDIDIKAN.pptx
TUGASS KONSEP DASAR DAN STRATEGI PENJAMINAN MUTU PENDIDIKAN.pptxManajemenPendidikanI3
 
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-tuti alwiyah
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-tuti alwiyahManajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-tuti alwiyah
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-tuti alwiyahmahmudi moedy
 
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalTIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalAdilah Yahaya
 

Similar to Contoh pernyataan masalah (20)

Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur ainiMamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
 
ilmu pendidikan
ilmu pendidikanilmu pendidikan
ilmu pendidikan
 
Bab 1revisi
Bab 1revisiBab 1revisi
Bab 1revisi
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidi
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidiMamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidi
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidi
 
Tugasan 2 budaya sekolah
Tugasan 2   budaya sekolahTugasan 2   budaya sekolah
Tugasan 2 budaya sekolah
 
Analisis isu
Analisis isuAnalisis isu
Analisis isu
 
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shum
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shumManajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shum
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shum
 
curriculum
curriculumcurriculum
curriculum
 
1. Prof Dr Maisah, M.Pdi 2. Dr Fadillah M.Pd. 3. Esen Pramudya Utama, review ...
1. Prof Dr Maisah, M.Pdi 2. Dr Fadillah M.Pd. 3. Esen Pramudya Utama, review ...1. Prof Dr Maisah, M.Pdi 2. Dr Fadillah M.Pd. 3. Esen Pramudya Utama, review ...
1. Prof Dr Maisah, M.Pdi 2. Dr Fadillah M.Pd. 3. Esen Pramudya Utama, review ...
 
4 b peranan-pendidikan moral
4 b peranan-pendidikan moral4 b peranan-pendidikan moral
4 b peranan-pendidikan moral
 
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...
 
TUGASS KONSEP DASAR DAN STRATEGI PENJAMINAN MUTU PENDIDIKAN.pptx
TUGASS  KONSEP DASAR DAN STRATEGI PENJAMINAN MUTU PENDIDIKAN.pptxTUGASS  KONSEP DASAR DAN STRATEGI PENJAMINAN MUTU PENDIDIKAN.pptx
TUGASS KONSEP DASAR DAN STRATEGI PENJAMINAN MUTU PENDIDIKAN.pptx
 
Makalah daspen
Makalah daspenMakalah daspen
Makalah daspen
 
4 b peranan-pendidikan
4 b peranan-pendidikan4 b peranan-pendidikan
4 b peranan-pendidikan
 
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
 
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-tuti alwiyah
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-tuti alwiyahManajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-tuti alwiyah
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-tuti alwiyah
 
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalTIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
 
Kelompok 3 buku 2
Kelompok 3 buku 2Kelompok 3 buku 2
Kelompok 3 buku 2
 

Recently uploaded

Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 

Recently uploaded (20)

Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 

Contoh pernyataan masalah

  • 1. IDEAL REALITI AKIBAT/ IMPLIKASI TUJUAN CONTOH 1 PERNYATAAN MASALAH Masyarakat telah banyak didedahkan dengan konsep kepimpinan. Malah, mereka masih tercari-cari maklumat mengenai kaedah untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih berkesan. Masyarakat mempercayai bahawa kepimpinan merupakan satu kaedah untuk memperbaiki diri kerana masyarakat akan menilai apa yang dilihat terhadap pemimpin. Justeru, bidang korporat inginkan individu yang berupaya untuk meningkatkan produktiviti organisasinya. Begitu juga dengan bidang pendidikan, pemimpin yang berkesan diperlukan bagi meningkatkan pencapaian sekolah. Namun, penilaian tersebut hanya berdasarkan aspek luaran tanpa melihat faktor dalaman diri pemimpin. Ini disebabkan diri individu amat dipengaruhi oleh persekitaran. Bass dan Steidlmeier (1999) serta Mohd Ali (2000) menyokong kenyataan tersebut dengan berpendapat sikap, nilai dan kepercayaan seseorang individu akan berubah menjadi negatif sekiranya mereka berada dalam persekitaran yang menggalakkan mereka ke arah sikap tersebut. Implikasinya, walaupun kerajaan menitikberatkan nilai-nilai murni atau beretika ketika menjalankan tugas masih terdapat pemimpin yang mengabaikan tugas mereka dan melibatkan diri mereka dalam amalan rasuah (Abdullah, 1998; Mukherjee, 1998). Kenyataan di atas di sokong lagi dengan laporan Bahagian Audit Sekolah (2001) yang mengemukakan bahawa antara kelemahan pengurusan kewangan di sekolah adalah sikap pengetua yang sambil lewa, pengetahuan dan kemahiran mereka yang kurang mendalam mengenai pengurusan kewangan serta penyelewengan wang sekolah. Malah, laporan tersebut turut menjelaskan bahawa sejumlah RM1.24 juta yang melibatkan sebanyak 73 buah sekolah telah hilang tanpa sistem merekodkan yang sistematik dalam penyata kewangan sekolah tersebut. Kehilangan tersebut berpunca daripada sikap pengetua yang tidak jujur dan bayaran yang tidak menepati kehendak peraturan seperti bayaran melebihi had peruntukan dan bayaran yang tidak sistematik. Justeru, pihak polis telah mengkategorikan kes tersebut sebagai jenayah kecurian. Bertepatan dengan fenomena di atas, dirumuskan bahawa sebahagian pemimpin tidak lagi menjadikan nilai-nilai murni dan amalan beretika ketika menjalankan tugas sebagai panduan untuk melaksanakan tanggung jawab mereka. Dalam perkataan lain, pengetua yang berperanan sebagai faktor penyumbang utama untuk mencapai keberkesanan sekolah tidak boleh dijadikan sebagai role model kepada warga sekolah yang lain. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan satu corak kepimpinan yang harus diamalkan oleh pengetua iaitu Kepimpinan Moral.
  • 2. IDEAL REALITI AKIBAT/ IMPLIKASI TUJUAN CONTOH 2 PERNYATAAN MASALAH Kebelakangan ini, pelbagai insiden yang memaparkan pengetua melanggar etika perguruan sering terjadi. Misalnya, seramai 25 orang pengetua dan guru besar telah dihadapkan ke mahkamah kerana terbabit dalam penyelewengan dan rasuah pada tahun 1995 dan 1996 (Teng, 1999). Selain itu, kita juga terkejut dengan berita seorang guru besar di Gua Musang, Kelantan disyaki mencabul kehormatan beberapa orang guru perempuan dan 13 orang murid (Guru Besar Mencabul Kehormatan Guru, Utusan Malaysia, 12 Julai 2006). Insiden yang hampir sama juga berlaku di Sabak Bernam pada tahun 2002. Dalam insiden tersebut, seorang pengetua telah menyuruh pelajar yang berusia 15 tahun melakukan seks oral. Hukuman penjara selama 12 tahun telah dijatuhkan ke atasnya pada 15 Ogos 2005 (Hukuman Penjara 12 Tahun Atas Pengetua Tidak Bermoral, Berita Harian, 7 Disember 2006). Insiden- insiden tersebut telah mengaibkan etika profesion perguruan di samping menjatuhkan imej dan martabat perguruan negara kita. Selain itu, satu kajian yang pernah dijalankan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) pada tahun 1998, mengetengahkan isu tentang 65% pengetua didapati jarang berada di sekolah (Foo, 2005). Kajian tersebut juga mendapati 70% pentadbir sekolah tidak dapat memenuhi tuntutan Kementerian Pelajaran Malaysia agar mereka mengajar sekurang-kurangnya enam waktu seminggu. Tambahan pula, pengetua tidak menyediakan persediaan mengajar. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran kepada pengetua sekolah agar tidak mengorbankan waktu belajar murid jika mahu mengadakan program mengutip dana sekolah. Beliau kecewa dengan seorang pengetua sekolah di Damansara yang membiarkan kelas-kelas di sekolahnya tanpa guru kerana para guru sibuk menganjurkan kutipan dana makan malam (Utusan Malaysia, 12 Julai 2006). Masalah penyelewengan dan rasuah, kes mencabul kehormatan, isu pengetua atau guru besar jarang berada di sekolah, isu pengetua/guru besar tidak mengajar di kelas dan tidak menyediakan rancangan pengajaran, kes kutipan dana sekolah yang mengorbankan masa pengajaran dan pembelajaran murid dan sebagainya telah membimbangkan kita terhadap aspek etika atau moral dalam kepemimpinan dan pengurusan sekolah.
  • 3. IDEAL REALITI AKIBAT/ IMPLIKASI TUJUAN CONTOH 3 PERNYATAAN MASALAH Menurut Dubin dalam Wexley dan Latham (1994), hari ini golongan profesional (contohnya jurutera, pengurus, ahli kimia, doktor, akauntan) berdepan dengan suatu keadaan yang dipanggil keusangan profesional. Keusangan dikatakan sebagai satu pengurangan dalam kecekapan profesional seseorang, yang di sebabkan oleh kekurangan pengetahuan dalam teknik-teknik dan teknologi baru yang telah dibangunkan semenjak manusia mendapat pendidikan. Perubahan teknologi seperti reka bentuk dengan bantuan komputer, surat elektronik (e-mail) dan sebagainya telah mengalami perubahan mendadak dan oleh itu memerlukan latihan semula yang berterusan dalam kerjaya mereka (London & Bassman dalam Wexley & Latham, 1994). Ia penting bagi meningkatkan kompetensi individu dalam menyumbang kepada pembangunan organisasi melalui pembelajaran berterusan. Porter dalam Wexley dan Latham (1994) menyatakan satu bahagian penting dalam mengemas kini pengetahuan dan kemahiran adalah dengan meningkatkan keinginan profesional itu sendiri untuk meneruskan pendidikan berterusan sepanjang hayatnya. Keputusan seseorang individu untuk meningkatkan usaha bagi memajukan diri adalah banyak bergantung kepada persepsinya terhadap ganjaran yang akan diperoleh daripada organisasi. Oleh itu, organisasi mesti memberi ganjaran seperti gaji dan tugas yang lebih mencabar kepada pekerja bagi menambahkan usaha dalam menghalang keusangan profesional. Konsep pendidikan berterusan atau lifelong learning juga dikenali sebagai pembelajaran sepanjang hayat bukanlah merupakan satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. Namun begitu, ekoran dari perubahan persekitaran baru di mana ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi menjadi keutamaan, konsep pendidikan berterusan telah diberikan penekanan dalam agenda pembangunan negara.
  • 4. IDEAL REALITI AKIBAT/ IMPLIKASI TUJUAN CONTOH 4 PERNYATAAN MASALAH Sejajar dengan tuntutan anjakan paradigma perkhidmatan pendidikan ke arah “Pendidikan Bertaraf Dunia” dan “Rakyat Minda Kelas Pertama”, golongan pendidik sebenarnya tersepit antara dua keadaan, iaitu merealisasikan dua slogan keramat tadi dengan layanan hambar dan kurang proaktif. Isu pelajar dan keluarga menyaman guru serta mengenakan tindakan terhadap guru, merupakan fenomena yang tidak adil bagi para pendidik. Apatah lagi dengan cabaran mendidik hari ini dengan anak-anak remaja yang muncul dari dunia globalisasi tanpa sempadan. Pengkaji melihat selain faktor konflik bidang tugas, faktor-faktor organisasi lain seperti beban tugas, polisi organisasi dan kemudahan di tempat kerja serta faktor- faktor demografi juga merupakan antara penyebab yang mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan GKMP. Berdasarkan senario di atas, maka beberapa persoalan perlu mendapat perhatian, iaitu: 1. Sejauh manakah tahap kepuasan kerja GKMP dalam organisasi? 2. Adakah terdapat perkaitan antara ciri-ciri demografi seperti umur, pendapatan dan tempoh perkhidmatan dengan kepuasan kerja GKMP di sekolah?
  • 5. IDEAL REALITI AKIBAT/ IMPLIKASI TUJUAN CONTOH 5 PERNYATAAN MASALAH Di Malaysia, TQM merupakan satu pendekatan pengurusan organisasi yang diarahkan oleh kerajaan supaya dilaksanakan dalam sektor awam termasuk sektor pendidikan. Keperluan setiap organisasi kerajaan melaksanakan TQM adalah jelas apabila kerajaan Malaysia mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1/1992. Kerajaan Malaysia amat menitikberatkan hal ini dan menegaskan bahawa, “Perkhidmatan awam yang berkualiti akan mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan cekap, di samping dapat memberikan perkhidmatan-perkhidmatan terbaik kepada orang ramai” (PKPA, 1992: iii). Walaupun terdapat arahan kerajaan yang sangat jelas, namun kejayaan pelaksanaan TQM dalam alam persekolahan di Malaysia masih menjadi tanda tanya kerana tidak terdapat bukti empirikal untuk menjelaskan kedudukannya. Walau pun sudah banyak kajian TQM dalam sektor pendidikan dijalankan, terutama oleh para pelajar sarjana dan doktor falsafah, namun kajian yang mengaitkan pemboleh ubah TQM dengan komitmen guru di sekolah menengah kluster belum pernah dijalankan dalam alam persekolahan di Malaysia. Akibatnya, timbul pula isu seterusnya dalam alam persekolahan, iaitu adakah amalan TQM dapat mempertingkatkan komitmen guru terhadap sekolah? Persoalan ini timbul kerana terdapat hasil kajian yang menunjukkan pelaksanaan pelbagai program kualiti gagal memenuhi matlamat organisasi (Rozhan, 2002). Kegagalan berkenaan telah mewujudkan anggapan negatif dan pandangan serong terhadap program kualiti (Rozhan, 2002). Kanji dan Malek (1999) menyatakan bahawa model TQM yang dikatakan berkesan dalam konteks pendidikan tidak dibuktikan melalui kajian empirikal. Sebelum ini Guimaraes (1996) menyatakan terlalu sedikit kajian yang memeriksa kesan amalan TQM terhadap sumber manusia dalam organisasi. Dalam bidang pendidikan, amalan prinsip TQM menyumbang kepada prestasi organisasi pendidikan, kepuasan hati pelajar serta pencapaian akademik pelajar (Lim,2003). Selain daripada itu, TQM juga didapati memberi kesan terhadap sikap guru dan kerjaya sebagai guru. Kajian Lagrosen (1999) mendapati pelaksanaan TQM mempunyai kesan yang positif kepada guru-guru. Oleh kerana itu, Lagrosen (1999) mencadangkan supaya TQM diamalkan di sekolah-sekolah. Bagaimanakah pula amalan TQM dengan komitmen para guru? Walau pun terdapat dapatan kajian yang menemui kesan positif amalan prinsip TQM, namun belum terdapat kajian yang mengkaji pengaruh amalan prinsip TQM ke atas komitmen guru di sekolah menengah Kluster di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini telah dijalankan bertujuan mengenal pasti pengaruh amalan TQM ke atas komitmen guru terhadap organisasi. Kajian seumpama ini adalah wajar dilaksanakan demi meningkatkan kecemerlangan pengurusan dan kepimpinan pendidikan di Malaysia.