1. 1.0 PENGENALAN
Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan
yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan
yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin
kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya
kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.
Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat
menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat
mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk
sejak di bangku sekolah lagi.
1.1 KEMPEN JOM HIDUP SIHAT
Jom Hidup Sihat boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera.
Amalan Jom Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang
seimbang, senaman yang konsisten ,mengelakkan stress dan konflik serta
menjauhi penyalahgunaan dadah.
1.2 TUJUAN PROGRAM
Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu
Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan
Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi
pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta
masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah
wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda
harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari
seawal usia di bangku sekolah . Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting
bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.
2. 1.3 RASIONAL PROGRAM
Program Jom Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua
warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para
pelajar, guru dan seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan
kesihatan. Melalui program ceramah , kempen menderma darah dan pameran
kepada para pelajar akan dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan.
1.4 MATLAMAT PROGRAM
Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari
segi fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di
sekolah. Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas,
1.5 OBJEKTIF PROGRAM
• Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi
meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada
murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.
• Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati
diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani
sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial
seperti merokok dan peyalahgunaan dadah.
• Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan
masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
• Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan
menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
• Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar
walau di mana mereka berada.
• Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di
sekolah,
• Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasiranasir
buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.
3. 2.0 Cadangan Carta Organisasi
2.1 AJK INDUK PROGRAM JOM HIDUP SIHAT
PENASIHAT
EN MD FAISAL BIN MOHD SALIH ( MD SALLEH)
PENGERUSI
HJ ZULKIFLI BIN MOHAMAD NOR
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
PN MAZLAH BINTI AB KADIR
SETIAUSAHA
EN. MOHD HILMI B AB RAZAK
KETUA PANITIA PJK
EN MOHD ZARIMAN B MD NOR
GURU KESIHATAN
EN SALEHUDDIN B AHMAD
EN ASYRAF SYAHIR B TARMIZI
PN FAIZAH BT OTHMAN
PN NUR SYAZWANI BT ADANG
EN MOHAMAD SHAHRUL SYAFIQ
EN MOHAMAD FAIZ B AB RAHIM
4. 3.0 Cadangan Program
Program ini akan dijalankan selama 2 hari berturut-turut pada 04 hb Ogos hingga 5 hb Ogos
2020. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang program Jom Hidup Sihat:
Bil Aktiviti yang Dirancang Agensi /JK Pelaksana
1. Kuiz Kesihatan Panitia PJK dan Unit
Kesihatan
2. Pertandingan Melukis dan Mewarna Unit Kesihatan dan Panitia
PSV
3.1 Tentatif Program
TARIKH AKTIVITI SASARAN
4 Ogos 2020 Kuiz Kesihatan Tahap 2
5 Ogos 2020 Melukis & Mewarna Tahap 1
4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERIHAL BARANG KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH
1 HADIAH SET ALAT TULIS A19 (PERTAMA) 20 SET RM 19.00 RM 382.00
2 HADIAH SET ALAT TULIS B14 (KEDUA) 20 SET RM 14.00 RM 280.00
3 HADIAH SET ALAT TULIS E9 (KETIGA) 20 SET RM 9.00 RM 180.00
4 HADIAH SET ALAT TULIS T500
(SAGUHATI)
42 SET RM 5.00 RM 210.00
JUMLAH RM 1050.00
5. 7.0 PENUTUP
Diharapkan aktiviti Minggu Jom Hidup Sihat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini
akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran
untuk mencegah dan mengelakan penyakit. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari
semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.
Disediakan oleh,
Tarikh: 20 Julai 2020
……………………………..........…
(MOHD ZARIMAN B MD NOR)
K/P PENDIDIKAN JASMANI& KESIHATAN
SK TAMAN MIDAH 2
KUALA LUMPUR
Disemak oleh,
Tarikh: 20 Julai 2020
…………………………………........
( EN FAISAL BIN MD SALIH ( MD SALLEH )
GURU BESAR
SK TAMAN MIDAH 2
KUALA LUMPUR
6. KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU SIHAT
#Generasi berilmu,sihat&progresif
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
2020