SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
DRAF KERTAS KONSEP SEKOLAH PENYAYANG
1.0 LATAR BELAKANG
Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan
jasmani manusia. Sekolah sebagai organisasi yang didukung golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam
menjana modal insan yang berketrampilan, terpuji di samping melahirkan insan yang intelektual. Hari ini, bidang
pendidikan menjadi tonggak utama sesebuah negara dalam proses pembangunan. Maju atau mundur sesebuah
negara terletak pada keberkesanan dalam sistempendidikannya.
Malaysia tidak terkecuali dalam usaha membentuk sistem pendidikan berkualiti bukan sahaja dalam aspek
kurikulum, tetapi merangkumi komponen pendidikan lain seperti kokurikulumdan pembentukan sahsiah. Dalam hal
ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan konsep ‘Sekolah Penyayang’ untuk melahirkan pelajar berketrampilan,
sekali gus membendung salah laku murid.
Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalamsistem pendidikan Malaysia.
Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat
penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah
melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari
segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.
Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-sekolah pada masa
kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang. Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan
agar pihak sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang
supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan
bimbingan ini, murid akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995,
Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, KP8591/Jld.VIII(9) bertarikh 5 September 1995)
Perkara 28 Hak Kanak-kanak PBB Mengesyorkan supaya menggalakan perkembangan Pendidikan
menengah dan rendah dalam pelbagai bentuk termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan
terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak dan mengambil langkah yang sewajarya seperti memperkenalkan pendidikan
percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika difikirkan perlu..
Menurut Prof. Dr Chiam Heng Keng, (2008) Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-kanak. Konvensyen ini menekankan kabajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, terutama untuk
perkembangan & perlindungan mereka. Dalam hal ini Dasar Kementerian sememangnya selaras dengan
Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC). Para pendidik seharusnya menyokong dasar ini melalui amalan seharian
mereka yang mengutamakan kesejahteraan kanak-kanak.
Dalam Hierarki Keperluan Maslow pula, kasih sayang merupakan salah satu keperluan asas yang perlu
dipenuhi dan sesuatu yang penting dalam proses perkembangan dan kehidupannya. Sekiranya keperluan ini tidak
dipenuhi maka proses perkembangan seterusnya akan terbantut.
Glasser (2000) juga menyatakan manusia dilahirkan dengan lima keperluan antaranya keperluan survival
dan kasih sayang . Galasser percaya bahawa keperluan terhadap kasih sayang dan dipunyai adalah penting kerana
kita perlukan orang lain untuk memuaskan kedua-dua keperluan ini. Warga sekolah merupakan agen penting untuk
memenuhi keperluan pelajar.
Menurut al-Ghazali, hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti mutiara dan lembut seperti tanah
menyebabkan benih dapat disemai (Ihya’,Jil.III). Sekiranya dia dilatih dengan perangai yang baik, nescaya dia akan
menjadi seorang yang baik, begitulah sebaliknya. Kanak-kanak dianggap amanah daripada Allah kepada kedua ibu
bapanya (Hamid Fahmy,1990).
Oleh itu, Sekolah Penyayang dirasakan adalah elemen penting dalam melahirkan warga negara Malaysia
yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah menyediakan suasana yang kondusif dan baik, akan
menarik minat para pelajar untuk ke sekolah. Minda mereka akan dapat dibina dan diisi dengan unsur-unsur yang
boleh membangun jati diri sebagai warga Malaysia yang membesar dengan acuan kita sendiri.
2.0 MATLAMAT
Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung
masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran
disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma
efektif mesti diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk
meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untukdatang semula esoknya.
Sehubungan itu, konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang
dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Konsep sekolah penyayang juga
bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid, ibu bapa serta
komuniti yang saling bekerjsama ke arah mewujudkan sekolah dan masyarakat penyayang.
3.2 Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah.
3.3 Membantu menangani pelbagai masalah sosialdalam kalangan murid.
3.4 Meningkatkan perasaan kasih sayang dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah terhadap murid-
murid di sekolah.
3.5 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah.
4.0 KONSEP
Sekolah Penyayang menekankan kepada beberapa konsep utama iaitu;
4.1 Mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.
4.2 Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan berdisiplin
tinggi.
4.3 Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang ‘caring’ terhadap anak didik di sekolah dalam
segala aspek.
4.4 Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah.
4.5 Mampu membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan mereka.
4.6 Mampu melahirkan guru-guru yang “first in, last out” di sekolah-sekolah.
5.0 PELAKSANAAN
Sekolah Penyayang akan dilaksanakan berdasarkan 5 elemen utama iaitu persekitaran, pengurusan, guru dan
staf (kakitangan sekolah), murid serta ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat.
a. Persekitaran
1. Program : “Happy School Campus”
Matlamat :
Mewujudkan Persekitaran sekolah yang ceria, selamat dan kondusif. Selaras dengan konsep “Sekolah
Selamat” dan “Sekolah Penyayang” yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), “Happy
School Campus” bermatlamat untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan
gejala ponteng sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah yang kondusif juga dapat membantu murid mengikuti
pembelajaran dengan baik dan lancar.
Objektif :
1. Memupuk dan menarik minat murid untukhadir ke sekolah setiap hari.
2. Menerapkan kesepaduan dan kasih sayang sesama warga sekolah.
3. Menyemai sikap prihatin dan tanggungjawab dalam kalangan warga sekolah terhadap persekitaran
sekolah.
4. Menanam rasa sayang dan bangga terhadap sekolah menjurus kepada konsep 8S.
5. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif untuk menarik minat belajar murid.
Aktiviti 1 : Segar Minda
1.1- Sasaran : Semua murid sekolah
1.2- Cara Pelaksanaan:
- Pihak sekolah memilih sebuah lokasi strategik untuk mewujudkan sebuah tempat untuk murid
merehatkan minda sewaktu murid rehat.
- Menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja guru dengan dibantu oleh Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS).
- Jawatankuasa menyediakan bahan bacaan ringan seperti komik, novel, atau bahan-bahan
permainan dalam sepertidam, catur, karom, congkak dan sebagainya.
Aktiviti 2 : Maya Bestari
2.1- Sasaran : Semua murid, guru, staf/kakitangan sekolah
2.2- Cara Pelaksanaan:
- Sekolah mewujudkan jalur lebar untuk kemudahan warga sekolah mengakses internet di kawasan
sekolah.
- Murid-murid dapat menggunakan kemudahan internet di bilik akses, makmal komputer atau
menggunakan komputer riba 1 Malaysia yang disumbangkan oleh kerajaan.
- Murid-murid dapat mencari bahan rujukan dan bacaan melalui melayari internet di sekolah.
- kemudahan ICT yang menyeluruh untuk semua murid satu sekolah satu wifi –
1S1W ( mudah akses internet )
- menyediakan kios internet
- membenarkan murid-murid membawa komputer riba mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh
sekolah.
Aktiviti 3 : Kami Ambil Tahu
3.1- Sasaran : Murid ponteng
3.2 Tempat : Sekitar kawasan sekolah
3.2- Cara Pelaksanaan:
- Sekolah memilih beberapa lokasi untuk dijadikan kawasan angkat untuk murid-murid seperti
taman botani, taman orkid, taman anggur,taman bunga atau sangkar haiwan peliharaan.
- Tugas murid meliputi penjagaan kebersihan dan keceriaan tempat.
- Murid-murid akan bergilir-gilir menjaga kawasan tersebut dengan seliaan guru dan Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS).
- Penghargaan dan pengiktirafan diberi kepada murid-murid yang terlibat.
- Pertandingan boleh diadakan oleh pihak sekolah sepanjang tahun.
2. Program : “Satu Untuk Semua”
Matlamat :
Mewujudkan kemesraan dan kasih sayang antara murid, guru dan staf sekolah. Program bermatlamat
mengurangkan jurang perbezaan dan mengeratkan hubungan antara guru ,staf dan murid.
Objektif :
1. Mewujudkan rasa selamat dan selesa dalam kalangan murid ketika menjamu selera bersama guru
bertugas mingguan.
2. Menyemai rasa keterbukaan di antara guru dan murid.
3. Menerapkan nilai-nilai 8S kepada guru dan murid.
Aktiviti 1 : Serasa Bersama
1.1- Sasaran : Semua murid, guru dan stafsekolah
1.2- Tempat : Kantin sekolah
1.3- Cara Pelaksanaan:
- Guru dan staf digalakkan makan bersama dengan murid pada waktu rehat.
3. Program : Indahnya Sekolahku
Matlamat :
Mewujudkan Persekitaran sekolah yang cantik dan indah.”Indahnya sekolahku” bermatlamat untuk
menarik minat murid hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan gejala ponteng sekolah. Selain itu, konsep ini
dapat menyemai kesedaran dan rasa tanggungjawab murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran
sekolah. Ekosistem sekolah yang aman dan sejahtera menyokong perkembangan sahsiah murid.
Objektif :
1. Menanam budaya amalan bersih dalam kalangan warga sekolah.
2. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang cantik, ceria dan indah.
3. Suasana bilik darjah yang dapat merangsang perkembangan minda murid.
Aktiviti 1 : Kelasku Rumahku
1.1- Sasaran : Semua murid sekolah
1.2- Tempat : Semua bilik kelas dan bilik-bilik khas
1.3- Cara Pelaksanaan:
- Kelas dinilai seminggu sekali oleh guru bertugas.
- kelas yang berjaya melepasi tahap indeks kebersihan akan diberi ‘token’.
- ‘Token’ tersebut akan dipamerkan sehingga hujung tahun.
- Kelas yang banyak menerima ‘token’ akan diberi hadiah atau ganjaran pada hujung tahun seperti
lawatan, wang tunai, jamuan makan kelas dan sebagainya.
Aktiviti 2 : Lestari Alam
2.1- Sasaran : Semua guru, stafdan murid sekolah
2.2- Tempat : Kawasan sekolah
2.3- Cara Pelaksanaan:
- Sekolah mengadakan pertandingan menghasilkan bahan-bahan menarik
daripada bahan-bahan terbuang.
- Pertandingan ini diadakan secara berkumpulan.
- Hadiah akan diberikan kepada pemenang yang berjaya menghasilkan bahan
yang kreatif dengan menggunakan bahan-bahan terbuang.
4. Program : Kem “Lestarikan Kehijauan Alamku”
Matlamat :
Murid-murid perlu ditanam nilai aspek kebersihan dan menyemai kesedaran serta rasa tanggungjawab
murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran alam semulajadi.
Objektif :
1. Memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
2. Menimbulkan rasa cinta kepada keindahan alam sekitar dan diaplikasikan di kawasan persekitaran
sekolah sendiri.
1.1- Sasaran : Semua murid sekolah berisiko
1.2- Tempat : Pantai rekreasi, rekreasi air terjun, hutan lipur, hutan
simpanan, taman negara atau pulau-pulau pelancongan.
1.3- Cara Pelaksanaan:
- Program perkhemahan diadakan di salah satu lokasi yang dipilih selama 3 hari 2 malam.
- Guru boleh merancang aktiviti yang sesuai untuk diaplikasikan di sekolah seperti bergotong
royong membersihkan pantai, rekreasi air terjun atau menanam pokok sebagai simbolik
mengekalkan kehijauan alam sekitar.
b. Pengurusan
Pengurusan sekolah mempunyai pengaruh kuat untuk mencorak budaya sekolah dan
budaya sekolah yang positif akan meningkatkan keberkesanan sekolah (Sergiovani, 2000:
Sharifah Md. Nor, 2000:Deal & Peterson, 199
1. Program MAYANG (MASIH ADA YANG SAYANG)
MATLAMAT : Mengubah tingkahlaku murid bermasalah
OBJEKTIF : 1. Memberi perhatian dan kasih sayang kepada murid.
2 Menimbulkan kesedaran di kalangan murid bahawa mereka sangat disayangi
dan dihargai.
3. Mendampingi dan mengenalpasti masalah murid.
4. Menyedarkan bahawa masih ada orang yang mengambil
berat,menyayangi dan membimbing mereka.(Caring)
PROSEDUR PELAKSANAAN
Sasaran : Murid bermasalah
1. Mengenalpastimurid-murid berisiko tinggi (high risk).
2. Mengenalpastiguru angkat yang bersesuaian .
3. Pelancaran dan penyerahan peringkat sekolah
Bersama waris murid dengan kerjasama agensiluar yang berkaitan.
4. Pengisian :
I. ‘Kenali Diri ’ - Hubungan /Kejelikitan
II. Destinasi Diri - Akademik
III. Budaya Hidup - Keluarga
IV. Kemenjadian Murid
V. Hari Penyayang ( Sukaneka/Memasak/Ikhtiar hidup dll)
2. TITIAN KASIH
Matlamat : Mendapatkan maklumat secara tepat berkenaan punca masalah murid
Objektif : 1. Merapatkan hubungan sekolah dengan waris
2. Murid dan waris menyedari keprihatinan pihak sekolah
3. Menerapkan sikap ambil tahu dalam kalangan warga sekolah.
Prosedur Pelaksanaan:
I Dapatkan data kehadiran murid dari unit HEM.
II Surat amaran pertama, kedua, ketiga.
III Membuat lawatan ke rumah murid (ponteng,kematian, sakit,masalah, kenduri)
IV Program pengurusan sek/ PIBG/ guru masuk kampung (taklimat, perayaan)
V Tabung kebajikan / Derma
c. Guru dan Staf (kakitangan sekolah)
1. Salam Sayang.
Matlamat
Melahirkan warga sekolah yang penyayang
Objektif
1. Memupuk adab sopan dan mengeratkan ukhwah sesama rakan sekerja.
2. Menanam perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan antara kakitangan sekolah.
3. Meningkatkan sensitiviti dan menghilangkan prasangka.
4. Menjadi model yang sempurna kepada murid-murid.
Perlaksanaan
- Aktiviti ini dijalankan selepas perhimpunan rasmi ketika murid bergerak ke kelas.
- Guru saling bersalaman antara satu sama lain sambil mengucap selamat.
2. Identiti Sekolahku
Matlamat
Mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah.
Objektif
1. Mempamerkan pemuafakatan antara guru .
2. Meningkatkan ketrampilan guru.
3. Menanamkan rasa sayang, semangat kekitaan dan bangga terhadap sekolah.
Pelaksanaan
- Pemakaian seragam pada hari-hari tertentu dalam seminggu dan hari-hari penting seperti Hari Guru,
Hari Anugerah Cemerlang, Mesyuarat PIBG serta menjadi wakil-wakil sekolah dalam sesuatu majlis.
3. Santapan Minda
Matlamat
Menyuburkan minda dan jiwa dengan ilmu kerohanian dan motivasi
Objektif:
1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan guru.
2. Saling mengingati sesama rakan sejawat
Perlaksanaan
- Santapan minda dijalankan lima minit sebelum mesyuarat guru bergantung kepada ketetapan pihak
sekolah
3. Sudut CAKNA
Matlamat
Warga sekolah merasa diri mereka dihargai dan disayangi
Objektif
1. Melahirkan warga sekolah yang sensitif dan peka kepada hari atau tarikh istimewa bagi kakitangan
sekolah.
2. Menggalakkan warga sekolah memberi penghargaan kepada guru dan kakitangan.
Pelaksanaan
- AJK Majlis Staf mengenalpasti untuk menyediakan sudut ini (sama ada hari lahir, anugerah
pencapaian, sambung belajar, apa-apa yang dianggap membawa makna kepada seseorang)
- AJK Majlis Staf bertindak bagi mendapatkan maklumat-maklumat ini.
- Format sudut sepertidi bawah:
Sudut Penghargaan
1. Tarikh Ulang tahun
Kreativiti terpulang kepada sekolah
2. Info semasa
3. Kematian
4. Haji
5. Kelahiran
d. Pelajar
1. PROGRAM SANTUN (SAYANG DAN TUNTUN)
a. Matlamat
Melahirkan golongan murid yang suka menolong murid lain dalam pelbagai situasi.
b. Objektif
i. Mewujudkan kerjasama dalam kalangan murid.
ii. Berkongsi kebolehan dan pengalaman.
iii. Wujudkan rasa kasih sayang dan semangat saling membantu antara satu
sama lain dalam pelbagai bidang termasuk akademik dan sahsiah diri.
c. Prosedur
i. Memilih PRS dan kelompok murid senior sebagaimentor.
ii. Murid yang terpilih sebagaimentor diberi pendedahan dan taklimat berkaitan
program yang akan dijalankan oleh guru Bimbingan & Kaunseling.
iii. Guru-guru memilih murid-murid sebagaimentee; satu mentor
mempunyai 4 orang mentee.
iv. Melancarkan penyerahan mentee kepada mentor dalam satu majlis khusus dan
seorang guru penyelia bagi beberapa mentor.
v. Perjumpaan antara mentor dan mentee diadakan setiap 2 minggu sekali
berdasarkan modul perjumpaan yang disediakan oleh Guru Bimbingan &
Kaunseling.
vi. Laporan perjumpaan mentor dan mentee dihantar kepada penyelia untuk
semakan pada setiap hujung bulan.
2. KEMPEN SAYANGI DAKU
a. Matlamat
Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara
warga sekolah dan murid-murid.
b. Objektif
i. Meningkatkan perasaan kasih sayang sesama murid.
ii. Mewujudkan hubungan mesra antara murid dan guru.
iii. Melahirkan warga sekolah yang sentiasa prihatin dengan kesusahan orang
lain.
iv. Membina sikap suka memberi dan menghulurkan tangan kepada insan-insan
yang memerlukan.
c. Prosedur
i. PRS dan Pengawas membantu mengenalpasti murid-murid yang memerlukan
bantuan (murid miskin).
ii. Mengedarkan pamplet, brosur atau kain rentang kempen untukmemberi
penjelasan kepada murid dan seluruh warga sekolah.
iii. Pengawas membuat pengumuman kepada murid berhubung kempen dari
semasa ke semasa.
iv. Pengawas dan PRS menetapkan masa untuk mengumpul barang-barang
keperluan yang ingin dikutip daripada murid-murid (pakaian, makanan, kasut,
beg,kasut dll)
v. Melancarkan majlis pengagihan barang-barang kepada murid yang berhak dalam
satu majlis yang dirasmikan oleh Pengetua dan Guru Besar.
3. TEA WITH PRINCIPAL
a. Matlamat
Membina budaya kemesraan dan saling menyayangi antara guru dan murid.
b. Objektif
i. Mewujudkan rasa disayangidan dihargai dalam kalangan pelajar-pelajar yang
terpilih.
ii. Meningkatkan hubungan mesra antara pentadbiran dan murid- murid yang
membuat perubahan positif dalam diri (akademik, sahsiah dsb)
iii. Melahirkan murid - murid yang sentiasa berusaha untukkesejahteraan dan
kecemerlangan diri seperti mana yang terkandung dalam slogan XPLUS.
c. Prosedur
i. Ahli PRS dan Ketua tingkatan bertindak sebagaimata dan telinga sekolah
mengenal pastimurid yang ponteng sekolah melebihi 7 hari sebulan tanpa
sebarang sebab munasabah.
ii. Mengenalpastipunca dan sebab mengapa masalah tersebut timbul.
iii. Menyerahkan senarai nama murid ponteng tegarkepada kaunselor untuk sesi
kaunseling/bimbingan kelompok.
iv. Ketua Tingkatan mengisi borang kehadiran harian untuk memantau pergerakan dan
kehadiran murid terbabit mengikut kelas; laporan diserahkan kepada ahli PRS
yang bertindak sebagaipenyelaras pada setiap hujung minggu.
v. Laporan keseluruhan bulanan diserahkan kepada kaunselor untuk rekod.
vi. Murid - murid yang mengalami perubahan dari segikehadiran akan diberi pengiktirafan
minum petang atau minum pagi dan sebagainya bersama Guru Besar @ Pengetua di
suatu tempat yang dipilih oleh badan disiplin sekolah.
4. Guruku sayang.
a. Matlamat
Membentuk dan melahirkan warga sekolah yang berilmu serta mengamalkan sikap
CAKNA dalam kalangan murid dan guru.
b. Objektif
i. Melahirkan semangat kerja sepasukan dalam kalangan guru dan murid.
ii. Melahirkan murid-murid yang sentiasa bersaing dan sensitif untukmembina
kecemerlangan diri sama ada dalam bidang akademik mahu pun sahsiah.
iii. Memupuk budaya cemerlang dalam kalangan murid.
c. Prosedur
i. Guru mata pelajaran mengenalpasti bilangan murid yang belum mencapai target
lulus dalam sesuatu pelajaran berdasarkan ujian bulanan pertama.
ii. Guru menjalankan beberapa aktiviti dalam bilik darjah untuk meningkatkan
pencapaian murid - murid tersebut.
iii. Merekodkan pencapaian murid terbabit berdasarkan ujian-ujian (bulan 1 – 10) yang
dijalankan.
iv. Menyenaraikan kumpulan murid yang menampakkan perubahan dari segi
peningkatan pencapaian matapelajaran(subjek) tersebut.
v. Membawa murid - murid terbabit ‘bercuti’ @ ‘bersiar-siar’ bersama-sama guru mata
pelajaran
5. PROGRAM RIANG RIA SUKANEKA
a. Matlamat
i. Menanamsikap saling menyumbang, merancang dan melaksana dengan memberi
pengukuhan positif kepada para murid dan guru-guru.
ii. Mengeratkan hubungan mesra antara murid dan guru agar wujud rasa ‘kekitaan’.
b. Objektif
i. Melahirkan murid- murid yang dapat mengamalkan budaya 3B (bingkas, bangun,
buat).
ii. Membina hubungan mesra antara guru dan murid agar wujud rasa kekitaan antara
mereka.
iii. Menanamsikap ingin mencuba dan persaingan antara pasukan.
iv. Mengurangkan tekanan kerja dalam kalangan pentadbir sekolah.
c. Prosedur
i. Mengenalpastikumpulan murid (hard-core).
ii. Membahagikan murid - murid terbabit kepada 4 kumpulan utama yang diketuai oleh
4 orang pentadbir (Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum) dan dibantu oleh 4
orang guru kanan bagi setiap kumpulan.
iii. Jawatankuasa Pelaksana (PRS/Pengawas/Ketua Rumah Sukan/Pengerusi @Kelab
persatuan)merancangkan aktiviti (sukaneka) yang bersesuaian.
iv. Memilih tempat pelaksanaan aktiviti (di luar kawasan sekolah)
v. Melaksanakan aktiviti.
vi. Post-mortem aktiviti.
6. PROGRAM HARGAI KAMI.
a. Matlamat
Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara
warga sekolah dan murid.
b. Objektif
i. Meningkatkan perasaan kasih sayang sesama murid.
Ii. Memberi peluang kepada murid menerima penghargaan daripada rakan-rakan
dan guru-guru.
iii. Murid berasa dirinya dihargai dan disayangi oleh orang lain.
c. Prosedur
i. Ketua tingkatan / guru menyenaraikan nama murid yang terbabit di papan info.
ii. Menggunakan masa perhimpunan mingguan/perhimpunan bulanan kokurikulum
untuk meraikan murid - murid tersebut.
iii. Menjemput murid-murid dan guru-guru ke pentas utama.
iv. Memulakan majlis dengan bacaan doa panjang umur.
v. Nyanyian lagu “selamat hari lahir” oleh seluruh warga sekolah.
vi. Murid- murid dan guru-guru lain boleh memberi hadiah atau kad ucapan kepada
yang terlibat.
7. PROGRAM “WELCOME TO SCHOOL”
a. Matlamat
Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara
warga sekolah dan murid.
b. Objektif
i. Melahirkan murid-murid yang sentiasa bersemangat tinggi untukke sekolah pada
setiap hari.
ii. Memberi pengiktirafan kepada murid- murid yang datang ke sekolah.
iii. Mengamalkan nilai-nilai salam, senyum, segak, sopan dan sayang.
c. Prosedur
i. Guru, pengawas/PRS yang bertugas bersedia di pintu pagar sekolah seawal pagi yang
boleh untukmenyambut kedatangan murid yang lain.
ii. Memberi ucapan selamat datang,ucapan salam atau selamat pagi kepada murid.
iii. Menyambut kedatangan murid dengan senyuman.
8. PROGRAM ‘SINAR PAGI’
a. Matlamat
i. Melahirkan rasa dihargai murid-murid RMT/asrama
ii. Makan bersama dengan pihak pentdbiran
iii. Mewujudkan perasaan ukhwah antara murid - murid, murid – sekolah.
b. Objektif
i. Meransang keinginan murid untuk datang ke sekolah awal.
ii. Memberi pengiktirafan kepada murid.
c. Prosedur
i. Dijalankan pada awal pagi semasa program RMT/sarapan pagi di asrama.
ii. Murid makan bersama dengan pihak pentadbiran semasa program
RMT/sarapan pagi asrama (1hari seorang pihak pentadbir)
iii. Jadual pihak pentadbiran yang terlibat dengan program disediakan oleh guru
RMT/warden asrama.
9. Info Bestari
Perhimpunan seminggu sekali dalam perhimpunan rasmi bercakap tentang sekolah penyayang tempoh 5 minit.
- Sayangi diri sendiri
- Sekolahku syurgaku
- Seronoknya datang sekolah
- Hormati guru
- Budaya memberi salam
- Budaya terima kasih
- Senyum itu sedekah
- Tolong menolong
- Kerja itu ibadah
- Sayangi rakan
-
Matlamat
Memberi input sekolah konsep penyayang
Objektif
- Memberi maklumat yang jelas mengenai sekolah penyayang kepada warga sekolah
- Sensitif dengan isu-isu kasih sayang
- Memberi peluang kepada guru bertugas mengupas isu-isu kasih sayang
- Dapat menyebarkan maklumat-maklumat segera berkaitan kasih sayang.
Perlaksanaan
- Program ini dijalankan sebulan sekali
- Tema ini dilaksanakan oleh guru yang bertugas
e. Ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat.
AKTIVITI 1 : Hari Bersama Permata Sekolah
Matlamat
Pencetus kepada penglibatan waris dalam aktiviti sekolah sepanjang tahun dengan senyumdan sayang.
Objektif
1. Waris dapat menyatakan harapan dengan penuh rasa sayang kepada anak-anak.
2. Pengisian motivasi keibubapaan kepada waris.
3. Menarik segera waris-waris yang tegar dan kurang melibatkan diri dengan program sekolah untukhadir.
4. GBK sensitif dalam mengenalpasti murid-murid (klien) untuk bimbingan atau kaunseling individu.
5. Sempurna dalam setiap hal (jasmani, emosi, rohani dan intelektual)
Prosedur
1. Perasmian oleh pihak pentadbiran.
2. Penglibatan: agensiluar untukmotivasi.
3. Ceramah motivasi.
4. Sesi: slot waris bersama murid diadakan semasa program.
5. Pelaksanaan: dijalankan berperingkat mengikut tahun dengan penglibatan waris.
Akktiviti 2 : Waris Cemerlang, Anak Gemilang
Matlamat
Kesedaran dan pengisian dari aspekkerohanian dan penghayatan kepada nilai-nilai murni.
Objektif
1. Pengisian kerohanian dan nilai-nilai murni
2. Kejelekitan dalam hubungan kekeluargaan.
3. Penerapan nilai kasih sayang.
4. Penglibatan PIBG dalam program sekolah.
5. Melahirkan generasi sopan segak,dan sayang dalam hubungan kekeluargaan.
Prosedur
1. Aktiviti perkhemahan waris bersama murid.
2. Gotong royong (mendirikan khemah, memasak, persiapan diri, dan tempat berkhemah)
3. Ceramah kerohanian.
4. Solat berjemaah dan qiamullail.
5. Tidur di khemah / kelas/ dewan.
Aktiviti 3: Tautan Kasih
Matlamat :
Menarik waris untuk hadir ke sekolah dengan pendekatan salam, sopan dan sayang.
Objektif
1. Menggalakkan dan menarik minat waris melibatkan diri dengan aktiviti sekolah.
2. Membina persepsi positif waris terhadap sekolah.
3. Membina semangat kekeluargaan antara pihak sekolah dan waris.
4. Memupuk rasa kepunyaan waris terhadap sekolah.
Prosedur
1. Menghargai waris dengan memberikan surat penghargaan/hadiah dan bantuan.
2. AJK PIBG menyedarkan waris tentang peranan ibu bapa dalam meningkatkan akademik dan sahsiah
murid.
Aktiviti 4 : Merisik Khabar
Matlamat:
Mengenal pasti masalah dan bentuk sumbangan kepada waris yang ditimpa musibah atau miskin dengan
tindakan segera dan sempurna.
Objektif
1. Hubungan akrab antara pihak sekolah, agensi luar dan pihak waris.
2. Mengenal pastimasalah murid dan keperluan semasa.
3. Bertindak segera terhadap setiap aduan (3B- Bingkas, Bangun, Buat).
4. Sensitif terhadap setiap masalah murid.
5. Berkunjung dan menyampaikan salam pihak pentadbir.
Prosedur
1. Melibatkan AJK PIBG, JKKK, JKM, dan agensi-agensilain.
2. Guru-guru kelas menyalurkan maklumat murid yang menghadapi masalah kepada AJK bertindak sebelum
ke rumah waris.
3. Guru bersama-sama AJK PIBG melaksanakan peranan masing-masing dengan mengenalpasti lokasi dan
tempat tinggal murid.
AKTIVITI 5: Hari Keluarga Sekolah
Matlamat:
Mengeratkan hubungan murid, guru, kakitangan, sekolah, PIBG dan agensi luar.
Objektif
1. Memberikan kesedaran kepada waris berkaitan dengan kerjaya di masa hadapan.
2. Menggilap budaya berketrampilan dalam diri murid-murid.
3. Waris sensitif akan perkembangan isu-isu semasa.
Prosedur
1. Program diadakan dengan penglibatan Unit Kokurikulum. Contoh: Hari Kokurikulum.
2. Melibatkan agensi luar dalam pendedahan kerjaya.Contoh: PDRM, Jabatan Kesihatan, ATM dan lain-lain.
3. Melibatkan waris dengan agensi luar dalam persediaan tempat.
4. Mendedahkan murid-murid kepada peluang-peluang kerjaya melalaui peranan alumni.
5. Sukan rakyat bersama pihak sekolah, waris dan agensi luar.
6.0 KESIMPULAN
Sekolah Penyayang adalah institusi yang indah dan murni. Keindahan dan kemurniannya memerlukan kepada
pengorbanan masa, tenaga,wang ringgit dan keringat warga pendidik, murid, ibu bapa dan komuniti setempat.
Hasrat murni Sekolah Penyayang yang digagaskan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan
2020 serta diperincikan melalui surat-surat pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia akan berjaya apabila
ia dikongsikan bersama.
Sehubungan itu kami merasakan, inilah masanya untuk kita membina murid yang cemerlang akademik dan
seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, serta mempunyai disiplin diri yang tinggi,
berketrampilan, patriotik, tidak bersikap individualistik sebaliknya mempunyai semangat kerjasama berpasukan
serta mampu memain peranan dalam masyarakat (Rujukan: Perutusan Tahun Baru 2006, YB Menteri Pelajaran
Malaysia) seperti hasrat Menteri Pelajaran melalui wasilah pendidikan dan wadah Sekolah Penyayang.

More Related Content

What's hot

Kertas kerja minggu disiplin
Kertas kerja minggu disiplinKertas kerja minggu disiplin
Kertas kerja minggu disiplinEiza Alias
 
15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkap15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkapAmdi Jenis
 
Bidang tugas unit hem
Bidang tugas unit hemBidang tugas unit hem
Bidang tugas unit hemNazariah Ozir
 
PLAN STRATEGIK sbudi (new) 2017 2020
PLAN STRATEGIK sbudi (new)  2017  2020PLAN STRATEGIK sbudi (new)  2017  2020
PLAN STRATEGIK sbudi (new) 2017 2020halida rafas
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranfatimah Baharin
 
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014norhaliza76
 
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtpKertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtpAhmad NazRi
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015Ahmad Lili
 
Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah-130329105433-phpapp02
Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah-130329105433-phpapp02Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah-130329105433-phpapp02
Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah-130329105433-phpapp02Toyi Yusri
 
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018fr_awe88
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1iyiriz
 
Kertas kerja program guru muda
Kertas kerja program guru mudaKertas kerja program guru muda
Kertas kerja program guru mudasoulmoon
 
Fail meja disiplin
Fail meja disiplinFail meja disiplin
Fail meja disiplinMazlan Samat
 
Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbsDee Dee
 

What's hot (20)

Kertas kerja minggu disiplin
Kertas kerja minggu disiplinKertas kerja minggu disiplin
Kertas kerja minggu disiplin
 
Assingment pbs
Assingment pbsAssingment pbs
Assingment pbs
 
15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkap15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkap
 
Bidang tugas unit hem
Bidang tugas unit hemBidang tugas unit hem
Bidang tugas unit hem
 
PLAN STRATEGIK sbudi (new) 2017 2020
PLAN STRATEGIK sbudi (new)  2017  2020PLAN STRATEGIK sbudi (new)  2017  2020
PLAN STRATEGIK sbudi (new) 2017 2020
 
Hal ehwal murid
Hal ehwal muridHal ehwal murid
Hal ehwal murid
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
 
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
 
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtpKertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
 
Big fasa 6
Big fasa 6Big fasa 6
Big fasa 6
 
Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah-130329105433-phpapp02
Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah-130329105433-phpapp02Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah-130329105433-phpapp02
Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah-130329105433-phpapp02
 
Laporan pbs
Laporan pbsLaporan pbs
Laporan pbs
 
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018
Kertas kerja-orientasi-tahun-1-2018
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
 
Kertas kerja program guru muda
Kertas kerja program guru mudaKertas kerja program guru muda
Kertas kerja program guru muda
 
6d pbs
6d pbs6d pbs
6d pbs
 
Fail meja disiplin
Fail meja disiplinFail meja disiplin
Fail meja disiplin
 
Kertas kerja 1
Kertas kerja 1Kertas kerja 1
Kertas kerja 1
 
Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbs
 

Viewers also liked

Program transisi dan guru penyayang 2014
Program transisi dan guru penyayang 2014Program transisi dan guru penyayang 2014
Program transisi dan guru penyayang 2014Irene Linda Lawan
 
2012 01-02 pelan strtgik guru penyayang (1)
2012 01-02 pelan strtgik guru penyayang (1)2012 01-02 pelan strtgik guru penyayang (1)
2012 01-02 pelan strtgik guru penyayang (1)Arlida Ab Hamid
 
Program guru penyayang
Program guru penyayangProgram guru penyayang
Program guru penyayang06111970
 
Teks progrm pnyayang
Teks progrm pnyayangTeks progrm pnyayang
Teks progrm pnyayanghafisah262
 
Nama saintifik tumbuhan herba
Nama saintifik tumbuhan herbaNama saintifik tumbuhan herba
Nama saintifik tumbuhan herbaAfiq Azfar
 
Prs kertas kerja
Prs kertas kerjaPrs kertas kerja
Prs kertas kerjaawathif
 
K ertas kerja guru penyayang 2016
K ertas kerja guru penyayang 2016K ertas kerja guru penyayang 2016
K ertas kerja guru penyayang 2016valarmahen
 
1.power point status guru penyayang (13.3.2012)
1.power point status guru penyayang (13.3.2012)1.power point status guru penyayang (13.3.2012)
1.power point status guru penyayang (13.3.2012)Mgkk Kluang Johor
 
Ciri ciri orang berbudi bahasa
Ciri ciri orang berbudi bahasaCiri ciri orang berbudi bahasa
Ciri ciri orang berbudi bahasaMaizatul Malik
 
Iklan Jawatan Kosong Yayasan Penyayang MPJBT 2016
Iklan Jawatan Kosong Yayasan Penyayang MPJBT 2016Iklan Jawatan Kosong Yayasan Penyayang MPJBT 2016
Iklan Jawatan Kosong Yayasan Penyayang MPJBT 2016Jawatan Kosong
 
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskap
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman LandskapPenanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskap
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskapcasia biflora
 
Kertas kerja dwen
Kertas kerja dwenKertas kerja dwen
Kertas kerja dwenMurali Jeya
 
Present landskap
Present landskapPresent landskap
Present landskapAsrul Majid
 
Projek tanaman hiasan
Projek tanaman hiasanProjek tanaman hiasan
Projek tanaman hiasanazmega12
 
Panduan pengajaran mpv landskap dan nurseri
Panduan pengajaran mpv landskap dan nurseriPanduan pengajaran mpv landskap dan nurseri
Panduan pengajaran mpv landskap dan nurseriNabila_Ayuni
 
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayangPanduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayangSLOOI
 

Viewers also liked (20)

Program transisi dan guru penyayang 2014
Program transisi dan guru penyayang 2014Program transisi dan guru penyayang 2014
Program transisi dan guru penyayang 2014
 
Guru penyayang
Guru penyayangGuru penyayang
Guru penyayang
 
2012 01-02 pelan strtgik guru penyayang (1)
2012 01-02 pelan strtgik guru penyayang (1)2012 01-02 pelan strtgik guru penyayang (1)
2012 01-02 pelan strtgik guru penyayang (1)
 
Program guru penyayang
Program guru penyayangProgram guru penyayang
Program guru penyayang
 
Teks progrm pnyayang
Teks progrm pnyayangTeks progrm pnyayang
Teks progrm pnyayang
 
Nama saintifik tumbuhan herba
Nama saintifik tumbuhan herbaNama saintifik tumbuhan herba
Nama saintifik tumbuhan herba
 
Kertas konsep guru penyayang
Kertas konsep guru penyayangKertas konsep guru penyayang
Kertas konsep guru penyayang
 
Prs kertas kerja
Prs kertas kerjaPrs kertas kerja
Prs kertas kerja
 
K ertas kerja guru penyayang 2016
K ertas kerja guru penyayang 2016K ertas kerja guru penyayang 2016
K ertas kerja guru penyayang 2016
 
1.power point status guru penyayang (13.3.2012)
1.power point status guru penyayang (13.3.2012)1.power point status guru penyayang (13.3.2012)
1.power point status guru penyayang (13.3.2012)
 
Guru penyayang
Guru penyayangGuru penyayang
Guru penyayang
 
Ciri ciri orang berbudi bahasa
Ciri ciri orang berbudi bahasaCiri ciri orang berbudi bahasa
Ciri ciri orang berbudi bahasa
 
Iklan Jawatan Kosong Yayasan Penyayang MPJBT 2016
Iklan Jawatan Kosong Yayasan Penyayang MPJBT 2016Iklan Jawatan Kosong Yayasan Penyayang MPJBT 2016
Iklan Jawatan Kosong Yayasan Penyayang MPJBT 2016
 
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskap
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman LandskapPenanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskap
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskap
 
Kertas kerja dwen
Kertas kerja dwenKertas kerja dwen
Kertas kerja dwen
 
Hbls4103 final landskap
Hbls4103 final   landskapHbls4103 final   landskap
Hbls4103 final landskap
 
Present landskap
Present landskapPresent landskap
Present landskap
 
Projek tanaman hiasan
Projek tanaman hiasanProjek tanaman hiasan
Projek tanaman hiasan
 
Panduan pengajaran mpv landskap dan nurseri
Panduan pengajaran mpv landskap dan nurseriPanduan pengajaran mpv landskap dan nurseri
Panduan pengajaran mpv landskap dan nurseri
 
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayangPanduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayang
 

Similar to Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah

Konsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKonsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKamal Tomon
 
Program sekolah selamat
Program sekolah selamatProgram sekolah selamat
Program sekolah selamatismailzaini
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT FazHani Faz
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdfMUHAMADAIZATBINMDYUS
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfssuserd0ceaf
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)mayangmul
 
Fail meja ppm
Fail meja ppmFail meja ppm
Fail meja ppmwanita25
 
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolahbuku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolahFADHILATUNJAMIE
 
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docxPanduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docxMuhamad Mahat
 
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahPeranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahAbdul Karim Kamaruzaman
 

Similar to Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah (20)

Konsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKonsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestari
 
Program sekolah selamat
Program sekolah selamatProgram sekolah selamat
Program sekolah selamat
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
 
Present
PresentPresent
Present
 
Mantap disiplin
Mantap disiplinMantap disiplin
Mantap disiplin
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
Teks ucapan kppm
Teks ucapan kppmTeks ucapan kppm
Teks ucapan kppm
 
Presentation EDU 5077 3
Presentation EDU 5077 3Presentation EDU 5077 3
Presentation EDU 5077 3
 
Sarana sekolah
Sarana sekolahSarana sekolah
Sarana sekolah
 
Aktiviti 7.3
Aktiviti 7.3Aktiviti 7.3
Aktiviti 7.3
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 
Fail meja ppm
Fail meja ppmFail meja ppm
Fail meja ppm
 
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolahbuku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
 
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docxPanduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
 
Hsp psk thn6
Hsp psk thn6Hsp psk thn6
Hsp psk thn6
 
Sarana ibu bapa
Sarana ibu bapaSarana ibu bapa
Sarana ibu bapa
 
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahPeranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
 
Sarana ibu bapa
Sarana ibu bapaSarana ibu bapa
Sarana ibu bapa
 

Recently uploaded

Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (15)

Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 

Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah

  • 1. DRAF KERTAS KONSEP SEKOLAH PENYAYANG 1.0 LATAR BELAKANG Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Sekolah sebagai organisasi yang didukung golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam menjana modal insan yang berketrampilan, terpuji di samping melahirkan insan yang intelektual. Hari ini, bidang pendidikan menjadi tonggak utama sesebuah negara dalam proses pembangunan. Maju atau mundur sesebuah negara terletak pada keberkesanan dalam sistempendidikannya. Malaysia tidak terkecuali dalam usaha membentuk sistem pendidikan berkualiti bukan sahaja dalam aspek kurikulum, tetapi merangkumi komponen pendidikan lain seperti kokurikulumdan pembentukan sahsiah. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan konsep ‘Sekolah Penyayang’ untuk melahirkan pelajar berketrampilan, sekali gus membendung salah laku murid. Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalamsistem pendidikan Malaysia. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi. Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang. Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, murid akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, KP8591/Jld.VIII(9) bertarikh 5 September 1995) Perkara 28 Hak Kanak-kanak PBB Mengesyorkan supaya menggalakan perkembangan Pendidikan menengah dan rendah dalam pelbagai bentuk termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak dan mengambil langkah yang sewajarya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika difikirkan perlu.. Menurut Prof. Dr Chiam Heng Keng, (2008) Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak. Konvensyen ini menekankan kabajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, terutama untuk perkembangan & perlindungan mereka. Dalam hal ini Dasar Kementerian sememangnya selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC). Para pendidik seharusnya menyokong dasar ini melalui amalan seharian mereka yang mengutamakan kesejahteraan kanak-kanak.
  • 2. Dalam Hierarki Keperluan Maslow pula, kasih sayang merupakan salah satu keperluan asas yang perlu dipenuhi dan sesuatu yang penting dalam proses perkembangan dan kehidupannya. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi maka proses perkembangan seterusnya akan terbantut. Glasser (2000) juga menyatakan manusia dilahirkan dengan lima keperluan antaranya keperluan survival dan kasih sayang . Galasser percaya bahawa keperluan terhadap kasih sayang dan dipunyai adalah penting kerana kita perlukan orang lain untuk memuaskan kedua-dua keperluan ini. Warga sekolah merupakan agen penting untuk memenuhi keperluan pelajar. Menurut al-Ghazali, hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti mutiara dan lembut seperti tanah menyebabkan benih dapat disemai (Ihya’,Jil.III). Sekiranya dia dilatih dengan perangai yang baik, nescaya dia akan menjadi seorang yang baik, begitulah sebaliknya. Kanak-kanak dianggap amanah daripada Allah kepada kedua ibu bapanya (Hamid Fahmy,1990). Oleh itu, Sekolah Penyayang dirasakan adalah elemen penting dalam melahirkan warga negara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah menyediakan suasana yang kondusif dan baik, akan menarik minat para pelajar untuk ke sekolah. Minda mereka akan dapat dibina dan diisi dengan unsur-unsur yang boleh membangun jati diri sebagai warga Malaysia yang membesar dengan acuan kita sendiri. 2.0 MATLAMAT Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untukdatang semula esoknya. Sehubungan itu, konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid, ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjsama ke arah mewujudkan sekolah dan masyarakat penyayang. 3.2 Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah. 3.3 Membantu menangani pelbagai masalah sosialdalam kalangan murid.
  • 3. 3.4 Meningkatkan perasaan kasih sayang dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah terhadap murid- murid di sekolah. 3.5 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah. 4.0 KONSEP Sekolah Penyayang menekankan kepada beberapa konsep utama iaitu; 4.1 Mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. 4.2 Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan berdisiplin tinggi. 4.3 Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang ‘caring’ terhadap anak didik di sekolah dalam segala aspek. 4.4 Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah. 4.5 Mampu membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan mereka. 4.6 Mampu melahirkan guru-guru yang “first in, last out” di sekolah-sekolah. 5.0 PELAKSANAAN Sekolah Penyayang akan dilaksanakan berdasarkan 5 elemen utama iaitu persekitaran, pengurusan, guru dan staf (kakitangan sekolah), murid serta ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat. a. Persekitaran 1. Program : “Happy School Campus” Matlamat : Mewujudkan Persekitaran sekolah yang ceria, selamat dan kondusif. Selaras dengan konsep “Sekolah Selamat” dan “Sekolah Penyayang” yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), “Happy School Campus” bermatlamat untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan gejala ponteng sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah yang kondusif juga dapat membantu murid mengikuti pembelajaran dengan baik dan lancar. Objektif : 1. Memupuk dan menarik minat murid untukhadir ke sekolah setiap hari. 2. Menerapkan kesepaduan dan kasih sayang sesama warga sekolah. 3. Menyemai sikap prihatin dan tanggungjawab dalam kalangan warga sekolah terhadap persekitaran sekolah.
  • 4. 4. Menanam rasa sayang dan bangga terhadap sekolah menjurus kepada konsep 8S. 5. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif untuk menarik minat belajar murid. Aktiviti 1 : Segar Minda 1.1- Sasaran : Semua murid sekolah 1.2- Cara Pelaksanaan: - Pihak sekolah memilih sebuah lokasi strategik untuk mewujudkan sebuah tempat untuk murid merehatkan minda sewaktu murid rehat. - Menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja guru dengan dibantu oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). - Jawatankuasa menyediakan bahan bacaan ringan seperti komik, novel, atau bahan-bahan permainan dalam sepertidam, catur, karom, congkak dan sebagainya. Aktiviti 2 : Maya Bestari 2.1- Sasaran : Semua murid, guru, staf/kakitangan sekolah 2.2- Cara Pelaksanaan: - Sekolah mewujudkan jalur lebar untuk kemudahan warga sekolah mengakses internet di kawasan sekolah. - Murid-murid dapat menggunakan kemudahan internet di bilik akses, makmal komputer atau menggunakan komputer riba 1 Malaysia yang disumbangkan oleh kerajaan. - Murid-murid dapat mencari bahan rujukan dan bacaan melalui melayari internet di sekolah. - kemudahan ICT yang menyeluruh untuk semua murid satu sekolah satu wifi – 1S1W ( mudah akses internet ) - menyediakan kios internet - membenarkan murid-murid membawa komputer riba mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh sekolah. Aktiviti 3 : Kami Ambil Tahu 3.1- Sasaran : Murid ponteng 3.2 Tempat : Sekitar kawasan sekolah 3.2- Cara Pelaksanaan: - Sekolah memilih beberapa lokasi untuk dijadikan kawasan angkat untuk murid-murid seperti taman botani, taman orkid, taman anggur,taman bunga atau sangkar haiwan peliharaan. - Tugas murid meliputi penjagaan kebersihan dan keceriaan tempat. - Murid-murid akan bergilir-gilir menjaga kawasan tersebut dengan seliaan guru dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). - Penghargaan dan pengiktirafan diberi kepada murid-murid yang terlibat.
  • 5. - Pertandingan boleh diadakan oleh pihak sekolah sepanjang tahun. 2. Program : “Satu Untuk Semua” Matlamat : Mewujudkan kemesraan dan kasih sayang antara murid, guru dan staf sekolah. Program bermatlamat mengurangkan jurang perbezaan dan mengeratkan hubungan antara guru ,staf dan murid. Objektif : 1. Mewujudkan rasa selamat dan selesa dalam kalangan murid ketika menjamu selera bersama guru bertugas mingguan. 2. Menyemai rasa keterbukaan di antara guru dan murid. 3. Menerapkan nilai-nilai 8S kepada guru dan murid. Aktiviti 1 : Serasa Bersama 1.1- Sasaran : Semua murid, guru dan stafsekolah 1.2- Tempat : Kantin sekolah 1.3- Cara Pelaksanaan: - Guru dan staf digalakkan makan bersama dengan murid pada waktu rehat. 3. Program : Indahnya Sekolahku Matlamat : Mewujudkan Persekitaran sekolah yang cantik dan indah.”Indahnya sekolahku” bermatlamat untuk menarik minat murid hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan gejala ponteng sekolah. Selain itu, konsep ini dapat menyemai kesedaran dan rasa tanggungjawab murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran sekolah. Ekosistem sekolah yang aman dan sejahtera menyokong perkembangan sahsiah murid. Objektif : 1. Menanam budaya amalan bersih dalam kalangan warga sekolah. 2. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang cantik, ceria dan indah. 3. Suasana bilik darjah yang dapat merangsang perkembangan minda murid. Aktiviti 1 : Kelasku Rumahku 1.1- Sasaran : Semua murid sekolah 1.2- Tempat : Semua bilik kelas dan bilik-bilik khas 1.3- Cara Pelaksanaan: - Kelas dinilai seminggu sekali oleh guru bertugas. - kelas yang berjaya melepasi tahap indeks kebersihan akan diberi ‘token’. - ‘Token’ tersebut akan dipamerkan sehingga hujung tahun.
  • 6. - Kelas yang banyak menerima ‘token’ akan diberi hadiah atau ganjaran pada hujung tahun seperti lawatan, wang tunai, jamuan makan kelas dan sebagainya. Aktiviti 2 : Lestari Alam 2.1- Sasaran : Semua guru, stafdan murid sekolah 2.2- Tempat : Kawasan sekolah 2.3- Cara Pelaksanaan: - Sekolah mengadakan pertandingan menghasilkan bahan-bahan menarik daripada bahan-bahan terbuang. - Pertandingan ini diadakan secara berkumpulan. - Hadiah akan diberikan kepada pemenang yang berjaya menghasilkan bahan yang kreatif dengan menggunakan bahan-bahan terbuang. 4. Program : Kem “Lestarikan Kehijauan Alamku” Matlamat : Murid-murid perlu ditanam nilai aspek kebersihan dan menyemai kesedaran serta rasa tanggungjawab murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran alam semulajadi. Objektif : 1. Memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar. 2. Menimbulkan rasa cinta kepada keindahan alam sekitar dan diaplikasikan di kawasan persekitaran sekolah sendiri. 1.1- Sasaran : Semua murid sekolah berisiko 1.2- Tempat : Pantai rekreasi, rekreasi air terjun, hutan lipur, hutan simpanan, taman negara atau pulau-pulau pelancongan. 1.3- Cara Pelaksanaan: - Program perkhemahan diadakan di salah satu lokasi yang dipilih selama 3 hari 2 malam. - Guru boleh merancang aktiviti yang sesuai untuk diaplikasikan di sekolah seperti bergotong royong membersihkan pantai, rekreasi air terjun atau menanam pokok sebagai simbolik mengekalkan kehijauan alam sekitar. b. Pengurusan Pengurusan sekolah mempunyai pengaruh kuat untuk mencorak budaya sekolah dan budaya sekolah yang positif akan meningkatkan keberkesanan sekolah (Sergiovani, 2000: Sharifah Md. Nor, 2000:Deal & Peterson, 199
  • 7. 1. Program MAYANG (MASIH ADA YANG SAYANG) MATLAMAT : Mengubah tingkahlaku murid bermasalah OBJEKTIF : 1. Memberi perhatian dan kasih sayang kepada murid. 2 Menimbulkan kesedaran di kalangan murid bahawa mereka sangat disayangi dan dihargai. 3. Mendampingi dan mengenalpasti masalah murid. 4. Menyedarkan bahawa masih ada orang yang mengambil berat,menyayangi dan membimbing mereka.(Caring) PROSEDUR PELAKSANAAN Sasaran : Murid bermasalah 1. Mengenalpastimurid-murid berisiko tinggi (high risk). 2. Mengenalpastiguru angkat yang bersesuaian . 3. Pelancaran dan penyerahan peringkat sekolah Bersama waris murid dengan kerjasama agensiluar yang berkaitan. 4. Pengisian : I. ‘Kenali Diri ’ - Hubungan /Kejelikitan II. Destinasi Diri - Akademik III. Budaya Hidup - Keluarga IV. Kemenjadian Murid V. Hari Penyayang ( Sukaneka/Memasak/Ikhtiar hidup dll) 2. TITIAN KASIH Matlamat : Mendapatkan maklumat secara tepat berkenaan punca masalah murid Objektif : 1. Merapatkan hubungan sekolah dengan waris 2. Murid dan waris menyedari keprihatinan pihak sekolah 3. Menerapkan sikap ambil tahu dalam kalangan warga sekolah. Prosedur Pelaksanaan: I Dapatkan data kehadiran murid dari unit HEM. II Surat amaran pertama, kedua, ketiga.
  • 8. III Membuat lawatan ke rumah murid (ponteng,kematian, sakit,masalah, kenduri) IV Program pengurusan sek/ PIBG/ guru masuk kampung (taklimat, perayaan) V Tabung kebajikan / Derma c. Guru dan Staf (kakitangan sekolah) 1. Salam Sayang. Matlamat Melahirkan warga sekolah yang penyayang Objektif 1. Memupuk adab sopan dan mengeratkan ukhwah sesama rakan sekerja. 2. Menanam perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan antara kakitangan sekolah. 3. Meningkatkan sensitiviti dan menghilangkan prasangka. 4. Menjadi model yang sempurna kepada murid-murid. Perlaksanaan - Aktiviti ini dijalankan selepas perhimpunan rasmi ketika murid bergerak ke kelas. - Guru saling bersalaman antara satu sama lain sambil mengucap selamat. 2. Identiti Sekolahku Matlamat Mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah. Objektif 1. Mempamerkan pemuafakatan antara guru . 2. Meningkatkan ketrampilan guru. 3. Menanamkan rasa sayang, semangat kekitaan dan bangga terhadap sekolah. Pelaksanaan - Pemakaian seragam pada hari-hari tertentu dalam seminggu dan hari-hari penting seperti Hari Guru, Hari Anugerah Cemerlang, Mesyuarat PIBG serta menjadi wakil-wakil sekolah dalam sesuatu majlis. 3. Santapan Minda Matlamat Menyuburkan minda dan jiwa dengan ilmu kerohanian dan motivasi
  • 9. Objektif: 1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan guru. 2. Saling mengingati sesama rakan sejawat Perlaksanaan - Santapan minda dijalankan lima minit sebelum mesyuarat guru bergantung kepada ketetapan pihak sekolah 3. Sudut CAKNA Matlamat Warga sekolah merasa diri mereka dihargai dan disayangi Objektif 1. Melahirkan warga sekolah yang sensitif dan peka kepada hari atau tarikh istimewa bagi kakitangan sekolah. 2. Menggalakkan warga sekolah memberi penghargaan kepada guru dan kakitangan. Pelaksanaan - AJK Majlis Staf mengenalpasti untuk menyediakan sudut ini (sama ada hari lahir, anugerah pencapaian, sambung belajar, apa-apa yang dianggap membawa makna kepada seseorang) - AJK Majlis Staf bertindak bagi mendapatkan maklumat-maklumat ini. - Format sudut sepertidi bawah: Sudut Penghargaan 1. Tarikh Ulang tahun Kreativiti terpulang kepada sekolah 2. Info semasa 3. Kematian 4. Haji 5. Kelahiran d. Pelajar 1. PROGRAM SANTUN (SAYANG DAN TUNTUN) a. Matlamat Melahirkan golongan murid yang suka menolong murid lain dalam pelbagai situasi. b. Objektif i. Mewujudkan kerjasama dalam kalangan murid.
  • 10. ii. Berkongsi kebolehan dan pengalaman. iii. Wujudkan rasa kasih sayang dan semangat saling membantu antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk akademik dan sahsiah diri. c. Prosedur i. Memilih PRS dan kelompok murid senior sebagaimentor. ii. Murid yang terpilih sebagaimentor diberi pendedahan dan taklimat berkaitan program yang akan dijalankan oleh guru Bimbingan & Kaunseling. iii. Guru-guru memilih murid-murid sebagaimentee; satu mentor mempunyai 4 orang mentee. iv. Melancarkan penyerahan mentee kepada mentor dalam satu majlis khusus dan seorang guru penyelia bagi beberapa mentor. v. Perjumpaan antara mentor dan mentee diadakan setiap 2 minggu sekali berdasarkan modul perjumpaan yang disediakan oleh Guru Bimbingan & Kaunseling. vi. Laporan perjumpaan mentor dan mentee dihantar kepada penyelia untuk semakan pada setiap hujung bulan. 2. KEMPEN SAYANGI DAKU a. Matlamat Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara warga sekolah dan murid-murid. b. Objektif i. Meningkatkan perasaan kasih sayang sesama murid. ii. Mewujudkan hubungan mesra antara murid dan guru. iii. Melahirkan warga sekolah yang sentiasa prihatin dengan kesusahan orang lain. iv. Membina sikap suka memberi dan menghulurkan tangan kepada insan-insan yang memerlukan. c. Prosedur i. PRS dan Pengawas membantu mengenalpasti murid-murid yang memerlukan bantuan (murid miskin). ii. Mengedarkan pamplet, brosur atau kain rentang kempen untukmemberi penjelasan kepada murid dan seluruh warga sekolah.
  • 11. iii. Pengawas membuat pengumuman kepada murid berhubung kempen dari semasa ke semasa. iv. Pengawas dan PRS menetapkan masa untuk mengumpul barang-barang keperluan yang ingin dikutip daripada murid-murid (pakaian, makanan, kasut, beg,kasut dll) v. Melancarkan majlis pengagihan barang-barang kepada murid yang berhak dalam satu majlis yang dirasmikan oleh Pengetua dan Guru Besar. 3. TEA WITH PRINCIPAL a. Matlamat Membina budaya kemesraan dan saling menyayangi antara guru dan murid. b. Objektif i. Mewujudkan rasa disayangidan dihargai dalam kalangan pelajar-pelajar yang terpilih. ii. Meningkatkan hubungan mesra antara pentadbiran dan murid- murid yang membuat perubahan positif dalam diri (akademik, sahsiah dsb) iii. Melahirkan murid - murid yang sentiasa berusaha untukkesejahteraan dan kecemerlangan diri seperti mana yang terkandung dalam slogan XPLUS. c. Prosedur i. Ahli PRS dan Ketua tingkatan bertindak sebagaimata dan telinga sekolah mengenal pastimurid yang ponteng sekolah melebihi 7 hari sebulan tanpa sebarang sebab munasabah. ii. Mengenalpastipunca dan sebab mengapa masalah tersebut timbul. iii. Menyerahkan senarai nama murid ponteng tegarkepada kaunselor untuk sesi kaunseling/bimbingan kelompok. iv. Ketua Tingkatan mengisi borang kehadiran harian untuk memantau pergerakan dan kehadiran murid terbabit mengikut kelas; laporan diserahkan kepada ahli PRS yang bertindak sebagaipenyelaras pada setiap hujung minggu. v. Laporan keseluruhan bulanan diserahkan kepada kaunselor untuk rekod. vi. Murid - murid yang mengalami perubahan dari segikehadiran akan diberi pengiktirafan minum petang atau minum pagi dan sebagainya bersama Guru Besar @ Pengetua di suatu tempat yang dipilih oleh badan disiplin sekolah.
  • 12. 4. Guruku sayang. a. Matlamat Membentuk dan melahirkan warga sekolah yang berilmu serta mengamalkan sikap CAKNA dalam kalangan murid dan guru. b. Objektif i. Melahirkan semangat kerja sepasukan dalam kalangan guru dan murid. ii. Melahirkan murid-murid yang sentiasa bersaing dan sensitif untukmembina kecemerlangan diri sama ada dalam bidang akademik mahu pun sahsiah. iii. Memupuk budaya cemerlang dalam kalangan murid. c. Prosedur i. Guru mata pelajaran mengenalpasti bilangan murid yang belum mencapai target lulus dalam sesuatu pelajaran berdasarkan ujian bulanan pertama. ii. Guru menjalankan beberapa aktiviti dalam bilik darjah untuk meningkatkan pencapaian murid - murid tersebut. iii. Merekodkan pencapaian murid terbabit berdasarkan ujian-ujian (bulan 1 – 10) yang dijalankan. iv. Menyenaraikan kumpulan murid yang menampakkan perubahan dari segi peningkatan pencapaian matapelajaran(subjek) tersebut. v. Membawa murid - murid terbabit ‘bercuti’ @ ‘bersiar-siar’ bersama-sama guru mata pelajaran 5. PROGRAM RIANG RIA SUKANEKA a. Matlamat i. Menanamsikap saling menyumbang, merancang dan melaksana dengan memberi pengukuhan positif kepada para murid dan guru-guru. ii. Mengeratkan hubungan mesra antara murid dan guru agar wujud rasa ‘kekitaan’. b. Objektif i. Melahirkan murid- murid yang dapat mengamalkan budaya 3B (bingkas, bangun, buat). ii. Membina hubungan mesra antara guru dan murid agar wujud rasa kekitaan antara mereka. iii. Menanamsikap ingin mencuba dan persaingan antara pasukan. iv. Mengurangkan tekanan kerja dalam kalangan pentadbir sekolah.
  • 13. c. Prosedur i. Mengenalpastikumpulan murid (hard-core). ii. Membahagikan murid - murid terbabit kepada 4 kumpulan utama yang diketuai oleh 4 orang pentadbir (Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum) dan dibantu oleh 4 orang guru kanan bagi setiap kumpulan. iii. Jawatankuasa Pelaksana (PRS/Pengawas/Ketua Rumah Sukan/Pengerusi @Kelab persatuan)merancangkan aktiviti (sukaneka) yang bersesuaian. iv. Memilih tempat pelaksanaan aktiviti (di luar kawasan sekolah) v. Melaksanakan aktiviti. vi. Post-mortem aktiviti. 6. PROGRAM HARGAI KAMI. a. Matlamat Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara warga sekolah dan murid. b. Objektif i. Meningkatkan perasaan kasih sayang sesama murid. Ii. Memberi peluang kepada murid menerima penghargaan daripada rakan-rakan dan guru-guru. iii. Murid berasa dirinya dihargai dan disayangi oleh orang lain. c. Prosedur i. Ketua tingkatan / guru menyenaraikan nama murid yang terbabit di papan info. ii. Menggunakan masa perhimpunan mingguan/perhimpunan bulanan kokurikulum untuk meraikan murid - murid tersebut. iii. Menjemput murid-murid dan guru-guru ke pentas utama. iv. Memulakan majlis dengan bacaan doa panjang umur. v. Nyanyian lagu “selamat hari lahir” oleh seluruh warga sekolah. vi. Murid- murid dan guru-guru lain boleh memberi hadiah atau kad ucapan kepada yang terlibat. 7. PROGRAM “WELCOME TO SCHOOL” a. Matlamat Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara
  • 14. warga sekolah dan murid. b. Objektif i. Melahirkan murid-murid yang sentiasa bersemangat tinggi untukke sekolah pada setiap hari. ii. Memberi pengiktirafan kepada murid- murid yang datang ke sekolah. iii. Mengamalkan nilai-nilai salam, senyum, segak, sopan dan sayang. c. Prosedur i. Guru, pengawas/PRS yang bertugas bersedia di pintu pagar sekolah seawal pagi yang boleh untukmenyambut kedatangan murid yang lain. ii. Memberi ucapan selamat datang,ucapan salam atau selamat pagi kepada murid. iii. Menyambut kedatangan murid dengan senyuman. 8. PROGRAM ‘SINAR PAGI’ a. Matlamat i. Melahirkan rasa dihargai murid-murid RMT/asrama ii. Makan bersama dengan pihak pentdbiran iii. Mewujudkan perasaan ukhwah antara murid - murid, murid – sekolah. b. Objektif i. Meransang keinginan murid untuk datang ke sekolah awal. ii. Memberi pengiktirafan kepada murid. c. Prosedur i. Dijalankan pada awal pagi semasa program RMT/sarapan pagi di asrama. ii. Murid makan bersama dengan pihak pentadbiran semasa program RMT/sarapan pagi asrama (1hari seorang pihak pentadbir) iii. Jadual pihak pentadbiran yang terlibat dengan program disediakan oleh guru RMT/warden asrama. 9. Info Bestari Perhimpunan seminggu sekali dalam perhimpunan rasmi bercakap tentang sekolah penyayang tempoh 5 minit. - Sayangi diri sendiri
  • 15. - Sekolahku syurgaku - Seronoknya datang sekolah - Hormati guru - Budaya memberi salam - Budaya terima kasih - Senyum itu sedekah - Tolong menolong - Kerja itu ibadah - Sayangi rakan - Matlamat Memberi input sekolah konsep penyayang Objektif - Memberi maklumat yang jelas mengenai sekolah penyayang kepada warga sekolah - Sensitif dengan isu-isu kasih sayang - Memberi peluang kepada guru bertugas mengupas isu-isu kasih sayang - Dapat menyebarkan maklumat-maklumat segera berkaitan kasih sayang. Perlaksanaan - Program ini dijalankan sebulan sekali - Tema ini dilaksanakan oleh guru yang bertugas e. Ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat. AKTIVITI 1 : Hari Bersama Permata Sekolah Matlamat Pencetus kepada penglibatan waris dalam aktiviti sekolah sepanjang tahun dengan senyumdan sayang. Objektif 1. Waris dapat menyatakan harapan dengan penuh rasa sayang kepada anak-anak. 2. Pengisian motivasi keibubapaan kepada waris. 3. Menarik segera waris-waris yang tegar dan kurang melibatkan diri dengan program sekolah untukhadir. 4. GBK sensitif dalam mengenalpasti murid-murid (klien) untuk bimbingan atau kaunseling individu. 5. Sempurna dalam setiap hal (jasmani, emosi, rohani dan intelektual)
  • 16. Prosedur 1. Perasmian oleh pihak pentadbiran. 2. Penglibatan: agensiluar untukmotivasi. 3. Ceramah motivasi. 4. Sesi: slot waris bersama murid diadakan semasa program. 5. Pelaksanaan: dijalankan berperingkat mengikut tahun dengan penglibatan waris. Akktiviti 2 : Waris Cemerlang, Anak Gemilang Matlamat Kesedaran dan pengisian dari aspekkerohanian dan penghayatan kepada nilai-nilai murni. Objektif 1. Pengisian kerohanian dan nilai-nilai murni 2. Kejelekitan dalam hubungan kekeluargaan. 3. Penerapan nilai kasih sayang. 4. Penglibatan PIBG dalam program sekolah. 5. Melahirkan generasi sopan segak,dan sayang dalam hubungan kekeluargaan. Prosedur 1. Aktiviti perkhemahan waris bersama murid. 2. Gotong royong (mendirikan khemah, memasak, persiapan diri, dan tempat berkhemah) 3. Ceramah kerohanian. 4. Solat berjemaah dan qiamullail. 5. Tidur di khemah / kelas/ dewan. Aktiviti 3: Tautan Kasih Matlamat : Menarik waris untuk hadir ke sekolah dengan pendekatan salam, sopan dan sayang. Objektif 1. Menggalakkan dan menarik minat waris melibatkan diri dengan aktiviti sekolah. 2. Membina persepsi positif waris terhadap sekolah. 3. Membina semangat kekeluargaan antara pihak sekolah dan waris. 4. Memupuk rasa kepunyaan waris terhadap sekolah.
  • 17. Prosedur 1. Menghargai waris dengan memberikan surat penghargaan/hadiah dan bantuan. 2. AJK PIBG menyedarkan waris tentang peranan ibu bapa dalam meningkatkan akademik dan sahsiah murid. Aktiviti 4 : Merisik Khabar Matlamat: Mengenal pasti masalah dan bentuk sumbangan kepada waris yang ditimpa musibah atau miskin dengan tindakan segera dan sempurna. Objektif 1. Hubungan akrab antara pihak sekolah, agensi luar dan pihak waris. 2. Mengenal pastimasalah murid dan keperluan semasa. 3. Bertindak segera terhadap setiap aduan (3B- Bingkas, Bangun, Buat). 4. Sensitif terhadap setiap masalah murid. 5. Berkunjung dan menyampaikan salam pihak pentadbir. Prosedur 1. Melibatkan AJK PIBG, JKKK, JKM, dan agensi-agensilain. 2. Guru-guru kelas menyalurkan maklumat murid yang menghadapi masalah kepada AJK bertindak sebelum ke rumah waris. 3. Guru bersama-sama AJK PIBG melaksanakan peranan masing-masing dengan mengenalpasti lokasi dan tempat tinggal murid. AKTIVITI 5: Hari Keluarga Sekolah Matlamat: Mengeratkan hubungan murid, guru, kakitangan, sekolah, PIBG dan agensi luar. Objektif 1. Memberikan kesedaran kepada waris berkaitan dengan kerjaya di masa hadapan.
  • 18. 2. Menggilap budaya berketrampilan dalam diri murid-murid. 3. Waris sensitif akan perkembangan isu-isu semasa. Prosedur 1. Program diadakan dengan penglibatan Unit Kokurikulum. Contoh: Hari Kokurikulum. 2. Melibatkan agensi luar dalam pendedahan kerjaya.Contoh: PDRM, Jabatan Kesihatan, ATM dan lain-lain. 3. Melibatkan waris dengan agensi luar dalam persediaan tempat. 4. Mendedahkan murid-murid kepada peluang-peluang kerjaya melalaui peranan alumni. 5. Sukan rakyat bersama pihak sekolah, waris dan agensi luar. 6.0 KESIMPULAN Sekolah Penyayang adalah institusi yang indah dan murni. Keindahan dan kemurniannya memerlukan kepada pengorbanan masa, tenaga,wang ringgit dan keringat warga pendidik, murid, ibu bapa dan komuniti setempat. Hasrat murni Sekolah Penyayang yang digagaskan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 serta diperincikan melalui surat-surat pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia akan berjaya apabila ia dikongsikan bersama. Sehubungan itu kami merasakan, inilah masanya untuk kita membina murid yang cemerlang akademik dan seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, serta mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketrampilan, patriotik, tidak bersikap individualistik sebaliknya mempunyai semangat kerjasama berpasukan serta mampu memain peranan dalam masyarakat (Rujukan: Perutusan Tahun Baru 2006, YB Menteri Pelajaran Malaysia) seperti hasrat Menteri Pelajaran melalui wasilah pendidikan dan wadah Sekolah Penyayang.