SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM
JOHOR BAHRU
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
KOD : EDU 3106
NAMA AHLI KUMPULAN :
1. NOORLINA BT MESKON
770420015948
2. ELSA YEAU BEE SIM
810425055264
3. JUHAIDA BT KAMIS @ AHMAD
780204085836
OPSYEN : PGSR PJ
PENSYARAH : DR. HILMI B AHMAD SHAGHIR
CIK MARINA BT ABDUL MAJID
ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara
1. Profil Pelajar
2. Borang Kolaborasi
3. Penghargaan
4. Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Dalam Aspek Kurikulum Tersirat
5. Ciri-ciri Kurikulum Tersirat Dalam Usaha Membentuk Bangsa Yang
Bersatu Dan Saling Menerima Perbezaan Antara Kaum Dalam
Kalangan
Sekolah Rendah
6. Implikasi Kurikulum Tersirat Terhadap Kepelbagaan Sosio-Budaya
Dalam Kalangan Sekolah Rendah
7. Kesimpulan
8. Refleksi Individu
9. Bibliografi
Bibliogarafi
1. Syed Ismail b Syed Mustapa , Ahmad Subki b Maskon . 2010 . Budaya dan
Pembelajaran . Perak , Multimedia Sdn. Bhd
2. http://gurusejarah.blogspot.com/
3. 2009 , http://rimupsmktp09.blogspot.com/2009/07/ajk.html
4. http://www.pritin.net/pendidikan_a_bahasa/97
5. 2009 , http://www.utusan.com.my/utusan/info.htm
2 . Menyenaraikan ciri-ciri Kurikulum Tersirat dalam usaha membentuk bangsa
yang bersatu dan saling menerima perbezaan antara kaum dalam kalangan
sekolah rendah
Antara ciri-ciri Kurikulum Tersirat adalah ;
1 . Merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka
belajar .
2 . Boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat
relative dan agak sukar diukur secara kuantitatif .
3 . Merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri
( murid-guru / pengajar ) . Dipelajari oleh murid tetapi secara tidak langsung misalnya
daya intelek guru / pengajar ; tingkahlaku dan akhlak guru / pengajar .
4 . Kewujudannya adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi , persekitaran dan
latar belakang pelaksana kurikulum ( murid-guru / pengajar ) .
5 . Walaupun kadangkala kurikulum tersirat terdapat sama ada pada matlamat atau
objektif satu-satu kurikulum itu tetapi tidak tertulis dalam kandungan kurikulum
berkenaan mahu pun dalam penilaian .
6 . Jenis atau pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis institusi , tahap
pembelajaran dan jaga matlamat kurikulum itu sendiri .
3 . Menulis implikasi kurikulum tersirat terhadap kepelbagaian sosio-budaya
dalam kalangan murid sekolah rendah .
Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita
akan member kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara
umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya .
Sebagai pendidik , adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru ,
murid , sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang
seimbang kepada semua murid dari segi pelbagai kaum dan latar belakang .
Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani
kepelbagaian sosio-budaya murid , khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam
pengajaran dan pembelajaran . Implikasi kurikulum tersirat terhadap kepelbagaian
sosio-budaya dalam kalangan murid sekolah rendah adalah seperti berikut ;
1 . Guru
Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi dan bersikap professional . Guru tidak harus membezakan bangsa
murid , tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja . Murid dari
kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama
supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas .
Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas social murid . Murid
hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau
bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan
Guru perlu bijak dalam mengendalikan kelas social murid dimana akan wujud
pergaulan bebas , tidak berkelompok , berinteraksi tanpa sekatan budaya dan
masyarakat . Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk
dan pembelajaran menjadi menyeronokkan .
Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai dan
sikap , tingkat nilai yang sesuai . Guru harus melayan keperluan murid kearah
perkembangan potensi secara optimum . Murid harus dibantu untuk memahami
kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri mereka sendiri . setiap kelemahan
perlulah diatasi dan kekuatan yang ada boleh digunakan untuk membantu murid lain
yang memerlukannya .
Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai
dengan tahun pencapaian mereka . Guru perlu membantu murid membina konsep
positif kendiri , tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan
prestasi akademik yang lemah melalui pengajuran kem motivasi dan sebagainya .
Guru mesti membiasakan diri datang awal ke kuliah dan mempunyai amalan
sentiasa menepati masa . Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid . Memulakan set induksi yang menarik
dan aktiviti pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan atau memlakukan
tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut .
2 . Murid
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru didalam bilik darjah . Mereka akan
bersama kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah . Hati
dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui
tingkahlaku manusia . Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan
murid dengan lain . Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara
optimum dalam budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut
kaedah yang betul dan tepat .
Antara perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid ialah
menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib
mematuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran . Murid harus bersosial dalam
melakukan aktiviti pembelajaran . Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti
pembelajaran . Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas social perlu membuang
sikap prejudia terhadap bangsa lain .
Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan
aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan
mempercayai dalam jiwa murid . Proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan
agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat
dilaksanakan . Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam
masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran kea rah
memacu pembangunan negara .
Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid . Unsur-unsur
dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan , seberapa yang terdaya murid harus
diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul .
Penggunaan langsung bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang
sesuai , aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap
penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah . Perbendaharaan kata yang tepat akan
membantu murid mencapai kematangan social yang sepatutnya .
Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan
jantina . Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang
berlaian jantina .
3 . Sekolah
Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan
Negara . Pada peringkat rendah terdapat SK , SJKT dan SJKT
Di peringkat sekolah rendah , terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah
Kebangsaan menggunakan bahasa pengantar utama adalah Bahasa Kebangsaan ,
SJKC menggunakan Bahasa Cina dan SJKT menggunakan Bahasa Tamil .
Sekolah premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang
kukuh untum member sumbangan yang banyak kepada Negara sejak penubuhannya .
Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah yang akan memperkayakan khazanah
warisan Negara .
Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor raya
Multimedi terutama di Putrajaya dan Cyberjaya . sekolah ini mempunyai reka bentuk
yang mempunyai infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategic
berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan .
Sekolah Pendidikan Khas menyediakan pendidikan Khas kepada murid
bermasalah penglihatan , pendengaran dan pembelajaran , autism , sindrom-down ,
keupayaan rendah , ADHA dan disleksia . Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi
insane yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan Negara .
Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada
pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil . Kementerian Pelajaran telah
berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosio budaya melalui aktiviti yang
dijalankan disekolah iaitu Program Integrasi Untuk Perpaduan ( RIMUP ) adalah salah
satu daripada usaha kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan murid tanpa mengira kaum .
Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
murid disekolah . Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara
satu sama lain dan kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam .
Contohnya ; apabila anak orang Melayu , Cina , India dan kaum lain dapat
berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan , sudah tentu akan lahir satu generasi
Malaysia yang bersifat pelbagai budaya . Penekanan semangat perpaduan dan
integrasi antara kaum sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih
memudahkan kerana mere ka ini masih kanak-kanak yang boleh dilentur .
4 . Kurikulum Tersirat
Menurut Saedah Siraj , 2001 ; Wiles dan Bondi , 1998 ; Pratt , 1994 ; Schub ;
1986 ) Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik
merangkumi objektif , kandungan , strategik penyampaian dan penilaian untuk
dilaksanakan dalam sukatan rangka masa tertentu .
Manakala Morgolis , 2001 ; Cahfel 1997 ; Eisner ,1994 bahawa majority tokoh
pendidikan tempatan dan luar Negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya
dipelajari di sekolah dan institute pendidikan ianya bukanlah setakat kandungan yang
tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi kesemua
pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar .
Dan menurut Cahfel , 1997 ; berpendapat terdapat dua bentuk kurikulum yang
dilaksanakan disekolah iaitu overt ( terbuka ) yang member fokus kepada kursus
pengajian yang eksplisit dan covert ( tersirat ) yang memberi fokus kepada
pembelajaran yang tacit ( diaplikasikan dan tidak didokumentasikan dan tidak tercatat ).
Diperingkat pengajian tinggi , kurikulum tersirat lebih member penekanan kepada
persekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus . Menurut Adam , 2002 ;
mengenalpasti budaya akademik sebagai kurikulum tersirat …. “ tacit learning ,
unitended and intended consequences of schooling , political socialization , role
development , mentoring and intentional practices “
Diperingkat pelaksanaan , kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan
yang disusun dalam kurikulum itu sendiri . Diperingkat penilaian pula , pengukuran serta
pengujian dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang tercatat .
Melalui kurikulum tersirat , kementerian berusaha membentuk bangsa yang
bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum . Kurikulum tersirat boleh
dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti berpersatuan , kegiatan panitia dan
aktiviti kokurikulum . Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan ,
harus menyelit dan menggalakkan interaksi dalam kelas sosial .
Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dinyatakan bahawa para pendidik telah diberi peluang
untuk mempelajari kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat di negara kita . Guru
di sasaran membentuk interaksi sosiol yang baik antara kalangan murid . Dalam
Kurikulum Tersirat bakat dan perkembangan murid dapat dibentuk tanpa memandang
serong terhadap kaum lain . Setiap kecemerlang murid tidak boleh diukur dari sudut
akademik semata-mata tetapi perlu dititik beratkan sahsiah ,dan hubungan sosio –
budaya yang sihat akan membentuk generasi yang cemerlang dalam era globalisasi .

More Related Content

What's hot

Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106
FSAA Aziz
 
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYAEDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Naim Manaf
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
Mickgun
 
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Pensil Dan Pemadam
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Sharifah Rasyidah
 
Ketaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanKetaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikan
Naim Manaf
 
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 0906 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
harithhamizan
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
Salmah Md Amin
 
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang PendidikanKetaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
misscorby90
 

What's hot (20)

Budaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaranBudaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaran
 
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaranModul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYAEDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
 
Pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaPengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budaya
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Edu 3083 guru dan cabaran semasa
Edu 3083 guru dan cabaran semasaEdu 3083 guru dan cabaran semasa
Edu 3083 guru dan cabaran semasa
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
 
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
 
Ketaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanKetaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikan
 
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 0906 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
 
Pendemokrasian Pendidikan
Pendemokrasian PendidikanPendemokrasian Pendidikan
Pendemokrasian Pendidikan
 
Edu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budaya
Edu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budayaEdu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budaya
Edu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budaya
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
K01947 20180528092600 k11 pengurusan pelbagai budaya
K01947 20180528092600 k11 pengurusan pelbagai budayaK01947 20180528092600 k11 pengurusan pelbagai budaya
K01947 20180528092600 k11 pengurusan pelbagai budaya
 
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang PendidikanKetaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 

Similar to Bibliografi

P E N Gumpulan 3
P  E  N  Gumpulan 3P  E  N  Gumpulan 3
P E N Gumpulan 3
shockgadof
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
ROSLINDAWATI LIN
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
sookvon
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Thomas Liew
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Kanageswary Karunamoothei
 
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranEdu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Lee Hua
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
taliafaridah
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
taliafaridah
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
taliafaridah
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
taliafaridah
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
Vince Here
 

Similar to Bibliografi (20)

P E N Gumpulan 3
P  E  N  Gumpulan 3P  E  N  Gumpulan 3
P E N Gumpulan 3
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Bdp power point
Bdp power pointBdp power point
Bdp power point
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Esei tema 4psk 2
Esei tema 4psk 2Esei tema 4psk 2
Esei tema 4psk 2
 
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranEdu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
 
Inklusif 1
Inklusif 1Inklusif 1
Inklusif 1
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 

Bibliografi

  • 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM JOHOR BAHRU BUDAYA DAN PEMBELAJARAN KOD : EDU 3106 NAMA AHLI KUMPULAN : 1. NOORLINA BT MESKON 770420015948 2. ELSA YEAU BEE SIM 810425055264 3. JUHAIDA BT KAMIS @ AHMAD 780204085836 OPSYEN : PGSR PJ PENSYARAH : DR. HILMI B AHMAD SHAGHIR CIK MARINA BT ABDUL MAJID
  • 2. ISI KANDUNGAN Bil. Perkara 1. Profil Pelajar 2. Borang Kolaborasi 3. Penghargaan 4. Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Dalam Aspek Kurikulum Tersirat 5. Ciri-ciri Kurikulum Tersirat Dalam Usaha Membentuk Bangsa Yang Bersatu Dan Saling Menerima Perbezaan Antara Kaum Dalam Kalangan Sekolah Rendah 6. Implikasi Kurikulum Tersirat Terhadap Kepelbagaan Sosio-Budaya Dalam Kalangan Sekolah Rendah 7. Kesimpulan 8. Refleksi Individu 9. Bibliografi
  • 3. Bibliogarafi 1. Syed Ismail b Syed Mustapa , Ahmad Subki b Maskon . 2010 . Budaya dan Pembelajaran . Perak , Multimedia Sdn. Bhd 2. http://gurusejarah.blogspot.com/ 3. 2009 , http://rimupsmktp09.blogspot.com/2009/07/ajk.html 4. http://www.pritin.net/pendidikan_a_bahasa/97 5. 2009 , http://www.utusan.com.my/utusan/info.htm
  • 4. 2 . Menyenaraikan ciri-ciri Kurikulum Tersirat dalam usaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan antara kaum dalam kalangan sekolah rendah Antara ciri-ciri Kurikulum Tersirat adalah ; 1 . Merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar . 2 . Boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat relative dan agak sukar diukur secara kuantitatif . 3 . Merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri ( murid-guru / pengajar ) . Dipelajari oleh murid tetapi secara tidak langsung misalnya daya intelek guru / pengajar ; tingkahlaku dan akhlak guru / pengajar . 4 . Kewujudannya adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi , persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum ( murid-guru / pengajar ) . 5 . Walaupun kadangkala kurikulum tersirat terdapat sama ada pada matlamat atau objektif satu-satu kurikulum itu tetapi tidak tertulis dalam kandungan kurikulum berkenaan mahu pun dalam penilaian . 6 . Jenis atau pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis institusi , tahap pembelajaran dan jaga matlamat kurikulum itu sendiri .
  • 5. 3 . Menulis implikasi kurikulum tersirat terhadap kepelbagaian sosio-budaya dalam kalangan murid sekolah rendah . Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan member kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya . Sebagai pendidik , adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru , murid , sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari segi pelbagai kaum dan latar belakang . Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid , khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran . Implikasi kurikulum tersirat terhadap kepelbagaian sosio-budaya dalam kalangan murid sekolah rendah adalah seperti berikut ; 1 . Guru Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional . Guru tidak harus membezakan bangsa murid , tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja . Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas . Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas social murid . Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan Guru perlu bijak dalam mengendalikan kelas social murid dimana akan wujud pergaulan bebas , tidak berkelompok , berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat . Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran menjadi menyeronokkan .
  • 6. Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai dan sikap , tingkat nilai yang sesuai . Guru harus melayan keperluan murid kearah perkembangan potensi secara optimum . Murid harus dibantu untuk memahami kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri mereka sendiri . setiap kelemahan perlulah diatasi dan kekuatan yang ada boleh digunakan untuk membantu murid lain yang memerlukannya . Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahun pencapaian mereka . Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri , tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik yang lemah melalui pengajuran kem motivasi dan sebagainya . Guru mesti membiasakan diri datang awal ke kuliah dan mempunyai amalan sentiasa menepati masa . Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid . Memulakan set induksi yang menarik dan aktiviti pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan atau memlakukan tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut . 2 . Murid Murid adalah pelanggan bagi setiap guru didalam bilik darjah . Mereka akan bersama kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah . Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkahlaku manusia . Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan lain . Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat . Antara perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mematuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran . Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran . Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran . Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas social perlu membuang sikap prejudia terhadap bangsa lain .
  • 7. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai dalam jiwa murid . Proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan . Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran kea rah memacu pembangunan negara . Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid . Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan , seberapa yang terdaya murid harus diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul . Penggunaan langsung bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai , aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah . Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan social yang sepatutnya . Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina . Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlaian jantina . 3 . Sekolah Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan Negara . Pada peringkat rendah terdapat SK , SJKT dan SJKT Di peringkat sekolah rendah , terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan menggunakan bahasa pengantar utama adalah Bahasa Kebangsaan , SJKC menggunakan Bahasa Cina dan SJKT menggunakan Bahasa Tamil . Sekolah premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh untum member sumbangan yang banyak kepada Negara sejak penubuhannya . Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah yang akan memperkayakan khazanah warisan Negara .
  • 8. Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor raya Multimedi terutama di Putrajaya dan Cyberjaya . sekolah ini mempunyai reka bentuk yang mempunyai infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategic berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan . Sekolah Pendidikan Khas menyediakan pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan , pendengaran dan pembelajaran , autism , sindrom-down , keupayaan rendah , ADHA dan disleksia . Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insane yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan Negara . Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil . Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosio budaya melalui aktiviti yang dijalankan disekolah iaitu Program Integrasi Untuk Perpaduan ( RIMUP ) adalah salah satu daripada usaha kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum . Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid disekolah . Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain dan kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam . Contohnya ; apabila anak orang Melayu , Cina , India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan , sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya . Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mere ka ini masih kanak-kanak yang boleh dilentur . 4 . Kurikulum Tersirat Menurut Saedah Siraj , 2001 ; Wiles dan Bondi , 1998 ; Pratt , 1994 ; Schub ; 1986 ) Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif , kandungan , strategik penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam sukatan rangka masa tertentu .
  • 9. Manakala Morgolis , 2001 ; Cahfel 1997 ; Eisner ,1994 bahawa majority tokoh pendidikan tempatan dan luar Negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya dipelajari di sekolah dan institute pendidikan ianya bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar . Dan menurut Cahfel , 1997 ; berpendapat terdapat dua bentuk kurikulum yang dilaksanakan disekolah iaitu overt ( terbuka ) yang member fokus kepada kursus pengajian yang eksplisit dan covert ( tersirat ) yang memberi fokus kepada pembelajaran yang tacit ( diaplikasikan dan tidak didokumentasikan dan tidak tercatat ). Diperingkat pengajian tinggi , kurikulum tersirat lebih member penekanan kepada persekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus . Menurut Adam , 2002 ; mengenalpasti budaya akademik sebagai kurikulum tersirat …. “ tacit learning , unitended and intended consequences of schooling , political socialization , role development , mentoring and intentional practices “ Diperingkat pelaksanaan , kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan yang disusun dalam kurikulum itu sendiri . Diperingkat penilaian pula , pengukuran serta pengujian dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang tercatat . Melalui kurikulum tersirat , kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum . Kurikulum tersirat boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti berpersatuan , kegiatan panitia dan aktiviti kokurikulum . Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan , harus menyelit dan menggalakkan interaksi dalam kelas sosial .
  • 10. Kesimpulan Kesimpulan yang dapat dinyatakan bahawa para pendidik telah diberi peluang untuk mempelajari kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat di negara kita . Guru di sasaran membentuk interaksi sosiol yang baik antara kalangan murid . Dalam Kurikulum Tersirat bakat dan perkembangan murid dapat dibentuk tanpa memandang serong terhadap kaum lain . Setiap kecemerlang murid tidak boleh diukur dari sudut akademik semata-mata tetapi perlu dititik beratkan sahsiah ,dan hubungan sosio – budaya yang sihat akan membentuk generasi yang cemerlang dalam era globalisasi .