2. Sintaksis
- Mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.
Ayat Pelajar itu sedang membaca buku
Klausa pelajar itu sedang membaca buku
Frasa pelajar itu sedang membaca buku
Perkataan pelajar itu sedang membaca buku
3. Unit yang boleh terdiri daripada satu
susunan yang mengandungi sekurang-
kurangnya dua perkataan. Tidak mempunyai
subjek dan predikat. Boleh menjadi unsur
kepada klausa.
Satu unit rangkaian perkataan yang
mengandungi subjek dan predikat, iaitu
menjadi unsur @ konstituen dalam ayat.
Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya
dalam susunan tatabahasa dan mengandungi
makna yang lengkap.
Bentuk tatabahasa yang terkecil.
Bentuk bebas yang boleh berdiri
sendiri. Unsur kepada frasa.
3
4. KLAUSA
Klausa bebas : boleh berdiri sendiri
dan boleh bersifat ayat lengkap.
Contoh :
kamu sungguh berani
pelajar itu sudah berlepas
Klausa tak bebas : tidak
dapat berdiri sendiri.
Contoh :
melawan perompak itu
menaiki kapal terbang
4
5. POLA-POLA AYAT DASAR
Pola Subjek Predikat
Pola 1 Frasa Nama (FN)
a. Tun Mahathir
b. Emak saudara saya
Frasa Nama (FN)
seorang negarawan.
pensyarah universiti.
Pola 2 Frasa Nama (FN)
a. Lelaki itu
b. Borang biasiswa itu
Frasa Kerja (FK)
sedang menulis.
akan dikirim tidak lama lagi.
Pola 3 Frasa Nama (FN)
a. Pelajar-pelajar itu
b. Budak berbaju hitam
itu
Frasa Adjektif (FA)
amat rajin.
tinggi sungguh.
Pola 4 Frasa Nama (FN)
a. Universiti kami
b. Baju itu
Frasa Sendi (FS)
di Kuala Lumpur.
untuk ibu di kampung.5
6. 6
Latihan 1: Nyatakan subjek dan predikat ayat serta pola
ayat dasar.
1. Jalan raya itu amat sibuk setiap hari.
2. Suami Puan Lim pakar perubatan terkenal.
3. Rombongan pengantin lelaki itu belum tiba lagi.
4. Badan gadis itu tinggi lampai.
5. Para atlit itu bergerak cepat sekali.
7. SUSUNANAYAT
Susunan Biasa –
Subjek ayat mendahului predikat
a. Pemandangan di kawasan itu sungguh cantik.
b. Tugasan itu siap juga akhirnya.
c. Rombongan itu belum tiba lagi
d. Hadiah itu daripada pihak penganjur.
Susunan Songsang – Pendepanan Seluruh Predikat
Predikat ayat mendahului subjek
a. Sungguh cantik pemandangan di kawasan itu
b. Siap juga akhirnya tugasan itu.
c. Belum tiba lagi rombongan itu.
d. Daripada pihak penganjur hadiah itu.
7
8. 8
Susunan Songsang –
Pendepanan Sebahagian daripada Predikat
a. Pendepanan Frasa Kerja:
i. Kata kerja sahaja
- Wanita itu terduduk di tepi tangga.
Terduduk wanita itu di tepi tangga.
- Mereka berbaring di bawah pokok.
Berbaring mereka di bawah pokok.
iii. Kata bantu dengan kata kerja
- Penari-penari itu masih berlatih di dewan.
Masih berlatih penari-penari itu di dewan.
- Adik saya pernah melawat ke Putrajaya.
Pernah melawat adik saya ke Putrajaya.
ii. Kata kerja dengan objek
- Kakak membeli buku di kedai itu.
Membeli buku kakak di kedai itu.
- Mereka membaca buku di situ.
Membaca buku mereka di situ.
8
9. 9
b. Pendepanan Frasa Adjektif
i. Kata adjektif sahaja
- Tubuhnya lesu sepanjang hari.
Lesu tubuhnya sepanjang hari.
ii. Kata bantu dengan kata adjektif
- Buah rambutan itu belum tentu manis
Belum tentu manis buah rambutan itu.
9
10. 10
c. Pendepanan Frasa Sendi Nama
i. Keseluruhan frasa sendi nama
- Arahan itu daripada Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan
Daripada Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan arahan itu
ii. Hadir sebagai unsur keterangan dalam ayat
- Rombongan itu akan bertolak pada pukul 10.00 pagi.
Pada pukul 10.00 pagi rombongan itu akan bertolak.
10
11. Latihan 2: Tukar ayat-ayat susunan biasa berikut kepada
ayat susunan songsang.
1. Emak menjahit seluar adik .
2. Pada hari pertama perniagaannya tidak banyak pelanggan.
3. Kapal terbang itu mendarat pada pukul 2.00 petang.
4. Kumpulan koir itu menjalani latihan di dewan A.
5. Pasukan bola sepak negara berlepas ke Lebanon.
11
12. Latihan 3: Tukar ayat-ayat susunan songsang berikut
kepada ayat susunan biasa.
1. Pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara , Tan dan adiknya.
2. Dengan kakak sahaja ibu membenarkan saya ke pameran itu.
3. Bersenam kami di taman rekreasi itu.
4. Berjaya mendaki Gunung Kinabalu kumpulan murid-murid sekolah
itu.
5. Terkejut ayah apabila namanya dipanggil.
12
MPW2113/BKA
13. 1. Ayat aktif
Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek
asal sebagai unsur diterangkan.
1. Penyalahgunaan dadah mengancam keselamatan negara.
2. Ibu membelikan adik sehelai baju.
2. Ayat Pasif
Terbentuk daripada ayat aktif transitif dan
mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal
sebagai unsur yang diterangkan.
1. Keselamatan negara diancam oleh penyalahgunaan dadah.
2. Adik dibelikan oleh ibu sehelai baju.
13
14. Latihan 4: Tukar ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Ayah mengalihkan buku-buku di dalam kotak itu.
2. Ruang udara yang berjerebu itu telah menjejaskan pernafasannya.
3. Kami telah membersihkan kawasan perumahan Taman
Laksamana.
4. Kerajaan menyeru orang ramai agar bijak berbelanja ketika
menghadapi kenaikan harga barang.
5. Pekerja MPSJ mengutip sampah sarap pada awal pagi tadi.
14
MPW2113/BKA
15. Latihan 5: Tukar ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1. Buku-buku itu disepahkan oleh adiknya yang nakal.
2. Pakaian itu telah saya beli semalam di Subang Jaya.
3. Hutang itu baik engkau jelaskan sekarang juga.
4. Gelaran itu telah dianugerahkan oleh baginda kepada tentera
tersebut.
5. Keselamatan negara diancam penyalahgunaan dadah.
15
MPW2113/BKA