Dokumen ini membahas tentang empat jenis peluasan frasa dalam bahasa Melayu, yaitu peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi. Proses-proses tersebut melibatkan relativisasi, penggabungan ayat, dan transformasi frasa menjadi klausa.
3. 1. Peluasan frasa nama sebagai subjek
• Berlaku melalui proses relativisasi
• Relativisasi – proses pemancangan ayat ke dalam
satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat
yang menerima pancangan
• Frasa relatif terbentuk dengan menggunakan
perkataan kata relatif ‘yang’.
• Contoh ayat:
3
1. Perempuan itu memakai cermin mata.
2. Perempuan itu merupakan adik saya.
(FN)
3. Perempuan yang memakai cermin mata itu
merupakan adik saya.
1. Pengurus itu menjaga kebajikan
pekerjanya.
2. Pengurus itu baik hati.
(FN)
3. Pengurus yang baik hati itu menjaga
kebajkan pekerjanya
4. 2. Peluasan frasa predikat
• Frasa nama yang mengalami relativisasi berfungsi sebagai subjek dalam ayat yang akan dipancangkan.
1. Abang membeli kereta baru itu.
2. Kereta baru itu canggih.
(Subjek) (Frasa Predikat)
3. Abang membeli kereta baru yang canggih itu.
1. Pihak polis sedang memburu pembunuh itu.
2. Pembunuh itu kejam.
(FN) (FP)
1. Pihak polis sedang memburu pembunuh yang kejam itu.
4
5. 3. Peluasan dengan kata hubung
• Berlaku ketika proses penggabungan ayat yang melibatkan dua konstituen yang sama dengan menggunakan
kata hubung seperti dan, tetap, kerana, jika, walaupun dan sebagainya.
1. Abang tidak bermain bola.
2. Abang sakit perut
3. Abang tidak bermain bola kerana sakit perut.
1. Aras air di empangan itu masih rendah.
2. Hujan turun dengan lebatnya.
3. Aras air di empangan itu masih rendah walaupun hujan turun dengan lebatnya.
5
6. 4. Peluasan melalui proses komplementasi
• Proses komplementasi – proses yang mengubah sesuatu ayat menjadi satu frasa nama, dan
memancangkannya pada suatu ayat yang lain sehingga menghasilkan peluasan kepada ayat tersebut.
• Menggunakan ‘bahawa’ dan ‘untuk’
Contohnya:
1. Dr. Jaafar menegaskan sesuatu.
2. Kesihatan bapanya akan pulih.
3. Dr. Jaafar menegaskan bahawa kesihatan bapanya akan pulih.
Kesihatan bapanya akan pulih berubah fungsinya menjadi frasa nama dan dipancangkan kepada binaan Dr.
Jaafar menegaskan sesuatu. Perkataan bahawa dimaksudkan sebagai tanda berlakunya proses
komplementasi.
1. Dia memberitahu sesuatu.
2. Dia akan ke luar negara.
3. Dia memberitahu bahawa dia akan ke luar negara.
6
7. 7
Proses transformasi relativisasi hanya dapat berlaku dalam keadaan-keadaan yang berikut:
• Ayat terbitan bersifat peluasan berlaku sebagai hasil daripada pelaksanaan transformasi komplementasi
terhadap frasa kerja.
a) Kedua-dua subjek frasa nama itu serupa atau beridentiti sama.
b) Frasa nama dalam ayat yang dipancangkan hendaklah berfungsi sebagai subjek.
• Contohnya,
1. Kami pergi.
2. Kami menonton wayang.
3. Kami pergi menonton wayang.
1. Kereta itu kereta Puan Lina
2. Kereta itu berwarna biru.
3. Kereta yang berwarna biru kereta Puan Lina.