2. SINOPSIS
Mengisahkan Oren iaitu seekor kucing jantan yang
hilang selama seminggu. Kehilangan Oren membimbangkan
sebuah keluarga. Ayah menyesali sikapnya yang lebih
mengutamakan Kelabu berbanding Oren. Ayah lupa bahawa
dialah yang melanggar ibu Oren hingga mati. Kelabu yang lebih
pandai mengambil hati ayah menyebabkan Oren mengalah dan
membawa diri.
Pada suatu malam, ayah telah bermimpi tentang Oren
yang pulang kerumah dengan wajah yang sayu. Keesokannya,
Anis menemui Oren yang mati tersepit di celah pokok tua yang
tumbang di taman permainan. Ayah berasa sangat sedih dengan
kematian Oren.
3. TEMA
Kepentingan nilai kasih sayang sesama makhluk Tuhan
Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing
yang diberi nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga
telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara
binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan
diberikan kasih sayang yang sepenuhnya.
4. PERSOALAN
– Persoalan tentang keprihatinan seseorang terhadap
haiwan.
– Persoalan tentang seseorang yang bersikap pilih kasih
terhadap haiwan peliharaannya.
– Persoalan tentang sikap manginsafi kesilapan diri.
– Persoalan tenteng sikap bertanggungjawab atas kesalahan
yang dilakukan.
5. AYAH
Watak dan Perwatakan
Watak:
- Mempunyai isteri dan tiga orang anak
iaitu ‘aku’ , Azura dan Anis, bekerja di
pejabat.
Perwatakan
- Belas kasihan – Membawa dan membela
Oren setelah dia terlanggar ibu Oren.
- Insaf – Ayah insaf atas kesalahannya yang
memberikan perhatian yang lebih
kepada Kelabu.
- Penyayang – Ayah membelai Kelabu yang
sering bermanja- manja dengannya.
6. OREN
Watak dan Perwatakan
Watak:
- Anak kucing yang kehilangan ibu kerana
dilanggar oleh ayah.
Perwatakan
- Pembersih –Oren tidak membuang najis
didalam rumah sebaliknya akan ke
tandas atau longkang.
- Pasif –Oren membiarkan sahaja Kelabu
menjamah makanan dahulu.
- Cemburu –Oren cemburu apabila
melihat Kelabu yang pandai menarik
perhatian ayah berbanding dirinya.
8. PLOT
PERKEMBANGAN
a) Ayah terlanggar ibu Oren
. Oren dibawa pulang ke
rumah
b) Ayah membawa Kelabu
ke rumah
c) Oren mengalah apabila
melihat Kelabu yang
lebih manja dengan ayah
11. TEKNIK
PLOT
TEKNIK MONOLOG
Ayah berbisik kepada
dirinya sendiri apabila
menyalahkan dirinya yang
telah mengabaikan Oren
sejak kedatangan Kelabu
sehingga Oren membawa
diri.
16. LATAR
LATAR TEMPAT
• Ruang tamu rumah
ayah
• Di bilik Azura
• Di jalan taman
perumahan tempat
tinggal ayah
17. LATAR
LATAR MASYARAKAT
• Masyarakat yang
bertanggungjawab
dengan kehidupan
makhluk lain
• Masyarakat yang
prihatin
• Masyarakat yang
penyayang kepada
haiwan peliharaan
• Masyarakat yang
menginsafi kesalahan
diri
20. PENGAJARAN
1. Kita mestilah mempunyai sikap belas kasihan terhadap
haiwan yang terbiar.
2. Kita perlulah bertanggungjawab atas kesalahan yang kita
lakukan.
3. Kita haruslah minginsafi kesilapan yang telah kita
lakukan.
4. Kita mestilah prihatin dengan kehendak anak- anak.
21. KEISTIMEWAAN
– Antara keistimewaan Cerpen Oren adalah mempunyai
banyak nilai murni yang dapat diterapkan oleh masyarakat
masa kini seperti sentiasa menyayangi haiwan agar dapat
menjauhi kes penderaan , bertanggungjawab terhadap
kesalahan yang telah dilakukan agar hidup sentiasa aman
dan harmoni , menginsafi kesalahan sendiri supaya tidak
berulang lagi dan sentiasa mempunyai sikap prihatin .
22. KEKURANGAN
– Kekurangan yang terdapat dalam cerpen ini ialah
Idea tidak terlalu rumit menyebabkan pembaca cepat berasa
bosan.
Cerpen terlalu ringkas kerana idea sedikit dan dapat diduga.
23. CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
– Cadangan penambahbaikan
Merumitkan idea
Meletakkan unsur-unsur misteri
Meletakkan sedikit situasi yang mendebarkan
Memanjangkan cerpen
Meletakkan idea yang tidak dapat diduga
Mempelbagaikan idea