SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
Anjakan isu #1
26 April 2013
ISU #1, 26 APR 2013
Dalam isu ini:
1. Sekapur sirih: Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud
2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia:
Aspirasi Sistem
3. 100 Hari Pertama Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan
Sekapur sirih: Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud
Saya berbesar hati memperkenalkan Anjakan, buletin bulanan
untuk memastikan semua warga pendidik mendapat maklumat
status terkini pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM). Saya berharap Buletin ini sedikit sebanyak
dapat dijadikan wadah kepada warga Kementerian untuk memahami dan
menilai tahap kemajuan masing-masing dalam pelaksanaan inisiatif.
PPPM adalah perjalanan 13 tahun (dari tahun 2013-2025) dalam usaha untuk
membangunkan sistem yang memberi akses universal kepada pendidikan
yang berkualiti, berekuiti, lagi menggalakkan perpaduan dengan cekap.
Perjalanan sepanjang 13 tahun ini memerlukan momentum yang besar dan
kejayaan kita dalam masa 100 hari pertama pelaksanaan sejak Januari 2013
telah menyuntik semangat bagi mencapai kejayaan yang lebih besar.
Sejak permulaan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, saya
telah mengunjungi banyak sekolah dan daerah, khususnya di Sabah dan
Kedah yang merintis Program Transformasi Daerah. Saya beriltizam untuk
meneruskan lawatan turun padang di masa hadapan, dan berharap dapat
mengunjungi daerah dan sekolah anda. Semasa kunjungan, saya akan
menitikberatkan dua perkara yang penting, iaitu kepentingan turun padang;
dan gabungan sokongan dengan akauntabiliti.
Selepas lawatan, saya semakin yakin bahawa kita akan berjaya melaksanakan
PPPM dengan baik. PPD yang turun padang dengan kerap untuk memahami
isu dan menyokong sekolah telah menunjukkan kejayaan yang menakjubkan.
Saya bertekad untuk menyokong PPD dengan membekalkan data yang
diperlukan, jurulatih sekolah khususnya untuk setiap daerah, dan sebagainya.
Tetapi, jika kita masih gagal meningkatkan keberhasilan murid, maka kita
semua haruslah bertanggung jawab.
Oleh itu, saya menyeru semua pihak supaya memberikan sokongan kepada
guru untuk meningkatkan keberhasilan murid kita. Semoga segala yang
diusahakan demi bangsa dan negara ini akan diberkati Allah s.w.t. Sekian,
terima kasih.
KPM dalam berita
100 hari Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia membanggakan
Utusan Malaysia, April 2013
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan
pelaksanaan 100 hari Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
membuahkan hasil yang dapat
dibanggakan.
Beliau berkongsi enam inisiatif awal
daripada 100 inisiatif yang menjadi
keutamaan untuk dilaksanakan pada
tahun ini.
1. Pelancaran 1Agenda KPM
2. Penubuhan PADU
3. Pelancaran dan pengagihan sarana
ibu bapa
4. Pengujian guru bahasa Inggeris
melalui Cambridge Placement Test.
5. Pelaksanaan program rintis program
transformasi daerah
6. Penyediaan video e-guru
Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia
Anjakan isu #1
26 April 2013
Memahami kandungan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia: Aspirasi Sistem
Pendidikan berkualiti masih merupakan
satu jaminan terbaik untuk berjaya di
masa hadapan. Kajian telah
menunjukkan bahawa pendidikan
berkualiti di peringkat awal kehidupan
membawa kepada pendapatan yang
tinggi dan meningkatkan mobiliti sosio-
ekonomi, membolehkan kita untuk
memenuhi wawasan menjadi negara
berpendapatan tinggi.
Sejak negara mencapai kemerdekaan,
komitmen kerajaan dalam penyediaan
pendidikan tidak pernah surut.
Kerajaan sentiasa meletakkan agenda pendidikan sebagai agenda utama
negara. Malaysia telah membelanjakan sebanyak 3.8% daripada Keluaran
Dalam Negara Kasar ke atas pendidikan, satu jumlah yang besar berbanding
dengan purata negara OECD sebanyak 3.4%.
Dengan pelaburan yang besar, negara kita telah mencapai akses kepada
pendidikan yang hampir menyeluruh. Namun begitu, kita masih ketinggalan
dari segi kualiti berdasarkan pentaksiran antarabangsa PISA dan TIMSS.
Sebagai contoh, prestasi murid berusia 15 tahun di Singapura, Korea Selatan,
dan Hong Kong adalah tiga tahun terkehadapan berbanding dengan prestasi
murid di sekolah kita.
Oleh itu transformasi pendidikan ini amat penting selari dengan hasrat untuk
menjadikan negara kita sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang
2020. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah disediakan untuk
mencapai 5 aspirasi iaitu:
1. 100% enrolmen daripada prasekolah hingga Tingkatan 5 menjelang
2020;
2. Negara dalam kelompok sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik
dunia dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA dalam 15
tahun;
3. 50% pengurangan dalam jurang pencapaian bandar-luar bandar,
sosio-ekonomi dan gender menjelang 2020;
4. Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan
nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian; dan
5. Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada.
Pelan Pembangunan boleh dimuatturun di:
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf
Sarana ibu bapa, sekolah dilancar
Berita Harian, Feb 24
Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah
peringkat kebangsaan dilancar hari ini
sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap
pihak berkepentingan termasuk ibu bapa
dan masyarakat bagi melahirkan modal
insan yang berkualiti global melalui
sekolah.
Sarana Ibu bapa mengandungi empat
elemen iaitu penyediaan suasana
pembelajaran di rumah, interaksi sosial
dengan anak, komunikasi dengan anak
dan sokongan terhadap kecemerlangan
anak.
Sarana Sekolah pula mempunyai enam
elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi
berkesan, sokongan terhadap kejayaan
murid, tanggungjawab bersama,
keputusan bersama, kerjasama dengan
komuniti dan kumpulan sokongan ibu
bapa.
Diperhatikan di sekolah
Paparan dashboard
menonjol membolehkan
perbincangan prestasi
dilakukan serta merta - SMK Mahsuri,
Langkawi, Kedah
Sudut membaca berhawa dingin
menggalakkan murid untuk membaca -
SMK Merpati, Sandakan, Sabah
Ruang bermain di dalam
kelas menggalakkan murid
untuk bermain dan
membaca pada masa
lapang mereka - SMK Padang Sanai,
Padang Terap, Kedah
1Impian 1Agenda Peribadiku
Datuk Dr. Amin bin Senin
Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia
Saya terasa amat kagum
semasa lawatan kerja saya bersama Tan
Sri KPPM ke Sabah. PPD di Sabah
sedang menggunakan data yang
terperinci dan relevan untuk
mengenalpasti punca isu yang mereka
hadapi, lalu membina pelan tindakan
untuk menanganinya. Tahniah!
Emelkan 1Impian 1Agenda peribadi
anda dan kami akan menerbitkan yang
terbaik setiap bulan.
Anjakan isu #1
26 April 2013
100 Hari Pertama Pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan
10 April adalah hari ke-100 perjalanan 13 tahun transformasi sistem
pendidikan di Malaysia. Pada hari tersebut, Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd
Yassin merasmikan sambutan 100 hari pertama di SMK Jalan Empat, Bangi
Kemajuan yang kukuh pada 100 hari pertama adalah penting untuk membina
keyakinan dan momentum, serta membuktikan keupayaan sistem untuk
melaksanakan transformasi pendidikan. Pada 100 hari pertama, Kerajaan
telah memperoleh 6 pencapaian berikut:
1. Pelancaran 1Agenda yang menyatukan inisiatif-inisiatif Kementerian
untuk mencapai aspirasi di dalam PPPM 2013-2025;
2. Penubuhan PADU sebagai unit pelaksanaan untuk 1Agenda;
3. Pelancaran dan pengedaran sarana ibubapa dan sekolah;
4. Pengujian kemahiran semua Guru Bahasa Inggeris dan memulakan
latihan peningkatan kemahiran bagi mereka yang memerlukan;
5. Rintis Program Transformasi Daerah di Sabah dan Kedah; dan
6. Pelancaran perpustakaan video e-Guru untuk membolehkan akses
universal kepada teknik pengajaran terbaik di dalam kelas.
Langkah terus dilakukan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan selama 13
tahun ini.
Inisiatif Bulan Ini – e-Guru
Inisiatif e-Guru menyediakan akses
universal kepada perpustakaan video
teknik pengajaran terbaik. Perpustakaan
video ini akan merangkumi 12 aspek SKPM
merentasi 4 subjek teras. 5 video pertama
telah dimuatnaik dan akan berkembang
kepada 50 menjelang akhir tahun.
3 langkah mudah untuk menonton video
di e-Guru
Langkah 1: layari EduwebTV
(http://eduwebtv.com/v2/home) dan klik
pautan e-Guru
Langkah 2: pilih kategori video yang anda
berminat
Langkah 3: pilih video yang anda ingin
tonton
Layarilah portal e-Guru dan rujukanlah
guru yang anda minat untuk difilemkan.
Sembang pendidik
TPM merasmikan Majlis Pencapaian 100 Hari
Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan isu #1
26 April 2013
Bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025, kita memerlukan 11 anjakan utama
Cetakan ini diterbitkan oleh PADU, unit prestasi pelaksanaan pendidikan kepada KPM yang bersifat praktikal dan
berorientasikan tindakan. Peranan PADU adalah untuk merancang, memantau, menyelesaikan masalah dan
menyelaras penyampaian inisiatif 1Agenda, sementara bahagian-bahagian lain di Kementerian bertanggungjawab
untuk melaksanakannya. PADU ialah unit kecil terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang kukuh
dalam pengurusan projek dan penyampaian hasil. Individu-individu ini mempunyai latar belakang berbeza yang
mengandungi unsur pengurusan dan profesional, dari dalam dan luar Kementerian.
Sila hubungi kami jika ada sebarang komen atau maklum balas mengenai Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia,
pelaksanaan Pelan, atau cetakan ini.
Emel: padu.maklumbalas@moe.gov.my
Telefon: +6 03 8872 1604 / +6 03 8872 1605

More Related Content

What's hot

Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Chell Mn
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysiazulhazmihamad
 
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Mis Sem
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Chon Seong Hoo
 
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025uhisyam sriib
 
11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia
11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia
11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysiactnurfatin
 
Akses dan ekuiti
Akses dan ekuitiAkses dan ekuiti
Akses dan ekuitiNad0209
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025mbkppdhl
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi Daerah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi DaerahPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi Daerah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi DaerahAbdul Rahman
 
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020Fadzliaton Zainudin
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Chon Seong Hoo
 

What's hot (18)

Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
 
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
 
Soalan lazim kpm
Soalan lazim kpmSoalan lazim kpm
Soalan lazim kpm
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
Akses dan ekuiti
Akses dan ekuitiAkses dan ekuiti
Akses dan ekuiti
 
11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia
11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia
11 anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia
 
Tiga gelombang pppm
Tiga gelombang pppmTiga gelombang pppm
Tiga gelombang pppm
 
Akses dan ekuiti
Akses dan ekuitiAkses dan ekuiti
Akses dan ekuiti
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi Daerah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi DaerahPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi Daerah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi Daerah
 
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
Anjakan pppm
Anjakan pppmAnjakan pppm
Anjakan pppm
 

Similar to Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025BM80617MuhamadWafiyB
 
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025dilla_syafa
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Mohd Saiful Hisyam Jasni
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keamir alhaj
 
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025Penang Lim
 
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017Siti Khajaru'ain
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPMChon Seong Hoo
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmZahari Zabri
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmHunter Malaya
 
Preliminary blueprint
Preliminary blueprintPreliminary blueprint
Preliminary blueprintAmylia Ismail
 
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanZulkifle Othman
 
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdf
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdfAR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdf
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdfFadzilMasri3
 
Soalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanSoalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanmursyidee
 

Similar to Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1 (20)

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
PPPM 2013 2025
PPPM 2013 2025PPPM 2013 2025
PPPM 2013 2025
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
Ppp penuh 2013 2025
Ppp penuh 2013 2025Ppp penuh 2013 2025
Ppp penuh 2013 2025
 
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
 
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint
Preliminary blueprintPreliminary blueprint
Preliminary blueprint
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
 
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdf
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdfAR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdf
AR2019-Inforgraphic_Final_Compress.pdf
 
Soalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanSoalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikan
 

More from Cikgu Syahidon

Info 5 minit PPPM (September 2014)
Info 5 minit PPPM (September 2014)Info 5 minit PPPM (September 2014)
Info 5 minit PPPM (September 2014)Cikgu Syahidon
 
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)Cikgu Syahidon
 
SPS Lite Modul Kehadiran Murid
SPS Lite Modul Kehadiran MuridSPS Lite Modul Kehadiran Murid
SPS Lite Modul Kehadiran MuridCikgu Syahidon
 
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)Cikgu Syahidon
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppCikgu Syahidon
 
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)Cikgu Syahidon
 
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah RendahPentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah RendahCikgu Syahidon
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg21. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2Cikgu Syahidon
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1Cikgu Syahidon
 
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bombaPindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bombaCikgu Syahidon
 
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013Cikgu Syahidon
 
Brochure kokurikulum SMKJK 2013
Brochure kokurikulum SMKJK 2013Brochure kokurikulum SMKJK 2013
Brochure kokurikulum SMKJK 2013Cikgu Syahidon
 
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)Cikgu Syahidon
 

More from Cikgu Syahidon (20)

Takwim2017@smaja
Takwim2017@smajaTakwim2017@smaja
Takwim2017@smaja
 
Takwim2017
Takwim2017Takwim2017
Takwim2017
 
Exam@smaja
Exam@smajaExam@smaja
Exam@smaja
 
Info 5 minit PPPM (September 2014)
Info 5 minit PPPM (September 2014)Info 5 minit PPPM (September 2014)
Info 5 minit PPPM (September 2014)
 
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
Pengurusan kedatangan murid oleh guru kelas (SPS)
 
SPS Lite Modul Kehadiran Murid
SPS Lite Modul Kehadiran MuridSPS Lite Modul Kehadiran Murid
SPS Lite Modul Kehadiran Murid
 
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
Instrumen keberhasilan guru (PBPPP)
 
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah RendahPentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
Pentaksiran Pusat dalam PBS Peringkat Menengah Rendah
 
Pengurusan evidens
Pengurusan evidens Pengurusan evidens
Pengurusan evidens
 
Overview PBS
Overview PBS Overview PBS
Overview PBS
 
Jadual waktu spm 2013
Jadual waktu spm 2013Jadual waktu spm 2013
Jadual waktu spm 2013
 
1. guru akademik
1. guru akademik1. guru akademik
1. guru akademik
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg21. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
 
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bombaPindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
Pindaan tarikh dan tempat kursus guru penasihat kadet bomba
 
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
Takwim perancangan aktiviti kokurikulum SMK Jalan Kebun 2013
 
Brochure kokurikulum SMKJK 2013
Brochure kokurikulum SMKJK 2013Brochure kokurikulum SMKJK 2013
Brochure kokurikulum SMKJK 2013
 
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
Jawatankuasa pengurusan kokurikulum (2013)
 

Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1

  • 1. Anjakan isu #1 26 April 2013 ISU #1, 26 APR 2013 Dalam isu ini: 1. Sekapur sirih: Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud 2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Aspirasi Sistem 3. 100 Hari Pertama Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Sekapur sirih: Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud Saya berbesar hati memperkenalkan Anjakan, buletin bulanan untuk memastikan semua warga pendidik mendapat maklumat status terkini pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Saya berharap Buletin ini sedikit sebanyak dapat dijadikan wadah kepada warga Kementerian untuk memahami dan menilai tahap kemajuan masing-masing dalam pelaksanaan inisiatif. PPPM adalah perjalanan 13 tahun (dari tahun 2013-2025) dalam usaha untuk membangunkan sistem yang memberi akses universal kepada pendidikan yang berkualiti, berekuiti, lagi menggalakkan perpaduan dengan cekap. Perjalanan sepanjang 13 tahun ini memerlukan momentum yang besar dan kejayaan kita dalam masa 100 hari pertama pelaksanaan sejak Januari 2013 telah menyuntik semangat bagi mencapai kejayaan yang lebih besar. Sejak permulaan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, saya telah mengunjungi banyak sekolah dan daerah, khususnya di Sabah dan Kedah yang merintis Program Transformasi Daerah. Saya beriltizam untuk meneruskan lawatan turun padang di masa hadapan, dan berharap dapat mengunjungi daerah dan sekolah anda. Semasa kunjungan, saya akan menitikberatkan dua perkara yang penting, iaitu kepentingan turun padang; dan gabungan sokongan dengan akauntabiliti. Selepas lawatan, saya semakin yakin bahawa kita akan berjaya melaksanakan PPPM dengan baik. PPD yang turun padang dengan kerap untuk memahami isu dan menyokong sekolah telah menunjukkan kejayaan yang menakjubkan. Saya bertekad untuk menyokong PPD dengan membekalkan data yang diperlukan, jurulatih sekolah khususnya untuk setiap daerah, dan sebagainya. Tetapi, jika kita masih gagal meningkatkan keberhasilan murid, maka kita semua haruslah bertanggung jawab. Oleh itu, saya menyeru semua pihak supaya memberikan sokongan kepada guru untuk meningkatkan keberhasilan murid kita. Semoga segala yang diusahakan demi bangsa dan negara ini akan diberkati Allah s.w.t. Sekian, terima kasih. KPM dalam berita 100 hari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia membanggakan Utusan Malaysia, April 2013 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelaksanaan 100 hari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia membuahkan hasil yang dapat dibanggakan. Beliau berkongsi enam inisiatif awal daripada 100 inisiatif yang menjadi keutamaan untuk dilaksanakan pada tahun ini. 1. Pelancaran 1Agenda KPM 2. Penubuhan PADU 3. Pelancaran dan pengagihan sarana ibu bapa 4. Pengujian guru bahasa Inggeris melalui Cambridge Placement Test. 5. Pelaksanaan program rintis program transformasi daerah 6. Penyediaan video e-guru Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 2. Anjakan isu #1 26 April 2013 Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Aspirasi Sistem Pendidikan berkualiti masih merupakan satu jaminan terbaik untuk berjaya di masa hadapan. Kajian telah menunjukkan bahawa pendidikan berkualiti di peringkat awal kehidupan membawa kepada pendapatan yang tinggi dan meningkatkan mobiliti sosio- ekonomi, membolehkan kita untuk memenuhi wawasan menjadi negara berpendapatan tinggi. Sejak negara mencapai kemerdekaan, komitmen kerajaan dalam penyediaan pendidikan tidak pernah surut. Kerajaan sentiasa meletakkan agenda pendidikan sebagai agenda utama negara. Malaysia telah membelanjakan sebanyak 3.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar ke atas pendidikan, satu jumlah yang besar berbanding dengan purata negara OECD sebanyak 3.4%. Dengan pelaburan yang besar, negara kita telah mencapai akses kepada pendidikan yang hampir menyeluruh. Namun begitu, kita masih ketinggalan dari segi kualiti berdasarkan pentaksiran antarabangsa PISA dan TIMSS. Sebagai contoh, prestasi murid berusia 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, dan Hong Kong adalah tiga tahun terkehadapan berbanding dengan prestasi murid di sekolah kita. Oleh itu transformasi pendidikan ini amat penting selari dengan hasrat untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang 2020. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah disediakan untuk mencapai 5 aspirasi iaitu: 1. 100% enrolmen daripada prasekolah hingga Tingkatan 5 menjelang 2020; 2. Negara dalam kelompok sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik dunia dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA dalam 15 tahun; 3. 50% pengurangan dalam jurang pencapaian bandar-luar bandar, sosio-ekonomi dan gender menjelang 2020; 4. Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian; dan 5. Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada. Pelan Pembangunan boleh dimuatturun di: http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf Sarana ibu bapa, sekolah dilancar Berita Harian, Feb 24 Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat kebangsaan dilancar hari ini sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah. Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak. Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa. Diperhatikan di sekolah Paparan dashboard menonjol membolehkan perbincangan prestasi dilakukan serta merta - SMK Mahsuri, Langkawi, Kedah Sudut membaca berhawa dingin menggalakkan murid untuk membaca - SMK Merpati, Sandakan, Sabah Ruang bermain di dalam kelas menggalakkan murid untuk bermain dan membaca pada masa lapang mereka - SMK Padang Sanai, Padang Terap, Kedah 1Impian 1Agenda Peribadiku Datuk Dr. Amin bin Senin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Saya terasa amat kagum semasa lawatan kerja saya bersama Tan Sri KPPM ke Sabah. PPD di Sabah sedang menggunakan data yang terperinci dan relevan untuk mengenalpasti punca isu yang mereka hadapi, lalu membina pelan tindakan untuk menanganinya. Tahniah! Emelkan 1Impian 1Agenda peribadi anda dan kami akan menerbitkan yang terbaik setiap bulan.
  • 3. Anjakan isu #1 26 April 2013 100 Hari Pertama Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan 10 April adalah hari ke-100 perjalanan 13 tahun transformasi sistem pendidikan di Malaysia. Pada hari tersebut, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin merasmikan sambutan 100 hari pertama di SMK Jalan Empat, Bangi Kemajuan yang kukuh pada 100 hari pertama adalah penting untuk membina keyakinan dan momentum, serta membuktikan keupayaan sistem untuk melaksanakan transformasi pendidikan. Pada 100 hari pertama, Kerajaan telah memperoleh 6 pencapaian berikut: 1. Pelancaran 1Agenda yang menyatukan inisiatif-inisiatif Kementerian untuk mencapai aspirasi di dalam PPPM 2013-2025; 2. Penubuhan PADU sebagai unit pelaksanaan untuk 1Agenda; 3. Pelancaran dan pengedaran sarana ibubapa dan sekolah; 4. Pengujian kemahiran semua Guru Bahasa Inggeris dan memulakan latihan peningkatan kemahiran bagi mereka yang memerlukan; 5. Rintis Program Transformasi Daerah di Sabah dan Kedah; dan 6. Pelancaran perpustakaan video e-Guru untuk membolehkan akses universal kepada teknik pengajaran terbaik di dalam kelas. Langkah terus dilakukan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan selama 13 tahun ini. Inisiatif Bulan Ini – e-Guru Inisiatif e-Guru menyediakan akses universal kepada perpustakaan video teknik pengajaran terbaik. Perpustakaan video ini akan merangkumi 12 aspek SKPM merentasi 4 subjek teras. 5 video pertama telah dimuatnaik dan akan berkembang kepada 50 menjelang akhir tahun. 3 langkah mudah untuk menonton video di e-Guru Langkah 1: layari EduwebTV (http://eduwebtv.com/v2/home) dan klik pautan e-Guru Langkah 2: pilih kategori video yang anda berminat Langkah 3: pilih video yang anda ingin tonton Layarilah portal e-Guru dan rujukanlah guru yang anda minat untuk difilemkan. Sembang pendidik TPM merasmikan Majlis Pencapaian 100 Hari Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
  • 4. Anjakan isu #1 26 April 2013 Bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025, kita memerlukan 11 anjakan utama Cetakan ini diterbitkan oleh PADU, unit prestasi pelaksanaan pendidikan kepada KPM yang bersifat praktikal dan berorientasikan tindakan. Peranan PADU adalah untuk merancang, memantau, menyelesaikan masalah dan menyelaras penyampaian inisiatif 1Agenda, sementara bahagian-bahagian lain di Kementerian bertanggungjawab untuk melaksanakannya. PADU ialah unit kecil terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang kukuh dalam pengurusan projek dan penyampaian hasil. Individu-individu ini mempunyai latar belakang berbeza yang mengandungi unsur pengurusan dan profesional, dari dalam dan luar Kementerian. Sila hubungi kami jika ada sebarang komen atau maklum balas mengenai Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia, pelaksanaan Pelan, atau cetakan ini. Emel: padu.maklumbalas@moe.gov.my Telefon: +6 03 8872 1604 / +6 03 8872 1605