Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
komsas
1. • Nama: Muhammad Syarifulhuda bin
Mohd
Azeri
• Tajuk: Seloka Emak Si Randang
2. Tema Dan Persoalan
Tema:
Sikap anggota masyarakat yang terlalu mengagungkan orang
luar berbanding dengan ahli keluarga sendiri…..
Persoalan:
• Nasib malang yang menimpa akibat terburu-buru dalam
setiap tindakan….
• Perlu mengutamakan anak sendiri…..
3. Bentuk Seloka
1. Terdiri daripada satu rangkap sahaja….
2. Bilangan baris dalam rangkap tersebut
ialah lapan baris….
3. Bilangan kata dalam setiap baris
adalah hampir sama,iaitu antara tiga
hingga lima patah kata….
4. Rima akhirnya tidak sama atau bebas…..
4. Unsur Keindahan
1) anafora(pengulangan kata pada awal baris)
cth:Anak pulang kelaparan,
Anak dipangku diletakkan,
2) inversi(penggunaan ayat songsang)
cth:Baik budi Emak Si Randang,
3) hiperbola(bandingan secara melampau)
cth:Tiada rumah kayu diruntuhkan,
(Emak Si Randang sanggup meruntuhkan rumah sendiri
semata-mata untuk mendapatkan kayu bagi menanak nasi)
4) sinkope(singkatan)
cth:tak(baris kelapan)
5. 5) Unsur bunyi:
(a) asonansi(pengulangan vokal”a”)
cth: Dagang lalu ditanakkan,
(b) aliterasi(pengulangan konsonen “g”)
cth:Dagang pergi awak terhutang,
6. Nilai
• Kebijaksanaan. Cth: Seseorang itu perlu bijak
menggunakan akal fikiran dalam kehidupan seharian….
• Rasional. Cth: Kita perlu bersikap rasional dalam setiap
tindakan supaya tiada masalah atau kesan buruk yang aan
timbul….
7. Pengajaran
• Janganlah mengabaikan ahli keluarga sendiri
semasa memberikan pertolongan kepada
orang lain….
• Berikanlah sumbangan secara berpada-pada
dan mengikut kemampuan diri….
• Kita haruslah menggunakan pertimbangan
akal secara rasional sebelum mengambil
sesuatu tindakan….
8. Rujukan
• SASBADI,Kupasan & Kajian KOMSAS Antologi Harga Remaja
dan novel Renyah,Mohd Azam Ahmad,Saleh Ahmad…..