tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
Laporan akhir hela II
1. LAPORAN AKHIR
KEMBARA BAKTI SISWA
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
4-8 FEBRUARI 2014
Hasil Pembelajaran
HHHC 9301 – Kemahiran Pengurusan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
(Set 1 Sesi 2013/2014)
Pensyarah
Prof. Madya Sr. Dr. Adi Irfan bin Che Ani
Prof. Madya Dr. Kamisah bt Osman
Nama
Nurfatehah bte Sukur
No.Matrik
A143856
2. Pada 5-10 Februari 2014,Seketeriat Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa Kolej Ibrahim Yaakub
telah menganjurkan Kembara Bakti Siswa ke Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, Johor.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibrahim Yaakub sesi
2013/2014, Felda Lok Heng Selatan, Johor, 1Malaysia Youth For You (1M4U), dan Ahli Dewan
Undangan Negeri Sedili (ADUN). Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk
memupuk kesedaran para pelajar agar berbakti kepada masyarakat di samping memupuk
semangat bekerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa program.
Perancangan program
Perancangan program kesedaran kanser telah bermula seawal bulan Disember 2013.Pada
perjumpaan pertama,kami dibahagikan tugas oleh ketua pengarah program, saudara Shahrul
Nizam bin Othman. Saya telah diamanahkan untuk menjadi Timbalan Pengarah II Kembara
Bakti Siswa. Selepas pembahagian tugas selesai,gerak kerja dilakukan mengikut jawatan masing-
3. masing.Perjumpaan-perjumpaan seterusnya diadakan bagi membincangkan gerak kerja setiap
ahli program di samping menyelesaikan masalah yang berlaku semasa gerak kerja
berlangsung.Perjumpaan diadakan setiap minggu pada hari Isnin, jam 9 malam.
Perlaksanaan Program
Program ini berlangsung selama 5 hari. Pada hari pertama (4/02/2014) kami bertolak dari
UKM ke Felda Lok Heng Selatan (FLHS) pada sebelah pagi. Kami tiba di Felda Lok Heng pada
pukul 3.00 petang. Kami berkumpul di Dewan Dato Usu Felda Lok Heng Selatan dimana kami
disambut dengan paluan kompang. Majlis dibuka dengan perasmian program oleh Ketua
Kampung Felda Lok Heng. Sejurus selepas perasmian, pembahagian anak angkat mula
dijalankan. Kami dibahagikan mengikut keluarga angkat yang telah ditetapkan. Setelah selesai,
kami pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing. Pada malam hari, kami solat berjemaah
di surau. Taklimat untuk hari esok diadakan selepas selesai solat. Malam pertama kami di sana
diisi slot bersuai kenal dengan keluarga angkat masing-masing.
Pada pagi 5/02/2014, kami bertolak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim yang
terletak di dalam Felda Lok Heng untuk sesi bersama murid Tingkatan 5. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan termasuklah memberi ceramah motivasi dengan cara memberi mereka galakan serta
dorongan untuk mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya
menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan bukannya terhenti setakat SPM
sahaja. Kami juga memberi mereka serba sedikit tentang pengalaman dan suasana belajar di
universiti agar mereka dapat membayangkan keseronokan yang kami rasa. Setelah selesai, pada
waktu petang, kami menziarahi ruamh warga emas yang terdapat dalam Felda Lok Heng. Kami
juga diiringi oleh penduduk setempat. Hadiah dan pengalaman hidup dikongsi bersama pada slot
ini. Pada waktu malam pula, kami mengadakan pertandingan futsal bersama belia FLHS agar
jalinan ukhwah terjalin dan seterusnya mengisi masa lapang kami dan belia FLHS dengan
aktiviti yang berfaedah.
Pagi seterusnya (6/02/2014) acara J-robik iaitu senamrobik bersama warga FLHS dijalankan.
Sesi ini merupakan acara harian warga FLHS dan kami mengambil kesempatan ini untuk sama-
sama merasai pengalaman yang menarik ini. J-robik ini dilakukan sebagai langkah memanaskan
badan kerana selepas itu gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekitar Dewan Dato Usu
FLHS dijalankan. Kami menyapu, membersihkan kawasan dewan dan juga mengecat dinding-
dinding luar dewan dengan cat baru. Pada masa yang sama, saya dan beberapa AJK yang lain
mula membuat monumen peninggalan kami berupa ukiran batu simen yang tertulis UKMKIY.
Pada waktu petang, rewang untuk kenduri doa selamat diadakan. Saya terlibat dengan
4. penyediaan nasi ambang. Kenduri doa selamat diadakan selepas maghrib. Semua beredar ke
rumah angkat masing-masing selepas selesai.
Pada hari terakhir iaitu Jumaat (7/02/2014), kami ikut serta dalam acara 1001 langkah iaitu
program pada setiap pagi Jumaat yang dilakukan oleh penduduk FLHS, dimana kami berjalan
kaki mengelilingi satu FLHS. Selepas itu, gotong-royong untuk majlis penutup pada malam hari
dijalankan. Majlis penutup dirasmikan oleh Yang Berbahagia Razman, ADUN Sedili. Pada
malam penutup kami mensajikan makanan yang dimasak bersama pada sebelah petang dan
sedikit persembahan kebudayaan.
Pada keesokan hari, Sabtu (8/02/2014) kami berkumpul di hadapan Dewan Dato Usu FLHS
untuk berangkat pulang ke UKM.
Bidang Tugas
Selaku Timbalan Pengarah II saya telah diamanahkan untuk berhubung dengan Ahli
Jawatankuasa Felda Lok Heng Selatan bagi membincangkan masalah-masalah dan kesesuaian
program yang hendak dijalankan. Saya telah membentang kertas kerja serta belanjawan yang
diperlukan bersama dengan ketua-ketua blok dan ahli tertinggi FLHS.
Sepanjang menghubungi pihak felda untuk berurusan dengan mereka, saya telah
mempelajari pengurusan maklumat yang lebih sistematik. Saya menghubungi pihak terbabit
melalui mel-e dan telefon serta berjumpa terus dengan mereka. Apabila ingin berurusan dengan
mereka, laras bahasa yang digunakan juga berbeza. Saya mempelajari bahawa setiap maklumat
yang diperoleh melalui perbualan telefon mahupun mel-e perlulah dicatat kerana setiap informasi
yang diberi sangat penting. Antara pembelajaran sepanjang hayat yang saya peroleh ialah
kemahiran pengurusan. Saya dapat mempelajari cara menghantar mel-e secara formal dan
bercakap dengan gaya bahasa yang sesuai apabila ingin berurusan dengan pihak luar.
Saya juga dapat memplejari kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik kerana saya
diminta untuk berurusan dengan pihak felda bagi kelulusan program malah saya juga telah pergi
ke Johor untuk membentangkan kertas kerja kepada ahli majlis tertinggi FLHS.
Pada malam penutup, saya ditugaskan sebagai usher untuk mengiringi tetamu dan juga
membawa hadiah-hadiah. Dari situ, saya belajar untuk menjadi fleksibel dan protokol-protokol
penting apabila berhadapan dengan VIP.
5. Masalah yang dihadapi dan tindakan mengatasi
Antara masalah yang dihadapi sebelum program ialah penukaran tempat program pada saat-
saat akhir. Pada mulanya, tempat pilihan kami ialah Felda Lok Heng Timur tetapi akibat sebab-
sebab tertentu pihak felda membatalkan permohonan kami pada saat-saat akhir. Justeru, saya
mengatur pertemuan dan mesyuarat bersama Ahli Majlis Felda Lok Heng Selatan dan
meyakinkan mereka untuk membenarkan kami membuat program di sana. Saya menggunakan
kemahiran berkomunikasi saya untuk meyakinkan mereka tentang program kami.
Semasa program berlangsung, kami juga menghadapi sedikit masalah apabila berlaku sedikit
masalah kekurangan barang untuk mengecat dan juga kekurangan kelengkapan membalut
hadiah. AJK tugas-tugas khas telah pergi ke kedai terdekat dan membeli kelengkapan-
kelengkapan yang diperlukan.
Penambahbaikan program
Semasa berbual bersama keluarga angkat, saya mendapati mereka tidak berapa puas
dengan sikap sesetengah anak angkat yang agak cerewet tetapi ada juga yang memuji anak
angkat mereka. Jadi, penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan mewujudkan AJK
Disiplin. Dengan adanya AJK Disiplin, disiplin para AJK dapat dikawal dan hendaklah
dijelaskan kepada AJK supaya menjaga adab dan berkelakuan baik.
Di samping itu, saya juga mencadangkan agar waktu program dipanjangkan. Walaupun
program ini berlangsung selama hari tetapi sebenarnya waktu ini sangat singkat. Hal ini
menyebabkan jadual program terpaksa disusun supaya penuh dan ini menyebabkan para peserta
tidak dapat meluangkan masa yang cukup dengan keluarga angkat masing-masing. Mereka
hanya sekadar menumpang di rumah tanpa sempat mengenali dengan lebih baik.
Hasil Pembelajaran
Melalui program ini, saya dapat belajar cara berkomunikasi yang betul serta protokol-
protokol yang terlibat apabila berhadapan dengan pihak luar mahuoun VIP. Walaupun terdapat
pelbagai masalah yang dihadapi oleh ahli jawatankuasa program sepanjang membuat
persiapan,namun masalah tersebut dapat diatasi dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan
oleh sesama ahli dalam menyelesaikan masalah. Sepanjang menjadi Timbalan Pengarah II, saya
telah mempelajari pelbagai perkara baharu antaranya berkomunikasi dengan pihak luar.Saya
berpeluang untuk berkomunikasi dengan pihak luar dari pelbagai latar belakang kerjaya dalam
usaha memastikan program ini berjalan lancar. Sifat sopan dan beretika penting dalam
berkomunikasi dengan pihak yang lebih berjawatan.
6. Selain itu,sifat bekerjasama dan bertanggungjawab dapat dipupuk semasa menjalankan tugas
dalam program ini.Setelah diamanahkan untuk menjadi Timbalan Pengarah II Kembara Bakti
Siswa, saya juga mempelajari sifat kejujuran dan menepati masa.Saya mendapati bahawa
pengurusan masa penting bagi memastikan setiap kerja berjalan dengan lancar dan pada masa
yang sama tugasan-tugasan lain juga dapat dibuat.Saya juga belajar untuk membuat keputusan
pada saat-saat akhir bagi memastikan kelancaran program.
.Diharapkan segala pengetahuan dan kemahiran yang saya dan rakan-rakan peroleh
sepanjang menjalankan program ini dapat kami gunakan untuk mengendalikan program lain
pada masa yang akan datang Saya bersyukur program yang saya sertai ini berjalan dengan
lancar dan berlangsung seperti yang dirancang di samping kerjasama dan pertolongan daripada
rakan-rakan AJK lain yang banyak membantu sepanjang perlaksanaan Program Kembara Bakti
Siswa ini.